Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, dan pengorbanan menghendaki ketabahan hati!!
Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts
Sunday, July 18, 2010
MANNERS
"Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind."
LOVE
"You will not enter paradise until you have faith; and you will not complete your faith till you love one another."
Friday, July 2, 2010
La Tahzan - "Bersama Kesusahan Ada Kesenangan"
Salam Ukhwah di persada maya ini.. Semoga di naungi Rahmat dan Kasih Sayang dari Allah SWT buat penghuni alam. Semoga di hari Jumaat yang mulia ini kita di beri kekuatan dan kemudahan untuk menyelusuri hari-hari seterusnya selagi nafas masih berdenyut dengan sinaran Iman dan Taqwa mendakap jiwa ketenangan.
Pelbagai rencah kehidupan kita lalui samada suka dan duka.. Iman dan Amal sebagai perisai benteng ketabahan diri memberi kekuatan jiwa seseorang dengan bantuan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW penyuluh umatnya.. Marilah kita sama-sama menafaatkan sebahagian dari terjemahan dalam ilham karya Dr. Aidh Al-Qarni dalam kitabnya "La Tahzan" agar menjadi penawar wajah-wajah duka.. kembali tersenyum.
Setiap kesedihan itu tentu ada penawar untuk senyuman... Zikir adalah pengubat hati yang gundah... Janganlah kau bersedih sayang.... (Buat pengubat hatiku).
Bersama Kesulitan Ada Kemudahan
Wahai manusia, setelah lapar ada kenyang,
setelah haus ada kepuasan,
setelah berjaga ada tidur yang lena, dan setelah sakit ada kesembuhan.
Setiap yang hilang pasti di temui, dalam kesesatan akan datang petunjuk,
dalam kesulitan ada kemudahan, dan setiap kegelapan akan terang benderang.
"Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya." (Qur'an Surah Al-Maidah 5: 52)
Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa sang fajar pasti datang,
.....mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah.
Khabarkan juga kepada orang yang di landa kesusahan,
bahwa pertolongan akan datang secepat kepantasan cahaya dan kedipan mata.
Khabarkan juga kepada orang yang di tindas bahwa kelembutan,
..dan dakapan hangat akan segera tiba.
Saat anda melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas,
ketahuilah bahwa di balik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan.
Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang,
ketahuilah bahwa, tali itu akan segera putus.
Setiap tangisan akan berujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman
dan kegelisahan akan sirna oleh kedamaian.
Mereka yang terpaku pada waktu yang terbatas
dan pada situasi yang (mungkin) sangat kelam
umumnya hanya akan merasa kesusahan, kesengsaraan,
dan keputusan dalam hidup mereka.
Itu karena mereka hanya menatap dinding-dinding kamar dan pintu-pintu rumah mereka.
Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir,
dan berfikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.
Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sejengkal pun,
kerana setiap keadaan pasti berubah.
Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar.
walaupun, hari demi hari akan terus bergilir..,
tahun demi tahun akan selalu berganti...,
malam demi malam pun datang silih berganti.
Meski demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi,
dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya.
Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua.
"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk menguji aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia" Qur'an 27:40)
"Ketika menerima sesuatu yang buruk, ingatlah saat-saat ketika kita menerima yang baik".
Link:
BERMOHON HARAP HANYA PADA ALLAH SWT ~ "SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN"~
Tuesday, June 22, 2010
Kasih
Zaman anak-anak amatlah indah...
di belai di manja di sayang di kasihi..
anak-anak adalah anugerah..
bersyukur atas kurniaan Illahi..
Tawa dan tangis menjadi lumrah,
ujian dan dugaan harus di tempuhi..
walaupun kita nampaknya tabah..
dalam hati hanya Allah yang lebih mengetahui..
Andai hati resah gelisah
Allah tempat kita berserah
meluah segala yang tersirat
semoga dikuatkan semangat dan kudrat.
Ilmu dan amal harus selari
sebagai bekalan di kemudian hari
nasihat ibu bapa harus di ikuti
Al-Quran dan Sunnah penyejuk hati.
Jadikan taqwa sebagai jalan
dalam hidup sepanjang zaman
taat dan patuh pada pimpinan
selama Al-Quran dan Sunnah jadi pegangan.
Alam indah suasana
terapi minda mencari damai
menghirup udara nyaman alam buana
panjatkan syukur, sujud dan patuh pada Illahi.
Tuesday, June 15, 2010
Cuti-cuti
Salam sejahtera.
Selamat bercuti buat anak-anak semua... Bagi yang sedang menghabiskan cuti dengan melancong bersama keluarga semoga percutian ini meninggalkan kenangan manis yang membahagiakan, akan bertambah erat lagi kemesraan dan ikatan kekeluargaan.
Seminggu lebih sudah suasana rumah ni riuh rendah kerana anak-anak telah berkumpul kembali.. pelbagai ragam dan karenah yang tercetus.. setiap seorang mempunyai karekter berbeza...Jangan nak manja-manja sangat duhai anak-anakku... belajar buat kerja rumah pulak... Kebetulan pula 2 komputer dah masuk 'klinik' jadi satu je yang masih berjasa dalam masa cuti sekolah ni... Sabor la ya menunggu giliran.. tak de la memasing memaku jer kat depan skrin tu.. pelbagai kerja sebenarnya boleh di lakukan jika bijak merancang sesuatu.
Masa terluang ni lah pelbagai benda boleh di buat.. Menghafal do'a ke? Menghafal surah-surah Lazim yang pendek (الملك - الرحمن - السجدة - الإنسان - الواقعة) dan panjang (مريم - طه - يس - الكهف ) ke? Memasak ke? Bersihkan laman ke... Buku-buku dalam almari tu pun banyak boleh di baca.. pilih je yang mana satu... Takde sebab nak merungut boring eyh!! Ish..ish.. mulalah Ummi membebel rimas dan risau kalau anak-anak buang masa begitu sahaja dan tak reti buat kerja-kerja rumah ni.
STUDY - satu lagi arahan yang sering bermain di bibir ibu dan bapa bila melihat anak leka bermain atau asyik menonton tv atau dok mengadap komputer.... jawapan dari anak-anak pula .... "nantilah... cutikan untuk berehat, nak hepi hepi....." satu lagi excuse..
HOMEWORK dah siap? PERINGATAN: Baik gi check sebelum buka sekolah nanti..
Jangan MALAS!!!!!!
Cuti sekolah ni tak pergi berjalan ke? Satu lagi soalan yang sering di utarakan oleh anak-anak bila cuti sekolah..
Sebab dah menjadi kebiasaan sebelum ni setiap cuti panjang akan ada sahaja rancangan percutian dengan melancong tapi sejak 2 orang dari anak telah sambung belajar di luar daerah jadi dah kerap menghantar dan mengambil mereka walaupun tiada cuti panjang.. cukuplah tu anak-anak... dah puas juga berjalan kann.. Di lain masa la pula ya..
Lagipun Atok tak berapa sihat, pemerhatian dan tumpuan perlu di ambil berat terhadap kesihatan Atok. Sering-seringlah temankan Atok semasa cuti ni.. terhiburlah juga Atok melihat cucu-cucu berada di samping.
Manafaatkanlah percutian ini dengan sebaik mungkin.. *Masa itu emas*.. harga yang tak ternilai dan tidak boleh di jual beli... Hargailah masa supaya tidak menyesal di kemudian hari..
Hasil percubaan membuat cheese cake yang dilakukan oleh anakku Hana (anak ke 3)
Syima (anak ke 4) dengan sukarelanya mencuci kereta dan motosikal...
Cuci bersih-bersih ya Syima... :)
di rumah sewa di Sabak Bernam..
Menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di tepian pantai (21 Km dari rumah)
SUNSET
Puji-pujian dengan nama Allah, panorama senja yang sungguh mengasyikan..."Maha Suci Allah"
SELAMAT BERCUTI!!!!!
Sunday, March 21, 2010
Utara dan Selatan
Hari ni Ahad, Nabilah akan kembali ke teratak sewanya di Sabak Bernam (arah utara) selepas seminggu bercuti manakala 'Ain pulang ke Melaka (arah selatan).. Rumah kembali sunyi tanpa suara-suara mereka.. Che' Abang, Ummi, Nabilah dan Muhammad Firdaus menghantar 'Ain di Klang Sentral yang jaraknya hanya lebih kurang 1 km dari rumah. Sesampai sahaja di stesen bas jam 1.55 p.m. 'Ain terus menuju ke platform bas Transnasional untuk destinasi ke Alor Gajah, Melaka berjadual jam 2.00p.m.
Setelah bersalaman dengan ahli keluarga 'Ain menaiki bas, dia adalah penumpang terakhir menaiki bas tersebut. Bas bergerak memulakan perjalanan tepat jam 2.00p.m. 'Ain selamat tiba ke destinasi jam 4.30p.m. Alhamdulillah.
Ini lah gambar kandid yang sempat di rakam dalam bangunan
Klang Sentral ..
errr... segannya leka mengambil gambar tak perasan sudah menghalang laluan..
sebenarnya saya ni penyegan orangnya untuk merakam gambar di tempat awam..
tapi buat-buat tak tau jer.. dapat dua tiga snap cukuplah.. untuk kenangan.
Setelah menghantar 'Ain di stesen bas kini giliran Nabilah pula. Jam 5.00 p.m Che' Abang dan Ummi menghantar Nabilah ke Sabak Bernam bersama dengan Norehan (sepupu Ummi) dan rakannya, Rozana yang sama-sama menuntut di PSIS.
Kenangan bersama Abah dan Emak waktu
menghantar Nabilah di asrama PSIS 2 tahun yang lalu
Tepat jam 7.00p.m tiba di perkarangan kompleks asrama untuk menurunkan Norehan bersama dengan rakannya manakala Nabilah ke rumah sewanya tak jauh dari PSIS.menghantar Nabilah di asrama PSIS 2 tahun yang lalu
Sebelum menghantar Nabilah kami makan malam dulu di warung terdekat dan selepas Che' Abang selesai solat Maghrib barulah menuju ke rumah sewa dimana Nabilah tinggal bersama 7 orang rakannya.
Foto ni koleksi bulan Februari sewaktu 'Ain sedang bercuti..
dapatlah dia meluangkan masa menghantar ketika itu.
Di sebabkan kedudukan PSIS yang jauh dari bandar dan tiada kemudahan pengangkutan kami mengambil berat untuk menghantar sehingga ke muka pintu tempat penginapan mereka. Tetapi untuk pulang ke rumah mereka tiada masalah kerana terdapat kereta sewa untuk ke stesen bas di Pekan Sungai Besar atau Bandar Sabak Bernam. Keselamatan mereka yang kami utamakan.
Manakala 'Ain tiada masalah pengangkutan untuk ke hostelnya kerana banyak kenderaan awam mudah di dapati di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)





