Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Ia merupakan jawatan yang tidak terkandung dalam Bab 3 Badan Eksekutif Perkara 43 Jemaah Menteri dalam Perlembagaan Malaysia.[2] Jawatan ini dilantik secara konvensyen sahaja. Setiap Timbalan Perdana Menteri diwajibkan untuk memegang jawatan Menteri dalam Jemaah Menteri sebagai syarat untuk dilantik ke jawatan tersebut. Kebiasaannya, Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya seperti mana ketika Barisan Nasional menguasai Dewan Rakyat Malaysia. Mereka yang dilantik pula kebiasaannya adalah dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia juga layak untuk dilantik sebagai Menteri seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, oleh kerana tempoh maksima seseorang boleh menjawat jawatan sebagai Dewan Negara Malaysia adalah selama 6 tahun, menyebabkan mereka kurang sesuai untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia | |
---|---|
تيمبالن ڤردان منتري مليسيا | |
Jabatan Perdana Menteri | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Anggota bagi | Kabinet Malaysia |
Lapor kepada | Parlimen Malaysia |
Bidang kuasa | Malaysia |
Institusi | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Kediaman | Sri Satria |
Pusat | Perdana Putra, Putrajaya |
Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia |
Penjawat sulung | Abdul Razak Hussein |
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Gaji | RM18,168.15 sebulan[1] |
Tapak web | www.pmo.gov.my/tpm |
sunting · sunting di Wikidata |
Namun, tidak semua daripada mereka berjaya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atas pelbagai sebab. Antara bekas Timbalan Perdana Menteri yang tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri termasuklah, Tun Musa Hitam yang bersara kerana tekanan politik, Tun Abdul Ghafar Baba juga bersara kerana tekanan politik penggantinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana dipecat ketika dalam jawatan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana Barisan Nasional kalah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan disebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir menerima nasib yang sama pada tahun 2015 apabila digugurkan dari senarai rombakan Kabinet Malaysia 2015 lalu. Beliau bagaimanapun akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.
Bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini adalah seramai 14 orang. Penyandang terkini ialah Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof sejak 3 Disember 2022.
Kemudahan
suntingSetiap Timbalan Perdana Menteri akan mendapat segala kemudahan yang diperuntukkan kepadanya seperti kediaman rasmi, iaitu Sri Satria, penggunaan pesawat rasmi kerajaan yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia. Sebuah motor pengiring Unit Tindak Khas juga digunakan ketika mengiringi perjalanan ke suatu tempat untuk tujuan kerja rasmi.
Era Kemerdekaan Malaysia (1957-1970)
suntingMantan Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.Timbalan Perdana Menteri yang pertama ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Era Pembangunan Malaysia (1970-1976)
suntingMantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein mempunyai seramai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meninggal dunia sewaktu dalam perkhidmatan iaitu pada 2 Ogos 1973. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-3.
Era Perpaduan Malaysia (1976-1981)
suntingMantan Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3, jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi kosong selama kira kira 2 bulan. Kemudian pada 2 Mac 1976, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-4.
Era Pemodenan Malaysia (1981-2003)
suntingMantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-5, Tun Musa bin Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meletakkan jawatan. Timbalan Perdana Menteri ke-6, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba meninggal dunia pada 23 April 2006. Manakala Timbalan Perdana Menteri ke-7, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pula merupakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang dipecat daripada Kerajaan. Susulan daripada pemecatan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Fail:Musa Hitam 980416.jpg
Era Pembangunan Modal Insan Malaysia Islam Hadhari (2003-2009)
suntingMantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, jawatan Timbalan Perdana Menteri mejadi kosong sekali lagi tetapi hanya selama 68 hari sahaja. Kemudian pada 7 Januari 2004 Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-9.
Era Transformasi 1 Malaysia (2009-2018)
suntingMantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan timbalan beliau yang pertama tetapi disingkirkan daripada jawatan tersebut pada 28 Julai 2015 atas sebab menegur cara beliau menangani isu 1Malaysia Development Berhad. Kemudian, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-11.
Era Malaysia Baru (2018-2020)
suntingPerdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-7.[3] Penyandang terakhirnya ialah Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama sejak tahun 2018 hingga 2020 dan juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama selain dari parti Barisan Nasional.[4]
Era Malaysia Prihatin (7 Julai 2021-16 Ogos 2021)
suntingPerdana Menteri Malaysia ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin pada asalnya tidak melantik sesiapa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan hanya dibantu oleh empat orang Menteri Kanan. Namun, selepas lebih setahun mengetuai Kerajaan Malaysia, beliau telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya.[5]
Era Keluarga Malaysia (2021-2022)
suntingPerdana Menteri Malaysia ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau langsung tidak mempunyai seorangpun Timbalan Perdana Menteri sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama berkhidmat tanpa Timbalan Perdana Menteri Malaysia selain dibantu beberapa orang Menteri Kanan.
Era Malaysia Madani (2022-kini)
suntingPerdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim menamakan Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Dato Sri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
suntingParti komponen: Parti Perikatan (AP) Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH)
Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Keadilan Rakyat (PKR) | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tempoh | Timbalan Perdana Menteri | Potret | Jawatan Sebelum | Parti | Perdana Menteri | ||
1 | 31 Ogos 1957 - 22 Sept 1970 (13 tahun dan 22 hari) |
Tun Abdul Razak Hussein, Barrister-at-Law (Lincoln's Inn) Ahli Parlimen Pekan (1922–1976) |
Menteri Pelajaran Tanah Melayu ke-1 |
UMNO (AP) |
Tunku Abdul Rahman | |||
2 | 22 Sept 1970 - 2 Ogos 1973 (2 tahun, 10 bulan dan 11 hari) |
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, MD (Melbourne) Ahli Parlimen Johor Bahru (1915–1973) |
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri | UMNO (AP) |
Abdul Razak Hussein | |||
3 | 13 Ogos 1973 - 24 Ogos 1974 (1 tahun dan 11 hari) |
Tun Hussein Onn, Barrister-at-Law (Lincoln's Inn) Ahli Parlimen Johor Bahru (1922–1990) |
Menteri Pelajaran Malaysia ke-6 |
UMNO (AP) | ||||
24 Ogos 1974 - 15 Januari 1976 (1 tahun, 5 bulan dan 11 hari) |
UMNO (BN) | |||||||
4 | 2 Mac 1976 - 16 Jul 1981 (5 tahun, 4 bulan dan 14 hari) |
Tun Dr. Mahathir Mohamad, MBBS (NUS) Ahli Parlimen Kubang Pasu (1925) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-7 |
UMNO (BN) |
Hussein Onn | |||
5 | 18 Jul 1981 - 16 Mac 1986 (4 tahun, 7 bulan dan 26 hari) |
Tun Musa Hitam, BA (UM), MA (Sussex) Ahli Parlimen Kota Tinggi (1934) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-8 |
UMNO (BN) |
Mahathir Mohammad
| |||
6 | 10 Mei 1986 - 15 Okt 1993 (7 tahun, 5 bulan dan 5 hari) |
Tun Abdul Ghafar Baba UPSI Ahli Parlimen Jasin |
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Malaysia | UMNO (BN) | ||||
7 | 1 Dis 1993 - 2 Sept 1998 (4 tahun, 9 bulan dan 1 hari) |
Dato' Seri Anwar Ibrahim, BA (UM) Ahli Parlimen Permatang Pauh (1947) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-11 |
UMNO (BN) | ||||
8 | 8 Jan 1999 - 31 Okt 2003 (4 tahun, 9 bulan dan 23 hari) |
Tun Abdullah Ahmad Badawi, BA (UM) Ahli Parlimen Kepala Batas (1939) |
Menteri Luar Negeri Malaysia ke-10 |
UMNO (BN) | ||||
9 | 7 Jan 2004 - 3 Apr 2009 (5 tahun, 2 bulan dan 27 hari) |
Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak, BSc (Notthingham) Ahli Parlimen Pekan (1953) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-13 |
UMNO (BN) |
Abdullah Ahmad Badawi | |||
10 | 10 Apr 2009 - 28 Jul 2015 (6 tahun, 3 bulan dan 18 hari) |
Tan Sri Muhyiddin Yassin, BA (UM) Ahli Parlimen Pagoh (1947) |
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ke-16 |
UMNO (BN) |
Mohd Najib Abdul Razak | |||
11 | 29 Jul 2015 - 9 Mei 2018 (2 tahun, 9 bulan dan 10 hari) |
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, BA (UM), MSc (UPM), PhD (UPM) Ahli Parlimen Bagan Datuk (1953) |
Menteri Pertahanan Malaysia ke-14 |
UMNO (BN)
| ||||
12 | 21 Mei 2018 - 24 Februari 2020 (1 tahun, 9 bulan dan 3 hari) |
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, MBBChBAO (RCSI) Ahli Parlimen Pandan (1952) |
Ketua Pembangkang Malaysia ke-13 |
PKR (PH) |
Mahathir Mohamad | |||
13 | 7 Julai 2021 - 16 Ogos 2021 (1 bulan dan 9 hari) |
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, LLB (UM) Ahli Parlimen Bera (1960) |
Menteri Kanan Keselamatan | UMNO (BN) |
Muhyiddin Yassin | |||
- | 16 Ogos 2021 - 10 Oktober 2022 (1 tahun, 1 bulan dan 24 hari) |
N/A Tiada Timbalan Perdana Menteri yang dilantik |
N/A | N/A | UMNO (BN) |
Ismail Sabri Yaakob | ||
14 | 3 Dis 2022 - kini (2 tahun, 1 bulan dan 3 hari) |
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, BA (UM), MSc (UPM), PhD (UPM) Ahli Parlimen Bagan Datuk (1953) |
Ketua Pembangkang Malaysia ke-14 |
UMNO (BN) |
Anwar Ibrahim | |||
Dato' Sri Hj Fadillah Yusof, LLM (UM) Ahli Parlimen Petra Jaya (1962) |
Menteri Kerja Raya | GPS (PBB) |
Garis masa
suntingPada tempoh berikut, merupakan tempoh ketika tiada Timbalan Perdana Menteri dilantik:
1. 15 Januari 1976 — 2 Mac 1976: 47 hari ketika peralihan TPM ke-3 ke TPM ke-4 sewaktu era pentadbiran Tun Hussein Onn.
2. 16 Mac 1986 — 10 Mei 1986: 55 hari ketika peralihan TPM ke-5 ke TPM ke-6 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. 15 Oktober 1993 — 1 Disember 1993: 47 hari ketika peralihan TPM ke-6 ke TPM ke-7 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4. 2 September 1998 — 8 Januari 1999: 128 hari ketika peralihan TPM ke-7 ke TPM ke-8 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5. 31 Oktober 2003 — 7 Januari 2004: 68 hari ketika peralihan TPM ke-8 ke TPM ke-9 sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
6. 9 Mei 2018 — 21 Mei 2018: 12 hari ketika peralihan TPM ke-11 ke TPM ke-12 sewaktu era pentadbiran ke-2 Tun Dr. Mahathir Mohamad.
7. 24 Februari 2020 — 7 Julai 2021: 499 hari ketika peralihan TPM ke-12 ke TPM ke-13 sewaktu era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
8. 16 Ogos — 2 Disember 2022: 473 hari ketika peralihan TPM ke-13 ke TPM ke-14 sewaktu era pentadbiran Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri
suntingSenarai mantan Timbalan Perdana Menteri yang bertukar, dipecat atau meninggalkan parti politik
Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) Parti Negara (NATIONAL) Bebas
No. | Nama | Tarikh | Parti Politik | Sebab | Catatan | Era Pentadbiran | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Keluar | Masuk | ||||||
1 | Hussein Onn |
1951 | UMNO | IMP | Mengikuti ayahanda beliau Onn Jaafar |
Penubuhan parti baharu: IMP pada 1951 |
Tunku Abdul Rahman |
1953 | IMP | NATIONAL | IMP kurang sambutan & Penubuhan NATIONAL* |
IMP dibubarkan pada 1953 |
Tunku Abdul Rahman | ||
1964 | NATIONAL | UMNO | NATIONAL dibubarkan dan dipelawa semula ke UMNO* |
NATIONAL dibubarkan pada 19 Januari 1962 |
Tunku Abdul Rahman | ||
2 | Mahathir Mohamad |
26 Sept 1969 |
UMNO | Bebas | Dipecat keahlian: - Mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman** |
Masuk semula UMNO pada 7 Mac 1972 |
Tunku Abdul Rahman |
19 Mei 2008 |
UMNO | Bebas | Tidak yakin akan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi*** |
Masuk semula UMNO pada 4 Apr 2009 |
Abdullah Ahmad Badawi | ||
29 Feb 2016 |
UMNO | Bersatu | Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib Razak dan UMNO |
Penubuhan parti baharu Bersatu pada 9 Sept 2016 |
Najib Razak | ||
28 Mei 2020 |
Bersatu | Pejuang | Dipecat keahlian: - Membangkang pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional |
Penubuhan parti baharu Pejuang pada 12 Ogos 2020 |
Muhyiddin Yassin | ||
3 | Musa Hitam |
1960 | UMNO | Bebas | Dipecat keahlian: -Pengikaran terhadap Peristiwa 13 Mei**** |
Masuk semula UMNO pada 1971 |
Tunku Abdul Rahman |
3 Jun 1989 |
UMNO | Bebas | Bersara daripada menyertai arena politik |
Non-Partisan | Mahathir Mohamad | ||
4 | Anwar Ibrahim |
2 Sept 1998 |
UMNO | PKR | Dipecat keahlian: - Fitnah Liwat - Krisis Kewangan Asia 1997 |
Penubuhan parti baharu: PKR pada 4 Apr 1999 |
Mahathir Mohamad |
5 | Muhyiddin Yassin |
24 Jun 2016 |
UMNO | Bersatu | Dipecat keahlian: - Menegur kepimpinan Najib Razak |
Penubuhan parti baharu: Bersatu pada 9 Sept 2016 |
Najib Razak |
-*Penarikan diri Hussein Onn daripada UMNO dan IMP adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-**Pemecatan Mahathir Mohamad pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-***Penarikan diri Mahathir Mohamad daripada UMNO pada Era Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak adalah selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-****Pemecatan Musa Hitam pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
Senarai bekas Timbalan Perdana Menteri yang masih hidup
suntingNama | Umur |
---|---|
Tun Dr. Mahathir Mohamad | 99 tahun |
Tun Musa Hitam | 90 tahun |
Dato Seri Anwar Ibrahim | 77 tahun |
Tun Abdullah Ahmad Badawi | 85 tahun |
Mohamad Najib Tun Abdul Razak | 71 tahun |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 77 tahun |
Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail | 72 tahun |
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob | 64 tahun |
Rujukan
sunting- ^ "CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia" (PDF). Centre for Public Policy Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 May 2016. Dicapai pada 11 May 2016.
- ^ Jawatan yang tidak disebut dalam perlembagaan tapi tetap jadi idaman ramai
- ^ Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pagi ini.
- ^ Wan Azizah jadi Timbalan Perdana Menteri.
- ^ "Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO". Astro Awani. Foto oleh Kementerian Pertahanan. 7 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2021.CS1 maint: others (link)
Lihat juga
suntingPautan Luar
sunting- (Inggeris) (Melayu) Laman sesawang Pejabat Perdana Menteri
- (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Penyandang Terdahulu | Timbalan Perdana Menteri Malaysia | Penyandang Kemudian |
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob | Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dato Sri Fadillah Yusof |