Pergi ke kandungan

Lavandula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lavender)

Labenda
Bulir-bulir bunga labenda
ditutup daun pengasuh
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Lavandula

Spesies jenis
Lavandula spica
Sinonim[1]
  • Stoechas Mill.
  • Fabricia Adans.
  • Styphonia Medik.
  • Chaetostachys Benth.
  • Sabaudia Buscal. & Muschl.
  • Isinia Rech.f.

Labenda (Jawi: لابيندا)[2] ialah sejenis tumbuhan berbunga daripada 39 spesies genus Lavandula dalam keluarga Lamiaceae.[1] Spesies-spesies ini tumbuh asli di Dunia Lama dan ditemui dari Tanjung Verde dan Kepulauan Canaria, menyeberang utara ke utara dan timur Afrika, Eropah Mediterranean, barat daya Asia ke tenggara India.[3]

Banyak spesies genus ini ditanam dan diusahakan secara meluas di iklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap, untuk digunakan sebagai herba masakan, dan juga secara komersial untuk mengeluarkan minyak pati.[4] Spesies Lavandula angustifolia banyak ditanam secara meluas.

Perkataan labenda diserapkan daripada kata bahasa Inggeris lavender,[2] kata tersebut dipinjam daripada bahasa Perancis Kuno lavandre[5] yang dijejak daripada bahasa Latin lavare daripada lavo "membasuh",[6] ia kerana seduhan tumbuhan ini digunakan semasa mandi.[7]:35

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Lavandula diberikan Carl Linnaeus daripada perkataan bahasa Perancis Kuno lavandre. Walau bagaimanapun, kebenaran penjelasan kata lavendre ini ditunjukkan diragui, kata tersebut mungkin dijejak kepada perkataan bahasa Latin livere "kebiruan".[8] daripada liveo atau pliveo "biru gelap".[9]

spesies-spesies L. stoechas, L. pedunculata dan L. dentata dikenali pada zaman Rom.[7]:51 Dari Zaman Pertengahan dan seterusnya, spesis Eropah dianggap dua kumpulan atau genus berasingan, Stoechas (L. stoechas, L. pedunculata, L. dentata) dan Lavandula (L. spica and L. latifolia), sehingga Carl Linnaeus menggabungkan dua-dua genus ini. Beliau hanya mengiktiraf lima spesies dalam Species Plantarum (1753), L. multifida dan L. dentata (Sepanyol) dan L. stoechas and L. spica dari Eropah Selatan. L. pedunculata telah dimasukkan ke dalam L. stoechas.

Menjelang 1790, L. pinnata dan L. carnosa telah diiktiraf. Yang kemudian itu telah dipindahkan kepada Anisochilus. Menjelang tahun 1826, Frédéric Charles Jean Gingins de la Sarraz menyenaraikan 12 spesies dalam tiga bahagian, lapan belas spesies telah dikenali pada tahun 1848.[7]:51

Genus ini termasuk tumbuhan saka herba tahunan atau kekal lama, dan pokok seperti saka renek, renek kerdil, atau renek kecil.[10]

Spesies-spesies pokok labenda mempunyai pelbagai jenis bentuk daun. Helai daun pada sesetengah spesies labenda yang biasa ditanam berbentuk mudah; ada spesies lain yang mempunyai daun yang bergigi, pelepah, kadang-kadang berbilang pelepah dan terbelah. Daun-daun pokok kebanyakan spesies dipenuhi bulu halus (indumentum) yang biasanya mengandungi minyak pati.[10]

Bunga tumbuhan tumbuh dalam pusaran pada bulir bertangkai tinggi atas daun-daun tumbuhan, setangkai bulir bunga beberapa spesies berbunga 3 hingga 9 kuntum pada cabang-cabang yang membentuk jambak seperti payung dengan daun tangkai yang kecil.[7]:3 Sesetengah spesies menghasilkan daun pengasuh berwarna pada apeks.

Bunga-bunganya boleh menjadi biru, ungu atau ungu lembut dalam spesies liar, kadang-kadang ungu kehitaman atau kuning. Salut kuntumnya berbentuk tiub, sari bunga-bunganya juga berbentuk tiub, biasanya dengan lima cuping (bibir atas ada satu lekuk, manakala bibir bawah ada dua lekuk).[10][11]

Jadual taksonomi

[sunting | sunting sumber]
Kultivar lavender yang berbeza ditanam di Snowshill, Cotswolds.

Ini adalah berdasarkan kepada klasifikasi Upson dan Andrews, 2004.

Ladang lavender di Carshalton, London Borough of Sutton.

I. Subgenus lavendula" Upson & S.Andrews subgen. nov.

i. Section Lavandula (3 spesies)
subsp. angustifolia dari Catalonia dan Pergunungan Pyrene.
subsp. pyrenaica dari tenggara Perancis dan bersebelahan kawasan Itali.
Kacukan
  • Lavandula × chaytorae Upson & S. Andrews nothosp. nov. (L. angustifolia subsp. angustifolia × L. lanata )
  • Lavandula × intermedia Emeric ex Loisel. (L. angustifolia subsp. angustifolia × L. latifolia )
ii. Section Dentatae Suarez-Cerv. & Seoane-Camba (1 spesies)
  • Lavandula dentata L. dari timur Sepanyol, utara Algeria dan Maghribi, barat daya Maghribi.
var. dentata (rosea, albiflora), candicans (persicina) [Batt.]
iii. Section Stoechas Ging. (3 spesies)
subsp. stoechas dari kawasan yang kebanyakannya pantai timur Sepanyol, selatan Perancis, barat Itali, Yunani, Bulgaria, Turki Mediterranean, pantai Levantine, dan kebanyakan pulau-pulau Mediterranean.
subspp. luisieri berasal dari pantai dan pedalaman Portugal dan bersebelahan Sepanyol.
subsp. pedunculata – Sepanyol dan Portugal.
subsp. cariensis – dari barat Turki dan selatan Bulgaria.
subsp. atlantica – dari gunung Maghribi.
subsp. lusitanica – selatan Portugal dan barat daya Sepanyol.
subsp. sampaiana – dari Portugal dan barat daya Sepanyol.
  • Lavandula viridis L'Her. – berasal dari barat daya Sepanyol, selatan Portugal, dan mungkin juga ke Madeira.
Kacukan intersekt (Dentatae danLavendula)

II. Subgenus Fabricia (Adams.) Upson & S. Andrews, comb.nov.

iv. Section Pterostoechas Ging. (16 spesies)
  • Lavandula multifida L. – berasal dari pelbagai termasuk Maghribi, selatan Portugal dan Sepanyol, utara Algeria, Tunisia, Tripolitania, Calabria dan Sicily, dengan penduduk terpencil di Lembah Nil.
  • Lavandula canariensis Mill., dari Kepulauan Canaria.
subsp. palmensis – dari La Palma.
subsp. hierrensis – dari El Hierro.
subsp. canariensis – dari Tenerife.
subsp. canariae – dari Gran Canaria.
subsp. fuerteventurae – dari Fuerteventura.
subsp. gomerensis – dari La Gomera.
subsp. lancerottensis – dari Lanzarote.
subsp. minutolii
subsp. tenuipinna
subsp. antinae
subsp. marrana
subsp. tibestica
Kacukan
v. Seksyen Subnudae Chaytor (10 spesies)
subsp. dhofarensis
subsp. ayunensis
vi. Section Chaetostachys Benth. (2 spesies)
vii. Section Hasikenses Upson & S. Andrews, sect. nov. (2 spesies)

III. Subgenus Sabaudia (Buscal. & Muschl.) Upson & S. Andrews, comb. et stat. nov.

viii. Section Sabaudia (Buscal. & Muschl.) Upson & S. Andrews, comb. et stat. nov. (2 spesies)
  1. ^ a b "Lavandula L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2024. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  2. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "labenda". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 1 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ Forney, Julie Martens (n.d.). "Outdoor flowering plants – mona lavender". HGTV. Dicapai pada 3 November 2022.
  4. ^ "Plectranthus Mona lavender". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 19 October 2018.
  5. ^ Weekley, Ernest (1921). "lavender". An etymological dictionary of modern English. London: John Murray. m/s. 703.
  6. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "lavo". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  7. ^ a b c d Lis-Balchin, Maria, penyunting (2002). Lavender: The genus Lavandula. London, England, UK: Taylor & Francis. ISBN 0-415-28486-4.
  8. ^ Penerbitan alternatif kata lavender daripada kata bahasa Latin livere dan kata bahasa Latin zaman pertengahan lavindula diberikan Upson dan Andrews, yang ditunjukkan sebagai satu tekaan. Masalah penerbitan kata yang diterima juga digambarkan; seperti tidak ada pengetahuan kegunaan umum lavender untuk membasuh oleh orang Yunani dan orang Rom.
  9. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "līvĕo". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  10. ^ a b c Upson, T.; Andrews, S. (2004). The Genus Lavandula. Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 9780881926422. Dicapai pada 3 November 2022.
  11. ^ Bailey, L. H. (1924). Manual of Cultivated Plants. New York: MacMillan Publishing Company.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Taxon bar