Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Sunday, June 28, 2026

.: TERKEJUT :.

Assalamualaikum.

Balik dari TRX semalam, tengok ada parcel atas meja luar pintu asrama tu.

Nampak kat tepi tu?
Besar² terpampang nama Linda.
Rasanya takde beli barang online.
Belek la kot ada nama sender atau barang apa.
Sekali nampak tulisan tumbler, owh hadiah GA:Meriahkan Piala Dunia dari kak Notie dah sampai.
Alhamdulillah, moga lancar dan murah rezeki kak Notie, Aamin.

Jom unboxing.

Ni kotak dia.
Warna silver, tebal juga kotak nya.

Dapat tumbler warna hitam.
Yang ni Linda kenal Christiano Ronaldo.
Kalau yang lain tu, tahu nama je, tapi tak pasti yang mana satu.

Gambar dia tu, timbul tau.
Rasanya sticker je, tapi embossed.
So, memang nampak lawa lah.
Khamis ni balik Tronoh, boleh la bawa.
Senang letak kat poket tepi beg galas tu.

Alhamdulillah, murah rezeki kak notie ni, suka berkongsi rezeki.
Kalau duduk sepejabat ni, mesti selalu kenyang perut.. 🤭🤭
Macam senior penyelia asrama Linda dekat Melaka dulu, rajin masak², bawa pergi pejabat.
Yang anak buah ni, memang suka lah.
Dapat makan free.. hahaha.
Lagipun, dekat pejabat lama dulu takde kafe,kalau nak cari makanan kena menapak jauh sikit lah.
Memori sungguh.

Till then, see ya.

Thursday, April 30, 2026

.: GIVEAWAY KERAJAAN KELAPA 2.0 :.

Assalamualaikum.

oleh kerana semalam, Permaisuri Kerajaan Kelapa telah mencemar duli untuk menjemput linda memeriahkan giveaway yang sedang berlansung.
jadi, dak kira wajib la masuk penyertaan ni.


syarat penyertaan mudah sahaja.
buat backlink pada entry giveaway semula.
dan pilih sampul raya yang mempunyai karekter paling favourite.


boleh tengok dekat poster antara karekter sampul raya yang ada.

kalau untuk linda.
haruslah memilih Dragon Ball.
sebab membesar dengan cerita tu kan.
atok penyu, Majinbu, Bezita, Krilin dan macam macam lagi la.

semoga ada rezeki la bertuah nanti.
sebab Permaisuri akan buat lucky draw.

jom ramai-ramai memeriahkan giveaway Kerajaan Kelapa ni.

till then, see ya.


Thursday, January 15, 2026

.: HADIAH GA BAJU RAYA LACE BY KAK NOTIE :.

 Assalamualaikum.

Rasanya semua sedia maklum blogger kak Notie rajin buat giveaway.
baru-baru ni, kak Notie buat GA baju raya lace.
awal pagi tu linda dah tengok, tapi takde butang komen.
dah dok buat2 kerja, tak ingat dah la.

dah petang, hampir nak waktu balik, baru teringat.
singgah lagi blog kak Notie, tengok dah ada pemenang ke 9.
kita cuba je lah, mana tahu rezeki.
rupanya memang rezeki tak salah alamat.
pemenang ke 10 nama linda, Alhamdulillah.
senarai pemenang GA baju raya lace 

Hadiah GA
alhamdulillah, hari rabu semalam.
dah sampai parcel nya.

GA Baju Raya
linda dapat warna pink ke peach ke. Gitulah
comel je.
tak tau nak buat baju apa.
nanti nak suruh mak je lah jahitkan. hihihi.
buat tambah2 baju raya.

apa pun, terima kasih banyak kak Notie.
semoga Allah permudahkan urusan akak, dimurah kan rezeki selalu, tercapai hajat nak pergi tempat yang macam Avatar tu. aamin
mana tahu ada rezeki untuk GA cenderamata pula.. hihihi

till then, see ya.

Monday, December 8, 2025

.: HADIAH GA BLOGGER MA :.

Assalamualaikum.

bulan lepas kan, linda join GA blogger MA.
lepas tu, rezeki menang GA tu.
bertuah rupanya.. Alhamdulillah.

semalam JNT dan hantar wassap barang dah sampai.
tapi, baru hari ni linda buka, sebab sampai terus dekat pejabat asrama.

ala, comel tau.
linda simpan dalam buku planner yang pernah menang GA dari blogger Jurnal shikin
hadiah dia, semua pun dah tau.
MA beritahu nak bagi personalized calendar.

ni la kalendar nya.
boleh buat letak dekat rumah, sebab untuk pejabat linda dah buat.

ada page kosong, boleh la tampal2 note.
meh la belanja sikit-sikit bahagian dalam nya.

comel je.


Alhamdulillah, terima kasih MA.
semoga dimurahkan rezekinya.
seronok nya dapat hadiah.

till then, see ya.
 

Wednesday, November 26, 2025

.: Life is Beautiful Giveaway :.

 Assalamualaikum.

jom-jom, meramaikan giveaway kak MA kita.
dah hujung2 nie baru sempat nak up entry.

giveaway MA
-tekan je gambar-

macam biasa lah syarat mudah je.

1- buat entry dengan tajuk "Life is Beautiful Giveaway".
2- letak link dekat bahagian komen.

lepas tu siap.

moga murah rezeki MA.
kalau linda memang, boleh la letak kalendar kat rumah.
sebab dekat pejabat dah ada..
kikiki

till then, see ya.

Monday, October 13, 2025

.: GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI :.

Assalamualaikum..

dok jalan-jalan dari rumah ke rumah tadi.
terjumpa GA from blogger Mek Yuhhh

-tekan gambar ya-

bagi linda, bebrlog nie macam salah satu terapi juga.
boleh release tension, linda perasan komuniti blogger nie sangat support each other.
walaupun semua kenal di alam maya.
tapi, pernah terbaca dekat blog Miss Mirror, "my blog isn't private,but my life is...you don't know me,  you just know my blog"

yang nie pun betul juga, tapi, linda tahu, semua blogger baik2 belaka.
insya-Allah, menulis sekadar membuat jiwa lebih tenang.
merasakan segala masalah dapat diluah, dan bila tak serabut sangat, kita boleh jumpa jalan penyelesaiannya.

menulis ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan.
tapi, menulis pun perlu berpada-pada.
agaknya, sebab tulah linda menulis semula.
eh, panjang pula luahan perasaan kan..hihihi.

macam biasa, linda share sini.

 Cara penyertaan:

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW saya tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

mari ramai-ramai memeriah kan GA Mek Yuhh kita.

till then, see ya.

 

Sunday, September 28, 2025

.: PEMENANG GV PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Sebenarnya Linda pun sama macam orang lain, ingatkan lambat lagi nak dapat 200,000 PV.
Jadi buat sambil lewa je lah.
Tak assume ada orang nak contact kita.
Sekali, tengah nak layan mata (penat hari sukan semalam), tiba²....

Menang PV
Dapat pemenang uTama kita.
Ngam capture 200,000

Tahniah blogger Mama Tisya aka Kak Amy.

Dan, Linda dah cakap nak pilih 2 pemenang kan?
Jadi, pemenang kedua kita yang paling hampir dengan 200,000 ialah ......

Menang PV 1
Dengan tangkapan PV 200,005.
Lebih 5, tapi orang kedua yang paling hampir dengan PV 200,000.

Blogger kak NA kita.

Tahniah Linda ucapkan pada kedua dua pemenang.
Terima kasih banyak² juga pada blogger dan readers lain yang tak henti² support.
Mai BW blog Linda hari²..
Terima kasih banyak².

Doakan segala GA tak terhenti di sini.
Mana tahu ada rezeki nak buat GA saham akhirat macam kak Notie kita juga.

Till then, see ya.

Saturday, September 27, 2025

.: 200,000 PV!! :.

Assalamualaikum.

Dah 200,000 kome..

Yang pertama Linda dah confirm sebab betul² ngam 200,000.

Yang kedua Linda masih mencari kot ada yang paling hampir selain 200,005.

Linda tunggu penyertaan sehingga malam ya.. kot ada yang dah screenshot tapi lupa nak share ..

No PV yang dicari 

200,001
200,002
200,003
200,004

Sebab Linda dah jumpa yang share gambar PV 200,000 dan 200,005.

Dengan ini, GA PV 200,000 Linda berakhir di sini..
Terima kasih ulang datang melawat blog Linda..

Till then, see ya.

Monday, September 8, 2025

.: ANOTHER TIPS FOR GA PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Another concern pasal tak nampak PV punya numbers.

Untuk blogger PH dan yang lain-lain juga.

Kalau buka blog pakai telefon.
Memang dia akan keluar mobile version.
Which is, tak ambil banyak masa untuk loading.
Linda pun selalu blogwalking guna telefon je. Mudah nak baca entry sambil golek² atas toto... 🤭🤭


Untuk tengok PV, lepas habis baca entry.
Dekat bawah tu ada tulis view web version(nie based on Telefon Linda yang Android nie, kalau telefon yang canggih² tak pasti pula Linda).
Boleh tekan tu, nanti dia akan keluar paparan macam kita buka dekat laptop.
Haa, masa nie, tengok dekat PV tu, mana tahu mengena kan?.

Tapi, jangan risau, blog Linda biasa² je..
Habis bulan September pun, mesti tak capai lagi 200k.. Hihihi.

Apa pun, chaiyook ya everybody.

Till then, see ya.

Sunday, September 7, 2025

.: KEMASKINI MAKLUMAT GA :.

Assalamualaikum.

Mesti ada juga yang tertanya² macam blogger NA kita nie.

Kalau terlebih 1, 2 nombor dalam GA PV 200,00 masih valid ke?

Jawapannya - ya masih valid, Linda akan pilih 2 pemenang yang paling hampir @ tepat 200,000.

Apa-apa, jangan lupa cuba tau..
Captured je PV tu bila sampai masanya.
Mana tahu rezeki kan.

Till then, see ya.

Tuesday, September 2, 2025

.: GA PV 200,000 :.

Assalamualaikum.

Sempena bulan birthday Linda.
Nak buat GA suka suka lah.
Mencari pemenang yang dapat Captured PV 200,000 blog Linda.

Setakat Linda screenshot tadi.
PV nya 173,363
Ambil masa nak capai 200,000 tu.
Sebab blog Linda kan biasa² je..hihi..

Apa pun, Linda mulakan GA dari hari ini.
Kalau mobile version tak jumpa tau PV nie.
Kena rajin tekan website version tau.

Nanti Linda pin kan juga entry nie dekat tepi, biar rajin² kerling sikit.

Dapat je PV 200,000 tu, terus Captured dan send bukti dekat Linda ya, link dekat bawah.

Till then, see ya.

#dulu pernah buat GA PV 10,000.

Monday, August 25, 2025

.: GIVEAWAY MENCARI SAHAM AKHIRAT :.

Assalamualaikum.

habis ronda-ronda asrama, hilangkan lelah dengan blogwalking jap.
nak minum air tak boleh, niatnya nak puasa ganti hari ini, InsyaAllah.

sedang bebrlogwalking, nampak sis Notie up giveaway suka-suka

menurut nya - Masa sedang mencari barangan apa yang sesuai tiba-tiba teringat di Wafiy Collection juga ada menjual telekung. Dan kebetulan pulak Mem besar Yatie Sulaiman pi vietnam mencari koleksi kain baru dan telekung dari Vietnam. Hah ni kiranya sapa yang dapat fresh dari vietnam ye

jadi, jom la kita join meramaikan lagi.,
mana tahu rezeki, dapat lah jadi hadiah birthday untuk diri sendiri yang bakal menjelang tak lama lagi (hihihi, perasan betul).


Syarat-syaratnya adalah jeng jeng jeng. Tak susah lah kalau nak join.


1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.

2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.

3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadian lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.


pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat.

gitu, moh2 cepat join GA nya..

till then, see ya.

#elok nampak GA nie, sebab tengah blank nak buat entry apa hari nie. hihii

Thursday, August 7, 2025

.: COFFEE LOVER GIVEAWAY :.

 Assalamualaikum.

sebelum terlambat, meh la kita join giveaway by MA

-sila tekan gambar-

1. buat satu entry tajuk "Coffee Lover Giveaway" done

2. tepekkan pic atas tu done

3. just tulis & story sikit...
kenapa you all kena dipilih sbg pemenang "Coffee Lover Giveaway" ni
tu je....x semestinya coffee lover je boleh join
sapa2 pun boleh join tau!
linda baru je minum kopi,3 tahun kebelakang nie.. itu pun indocafe...kalau kopi biasa dan nescafe original tu tetap tak reti sangat,
terasa pahit nooo.
rasenya permulaan suka kan kopi, sebab terjebak dengan kopi gantung kot.
bila minum kopi gantung tu, rasenya wow sangat.
tapi, of course la, jangan beli hari-hari, tak baik untuk kesihatan.
jadi, dekat rumah linda dah ada stok indocafe tak putus-putus.
sehari mesti akan bancuh every morning, sebelum pergi kerja.
nikmat betul.
semoga linda menjadi salah satu daripada pemenangnya..

4. pas tu, tinggalkan link entry korang tu...dibahagian komen entry ni
siap!!!  done

siapa yang belum join lagi..
meh la meramaikan lagi.
mana tahu MA nak bagi extra hadiah ke nani, bila ramai participant.
ada lagi masa sehingga 13 Ogos nanti.

till then, see ya.

Monday, April 14, 2025

.: Giveaway Pertama Tot's Blog :.

Assalamualaikum.

sebelum nak update entry lain.
linda nak join GA by Tot's dulu.

-TEKAN GAMBAR-

Syarat penyertaan mudah je :

1. Follow blog saya. 

2. Tulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog' , copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri ini.

3. Tinggalkan komen di entri ini, url entri anda.

4. Pemenang dipilih secara rawak. Sebab saya tak tahu berapa orang yang akan masuk. Seandainya habis tarikh akhir dan 9 orang sahaja yang masuk, maka semua peserta dapat hadiah la. Hehe... tapi kalau lebih, saya akan pilih secara rawak menggunakan roda pusingan (random name picker).


hadiah ada banyak tau...
jom join ramai-ramai.

till then, see ya.

Monday, February 17, 2025

.: GIVEAWAY KERAJAAN KELAPA :.

Assalamualaikum.

memandangkan "Permaisuri Cuya" sendiri yang mencemar duli menjemput menyertai giveaway kerajaan kelapa.
maka, sebagai rakyat, kita harus patuh


simple je syarat penyertaan.
menaip sambil pejam mata sebelah pun boleh siap.

semoga ada rezeki menang giveaway "Permaisuri Cuya"

till then, see ya.

Friday, December 27, 2024

. : DONE RECEIVED :.

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, semalam pemenang GA dah terima hadiah yang tak seberapa dari Linda.. 

Blogger fairus

Blogger ammi

Blogger SA

Tinggal blogger Syuhada je.. 
Belum bagi feedback lagi. 
Cepat ya, hadiah boleh redeem sampai 31.12.2024 ja.. 

Maaf ya para pemenang, kali nie linda guna template sedia ada je.. 
Sebab laptop dah shut down terus.. 
Kena kumpul duit beli yang baru lah nampaknya.. 
Yelah, laptop tu pun dah lenjan lebih 10tahun..😂😂

Till then, see ya

Thursday, December 19, 2024

.: FAIRUS Buat Giveaway :.

Assalamualaikum

-tekan banner-

jom sapot lokal.. ehhhh... hihihi

untuk memeriahkan GA bro fairus, meh lah kita join GA yang beliau buat nie.
tapi, ada syaratnya.

1. Membuat posting bertajuk FAIRUS Buat Giveaway dengan memuatnaik gambar poster di atas dan membuat pautan ke entri ini; ✅

2. Tuliskan juga kenapa anda suka mengunjungi blog ini (biar jujur agar aku dapat mengerti kekuatan blog ini. Andai tak suka pun boleh tulis juga agar aku dapat memperbaiki kelemahan)semua blogger pun dah tau rasenya blog tuan tanah nie more ke sejarah, kalau tak silap linda, beliau bekerja di Muzium Melaka (maaf kalau salah ye)... yang linda tau jawatan yang fofular dekat Muzium tu  kurator (klasik je dengar nya). jadi banyak perkongsian mengenai sejarah, yang kadang-kadang kita tak tahu pun...bagus info macam nie..kipidap ya..hihihi

3. Tinggalkan pautan entri anda mengenai giveaway ini di ruangan komen; dan ✅

4. Follow blog ini. ✅

jadi, moh ler ramai2 memeriahkan GA nie.
mana tahu ada rezeki di hujung tahun nie.

till then, see ya



 

Wednesday, December 18, 2024

.: PEMENANG GA 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum...

hari nie 18hb, so aci dah la nak umum pemenang GA 13th Anniversarry by Linda kan??
hihihi

so, senarai peserta kita..
ada 13 orang calon nya...
tapiii... linda masukkan 12 nama je..

sebab 1 nama tu..
pemenang bertuah.
linda pilih tanpa perlu melalui undian..
sebab entry beliau betul-betul menusuk hati...terharu linda baca..
siap soalan tau...

soalan dia.. 4M tak nak adik ke??
meh linda jawab kat sini

abang Mu'az - dia siap nak sedekah adik-adik dia dekat orang yang nak
abang Mueez - dia neutral, ada ke takde, sama je
kak M - dia memang selalu je mintak adik, sebab nak adik pompuan, dia igt ibu dia boleh pilih jantina siap-siap kot
dedek - walaupun nampak macam dia ok, tapi dia tak bagi. alasan dia "nanti ibu dah tak sayang adik, asyik syg baby je"

so, menang kepada takde adik baru.. hahaha

Pemenang bertuah GA linda, jatuh kepada AMMI ðŸŽ‰ðŸŽ‰ tahniah

jadi , linda berbesar hati untuk memilih lagi 3 pemenang bertuah yang lain.

kak Suria Amanda 🎉🎉



tahniah kepada semua pemenang-pemenang
emel kan pada linda di alamat maslindamiswan@gmail.com butir-butir peribadi ye
tajuk emel - 13TH anniversary

disebabkan linda tokey kalendar...
so, linda nak bagi hadiah personalised kalendar untuk pemenang
jadi, kalau tak keberatan, masa hanta emel tu..
sertakan 15 keping gambar ya untuk di letakkan di kalendar masing-masing
(nak redeem hadiah sehingga 31.12.2024 ya)

terima kasih tak terhingga kepada yang lain..
ada rezeki linda buat GA lagi.
terima kasih juga untuk ucapan dan doa bloggers sekalian..
semoga yang baik2 je untuk kita semua..aamin

till then, see ya

Friday, December 13, 2024

.: GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY :.

Assalamualaikum

tanggal 17/12/2024 nanti cukup lah 13 tahun tempoh perkahwinan kami.
Alhamdulillah di kurniakan 4 orang anak sebagai penerus keturunan.
semoga keturunan kami menjadi mukmin yang sejati, berjaya dunia akhirat, Aamin

Semoga rmahtangga kami mendapat keberkatan daripada Allah,Aamin


so, di  kesempatan ini..
linda nak buat GiveAway lah..

tempoh GiveAway 7 hari je
11-17 disember 2024

simple rules -

1-buat entry (common kan?)
2-drop link dekat entry nie (senang nak BW balik)
3-meh folo Linda (sape yang belum folo)

tak fikir lagi nak pilih berapa orang yang bertuah.
nanti linda fikir ya..

till then, see ya


update senarai peserta

1- sis Roziah aka Cie

2- sis nieza

3- kak Sheila aka Ammi

4- kak Puan Hazel

5- syuhada

6- ejulz

7- kak MA

8-fairus

9- Nieyl

10- kak SA

11- tarmizi

12- CCL (kita kira juga lah walaupun kata dah tutup penyertaan, tapi masih 17.12)

13- SR