Murasaki Shikibu
Murasaki Shikibu (紫式部 , lahir sekitar 973?; meninggal sekitar 1014 atau 1025) ialah seorang novelis, penyair dan dang perwara kemaharajaan pada zaman Heian di Jepun. Beliau dikenali sebagai penulis Hikayat Genji yang ditulis dalam bahasa Jepun sekitar tahun 1000 dan 1008, dan merupakan salah satu novel terawal dalam sejarah peradaban manusia.
Murasaki Shikibu | |
---|---|
Pekerjaan | Dang perwara Heian |
Genre | novel, puisi |
Subjek | adat istiadat istana di Jepun |
Saudara | Fujiwara no Tametoki (ayah) |
Murasaki Shikibu ialah nama pen, nama aslinya tidak diketahui. Beberapa sejarawan memperkirakan bahawa nama aslinya ialah Fujiwara Takako, seperti tertulis dalam nama pelayan istana dengan pangkat shōji pada 29 bulan 1 tahun 4 Kankō (19 Februari 1007) menurut Midō Kampaku Ki, sebuah buku harian yang ditulis oleh Fujiwara no Michinaga, walaupun teori ini tidak banyak didukung oleh sejarawan lain.[1] Dalam buku harian peribadinya yang berjudul Buku Harian Murasaki Shikibu, beliau menulis bahawa nama panggilannya di istana ialah "Murasaki", seperti nama tokoh dalam novel Hikayat Genji yang ditulisnya. "Shikibu" menunjuk kepada pangkat ayahnya di Biro Protokol Istana (shikibu-shō).
Rujukan
sunting- ^ (a) Bunei Tsunoda "Real name of Murasahiki Shikibu" Kodai Bunka (Cultura antiqua) 1963, no.7. (b) Gen-e Imai "Questions on the theory of the real name of Murasaki Shikibu as Takako" Kokugo Kokubun (Japanese Language and Literature) Vol. 34 (no. 1) (1965). Kedua artikel dalam bahasa Jepun.