Persembahan Bicara Berirama di Dewan Bahasa dan Pustaka

Sekolah Kyra juara KL untuk pertandingan bicara berirama Bahasa Melayu.  Bila wakil KL ke peringkat Kebangsaan, KL cuma dapat tempat ke 6 rasanya dan juaranya adalah pelajar-pelajar dari Sabah.  Tahniah anak-anak Sabah.  

Jadi disebabkan dorang ni juara KL, maka Dewan Bahasa dan Pustaka jemputlah dorang untuk buat persembahan sempena majlis Perasmian dan Penutupan Sayembara Puisi kat situ.  Kena present depan Menteri Pelajaran semualah.  Excited sungguh dia.  In exact persembahan dibuat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka, KL.

Maka 21.9.2022, dorang pun geraklah ke DBP untuk buat persembahan.  Bangga beliau (inilah ayat yang Kyra suka sebut).  Ammi nak share gambar je...sebab dia kata "make sure you put it in your blog tau Ammi, kalau tak kakak taknak kawan dengan Ammi".  Hahaahahahah...takutnyaaaaa dia taknak kawan ngan Ammi.  


Full dress rehearsal kat sekolah.. Mujur dia ada tudung putih tu.


Dah macam pelarian Palestin dengan tudung gitu.


Ada sesapa nak sedekah duit kat budak terbiar ni?


Berlambak-lambak gambar dia dalam kamera cikgu.  Kawan dia yang capture.  

Kyra:  Kakak pun taktau kenapa kawan kakak suka ambik gamba kakak.  Kakak cantik agaknya.
Ammi:  Ishhhhh perasan betul.  Muka dah macam anak Pakistan jual carpet..cantik konon.








Yang ini yang paling tak boleh blah... dia dengan excitednya datang kat ammi masa dia pulang bermalam tu pastu tunjuk IG Menteri Pelajaran kat handphone.  Bangga sebab muka dia ada kat IG Dr. Radzi Jidin ni.  Layankan jelah ke"excited"annya itu.  

Ammi letaklah juga video yang ammi upload kat Youtube.  Sebab ammi confirm 3 tahun lagi dia akan tanya "do you still keep my video ammi?"... walaupun video agak pecah, tapi lantaklah.


Dan walaupun muka dia nampak dia awal-awal je... lantaklah juga.  Sapa suruh kamu jadi conductor.

First time makan kat FoodCourt pastu tapau

Ye ammi tau kata nak aim turunkan berat ke 55kg.  Tapi sesekali kita ada cheat day.  Ahakssss sesekali katanya.

Lately ni anak-anak suka nak makan kat Food Court sebab dorang free untuk pilih nak makan apa.  Itu yang dorang nak agaknya kan?  Jadi last Friday nite memandangkan Kyra pun ada so we went to The H dekat Desa Hartamas.  

Ammi tak ambil gambar makanan orang lain pun sebab "biashe-biashe" je menu.  Baik makan kat area rumah kalau nak makan sizzling mee.  Orang yang ammi tau akan berani mencuba semestinya Abah (tapi haritu abah makan mihun sup je) dan anak ke-2 ammi yang tengah sama-sama ada misi kurus dengan ammi.  Its ok son...today is our "not suku-suku separuh day".


Ammi ordered Spicy Mac & Cheese Korean Chicken.  Harga dia dalam RM23 camtu.  Sedap weiii...pedas memanglah pedas.  Dan portion dia korang caya tak ammi siap tapau bawak balik sebab banyak.  


Khilfi ordered New York Rice.  Ini harga dalam RM21.  Dan portion yang ini pun super banyak dan Khilfi tak boleh habis.  Jarang-jarang Khilfi makan tak habis.  

Jadi inilah juga sarapan kami esok hari...masuk dalam microwave...settle masalah.  

Ammi order dari kedai yang namanya Salty...banyak menu dia.


(Photo credit to KLFoodie)

Rasa macam nak pergi lagi sebab menu dia macam best-best je.

Resipi Air Asam Terbaik

Ammi dapat resipi ni dari Facebook dan dia tulis bawah tu (kredit: Akma Abdullah).  Jadi ammi nak ucapkan terima kasih kat Cik Puan Akma sebab share resipi sedap ni.  



Bahan:
  • 2 labu bawang kecil (hiris nipis)
  • 2-3 ulas bawang putih (dibakar dan diketuk)
  • Belacan size ibu jari (dibakar)
  • Air asam jawa (nak best bancuh dengan air rebusan ikan)
  • Cili padi (ikut level pedas)
  • Garam
  • Gula
Cara:
  1. Satukan bahan yang dihiris, garam, gula
  2. Masukkan sedikit air asam jawa yang dibancuh..biar pekatlah baru ngam.
  3. Picit-picitkan cili, belacan, bawang dan semuanya
  4. Masukkan baki air asam gaul rata.
  5. Dan siap.
Ammi dah buat 3 kali dah air asam ni.. ammi lebihkan bawang putih pun sedap juga.  Anak-anak siap cicah bukan aja ikan, sayur, telur pun dia cicah sebab sedap-sedap pedas katanya.

First time buat ikan rebus air asam

Minggu sebelumnya macam terliur tengok kat Facebook orang share lauk ni.  Nampak cantik je warna.  Pandai orang yang masak tu ambil gambar.  Bukan macam ammi.  Ammi pun gigihlah buat entry semalam anak harini emak.  Memang sungguh terasa nak makan...rasa macam tengah pregnant pulak ahaksss.

Sudahnya next day tu ajaklah abahnya ke pasar sambil sarapan.  Lama dah tak makan soto Pak Chat yang famous tu kat pasar.  Order juga lempeng kelapa kesukaan anak-anak.  Nak harap maknya buat memang tak dapeklah.


Kita rebus dulu ikan kembung ni dengan asam keping & garam.  Ammi letak je asam keping dalam 4 keping pastu letak garam kasar biar ada rasa masam masin sikit.  Jangan bagi dia bertemu mulut kang bergosip je kat dalam tu.  Settle rebus tugasan kopek dari tulang kita kasi je kat abah.  Tak kuasa ammi nak hadap panas-panas tu.


Lepas dikopek oleh encik suami yang mithali lagi soleh lagi baik hati.  Birthday dia dah dekat...apa hadiah nak kasi ni?


Air asam...sedap weiiiiii.  First time buat.


Dah curah atas ikan...sekali ehhhhh tak cukup pulak.  Mujur rasa dia ngam jadi sedap je.  Gambar yang buat ammi terliur tu bukan main mengiurkan lagi.  Ammi punya ni kalau letak kat FB takde sapa heran nak follow resipi.  hahahhaha..


Gambar asal dari Facebook yang memanggil-manggil untuk dicuba.


Buatlah juga sotong tumis ikut suka.  Beli sotong size sedang pastu ammi masak je sekor-sekor.  


Ammi celur bendi dan makan raw veges je.  Kata cubaan nak kurus...jadi takyah goreng bagai sayur tu.


Suku-suku tak separuh.  

Tabah je makan nasi banyak tu...ammi tengah bermisi untuk capai berat 55kg ni.  Semoga impian menjadi kenyataan.

Sekejapan di Pintasan Saloma

Khamis minggu lepas memandangkan Jumaat tu cuti Hari Malaysia maka malam tu kitorang pun keluarlah berlibur.  Dah lama dah nak pergi situ...tapi tak pergi lagi.  Orang yang luar KL pun dah sampai situ yang duduk kat KL tak sampai-sampai lagi.

Lepas Maghrib kitorang keluar.  Gi cari dinner dulu.  Kitorang pergi makan kat Lanai @ Matic je.  Parking free kat situ ye uollsss.  Pilihan food trucks banyak tapi ammi 24x pusing (over exaggerating sungguh) taktau nak makan apa.  Sekeping gambar pun tak ambik kat sini...sebab MALAS.  Dan ramai juga tourists kat situ.  

Settle makan semua maka kitorang pun berjalanlah ke Pintasan Saloma tu.  Lalu celah-celah restoran mamak yang top tu.  Singgah tumpang toilet sat.

Dan selepas berpeluh ketiak maka sampailah kami ke tempat yang sibuk sangat nak pergi dari mula jambatan penghubung di antara KLCC dan Kg. Bharu yang diinspirasikan dari sirih junjung.


(Photo from Google)

Dah pergi tu takkan tak ambik gambarkan? Ammi letak jelah kat sini untuk kenangan.  Sekurang-kurangnya yesss.... I've been there.  Have you?  Ahaksss.  Berlagaklah pulak.



Ramai juga orang malam tu.  Yelah esoknya Public Holiday agaknya.  Nak jalan pun kena tunggu orang click-click gambar dulu.  Takkan nak lalu celah orang yang tengah posing kan.




Tinggi betul budak ni.


Tak caya? Tengok ni.  


I have to bend supaya "berdiri sama tinggi dengan Ammi".  Ehhhhhh biasa dia tu ngata mak dia.


Dah lalu dari hujung sana ke hujung sini.  Kita patahlah balik.  Nak buat apa lagi kat atas tu?


Turun budak jagung ni stop beli jagung.  Dia memang hantu jagung.  Tak kiralah jagung dibuat camna pun.  Tu yang selalu ada je stok jagung dalam tin, jagung krim dalam tin kat rumah sebab dalam cekodok pun dia nak jagung juga.


Last shot sebelum ronda naik kereta dan pulang ke sarang.

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Tengah-tengah idea menulis kelaut, jadi bila ada rakan-rakan blogger yang buat GA dan kita sempat join kita join.  



Banyak perkongsian Mamapipie dalam blognya yang ammi suka.  Soal jawab agamanya yang kadang-kadang kita nampak mudah tapi sebenarnya banyak membantu.  Bila baca baru macam, ehhhhh selalu kita buat camni.  Salah rupanya.

Tapi dalam banyak-banyak posting, kisah mistik pertama yang Mama post yang menarik minat ammi.  Ammi jadi tertunggu-tunggu kisah mistik seterusnya sebab kisah yang Mama kongsikan bukan dari rekaan atau dari mulut orang lain tapi dari pengalaman dia sendiri.  Memang wujud je manusia yang Allah bukakan hijab dia untuk dapat melihat perkara-perkara mistik.  Ammi pun taktau hijab yang Allah kurniakan tu satu kelebihan atau keburukan.  Mama sendiri rasa camna agaknya?

Korang yang belum baca cerita mistik tu boleh tekan link ni.... Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit)

Jom kawan-kawan yang lain tekan banner kat atas and join GA Mamapipie ni ... bagi semangat kat Mamapipie untuk rajin menulis semula.  Lama dah dia perap blog dia tu. (Ehhhh cakap kat orang, sendiri pun sama juga).  Hiksssss

Am I Stingy Poker?

Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga.  Itulah ayat yang Arwah Mama selalu sebut bila ammi cakap dia kedekut sebab selalu guna sesuatu tu sampailah ke titisan terakhir.  

Kalau sos ke kicap ke minyak masak ke...arwah mama akan tonggeng botol tu sampai dah takda apa yang keluar.  Sebab katanya, korang tak pernah hidup susah macam Mama...bila dah senang sikit jangan sombong.  Dah ada anak-anak nanti, bila mulut dorang nganga je mintak makan baru ko tau.  Huhuhu

Baiklah Mama...jadi sebab dari kecil dah nampak mama dok buat benda ni... mustahillah kita tak terikut walau sikit pun.  


Moisturizer ni hampir nak habis tapi tak habis lagi.  Ammi pun guntinglah atas tu...ada je yang melekat-lekat kat tepi botol tu kan.  Pakai cosmoderm je korang... muka pun bajet.  Ahaksss

Sekali, Kyra masuk bilik ammi pastu dia nampak benda ni and dia cakap "Ohhhh My Goddddddddd, my ammi is such a STINGY POKER".

Stingy poker katanya.

Hek mung stingy poker.  Ammi ni berjimat sebab nak beli jajan awak, air kotak awak, kek coklat awaklah ni tau tak.  Ammi tak belikan jajan kang baru tau.

Betullah cakap arwah mama.  Bukanlah anak ammi menganga mintak makan je selalu, tapi mana yang boleh dijimatkan kita jimatkan.  Anak-anak makin meningkat remaja, perbelanjaan makin meningkat tinggi, semua benda makin mahal harganya.

Hadiah GA dari Lady Dini

Alhamdulillah..sampai jua akhirnya.

Last week rasanya ammi Lady Dini contact minta confirmkan semula alamat untuk dia postkan hadiah yang lama tertunggak.  Ammi pun lupa hadiah apa.  Bila check semula...ooooo ammi ada join GA yang LD hostkan November tahun lepas.

Keputusan LD umumkan bulan Januari, patutlah pun ammi lupa.  Sedangkan benda baru jadi last week pun kadang-kadang ammi lupa inikan pula yang dah lama.  Tapi takpe... berpegang pada janji itu yang kita perlu hargai.  

Hari Ahad ammi dapat Whatsapp dari brother J&T.  Gambar suami ammi terima barang dalam lift hahahah... dalam lift pun boleh.  Ammi pun jadi macam...eh rasanya baru je order barang semalam, takkan harini dah sampai.  Besar pulak tu bungkusan.  Bila tengok nama pengirim baru macam...ooooooo dari Lady Dini rupanya.  Alhamdulillah.

Hadiah kemenangan sempena join GA LadyDini 1.0

Dapat sehelai tudung bawal anti kedut.

Terima kasih Lady Dini...semoga Allah murah rezeki awak dan semoga bisnes awak berkembang maju. 

Resepi Kerapu Stim Hong Kong Style

Haritu kakak ipar ammi ke Sabah dan dia belikan kitorang ikan kerapu merah ni dan juga udang besar bagak.  Semoga sentiasa dilapangkan rezeki buatmu kakak iparku.  Besar ok ikan ni...ammi lupa nak ambil gambar sebelum masak.  Memang memanjang lupa aja sekarang ni.


(Gambar dari Google)

Lebih kurang macam ni lah ikannya... halus-halus je sisik ikan kerapu ni ye.  Pastu badan dia macam lembut sungguh.  Risau nak masak.  Selalu (eh taklah selalu beli kerapu) beli orang pasar dah tolong siangkan.  Ammi balik tinggal bersihkan aja.

Pagi tu kitorang cari dulu resepi pastu siap tengok beramai-ramai kat Youtube.  Gigih anak beranak tengok cara orang masak.  Senang banget cara dan bahannya.

Resepi Kerapu Stim Hong Kong Style

Bahan:

Seekor ikan kerapu
Daun bawang (dihiris seperti batang mancis)
Daun ketumbar (dipotong lebih kurang 1.5cm)
Cili merah (dihiris seperti batang mancis)
Garam
Minyak masak
Halia muda (ini ammi tambah)..

Bahan Sos:

Sos Cair (75ml) (dilarutkan sekali)
Air (75ml) (dilarutkan sekali)
1/4 sudu ajinomoto (dilarutkan sekali)
2 sudu besar gula (ammi letak 1 sudu je gula perang)
2 sudu minyak masak
Ammi tambah minyak bijan juga...sbb ammi suka bau wangi minyak bijan

Cara-cara:

  1. Hiris daun bawang dan ketumbar dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk 
  2. Hiris cili merah dan ketepikan
  3. Hiris nipis halia muda, keringkan dan goreng hingga keemasan (angkat dan tos)
  4. Ikan tu season manja-manja dengan garam (ammi gatal letak black pepper juga).  
  5. Titikkan minyak dikeseluruhan badan ikan tu dan stimkan selama 10 minit.  Kalau tak yakin macam ammi...ammi jadikan 15 minit.
  6. Next angkat bekas ikan tu dan buang lebihan air yang keluar...sebab air tu hanyir ye.
  7. Kemudian, letak je semua hirisan daun bawang, daun ketumbar dan cili di atas ikan.
  8. Panaskan dalam masak dalam pot bila dah mendidih betul curahkan je atas ikan tu.  Dia punya bunyi sizzle tu mendamaikan.
  9. Kemudian...kita buat sosnya pula
  10. Letak minyak sikit dalam pot dan masukkan gula.  Kacau sehingga gula tu caramalized
  11. Masukkan sos cair, air, dan ajinomoto yang dah dilarutkan tadi
  12. Masak sehingga mendidih tutup api
  13. Tuang sos ke atas ikan..
  14. Letakkan gorengan halia tadi
  15. Ready untuk dimakan.
Nampak macam renyah je stepnyakan...tapi tak renyah pun.  Simple je.  Anak-anak dan suami request suruh buat lagi sekali.  Kat bawah nanti ammi share video yang ammi tiru tu ye.


Kerapu merah yang bila di stim jadi hitam terus.  Main acah-acah ye ikan?

Risau je ammi masa tuang minyak panas atas ikan sebab pinggan ni melamine...takut tak tahan.  Tapi melamine ni jenis yang tahan lasak.  Dapat hadiah kahwin 18 tahun lepas...Alhamdulillah masih berjasa lagi pada keluarga ammi.  Thank you pada Kak Roslinda, bekas secretary lama kepada bekas boss ammi.  Berapa banyak bekas daaaa.  Kiranya ammi ganti tempat dia lah masa ammi jaga boss tu.  


Lawankan dengan kailan ikan masin pedas kebabommmm...ikan tu buat tak pedas sebab risaukan si kecik tu terencat pulak nak makan.

Ni videonya ye kawan-kawan...trylah.  Ammi rasa sedap.  Tapi korang nak derhaka macam ammi silakan juga.  Kita masaklah ikut selera kita kan.


Semalam anak, harini emak pula

Ammi jalan-jalan cuci mata kat Facebook tadi ammi ternampak orang share resipi ni.  Ya ampun terus terliur tengok gambar ni.  

Nak buat tapi malas...nak buat tapi bahan takde.  Nak buat kitorang berada diluar rumah pula.  Alasan sungguh.

Semalam kisah si anak yang tertelan liur tengok kartun makan pickles...harini si emak pulak tertelan liur tengok orang share resipi.


Rasa tuan gambar ni namanya Akma Abdullah kot.  
Puan Akma, ammi minta share gambar ni di blog ye..

Cantik menarik warnanya.

Selamat Hari Malaysia ke-59

59 tahun sudah penyatuan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.

Semoga kita terus aman makmur di dalam sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama.


Pembentukan persekutuan baru ini sepatutnya dirancang untuk berlaku pada 1 Jun 1963 tetapi ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 untuk disambut bersama sambutan kemerdekaan yang ke-enam.  Namun akibat daripada beberapa isu yang berkaitan dengan bantahan yang dikemukakan oleh Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan persekutuan ini maka pengisytiharan tertangguh sehinggalah ke 16 September 1963.  

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Dengan kartun pun boleh terjebak

Sabtu minggu lepas ammi masak untuk lunch je.  Memang dah plan nak bawa anak-anak makan kat luar waktu dinner sebab sepanjang cuti sekolah dorang memang duduk ontok-ontok je kat rumah.  Tak keluar ke mana pun.  Ada sekali tu plan nak bawa dorang mandi swimming pool kat office ammi, pagi tu hujan punyalah lebat.  Nak datang petang tiba-tiba abah ada kerja pula.  

Lepas Maghrib kami pun keluarlah ke area Setiawangsa.  Sebab ammi ni plan lepas dinner nak ke ST Rosyam.  Situ je yang ammi tau buka 24 jam.  Kami dinner dia Overloaded Western Setiawangsa.  Ammi main google je.  Not bad juga dan murah harga makanan kat sini.  Total makan kami berlima cuma RM78.90 je.  

Gambar jangan ditanya....ammi lupa nak ambil.


Ni je satu-satunya gambar yang ada.

Lepas makan kami pun geraklah ke ST Rosyam tu.  Ammi ni nak cari chia seed je sebenarnya sebab nak buat overnight oats.  Gedik tak cari chia seed sampai ke Setiawangsa?  Sudahnya tak jumpa pun chia seed kat situ.  Ammi jarang-jarang ke situ...jadi tak biasa lagi dengan susun atur barang di tempat tu.  

Tapi dah alang-alang ke situ...apa barang cari chia seed semata.  Mata mesti terpandang benda lain, tangan tercapai benda lain.  Bukan ammi je.  Khilfi pun sama rupanya.  Dia datang dekat ammi pastu dia tanya 

Khilfi:  Ammi rasa kalau abang ambil sesuatu makanan yang kita tak pernah beli dan harganya RM14.90 ammi ok tak?
Ammi:  Tak pernah beli tapi pernah makan ke?
Khilfi:  Tak pernah makan tapi pernah nampak kartun makan.  Kartun apa ntah kat TV tu.
Ammi:  Kartun? 
Khilfi:  Aah...abang tertelan airliur masa tengok kartun tu makan.
Ammi:  Halal ke tak?  Bak sini tengok.

Nampak ok ammi pun beli jelah.  Biar dia rasa sekali... kita tengok rasa sekali pasti nak lagi, atau rasa sekali cukuplah sekali.

Lepas habis membeli...ronda-rondalah KL.  Dah alang-alang.  Sampai rumah dalam pukul 12.30 pagi juga.  

Si bujang ni balik laju-laju solat Isya'... selalu kena bersuruh kalau bab solat lewat malam especially bila dia dah mengantuk bagai ni kan.  Haritu balik je terus basuh muka, ambik wudhu' solat.  

Ammi masa dorang dok solat ammi pun kemaslah barang yang dibeli.  Letak ditempat sepatutnya.


Kejap tu dengar bunyi orang dok cari-cari barang kat dapur.  Tak jumpa kat dapur dia tanya "ammi mana ammi letak yang abang beli tadi?

Dapat terus try.


Sedap katanya...


Ni ha pickle yang dia terjebak selepas tengok kartun.  

Tengok kartun makan pun dia boleh tertelan air liur.  Anak oh anak.  Nasib kartun tu makan yang camni...di buatnya kartun tu makan benda tak halal...haru mak nak.

Belajarlah selagi terdaya..

Ala ala ala....Usop Wilcha dah kabo kat kita semua.  Katanya "itulah pentingnya English education"... ngapa kamu tak gi blajo Yeop?  Orang suruh ke sekolah kamu sibuk menyongket cari awek.

Cikgu English ngajo kat depan kamu sibuk belabun kat belakang..ha nampak apa jadi ke kamu sekarang ni?

(Photo from Facebook)

Ater...dah kenapa gini  kamu teranslate Yeop?  Mari ke sini kamu biar ammi pulas sikit telinga kamu tu.

Sedih dan marah ammi tengok kalau orang translate sebegini.  Boleh je nak direct translate tapi perlulah disesuaikan dengan situasi.  

Ehhh...auto teringat kat ex-boss ammi masa mula-mula kerja dulu.  Dia orang Kuala Kangsar...jadi walaupun isterinya orang putih...tapi bahasa ibunda dilupa jangan gitu.  Tengah-tengah meeting dengan client atau supplier yang cakap orang putih pun dia boleh selit juga loghat Perak dia tu.  Sampaikan ada sorang supplier dari Jepun, Kato San (supplier ni sentiasa travel Jepun - Malaysia) kalau call dia kata "Sharmila, put me to Cer Kabo".  Ajengeye...eh gitu ke nak ngeja nya kawan-kawan Perak sekalian?

Rindu dengan ayat boss lama ammi "Sharmila...ohhhhh Sharmila, kamu bawakan aku ayor panaih mati segelaih".  Masa mula-mula kerja ammi jadi macam...alamak...apo ko bondo eh ayo panaih mati ni.  Mujur juga kakak kerani sorang lagi tu orang Kuala juga...jadi kat dialah ammi banyak belajar bahasa ex-boss ni.