Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label Tronoh. Show all posts
Showing posts with label Tronoh. Show all posts

Monday, June 22, 2026

.: WEEKEND DI TRONOH :.

Assalamualaikum.

aktiviti weekend bila balik Tronoh.

hari Sabtu - kak M ada latihan memanah.
beginner je, yang ada anak panah tu dia la.
waktu ni, linda tunggu dia nak habis dah.

esoknya, hari Ahad. 
sibuk nak follow abang Mueez dan dedek training bola pula.
masuk kelab bola PT Boyz.

ada pula penyeri meoww ni.

pertama kali masuk TLDM dekat Parit ni.
siapa yang lalu area ni, mesti tahu..
ada satu skuadron untuk navigasi komunikasi kot..
tak tau la linda
training dekat padang TLDM, sebab ada anak CO skuadron ni dalam team bola juga.

Stesen Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (SKTLDM) Parit ialah sebuah pangkalan atau instalasi ketenteraan milik TLDM yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak. Kem ini berfungsi di bawah kendalian Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM. [1, 2, 3]
Pangkalan ini terletak berhampiran kawasan Seri Iskandar dan bersebelahan dengan institusi pendidikan Kolej. Untuk rujukan logistik atau pentadbiran pertahanan, stesen ini berada di bawah pentadbiran Negeri Perak dan boleh dihubungi di talian 05-371. Ia merupakan salah satu daripada enam Stesen Komunikasi TLDM yang beroperasi di seluruh negara.
*dari google*

team bola sedang berlatih.
kenapa masukkan dalam bola?
sebab diorang minat nak main bola.
saja lah masukkan dalam team.
boleh la distract dari skrin telefon sekejap.

lepas tu, dari hari sabtu, incikSuami dah ajak makan nasi kandar.
so, lunch ahad tu, nasi kandar la kita.

portion linda.
banyak pula kuah dia.

lepas tu, makan derian plak.
musim dah ni, lagi2 dok Seri Iskandar ni.
memang port dia la.
kak M pun asyik tanya ayah je, bila nak makan durian. hahaha

petang pula, abang Mueez ajak jogging.
halah anak bujang ni.
ibu dah siap-siap, tiba-tiba kawan dia datang.
ada jamuan birthday pula.
dah dia pegi makan dulu.
linda keluar jelah dulu.

ni dah balik la.
kak M manja2 pula, suruh abang dia ikat tali kasut.
abang tengah mood baik, layan la adik dia ni.
kalau tak, tinggal harapan je lah.

moga terus berkasih sayang sesama adik beradik ye, amin.
gaduh tu biasa, tapi jangan sampai jadi hatred.

Alhamdulillah, untuk memori kali ni.
semoga tak lama lagi dapat pindah duduk sekali, aamin.

till then, see ya.

P/S - dah tanya abang Muaz nak balik Tronoh tak, dia kata takmo. hahaha..2 minggu lagi, ibu balik kg lah

 

Friday, June 5, 2026

.: AKTIVITI HARI CUTI :.

Assalamualaikum.

Kisah hari Rabu, 03.06.2026.

Petang ke Batu Gajah, pergi Majlis Daerah dan Pejabat Tanah untuk urusan menukar alamat surat menyurat.
Dulu guna alamat kem, ni dah pencen. 
Tukar la alamat.

Ada model rumah, rumah
Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dibesarkan ketika zaman persekolahan baginda, rumah itu terletak di No. 37, Jalan Aman, Kampung Bendera, Batu Gajah, Perak. Kini rumah tersebut dipelihara sebagai Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah dan dijadikan galeri/muzium yang memaparkan kisah hidup baginda dari zaman kanak-kanak hingga remaja.

Boleh masuk dalam list nanti ni, buat lawatan.

YB tengah isi borang.
Borang pertukaran alamat surat menyurat. Hihihi

Memang orang Perak Kome.
Tandasnya tulis Yeop dan Yong.

Petang pula, meneruskan aktiviti harian macam biasa.
Kali ni, keliling taman je lah. 
IncikSuami dok basuh kete.

Dedek teman sambil naik basikal.

Cukup lah tu, buat tambah² step.. hihi.

Malam. Kak M tunjuk aktiviti mewarna sempena AidilAdha hari tu.

Kalau boleh zoom, tengok la kak M tulis nama dia, sekali nama arwah atuk dan moyang nya. Hahaha.
Ada je idea dia.

Till then, see ya.

Friday, May 22, 2026

.: PUSING TAMAN UTP :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 16.05.2026
hampir setengah tahun incikSuami dan anak-anak menetap di Tronoh, baru la sempat nak pergi Taman UTP yang ada macam2 replika haiwan purba.
itu pun setelah kak M bebel dekat ayah dia.
campur ibu pun nak kumpul steps juga.

taman UTP
jumpa tempat gayut ni.
anak-anak ni suka la.
kak M berjaya bergerak dari mula ke akhir tempat bergayut tu.
tahniah, ibu nak angkat badan pun tak larat.
ayah gelakkan ibu ya.. hahaha

taman UTP
lepas tu, jalan lagi ke depan.
ada banyak jenis batu batan yang di pamerkan.
batu batan tu pun, tak pastilah replika ke yang asal.. hahaha
kot la terjumpa masa mengorek fosil2 kan.

taman UTP
kalau dengan T-rex ni haruslah bergambar.
nie anak T-rex.

taman UTP
ni pula T-rex dewasa.

dah sampai kawasan T-rex ni, dah separuh taman la kita pusing.
dedek dah penat.
siap tanya ibu, mana air yang ibu bawa tadi.
rupanya, ibu tinggal dalam kereta.
kena minta dedek sabar sikit la.
nak alih perhatian, kena ajak la menyembang je.. hahaha

taman UTP
dah 3/4 taman.

taman UTP
Dedek jumpa kawan jap.

taman UTP
Ni lah yang kak M sibuk nak tengok.
Siap suruh ibu cepat sikit, takut Mammoth ni dah balik Kutub Utara katanya..
Adoi, macam² la imaginasinya...

Alhamdulillah, selesai 1 pusingan taman.
Linda sambung lagi 1 pusingan, minta anak² dengan incikSuami tunggu sambil berehat².
Setel 1 pusingan lagi, sebelum balik rumah, kena pau dulu beli eskrem..
Itulah kisah mak² ni kan..
Senang² je kena scam.. hahaha.

Till then, see ya.

Tuesday, May 19, 2026

.: AKTIVITI HUJUNG MINGGU :.

Assalamualaikum.

Bila hujung minggu di Tronoh, memang tak sempat nak update dan baca blog.
Banyak nak kena cover balik.

Antara aktiviti hujung minggu.
Akhirnya, dapat juga beriadah di taman UTP.
Entry khas akan menyusul.

Signage
Cuma nak share satu gambar yang diambil di taman UTP.
Cuba cek apa yang tak betul. Hihihi.

Dedek membaca
Alhamdulillah. Sempat suruh dedek baca buku.
Linda saja nak tengok, boleh baca ke tak.
Alhamdulillah, boleh baca, yang suku kata ada 3,4 gabungan tu, lemah sikit.
Takpe, kalau rajin membaca, jadi pandai la nanti.
Buku sumbangan dari library, kebetulan geng² library baru balik dari Perpustakaan Negara dan dapat beberapa naskah buku percuma.
Linda pun ambil la, sebab sesuai buat bahan bacaan kanak².

Hari Ahad, teringin nak makan bubur pula. Kemain ajak incikSuami pergi kedai Bubur Perak.
Tapi, bubur pulut hitam dah habis.
Datang pun dah kira lambat juga lah.
Tinggal sikit² je bubur nya.
Rupanya, seberang jalan kedai Bubur Perak tu ada macam pasar malam.
Next time boleh la datang tengok².

Wadai Kiping
Last² Linda pilih bubur Wadai Kiping.
Anak² punya bubur jagung.
IncikSuami beli Boko ubi.
Memang suka dia dengan kuih tu.

Alhamdulillah, weekend spend well di Tronoh.
Raya haji nanti, balik Sg Samak sehari je, jumpa la abang Mu'az. 
Ibu jelah yang rindu dia pun, dia seronok duduk kampung. Hahaha.

Till then, see ya.

Sunday, May 3, 2026

.: HAMPIR 7 JAM :.

Assalamualaikum.

Khamis, 30.04.2026 - balik Tronoh.. 
Naik bas di TBS, tiket kereta api sold out, jadi naik bas la.

Bas pukul 9.15malam.
Sampai TBS dalam 7.30malam.

Ramai orang malam tu.
Weekend panjang kan.
Jalan jem pun katanya, nak makan pun beratur.
Nak order Marrybrown, lambat que. 
Menunggu orang order dekat mesin tu, lama beno dia buat pilihan.
Nak beli nasi kukus, pun menunggu juga.
Sudahnya ke 7 eleven lah kita.

Beli kopi gula aren + ayam goreng spicy.
Makan panas², memang berayor mata lah.

Ayam goreng nya.

Tunggu punya tunggu.
Bas Linda naik pun delayed juga.
Pertama kali kena delayed ni.
Bas trip 9.15malam, bas sampai 10.30malam.
Pertama kali naik bas Kesatuan, kononnya hari tu sebab trip awal sikit dari Arwana.
Sekali Lambert juga.

Tapi, memang jem pun atas highway.
Nak keluar dari TBS, driver lalu jalan Istana, mengemut kereta.
Nak ke utara, so keluar Tol Duta.

Lepas tu, bas ni ke Ipoh,Terminal Amanjaya dulu.
Baru lah hala ke Tronoh.

Eh, lawa pula gambar ni.
Bulan mengambang juga ni, gambar dalam bas. Hala ke Tronoh dah ni.

Sampai terminal Seri Iskandar pukul 5 pagi.
Balik rumah tak tido pun, risau terlajak..
Tunggu subuh, lepas tu buat sarapan wrap(bawa roti wrap dari Selayang).
Abang Mueez ada training bola sepak dekat sekolah, boleh la buat makan dulu.

Linda kirim nasi dagang dekat suami, rupanya kedai tu tak buka hari Jumaat.
Jadi suami beli nasi lemak, selesai makan, lepak² atas katil..
Nohh, lena sampai zohor..
Hahaha.

Till then, see ya.

Thursday, March 12, 2026

.: POKOK KAKTUS :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 06.03.2026 -  kan linda ambil cuti sehari, sebab nak setel defect dekat rumah Teluk Intan. Alhamdulillah dh selesai. Tapi incikSuami yang pergi.
Linda jadi driver sekejap, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah.
 
Jadi sempat lah nak ubah kaktus ke dalam pasu baru.

udah macam duduk rumah setinggan.. hahaha..kesian beno rupanya.
Yelah dah 5 tahun pun.

Nie asalnya.
Tahun 2020, masa tu PKP lagi kan. Sempat la menanam pokok bagai.
Hilangkan stress.

Salah satu sebab, dah pecah pasunya.
incikSuami terlanggar, dan jatuh.
Eh, jauh pokok kaktus ni, linda bawa pindah dari kuartes Melaka ke Tronoh, Perak.

Lepas korek dan keluarkan.
Yang ni jelah ambil, untuk letak dalam pasu lain.

Ni yang anak-anak kecik.
Hampir kekeringan dh tu.

Sempat lari ke kedai eco, sebelum ambil dedek balik KAFA sesi pagi.
Beli pasu, tanah dengan aksesori tu.

Akhirnya, hasil menanam semula kaktus.
Dedek la jadi mangsa kena siram pokok kaktus ibu.
Nanti kita tengok berapa lama pula ambil masa untuk beranak pinak.

Till then, see ya.

Friday, March 6, 2026

.: BERBUKA 16 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Rezeki berbuka puasa hari ni.
Masak sejenis lauk je.
Ini je yang ada kat rumah.
Kita godak je lah.

Beli tembikai.
Pergi bazar, belanja la anak² teringin nak makan apa.
Ibu teringin tembikai.
Gigih Kelek tembikai 9kg tu dari Econsave ke kereta.
Kebetulan, bazar Ramadan sebelah Econsave je.

Till then, see ya.

Sunday, February 1, 2026

.: CAS TELEFON RM12 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 30.01.2026 - hari ni, perjalanan Linda ke Terminal Bandar Selatan(TBS).
Terlambat beli tiket ketapi, sudah sold out.
Makanya naik bas la kita.
Rasanya dah 3 tahun tak ke TBS ni.

Lepas habis kerja pukul 5petang, bersiap dulu, kemudian jalan kaki menunggu bas ke MRT Metro Prima.
Naik MRT Line Putrajaya Sentral, berhenti di Sg Besi, tukar naik LRT Line Sentul Timur, berhenti di TBS.
Perjalanan ambil masa hampir 2jam dengan tempoh menunggu bas dan MRT.

Sampai di TBS 7.20petang.
Bas pukul 9.30petang.
Selesaikan apa yang penting, makan di kedai Nasi Kukus, sambil tanya staff kedai dekat mana ada tempat cas telefon.
Bateri tinggal 37%, risau tak bertahan sehingga waktu nak sampai ke Tronoh.

Charging phone booth
Phone charging booth.
Rate RM6 sejam.
Ikut je step dia, macam locker berkunci dekat waterpark.

Sambil menunggu, duduk², pusing²..
Bila nak ambil semula, eh kena beratur sebab depan tu ada orang.
Sampai turn Linda, masukkan password semua, nak buka locker.
Sekali keluar dekat skrin tu "tempoh cas dah terlebih 2min, kena bayar dulu RM6 baru boleh buka locker"

Ya ampun, terasa macam kena scam pula..hahaha..
RM12 sekali kena untuk cas telefon.
Lepas ni, kalau nak guna lagi memang kena beringat lah.. hahaha.
Pengalaman betul.

Bas tepat sampai 9.30malam, berhenti Hentian Duta sekali.
Lepas tu terus keluar ke highway.
Sampai Seri Iskandar pukul 2pagi.
Bas teruskan perjalanan ke Manjung, Lumut dan Teluk Intan.

Naik ketapi 9.30-12tgh malam.
Naik bas 9.30-2pagi.

Fuhh, memang lepas ni kena beli tiket ketapi awal² lah.

Till then, see ya.

Wednesday, January 21, 2026

.: IDEA GEMINI :.

Assalamualaikum.

Ingat lagi kan kisah loteng kecik ni.

Loteng @loftbed
Balik awal tahun hari tu, kemas² la dengan kak M. 
So, Linda pun ambil gambar.
Kita minta tolong Gemini ubah deko yang simple jadi camne.

Dekorasi loftbed Gemini
Macam ni ha hasil Gemini.
Simple je.
Ok, dah ada idea lah untuk bilik kak M.

Nanti, kalau yang real dah siap.
Linda share.
Tanya kak M nak karpet apa, kita follow je lah kak M.
Sebab nak bagi dia tido kat situ.
Ni, dok tido dekat hall lagi, bentang toto.
Sabar jelah.

Nak belikan lampu tido sekali.
Takde lah dia seram sangat.
Penakut kak M tu. 😂😂

Till then, see ya.

Tuesday, January 20, 2026

.: KISAH PETI SEJUK :.

Assalamualaikum.

masa nak kemas barang dekat rumah kuarters Hosp Selayang tu.
ada terfikir nak letgo barang2..
sebab malas nak banyak2 barang dekat Tronoh.

tapi, fikir2, takde la barang besar2 pun dekat kuarters tu.
yang ada peti sejuk 1 pintu, mesin basuh manual(linda bawa ke asrama), kabinet dapur yang kecik.
lain2 semua rak2 yang pasang siap..
so, buka dulu, nanti incikSuami tau la nak letak kat mana.
jadi, kami pun angkut lah semua barang yang ada, tanpa dijual.

peti sejuk 2 pintu - memang dari awal kahwin, guna dekat Melaka.
peti sejuk 1 pintu - beli masa duduk kat Selayang.

jauh beza juga bila letak bersebelahan.
nak dijadikan cerita, yang linda balik Tronoh hari tu.
peti sejuk besar tu, elok je function.
tiba-tiba, abang Mueez kabo, peti sejuk besar tu tak sejuk.
eh, terkejut la, sebab baru je buka peti tu simpan lauk basah, elok je sejuk.
tengok semula, betul la tak sejuk.
aikk...memang cukup haul ke apa.. yelah dah 14tahun kahwin, belinya dari incikSuami bujang lagi.
plus minus ada lah 17-18 tahun kot umur peti sejuk besar tu.

nasib baik la tak jadi jual peti sejuk kecik tu.
rupanya peti sejuk besar nak rosak.
ada la peti sejuk spare, buat simpan2 lauk basah.
mujur sangat.

incikSuami kata nak cari orang repair peti sejuk.
tengokkan dulu, kalau modal kecik. repair je lah.
kalau modal kasar, kena kumpul duit lain la jawabnya.

sabar jelah.
duit pencen dah habis dah peti sejuk oii..
hahaha.

till then, see ya.
 

Monday, January 12, 2026

.: WELCOME TO SCHOOL 2026 :.

Assalamualaikum.

Selamat ke sekolah anak² untuk sesi 2026.
Semoga yang baik² saja untuk anak² semua.

Sharing is caring

Selit juga, buku sekolah 3 beradik.
Sempat tuliskan nama, balutkan buku.

Dah selesai yang dekat Tronoh, berkereta lah kita ke Sg Samak pula.
Ada sorang lagi anak yang perlu dibelai.

Jadi, esok incikSuami handle yang dekat Tronoh.
Linda handle yang dekat Sg Samak.

Moga anak² dapat sesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru, Aamin.

Till then, see ya.

Saturday, January 10, 2026

.: MINI MOVERS - RAKAN LOGISTIK ANDA :.

Assalamualaikum.

sebabkan memang dah plan nak pindah ke Perak.
dan barang dalam rumah kalau dikumpulkan, memang kena sewa lori juga.
jadi, dari hujung bulan 12 tu, memang linda dah mula cari-cari dan survey sana sini.
standard harga lori, macam sis Nieza cakap RM800 paling murah, lagi2 bila nak merentas negeri ni.

survey punya survey, nampak MINI MOVER
bila tanya details semua.
rupanya diorang ada buat Pooling trip ke Utara.
tarikh yang lebih kurang dengan yang linda nak.
so, bila pooling (ada barang orang lain yang sehala jalan), harga murah la sikit.
dan diorang memang akan kira ikut barang kita je.
macam linda, mula2 buat list barang, dapat harga RM540.
sekali bila dah kemas2 tu, dah terlebih anggaran kotak.
jadi linda pun hantar gambar lain dekat admin, dan dapat harga baru RM670.
still, masih murah bagi linda.

barang kita kemas sendiri, hari yang dijanjikan.
team Mini Mover akan datang untuk pick up barang, jangan risau.. harga sekali dengan labour dah
so tak perlu nak risau, ada charge untuk tenaga buruh pula.

Rabu, 07.01.2026 - sampai la lori untuk pick up barang.

haa.. bila dah loading dalam lori. 
separuh lori juga ni.
gambar barang2 ada share dekat SINI

Sebabkan hari Rabu tu collect barang pun dah petang.
So, lori gerak ke Utara hari Khamis.
Tunggu punya tunggu.

Khamis, 08.01.2026 - lori pun sampai di Tronoh pukul 9 malam macam tu. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik.

Penuh rumah kecik Linda ni.

Dalam bilik kak M

Dekat dapur.

Dalam bilik belakang.

Ya Allah, barang² dari Melaka hari tu pun tak habis bongkar lagi..tambah lagi barang yang ni.
Udah udah la membeli, rumah dah makin comel ni. Hihi.

Tapi, Alhamdulillah, Linda sampai rumah Jumaat tengah malam tu, yang dekat dapur tu dah clear.
Tinggal dekat bilik belakang, yang tu lambat lagi agaknya.

Overall, puas hati dengan servis Mini Mover ni.. kalau ada yang nak try ke..boleh la.

Till then, see ya.

Saturday, January 3, 2026

.: SARAPAN ROTI ARAB :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat melawan kemalasan, bersiap juga nak beli roti arab..

Lama tak makan.

Sanggup nak pergi ke Nasi Lemak Tronoh.
Alhamdulillah rezeki sarapan hari ni.
Tapau je, senang makan dekat rumah.

Malam tadi perjalanan ke utara smooth.
Alhamdulillah .tak jem lansung.
Cuma dah masuk RnR Tapah..
IncikSuami jumpa parking hujung nun dekat stesen minyak, eh tak payah berhenti la.. malas nak berjalan jauh..
Jadi terus je, keluar Gopeng .
Singgah je la  mana2 kedai tomyam.

Till then, see ya.

Tuesday, December 23, 2025

.: URUSAN PERTUKARAN SEKOLAH :.

Assalamualaikum.

Cuti bukan saja² berehat.
Cuti ada urusan yang perlu diselesaikan.
2 hari Linda dan suami selesaikan urusan perpindahan sekolah anak²..
Alhamdulillah, masing² dah diterima ke sekolah yang dimohon.
Cuma abang Mu'az lah, permohonan asrama dia masih hanging..
Moga dapat lah asrama, takde lah ibu runsing.

Isnin,22.12.2025 - ke Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk.

PPD Bagan Datuk
Alhamdulillah, urusan dipermudah.
Pegawai luluskan permohonan tanpa banyak soal.

SMK Seri Perkasa
Terus ke sek yang dimohon, untuk hantar borang kelulusan serta fail pelajar.
Hantar sekali borang permohonan asrama, sek ni ada asrama, tapi limited lah.
Tengok maklumat murid dalam pejabat pun, pelajar lelaki lagi banyak dari perempuan.
Selalunya, perempuan lagi ramai dari lelaki.

Sek ni, memang abang Mu'az request.
Dengan alasan "Mu'az tak nak cari kawan baru lah ibu".
Kebanyakan yang sekolah sini, kawan2 dia dari sek kampung juga.
Kan pernah sekolah dekat kampung selama setahun.

Tapi, syarat ibu, kena duduk asrama lah.
Kalau ulang alik, tak daya ibu nak pantau.
Kakek dengan embah pun tak larat nak tengok.

Selasa,23.12.2025 - ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan pula.

PPD Kinta Selatan
Urusan sek adik² yang akan bersekolah di Tronoh.
Ramai yang berurusan di PPD ni.
Sampai² peg tanya "dah tanya sek yang dimohon ni, ada kosong ke tak?"
Eh, tak tahu pula kita kena telefon sek dulu.
Nasib baik peg tu mudahkan urusan.
Beliau yang tolong telefon kan sekolah untuk pengesahan.
Alhamdulillah, dapat sekolah yang dimohon.
Ke sekolah pula untuk hantar surat kelulusan dan fail peribadi.

Kecil je sekolahnya, vibes sekolah luar bandar, tapi murid ramai.
Sekolah ada 2 sesi.
Dedek tahap 1, sesi petang.
Kak M dan abang Mueez tahap 2, sesi pagi.

Semoga dimudahkan urusan kami sekeluarga tahun hadapan.
Semoga tahun 2026, permohonan pertukaran Maslinda binti Miswan diluluskan ke Tronoh, Aamin.

Share sini sek baru anak² di Tronoh.

Till then, see ya.

P/s - kali ni,urusan pertukaran sekolah, Linda serah dekat incikSuami je, dia yang ke sekolah, sediakan dokumen semua.