Slider

REVIEW

FASHION

MUSIC

LIFESTYLE

Latest Blog

SOUNDSTAGE SATUKAN BAND MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM SATU KONSERT |

Wednesday, 15 July 2026

SOUNDSTAGE SATUKAN BAND MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM SATU KONSERT | Dapatkan Tiket Anda Sekarang! 

Kuala Lumpur, 15 Julai 2026 – Peminat muzik alternatif dan indie, berita baik buat anda! SOUNDSTAGE bakal membawa NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic ke Unifi Arena pada 16 Ogos 2026, dari 6.00 petang hingga 11.00 malam, menerusi sebuah konsert yang menghimpunkan lima band dalam satu malam yang pastinya dinantikan. 

Diterajui NIDJI dan Hujan sebagai artis utama, SOUNDSTAGE membawakan gabungan sebuah band dari Indonesia bersama empat band dari Malaysia yang terkenal dengan karya-karya berteraskan muzik alternatif, indie dan rock. Pertemuan lima band dari dua negara ini menjanjikan sebuah persembahan rentas sempadan yang menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik. 

Daripada karya yang menjadi kegemaran ramai hinggalah persembahan pentas yang dinanti-nantikan, setiap band bakal tampil dengan karakter dan kekuatan tersendiri. Gabungan Nidji, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic menawarkan sebuah pengalaman muzik secara langsung yang pastinya menghimpunkan pelbagai warna muzik dalam satu malam.

Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat, tiket dijual dalam empat kategori iaitu Rock Zone (RM139), Mosh Pit Standing (RM169), Indie Zone (RM179) dan HIP Zone (RM369). Pemegang tiket HIP Zone turut menikmati akses Fast Lane bagi memudahkan kemasukan ke arena.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic berkongsi pentas menerusi SOUNDSTAGE. Dapatkan tiket anda sekarang di www.wowtix.com.my.


Kuala Lumpur, 14 Julai 2026 – Susulan kejayaan fenomenalnya di Jepun, filem Kokuho yang mendapat pujian hebat daripada pengkritik akhirnya bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada 23 Julai 2026. Diarah oleh pengarah filem terkenal, Lee Sang-il, dan diadaptasi daripada novel terlaris dengan nama yang sama karya Shuichi Yoshida, Kokuho menampilkan Ryo Yoshizawa dan Ryusei Yokohama sebagai peneraju utama. 

Filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat lain termasuk Mitsuki Takahata, Shinobu Terajima, Nana Mori, Takahiro Miura, Ai Mikami, Soya Kurokawa, Keitatsu Koshiyama, Masatoshi Nagase, Kyusaku Shimada, Emma Miyazawa, Ganjiro Nakamura, Min Tanaka dan Ken Watanabe.

Berlatarkan dunia Kabuki yang mempesonakan iaitu teater tradisional Jepun yang berusia berabad-abad lamanya, Kokuho mengisahkan tentang dua pemuda daripada latar belakang yang sangat berbeza yang mana kehidupan mereka saling terkait menerusi minat mendalam yang sama terhadap seni persembahan. Sedang mereka mengejar kesempurnaan di atas pentas, mereka harus mengharungi persaingan, pengorbanan, dan usaha tanpa henti demi mencapai keagungan.

Lebih daripada sekadar kisah tentang persembahan pentas, Kokuho adalah sebuah potret yang penuh emosi tentang cita-cita, identiti, dan harga yang perlu dibayar demi mengabdikan hidup kepada seni. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan, Kabuki diraikan kerana tradisinya yang kaya, kostum yang gah serta persembahan yang penuh gaya. Salah satu ciri paling ikoniknya ialah "onnagata", iaitu seni berusia berabad-abad lamanya yang mana pelakon lelaki melakonkan watak wanita dengan kejituan yang luar biasa, keanggunan serta emosi yang mendalam.

Sejak ditayangkan, Kokuho telah muncul sebagai salah satu kejayaan sinematik terbesar Jepun pada tahun ini. Filem ini mendominasi Anugerah Akademi Filem Jepun ke-49 dengan merangkul sepuluh anugerah, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Pelakon Lelaki Terbaik. Seni tata rias dan rambut luar biasa yang diilhamkan oleh Kabuki turut mendapat pencalonan untuk Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-98, sekaligus membawa keindahan budaya tradisional Jepun ke pentas global.

Menjelang tayangannya di Malaysia, keterujaan terhadap filem Kokuho terus hangat diperkatakan di media sosial. Para peminat filem meluahkan keterujaan mereka di pelbagai platform dengan komen-komen seperti, "Saya dah lama tunggu filem ni!", "Akhirnya, filem Jepun yang berkualiti tinggi datang ke Malaysia," dan "Macam tak percaya filem ni ditayangkan di Malaysia!" Sambutan yang luar biasa ini mencerminkan semangat yang tinggi dalam kalangan peminat terhadap karya agung sinematik yang sangat dinanti-nantikan ini.

Diedarkan oleh Primeworks Studios, Kokuho bakal ditayangkan di pawagam terpilih di seluruh Malaysia mulai 23 Julai 2026. Para peminat juga berpeluang untuk menonton filem ini lebih awal sebelum tayangan rasmi melalui peraduan di akaun media sosial rasmi Primeworks Studios. Untuk perkembangan terkini, ikuti Primeworks Studios di Facebook (@Primeworks Studios - Film), Instagram (primeworksstudios.film) and TikTok (@Primeworks Studios Film).

Kuala Lumpur, 14 Julai 2026 – Impian untuk bergelar pelakon terus menjadi aspirasi ramai apabila Uji Bakat Pencarian Pelakon Tonton Vertical menerima sambutan memberangsangkan dengan penyertaan seramai hampir 300 peserta, iaitu dua kali ganda berbanding tahun lalu. Peningkatan ini bukan sahaja membuktikan minat yang terus berkembang terhadap dunia lakonan, malah memperlihatkan kesungguhan lebih ramai individu untuk merebut peluang dalam industri kreatif tempatan.

Berlangsung di Heritage Club, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 12 Julai lalu, uji bakat ini dianjurkan bagi mencungkil bakat lakonan untuk membintangi produksi Tonton Vertical dan drama TV3 pada masa akan datang. Selain mencari pelakon utama, sesi pemilihan ini turut membuka peluang kepada peserta yang berpotensi memegang pelbagai peranan, termasuk watak sampingan, sekali gus memperluas ruang kepada lebih ramai pelapis untuk melangkah ke industri.

Sambutan kali ini telah menarik penyertaan peserta berusia antara 18 hingga 45 tahun dari dalam dan luar Lembah Klang, termasuk yang sanggup datang dari Johor dan Pulau Pinang. Turut mencuri perhatian ialah penyertaan dua peserta orang kurang upaya (OKU) yang tampil menguji bakat, sekali gus memperlihatkan semangat dan kesungguhan mereka dalam mengharungi cabaran demi mengejar peluang dalam dunia lakonan. 

Bagi menguji keupayaan peserta, setiap individu menjalani ujian lakonan secara berpasangan menggunakan skrip yang disediakan oleh syarikat produksi. Persembahan mereka kemudiannya dinilai oleh panel yang terdiri daripada Shuhaimi Lua, Pengarah dan Penerbit Tanah Beris Film Production; Haji Fadzil Teh, Penerbit Zeel Production; Jalena Rejab, Penerbit Country & Universal; Azlin Rahim, Penerbit Wiranusa Corporation; serta Marlia Zul Amran, Pengurus Besar, Strategi Kandungan & Audiens, TV3 & TV9, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima. 

Dalam proses penilaian tersebut, panel memberi tumpuan kepada versatiliti lakonan dan personaliti peserta sebagai kriteria utama dalam mengenal pasti individu yang berpotensi membawakan pelbagai watak mengikut keperluan produksi. Hasil daripada proses tersebut, kira-kira 20 peratus peserta telah disenarai pendek dan akan dihubungi bagi proses seterusnya.

Menurut Puan Marlia Zul Amran, “Apa yang paling menggembirakan kami bukan sekadar jumlah penyertaan, tetapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta sepanjang sesi uji bakat. Mereka hadir dengan persediaan yang baik, keyakinan tinggi dan kesediaan untuk mencabar diri. Sambutan yang diterima tahun ini memberi keyakinan kepada kami bahawa masih banyak bakat baharu yang boleh digilap dan diketengahkan menerusi platform seperti ini.”

Melihat kepada sambutan yang diterima, orang ramai boleh terus menantikan lebih banyak peluang uji bakat pada masa hadapan. Uji bakat ini turut menjadi sebahagian daripada usaha memperkenalkan Tonton Vertical yang menawarkan siri mikrodrama dalam format video vertikal dengan jalan cerita yang lebih ringkas, pantas dan mudah diikuti. Selepas pelancaran siri Tonton Vertical pertama, BRU: Masin & Manis, semalam yang bakal menemui penonton mulai 22 Julai ini, penonton boleh menantikan lebih banyak siri tempatan selain menikmati pelbagai mikrodrama Korea dengan judul baharu yang dikemas kini pada setiap hari Isnin.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

BRU: MASIN & MANIS, SAJIKAN KISAH BAHARU DAN CITA RASA BAHARU | HWC COFFEE Perkenalkan Tiga Menu Eksklusif Berinspirasikan Siri Tonton Vertical Terbaharu Ini!

Kuala Lumpur, 13 Julai 2026 – Kejayaan luar biasa Tonton Original Series: BRU yang meraih lebih 244 juta capaian dan 14 juta tontonan membuktikan sambutan hangat penonton terhadap kisah yang mengangkat dunia kopi. Siri ini turut diiktiraf sebagai National Winner bagi kategori Best Original Production by a Streamer (Fiction) di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2025, sekali gus mengukuhkan kejayaannya. Pencapaian ini membuka ruang untuk dunia BRU terus berkembang ke fasa seterusnya. 

Meneruskan legasi tersebut, BRU: Masin & Manis hadir sebagai kesinambungan baharu yang membawakan perjalanan Mohsin (Imranul Effendy), seorang barista berbakat yang berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya apabila gangguan keresahan mengubah sepenuhnya impiannya untuk menjuarai pertandingan barista berprestij. 


Dalam usaha mencari semula keyakinan diri, Mohsin berhijrah ke sebuah kampung, di mana pertemuannya dengan Manis (Ellyza Azizi) bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kehidupannya, malah menghidupkan kembali semangatnya terhadap kopi dan cara dia berhubung dengan orang lain. Daripada pengalaman itulah lahirnya Salted Series, yang menjadi antara elemen penting dalam perkembangan jalan cerita BRU: Masin & Manis. 


Menggabungkan elemen drama ringan, komedi dan kisah kehidupan seharian, BRU: Masin & Manis diterbitkan dalam format drama vertikal sebanyak 45 episod berdurasi dua hingga tiga minit setiap satu episod bermula pada 22 Julai 2026, menampilkan episod baharu setiap hari Rabu, hanya di Tonton. 

Siri ini diterajui oleh Imranul Effendy dan Ellyza Azizi, dengan penampilan istimewa Siti Hariesa yang kembali membawa wataknya daripada musim pertama BRU sebagai cameo, memegang peranan sebagai majikan kepada Mohsin. Gabungan ini bukan sahaja menghubungkan kesinambungan dunia BRU, malah mengekalkan identiti siri yang dekat dengan pencinta kopi. 


Bersempena pelancaran siri vertikal ini, Tonton turut bekerjasama dengan HWC COFFEE bagi membawa pengalaman BRU: Masin & Manis ke dunia nyata. Bermula 6 Julai 2026 ini, para peminat berpeluang menikmati tiga menu eksklusif yang diinspirasikan daripada siri tersebut, iaitu Salted Spanish Latte, Salted Hazelnut Cocoa Latte dan Salted Matcha Latte. Ketiga-tiga minuman edisi terhad ini boleh didapati di cawangan HWC COFFEE.

Berkongsi mengenai idea di sebalik kolaborasi ini, penerbit BRU: Masin & Manis, Nik Amir Mustapha berkata, “Sejak awal lagi, kopi bukan sekadar prop dalam BRU, tetapi ia menjadi medium yang menyatukan setiap watak dan perjalanan mereka. Menerusi kolaborasi bersama HWC COFFEE, kami mahu membawa pengalaman itu keluar daripada skrin supaya penonton bukan sahaja dapat mengikuti kisahnya, malah turut merasai sendiri inspirasi di sebalik Salted Series yang menjadi sebahagian daripada penceritaan BRU: Masin & Manis.” 


“Saya turut berharap kolaborasi ini dapat membuka ruang yang lebih luas antara dunia penceritaan dan pengalaman sebenar penonton, sekali gus menjadikan setiap elemen dalam drama ini lebih dekat, hidup dan boleh dirasai di luar skrin.” tambah beliau.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kisah baharu BRU: Masin & Manis yang bakal menemui penonton bermula 22 Julai 2026 dengan episod baharu setiap hari Rabu, eksklusif di Tonton. Pada masa yang sama, rasai sendiri inspirasi di sebalik siri ini menerusi Salted Spanish Latte, Salted Hazelnut Cocoa Latte dan Salted Matcha Latte, boleh didapati di semua cawangan HWC COFFEE yang mengambil bahagian bermula 6 Julai 2026. 


Untuk maklumat terkini mengenai program kegemaran anda serta kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy. 

MUZIK LAB LENGKAPI PENGALAMAN AJL40, DEKATKAN PEMINAT DENGAN DUNIA MUZIK

Sunday, 12 July 2026

Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 – Anugerah Juara Lagu (AJL) terus mengorak langkah dalam meraikan muzik tanah air apabila buat julung kalinya memperkenalkan Muzik Lab, sebuah hab kreatif yang melengkapkan pengalaman AJL40 dengan membuka ruang kepada peminat untuk mendekati dunia muzik dari perspektif yang berbeza.

Muzik Lab dibawakan oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) sebagai badan kebajikan pilihan, inisiatif ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami sisi di sebalik industri muzik menerusi sesi perkongsian, persembahan istimewa dan interaksi bersama barisan penggiat muzik.

Berlangsung di McDonald's Pantai Sentral Park, Muzik Lab menghimpunkan komposer, penulis lirik, penerbit muzik dan penyanyi dalam satu ruang yang mengetengahkan pelbagai perspektif tentang landskap muzik tempatan.

Menerusi tiga sesi perkongsian, AG Coco, Dato' Acis, Ziana Zain, Shila Amzah, Ajai dan Shiha Zikir berkongsi pengalaman, pandangan serta perjalanan seni masing-masing sepanjang penglibatan mereka dalam industri muzik tanah air. Antara yang dibincangkan termasuk proses penghasilan lagu dan lirik, teknik kawalan vokal, penghayatan dalam persembahan serta rahsia menghasilkan karya yang kekal relevan merentas generasi. 

Dato’ Acis dan AG Coco akan berkongsi mengenai topik “Formula Hitmaker: Seni Menulis Lagu & Lirik”, manakala Ziana Zain dan Shila Amzah pula akan berkongsi tentang “Rahsia Suara, Emosi, Kawalan, Jiwa & Penampilan Diri.” Bagi sesi ketiga dan terakhir, Ajai dan Shiha Zikir akan berkongsi menerusi topik “The Art of Timeless Melodies: Writing Songs for the Grand Stage & The Art of Performance.”

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana santai dan interaktif itu bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah memberi peluang kepada hadirin mendengar sendiri kisah, inspirasi dan pengalaman daripada figura yang terus mencorakkan muzik tanah air.

Lebih istimewa, Amir Masdi, Shila Amzah, Khai Bahar, Shiha Zikir dan Ziana Zain tampil menghiburkan hadirin menerusi persembahan yang menggabungkan lagu-lagu ikonik yang pernah mewarnai pentas AJL termasuk karya mereka sendiri. Amir Masdi membawakan Kau Sakiti (AJL35) dan Calar, diikuti Shila Amzah menerusi Patah Seribu (AJL26) dan Pergi Saja, manakala Khai Bahar mempersembahkan Luluh (AJL33) dan Alalala Sayang. Shiha Zikir pula tampil dengan medley Minta Ampun dan Kalam (AJL38), sebelum Ziana Zain menutup segmen persembahan dengan Madah Berhelah (AJL7) dan Sangkar Cinta.

Acara diteruskan dengan sesi Meet & Greet eksklusif bersama Mekdi Superfans yang memberi peluang kepada para pemenang berinteraksi lebih dekat bersama artis-artis yang menjayakan program ini, sekali gus melengkapkan pengalaman istimewa sempena AJL40.

Dengan pengenalan Muzik Lab, AJL40 melengkapkan sambutan empat dekad penganjurannya dengan menawarkan dimensi baharu kepada peminat untuk bukan sahaja menikmati muzik, malah memahami perjalanan di sebalik setiap karya serta menghargai individu yang menjadi nadi di sebalik karya-karya yang terus mewarnai industri muzik tanah air.


Pelbagai lagi inisiatif dan aktiviti menarik akan terus diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi menyemarakkan perjalanan menuju AJL40. Sertai perbualan dan ikuti perkembangan terkini menerusi tanda pagar #AJL40 dan #GENERASISELAMANYAJUARA. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

Movie Review | Woman of the Hour (2023)

 

Pengarah: Anna Kendrick  
Penulis Skrip: Ian McDonald  
Pelakon: Anna Kendrick, Daniel Zovatto, Nicolette Robinson, Tony Hale   
Syarikat Produksi: AGC Studios, Vertigo Entertainment, BoulderLight Pictures    
Pengedar: Netflix
Genre: Jenayah / Thriller
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 08 September 2023 (TIFF), 18 Oktober 2024 (United States)   
Trailer:


Filem yang diinspirasikan dari kisah benar melalui pengalaman salah seorang pelakon yang ingin menempa nama di Hollywood bertemu dengan pembunuh bersiri melalui rancangan TV, The Dating Game, diangkat menjadi filem berdurasi 94 minit dan ditayangkan secara eksklusif di Netflix. 

Mengambil latar masa di antara tahun 1971 hingga 1979, filem Woman of the Hour menceritakan tentang jurugambar bebas bernama Rodney Alcala (Daniel Zovatto). Dia sentiasa mengumpan mangsa dengan kata-kata pujian hingga mereka setuju untuk menjadi model kepada kameranya. Rodney akan membawa mereka ke kawasan sunyi di Wyoming dan cuba menyelami isi hati mangsa kemudiannya bunuh mangsa dan kuburkan di situ. 


Pada tahun 1978, Sheryl Bradshaw (Anna Kendrick) menjadi salah seorang peserta The Dating Game setelah dipujuk oleh ejennya. Memandangkan dia mungkin tak akan dapat mana-mana tawaran untuk berlakon lagi, Sheryl mengubah format rancangan mengikut keselesaan dan humornya sendiri. Ramai penonton terhibur dengan Sheryl termasuklah Bachelor #3 iaitu Rodney. 

Salah seorang penonton The Dating Game bernama Laura (Nicolette Robinson) kenal siapa Roney kerana lelaki tersebut yang membunuh rakan baiknya tapi dia dihalang untuk berjumpa pihak produksi. Laporan polis yang dibuat sebelum ini juga tak menampakkan hasil, sama seperti laporan baru setelah Rodney muncul di kaca TV. 


Woman of the Hour merupakan filem pertama arahan Anna Kendrick setelah lama berkecimpung sebagai pelakon dalam dunia perfileman. Anna menggunakan upah yang diperolehi dari filem ini dengan menyalurkannya kepada persatuan Rape, Abuse & Incest National Network dan National Center for Victims of Crime. 

‘You know, most people don't like to be seen. They're afraid. Because you have to be comfortable with yourself. You have to stop performing. I never hide who I am.’ - Rodney


Penceritaan filem Woman of the Hour bersilih ganti latar masanya antara kisah kisah Sheryl pada latar masa 1978 dan kisah Amy (Autumn Best) pada tahun 1979 yang akhirnya membawa kepada penangkapan Rodney kerana wanita tersebut berjaya larikan diri dan laporkan kepada pihak polis. 

Olahan kreatif dari Anna Kendrick buatkan penceritaan Woman of the Hour terlihat menarik bila transition dari babak kepada babak yang lainnya tak mengganggu dan mudah difahami. 


Watak Rodney nampak harmless pada awal pertemuan dengan sesiapa pun tapi lama-kelamaan berubah menakutkan. Seriau masa tengok babak Rodney berminat untuk ambil gambar Amy atau Mario (Dylan Schmid). Dia ada satu pandangan yang buatkan kita tak senang duduk dan perasaan yang sama digambarkan oleh Laura lepas berjumpa dengan Rodney buat kali kedua setelah kematian Alison. 


Sinematografi dari Zach Kuperstein menguatkan mood ngeri dan menakutkan dalam beberapa babak yang melibatkan Rodney. Filem Woman of the Hour juga menghidupkan suasana 70-an dengan tona warna yang digunakan dan beberapa visual yang dimasukkan melalui visual televisyen pada era tersebut. Musik latar dari Dan Romer dan Mike Tuccilo menjadi sinergi yang kukuh untuk penceritaan filem. 


Pemilihan pelakon sampingan yang dimasukkan sebagai mangsa Rodney mempunyai physical appearance yang menawan dan juga screen presence yang menarik walaupun muncul cuma sekejap. Bila tengok semua mangsa Rodney, boleh faham kenapa dia suka dengan semua mangsa dia tapi gambar yang diambil agak disturbing sampai ada pihak yang mempersoalkan konsep fotografi Rodney. 


Genre filem Woman of the Hour adalah Jenayah thriller namun Anna Kendrick memilih untuk menceritakan penganiayaan yang dialami oleh kaum wanita pada era tersebut. Bagaimana watak Sheryl perlu hadap layanan beberapa watak lelaki yang dimasukkan. 

Mungkin ada yang rasa babak Laura tak perlu tapi babak dia kuatkan lagi sentimen yang dibawa oleh Anna selain dari tonjolkan Jenayah yang dilakukan oleh Rodney, si pembunuh bersiri. Disebabkan layanan acuh tidak acuh oleh kaum lelaki, ramai wanita yang menjadi mangsa dan realitinya tak lari jauh bila Rodney dibebaskan setelah ditangkap gara-gara laporan Amy. 


I tak lah berminat sangat dengan lakonan Anna Kendrick sejak Pitch Perfect tapi Anna Kendrick di kerusi pengarah? Hell yes!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review | Office Romance (2026)

Saturday, 11 July 2026

 

Pengarah: Ol Parker  
Penulis Skrip: Brett Goldstein, Joe Kelly
Pelakon: Jennifer Lopez, Brett Goldstein, Betty Gilpin, Amy Sedaris, Tony Hale, Bradley Whitford, Edward James Olmos   
Syarikat Produksi: Netflix Studios, Nuyorican Productions, RPC, For the Table, Hey Buddy   
Pengedar: Netflix 
Genre: Romantik / Komedi   
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 05 Jun 2026   
Trailer:


Daniel Blanchflower (Brett Goldstein) merupakan seorang peguam untuk syarikat penerbangan, Cruz Airlines dan berasal dari United Kingdom sementara CEO Jackie Cruz (Jennifer Lopez) adalah majikan dia. Gara-gara peguam senior tercekik masa makan burito dan ditahan di wad hospital, Daniel dapat peluang untuk bekerja dengan Jackie. 

Dari pertemuan pertama Daniel dah tertarik dengan Jackie dan tak sempat nak sorok pun rasa tertarik tu. Disebabkan kerja terpaksa juga lah dia tebalkan muka depan Jackie tambah pula polisi syarikat tak benarkan pekerja bercinta sesama pekerja.  


Rasa suka Daniel berbalas kerana Jackie suka dengan cara kerja Daniel dan tak pernah gagal buat dia kagum. Cara Daniel berbeza dengan Carl Gunderson (Rick Hoffman) yang lebih suka selesaikan cara baik dengan pihak lawan. 

Selain konflik syarikat yang berlaku, mereka juga perlu sorok hubungan cinta dari sesiapa pun termasuklah Sidney Bloom (Betty Gilpin), pembantu peribadi Jackie yang tengah sarat mengandung tapi gila bekerja. Konflik hubungan mereka tak lah sukar mana pun sebab seluruh warga Cruz Airlines tak berani nak bekerja dengan Jackie apatah lagi nak pertikaikan arahan dia melainkan Shareholders. 


Naskhah romantik komedi arahan Ol Parker menjadi platform untuk Jennifer Lopez kembali beraksi dalam genre romantik komedi. Filem Office Romance terbitan Netflix Studios menampilkan wanita bekerjaya yang cantik dan kaya, tegas juga menakutkan di pejabat sementara pasangannya lebih sopan dan pendiam. 

Nampak macam dua kutub yang berbeza tapi watak Jackie dengan Daniel sesuai je sebenarnya sebab Daniel bila bekerja pun tegas macam Jackie juga. Dia jarang tunjuk taring kecuali bila perlu. Walaupun I tak berapa gemar dengan Brett Goldstein sebagai Daniel Blanchflower sebab dia tak visually attractive tapi okay lah sebab lakonan Brett menjadi. 


Chemistry antara J.Lo dan Brett sometimes a bit off for me mungkin I rasa Brett tak sepadan dengan J.Lo. I guess pengarah cuba nak wujudkan she’s out of my league trope tapi ugghhh they should find a better actor. Ramai je lagi pelakon yang visually attractive, high screen presence untuk jadi pasangan J.Lo. 

Elemen komedi yang dimasukkan dalam filem Office Romance lebih kepada raunchy dan bukannya cute goofy punya komedi. I wasn’t prepared for that lah bila tengok beberapa babak yang berlebihan tapi dikategorikan sebagai komedi. Even dialog pasal cunt pun macam merepek sebab I tak pernah tengok sisi British yang dikatakan oleh Daniel. 


Pelakon sampingan pun tak lah membantu elemen komedi yang diwujudkan oleh penulis macam watak Sidney yang beria sangat nak bekerja padahal dah sarat. I faham dia tak nak dipandang serong oleh pekerja lain tapi kau bukannya macam pekerja wanita yang mengandung lepastu tolak semua kerja dekat pekerja lain tanpa proper delegation. 


Mungkin penulis nak tunjuk yang tak ada orang nak bekerja dengan Jackie sebab dia cerewet sangat. Komedi ni bila berlebihan dia memang mudah masuk ke kategori merepek tau. Bila genre romantik tak berapa jauh nak pergi dan komedi pula berlebihan, memang Office Romance patut jadi one-time watch movie je lah. Nasib baik lah ada watak George Dudek (Tony Hale), pengurus HR yang terganggu ketenangannya sejak Jackie dan Daniel bercinta. 


Anyway, I do enjoy some moments macam babak Jackie dengan Daniel ada work trip sebab dapat tengok pemandangan cantik dari lensa Robert Yeoman. Wardrobe team did their best untuk tampilkan kostum korporat yang menarik untuk warga Cruz Airline dalam filem Office Romance. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Movie Review | Obsession (2025)

 

Pengarah: Curry Barker 
Penulis Skrip: Curry Barker
Pelakon: Michael Johnston, Inde Navarrette, Cooper Tomlinson, Megan Lawless, Andy Richter
Syarikat Produksi: Blumhouse Productions, Capstone Studios, Tea Shop Productions, Under the Shell
Pengedar: Focus Features (United States), Universal Pictures (International)
Genre: Seram / Psikologi
Durasi Tayangan: 109 minit
Tarikh Tayangan: 5 September 2025 (Toronto International Film Festival (TIFF)), 15 Mei 2026 (United States), 25 Jun 2026 (Malaysia), 26 Jun 2026 (Indonesia)
Trailer:


Diisnpirasikan dari siri The Simpson episod "Treehouse of Horror II", Obsession mengisahkan tentang Baron ‘Bear’ Bailey (Michael Johnston) yang suka dengan rakannya, Nikki Freeman (Inde Navarrette) tapi rasa suka dia bertepuk sebelah tangan sahaja. 

Bila Bear dapat panggilan dari Nikki untuk lepak di sebuah bar, dia terdengar Nikki mengeluh tentang rantai lehernya jatuh ke dalam longkang. Dalam perjalanan, Bear singgah ke sebuah kedai Kristal untuk belikan rantai yang baru. Bear terpandang kotak berwarna merah dan putih ‘One Wish Willow’ yang menunaikan hajat. 


Pulang dari bar, dia tawarkan diri untuk hantar Nikki pulang ke rumah. Gagal untuk bagitahu Nikki tentang perasaan dia, Bear guna One Wish Willow dan berhajat supaya Nikki cintakan dia melebihi rasa sayang sesiapapun dalam dunia ni. Tak lama kemudian, Nikki minta untuk bermalam di rumah Bear kerana sedih dengan berita ayahnya terlantar sakit gara-gara kanser. 

Bear terkejut dengan perubahan mendadak Nikki dan mencari tahu tentang One Wish Willow sama ada berkesan atau tidak. Ada yang kata ya, ada yang anggap One Wish Willow cuma permainan atau hiasan. Bear tak anggap serius dengan perasaan Nikki dan pergi kerja seperti biasa tapi Nikki sentiasa melekat dengan Bear. 


Habis waktu kerja Bear mengadu dengan Ian (Cooper Tomlinson) tentang perubahan Nikki. Tanpa disangka Nikki datang ke rumah Bear dan ingin bermalam di situ. Sejak dari situ, pelbagai perkara aneh dan menyeramkan dilakukan oleh Nikki sehingga Bear naik lemas dan ingin batalkan hajat dia. 

Filem Obsession arahan juga penulisan Curry Barker yang ditayangkan secara perdana di Filem Festival Toronto mendapat pujian dari kritik dan penonton. Curry Barker menggunakan tema kebebasan untuk menguatkan elemen seram dalam Obsession. Bukan sahaja kebebasan Bear untuk lari dari cengkaman Nikki malah kebebasan Nikki yang merayu kepada Bear untuk bebaskan dia dari genggaman sesuatu yang jahat dan mengerikan dalam badan dia. 


Dekat babak-babak awal, boleh nampak watak Nikki bertukar personaliti dari seorang baddie kepada ngeri dan memualkan. Meremang bulu roma bila Bear nampak Nikki jadi pelik dan senyuman Nikki buatkan I teringat pada franchise Smile (2022) yang tinggalkan impak agak mendalam juga lepas menonton. 

Watak Bear takut dari awal lagi dengan perubahan Nikki tapi sebab dia sunyi lepas kematian nenek dan Sandy, dia sanggup hadap semua kelakuan pelik Nikki. Tak pasti kenapa Bear tak nak terima cinta Sarah (Megan Lawless) sedangkan wanita tu lagi chill dan care dengan Bear. 


Memang Selena Gomez kata the heart want what it wants tapi kalau penulis kembangkan lagi babak Bear dengan Sarah mungkin lebih menarik. Sebab babak diorang berdua ada je sparks dan Bear nampak selesa dengan Sarah dan conversation diorang pun adorable so tak faham kenapa Bear tak nak terima cinta Sarah. Mungkin dia rasa Sarah tak sama status dengan dia since Sarah anak pemilik kedai alatan musik tu dan pilih untuk bercinta dengan Nikki sebab pepatah 'We accept the love we think we deserve kot.


Apapun, berbalik kepada Obsession, konsep yang sama digunakan dalam Good Boy (2025) bila watak utama nampak benda yang seram tapi sebenarnya it is actually not pun. Macam babak Nikki muntah dan kencing tu adalah salah satu tanda untuk dia tunjuk kepada Bear yang dia tak nak terlibat dalam hajat tu. Dia masak patty busuk dengan harapan Bear akan berhenti tapi gagal. At this point, watak Bear dah jadi antagonis yang kejam semata nak layan ego dia. 


Mungkin ada yang rasa filem Obsession ni bosan sebab pace penceritaan dia terlalu perlahan untuk kuatkan elemen seram tu tapi penulis boleh sangat tambah babak Bear cuba untuk hentikan hajat daripada cuba cuma satu cara secara lengai. I mean your life at stake kot untuk benda bodoh ni sedangkan dia ada perjalanan yang jauh lagi. 

p/s: Filem ni tak sesuai ditonton dengan keluarga atau waktu makan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10