The bakul boy

Sekarang trend "The Dulang Boys, The Dulang Girls".... the bakul boy ada?

Haritu masa makan, dua beradik lelaki ni sibuklah berbahas tentang Upin Ipin.  Abang kata dia dah pergi rumah Upin Ipin si adik tak percaya.  Camna nak percaya masa tu dia tak wujud pun lagi.  Abang pun belum tentu ingat kalau tak ada gambar sebab masa tu baru je belajar jalan jatuh jalan jatuh.

So, ammi pun naklah cari bukti tersebut.  Scroll google photo ...tapi gambar tu tak jumpa gambar lain pulak yang banyak nampak.

Gambar budak paling bongsu bersama bakul.  Dia memang dari dari pandai je merangkak suka bakul.  Pantang nampak bakul..tak kiralah bakul bilas sayur kat dapur pun dia duduk jugak kat dalam tu.

Masa kecik, comellah main dalam bakul camni.  Berani main bakul camni sekarang?

Budak Bakul



Budak Bakul

Bangun je tidur benda pertama dia cari tudung saji.

Budak Bakul

Budak Bakul

Budak Bakul

Bakul ni berisi kain yang nak dijemur.  Beratkan?
Ha gigih dia tarik dari tempat basuh ke hall.

Budak Bakul

Bakul dah kosong melalak tak kasi simpan pulak.

Budak Bakul

Gitulah perihalnya si Khalif Syafiq dan bakulnya.

By the way...bakul hijau tu wujud sebelum ammi kahwin dengan abah.  Masa kahwin masuk rumah memang dah ada bakul tu abah isi baju kotor dia.  Dan bakul tu ada lagi sampai harini...

Ammi ngan abah nikah pun dah nak masuk 18 tahun...sebelum tu berapa tahun ntah abah guna bakul tu.

Budak Bakul

Kalau tak main bakul... dia lah big boss.  Bean bag ni pun dah gone.  

Rindukan kenangan anak-anak masa zaman tengah chicky.  Main atas bakul, atas perut pun ok.  Sekarang berani nak duduk-dudukkan perut ammi? Tangan auto libas.

Setia sangat ni

 Haritu ammi scroll TikTok pastu nampak orang tu buat video ini...

Ammi tak reti nak share video TikTok kat sini..ammi screenshot jelah.


Ciri-ciri abah sangat ni..

Yang nombor 3 tu memanglah tak pernah nak puji sbb bini dia bukan cantik pun.

Ga puji, ga komen, ga romantis ya ga pa pa..yang penting setia.  Jangan pernah selingkuh Mas Kay.

Gara-gara tengok Layangan Putus... terjebak pulak dengan perkataan selingkuh.  Hahahhah.

Lain rancang lain jadinya

Ahad lepas pagi-pagi dalam pukul 7 dah ke Ampang.  Ammi sebenarnya teringin nak makan roti canai telur goyang kuah banjir.  Selesai sarapan semua, otak terus "tinggggg"... kita gi Mitsui la.

Apa-apa hal baliklah dulu tukar baju elok sikit.  Dah alang-alang sampai rumah eh tersapu rumah pulak...pastu ehhhh termintak tolong abah mop rumah pulak.  Settle semua mandi tukar baju keluar rumah.  

Plan asal nak ke Mitsui (sebab ammi tak pernah pun sampai situ)... tapi dah naik kereta dah on the road boleh pulak tukar plan ke Genting Premium Outlet (GPO) jelah.  Mujur anak-anak memang suka pakai sweater bila kluar.  Ammi ni jelah baju nipis.  Sampai Genting lebih kurang 1.30 cari tempat nak solat.  Eh kat bawah GPO tu je rupanya masjidnya.  Ingatkan GPO tu kat atas-atas.

Sampai sana hujan..mengilu terus gigi masa ambik wudhu'.  Takdelah sejuk mana keadaan tapi ammi baru buat scaling gigi jadi terasa ngilunya.  Settle solat semua masuklah ke GPO tu..payah gak nak berjalan dalam hujan sebab ada kawasan yang open.  Tempiaslah, basahlah... ishhhh i don't like.  Masuk 2-3 kedai beli sikit-sikit dan eh... pukul 3.30 dah keluar.  

Ammi ni nak cari baju warna royal blue sebenarnya untuk pakai masa majlis anak buah nanti..tapi tak jumpa yang sesuai kat situ...turun dan pergilah ke KL East Mall.  First time gi sini.  

Dan si kecik ni ternampaklah mende alah ni terus cakap "alip suka excavator...dari dulu alip nak bawak".. eh tetiba je.


Terkial-kial nak belajar cara menggerakkan apa panggil yang depan tu? Bucket ke? Pengaut?


excavator

Masuklah penyelamat untuk menyelamatkan

excavator


Dan ehhhh tetiba yang menyelamatkan tu macam terlebih seronok pulak.

Settle semua pukul 7 lebih dah sampai rumah.

Khilfi:  Seriuslah ammi Genting Highlands tu kat Pahang?
Ammi:  Seriuslah... ni semua nak kena ketuk ni.  
Khilfi:  Kita pegi Pahang pastu balik KL sekejap je.  Macam tak jauh je.

Lepas tu bermulalah episod ammi menyoal tempat itu dimana, tempat ini dimana..(ternyata banyak tempat dia tak tau berada di negeri mana).

Esoknya, sebab dia berPDPR dan ammi tunggu punya tunggu punya tunggu cikgu tak bagi tugasan.  Meh sini ammi yang bagi tugasan.  Silalah senaraikan semua negeri dalam Malaysia beserta ibu negerinya dan senaraikan semua nama Perdana Menteri Malaysia.  Terkial-kial ok... dan ammi jadi macam....."ehhh...awak jangan buat malu budak kelas nombor 1 ye".

Perlu lebih banyak membaca, tengok berita, baca signboard budak-budak ni.  Kurang pengetahuan am mereka.

Untuk yang ada anak sebaya anak ammi...cuba check anak korang tau tak nama ibu negeri bagi negeri-negeri yang ada kat Malaysia.

Terjebak dan termelampau

Semenjak MC berminggu-minggu ni selain dari makan tidur makan tidur... ammi terjebak main crossword puzzle.  Puzzle ni memang dah berzaman ada dalam phone tapi bila ko dah lost tak reti nak jawab terus mood kelaut.  Tapi sejak masa kat ward and MC ni asah le sikit vocab...bukaklah dictionary yang dah lama tak bukak tu.

Paling jahat kalau dah terperangkap sangat dan desperate nak coins...gi google je ahaksss...






Ada 14000++ puzzle tapi baru mampu buat 2902 je.  Bila tahun nak settle ni?

**************************************************************

Harini 28/1/2022 hari terakhir MC.  Next week dah kerja.

Pastukan...boleh tak kalau ammi terlupa bulan January ada 31 hari.. sepatutnya 31 tu kerjalahkan sebab office ammi bukan ada Chinese pun.  Lagipun yang kuat ammi tak ingat bab kerja tu ialah bila budak-budak cuti sekolah minggu depan.  Disebabkan lupa ammi ni pun confirmlah dengan ipar duai nak join gi JB hari Ahad balik hari Rabu.  Anak buah ammi bersanding jadi buruklah perangai kalau tak pergikan.

Dijadikan cerita boss ammi call hari Selasa, biasalah dia memang selalu call cerita pasal office.  Dengan sapa dia nak kongsi kalau bukan dengan secretary cabuk dia ni.  Pastu dia cakap 

Boss:  ok bye...see you next Monday, Sheila
Ammi:  ..Eh why Monday? Not Thursday?
Boss:  Any holiday on Monday?
Ammi:  Cuti peristiwa kan?
Boss:  What peristiwa?  I didn't get it (mmglah he didn't get it..bukan ada anak gi sekolah pun)
Ammi:  hahahhahah gelak besar...sebab baru realize yang cuti peristiwa tu untuk sekolah je..ko apa hal nak cuti peristiwa bagai.

Explain kat boss pasal plan ammi gi Johor tu..and dia kata "since this is peristiwa paling menyayat hati, I'll see you next Thursday".

Melampau kan ko Sharmila.  Nasib baik dapat boss boleh dibawak berunding.  Dapat yang kata "potong gaji" nasib le.

Cara Mendapatkan Geran Probet


Permohonan Geran Probet

Geran Probet seperti yang di dalam entri yang lepas adalah satu dokumen yang perlu dipohon oleh Wasi (orang yang dinamakan di dalam wasiat) di Mahkamah Tinggi.

Antara dokumen yang diperlukan oleh Wasi adalah seperti berikut:-

  1. Wasiat asal yang sempurna dan sah (dengan kehadiran saksi yang layak);
  2. Sijil kematian (asal dan salinan) dan kad pengenalan si mati yang telah diakuisah;
  3. Salinan kad pengenalan wasi-wasi; dan
  4. Senarai Aset dan Liabiliti simati.

Dokumen-dokumen yang perlu difailkan secara berperingkat di Mahkamah adalah seperti berikut:-

Bahagian 1
  1. Saman Pemula Ex-Parte (untuk memulakan sesuatu tindakan Mahkamah);
  2. Afidavit Sokongan (untuk menyokong permohonan Saman Pemula yang mana akan diekshibitkan dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas);
  3. Afidavit Menyaksi Wasiat (diikrarkan oleh 2 orang yang menjadi saksi ketika wasiat ditandatangani);
  4. Notis Perlantikan Peguamcara
Setelah pemfailan Saman Pemula, Mahkamah akan memberikan nombor guaman dan tarikh pendengaran untuk proses seterusnya.  Mahkamah juga akan membuat semakan samada wasiat yang disertakan pernah digunakan atau tidak sebelumnya.  Hanya wasiat yang belum berdaftar sahaja yang boleh diproses.

Mahkamah seterusnya akan meminta untuk dokumen asal seperti Sijil Mati Asal dan Wasiat Asal diserahkan ke Mahkamah sebelum tarikh pendengaran yang telah ditetapkan.

Setelah pendengaran Mahkamah akan mengeluarkan satu notis bayaran dan meminta untuk dikemukan dokumen-dokumen lain seperti berikut:-

Bahagian 2
  1. Sumpah Pentadbiran;
  2. Notis Perlantikan Peguamcara (sekiranya belum difailkan dibahagian 1);
  3. Senarai Aset dan Liabiliti; dan
  4. Senarai Benefisiari (Waris).

Setelah Mahkamah berpuashati dengan dokumen yang dikemukakan dan setelah bayaran Pengeluaran Geran & Engrossing dijelaskan barulah Mahkamah akan mengeluarkan satu Geran Probet yang dimeterai.  Geran Probet yang lengkap terdiri daripada (1) Grant of Probate yang dikeluarkan oleh Mahkamah; (2) Wasiat; (3) Senarai Aset & Liabiliti; (4) Senarai Waris.    


Kos Pemfailan Dokumen di Mahkamah


1.

Saman Pemula Ex-Parte   

RM160.00

2.

Afidavit-afidavit               

RM  16.00 (setiap satu)

3.

Notis Perlantikan Peguam   

RM  16.00

4.

Notis Pengeluaran Geran

RM400.00

5.

Engrossing

RM  40.00

6.

Sumpah Pentadbiran

RM  16.00

7.

Senarai Aset & Liabiliti

RM  16.00

8.

Senarai Waris

RM  16.00

 

Lain-lain kos

Setiap afidavit perlu diikrarkan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah yang mana cajnya telahpun ditetapkan.

Afidavit Sahaja:  Asal (RM10.00) dan salinan (RM5.00)

Ekshibit / Lampiran:  Asal (RM5.00) dan salinan (RM2.00) bagi setiap ekshibit.


Secara kasarnya disbursement (tidak termasuk caj peguamcara) untuk mendapatkan Geran Probet adalah sekitar RM800.00.  Kos ini boleh ditolak dari harta pusaka kelak.

Setelah Geran Probet diperolehi, barulah Wasi boleh ke jabatan-jabatan lain, bank, KWSP dan sebagainya untuk memulakan proses memindahkan, mengeluarkan, membahagikan harta-harta seperti yang telah diwasiatkan.

Harta Pusaka

Harta pusaka tidak kira sama ada besar atau kecil nilainya memang perlu dibahagi seadilnya dan seperti yang dimahukan oleh simati.

harta pusaka


Tertakluk kepada nilai harta pusaka (yang telah diketahui atau anggaran), sekiranya nilai harta adalah kurang dari RM2 juta permohonan mentadbir boleh dibuat di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Pejabat Tanah & Galian manakala bagi harta pusaka melebihi RM2 juta akan diuruskan oleh Mahkamah Tinggi.

Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam Sijil Faraid perlu diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah manakala bagi yang bukan beragama Islam perlu mendapatkan Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi.

Apa itu harta pusaka?


Sebarang kepunyaan simati dalam bentuk harta tidak alih dan harta alih.  

Harta Tak Alih

Tanah, rumah dan kepentingan dari harta tak alih.

Harta Alih


Wang Tunai, saham, simpanan bank, KWSP, Insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas, haiwan ternakan dan lain-lain barang berharga.  

Namun bukan semua harta si mati boleh dipindahmilik atau dibahagikan.  Contohnya sekiranya simati mempunyai permit lori, teksi, lesen perniagaan.  Waris perlu memaklumkan Jabatan terlibat untuk proses penamatan atau lain-lain yang sesuai.


Apa beza Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) dan Geran Probet?


Surat Kuasa Mentadbir diperlukan sekiranya si mati meninggal tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau wasiat dibuat tidak sah.  Salah seorang atau lebih boleh dilantik untuk mentadbir harta pusaka milik simati.


Geran Probet pula diperlukan oleh waris sekiranya si mati telah membuat wasiat untuk mengurus dan mentadbir harta si mati.  Probet adalah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan (to certify) sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh simati.


Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat
(Gambar kredit dari Google)

Liabiliti simati


Jangan hanya fikirkan harta untuk dibahagikan, sebelum waris atau wasi (orang yang dinamakan di dalam wasiat) membuat permohonan untuk salah satu dokumen yang di atas, mereka juga perlu mengambil tahu akan liabiliti (hutang) si mati. 

Banyakkan kita lihat kes dimana harta simati direbutkan oleh ahli keluarga tetapi hutangnya? Hanya terbeban pada si isteri atau suami yang ditinggalkan? Hanya terbeban pada anak yang ditinggalkan? 

Antara perkara yang boleh diklasifikasikan sebagai liabiliti simati adalah 
  • belanja pengurusan jenazah, keranda, bayaran kubur, van jenazah (waris perlu menyimpan resit);
  • hutang-hutang sah seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman tunai, kad kredit, dan lain-lain;
  • kes-kes sivil yang dihadapi oleh simati; dan lain-lain.



Telur Dadar Kicap CKT

Hari Isnin lepas (17.1.2022) ammi dapat barang yang ammi order dari Dana.  Plan asalnya Dana nak COD je ke ammi sebab suaminya kata dekat dengan rumah..tapi ammi sibuk layan hospital, baru kluar ward...takpelah post jelah.

Start minggu lepas sebenarnya Ammi dah start masak manja-manja.  Operate sikit manjanya lebih-lebih pulak.  Orang baru lepas bersalin pun ada yang takde orang jaga terpaksa buat kerja sendiri.  Kalau rajin masak, kalau malas pass je pada Abah.  Ammi chill-chill depan TV.

Hari Selasa malam masa dekat nak dinner tu eh...macam tak cukup je lauk.  Malas nak tunggu abah (balik main bola pepetang), maka ammi jelah ke dapur.  Buat lauk simple-simple je.

kicap CKP

Ambil 3 biji telur, campur je apa yang ada.  Ammi letak bayam, daun sup sikit, bawang, dan dadarkan.  Lepas tu potong cube camni.

Kemudian dalam kuali, masukkan bawang putih dan halia yang didadu halus.  Masukkan 3-4 sudu kicap Char Kuey Tiaw yang Dana jual, masukkan tomato, mendidih ... tuangkan aje atas telur yang didadarkan tadi.  


Siap.

Tak mesra? Biarkan dia tak mesra janji sedap dan sedap dan kenyang.


(Dana, ammi pinjam gambar dari blog awak je tau).  Dana buat CKT masa ni. 

Ammi guna kicap ni je takyah dah sibuk letak garam cili bagai.  Sonang kojo.

SILAP PANCING PULAK

Hari Jumaat, penghulu segala hari.  Ammi dapat panggilan dari satu nombor handphone.  Bila ammi jawab lama jugalah orang yang memanggil tu nak say hello back.  Padahal dia yang telefon...and our dialogue goes like this...

Ammi:  Hello...hello

Caller:  Hello, boleh bercakap dengan Pn. Sharmila ...

Ammi:  Ya, saya bercakap.

Caller:  Saya buat panggilan dari Etiqa Takaful.  

Ammi:  Oh, maaf saya dah ada insurans.  Saya taknak tambah apa-apa lagi.

Caller:  Bukan, saya call sebab Puan ada buat 3 claim hospital beberapa bulan yang lalu.  Jadi kami di Etiqa Takaful nak dapatkan kepastian kenapa puan buat banyak claim.


****** ok dah boleh agak....ini panggilan cubaan nak scam la ni sebab ammi memang takde subscribe apa-apa pelan dari Etiqa Takaful pun.  takpe kita layan ******


Ammi:  Claim dari rawatan di hospital mana tu?  Sebab saya banyak pergi hospital tahun lepas (acah je)

Caller:  Dari Columbia Asia Petaling Jaya (ammi jejak kaki ke situ pun tak pernah).

Ammi: Ini untuk premium saya yang mana satu ye? Bila tarikh claim saya?

Caller:  Dia pun pong pang bagi nombor polisi insurans dan tarikh claim...katanya ammi claim 27/8/2021.  (pandai korang nak cong ammi ye)

Ammi:  Oh...ada masalah ke claim saya tu?  Haritu masa submit agen insurans saya tak cakap apa-apa pun.

Caller:  Kami nak kepastian kenapa banyak claim..sebab kami perlu buat penamatan.

Ammi:  Kenapa nak tamatkan polisi saya pulak?  Saya bayar premium saya setiap bulan.

Caller:  Sebab puan banyak buat claim.

Ammi:  Ada masalah ke kalau saya claim banyak kali? Kalau bil rawatan hospital saya tak claim dengan insuran takkan saya nak claim dengan kedai basikal?

Caller:  Sebab tu kami nak tau Puan buat rawatan apa. (suara dia dah agak keras masa ni..)

Ammi:  Saya dah sertakan semua dokumen...awak tau saya buat claim 3 kali takkan awak taktau saya buat rawatan apa.  Penatlah nak explain

Caller:  Dokumen tu ada pada bahagian Account.  Saya di bahagian penamatan.  Kalau Puan tak beri kerjasama macam ni kami terpaksa tamatkan polisi insuran Puan.

Ammi:  Kepala hotak kau suka-suka hati nak tamatkan insuran aku...hari ni hari Jumaat tau tak?

Caller:  (eh dia pun tinggi suara jugak)... kalau Jumaat kenapa pulak.

Ammi:  Ko tu orang Islam, hari Jumaat buatlah benda berfaedah sikit.  Gi cari kerja halal dik.  Ni kau dok tipu orang pastu ko makan beli makanan pakai duit gaji ko...apa benda?

Caller:  Siapa cakap aku buat kerja haram?

Ammi:  Kalau betul ko dari syarikat Insurans bahasa kau tak camni dik...gi belajar dulu cara nak menipu orang.  Ko silap cari mangsa ni dik.

****************

scammer


Terus ammi letak phone sebab ehhhh menggigil pulak tangan tetiba.

Ammi pun taktau nak kesian ke nak marah ke pada budak-budak yang kerja jadi scammer ni.  Adakah dorang terpaksa bekerja sebab tak ada peluang lain atau dorang pun kena scam masa cari kerja. Hmmmm... 

Dapat yang boleh baca taktik scammer takpelah... dapat makcik pakcik yang bila orang cakap camni je dah cuak.

Ammi tersilap taktik gak haritu.  Patutnya kena buat cuak gak bila dia kata nak tamatkan insurans.  Nak tengok apa yang dorang nak.  Tapi marah gigil-gigl punya pasal...lain lak jadinya.

Next time kita cuba lagi la ye hahahha...

Chiquitita

Lately selalu je terdengar antara lagu favourite Arwah Aca (ayah ammi) kat TikTok.  Rindunya dengan Aca.  

Mereka yang remaja, membesar di zaman 70an memang inilah antara band yang paling dorang suka.  Abba, The Beatles, Eagles, Bee Gees... banyaklah lagi.  Arwah mama masa kahwin dengan Aca back in 1974, tak pandai pun cakap English.  Yelah sekolah pun sampai darjah 6 mama kata.  Tapi sebab English adalah bahasa pertuturan Aca dan adik beradik dia (kalau nak rahsia-rahsia dari nenek ammi) maka mama pun belajarlah.  Dan alhamdulillah, mama adalah fast learner.  Jangan nak cong mama ye. And arwah mama can sing this song...laju tau lagu ni.


CHIQUITITA - ABBA

Chiquitita, tell me what's wrong
You're enchained by your own sorrow
In your eyes there is no hope for tomorrow
How I hate to see you like this
There is no way you can deny it
I can see that you're oh so sad, so quiet

Chiquitita, tell me the truth
I'm a shoulder you can cry on
Your best friend, I'm the one you must rely on
You were always sure of yourself
Now I see you've broken a feather
I hope we can patch it up together

Chiquitita, you and I know
How the heartaches come and they go and the scars they're leaving
You'll be dancing once again and the pain will end
You will have no time for grieving

Chiquitita, you and I cry
But the sun is still in the sky and shining above you
Let me hear you sing once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita

So the walls came tumbling down
And your love's a blown out candle
All is gone and it seems too hard to handle
Chiquitita, tell me the truth
There is no way you can deny it
I see that you're oh so sad, so quiet

Chiquitita, you and I know
How the heartaches come and they go and the scars they're leaving
You'll be dancing once again and the pain will end
You will have no time for grieving
Chiquitita, you and I cry
But the sun is still in the sky and shining above you
Let me hear you sing once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, Chiquitita

Balada Seorang Gadis Kecil

Dah lama tak dengar lagu ni.  Dan sebenarnya hampir lupa akan kewujudan lagu yang penuh emosi ini.

Lagu yang menggambarkan kekejaman Israel dan sekutunya pada sekitar 16 - 18 September 1982 ke atas 460 hingga 3500 orang awam di Kem Pelarian Palestin Sabra dan Shatila di Beirut.

Dulu masa kecil, Arwah Aca (ayah ammi) rajin bercerita tentang perkara-perkara gini.  Tentang Israel, kekejaman Ariel Sharon, tentang kesusahan dan penderitaan rakyat Palestin, tentang Yasser Arafat, tapi tulah dulu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Masa dengar bukan main sedih, menitik airmata lepas tu lupa.  Biasanya aca akan cerita lepas dengar berita tengah malam kat TV1 atau TV2.  Kalau berita bahasa Inggeris kat TV2 lah kan? 


BALADA SEORANG GADIS KECIL

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia

Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban
Peperangan...

Oleh:  Allahyarham Zubir Ali




Chinese | THE GHOST BRIDE

Tengah MC ni ammi layan jelah movie or drama bila rasa nak layan.  Bukanlah sepanjang masa ammi conquer tv....tapi once ammi dah tengok jangan usik, jangan tukar.

Throwback sikit...masa kecik dulu ammi duduk di kawasan yang ramai orang India dan Cina.  Pastu jalan besar nak masuk ke rumah ammi ada satu rumah yang ada tokong cina besar.  Memang sefamily dia jenis kuat sembahyang kot.  Dan ada bulan (bulan hantu) yang dorang akan pasang stage untuk opera, pasang screen untuk orang kampung tengok movie.  Macam-macam ceritalah dia pasang.  Cerita P. Ramlee, cerita Tamil, cerita Cina.  Dan ammi pun memang suka tengok cerita cina especially yang jenis Maharaja2 ni.  Mama biasanya siap bekalkan tikar bantal lagi dan munchy-munchy.  Bolehlah tengok sambil baring-baring.

Masa time study dulu asal pukul 6 je dah duduk depan TV layan drama cina Hong Kong.  

Eh melalut pulak...

**************************************************

Jadi scroll cari bahan di Netflix ammi nampak cerita ni "The Ghost Bride".  Macam best.  Ada 6 episod je oklah.


Bila dah play..ehhhh cerita Malaysia rupanya.  Pelakon-pelakon yang perempuan semua pakai kebaya nyonya.  Ingatkan cerita Hong Kong ke Taiwan ke.

***********************************************

Cerita ni berlatarkan sekitar tahun 1890 di Melaka.  Seorang wanita (Li Lan) yang menerima lamaran perkahwinan daripada keluarga kaya untuk menjadi "pengantin hantu" untuk anak lelaki mereka (Tian Ching) yang meninggal di usia muda.  Perempuan ni sebenarnya suka pada adik lelaki si mati (Tian Bai) dan taknak pun jadi pengantin hantu walaupun keluarga kaya tu kata perkahwinan ni boleh selesaikan masalah kewangan yang dialami oleh ayah perempuan tu.  

Dijadikan cerita, ayah perempuan ni keluarlah dari rumah untuk cari kerja lain sbb bisnes dia dah drop.  On the way tu dia mengalami kecelakaan dan koma.  Jadi si Tian Ching ni ambil kesempatan dan sering muncul dalam mimpu Li Lan dan paksa dia untuk kahwin kalau nak selamatkan ayahnya.  Dan Tian Ching ni bawak juga Li Lan ni tengok keadaan bapak dia di "Netherworld".  Netherworld ni pada kepercayaan orang cina tempat di antara hidup dan mati.



Tian Ching mintak Li Lan cari siapa yang bunuh dia dan Li Lan di beri 10 hari untuk cari pembunuhnya.  Akhirnya dia terpaksa bersetuju dengan "lelaki yang dah meninggal" tu sebab nak selamatkan bapa dia dari mati.  Lelaki tu sering je ganggu dia dalam tidur.  Jadi dia sangat terpaksa.

Janganlah serius sangat tengok cerita sebab ada je benda yang tak relevan dengan kita sebagai orang Islam.  Ini drama tentang kepercayaan masyarakat Cina.  Kehidupan mereka selepas mati sebelum di bawa ke muka pengadilan...macam mana keadaan orang yang ditengah-tengah antara hidup dan mati.  

Dalam cerita ni ada gak Malaikat Maut dia yang makan rasuah.  See bukan orang biasa je makan rasuah malaikat dia pun sama gak.  Tian Ching ni walaupun dah mati tapi dia masih jalani hidup macam biasa cumanya bukan didunialah.  Dia hidup di antara dunia dan akhirat (tapi sebab dia rasuah malaikat dia tu) makanya dia terlepas dari pengadilan.

Muncullah juga dalam drama ni "The Heavenly Guard" (Er Lang) ... macam Malaikat yang baik untuk nak bantu Li Lan dan nak perangi malaikat yang makan rasuah tu.

Ending cerita ni sedihlah jugak...sebab si Li Lan dan tersuka dengan Er Lang dan begitulah sebaliknya.  Tapi acano nak kawin..sorang orang biasa sorang Malaikat.


Li Lan dan Er Lang


Gambaran kehidupan selepas mati.. yang belakang-belakang tu kiranya orang mati yang tunggu hari pengadilan.

Kuang Tian

Kuang Tian  (dalam cerita ni dialah si jahat Tian Ching tu).
Tapi handsome lelaki ni..walaupun dia jahat tetap ammi suka tengok muka dia.

Dengan rambutnya.  Alahaiii.

Wardcation Food

Kisah percutian yang tak diidamkan di hospital dah tamat.

Ingat ada vacation, staycation je...wardcation pun ada tau. huhuhu

Tapi kisah makanan belum diletak lagi.  Food wise hmmmm ammi tak berapa gemarlah.  Kurang pilihan.  Ehhhhh ko ni...dah sakit pun nak memilih lagi ye.

Eh mestilah masa sakitlah kena disajikan dengan makanan yang best...baru ada selera.  

Food at Columbia Hospital Cheras


Ni lauk masa Day 1.  Ya ampun...disana bersup, disini bersup.  Disana dada ayam, disini dada ayam, tawar pulak tu.  Masa ni baru macam...ehh kenapa tak bawak sambal goreng garing yang ada kat rumah tu? Terlupa pulak

Masa ammi makan kebetulan doctor masuk pastu doctor tanya nurse.."eh, kenapa bagi patient ni makan diet food?" Hmmm patutlah tak berapa nak sedap, diet food rupanya.

Food at Columbia Hospital Cheras

Ni lauk dinner day 1 - ammi tak pilih pun sbb sampai ward pun dah petangkan.  Dorang main bagi je.  Lauk ginger fish tu not bad.  Okkkkk ammi memang suka chinese food jadi ammi rasa sedaplah.

Day 2 memang takde gambar sebab Ammi puasa pagi tu.  Lepas operate pun seharian tak makan sbb tak sedar huhuhu.

Food at Columbia Hospital Cheras

Ni gambar hari apa ntah.. ni dinner rasanya.  

Food at Columbia Hospital Cheras

Ammi suka sarapan jenis gini...mato-mato tu sedap.

Air coklat tu yang tak sedap.  Nak kopi

Food at Columbia Hospital Cheras

Ni ammi order butter rice with asam chicken.  Hmmmm so-so je rasanya.

Food at Columbia Hospital Cheras

Ni dinner terakhir ammi di hospital.
Order spagethi Alfredo tanpa tau apa jenis spagethi ni.

Memang kuah spagethi ni manis ke? macam rasa epal pun ye jugak.  Ammi cuma makan ikannya, sayurnya dan buah oren tu je sbb tak kena pulak dengan selera ammi spagethi kering kejung tu.

Masa rajin ambik gambar ammi ambik...kalau malas tu gi basuh-basuh tangan makan je terus.  

JJM Bloglist Year 2022

Bila orang menjemput, kita pun raikan.  

Tengok je banner ni terbayang jalan-jalan cari makan hahah...nampak nau kuat makan.


Syarat dia simple je.  Klik jelah pada banner ni nanti korang dibawa terus gi page Ika.

By the way, salken Ika.  

Orang seberangkan suka merge dua perkataan jadi satu.  Dah alang-alang tengah mood tengok Layangan Putus why not kita apply bahasa dari seberang.

** Salken artinya salam kenal.

Day 4 - CAH Cheras

 Sabtu 8/1/2022 - Hari ke-4 ammi di ward.  Aktiviti masih diteruskan seperti biasa.  

Tengahari baru Doctor Norzian (doctor Cardio) datang.  Dia explain tentang result Echo ammi haritu, dia kata nampaklah ada degupan laju tapi itu mungkin disebabkan debaran sebelum nak surgery.  Dan dia kata nak pastikan jantung ammi ni sebenarnya memang dah betul-betul pulih selepas RFA sebab ada kes masalah berulang jadi dia cadang dipasangkan Holter device ni untuk 3 hari untuk monitor keadaan jantung ammi setiap saat dirumah.

Ammi:  Alamak doctor, kalau pasang holter ni 3 harilah saya tak boleh mandi doctor?

Doctor:  Eh, tak.  Device ni dah upgrade.  Boleh mandi macam biasa tapi tempat device tu tak boleh kena sabun.


Ha lega sikit dengar.

Holter Device


Ha ginilah devicenya.

Lepas nurse check dengan insurance samada dorang cover ke tak penggunaan device ni ammi pun dibawa untuk dipasangkan alat ni.

Holter Device


Terus terasa macam robocop.  

Alat dipasang Sabtu 8/1/2022 dan ammi ke hospital untuk tanggal pada Selasa 11/1/2021


Dulu masa kat Hospital Serdang..gini holter device dia.  Yang itu kena pakai  24 jam je dan memang tak boleh mandi langsung. Rimas ok nak solat bagai ada benda tergantung kat seluar ko.

Columbia Cheras Hospital

Ini gambar sarapan...belasah jelah.

Lebih kurang jam 2 doctor yang bedah ammi pulak datang check.  Dia bagi satu injection (ada 2 dose sebenarnya...next dose after 3 months).

Luctin Depot

Dah boleh discharge.  yeay..

Sampai nearly jam 7 barulah settle bab discharge ni.  Bila guna insurans ginilah.  Dari pukul 2 tu ammi tidur bangun tidur bangun (sedap tidur hujan-hujan ni), siap minum teh petang dan makan dinner lagi. 


**********************************************   

Overall, Ammi puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Nurses
Sangat baik, pantas, membantu.

Makanan
Menu agak kurang pilihannya kalau dibandingkan dengan Hospital Pantai.

Pramusaji
Baik dan ada budi bahasa masa sajikan makanan.

Cleaner
Ammi rasa cleaner yang lelaki adalah Bangladeshi, yang perempuan adalah Indonesian.  Bising wei dorang ni...cakap sambil nyanyi2 basuh toilet.  Korang dah kenapa?  Lepas tu kadang-kadang dengar dorang bercakap dari luar bilik ward (macam sorang kat sini sorang lagi kat hujung sana pastu bercakap...tak ke kena bercakap kuat).  Ya Allah...geram je.

Yang ammi musykil..setiap hari cuci toilet tapi baju yang patient letak memang stay kat situ berhari-hari.  


Dari ammi masuk 5/1/2022 sehinggalah hari ammi check out 8/1/2022 tuala ni masih kat situ.  Ammi rasa ini patient yang dah discharged yang punya.


Columbia Hospital Cheras

Salah satunya baju yang ammi pakai masa operation.

Ammi tanya nurse baju letak mana, dia kata letak kat toilet je nanti cleaner ambik.  Tapi sampai ke hari ammi discharge memang kat situ je bajunya.  Nak tunggu sampai sebakul kot baru dia kutip.

Tamatlah sketsa penginapan 4 hari 3 malam ammi di Columbia Asia Hospital Cheras.  


Entry lain ammi share hidangan-hidangannya ya..

Day 3 - CAH Cheras

Alhamdulillah bangun pagi di hari ke-3 di ward (Jumaat, 7/1/2022) ammi rasa lebih segar.  Dah takde episod tido bangun tido bangun tak sedar lagi.  

Panggil nurse mintak cabutkan drip kejap.  Slowly bangkit dari katil, cari baju seluar dan berjalan ke bilik mandi.  Satu masalah dalam toilet ni adalah tak ada kerusi.  Letak le satu plastic stool ke apa kan untuk senang orang "sakit" nak mandi. 

Time ni la pulak rasa nak batuk bagai.  Cecepat gi ke toilet bowl dan duduk baru cari cara nak batuk.  Sebab ammi teringat plak kejadian dalam toilet tahun 2013 tu.  Main batuk je lepas operation, sudahnya pitam dalam bilik air sebab ntahlah apa sebabnya pun tak tau...seriau.

Yang ni ok...batuk berhati-hati sambil tahan perut.  Gila tak puas batuk manja-manja ni. 

Settle mandi, eh dah sampai sarapan yang memang ammi tunggu.  Lapar kemain lagi.  Lepas makan mehlah sambung tengok drama.  Tak sudah-sudah ko pandang muka Amelia Henderson tu...

Kisah Cinta Kita


Lawa sangat dia ni di mata ammi.

Part Datin Laila (lakonan Khaty Azean) tu je mesti ammi fast forward...nyampah pulak tengok perangai manusia yang tak sedar dek untung ni.

Sebelum lunch doctor yang operate ammi datang check.  Masa tu ammi baik punya baring mengiring sambil makan kopok dan tengok drama.  

Doctor:  Wahhhhh sihat sangat dah nampaknya ni.  
Ammi:  Buat lembik nanti lama pulak doctor simpan saya kat sini.

Doctor check luka, check drip dan dia kata bila drip habis dalam pukul 3 turun ke bilik dia untuk nak tengok video surgery semalam.  So, lebih kurang 3 nurse bawak ammi gi jumpa doctor dan kita pun buatlah tontotan wayang gambar.

Tengok dari video tu nampak procedure pertama (Laparoscopic tu lebih kurang 1.04 minit) dan procedure ke-2 (D&C) sekitar 20 minit.

GAMBAR DIBAWAH AGAK TIDAK SELESA UNTUK DILIHAT. 
SILA SCROLL LAJU BUAT YANG TIDAK BERMINAT. 

Endometriosis surgery, laparoscopic


Harap maaf pada yang tak boleh tengok.

Ni sebahagian dari rakaman yang ammi print screen.  Sendiri punya perut, sendiri tengok sendiri pening.  Tapi ammi gigih gak tengok dengan doctor dan dengar review doctor.  Appreciatelah kerja dia.  Kesungguhan dia untuk bakar, dan buang cyst / endometriosis yang banyak macam jerawat kat dalam tu.

Menurut doctor, banyak yang dia bakar tu adalah cyst yang baru nak jadi dan rahim ammi agak bengkak.  Itu tanda-tanda wujudnya adenomyosis.  

Selesai menonton (eh mcm tonton filem pulakkan)...naik bilik buatlah hal sendiri.  Makan, tido, tengok drama, borak-borak dengan aunty India depan katil ammi dan sambung balik makan tido.

Day 2 - CAH Cheras

Hari ke-2 (Khamis, 6/1/2022) ammi di ward dimulai dengan bangun pukul 4.30 pagi, buat air panas makan bun 2 ketul.  Lepas makan terus tidur sebab gila punya ngantuk gara-gara dok layan drama.  

Jam ammi biasanya ada bunyi azan subuh tapi serius ammi tak dengar.  Sudahnya pukul 6.40 pagi baru terjaga.  Hambikkkkkkkkk terus zas bangun terkejut buat apa yang wajib.  

pre-surgery, laparoscopic

Masa bangun "sahur" tak nampak mende alah ni.. masa subuh baru perasan.  Memang hebat syaitan oles mata ammi biar tak bangun subuh.  

Settle solat ammi tengok jejiran macam tidur je lagi, ammi pun ambil peluang mandi awal.  Basuh rambut beriya-iya yelah lepas operate kang kita pun taktau apa keadaannyakan.  Ammi duduk bilik berempat sebab itulah yang mampu ammi subscribe untuk insurance tahun 2007 dulu.  Masa tu fikir asal ada insuran je.  Bila dah agak selesa keadaan terlupa pulak nak review dan upgrade.  Takpelah...ini pun dah selesa.  Last ammi guna insurance ni tahun 2013 pastu tak guna dah sampai 2022 ni.  Hukalohhhhh.

Dalam pukul 9 lebih nurse tolak ammi ke Stress Test Room.  Doctor suggest untuk buat Echo test sebab nak pantau betul rhythm jantung ammi.  Walaupun ECG semalam kata ok tapi berdasarkan pengalaman ammi yang lama...ECG tu sebenarnya tak berapa nak tepat pun.  Dia pantau ala kadar je.

Echochardiogram ni adalah satu ujian terhadap tindakan / rhythm jantung menggunakan gelombang ultrasound untuk menghasilkan paparan visual untuk memudahkan doctor membuat diagnosis tentang masalah jantung seseorang.

Stress test


Echo ni sebenarnya agak sakit jugaklah.  Sebab dorang akan guna alat tu dah tekan sikit di bahagian bawah jantung, rusuk.  


(Photo sumber dari Google).

Nilah lebih kurang.  Tapi sebab ammi ni perempuan makanya ammi berbajulah. Dan sonographer tu pun ammi tengok sangat menjaga batas dia.  Memang dia tak pandang langsung badan ammi, dia hanya pandang monitor je dan ada nurse perempuan kat dalam ruangan tu juga.

Selesai Echo, naik ke bilik sementara tunggu dibawa ke dewan bedah ammi sempat lagi layan marathon drama.  Pukul 11 ammi tukar guna uniform yang dia bagi tu, sambung lagi tengok drama dan lebih kurang 11.45 ammi dah dapat signal untuk ditolak.  Ok..baru terasa debarannya.  Simpan wallet dan handphone didalam peti besi (siap bagi password peti besi kat abah) yelah manalah tau malang tak berbau.

Sampai di ruangan menunggu kat bilik bedah tu, Ya Allah punyalah sejuk.  Sambil mulut berzikir, hati berdebar, mata terpejam...sedar-sedar eh tertidur pulak.  Masuk kat the real OT lagi sejuk.  Nurses pasang apa yang patut ammi dah tak toleh kiri kanan.  Pejam mata sambil zikir tak henti.  Kemudian Doctor Bius sampai dan minta mengucap, nurse di sebelah kanan nurse mintak tarik nafas, hembus tarik nafas hembus sedar-sedar nurse dok panggil nama ammi.  

"Puan Sharmila, Puan Sharmila....kita dah selesai ye.  Puan Sharmila...boleh buka mata?" Buka mata tutup, buka mata tutup.  Tapi ammi ingat ammi cakap nak muntah.  Itu memang trademark ammi sesangat.  Serasanya  ammi muntah disetiap operation ammi dan akibat dari muntah adalah..balik bilik tak boleh makan.  Padan muka ko.  Muntah lagi.  Yang paling syahdu masa operation jantung kat Hospital Serdang dulu.  Disebabkan masa operate jantung tu ammi separa sedar (ammi pening masa procedur dan muntah atas katil pembedahan).  Melampau ko ye.  

Lebih kurang pukul 6 lebih rasanya baru ammi sedar yang "sedar betul"...minta nurse ambilkan handphone dari peti besi dan ammi terus call abah.  Orang tak guna je tak sayang isteri kan...punyalah dia ucap alhamdulillah bila dengar suara ammi sebab katanya lama sangat nak tunggu berita dari ammi.  Yelah zaman covidavidaloca ni bukan boleh ada waris tunggu kat hospital pun.  

Lepas tu ammi terlelap balik (punyalah mengantuk rasanya)... sedar bila nurse bagi air coklat (coklat lagiiiii) dan ubat untuk dimakan.  Dia kata ada bubur dan boleh makan pukul 9 nanti.  Settle makan ubat ammi gigih jalan ke bilik air bersihkan apa yang patut, naik katil eh tertido balik sampai ke pagi.