Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, February 5, 2025

.: EXPO @ TAMAN TASIK KAMUNTING, PERAK :.

Assalamualaikum

Sabtu, 01.02.2025 - malam tu g meronda dekat Taman Tasik Taiping, sebab incikSuami ada nampak live dekat TT, katanya ada expo makan makan. 
Kami pun p lah ronda, tapi takde apa pun yang jadi. 
Orang ramai p masuk Zoo Taiping adalah. 
Aahhh.. Kena scam pa laki ku ni.. Hahaha. 

Linda ajak lah dia ke Taman Tasik Kamunting, hala ke Selama. 
Kot kat belah nu ke. 

Naseb sempat amik gambar nie. 

Sekali betul da tekaan Linda. 
Berderet kereta parking. 
Kami pun turut serta lah parking kereta jugak. Kikiki. 

Uish, banyak hari jugak nie. 
Mai kita tengok apa yang ada. 

Ada kereta mainan elektrik budak-budak. 
Ada mini funfair. 
Ada belon supa dupa. 
Ada gerai jual karpet, tudung, baju. 
Ada gerai jual makanan. 
Siap ada stage lagi, mungkin ada jugak artis yang buat persembahan kot. 

Linda terberhenti dekat sini. 

Kedai tudung. 
Eh, pattern reben reben lah. 

Nie pun ada reben. 
Tak pernah lagi ada tudung pattern reben nie. 
Agaknya linda beli ke tak? Hahaha

Cari meja, kusi kosong, meh la kita duduk sambil makan makan. 

Coklat strawberry 2cup RM20. 

Kopi Ais Mamu RM5. 
Linda ingat dok dalam plastik ikat tepi, sekali dalam cup daa. 
Air nie kongsi ngan incikSuami. 

Bihun sup daging RM10. 
Harga standard dah nie, tapi geram lah. 
Perkakas tu takde, boh la sayuq sikit, bukan kata kat sini ja, mana mana pun sama. 
Kalau jenis jenis kat expo gini, takde sayuq. 
Makan ngan sambal kicap, takde style utara lah. Patot sambal cili merah tu, baru bihun sup utagha. Kikiki. 

Dedek ngan Kak M main belon supa dupa tu. 
Puas lah, sampai tak makan. 
Depa minum ja. Naseb balik rumah tak gaduh lapar. 

Nak tengok apa yang linda TErRrbeli masa kat expo. 

Pen perfume 3btg RM10. 
Hareem Al Sultan tu bau arab arab sikit. 

Tudung kak M RM10. 
Dia bising kat Linda, sebab lupa bawak tudung extra kak M. 

Eh, jadi jugak beli tudung reben reben nie. 
Tak nak kalah ngan kak M, beli jugak tudung. 🤭🤭

Siap ada plastik lagi. 
RM15 je. 

Kepala ada satu je, tudung kemain banyak lagi.
Kata nak insoofff... 

Till then, see ya. 

Tuesday, February 4, 2025

.: ROJAK KUAH KACANG :.

Assalamualaikum 

Dalam pukul 12 tgh hari tadi, baru sempat nak ke kafe. 
Konon konon nak beli air dengan sayur je. 
Sebab linda bawak bekal hari nie.. 

Tapi kan, tengok ada orang membeli rojak. 
Nampak sedap, kita pun ikot terliur sama. 
Ehh, terus tak jadi beli sayur. 
Beli rojak jadinya. 

See.. Nampak menggiurkan kan?? 
Terliur sebab nampak kuah rojak dia guna kuah kacang. 
Itu yang sedap. 
Linda amik rojak biasa. 
Ada kentang goreng, tahu goreng, coq udang, telur rebus goreng, sayur timun, sengkuang. 
RM5.00, Alhamdulillah.. Kenyang. 
Bekal tak sentuh, bawak balik rumah lah jawabnya.. Hahaha. 

Kuah kacang nya sedap. 
Lepas nie beli kuah kacang je boleh kot. 
Bawak nasi impit, sedapnya. 

Till then, see ya. 

.: ANAK KUNCI :.

Assalamualaikum. 

Sementara JD (job description) kita masih lagi berkisarkan asrama. 
Sementara masih menyarung uniform pink. 
Meh la kita abadikan kenangan kerja bergelumang dengan anak anak kunci. 

Kasi tagging syantik syantik. 
Biar senang kenal mana 1 anak kunci nya. 

Dalam bekas beg tu.. 
Serabut aihh ku nengok. 

Naseb baik ada laci kecik nie. 
Senang nak simpan perkakas perkakas. 

Ini membantu admin kuarters sorting kunci setiap unit rumah. 
Kunci asrama linda, alhamdulillah dah selesai. 
Masa awal-awal pindah HS lagi, dah sorting out balik. 
Mana tak boleh guna, kita buang je terus. 

Till then, see ya. 

#lifepenyeliaasrama

Monday, February 3, 2025

.: AKTIVITI MENGECAT :.

Assalamualaikum. 

Setelah pening memilih warna cat di SINI
Maka, cuti CNY kita manfaatkan lah dengan mengecat rumah. 

Rabu, 28.01.2025 gerak dari Selayang dah lewat, so dalam pukul 2petang baru sampai Tronoh.
Turunkan segala macam barang, kemas rumah sikit sikit. 
Bermula lah aktiviti mengecat. 

Rupanya ada tetamu yang datang. 
Emak, kak mas, amar, abang Mu'az dengan abang Mueez mai melawat. 
Kebetulan mereka mandi manda di Teluk Batik, jadi lajak lah ke Tronoh. 

merasa lah abang Mu'az mengecat bilik dia sendiri. 
Orang kata, ada lah air tangan tu. 
Dapat lah semuka dinding abang Mu'az mengecat, lepas tu wak mas dah ajak balik. 
So, balik lah diorang. 

Banyak gambar, so linda gridkan aje, senang nak tengok. 

Nie incikSuami sedang meratakan cat nya. 
Kain uniform yang tak jadi baju lagi, buat lapik lah. 
Takde lah banyak sangat nak mengemas kesan cat menitik. 
Faham je lah buat kerja dengan anak anak kan. 

Nie memang orang kuat lah, sampai ke malam pun mengecat. 
Tangga tu pun bawak dari Melaka. 
Untung dah pasang roofbox tu, tangga pun boleh masuk dalam tu. 

3 hari 2 malam kami bertapa di rumah Tronoh. 
Misi terlaksana untuk mengecat bahagian-bahagian yang kitorang suami isteri dah target. 

Bahagian dapur nie bonus. 
Nak habiskan cat warna kelabu. 
Kita cat dekat atas table top tu je. 
Lagipun, nanti nak pasang kabinet atas tu. 
Tak nampak pun sebenarnya. 
Bahagian hadapan dining area tu, tak cat lagi, sebab memang takde dalam target untuk cat situ waktu cuti CNY nie. 

Bilik utama. 
Ada 2 muka yang warna nie. 
Ada lagi 2 muka dinding belum dicat. 
Jadi yang nie target tercapai separuh, tapi ok jugak lah kan. 

Bilik anak bujang 3 orang. 
Nak warna kelabu, so ini lah kelabunya. 
Dan linda macam tak puas hati kalau 1 bilik warna kelabu. 
Jadi 1 muka yang bahagian tingkap tu, linda buat bahagian sikit. 
Warna kelabu + hijau muda + purple

Nie bilik kak M, warna hijau muda. 
Anak dara sorang. 
Yang nie pun sama, macam tak best je 1 bilik warna sama. 
Jadi 1 muka tu, linda campurkan warna hijau muda + kelabu. 
Pencahayaan tak terang sangat, warna kelabu nampak macam warna hijau gelap je.

Nie area utama rumah.. 
Main hall, warna purple (tapi nampak macam warna pink). 
IncikSuami lah pilih masa tengok katalog tu, linda dah cakap, warna yang dia pilih nie nanti lebih kepada pink. 
Tapi, dia cakap "takde lah, ungu lah nie" 
So, biarkan je lah. Rumah dia kan. Hahaha. 
Sekali, here we go.. Purple yang more to pink. 
Ok lah tu, naik lah seri rumah. 
2 muka warna purple nie. 
2 muka lagi warna krim. 

Linda dengan incikSuami je mengecat. 
Memang pulun lah nak bagi siap jugak, sebab fikir kan kalau dah penuh barang nanti, memang malas lah nak mengecat dah.
Leceh nak alihkan barang barang. 
Dedek dengan kak M pun membantu juga, tapi anak anak mengecat, faham faham je lah macam mana. 
Banyak main dari mengecat. Hahaha. 

4 tong cat yang dibeli hari tu, 2 tong habis digunakan, warna hijau muda dan kelabu tu. 
Tinggal warna purple dan cream. 
Boleh lah buat cat di bahagian dining hall dan bilik utama yang belum dicat tu. 
Bila pulak nak sambung nya tu.?? 
Entahlah, lepas raya agaknya. Hahaha. 

Till then, see ya. 

Sunday, February 2, 2025

.: HAPPY BIRTHDAY MAK :.

Assalamualaikum.. 

Aktiviti birthday girl hari nie.. 

Dari pagi bawak ke petang, pergi marhaban. 
Bonda linda yang ada emoji love tu. 

Habis marhaban, singgah menara condong dulu. 


SELAMAT HARI LAHIR MAK. 
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN UNTUK MAK. 


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

Till then, see ya. 

.: NASI LEMAK PERAK @ TRONOH, PERAK :.

Assalamualaikum. 

BW di blog kak Amie, beliau share breakfast di Nasi Lemak Perak@Tronoh.
Terpengaruh dengan lempeng pisang dan lempeng kelapa sebenarnya. 
Terus linda google, sebab dah dekat Tronoh juga nie. 
Laaa, tak jauh pun. 
Jadi pagi Jumaat, 31.01.2025, breakfast dekat sini lah. 

Main snap je gambar, tak clear rupanya.. 
Matahari betul-betul atas bumbung. 
Tak sampai 10min pun dari rumah Linda. 

Gambar dari google
Clear lah sikit. Hihihi

Memang bukan blogger tegar lah. 
Sebab tak amik gambar dalam kedai macam mana. 
Macam style foodcourt lah. 
Ada banyak jenis kedai jual makanan. 
Nasi lemak pelbagai jenis lauk. 
Ada roti canai, roti jala, roti arab, mee kari, laksa, kuih muih pun ada. 

Antara yang linda order. 

Roti jala 1set ada 3 ketul RM2
kedai yang sama order lempeng kelapa RM1.50

Nasi lemak 
IncikSuami dengan dedek yang makan. 

Roti Arab RM3
Linda order sampai 2 keping. 

Kak M makan roti kosong RM1.50

Malangnya, tak dapat rasa lempeng pisang. 
Sebab pisang dah habis, esok nya baru ada. 

Takde rezeki hari tu, next boleh datang lagi. 
Dah tak jauh pun dari rumah. 

Untuk makanan, memang kena order dekat stall yang berkenaan, dan terus bayar. 
Untuk air, ada staff yang datang amik order dan hantarkan air. 

Walaupun ramai orang, silih berganti, tapi tempat duduk sentiasa ada. 
Takde lah sampai kena menunggu. 
Tempat makan pun selesa, so memang akan selalu ke sini lah nanti. 
Salah satu nya, ada roti arab. 
Linda memang suka, susah nak jumpa dah. 

Till then, see ya. 

Saturday, February 1, 2025

.: CUTI CNY SAYA :.

Assalamualaikum

Soon..Insya-Allah.. 
Jadi warga penduduk Tronoh, Perak. 

Fokus dekat tangki air belakangggg nun... 
-Bandar Universiti-

Tu barisan rumah linda. 
Seberang jalan, ada playground. 
Keluar rumah je nampak playground. 
Nie linda amik gambar dari playground la nie.. 

Sejak sampai hari rabu tu, dedek asyik request jaaa nak p taman. 
Hari rabu tak dapat p, sebab ptg tu hujan lebat. 

Alhamdulillah, hari khamis dan jumaat petang dapat lah bawak dedek p playground. 
Berjalan kaki je kita dari rumah. 

Alhamdulillah, playground nie masih complete. 
Rumput pun tak panjang.
Boleh lah buat pelepas angin. 
Ada trek jugak keliling playground kalau nak briswalk. 
Tapi, linda tak briswalk pun.. 
M beso sangat.. Hahaha.. 
Duduk dekat kerusi batu, scroll HP je. 😂😂

Banyak port boleh briswalk area Seri Iskandar nie. 
Awal-awal dah cakap ngan incikSuami, kalau dapat pindah sini, lepas balik kerja jangan tanya linda p mana.. Hahaha.. 
Angan-angan, lepas balik kerja nak jadikan briswalk tu sebagai routine.. 🤭🤭
Awal berangan.. Hahaha.. 

Selesai dah kerja dekat rumah tu. 
Kami lari balik Taiping pulak. 
Alang-alang dah dekat kan. 
Saat entry nie publish, linda dah ada dekat Taiping.. 😍😍

Till then, see ya.