Tumpahan minyak Teluk Mexico 2010
Tumpahan minyak Teluk Mexico 2010 (juga dirujuk sebagai tumpahan minyak Deepwater Horizon atau tumpahan minyak BP) berlaku pada 20 April 2010 jam 10 malam selepas satu letupan pada pelantar carigali minyak Deepwater Horizon di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico. Tumpahan minyak ini dianggap tumpahan luar pantai terbesar dalam sejarah A.S.[3] dan antara tumpahan minyak terbesar di dunia. 11 daripada 126 pekerja pelantar mati manakala 17 lagi cedera.[4] Pada 15 Julai 2010, BP menyatakan yang kebocoran itu telah dihentikan dengan menutup kepala telaga yang terbabit,[5] walalupun terdapat risiko perubahan tekanan besar boleh menyebabkan kebocoran baru di dasar laut.[6] Penggalian telaga pelega untuk menutup telaga ini secara kekal sedang dijalankan.
Tumpahan minyak Deepwater Horizon | |
---|---|
Lokasi | Teluk Mexico berhampiran Delta Sungai Mississippi |
Koordinat | 28°44′12″N 88°23′14″W / 28.73667°N 88.38716°WKoordinat: 28°44′12″N 88°23′14″W / 28.73667°N 88.38716°W |
Tarikh | 20 April 2010 – kini (5335 hari) |
Penyebab | |
Sebab | Pancutan kepala telaga |
Korban | 11 mati 17 cedera |
Operator | Transocean di bawah kontrak BP[1] |
Ciri-ciri tumpahan | |
Isipadu | Sehingga 100,000 tong (4,200,000 US gallon; 16,000 cubic metre) sehari |
Keluasan | 2,500 hingga 9,100 bt2 (6,500 hingga 23,600 km2)[2] |
Tumpahan minyak
suntingCNBC melaporkan tumpahan minyak berlaku sekurang-kurangnya 6.500 km persegi. Kebocoran paip minyak berlaku pada kedalaman 1.500 meter di bawah paras laut. Kira-kira 790,000-4,000,000 liter minyak mentah berwarna hitam melimpah keluar setiap hari. industri perikanan , industri pelancongan, dan habitat beratus-ratus jenis burung di Teluk Mexico pasti akan terjejas.
Kapal minyak Horizon Deepwater itu panjangnya 121 m dan lebarnya 78 m dan boleh beroperasi di kedalaman maksimum 9100 m. Dibangun oleh Hyundai Heavy Industries di Korea Selatan pada 2001. Pelantar dimiliki oleh Transocean Ltd dan disewakan kepada BP sehingga September 2013.Ketika letupan, pelantar berada di BP Mississippi Canyon Blok 252 , disebut sebagai 'Prospek Macondo , di Amerika Syarikat sektor Teluk Mexico, sekitar 66 km lepas pantai Louisiana.
Kerja mengawal tumpahan minyak
suntingSyarikat BP membangunkan medan minyak "Macondo Prospect" daripada Transocean Ltd. Kerajaan Amerika Syarikat menamakan syarikat multinasional British Petroleum (BP) sebagai pihak utama yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak itu.
Cubaan pertama menghentikan tumpahan ini ialah dengan menggunakan kenderaan bawah laut kawalan jauh untuk menutup injap pencegah pancutan pada kepala telaga; namun gagal.[7] Cubaan kedua pada 6 Mei 2010 ialah dengan meletakkan kubah pembendung dan menyalurkan minyak ke dalam kapal tangki. Kaedah ini pertama kali digunakan bagi menutup saluran pada kedalaman 1.5 kilometer di dasar laut.[8] Ia juga gagal apabila hablur hidrat metana yang terbentuk menyekat paip. [9] Cubaan seterusnya melibatkan pengepaman bendalir gerudi berat ke dalam pencegah pancutan untuk mengehadkan kadar saliran minyak sebelum menutupnya dengan simen. Ia juga gagal.[10]
Yang lebih berjaya ialah proses meletakkan tiub sisipan penaik ke dalam paip yang bocor. Terdapat sesendal ala penyumbat di sekeliling tiub yang memalam hujung penaik dan menyalurkan aliran minyak ke dalam tiub.[11] Gas yang berjaya dikumpul dinyalakan manakala minyak disimpan pada kapal gerudi Discoverer Enterprise.[12]
Seterusnya pada 10 Julai, tudung pembendungan sementara digantikan dengan suatu tudung yang lebih baik.[13][14] Pada 15 Julai BP menguji keutuhan telaga dengan menutup paip yang menyalurkan sebahagian minyak ke kapal, supaya daya penuh pancuran minyak menekan tudung tersebut.[15] Pada hari yang sama, BP menyatakan yang kebocoran itu berjaya dihentikan selepas semua injap ditutup.[6] Bagaimanapun, tudung ini bukan penyelesaian kekal dan kerja-kerja penggalian telaga pelega sedang dijalankan, kerana terdapat risiko perubahan tekanan besar boleh menyebabkan kebocoran baru di dasar laut.[6]
Siasatan
suntingPenyalahan
suntingPada 5 Januari 2011,[16] suruhanjaya tumpahan minyak Rumah Putih mengeluarkan laporan akhir yang memberikan butiran kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat terbabit sehingga tertumpah minyak. Panel ini mendapat bahawa BP, Halliburton, dan Transocean telah cuba bekerja secara lebih murahan, maka inilah yang membantu mencetuskan letupan dan kebocoran yang menyusulinya.[17] Laporan itu menyatakan: "Sama ada sengaja atau tidak, kebanyakan keputusan yang diambil oleh BP, Halliburton, dan Transocean yang meningkatkan risiko letupan Macondo jelas menjimatkan masa (dan wang) yang cukup bagi syarikat-syarikat terbabit."[17][18] BP mengeluarkan kenyataan balas terhadap hal ini dengan berkata, "Sebelum kata putus siasatan suruhanjaya pun, BP melakukan perubahan besar yang direka untuk memperkuatkan pengurusan keselamatan dan risiko."[19] Bagaimanapun, Transocean menyalahkan BP kerana membuat keputusan sebelum berlakunya letupan, dan juga para pegawai kerajaan kerana membenarkan keputusan tersebut.[20] Halliburton berkata pihaknya hanya bertindak atas arahan BP ketika menyisipkan simen ke dalam dinding telaga.[19][21] Halliburton turut menyalahkan pegawai kerajaan dan BP, yanf dikritiknya kerana gagal menjalankan ujian log kerekatan simen.[20]
Di dalam laporan, BP secara khusus dituduh melakukan sembilan kesalahan.[19][21] Antaranya ia tidak menggunakan alat diagnosis untuk mengukur kekuatan simen.[17] Selain itu ia tidak menghiraukan ujian tekanan yang telah gagal.[19] Ia juga tidak menyumbat paip dengan simen.[17] Kajian itu bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana peristiwa ini. Sebaliknya, ia berakhir dengan menyalahkan pengurusan Macondo:[19][21]
Panel juga mencatatkan yang pemantau kerajaan tidak memiliki pengetahuan cukup atau kuasa untuk perasan keputusan pemotongan kos.[18]
Perbandingan
sunting- Tumpahan minyak Exxon Valdez 1989 merupakan tumpahan minyak terburuk di Amerika Syarikat.
Rujukan
sunting- ^ Stephen Power (8 Jun 2010). "Staffing Levels on Deepwater Horizon Are Questioned". The Wall Street Journal. Les Hinton. Dicapai pada 8 Jun 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan): BP memajak pelantar daripada Transocean, yang memiliki dan mengendali pelantar itu. - ^ Cain Burdeau; Mohr Holbrook (2010-05-01). "Expert: Surface area of Gulf oil spill has tripled". Edmonton Sun. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 2010-05-13.
- ^ "Gulf oil spill now largest offshore spill in U.S. history as BP continues plug effort". USA Today. 2010-05-27. Dicapai pada 2010-05-27.
- ^ 75.7 juta liter minyak cemar Teluk Mexico Berita Harian Online
- ^ "BP: No oil leaking into Gulf from busted well". Yahoo! News. 2010-07-15.
- ^ a b c "BP begins pressure test on well cap". Yahoo! 7 News date=2010-07-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-19. Dicapai pada 2010-07-19. Missing pipe in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "US oil spill 'threatens way of life', governor warns". BBC News. 2 Mei 2010.
- ^ Pekerja Turunkan Kubah Pembendung Kebocoran Minyak di Teluk Meksiko VOA News
- ^ Bolstad, Erika; Clark, Lesley; Chang, Daniel (2010-05-14). "Engineers work to place siphon tube at oil spill site". Toronto Star. McClatchy Newspapers.
- ^ "'Top kill' BP operation to half US oil leak fails". BBC News. 29 Mei 2010.
- ^ Brenner, Noah; Guegel, Anthony; Pitt, Anthea (2010-05-15). "BP misses on first tube try". Upstream Online. NHST Media Group.
- ^ "Update on Gulf of Mexico Oil Spill Response – 24 May" (Siaran akhbar). BP. 2010-05-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-24. Dicapai pada 2010-07-19.
- ^ Tom Breen (2010-07-09). "Robots begin work to remove cap from gushing well". The Sun News. Associated Press.
- ^ Kent Wells. "Sealing Cap Installation Animation". BP. Dicapai pada 18 Julai 2010.
- ^ "BP turns to next attempt after top kill fails". Associated Press. 14 Julai 2010. Unknown parameter
|http://news.ca.msn.com/top-stories/cbc-article.aspx?cp-documentid=
ignored (bantuan) - ^ "Obama oil spill commission's final report blames disaster on cost-cutting by BP and partners". The Telegraph. 5 Januari 2011. Dicapai pada 6 Januari 2011.
- ^ a b c d "Panel: BP, others made risky decisions before spill". Associated Press. 5 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-09. Dicapai pada 6 Januari 2011.
- ^ a b Rascoe, Ayesha (5 Januari 2011). "BP, firms made risky decisions before spill: report". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-17. Dicapai pada 6 Januari 2011.
- ^ a b c d e Broder, John M. (5 Januari 2011). "Blunders Abounded Before Gulf Spill, Panel Says". New York Times. Dicapai pada 6 Januari 2011.
- ^ a b Mufson, Steven (5 Januari 2011). "BP, Transocean, Halliburton blamed by presidential Gulf oil spill commission". The Washington Post. Dicapai pada 6 Januari 2011.
- ^ a b c Cappiello, Dina; Weber, Harry R. (5 Januari 2011). "Panel: Without changes in oil industry and government, BP-like spill could happen again". Star Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-20. Dicapai pada 6 Januari 2011.