Buah Perah & Sup Ceker
8:31 PTGBanyaklah makanan Wak Aton bawa. Ada karipap, kuih koci, sate ayam dan buah-buahan. Sebelah petangnya pula, suami Wak Aton hantar mi goreng.
Sewaktu Wak Aton hulurkan bungkusan berisi makanan, Amie lihat ada sebekas buah kurma, seperti bentuk kurma Algeria, kecil-kecil saiznya. Amie keluarkana dari beg bungkusan dan letak atas meja. Seleai solat isya Wak Aton panggil makan : Mari makan buah perah, katanya.
Ya ampun! Buah yang Amie sangka buah kurma Algeria itu rupanya buah perah. Selama ini Amie tak pernah nampak atau makan buah perah. Pernah sekali dulu baca di blog Mama Cella - Makan Buah Perah dan lihat gambar buah perah juga di blog Puan Hazel - Buah² Rare @ Sungkai.
Pertama kali makan buah perah yang rasa lemak-lemak, lebih lemak dari buah berangan rasa jatuh cinta pula. Tidaklah banyak Amie makan, dan akan sambung esok. Jadi bakinya Amie simpan bawah tudung saji.
Pagi tadi datang emak saudara ziarah emak. Sebelum Wak Aton pulang ke rumahnya, Wak Aton pelawa makan buah perah. Walaupun kali pertama makan, emak saudara kita suka pula. Harap-harap adalah bakinya. Rupanya habis ... ahaks!
| Buah Perah |
| Isi Buah Perah |
Jadinya, inilah Sup Ceker yang sempat kita masakkan untuk Bonda. Kita tambahkan jagung, lobak merah dan labu kundur.
| Sup Ceker |
Alhamdulillah. Tak sabar tunggu Wak Aton sampai. Malam ini kita hendak makan buah perah puas-puas.
23 comments
Seronok bersembang adik beradik kan...
BalasPadamSy tak pernah makan buah perah tapi arwah Mak & Pak dulu suka sangat buah ni. Ada musim dia baru jumpa buah ni. Tak silap sama musim dgn buah keranji. Dulu orang kampung Sy masuk hutan kutip buah perah dan buah keranji ni.
Kalau anak2 dah berkumpul, pastilah bunda teringin nak join sembang juga 😍 😉
BalasPadamWaaah baru tahu buah perah kak. Saya pikir tadi biji nangka yang di rebus 😅😅. Tak tahulah di Indonesia namanya apa yaa. Teringin pula nak rasa.
Seruuu sangat bisa kumpul dengan saudara beradik begini kaaan. Sambil jaga Bondan, sambil mengobrol bersama... Sup untuk bunda tuh pun nampak sedaaap sangat 😍😍
sup kolagen tuuuu..
BalasPadamUntung makan sama2 adik beradik
BalasPadamKalau kat Pahang buah perah tu buat asamrong makanan tradisional.
BalasPadamMasyaa Allah...akhirnya dapat juga merasa buah perah ye Cikgu...
BalasPadamBulan Ogos ni memang tengah musimnya ni....
Waaa...sekarang kita dah ada veng buah perah...hehehe
sup ceker yg sedap.
BalasPadamDana pun pernah makan buah perah, kawan beli dengan orang asli katanya susah nak jumpa buah perah ni sebab dia bermusim. Sedap rasanya lemak kan, cuma buahnya kalau mentah beracun bila dah direbus hilang racunnya. Bila dapat berborak semua benda kita nak cerita kan kak.
BalasPadamBaru tahu buah perah ni rupanya lemak macam buah berangan, terus teringin nak rasa 😄 Sweet pula Bonda berselera makan sup ceker, mesti lega tengok Bonda makan.
BalasPadamfirst time dengar buah perah ni masa tgk youtube sorang youtuber indonesia ke Selama, Perak, mereka dijemput orang tempatan makan buah ni...
BalasPadamBuah perah tu rare susah nk jumpa
BalasPadamRasa macam cepat masa berlalu, sudah sampai masa kak Amie pulang semula meneruskan kerja hakiki. Seronok duduk kampung ni dapat makan macam-macam makanan sedap. Dah rasa juga buah perah ni, sedap berlemak macam buah berangan tapi lebih gitu, betullah kata Kak Amie. Rezeki Kak Amie dapat makan buah perah lagi. Macam banyak juga buah perah di sana ye. Ingatkan belah-belah Pahang je ada.
BalasPadamAlhamdulillah ada juga selera bonda makan. Janji dia makan kan. Kalau tidak risau kita dibuatnya nanti tak ada tenaga lansung.
Indahnya bila dapat berkumpul dan berbual mesra adik-beradik begini. Walaupun dah nak kena berangkat pulang besok, sekurang-kurangnya sempat jugak Kak Amie berbakti dan luangkan masa berkualiti dengan Bonda. Selamat kembali meneruskan tugas Kak Amie, semoga dipermudahkan segala urusan
BalasPadamWak Aton tak sampai hati nak biarkan adiknya teringat-ingat buah perah tu.
BalasPadamSeronok berkumpul dan tidur sama-sama adik beradik. Boleh lah spill the tea.
Di Selangor tak ada buah perah jugak rupanya ya, macam di Johor la. Kami pun pada mulanya sangka itu kurma. Memang sedap isinya rasa macam biji cempedak/ nangka rebus.
BalasPadamBonda makan sup ceker dengan cekernya sekali atau sup sahaja?
kalau kat Pahang memang sangat tak asing dengan buah perah ni
BalasPadamOooo... buah perah... ingatkan buah berangan
BalasPadamAduhai..buah perah saya tak kenal, buah berangan pun sama..huhu
BalasPadamBaru ni ke Pasar Tani jumpa buah perah seronok sangat sebab lama tak jumpa. Sedap sangat kan.
BalasPadamSalam kak, lama akak tak buat entri. Suami akak tak sihat ke? atau akak yang tak sihat? moga semua baik2 je ya.
BalasPadamKak Amie, lama tak update blog. Semoga baik-baik je semuanya dan Allah permudah segala urusan Kak Amie sekeluarga. Take care Kak Amie.
BalasPadamSaya kalau ada kesempatan nk explore buah rare ni. Rasa ketinggalan pula tak pernah makan.
BalasPadamSaya tak pernah makan buah perah ni. Tak pernah pula jumpa kat sini.
BalasPadam