Showing posts with label PERSONAL. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL. Show all posts


"Never do anything half way"

Cari keyakinan berbeza dengan dapat keyakinan. Bagi Myraa, bila kita dah dapat keyakinan, dinding setinggi langit pun pasti boleh kita boleh pecahkan. Tapi proses untuk pecahkan tu ambil masa, tenaga dan usaha yang berterusan tanpa henti sebab kena cari keyakinan nak pecahkan tu dulu. 

Persoalannya, kat mana nak cari?

Dah lebih sebulan rasanya Myraa cuba venture kepada pengalaman baru. Pada mulanya, memang rasa takut sangat. Cabaran baru. Kehidupan baru. Tekanan baru (ofkos). Tapi Myra fikir, selama ni jatuh bangun tanggung sendiri. Apa bezanya kali ni? Entah kenapa tiba-tiba muncul satu kata-kata daripada Albert Einstein yang terngiang-ngiang di minda Myraa. 

Entahlah, Albert. Tetiba je teringat.

"Hanya orang bodoh yang menggunakan cara sama tapi mengharapkan hasil berbeza."

Fuhh.. Albert ni selain pandai maths, pandai berfalsafah jugak. 

Kata-kata ni yang beri tamparan keras kat Myraa sehingga Myraa berani untuk melangkah dengan kekuatan yang berbeza. Myraa percaya yang usaha tidak akan mengkhianati hasil, because i've been there done that. 

Tapi punya lah seronok 'kehidupan' ni, walaupun kita pernah rasa jatuh, dan kemudian kita bangun, dan lepas tu kita jatuh semula, belum tentu kekuatan bangun kita sama seperti kita bangun yang pertama dulu. Sebab kali ni bangun bukan dari 0, tapi bangun bersama pengalaman. The trauma is there. The pressure is there. The vision still there. 

Kalau nak diikutkan, segala nenek moyang marketing dah cuba buat tapi hasilnya situ-situ jugak. Pergi kelas sampai level tertinggi, jumpa sifu-sifu berpangkat PhD, kita masih dekat situ jugak. 

Ayat "Belum rezeki ni..." yang selalu muncul untuk sedapkan hati. 

Kembali semula kepada perjalanan venture Myraa tadi...

Selepas menimbangtara segala kemungkinan dan keuntungan yang akan berlaku, dari gerak kerja yang bertambah banyak, tiba-tiba je sel otak berhubung dengan sangat pesat. Menjadikan Myraa sekarang sangat tak cukup rehat. Seolah-olah, selama bertahun tahun sebelum ni, takde buat apa apa. Hahaha.

Berbeza sangat. Sampai kadang persoalkan diri semula. 

"Apa aku buat selama ni?"

Tapi sebenarnya itulah prosesnya. Itulah proses pembelajarannya. Manis-manis je yang kita selalu nampak. Pahitnya berselindung disebalik senyuman. 

Tipu lah kalau kata tak sedih. Sangat sedih. Kita dah lalui semua proses ni, kenapa sekarang kena lalui semula? Banyak persoalan yang jadi tanda tanya Myraa. Rasa tak adil. Tapi ini yang perlu dilalui. 

Setelah sekian lama, baru Myraa sedar. 

Teknik tak pernah berubah, tapi orang yang menggerakkan tu yang berubah. 

Mindset berubah, gerak kerja berubah, strategy berubah, keyakinan berubah, kepercayaan pada diri berubah. Dan itu, Myraa tak belajar 3 tahun yang lalu. 

Cukuplah fasa bermain-main, Myraa. 

Jadikan langkah kali ini, permulaan kebangkitan semangat baru. Lebih FOKUS. Lebih SERIOUS. Lebih BERANI. Lebih BANYAK SALES.

Myraa terfikir juga, dah bertahun-tahun kot buat, takkan nak back to square. Sampai mentor Myraa kata, "laju-laju nak pergi mana?"

Makan dalam beb.

Now, here we are, back to square.... again.

And It's okay. 

BACK TO SQUARE....

by on October 08, 2021
"Never do anything half way" Cari keyakinan berbeza dengan dapat keyakinan. Bagi Myraa, bila kita dah dapat keyakinan, dinding set...

 




Gue: Nak ambil gambar dekat tempat ambil vaksin jugak!



Also gue: Vaksin ni sakit tak, nurse?









Biarlah orang kata nak vaksin sebab nak join the trend, atau setakat nak ambil gambar dekat PPV je, asalkan kita dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia agar tidak menyusahkan orang lain. Especially bila antivaksin keluarkan segala hujah-hujah, dengan pelbagai isu sebagainya. Kita ni bukanlah budak medical, tapi tengok ramai (read: my sister) takde masalah, so kita pun jadi lebih yakin nak pergi vaksin. Dengan variant baru yang semakin hari, makin mengancam kan. Manusiakan saling memberi manfaat, bukan memudaratkan.  Jujurlah, siapa je tak rasa takut atau being skeptical on the first place tentang vaksin ni. Tapi takpayah ambil pusing sangatlah kalau untuk kebaikan. InshaAllah, Allah bantu jugak. Niatkan je lillahitaala, semua ni untuk kebaikan bersama. Cuba pilih, takut sebab vaksin atau takut sebab covid? 






1st Dose : 6 Jam selepas vaksin memang agak penat, rasa sangat lemah. Bahagian yang kena suntik tu memang sakit gila, nak angkat tangan pun tak boleh. Masak lagi lah tak boleh. Nasib baik boleh beli makanan guna Foodpanda. Nak bergerak rasa sakit-sakit, tapi biasalah sakit sebab vaksin. Dua tiga hari lepastu dah okay dah. Tapi syok jugak terbaring, minta tolong orang rumah, boleh manja-manja sikit. Nasib baik adik-adik semua jenis memahami. So gue boleh rest sambil layan Netflix atas katil! Weee~


Jangan tanya kenapa pilih warna kuning masa pergi vaksin, later i will let you guys know. 
Tapi rasanya yellow suits me kan? Okay lah, tunggu next update untuk the 2nd dose tau. 
Better buat new post ke atau sambung je dekat sini? Hm...

I AM VACCINATED! #FirstDose

by on August 24, 2021
  Gue : Nak ambil gambar dekat tempat ambil vaksin jugak! Also gue: Vaksin ni sakit tak, nurse? Biarlah orang kata nak vaksin sebab nak joi...

 


Haiii student MARAA! Dah ready nak bayar balik pinjaman MARA? Actually berdasarkan my previous post tentang bayaran balik MARA, ramai sangat yang tanya macam mana nak guna MARAEps ni? Tanpa segala ayat berbunga-bunga, mari kita straight to the point!

#1 DOWNLOAD APPS MARAEPS DI APPLE APPSTORE 

Saya tak pasti dekat Google Play Store ada ke tak. Tapi disebabkan saya guna iPhone, jadi saya share menggunakan Apple App Store ya. Rasanya ada juga di Google Play Store, korang cuba godek godek. Tapi pastikan download dahulu. Bentuk apps macam ni tau (rujuk gambar dibawah)


#2 LOG IN ATAU DAFTAR BARU

Untuk yang pertama kali baru nak menggunakan MARAEps, boleh terus daftar baru. Kemudian kalau nanti nanti nak gunakan perkhidmatan MARA, boleh terus log in seperti biasa. Bestnya lagi, dalam apps ni korang bukan hanya boleh buat bayaran tetapi boleh juga untuk set auto debit, buat bayaran untuk segala kursus yang dianjurkan oleh MARA, boleh update akaun anda dan macam macam lagi berkenaan MARA disini. Serius senang!


#3 PILIH AKAUN SAYA

Kalau korang nak mula membayar pinjaman balik pelajaran MARA, tekan bahagian akaun anda tu. Kalau korang nak bayar untuk program MARA yang korang nak join, tekan Program Usahawan.

#4 BUAT BAYARAN SECARA ONLINE

Korang pilih akaun mana yang nak dibayar. Memandangkan saya hanya ada akaun pembiayaan pelajaran sahaja, so saya pilih pada akaun tersebut lah. Kalau korang nak buat direct debit, boleh tekan disitu. Tetapi jika tidak, tekan buat bayaran.


#5 BUAT BAYARAN SECARA ONLINE MENGIKUT BERAPA NILAI YANG ANDA PERLU BAYAR

Kalau korang confuse berapa nilai yang sepatutnya korang bayar, korang boleh check pada website E-Baki atau check email korang. Korang boleh tengok berapa tunggakan korang dan baki hutang yang perlu dijelaskan. Kalau guna personal bank, tekan je retail banking.



#6 PEMBAYARAN AKAN DIBUAT SECARA ONLINE, RESIT AKAN TERUS DI BERIKAN



#7 KORANG BOLEH CHECK SEMULA TRANSAKSI KORANG




Semudah itu gais. Korang go through je dulu cara nak download MARA Eps ni. Awal-awal memang susah sikit nak faham tapi lama-lama, sebenarnya sangat senang! So, jadilah peminjam yang bertanggungjawab ok! 

 


Assalamualaikum and Hi,

Rasanya entry kali ni lebih spesifik kepada korang yang sedang buntu atau pun perlu kepastian macam mana cara untuk membuat pengurangan bayaran pinjaman pendidikan MARA lebih-lebih lagi pada era pendemik covid-19 ni. 

Pening kepala juga kalau ada yang tanya, "macam mana nak buat pengurangan bayaran MARA macam kau buat tu?" So far dah ramai yang tanya, tapi tulah, suruh pm tepi tak nak. Bukan tak nak share tapi explaination memang panjang. 

Untuk makluman korang, sekarang MARA dah tak guna sistem hantar surat tau. Mereka terus hantar ke email je. So korang kena sentiasa alert dengan email. Kalau korang punya tunggakan dah melebihi 12 bulan, pastikan terus follow-up untuk tahu akaun semasa kita masih aktif atau dah disenaraihitam a.k.a blacklist! 

Ni nak bagitau sikit ni, semua sistem untuk buat pengurangan MARA perlu dijalankan secara ONLINE, jadi pastikan buka laptop dan internet mesti laju. Supaya takde la stress kalau tersangkut setengah jalan. Ohh kalau korang baca entry ni, selepas convo, congratulations tauuuu! Dan tahniah juga sebab ada kesedaran awal. ihiks. Anda memang bertanggungjawab! Kih! 

Myra lepas convo takde terus settelkan, ambil masa juga nak settlekan. Berbulan-bulan juga tunggakan tu sangkut. SO kalini Myra ajar sekali juga acano nak settlekan pengurangan bayaran bagi yang tertunggak. 

#1 CHECK E-BAKI TERLEBIH DAHULU

Pertama sekali yang Myraa buat adalah, check E-Baki dahulu untuk tengok berapa jumlah tertunggak bayaran. Seperti biasa kita login menggunakan nombor kad pengenalan dan katalaluan yang kita pernah daftarkan masa mula-mula daftar dahulu.


#2 SELESAIKAN TUNGGAKAN JIKA ADA

Kalau korang ada tunggakan, korang kena selesaikan dahulu baru boleh buat pengurangan. Contoh, ada tunggakan 10 bulan (sebulan RM100 = RM 1,000) so korang kena selesaikan RM1000 dahulu baru boleh buat pengurangan. Nanti penat isi borang, last-last tak layak sebab ada tunggakan. Baki tunggakan boleh tengok pada E-Baki. Pembayaran tunggakan boleh dibuat melalui apps MARAEps. Lagi senang. Database dah ada dalam tu. Bayar je melalui Apps tu, lagi cepat berbanding bayar melalui kaunter (macam dulu-dulu)






#3 BUAT BAYARAN KOMITMEN CONVERSION

Selepas dah settlekan tunggakan, korang kena buat bayaran komitmen conversion sebanyak RM300. Boleh bayar guna apps MARAeps juga. Lepastu screenshot jumlah RM300. Pastikan nampak dekat resit tu RM300 tau. Memudahkan kerja nanti.



#4 SAHKAN SKROL & TRANSKRIP

Jangan lupa buat pengesahan untuk skrol & transkrip. Korang kena scan dulu, lepastu pergi ke sekolah / pejabat guaman untuk buat pengesahan. Myra buat dekat sekolah je sebab Pengetua boleh sign juga. Ketua Kampung ke, JKKK ke, pun boleh. So bergantung kepada mana-mana yang memudahkan korang lah. Kenapa? Sebab lepasni korang kena scan semula dan submit di website E-Conversion.

#5 LOGIN E-CONVERSION



Data kita dah sedia ada pada econversion, so korang just masuk ikut data pada E-Baki je. Senang betul. Korang boleh juga rujuk panduan sedia ada, kalau rasa macam Myra explain ni serabut. Ikut langkah-langkah satu per satu.

#6 DAFTAR E-CONVERSION

Kemudian submit semua dokumen pada ruang yang disediakan. Lepas dah siap semua, korang akan dapat layout macam ni. Isi je semua ikut urutan dia okay?



#7 RESULT

Myra daftar dalam bulan 6 tak silap, kemudian agak ambil masa juga untuk dapat respond daripada pihak MARA. Keputusan akan diberitahu melalui E-Baki. Lepas je buat econversion kena rajin-rajin check E-Baki.


Bila dah diluluskan, korang boleh print surat kelulusan dan ketahui berapa jumlah sebenar korang perlu bayar. Lepas tu, setiap bulan korang boleh bayar seperti biasa dah. Senang kan?

So, kepada yang dah tamat belajar tu, tahniaaaahh diucapkan! Dan good luck bayar hutang! 
Till my next post gais! 

 

Bangun pagi buat aku terfikir, apa yang akan terjadi dengan masa depanku. Betul kata orang, dalam umur sekarang melihat masa depan itu bukan sesuatu yang mudah. Takut. Gerun. Seram bila memikirkan. Kadang rasa macam nak tidur je sepanjang hari, tanpa memikirkan hari esok. *dah memang hobi tidur*


Aku pernah teringin untuk menjadi guru. Alhamdulillah diberikan peluang untuk mengajar. Rasanya sedikit sebanyak pengalaman menjadi guru itu membuatkan aku faham institusi pendidikan tidak sesuai denganku. Aku tidak pernah menggambarkan bahawa menjadi guru akan sesibuk itu. Dari luar kita nampak seperti tiada kerja, tapi sebenarnya sakit kepala beb! Kalau kau jenis tak boleh multitask, sebaiknya hindarilah sebelum kau sendiri yang sakit kepala. Bukan menakutkan, tapi aku tak boleh. 


Aku suka menulis. Bercerita dengan orang tentang kisah kisah di dunia. Menulis cereka yang boleh jadi pengajaran kepada semua. Agar mereka tidak melakukan perkara yang sama atau dapat sedikit gambaran bagaimana untuk mengelaknya. Tapi kadang ada juga yang terpedaya, namun sekurang-kurangnya dapatlah bertahan dan rasa didunia ni kita tidak bersendirian. 


Disebabkan itulah, aku memilih untuk menjadi blogger. Biarpun picisan dan baru faham tentang apa itu SEO. Menulis juga rupanya tidak semudah yang disangka! Namun setidaknya lebih mudah berbanding mengajar. Hahaha. 


Kemudian aku terjun ke dunia perniagaan, lebih tepat lagi bahagian marketing. Aku cuba memahami selok belok perniagaan sendiri. Awal awal memang rasa terbelit, tapi aku rasa ini semua adalah proses. Stress, nak nangis, nak menjerit. Tapi rasanya, hanya ini prosesnya. Jadi aku mesti lalui dengan penuh sabar. Bukan mudah untuk berjaya, dan mungkin ini salahsatu cabarannya. 


Dunia perniagaan tidak mudah. Tapi aku pelik sebab ramai sangat orang yang terjun ke dalam dunia ini. Ada yang masuk dalam keadaan terdesak dan akhirnya hanyut. Ada juga yang masuk dalam keadaan terdesak namun akhirnya berjaya. Walaupun tidak mudah untuk berjaya, tetapi hidup yang terdesak memang akan mengubah hidup kita sebab kita tak selesa, sebab kita tak nak dalam hidup ini lagi, jadi kita memilih untuk buat diri kita tak selesa. Dengan cara itu, kita boleh pindah ke circle yang lain dan dengan cara itu, kita boleh berubah.


Selepas sekian lama aku amati, nak berjaya sebenarnya perlu ubah kebiasaan. Orang selalu kata ubah hidup. Tapi bagaimana? Susah tau untuk berubah sepenuhnya dalam satu malam. Well, Taj Mahal pun tidak dibina dalam satu malam. Kini, aku sudah tahu caranya. Sedikit sebanyak dapat mengubah hidup, juga mengubah cita-cita. Mulakan dengan ubah kebiasaan dahulu. Dari kebiasaan, akan mengubah kehidupan. Well, its easier said than done. Tapi at least its easier to say lah... Hahaha.


Aku jujur, banyak perkara aku ubah. Bangun pagi, membaca buku, menulis, lebih suka berkhayal dan berimajinasi (ofkos yang baik-baik) sehingga aku sedar yang sebenarnya aku adalah orang visual. Jika aku boleh bayangkan sesuatu, maksudnya aku boleh mencapai itu. Tapi kalau aku tidak mampu bayangkan, perjalanan untuk aku ke arah itu adalah tidak mudah dan hampir gagal. Oleh itu, aku selalu membayangkan sesuatu yang baik-baik, selain ianya salahsatu teknik law of attraction, ia juga jadi semangat aku untuk meneruskan apa yang sedang aku usahakan.


Benar kata arwah papa, dunia perniagaan tidak mudah. Seharusnya aku kekal je jadi cikgu. Tapi tidak boleh berpatah balik lagi, aku sudah bermula. I need to finish what I started. Doakan aku ya rakan, doakan aku sentiasa sihat, doakan aku sentiasa bersemangat, doakan aku berjaya dunia dan akhirat, semoga aku dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain, semoga aku dapat memberi kehidupan kepada orang lain kerana aku tahu bagaimana rasanya hidup dalam kesempitan, hidup naik dan jatuh, dan aku tahu bagaimana rasanya ditinggalkan bersendirian. Semoga berkat doa kalian menjadi asbab aku tidak putus asa, menjadi semangat kepadaku untuk lebih berusaha dan menjadi asbab ramai lagi orang berjaya. 


Till my next post gais.

ADA APA DENGAN CITA-CITA?

by on September 10, 2020
  Bangun pagi buat aku terfikir, apa yang akan terjadi dengan masa depanku. Betul kata orang, dalam umur sekarang melihat masa depan itu buk...
*instagram - @princessmeenie*
Hai gais, its Myra! Salam Ramadhan Kareem. Macam mana korang punya Ramadhan kalini? Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan istiqamah hendaknya. Aamin. Myra sejak beberapa hari puasa ni, dah mulakan beberapa rutin baru dan kalini Myra nak share 5 perkara dulu dengan korang supaya kita dapat memberi nilai tambah dalam rutin ibadah puasa kita!

1. BANGUN SAHUR PUKUL 5 PAGI
Sebab Myra jenis cepat lapar, jadi Myra lewatkan sikit timing bersahur tu. Kadang tak tidur juga, tapi tu tak baik lah. Myra nak kena improve juga tu sikap malas tidur tu. Tapi kadang tak dapat tidur, i dont know, maybe my anxiety... ciss...

2. TAK TIDUR SELEPAS SAHUR
Well, kadang tak tahan juga mata tu. Tapi bila dah selalu biasakan, Myra rasa sangat fresh untuk tak tidur. Boleh terus siapkan kerja, dan rasa hari tu sangat panjang tau. Akhirnya, malam boleh tidur awal dan bersedia dengan lebih fresh untuk keesokkan harinya!

3. MENCUBA UNTUK BACA AL-QURAN
Dah menjadi sebahagian daripada rutin Myra sekarang. Target nak khatam Al-Quran bulan Ramadhan ni, so ini yang Myra cuba buat. Sehari ada 5 waktu kan, so Myra asingkan 2 mukasurat sebelum solat dan 2 mukasurat selepas solat. Kadang ada je solat diakhir waktu, so sambil nak tunggu waktu solat seterusnya tu boleh lah baca sikit. Alhamdulilla, walaupun awal tu agak payah, inshaAllah, Myra cuba istiqamah! Kita tengok, Myra boleh khatam ke tak. Jeng jeng..!

4. SUSUN JADUAL MENGIKUT KEPERLUAN
Disebabkan kita semua dah mula bekerja dari rumah atau work from home, tapi Myra memang dari dulu pun kerja dekat rumah (can't relate) jadi Myra sediakan jadual Myra sendiri. Jadual ni adalah semua jadual keseluruhan Myra. Bila tengok balik, penuh juga jadual ni sampai takde masa nak rehat. Tapi, bagus sebab satu hari penuh dengan pengisian bermanfaat! 

5. BANYAKKAN DENGAR DAN BACA 
Myra selalu dengar doa doa pagi, surah mathurat, nasyid pagi-pagi sebab nak refreshkan diri. Manusia ni perlu motivasi sentiasa, sebab tu mainkan alunan yang baik baik untuk diri dapat membantu meningkatkan motivasi kita tau. Selain tu, Myra lebihkan membaca sekarang. Myra ada beli beberapa ebook daripada Shopee, dan korang yang nak beli dekat Shopee boleh tekan [SINI] sebab rupanya Shopee ada baaaanyak sangat jenis buku yang kita boleh beli, dengan harga serendah RM 1.00 je tau. Kalau korang rasa seronok baca, nanti boleh beli buku fizikal dia. Lagi syok!

Semoga apa yang Myra sharing ni, korang boleh amalkan sekali. Tapi, Myra pun jauh dari kata sempurna tau. SO Myra harap, kita boleh sama-sama berubah menjadi lebih baik sepanjang bulan Ramadhan ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan a.k.a RMOdhan, gais!

Till my next post!

WHAT IS MY RAMADHAN ROUTINE?

by on April 25, 2020
*instagram - @princessmeenie * Hai gais, its Myra! Salam Ramadhan Kareem. Macam mana korang punya Ramadhan kalini? Semoga kita semua da...

Hi gaissss, its Myra! Myra sebenarnya dah berapa kali nampak group paling viral ni, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Tak pernah terlintas pun untuk join, sebab Myra memang jarak sangatlah untuk check on Facebook. Basically, buka facebook kalau nak check up iklan atau tengok postings baru dari kawan-kawan je. 

Kali ni, tiba-tiba kawan ada invite Myra untuk join group ni. 

Guess what?

Akhirnya Myra berjaya masuk group ni gais!

Rasa macam kepuasan berganda ya! Hahaha.

Padahal baru je masuk tapi serious group ni lawak gila! Terhibur tahap melampau. Kalau korang tengah bosan masa PKP ni, korang pun boleh try join sekali. Jap, jap, jap... Myra tunjuk dekat korang supaya kita boleh terhibur sesama, jap tau...



Ni antara gambar gambar yang ada dalam group tu gais
Dalam group ni banyaknya adalah cerita sebenar dari komuniti pengguna Facebook tau. SO dia bukan hanya content ye gais, dia dari cerita seharian yang diupload sendiri. Cuba tengok dekat bawah ni...


Sampai pecah lesung wei, Allahu...


Ni dah kes terlebih kembang gais, sampai terkeluar dari bekas HAHA


Amboi, kalah lentik wei. Lentik lagi depa dari aku HAHAHA


HAHAHA ini paling pecah oh! Sebelum bakar pandai social distancing, dah terbakor semua macam alien HAHAHA


HAHAHA apakah ini gaisss... Terkedu... HAHA

INI CHURROS KE GAIZ!  Lain maciam bentuknyaa... HAHAHA

Okay gais, setakat ini sahaja ketawa kita bersama. Dalam group ni best tau, masing-masing tak boleh condemn sebab semuanya hanya for fun sahaja. Bukan untuk menghina makanan, tetapi untuk perkongsian bersama sambil bergelak ketawa sepanjang musim PKP ni. HAHAHA.

Ok gais. Till my next post!


OKAY. Ni sebenarnya cerita lawak. Disaat orang semua duduk dekat rumah, taktau lah kenapa kaki ni nak sakit. Nak kata berjalan keluar pun tidak, memang duduk terperap saje dekat rumah dari sejak 18hb haritu. Mungkin badan terlalu berat sehingga kaki tidak dapat menampung? dan akhirnya bila terlalu rancak berjalan kaki pun terkehel? Atau mungkin tersalah posisi tidur? Tidak pasti. Yang pastinya, gue terpaksa berjalan menggunakan tongkat ni, dan bed rest selama 3 hari. hm.

Bangun je dari tidur terus rasa nak berdiri. Tiba tiba Myra tersembam atas katil dan terus tak boleh bergerak. Dok meraung sakit sakit. Pergi mengadu dekat adik, dekat mama, semua lah. Habis huru hara rumah dibuatnya. Tapi gigih ni, masih lagi nak berjalan. Takde rasa sakit sangat pada mulanya. Masih lagi berjalan masa ni, pergi dapur, angkat kerusi, memasak, layan netflix....

Hari kedua, rasa sakit semakin kuat. Kalini, jalan masih seperti biasa tapi rasa macam agak sakit. Bila kaki menyentuh lantai, memang terasa sakit tu. Tapi masih lagi lancar berjalan ke sana kemari, masih lagi boleh buat video shoot untuk Shopee. Fuh... 

Hari ketiga, rasa macam semaking bengkak. Seolah-olah ada darah bergumpal dekat kaki tu. Tangan ni pun dengan gatalnya, pergi urut. Cuba buat senaman sendi pulak. Siap guna minyak yu yee cap limau tu. Dan masih lagi menarik Tiktok. Sangat aktif ya. Degil.

Hari keempat, kaki dah semakin bengkak, dah tak tahan sangat. Dah mula terfikir untuk pergi clinic. Tapi time RMO ni, macam bahaya untuk pergi ke klinik. Tambahan pula, kaki memang dah langsung tak boleh jalan. Rasa macam nak tercabut dah kaki ni. Macam kaki tu patah. Asal jalanje, sakit teramat sangat! Kali ni, give up. Memang kalau boleh nak suruh dokter datang rumah. Tapi dokter mana yang nak datang time COVID19 ni....

Myra pun cerdik, so Myra try, tuam guna gel pack. Hehehehehehe......



Kemudyan...
Baru teringat, jiran belakang rumah ni adalah physiotherapist. 

Terus chat dia..

dan kena bebel.....



Myra baru tahu rupanya kalau kaki kita bengkak, atau tengah ada problem macam kaki Myra ni yang dipanggil sebagai penyakit achillies tendonitis ni, tak boleh pakai minyak panas. Kena tuam dengan ice, untuk cepat pulih!

Nampak kan perbezaanya ?
Terus dapat consultation dari handphone gais...



So Myra baru tahu rupanya kalau kaki kita sakit, nak consult dengan doctor atau physiotherapist kena ambil gambar berdiri. Myra sebelum tu hantar gambar time tengah duduk. Sebab dah tak larat nak berdiri. Tu yang buat keputusan untuk pakai tongkat.

 Adakah ini penyebabenya...? Mungkin...





Kalau betis korang sakit, maksudnya sakit tu dah merebak sehingga ke atas kaki. Dan tu memang perlu ke dokter untuk dapatkan rawatan sepenuhnya.







Ini pula cara untuk menyembuhkannya. 



Dan Myra tidur dalam keadaan begini ye gais. Selama 3 hari ni. Kena tuam ice pada setiap 2 jam sekali. Dan kena exercise pada setiap 20 minit sekali. Exercise pun sakit, tapi kena tahan lah. ni untuk speedy recovery.


Ini pula hari ke 6, yang mana dia dah agak okay sikit. Dan bengkak pun dah kurang dah. Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 hari bed rest harini Myra dah boleh berjalan seperti biasa! Terima kasih kepada yang mendoakan. Till my next blog post gais. 

p.s : Anyway, Hakeem tu nama adik dia. Along ni perempuan. Thihihi.

MY 3 DAYS BED REST JOURNEY

by on April 03, 2020
OKAY. Ni sebenarnya cerita lawak. Disaat orang semua duduk dekat rumah, taktau lah kenapa kaki ni nak sakit. Nak kata berjalan keluar p...