Pergi ke kandungan

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebawah Duli Paduka Mulia
Tengku Mahkota Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
DK I, SAAS, SSAP, SIMP
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang
Tempoh22 Januari 2019 - kini
Pemasyhuran29 Januari 2019
Didahului olehTengku Abdullah
Tengku Panglima Besar Pahang
Tempoh18 Jun 2018 - 22 Januari 2019
Pemasyhuran18 Jun 2018
Didahului olehTengku Ibrahim
Diikuti olehTengku Azlan
KeputeraanTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah
(1995-09-17)17 September 1995 (Umur 29 tahun, 2 bulan dan 17 hari
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia
Nama penuh
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KerabatBendahara
Johor-Pahang

Kesultanan Pahang
Ayahanda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
BondaTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan2019 – kini
Pangkat Kapten
UnitRejimen Askar Melayu Diraja

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada (1995-09-17)17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan anakanda sulung kepada pasangan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.[1]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal Shah telah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah St Thomas dari 2002 hingga 2004 dan seterusnya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2005 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2007 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal telah menamatkan pengajiannya di Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa.[2] Baginda juga berjaya menamatkan tempoh latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Pada 13 September 2022, baginda kemudiannya melanjutkan pengajian pasca siswazahnya di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom.

Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

Kehidupan diraja

[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah YAM Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Pahang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Adinda perempuan pula ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Pewarisan takhta

[sunting | sunting sumber]

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun 2018.[3]

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 22 Januari 2019 dan dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.[4]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Tengku Hassanal Ibrahim Alam shah
Gaya panggilan Kebawah Duli Paduka Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Tengku Mahkota

Terasul dan gelaran

[sunting | sunting sumber]
  • 17 September 1995 – 18 Jun 2018: Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Abdullah Al-Haj
  • 18 Jun 2018 – 11 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj
  • 11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Al-Haj
  • 15 Januari 2019 - 22 Januari 2019: Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 22 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 30 Januari 2024 - 13 Mac 2024: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • 14 Mac 2024 - kini: Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kurniaan Pahang

[sunting | sunting sumber]
  •  Pahang:
    • Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati – Kelas I (DKI, 29.1.2019)
    • Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri Setia (SAAS, 30.7.2024)
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP, 24.10.2016)
    • Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (SIMP)

Kurniaan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Kurniaan Luar Negara

[sunting | sunting sumber]

Keturunan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Tugas isteri, ibu jadi keutamaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 2017-07-29.
  2. ^ "Tengku Hassanal Bergelar Graduan, Peroleh Ijazah Bidang Hubungan Antarabangsa". Portal Diraja Pahang. 1 Julai 2018. Dicapai pada 28 Januari 2019.
  3. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tengku-hasanal-diisytihar-tengku-panglima-besar-pahang-1.704110#ixzz5KUvojZtR Diarkibkan 2019-01-29 di Wayback Machine © Utusan Melayu (M) Bhd
  4. ^ Amin Ridzuan Ishak (22 Januari 2019). "Tunku Azizah Aminah Maimunah dimasyhurkan Tengku Ampuan Pahang". Berita Harian. Dicapai pada 28 November 2023.
  5. ^ @istana_negara (27 November 2023). "Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menerima Darjah negara Monaco Grand-Officier de l'Ordre de Saint-Charles". Dicapai pada 28 November 2023 – melalui Instagram.

Susunan Penggantian

[sunting | sunting sumber]
Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah
Tarikh keputeraan: 17 September 1995
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Diraja
Susunan penggantian
Didahului oleh
Al-Sultan Abdullah
Pewaris Tahkta Negeri Pahang
Kedudukan Pertama
22 Januari 2019 - Kini
Pemegang jawatan kini