Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, July 18, 2026

.: THREADS :.

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ni, Linda suka plak menyinggah kat Threads.
Tapi, asyik la yang lalu lalang pasal "kacang hijau @ askar".
Tak tahu lah kenapa, Linda takde pula buat carian pasal tu.
Kita ada askar pencen, sebarang kegusaran tanya dia je.. hahaha.

Macam² persoalan yang diorang lontarkan.
Sampai Linda terfikir, kenapa benda tu tak bincang dengan askar tu sendiri, means partner diaorang lah.

Tapi, yang bawah ni.
Memang Linda nak share la.

Maybe orang ni, nak tanya sesiapa yang dalam situasi yang sama.

Linda pun, baca la yang orang² reply.
Ada satu je yang Linda terasa dan tergerak nak balas juga.

Ni haaa..
Salah satu reply nya.

Linda baca terus terasa dan gelak sorang².
Sebab nya, incikSuami ni memang mcm tu dari sebelum kahwin.
Lepas kahwin pun, masih sama je perangai nya.
Masa PJJ dan dia masih berkhidmat, kalau dia bz sangat, memang dia sidai je wasap Linda.. 😆😆
Ada sekali tu, 24jam hilang dari radar. Padahal ada je Keje kat kem tu.

Adoi, nasib la bini ni tak merentan.
Kalau tak, jenuh gaduh saja.

Masa kawan, Linda tak heran sangat.
Awal² kahwin, memang tak faham. Apa yang susah Beno kerja nya.
Sampai sibuk sangat.
Awal² tu merentan la juga.
Tapi tak lama pun, lepas tu. Dah biasa.
Jenis kalau dia dekat kem, tapi janji nak keluar bila dia balik, dan dia pun dah gtaw sekian² waktu dia balik.
Linda siapkan anak² je dulu.
Linda tak siap lagi.
Tunggu dia sampai rumah, baru Linda siap.
Sebab dia punya sekian waktu tu, tak boleh dipercayai.. hahaha.
Kadang² ayat dia "jap, 30min lagi sampai"
Tapi, ada yang 2jam lepas tu baru sampai.. hahaha.
Padahal rumah dengan kem tak sampai 20min pun.

Sebab malas nak sakit hati sendiri, kita layan je.
Tak payah try hard sangat, sebab sendiri yang tersakiti nanti.
Dapat pula suami tak berapa reti nak memujuk, lurus pula tu takde kona kona.
Jadi, begitulah kami. 😆😆

Sekian, pengalaman sendiri.

Till then, see ya.

 

Friday, July 17, 2026

.: RAHSIA BAHAGIA :.

Assalamualaikum.

meh nak sharing sikit.


tengok point 1-6 semua betul lah.

paling linda suka point no 1
jangan sibuk jadi hero - sebab sekali rang dah aim, memang hang jela hero nya. hahaha..cukup la limitkan kerja ikut kerja hakiki, selain tu bantu yang tidak berlebihan. bukan la kata suruh berkira, tapi kena buat kira-kira juga supaya orang tak terlebih kira dengan kita. nanti orang ingat dengan kita, semua kira jadi je, tu yang mula depe hempuk macam-macam dekat kita.. hihihi

point no 5 pun suka juga.
datang sharp, balik sharp.
eh hello, waktu kerja ko boleh merayap sana sini, lepas tu sibuk nak OT katanya kerja banyak tak siap. ala setakat kerani gred N1, bukannya semua kerja kita urgent, macam boleh hilang billlion-billion kalau tak buat haritu juga, lainla kalau ko jenis peram keje buat last minit. hahaha.

eh, maaf la terkasar bahasa.
tapi itulah realiti nya.
jadi pejam mata, pekak telinga jelah.
janji kerja part saya jalan.
bos tanya, boleh jawab.
bos nak data, boleh bagi.
tang kerja kita sendiri la.
takkan kerja orang sebelah pun saya kena tahu detail.

till then, see ya.

Thursday, July 16, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

jom kita throwback semula.

dedek dalam pantang lagi ni.
agak gelap sikit dedek masa baby.. hihihi.
yang cerah masa baby abang Mueez je.

alolo.. kak M, comel nya.
mata bulat.
masa kecik2 anak semua mata bulat2 dan shining.
mata baru orang kata, tak tengok lagi menda2 yang mencemarkan. hahaha
dah besar tak bulat pun lepas tu tak nampak dah shining2 nya.. kikiki

ye.. kak M sungguh bergaya ye.
dengan kasut tinggi dia, ambil gambar silang kaki.
mak dia, pakai selipar je.. hahaha

rindu anak-anak.
semoga yang baik2 je untuk anak-anak, semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, aamin.

till hen, see ya.

p/s - yeay, esok balik Tronoh.. apsal rindu rumah sangat ni 😁😁

Wednesday, July 15, 2026

.: TERJEBAK KEK SARANG SEMUT :.

Assalamualaikum.

hari isnin BW la sekejap.
baca entry sisLin beli kek sarang semut @ gula hangus.
eh, linda terjebak sama ye.
terus tekan link TT.
bayar, yeay dah sampai pagi tadi.

packaging elok.
sayang kotak ni, tapi ada nak guna..
memang kena carik la dia nanti.

bekas kek nya pun ada bubble wrap.
insyaAllah, selamat dari bekas pecah.

jom la potong, tengok isi dalam dia macam mana.

fuhh, menggoda tengok sarang nya.
kenyal sesedap rasa.
manis sesedap rasa.

time linda beli, dapat harga RM15.67 tak silap.

nie link linda ambil dari blog sisLin je
https://vt.tiktok.com/ZS9Mb4x8h3Usp-IjRPR/

gambar pun linda ambil dari blog sisLin je.

siapa lagi la yang terjebak nanti agaknya.
kikiki.
ni bukan pengaruh rakan sebaya, tapi pengaruh geng blogger.

till then, see ya.

Tuesday, July 14, 2026

.: PONDOK LEPAK :.

Assalamualaikum.

kan lepas abang Mu'az keluar asrama, dia ulanag alik ke sekolah dari rumah bapak je.
naik bas sebulan RM120.
Alhamdulillah, sekolah macam biasa.
tapi, ada juga terbabas sehari dua. sakit perut la, sakit kaki la. emmm.

dekat depan rumah bapak tu memang dah ada pondok, bapak upah orang tau.
siap bayar 3 ribu tak silap.
tapi, tak boleh duduk, setakat buat berteduh je.

jadi abang Mu'az cakap dengan embah, kakek nak tambah kayu.
boleh jadi tempat lepak-lepak.
jadi, takde la abang Mu'az pergi melepak rumah orang.
kawan-kawan dia je la datang rumah.

gotong royong buat tempat duduk dalam pondok.
kayu memang ada dekat belakang rumah, dari reban ayam yang bapak buka.
kayu nya memang bapak simpan je.
ada guna rupanya. hihihi

yang di tambah kayu belah dalam.
boleh jadi pangkin, buat duduk-duduk.
yang bapal upah orang tu, dia buat rangka je.
bumbung dengan kiri kanan.
bapak memang minta yang boleh duduk macam ni, tapi entah la kenapa lain yang dapat.

tambah pula langsir. hahaha.
selimut siapa ntah jadi mangsa.
siap ada bantal dalam tu.
gitar pun linda nampak ada juga terselit.

serba salah pula nak bawa pindah Tronoh tahun depan.
tapi, takde depan mata susah juga.
tak nak la susahkan mak bapak.
dan tak nak juga abang Mu'az makin jauh dengan kami.

ada lagi berapa tahun je zaman persekolahan ni.
lepas SPM, kalau ada rezeki sambung belajar lagi, mesti dah kena keluar dari rumah.

moga yang baik2 je untuk linda dan keluarga.
setiap pilihan yang dibuat tu terasa sukar.
sukar bila ada perkara yang kita tak jangka berlaku, mesti linda akan salahkan diri sendiri sebab buat pilihan macam tu.

doakan yang baik2 je yang berlaku, aamin.

till then, see ya.

Monday, July 13, 2026

.: STEPS TRACKING ON JUNE :.

Assalamualaikum.

nak masuk separuh bulan Julai, baru la rajin nak cerita pasal steps tracking bulan June.

untuk bulan June.
wah semangat ya.
dapat Gold Medal.

total steps untuk sebulan.
ada juga beberapa hari yang skip, tak dapat 10 ribu langkah.
tapi, kita tak paksa diri.
buat ikut kemampuan.

konon-konon nak claim TnG ni.
eh, fully redeem .. hahaha

kalau Zus ni, ada je selalu.
lagi pun boleh redeem sampai 100 kali.
tapi, tak beli pun. hahaha

antara e-medal yang berjaya di kumpul.
yang ni setakat screenshot 1 Julai hari tu la.

untuk hari ni, dah bertambah juga e-medalnya.
ada juga yang bagi e-sijil.
dah siap download sijil nya.

bulan Julai ni macam banyak hari tak dapat 10 ribu.
nanti kita tengok hujung bulan berapa dapat untuk Julai.

till then, see ya.

Sunday, July 12, 2026

.: DINE IN IKEA, MYTOWN :.

Assalamualaikum.

Semalam keluar dengan Izzah.
Making memories orang cakap.. hahaha.
Ke mana kita??

Tara,sampai ke Mytown. Selalu nampak blogger Nieza je up ke sini.
Akhirnya sampai juga Linda.
Tapi, bukan Ikea yang pernah pergi dengan incikSuami tahun lepas kot.
Ikea yang ni sekali dengan mall . Mytown tu la nama mall dia tak silap.
Naik MRT laluan Kajang, berhenti dekat station Cochrane. 
Jalan kaki sikit je, mcm nk masuk TRX tu.

Dua dua tak pernah makan dekat IKEA ni.
Jadi, moh la kita.
Semua tu RM65.50.
Meja banyak je, tak perlu risau.
Yang perlu risaukan, nak beratur beli makan.
Semalam sampai dalam pukul 11pagi, tu pun beratur dalam 30min tak silap.

Untuk Linda, kuah chicken cop tak kena tekak, ayam goreng tu takde lah rasa wow sangat, meatball sedap.
So, betul lah tu specialty nya meatball.
Isi wantan tu sedap.
Ada rezeki, boleh la bawa anak² nanti.

Setel makan, jalan² la IKEA tu.
Pusing², tak beli apa pun.
Keluar ke mall, nampak bOok excess, jom la masuk.

Untuk fotografi. Hihi.
Saja pakai baju hijau ni, sebab nak padankan dengan tudung yang Fanny bagi.
Sebab warna macam olive green, ni jelah baju yang ada untuk dipadankan.

Lagi gambar.

Eh, rajin pula nak edit kat Gemini.

Hiasan wall dekat book excess.
Rasanya dijual juga ni.
Besar juga book excess, siap ada kafe.
So, boleh la minum² sambil sembang² atau baca buku.

Musing la kami berdua dalam tu.
Sampai masa nak balik, eh tersesat² jalan nak balik ke station MRT. Hahaha.
Sebelum balik, beli juice Boost dulu.

Dah ambil, dah minum sepanjang jalan nak ke station MRT tu.
Dah sampai platform, baru tanya Izzah 

"Akak rase, kita mcm tertukar air, sebab akak baru cam ada rasa pisang" 

Bila Linda cakap, baru la dia iyekan. Hahaha.
Bertuah punya budak, dia dah perasan tak kabo.
Linda order tembikai+laici.
Dia order mango+banana tak silap.

Linda sedut air tu, otak nak ni tak proses.
Tapi, terasa mcm lain Beno rasa tembikai nya.
Linda first time beli air tu, jadi anggap memang cmtulah kot rasanya. Hahaha.
Rupanya. Betul tertukar air.
Nampak sangat lah memasang dahaga, janji dapat air.

Memang ke mytown semata mata nak merasa makan dekat IkEA je..  🤭🤭
Kalau sempat, kita p dating dekat Pasar Seni pula ye nanti.

Till then, see ya.

Saturday, July 11, 2026

.: BAGAN DATOK - MASJID TERAPUNG :.

Assalamualaikum.

Nak masuk penghujung dah cerita Sekinchan ni.
Lepas borong kerepek tu, terus je tuju Bagan Datuk, niat nak singgah solat dekat Masjid Tuminah Hamidi. 


Linda pernah la juga ke Dataran Bagan Datuk tu, tapi tak singgah la ke Masjid. Tak pernah pergi pun masjid nya.
Tengok je lah.
Jadi, ni pun kali pertama Linda ke situ.

Meh la tengok gambar apa je yang ada.

Bahagian kubah belah dalam.
Linda snap dari kawasan solat perempuan.

Ni bahagian luar kawasan solat perempuan.
Tapi, rasa nya digunakan untuk ruang solat juga.
Ada pembahagi pintu, jadi kalau ada anak² kecil, boleh la duduk sini.
Tak mengganggu la ruang solat.
Karpet tebal ni.

Ni dekat salah satu ruangan dekat bahagian luar.
Lawa sungguh la design dia.
Ayat Al-Quran dekat corak atas tu, cuma Linda tak ingat ayat apa.
Tapi. Memang yang common je lah.

Wefie dengan incikSuami.
Ada ruang tengah yang terbuka. 
Kalau masjid buat event, letak khemah dekat sini pun, muat 10 khemah rasanya.

Ada dewan juga rasanya.
Sebab masa Linda pergi ni, ada katering dan macam ada majlis kahwin buat dekat dewan tu.
Mungkin luas juga la ruangan dewan tu.

Minta adik ipaq snapkan gambar.
Kalau tengok gambar masjid dekat belakang tu.
Tempat yang Linda solat, kalau tak silap dekat kubah yang besar sikit tu.
Yang sebelah kiri.

Alhamdulillah, selesai dekat sini.
Kami teruskan perjalanan balik Taiping, potong terus dekat Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Jambatan yang merentasi Sungai Perak.
Dari Bagan Datuk terus sampai ke kawasan Sejagop.

Kalau dari Pasir Salak atau Manjung nak ke Bagan Datuk, dah tak payah pusing jauh.
Ada jambatan ni, memang jimat masa sejam juga lah.

Kalau sampai Perak, boleh la cuba jambatan baru ni.
Sekarang ni Linda tunggu satu lagi jambatan siap.
Yang menghubungkan Sg Air Tawar, Selangor ke Hutan Melintang, Perak.
Saja nak tengok tembus mana ke mana.
Banyak perubahan berlaku dari Linda kecil sampai ke besar ni.

Till then, see ya. 
 

Friday, July 10, 2026

.: HUKUM MENCABUT RUMPUT DI ATAS KUBUR :.

Assalamualaikum.

CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

SOALAN :

Apakah hukumnya mencabut rumput di atas kubur?

JAWAPAN :

Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.

Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada di keliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.

Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.

PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam di atas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi sollallahu alaihi wasallam.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Artinya : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ar-Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Artinya : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah As-Syarwani ‘ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Artinya : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Artinya : “Dan tidak harus bagi selainnya yakni selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Al-Mahmudiyyah)

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa di dalamnya.

Semoga bermanfaat pada kita semua..aamin.

Till then, see ya.

Thursday, July 9, 2026

.: THROWBACK THURSDAY :.

Assalamualaikum.

Dah hari Khamis.
Cepat je rasanya, macam baru je jumpa Isnin semalam.

Macam biasa lah, jom tengok FB punya throwback.

Weyh, zaman kekurusan dan kemudaan incikSuami ni.
Nanti nak share gambar ni kat dia, baju tu pun tak nampak dah.. hahaha.
Abang Mueez masa kecik, putih lepak weyh.
Tu yang kami panggil dia Cina Bukit. Hahaha.

Buat bunga telur untuk adik time ni haa.
Saya kan seorang kakak yang baik.. hahaha.
Dulu penat sikit, buat bunga stokin ni.
Sakit² tangan kena dawai tu.
Sebab tu harga dia mahey.


Masa ni kena tinggal dengan incikSuami.
Dia p operasi dekat Sabah.
Puasa dan raya dia dekat Sabah.
Kitaorang ditinggal 5 beranak.. 🥹🥹
Bukan kata orang je asyik tanya macam mana Linda hadapi hidup dengan anak kecik² masa tu.
Linda sendiri pun tak tau macam mana boleh ada kudrat melayan 4 orang masa tu.
Abang Mu'az yang sulung tu pun baru darjah 1.
Dedek almost setahun. Hahaha.

Tapi, sesungguhnya. Allah permudahkan, pengasuh anak baik, bertolak ansur.
Anak² diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah,linda pun masih diberi kewarasan akal fikiran..
Proud of myself.

Jadi, kesimpulannya. Apa pun yang terjadi, sila la puji diri sendiri dulu.sebab takde orang lain yang akan memuji kita..hihi.

Till then, see ya.

.: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai – Disember 2026) :.

Assalamualaikum.

pencarian bloglist cie
tekan je gambar, terus pergi entry Cie.

jom la kita support local.. ehhhh...
saja nak memeriahkan event.
terpilih ke tak, tak kisah pun.

cara penyertaan macam biasa :
1- buat entry tajuk ni
2-letak banner dan buat backlink
3-jangan lupa letak link entry kita dekat bahagian komen entry  Cie.

tempoh penyertaan:
sampai 12 Julai je tau.

tak banyak masa dah.
risau terlupa je.

till then, see ya.

 

Wednesday, July 8, 2026

.: URAT SIMPUL :.

Assalamualaikum.

Urat simpul
Sama lah kan dengan simpul biawak @ simpul mengkarung.??
Yang selalu kena time pegnen tu.

URAT SIMPUL BUKAN SEKADAR MASALAH RUPA KAKI

Perasan tak ada orang yang kakinya nampak urat timbul, berbelit dan bersimpul?

Kadang-kadang nampak jelas di betis. Ada yang kebiruan. Ada yang timbul seperti tali kecil di bawah kulit.

Ini dipanggil varicose veins atau dalam Bahasa Melayu, urat simpul.

Urat simpul berlaku apabila injap kecil dalam urat kaki menjadi lemah atau rosak.

Dalam keadaan normal, darah dari kaki perlu mengalir naik semula ke jantung. Injap dalam urat membantu menghalang darah daripada turun semula ke bawah.

Tetapi apabila injap ini lemah, darah boleh berkumpul di bahagian kaki. Tekanan dalam urat meningkat. Lama-kelamaan, urat menjadi bengkak, membesar, berbelit dan timbul di permukaan kulit.

Sebab itu urat simpul lebih kerap berlaku di kaki, terutama bahagian betis.

Antara faktor risiko ialah selalu berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, kurang bergerak, berat badan berlebihan, kehamilan, umur meningkat dan sejarah keluarga yang ada masalah sama.

Pada peringkat awal, urat simpul mungkin nampak seperti masalah kosmetik sahaja.

Tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan kaki rasa berat, lenguh, sakit, mudah bengkak, panas, berdenyut, gatal, kejang waktu malam dan cepat letih bila berdiri lama.

Jika dibiarkan, kulit di sekitar buku lali boleh menjadi kering, gelap, keras atau gatal. Dalam kes tertentu, luka boleh terbentuk dan lambat sembuh. Ini dipanggil venous ulcer.

Ada juga keadaan di mana urat simpul boleh berdarah jika kulit di atasnya menjadi terlalu nipis atau tercedera.

Cara mengurangkan risiko:

✅ Banyakkan berjalan.

✅ Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama tanpa bergerak.

✅ Gerakkan pergelangan kaki jika kerja banyak duduk.

✅ Tinggikan kaki ketika berehat.

✅ Kawal berat badan.

✅ Amalkan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal atau calf raise.

✅ Gunakan compression stocking jika disarankan oleh doktor.

Dapatkan pemeriksaan jika urat simpul semakin sakit, kaki semakin bengkak, kulit berubah warna, ada luka yang lambat sembuh, urat berdarah, atau sebelah kaki tiba-tiba bengkak, merah, panas dan sakit.

Urat simpul bukan sekadar isu cantik atau tidak cantik.

Ia boleh menjadi tanda aliran darah di kaki tidak berjalan dengan baik.

Jaga kaki sebelum ia menjadi lebih berat untuk dirawat.

#PublicHealthMalaysia #UratSimpul #VaricoseVeins

.: WORDLESS WEDNESDAY 17/26 :.

Assalamualaikum.


Gambar dengan anak dara.
Google photo yang pilihkan.

Sekejap je dah besar.

Tengok rambut tu kembang je masa kecik² tu.

Till then, see ya.

Tuesday, July 7, 2026

.: KENDURI - BIZMILLA WEDDING CENTRE :.

Assalamualaikum.

Sabtu, 04.06.2026 - ikut mak pergi kenduri sepupu mak di 
Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya.


Dari rumah kampung pukul 10 pagi mcm tu la.
Lepas tu, tak tau lah kenapa Linda buka Google maps, udah dia bawa lalu highway, jem pula tu. Hahaha.
Kalau tengok waze malam tu, jalan biasa yang kak mas selalu lalu pergi rumah Esah dekat Shah Alam je.
3jam juga, sampai la kami ke tempat kenduri.

Ambik gambar dulu.
Mak, Ammar, kak mas.

Masuk, makan² dulu.
Selalu kenduri dekat kampung² je.
Ni masuk event hall yang mewah. Adui, rasa kaku plak . Hahaha.
Nampak semua macam sopan² je.

Sepupu mak ni, Linda tak berapa cam sangat.
Jarang jumpa kot, tapi arwah mak nya(pangkat atok nenek Linda la). Yang tu, memang Linda kenal pun.

Bersama tuan rumah.
Yang bersongkok tu bapak pengantin, sepupu mak.
Yang lelaki 3 orang tu, adik beradik.
Yang Linda kenal hujung sekali berbaju batik(cikLimi), sebab memang dia tinggal dengan arwah embah dulu.
Jadi, kalau ke rumah arwah embah, memang ada la cikLimi tu.

Free pose 

Akhirnya, pakai juga baju dari kain pasang yang kak Notie bagi tu.
Buat baju kurung moden biasa je.

One with emak, forever love.

Yang baju Merah tu, sepupu Linda (kak Yah).
Tapi, dah sebaya² mak Linda je..hihi.
Beza berapa tahun je, yelah mak Linda anak bongsu.

Ada juga jumpa saudara mara yang lain, tapi tula.
Tidak la pula kita bergambar.
Segan la Linda, yang gambar ramai² tu sebab dekat luar pintu dewan.
Konon² nak ambik gambar mak dengan sepupu² nya.
Sekali, dengan kita² terjebak dalam gambar.
Ok lah tu, ada la modal nak letak dalam blog.

Till then, see ya.

.: CHEOT SARANG :.

Assalamualaikum


(cheot, first) +‎ 사랑 (sarang, love)


kemain tajuk hari ni.
apa kaitan nya.

ada ke istilah cheot sarang ni dalam diri masing2?
entahlah.
linda tak pasti lah, tapi memang terkesan sampai sekarang.

ya Allah, ni kira dah berdosa la dengan suami kan? aigoo
tak, linda tak fikir pun.
cuma otak tak synchronize dengan hati yang tanpa sedar tu kot.

dalam hati pun takde dah perasaan apa-apa.
cuma kesan dia tu ada.

betul la orang cakap.
"luka boleh sembuh, tapi parut itu kekal"

bila terrhadir tanpa sengaja.
susah nak usir dia pergi jauh2.

semoga Allah ampunkan dosa-dosa linda, aamin.

till then, see ya.

Monday, July 6, 2026

.: SEKINCHAN - COLEK D'SAWAH :.

Assalamualaikum.

tak habis lagi cerita pasal sekinchan ni.
selesai ronda Muzium Padi, sedang elok la dah tengah hari.
tapi tak jadi pergi Laman Tebu Aidil.


kami pergi Colek D'Sawah.


ni la tempatnya.
ramai juga orang, agaknya memang elok waktu makan tengah hari.

ni yang linda order.
set nasi pun ada, goreng2 pun ada.

ramai orang dan agak panas tengah hari tu.
jadi takdelah ambil gambar sekeliling.
tempat dia open je..
ada khemah besar dan tempat2 duduk.

ada juga meja batu bulat, dengan payung kecik.
ada la kipas angin besar, tapi kalau duduk tengah2 khemah tu, bahang juga rasanya.
kalau duduk bahagian luar sikit ada la angin semula jadi juga, cuma kena panas tu, ikut nasib lah.

nie colek linda order.
cicah dengan sos Life je rasanya.
macam-macam ada dalam tu, serba sikit lah.

pergh, menarik betul teh ais buih dia.
tak manis sangat, sedang2 elok.
so, memang puas hati lah.

bila-bila nak ajak family linda pula la repeat sini.
tapi, tula, nak masuk dalam2 tu yang malas. hahaha.
area Sg Besar ni, tak jauh pun dari rumah.
memang banyak dah orang buat kedai2 makan mcm ni, kedai2 kopi.
tapi, tula nak kena masuk jalan dalam tu malas.
masuk laluan parit2 tu. 

otw balik tu, singgah la kedai kerepek dulu.
linda pun tak pernah singgah, sekadar lalu je. hahaha.
borong la selagi muat bonet kete.

lepas ni, ada satu lagi tempat yang kitaorang singgah.
alang-alang lalu belah sini kan.
nanti linda up entry yang tu pula.

till then, see ya.