Fernando Alonso
Fernando Alonso Díaz (lahir 29 Julai 1981 di Oviedo, Asturias, Sepanyol[2]) ialah seorang pemandu Formula Satu dari Sepanyol, dan merupakan Juara Dunia sebanyak dua kali yang kini memandu untuk Aston Martin.
Fernando Alonso | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | Fernando Alonso Díaz 29 Julai 1981 | ||||||
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |||||||
Kewarganegaraan | Sepanyol | ||||||
Pasukan 2024 | Aston Martin Aramco-Mercedes[1][1] | ||||||
Nombor kereta | 14 | ||||||
Entri | 380 (377 permulaan) | ||||||
Kejuaraan | 2 (2005, 2006) | ||||||
Kemenangan | 32 | ||||||
Podium | 93 | ||||||
Mata kerjaya | 2,267 | ||||||
Petak pertama | 22 | ||||||
Pusingan terpantas | 24 | ||||||
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2001 | ||||||
Kemenangan pertama | Grand Prix Hungary 2003 | ||||||
Kemenangan terakhir | Grand Prix Sepanyol 2013 | ||||||
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2023 | ||||||
Kedudukan 2023 | 4th (206 pts) | ||||||
| |||||||
IndyCar Series career | |||||||
2 races run over 3 years | |||||||
Pasukan | No. 66 (Arrow McLaren SP) | ||||||
Kedudukan 2020 | 31st | ||||||
Penamat terbaik | 21st (2017) | ||||||
Perlumbaan pertama | Indianapolis 500 2017 (Indianapolis) | ||||||
Perlumbaan terakhir | Indianapolis 500 2020 (Indianapolis) | ||||||
| |||||||
Kerjaya 24 Hours of Le Mans | |||||||
Tahun penyertaan | 2018–2019 | ||||||
Pasukan | Toyota Gazoo Racing Europe GmbH | ||||||
Keputusan terbaik | 1st (2018–19) | ||||||
Kemenangan kelas | 2 (2018–19) | ||||||
Tandatangan | |||||||
Alonso memulakan kerjayanya dalam sukan kart dari umur 3 tahun. Beliau memenangi tiga kejuaraan kart berturut-turut di Sepanyol dari tahun 1994 hingga 1997, dan menjadi juara dunia kart pada tahun 1996. Alonso membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada musim 2001 bersama Minardi, dan kemudiannya menyertai Renault sebagai pemandu ujian pada tahun berikutnya. Bermula pada tahun 2003, Alonso menjadi pemandu pasukan tersebut. Pada 25 September 2005, beliau memenangi Kejuaraan Dunia Formula Satu pada usia 24 tahun dan 58 hari, dan pada masa itu beliau merupakan juara dunia yang paling muda dalam Formula Satu. Selepas mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2006, Alonso menjadi juara dunia sebanyak dua kali yang paling muda. Beliau menyertai McLaren pada 2007 sebelum menyertai semula Renault bagi musim 2008 dan 2009, dan pada tahun 2010, beliau menyertai Scuderia Ferrari.[3][4]
Alonso digelar sebagai El Nano, iaitu nama samaran yang biasa bagi Fernando di Asturias, iaitu tempat kelahirannya. Alonso juga menjadi Duta Muhibah untuk UNICEF.[5] Alonso juga telah menjadi pemandu yang termuda untuk memenangi perlumbaan dari petak pertama dan Grand Prix, masing-masing di Grand Prix Malaysia 2003 dan Grand Prix Hungary 2003,[6][7] sebelum kedua-dua rekod tersebut telah dipecahkan oleh Sebastian Vettel di Grand Prix Itali 2008.[8]
Kehidupan peribadi dan awal
suntingFernando Alonso dilahirkan di Oviedo, Asturias, utara Sepanyol. Ibunya bekerja di kedai serbaneka dan ayahnya adalah seorang mekanik di kilang bahan letupan berdekatan Oviedo.[9] Alonso mempunyai seorang kakak yang bernama Lorena. Ayah Alonso, José Luis, ialah seorang pemandu kart amatur, dan mahukan anak-anaknya mengikut jejaknya. Beliau telah membina sebuah kart, pada asalnya untuk Lorena yang berumur lapan tahun, tetapi tidak seperti Alonso yang berumur tiga tahun, Lorena tidak menunjukkan minat dalam sukan ini.[9]
Alonso belajar di Sekolah Rendah Holy Guardian Ange di Oviedo sehingga beliau berumur 14 tahun, dan kemudiannya belajar di Institute Leopoldo Alas Clarín of San Lazaro. Beliau tercicir pada tahun 2000 kerana mahu bertanding dalam sukan permotoran, dan ia menghalang Alonso daripada terus belajar.[10]
Pada tahun 1998, beliau berpindah ke England, berhampiran kawasan Universiti Oxford. Oleh kerana rakan-rakannya berada di Sepanyol, Alonso sering menghabiskan masa di dalam komputer atau bersosial dengan orang lain.[11]
Sejak memenangi kejuaraan dunia pertamanya pada tahun 2005, Alonso menjadi duta untuk Universiti Oxford, untuk menggalakkan bidang Perniagaan Sukan Permotoran untuk Sains Sosial, dan membiayai 12 pelajar dari seluruh dunia.[11]
Alonso berkahwin dengan Raquel del Rosario, seorang penyanyi utama dari sebuah kumpulan pop Sepanyol, El Sueno de Morfeo,[12] pada 17 November 2006.[13] Mereka mengumumkan hasrat mereka untuk bercerai pada bulan Disember 2011.[14]
Mereka tinggal di Oxford, England, dan berpindah ke Switzerland pada tahun 2006. Alonso memiliki sebuah rumah di Mont-sur-Rolle, berhampiran Tasik Geneva dari tahun 2006 hingga 2010, dan pada bulan Februari 2010, beliau berpindah sebuah rumah di Lugano. Ia adalah sangat biasa bagi pelumba Formula Satu untuk menetap di Switzerland untuk mengurangkan bil cukai mereka. Pada musim sejuk tahun 2010-11, Alonso kembali ke Oviedo, dan ia menelan belanja yang dianggarkan sebanyak £50 juta dari segi cukai.[15]
Beliau merupakan seorang peminat helah kad dan biasanya menunjukkan pelbagai helah di perlumbaan pada hujung minggu perlumbaan.[16] Beliau juga berminat dalam sukan lain seperti berbasikal, bola sepak dan tenis. Alonso adalah penyokong Real Madrid dan Real Oviedo.[11][17]
Dari segi makanan, Alonso tidak suka makanan yang mengandungi garam. Alonso adalah peminat siri filem James Bond. Kugiran kegemarannya ialah Red Hot Chili Peppers dan lagu kegemarannya adalah lagu hit mereka, iaitu By The Way. Alonso adalah pemilik Alonso-Kart, iaitu perniagaan yang diasaskan oleh beliau sendiri, yang menjual pelbagai jenis casis untuk kart dan alat ganti.[11]
Di samping Bahasa Sepanyol, Alonso fasih berbahasa Inggeris dan Itali.[18]
Alonso mempunyai tatu samurai purba di belakangnya. Beliau menjelaskan bahawa tatu tersebut menunjukkan kekuatan otot, kebijaksanaan dan kuasanya dari Hagaware, sebuah panduan rohani yang ditulis oleh Yamamoto Tsunetomo pada abad ke-18.[19][20]
Sejak pertengahan tahun 2012, Alonso berpancaran dengan model Rusia, Dasha Kapustina.[21]
Kerjaya Formula Satu
suntingMinardi (2001)
suntingAlonso menjadi pemandu ketiga termuda untuk memulakan sebuah perlumbaan dalam Formula Satu apabila beliau membuat penampilan sulungnya bersama Minardi di Grand Prix Australia. Pasukan tersebut berada dalam musim pertama mereka di bawah kawalan pemilik baru, Paul Stoddart, dan kereta terbaru mereka, PS01, tidak begitu pantas dan tidak mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Walau bagaimanapun, prestasi Alonso pada pusingan kelayakan adalah baik, dan beliau memulakan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Tarso Marques, pada perlumbaan pembuka tirai di Australia. Pada perlumbaan keempat di Imola, beliau memulakan perlumbaan di hadapan kedua-dua pemandu Benetton, dan mengulangi pencapaian ini sekali lagi pada musim ini.[22]
Prestasinya yang hebat sepanjang musim telah diberikan perhatian oleh pasukan yang lebih kompetitif. Ia telah dilaporkan pada bulan September 2001 oleh beberapa akhbar di Eropah, yang Sauber sedang mencari seorang pemandu yang akan menggantikan Kimi Räikkönen yang akan meninggalkan pasukan dengan Alonso, walaupun menghadapi persaingan untuk mendapatkan kerusi perlumbaan itu daripada Felipe Massa dan pemandu ujian Jaguar, André Lotterer.[23] Sebulan kemudian ia disahkan bahawa Massa akan mengambil tempat duduk kosong itu di Sauber bagi tahun 2002.[24]
Pada bulan September, pengurus pasukan Benetton, Flavio Briatore, telah mula merancang untuk memasukkan Alonso di Benetton. Briatore dianggap mempromosikan Alonso bagi tahun 2002, untuk menggantikan Jenson Button, tetapi sebaliknya memilih untuk mengambil Alonso sebagai pemandu ujian di Renault pada tahun 2002.[22] Pada perlumbaan penutup tirai musim ini di Suzuka, beliau mendapat tempat kesebelas, di hadapan pemandu Prost, Heinz-Harald Frentzen, pemandu BAR, Olivier Panis, di hadapan kedua-dua pemandu Arrows, dan rakan sepasukan, Alex Yoong.[22] Empat tahun kemudian, bos pasukan dari hari-harinya di Minardi, Paul Stoddart, menyifatkan perlumbaan itu sebagai "53 pusingan kelayakan".[25] Alonso gagal mendapat sebarang mata pada musim ini dan menamatkan kejuaraan tahun ini di belakang rakan sepasukan, Tarso Marques; dan keputusan terbaik Alonso adalah tempat kesepuluh di Grand Prix Jerman.
Renault (2003–2006)
sunting2003
suntingAlonso menjadi pemandu ujian untuk Renault pada tahun 2002 (setelah Renault mengambil alih pasukan Benetton) dan melakukan 1,642 pusingan ujian pada tahun itu. Pada tahun 2003, Briatore menggugurkan Button dan menjadikan Alonso sebagai pemandu kedua, dan memandu bersama Jarno Trulli.[22] Briatore telah dikritik oleh media British setelah membuat keputusan tersebut, tetapi pengarah teknikal, Mike Gascoyne, berkata kepada F1 Racing bahawa keputusan itu adalah betul, kerana pasukan kagum dengan kerja dan bakat Alonso ketika menjadi pemandu ujian.
Alonso menjadi pemandu yang termuda untuk mendapat petak pertama dalam Formula Satu di Grand Prix Malaysia. Beliau mendapat tempat kedua di Grand Prix Sepanyol, dan kemudiannya menjadi pemandu yang termuda pada masa itu untuk memenangi sebuah perlumbaan Formula Satu, selepas memenangi Grand Prix Hungary. Beliau mendapat tempat keenam dalam kejuaraan pemandu, dengan 55 mata dan empat keputusan podium.
2004
suntingAlonso kekal bersama Renault untuk musim 2004, dan mendapat podium di Australia, Perancis, Jerman dan Hungary. Di Indianapolis, beliau berada di tempat ketiga, namun mengalami kemalangan selepas tayar kereta Renault yang dipandunya kempis. Di Perancis, Alonso mendapat petak pertama, dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Michael Schumacher. Menjelang akhir tahun ini, prestasi rakan sepasukan, Jarno Trulli, merosot dan beliau tidak menjadikan ketua pasukan Renault, Flavio Briatore, sebagai pengurusnya. Hubungan Trulli dengan pasukan bertambah buruk selepas beliau menandatangani perjanjian untuk memandu bersama Toyota dari tahun 2005 dan seterusnya, dan digantikan untuk tiga perlumbaan terakhir musim ini oleh bekas juara dunia, Jacques Villeneuve. Alonso mendapat tempat keempat dalam kejuaraan dengan 59 mata.
2005
suntingUntuk musim 2005, Alonso telah disertai oleh pemandu Itali, Giancarlo Fisichella. Pada perlumbaan pembuka tirai di Australia, Alonso memulakan perlumbaan di tempat ke-13 selepas hujan melanda pada pusingan kelayakan tetapi akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.[26] Beliau memenangi dua perlumbaan seterusnya di Malaysia dan Bahrain dari petak pertama, dan memenangi perlumbaan ketiganya di Grand Prix San Marino selepas bersaing dengan Michael Schumacher.[27]
Prestasi McLaren yang meningkat menyaksikan Räikkönen memenangi perlumbaan di Sepanyol dan Monaco, manakala Alonso mendapat tempat kedua dan keempat, masing-masing. Räikkönen juga berpeluang untuk memenangi Grand Prix Eropah di Nürburgring, namun ampaian depan belah kanan keretanya patah, dan Alonso memenangi perlumbaan ini.
Alonso gagal untuk mendapat mata di Kanada dan Amerika Syarikat. Beliau terbabas di Kanada, dan di Amerika Syarikat, kesemua pasukan yang menggunakan tayar Michelin menarik diri kerana bimbang akan keselamatan tayar mereka. Alonso merampas petak pertama dan memenangi perlumbaan kelimanya di Grand Prix Perancis. Beliau mendapat petak pertama seminggu kemudian di Grand Prix British, di mana beliau mendapat tempat kedua, di belakang Juan Pablo Montoya. Pemandu McLaren, Kimi Räikkönen, mendahului Grand Prix Jerman sehinggalah keretanya mengalami kegagalan hidraulik. Alonso kemudiannya memenangi perlumbaan ini.
Alonso mendapat tempat keenam pada pusingan kelayakan di Grand Prix Hungary, tetapi menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas selepas berlanggar dengan pemandu Toyota, Ralf Schumacher. Selepas perlumbaan ini, Alonso mendapat tempat kedua dalam tiga perlumbaan seterusnya, dan mengumpul mata kejuaraan yang penting. Räikkönen menang di Turki dan Belgium, tetapi mendapat tempat keempat di Monza selepas mengalami masalah enjin pada pusingan kelayakan.
Alonso memenangi kejuaraan tahun tersebut dengan mendapat tempat ketiga di Brazil, di mana Montoya menamatkan perlumbaan di hadapan Räikkönen. Alonso menjadi Juara Pemandu Dunia yang paling muda, pada usia 24 tahun dan 59 hari, dan memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Emerson Fittipaldi. Beliau juga menamatkan dominasi lima tahun Michael Schumacher.[28]
Mengulas mengenai kemenangan itu, beliau berkata: "Saya hanya mahu untuk mendedikasikan kejuaraan ini kepada keluarga saya, dan semua rakan-rakan rapat saya yang telah menyokong saya sepanjang kerjaya saya. Sepanyol bukanlah sebuah negara dengan budaya F1, dan kami terpaksa berjuang bersendirian, setiap langkah perjalanan, untuk membuatkan ini berlaku. Sebuah ucapan terima kasih juga diberikan kepada pasukan - merekalah yang terbaik dalam Formula Satu, dan kita telah melakukan ini bersama-sama. Ia akan mengatakan bahawa saya ialah juara dunia, tetapi kita semua adalah juara - dan mereka berhak atas kejuaraan ini".
Pada tahun 2005, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Putera Sukan Asturias.[29]
2006
suntingAlonso memenangi perlumbaan pembuka tirai musim 2006 di Bahrain, dengan memintas Michael Schumacher selepas keluar dari lorong pit dengan baki 18 pusingan, selepas memulakan perlumbaan di tempat keempat. Beliau memulakan perlumbaan di tempat ketujuh di Grand Prix Malaysia selepas terdapat kesilapan dengan pengisian bahan api[30][31] tetapi menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang rakan pasukan, Giancarlo Fisichella. Beliau memenangi Grand Prix Australia selepas memintas pemandu Honda, Jenson Button.
Schumacher menang di San Marino, selepas Alonso gagal memintas Michael Schumacher pada perlumbaan tersebut. Schumacher menewaskan Alonso sekali lagi di Grand Prix Eropah selepas Alonso memulakan perlumbaan di petak pertama, tetapi Alonso bangkit kembali, dan menjadi pelumba Sepanyol yang pertama yang memenangi Grand Prix Sepanyol. Alonso mendapat petak pertama di Grand Prix Monaco selepas Schumacher diberikan penalti kerana "sengaja [memberhentikan] keretanya di litar dalam beberapa minit terakhir pada sesi kelayakan", untuk menggagalkan usaha pesaingnya, termasuk Alonso, untuk menetapkan masa pusingan kelayakan yang terpantas.[32] Alonso kemudiannya memenangi perlumbaan tersebut.
Alonso menang sekali lagi di Grand Prix British dan Kanada. Beliau memenangi kedua-dua perlumbaan tersebut selepas bermula dari petak pertama. Beliau juga menjadi pemandu pertama dalam sejarah untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama atau kedua dalam sembilan perlumbaan pertama musim ini, dan rekod ini kemudiannya dikongsi oleh Sebastian Vettel pada tahun 2011. Schumacher bangkit kembali selepas memenangi perlumbaan di Indianapolis, dan Alonso mendapat tempat kelima. Schumacher memenangi Grand Prix Perancis, dan Alonso mendapat tempat kedua. Alonso sekali lagi gagal untuk mendapat keputusan yang baik selepas hanya mampu mendapat tempat kelima di Grand Prix Jerman.[33] Ini menyebabkan Schumacher merapatkan kedudukannya dengan Alonso dalam kejuaraan kepada 11 mata.
Alonso diberikan penalti selepas menyebabkan sebuah pelanggaran pada sesi latihan bebas di Grand Prix Hungary dan menyebabkan beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-15.[34] Schumacher memulakan perlumbaan di tempat kesebelas selepas menerima penalti yang sama.[35] Alonso hampir memenangi perlumbaan ini, selepas memintas beberapa pemandu, termasuk Schumacher, tetapi terbabas daripada perlumbaan apabila nat roda keretanya jatuh selepas perhentian pit. Schumacher mendapat satu mata selepas Robert Kubica disingkirkan selepas perlumbaan.[36]
Beliau mendapat tempat kedua di Turki, manakala Schumacher mendapat tempat ketiga. Di Grand Prix Itali, beliau mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan, namun diberikan penalti kerana menghalang pemandu Ferrari Felipe Massa,[37] dan memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh.[38] Dalam perlumbaan, beliau beraksi dengan baik dan berada di tempat ketiga sebelum kegagalan enjin memaksanya untuk bersara. Schumacher memenangi Grand Prix ini dan berada dua mata di belakang Alonso dalam kejuaraan pemandu.
Pada perlumbaan berikutnya di China, Alonso mendapat petak pertama pada pusingan kelayakan yang dilanda hujan tetapi menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Schumacher. Selepas perlumbaan ini, Alonso dan Schumacher terikat dengan mata yang sama dalam kejuaraan pemandu. Di Grand Prix Jepun, kedua-dua pemandu Ferrari, Schumacher dan Massa, memulakan perlumbaan di petak hadapan. Alonso dan Fisichella pula memulakan perlumbaan di tempat kelima dan keenam masing-masing. Namun begitu, Alonso memenangi perlumbaan selepas masalah enjin memaksa Schumacher bersara. Ia memberikan Alonso kelebihan sepuluh mata kepada Schumacher, dan hanya memerlukan satu mata sahaja pada perlumbaan penutup tirai untuk mempertahankan kejuaraannya. Alonso mendapat tempat kedua di Grand Prix Brazil pada 22 Oktober, dan berjaya mempertahankan kejuaraannya. Dengan Schumacher mendapat tempat keempat, perbezaan mata terakhir adalah 13 mata. Alonso menjadi juara dunia berganda termuda dalam sejarah sukan itu. Renault juga memenangi Kejuaraan Pengeluar dengan perbezaan 5 mata ke atas Ferrari.
McLaren (2007)
suntingPada 19 Disember 2005, Alonso mengumumkan bahawa beliau akan menyertai McLaren bagi tahun 2007.[39] Kontraknya bersama Renault telah ditetapkan untuk berakhir pada 31 Disember 2006. Walau bagaimanapun, pada 15 Disember 2006, Alonso telah dibenarkan oleh Flavio Briatore dan Renault F1 untuk menguji selama sehari bersama McLaren di Jerez. Beliau memandu kereta MP4-21 yang tidak diletakkan apa-apa pelekat penaja dan memakai topi keledar dan pakaian putih, serta melengkapkan 95 pusingan.[40] Lewis Hamilton telah dipilih sebagai rakan pasukan Alonso untuk musim ini. McLaren telah dilaporkan membayar Alonso sebanyak £ 20 juta (kira-kira $ 39 juta sekitar tahun 2007) pada musim 2007. Alonso memulakan kerjayanya bersama McLaren pada 15 Januari 2007, di jalan Valencia.
Pada 8 April 2007, pada perlumbaan keduanya untuk pasukan, Alonso memenangi perlumbaan pertamanya untuk McLaren, dan pasukan memenangi perlumbaan pertama mereka sejak tahun 2005, dengan mendahului majoriti pusingan di Grand Prix Malaysia. Seminggu kemudian di Sakhir, beliau mendapat tempat kelima, di belakang rakan sepasukan rookie beliau yang mendapat podium. Pada perlumbaan keempat musim ini di Sepanyol, iaitu perlumbaan tanah airnya, Alonso bermula di tempat kedua, tetapi berlanggar dengan Felipe Massa pada pusingan pertama, dan menyebabkan sedikit kerosakan kepada kereta dan menjatuhkannya ke tempat keempat, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Pada 27 Mei, Alonso memenangi perlumbaan keduanya untuk McLaren di Grand Prix Monaco, dengan mendapat petak pertama, pusingan terpantas. Di Nürburgring, beliau memenangi perlumbaan ketiganya pada musim ini dalam perlumbaan dramatik yang terjejas oleh hujan, dengan memintas Massa untuk mendahului perlumbaan dengan baki empat pusingan. Selepas kontroversi di Grand Prix Hungary, hubungan antara Alonso dan pasukannya merosot. Ia telah dilaporkan dalam media bahawa beliau tidak lagi bercakap dengan Hamilton,[41] dan ia telah menimbulkan spekulasi bahawa beliau mungkin akan meninggalkan McLaren pada akhir musim ini.[42] Pada 7 Ogos 2007, The Times melaporkan bahawa McLaren akan membenarkan Alonso meninggalkan pasukan itu pada akhir musim ini jika beliau mahu, dua tahun lebih awal daripada tarikh asal kontraknya.[43] Alonso kemudiannya mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan pemandu, berkongsi mata dengan rakan sepasukan, Hamilton, dan hanya satu mata di belakang Juara Dunia, Kimi Räikkönen (1-2-3 yang terdekat dalam sejarah Kejuaraan Pemandu Dunia).
Sebagai sebahagian daripada kontroversi pengintipan antara McLaren dan Ferrari, McLaren didapati bersalah kerana melanggar peraturan sukan FIA Perkara 151C, namun tidak dihukum kerana kekurangan bukti. Walau bagaimanapun, berikutan pengambilalihan bukti baru oleh FIA, satu perbicaraan telah diadakan pada 13 September. Bukti baru terdiri sebahagian besarnya daripada e-mel antara Alonso dan pemandu ujian, Pedro de la Rosa.[44] Berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Permotoran Sedunia FIA, pendengaran menyatakan bahawa Alonso dan de la Rosa telah memperoleh dan menggunakan data dan maklumat stategi teknikal Ferrari dari jurutera atasan McLaren, Mike Coughlan, melalui pekerja Ferrari, Nigel Stepney, termasuk semasa sesi ujian. Kedua-dua pemandu terselamat daripada dihukum kerana memberikan bukti.
Pada 2 November 2007, selepas setahun yang dipenuhi dengan cabaran bersama McLaren, ia telah diumumkan bahawa McLaren dan Alonso telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak dan bahawa beliau akan bebas untuk menyertai mana-mana pasukan bagi tahun 2008 tanpa membayar apa-apa pampasan kepada McLaren[45]
Renault (2008–2009)
sunting2008
suntingAlonso telah dikaitkan dengan beberapa pasukan untuk musim 2008 selepas berpisah dengan McLaren. Renault, Red Bull, Toyota dan Honda telah dicadangkan di dalam media. Ketua pasukan Renault, Flavio Briatore, menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan Alonso kembali kepada pasukan Perancis tersebut. Pada 10 Disember 2007, Alonso menandatangani kontrak dua tahun untuk memandu bersama Renault, dan beliau memandu bersama pemandu Brazil, Nelson Piquet, Jr. untuk sekitar £25 juta.[46][47]
Pada kedua-dua perlumbaan pertama musim 2008, Renault tidak berdaya saing seperti sebelum ini. Alonso mendapat tempat keempat dan kelapan di Australia dan Malaysia masing-masing, dan ia menimbulkan khabar angin bahawa Alonso akan meninggalkan Renault kerana kecewa dengan Renault dan akan menyertai BMW Sauber, Honda atau Toyota. Bos BMW, Mario Theissen, berminat untuk mendapatkan Alonso untuk menggantikan Nick Heidfeld untuk membantu pasukan memenangi perlumbaan pertama mereka. Khabar angin di Honda bermula apabila Alonso berkata dalam sebuah wawancara bahawa beliau merasakan ada sesuatu tentang Honda dan beliau mahu memandu untuk mereka pada tahun 2009 dan beralih kepada Ferrari pada tahun 2010. Toyota berkata mereka tidak sabar-sabar untuk menjadikan Alonso sebagai pemandu pertama mereka. Tetapi pasukan yang mungkin disertai oleh Alonso adalah Ferrari, di mana beliau mungkin akan menggantikan Felipe Massa di Ferrari pada tahun 2009, terutamanya dalam kepercayaan umum bahawa terdapat "fasal keluar" dalam kontrak Fernando Alonso dengan Renault yang akan memberikannya kebebasan untuk menyertai pasukan lain untuk musim yang akan datang. Walau bagaimanapun presiden Ferrari, Luca Cordero di Montezemolo menyatakan bahawa tempat Massa dalam pasukan selamat dan akan kekal begitu sehingga kontraknya pada tahun 2010.[48] Räikkönen juga diberikan lanjutan kontrak dua tahun, dan akan terus menjadi rakan sepasukan Massa sehingga akhir tahun 2010,[49] dan kedua-dua berita tersebut telah menutup pintu pintu kepada Alonso untuk menyertai Ferrari. Pada tahun 2008, Alonso menafikan khabar angin "fasal keluar".
Di Grand Prix Bahrain, Lewis Hamilton merempuh ke belakang Alonso, dan merosakkan sayap belakang kereta pemandu Sepanyol itu, serta kon hidung Hamilton sendiri. Steward tidak berusaha untuk menyiasat kejadian itu tetapi pengkritik mendakwa yang Alonso sengaja menekan brek keretanya (atau tidak melajukan kereta seperti yang dijangkakan) di hadapan Hamilton, dan menyebabkan Hamilton merempuh Alonso.[50] Data telemetri dari kereta Alonso membuktikan tuduhan-tuduhan tersebut adalah salah.[51] Hamilton sendiri menyatakan, "Saya berada di belakang Alonso, dan saya berpindah ke sebelah kanan, dan beliau berpindah ke sebelah kanan dan itu sahajalah - saya rasa ia satu insiden perlumbaan".[52] McLaren kemudiannya mendedahkan bahawa sayap depan Hamilton, yang telah rosak apabila beliau berlanggar dengan Alonso pada awal perlumbaan, telah patah beberapa saat sebelum kejadian tersebut berlaku, dan ia dikenal pasti sebagai punca kemalangan. Alonso memulakan Grand Prix Sepanyol dengan peluang yang cerah, dengan memulakan perlumbaan di barisan hadapan, di tempat kedua, di belakang Kimi Räikkönen. Alonso berada di tempat kelima apabila enjin keretanya meledak pada pusingan ke-35. Beliau memuji pasukannya selepas mendapat tempat keenam di Grand Prix Turki, kerana beliau berada di belakang kereta BMW yang lebih berdaya saing pada akhirnya, dan mengatakan bahawa keputusan tersebut "mengesahkan kemajuan yang telah kita capai, dan terima kasih kepada kerja keras semua orang di dalam pasukan".
Alonso gagal untuk mendapat mata pada dua perlumbaan setersnya, dengan mendapat tempat kesepuluh di Grand Prix Monaco, selepas berlanggar dengan Nick Heidfeld dan bersara di Grand Prix Kanada selepas terhempas ke dinding pada pusingan ke-45, selepas memulakan perlumbaan di tempat keempat. Di Perancis, Alonso memulakan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang kedua-dua pemandu Ferrari, selepas dibantu oleh penalti yang berikan kepada Lewis Hamilton kerana menyebabkan kemalangan di lorong pit di Kanada. Walau bagaimanapun, beliau menamatkan perlumbaan di belakang rakan sepasukan, Piquet, Jr. di tempat kelapan.
Alonso mendapat tempat keenam di Silverstone, selepas memulakan perlumbaan di tempat yang sama. Walaupun mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan di Grand Prix Jerman, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas selepas berlanggar dengan pemandu Williams, Nico Rosberg. Di Grand Prix Hungary, beliau mendapat tempat keempat selepas memulakan perlumbaan di tempat ketujuh.
Di Grand Prix Eropah, Alonso beraksi dengan kukuh dalam ketiga-tiga sesi latihan dan pusingan kelayakan bahagian pertama. Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk membuat melepasi pusingan kelayakan bahagian kedua, dan memulakan perlumbaan di tempat ke-12. Pada pusingan pembukaan, Alonso telah dilanggar oleh Kazuki Nakajima, dan terpaksa bersara daripada perlumbaan. Di Belgium, Alonso memasuki pit untuk bertukar kepada tayar cuaca hujan dengan baki satu pusingan, dan akhirnya memintas Kubica dan Sebastian Vettel pada selekoh terakhir untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Di Grand Prix Itali, Alonso mendapat tempat keempat sekali lagi, dan Renault menyamakan kedudukan mereka bersama Toyota dalam kejuaraan pengeluar.
Alonso mendapat podium dan memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini dengan memenangi Grand Prix Singapura. Selepas beraksi dengan kukuh pada sesi latihan, masalah tekanan bahan api pada pusingan kelayakan bahagian kedua menyebabkan Alonso memulakan perlumbaan di tempat ke-15. Dalam perlumbaan, beliau memulakan perlumbaan dengan menggunakan tayar sebatian lembut, dan keretanya diisi dengan bahan api yang sedikit. Alonso memasuki pit selepas beliau sedar strategi ini tidak akan berjaya. Walau bagaimanapun, rakan sepasukan, Piquet, terbabas dan menyebabkan kereta keselamatan dikeluarkan. Apabila pelumba-pelumba yang berada di hadapan memasuki pit selepas lorong pit dibuka semula, mereka menyertai semula di belakang pelumba-pelumba yang telah berhenti. Ini menyebabkan Alonso berada di tempat keenam teratas, dan akhirnya memenangi perlumbaan, dan ia merupakan kemenangan ke-20 dan podium ke-50 dalam kerjayanya. Pada bulan September 2009, selepas digugurkan oleh Renault, Piquet berkata, kemalangan itu disengajakan dan telah diminta oleh Flavio Briatore dan Pat Symonds. Alonso diisytiharkan tidak bersalah oleh siasatan FIA berikutnya.
Di Grand Prix Jepun, beliau memulakan perlumbaan di tempat keempat.[53] Dengan menggunakan strategi dua perhentian pit, Alonso memenangi perlumbaan keduanya berturut-turut, di hadapan Kubica dan Räikkönen. Pada dua perlumbaan terakhir pada musim ini di China dan Brazil, Alonso mendapat tempat keempat dan kedua masing-masing. Dalam lapan perlumbaan terakhir musim ini, Alonso mendapat 48 mata, iaitu lebih daripada mana-mana pemandu yang lain (dalam tempoh yang sama, Massa mendapat 43 mata dan Hamilton mendapat 40 mata). Beliau menamatkan musim di tangga kelima dalam kejuaraan dengan 61 mata, dan membantu Renault menadat tempat keempat dalam kedudukan pengeluar dengan 80 mata, di hadapan pasukan yang mendapat tempat kelima, Toyota.
Pada 5 November, Flavio Briatore mengesahkan bahawa Renault telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak dua tahun Alonso yang asal, dan ia menamatkan spekulasi mengenai Alonso menyertai Ferrari dan kontrak "fasal keluar" Renault.
2009
suntingRenault R29 yang baru tidak memenuhi jangkaan Alonso pada awal tahun ini, selepas ia beraksi dengan baik dalam ujian musim sejuk, walaupun pada hakikatnya tiada masalah kebolehpercayaan yang besar mengenai kereta tersebut. Untuk tahun kedua berturut-turut, Nelson Piquet, Jr. menjadi rakan sepasukannya.
Di Grand Prix Australia, beliau mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama dan mendapat manfaat daripada kereta keselamatan pada saat-saat akhir, berikutan perlanggaran Robert Kubica dan Sebastian Vettel, dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Walaupun gembira dengan mendapat mata, beliau "kecewa" dengan cara sistem KERS keretanya berfungsi semasa perlumbaan. Beliau gagal mendapat mata di Malaysia (kesebelas) dan China (kesembilan, selepas memulakan perlumbaan di tempat kedua), serta menamatkan kedua-dua perlumbaan lebih daripada satu minit di belakang pemenang.
Beliau mendapat tempat kelapan di Grand Prix Bahrain, walaupun bergelut dengan botol minuman yang pecah semasa perlumbaan, yang menyebabkan beliau rebah semasa ditemu bual selepas perlumbaan. Di Sepanyol, beliau mendapat tempat kelima, selepas memintas Felipe Massa pada pusingan terakhir. Di Monaco, Alonso mendapat manfaat selepas Heikki Kovalainen dan Sebastian Vettel bersara, dan mendapat tempat ketujuh, setelah memulakan perlumbaan di tempat kesembilan.
Beliau gagal untuk mendapat sebarang mata di Turki, selepas mendapat kesepuluh, manakala di Britain, beliau jatuh beberapa tempat pada awal perlumbaan, dan akhirnya menamatkan perlumbaan dua tempat di belakang rakan sepasukan, Piquet. Di Nurburgring, Alonso jatuh beberapa tempat pada selekoh pertama, dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, dan mengejar kedua-dua pemandu Brawn, Jenson Button dan Rubens Barrichello, pada saat-saat akhir. Alonso juga menetapkan masa pusingan terpantas pada perlumbaan ini.
Di Hungary, beliau mendapat petak pertama yang terakhirnya untuk Renault pada musim ini (selepas menggunakan bahan api yang sedikit), namun krew pitnya tidak memasang tayar keretanya dengan betul ketika keretanya diservis di pit. Selepas menggantikan tayar tersebut, Alonso bersara selepas mengalami masalah pam bahan api. Di Valencia, beliau mendapat tempat keenam, namun masa pusingan perlumbaan Alonso adalah lebih perlahan daripada rakan sepasukannya yang baru, Romain Grosjean, yang menggantikan Piquet yang dipecat.
Alonso terpaksa bersara di Belgium selepas hampir mengalami kejadian tayar yang sama di Hungary, namun kali ini tayarnya rosak selepas berlanggar dengan pemandu Force India, Adrian Sutil, pada pusingan pertama. Renault memilih untuk membawa Alonso ke pit dan bersara untuk mengelakkan kejadian di Hungary berulang lagi. Di Monza, Alonso mendapat tempat kelima, dan memintas pemandu McLaren, Heikki Kovalainen, dalam perlumbaan, walaupun sekali lagi mengadu tentang sistem KERS keretanya, terutama selepas memulakan perlumbaan dengan teruk.
Beliau kemudiannya mendapat tempat ketiga di Singapura. Walau bagaimanapun, ini adalah satu-satunya keputusan podium untuk Renault pada tahun 2009, setahun selepas peristiwa Crashgate. Secara berkontroversi, Alonso memdedikasikan podium tersebut kepada bekas ketua pasukan Renault, Flavio Briatore, dengan berkata "beliau adalah sebahagian daripada kejayaan kami hari ini".[54]
Di Jepun, beliau diberikan penalti lima petak kedudukan kerana gagal untuk memperlahankan keretanya di bawah keadaan bendera kuning selepas Sébastien Buemi terbabas. Kereta R29 mengecewakan Alonso sekali lagi, apabila beliau hanya mampu untuk mendapat tempat kesepuluh selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-16, walaupun kereta keselamatan dikeluarkan pada saat-saat akhir selepas Jaime Alguersuari terbabas. Di Brazil, beliau bersara pada pusingan pertama selepas Adrian Sutil dan Jarno Trulli berlanggar, dan Alonso kemudiannya berlanggar dengan Sutil, dan memaksa beliau untuk bersara.
Di Abu Dhabi, beliau mendapat tempat ke-14, selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Selepas perlumbaan, beliau memberikan penghormatan kepada Renault, dan berkata bahawa beliau mahu "mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan untuk segala-galanya yang telah kita capai bersama-sama", dan mahu menumpukan perhatian kepada zaman positifnya bersama Renault, termasuk memenangi kejuaraan tahun 2005 dan 2006. Beliau mendapat tempat kesembilan dalam kejuaraan pemandu, dan menyumbangkan kesemua 26 mata Renault pada musim ini. Hasilnya, Renault hanya mendapat tempat kelapan dalam kejuaraan pengeluar, di hadapan kedua-dua pasukan Force India dan Toro Rosso.
Ferrari (2010–kini)
sunting2010
suntingSetelah berspekulasi,[55] pada 30 September 2009, Alonso telah disahkan sebagai penganti Kimi Räikkönen di pasukan Ferrari, dan menjadi rakan sepasukan Felipe Massa,[56] dan keputusan ini dikenali sebagai "rahsia F1 yang paling buruk disimpan".[57] Beliau menandatangani kontrak tiga tahun (2010-2012),[58]. Walaupun kontrak tersebut dikatakan telah ditandatangani seawal bulan Julai 2008,[57] Alonso mengesahkan bahawa beliau mempunyai perjanjian musim panas 2009 dengan Ferrari untuk permulaan musim 2011, yang kemudiannya telah ditukar kepada musin 2010.[59] Ferrari dan Räikkönen, yang digantikan oleh Alonso, telah bersetuju untuk menamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.[58][60] Walaupun ia telah melaporkan bahawa kontrak Alonso bernilai sebanyak €25 juta setiap musim,[61] Ferrari mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat keraguan mengenai jumlah gaji yang ditawarkan, dengan menyatakan bahawa "jumlah berikut benar-benar tiada kaitan dengan realiti."[62] Ferrari juga menimbulkan keraguan mengenai "kedatangan juruteknik" dengan Alonso.[62]
Pada perlumbaan pembuka tirai di Bahrain, Alonso memulakan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang rakan sepasukan, Massa, dan pemandu yang mendapat petak pertama, Sebastian Vettel. Pada permulaan, Alonso memintas Massa, dan pendahulu perlumbaan, Vettel, mengalami masalah enjin dan jatuh ke tempat keempat dan Alonso memenangi perlumbaan ini, dan menjadi orang kelima untuk menang pada kemunculan pertama mereka untuk Ferrari selepas Juan Manuel Fangio pada tahun 1956, Mario Andretti pada tahun 1971, Nigel Mansell pada tahun 1989, dan Kimi Räikkönen pada tahun 2007. Rakan sepasukan, Massa, mendapat tempat kedua, manakala bekas rakan sepasukan Alonso, Lewis Hamilton, mendapat tempat ketiga.[63]
Di Grand Prix Australia, Alonso melayakkan diri di tempat ketiga, di belakang kedua-dua pemandu Red Bull Sebastian Vettel dan Mark Webber. Pada permulaan, di litar yang lembap, Alonso telah dilanggar oleh Jenson Button, dan menyertai semula di tempat terakhir. Alonso bangkit kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan menamatkan perlumbaan hanya dua saat di belakang rakan sepasukan, Felipe Massa.
Di China, Alonso sekali lagi memulakan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang Vettel dan Webber. Alonso 'bermula lompat', dan kemudiannya menerima penalti pandu-lalu pit, yang menyebabkan beliau jatuh ke tempat ke-15, dan berada lebih daripada satu minit di belakang pendahulu perlumbaan, Nico Rosberg. Namun begitu, Alonso beraksi dengan baki dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Siri perlumbaan di benua Eropah bermula di Sepanyol, di mana Alonso mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan, di belakang kedua-dua pemandu Red Bull dan bekas rakan pasukannya dari McLaren, Hamilton. Alonso berada di tempat keempat dengan baki 15 pusingan terakhir, dan kemudiannya berada di tempat ketiga selepas Vettel mengalami masalah brek yang memaksa beliau untuk pergi ke pit untuk melakukan perhentian pit tambahan, dan kemudiannya berada di tempat kedua apabila Hamilton bersara pada pusingan kedua terakhir. Beliau mendapat tempat kedua, sekali gus mendapat podium pertamanya selepas menang di Bahrain. Di Monaco, Alonso terbabas pada sesi latihan bebas dan tidak dapat mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan. Beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-24 dan terakhir tetapi berjuang sehingga ke tempat keenam. Pada pusingan terakhir, Michael Schumacher, memintas Alonso di bawah keadaan kereta keselamatan untuk mendapat tempat keenam, tetapi kemudiannya diberikan penalti, dan tempat keenam tersebut diberikan kembali kepada Alonso.
Di Grand Prix Kanada, Alonso mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan, dan kemudiannya dinaikkan ke tempat ketiga selepas Mark Webber diberikan penalti kerana menukar kotak gear. Beliau mendapat tempat ketiga selepas bertarung dengan kedua-dua pemandu McLaren dan Red Bull, dan hanya mendapat podium keduanya selepas memenangi Grand Prix Bahrain. Pada perlumbaan seterusnya di Grand Prix Eropah, Alonso mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan, namun menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Di Grand Prix British di Silverstone, Alonso memulakan perlumbaan di tempat ketiga. Walau bagaimanapun, masalah klac pada permulaan menyebabkan Alonso jatuh beberapa tempat sebelum selekoh pertama. Alonso kemudiannya diberikan penalti pandu-lalu kerana memintas Kubica secara tidak sah dan kemudiannya mengalami pancit, dan Alonso menamatkan perlumbaan di tempat keempat belas, satu minit di belakang pemenang, Mark Webber.
Di Grand Prix Jerman di Hockenheim, Alonso hampir mendapat petak pertama, dengan menetapkan masa pusingan 0.002 saat lebih perlahan daripada Vettel, Massa bermula di tempat ketiga. Dalam perlumbaan, Vettel memulakan permulaan dengan teruk dan menolak Alonso ke arah dinding. Ini mencipta peluang bagi Massa, yang kemudiannya memintas kedua-dua mereka sebelum selekoh pertama, dengan Alonso dan Vettel di tempat kedua dan ketiga masing-masing. Alonso kemudian memintas Massa dalam keadaan kontroversi dan Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat 1-2. Di Grand Prix Hungary, Alonso memulakan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang kedua-dua pemandu Red Bull, Vettel dan Webber. Pada permulaan, Alonso memintas Webber dan bersaing dengan Vettel ke selekoh pertama, namun beliau keluar dari pit di belakang Webber, tetapi dapat memintas Vettel selepas beliau diberikan penalti pandu-lalu. Alonso akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Di Belgium, keputusan kelayakan Alonso amatlah mengecewakan, dengan mendapat tempat kesepuluh. Apabila perlumbaan bermula, Alonso dilanggar dari belakang oleh pemandu Williams, Rubens Barrichello. Alonso pulih kembali dan berada di tempat kelapan sebelum terbabas pada saat-saat akhir.
Di Grand Prix Itali, Alonso mendapat petak pertama, di hadapan Jenson Button, tetapi dipintas oleh Button di selekoh pertama. Alonso dan Massa mengejar pemandu McLaren tersebut sehingga beliau memasuki pit. Alonso memasuki pit pada pusingan seterusnya, dan Alonso keluar dari pit bersebelahan dengan Button, dan kemudiannya memintas Button di selekoh pertama. Alonso memenangi perlumbaan ke-24 dalam kerjayanya, dan yang ketiga pada musim ini, dan ia merupakan kemenangan Ferrari yang pertama di Monza sejak tahun 2006. Sebagai bonus tambahan, Alonso juga mendapat masa pusingan terpantas, dan mendapat hat-trick (petak pertama, kemenangan dan pusingan terpantas). Di Grand Prix Singapura, Alonso mendapat petak pertama, di hadapan Vettel, kedua-dua pemandu McLaren, pemandu Red Bull kedua dan pendahulu kejuaraan, Webber. Apabila perlumbaan bermula, Alonso bermula dengan baik dan berada di hadapan Vettel ke selekoh pertama. Alonso menerima tekanan daripada Vettel dari mula, dan melintasi garisan kurang daripada 0.3 saat di hadapan pemandu Red Bull tersebut. Sekali lagi, Alonso menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan pada saat-saat akhir. Di Jepun, Alonso mendapat tempat ketiga, di belakang Vettel dan Webber, dan menang di Korea selepas Vettel bersara setelah mengalami masalah enjin. Beliau juga mendapat lima masa pusingan terpantas pada tahun ini, dan ia adalah cukup bagi Alonso untuk memenangi anugerah DHL Fastest Lap Award 2010 selepas pengiraan semula dengan Lewis Hamilton.[64]
Di Abu Dhabi, Alonso memasuki acara tersebut dengan mendahului kejuaraan sebanyak lapan mata, dan memulakan perlumbaan di tempat ketiga. Pada awal perlumbaan, beliau kehilangan tempat tersebut kepada Button dan satu kesilapan strategi oleh Ferrari menyebabkan Alonso menghabiskan baki perlumbaan di belakang Vitaly Petrov, dan gagal untuk memenangi kejuaraan dunia tahun tersebut, yang dimenangi oleh Sebastian Vettel.
2011
suntingAlonso memulakan musim ini dengan mendapat tempat keempat di Australia, dengan menamatkan perlumbaan setengah minit di belakang pemenang, Sebastian Vettel. Beliau kemudiannya mendapat tempat keenam dan ketujuh di Malaysia dan China, di mana beliau diatasi oleh rakan sepasukan, Massa, dalam kedua-dua perlumbaan. Beliau mendapat podium pertamanya pada musim ini dengan mendapat ketiga di Grand Prix Turki, setelah berada di tempat kedua sebelum dipintas oleh Mark Webber pada pusingan ke-51. Sebelum berlumba di Grand Prix Sepanyol, beliau melanjutkan kontraknya bersama Ferrari untuk empat tahun tahun, sehingga akhir tahun 2016.[65] Di Sepanyol, Alonso mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan, dan mendahului perlumbaan ke selekoh pertama. Walau bagaimanapun, beliau telah dipintas oleh kedua-dua pemandu Red Bull selepas perhentian pit pertama, dan akhirnya mendapat tempat kelima, dan menamatkan perlumbaan satu pusingan di belakang pemenang. Di Monaco, Alonso memulakan perlumbaan di tempat keempat, dan beraksi dengan baik dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Alonso terpaksa bersara di Kanada selepas berlanggar dengan Button. Beliau bangkit semula untuk mendapat tempat kedua di Valencia. Di Grand Prix British, sistem peresap yang berkontroversi telah diharamkan buat sementara waktu, dan ini memberikan kelebihan kepada Ferrari berbanding dengan pesaing-pesaingnya. Alonso berada di tempat kedua, di belakang Vettel dalam perlumbaan, sehinggalah satu kesilapan daripada mekanik Red Bull pada perhentian pit menyebabkan Alonso mendahului perlumbaan, dan beliau kemudiannya memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini. Alonso mendapat tempat kedua di Jerman, selepas bertarung dengan Lewis Hamilton dan Mark Webber. Beliau mendapat podium keempatnya berturut-turut dengan mendapat tempat ketiga di Hungary, sebelum mendapat tempat keempat di Belgium, selepas dipintas oleh Webber dan Button pada saat-saat akhir. Alonso mendahului Grand Prix Itali ke selekoh pertama, tetapi kemudiannya dipintas oleh Vettel dan Button. Alonso mendapat tempat kedua, di belakang Button di Jepun, dan mendapat tempat ketiga di India dan kedua di Abu Dhabi. Alonso mengakhiri musim ini dengan mendapat keempat di Brazil, dan akhirnya berada di tangga keempat dalam Kejuaraan Pemandu, dan kehilangan tempat ketiga kepada Webber dengan hanya satu mata, selepas Webber memenangi perlumbaan tersebut.
2012
suntingSetelah menandatangani kontrak lanjutan pada musim 2011, Alonso kekal bersama Ferrari bagi musim 2012.[65] Pada sesi kelayakan untuk Grand Prix Australia 2012, Alonso mendapat tempat ke-12 selepas terbabas pada sesi kelayakan bahagian kedua. Beliau berjuang dalam perlumbaan untuk mendapat tempat kelima. Pada perlumbaan seterusnya di Malaysia, prestasi kereta Ferrari yang teruk sekali lagi menyebabkan Alonso memulakan perlumbaan di kesembilan. Walau bagaimanapun, dalam perlumbaan, yang bermula dalam keadaan hujan, Alonso mendahului perlumbaan pada pusingan ke-16. Pemandu Sauber, Sergio Pérez, mula mengejar Alonso, dan hampir memintas Alonso, namun beliau melakukan kesilapan, dan Alonso memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini. Alonso mendapat tempat ketiga di Grand Prix Monaco, dan beliau mendahului Kejuaraan Pemandu selepas perlumbaan. Walau bagaimanapun, Alonso mendapat tempat yang kelima di Grand Prix Kanada di belakang pemenang, Lewis Hamilton, dan Sebastian Vettel, yang mendapat tempat keempat. Ini menyebakan Alonso jatuh ke tangga kedua dalam kejuaraan, di belakang Hamilton.
Alonso kembali mendahului kejuaraan di Grand Prix Eropah, setelah memulakan perlumbaan di tempat kesebelas. Pada perlumbaan seterusnya di Silverstone, Alonso mendapat petak pertama Ferrari yang pertama sejak tahun 2010, dan memulakan perlumbaan di hadapan pemandu Red Bull, Mark Webber. Beliau menamatkan perlumbaan tiga saat di belakang Webber, di tempat kedua. Beliau sekali lagi bermula dari petak pertama di Grand Prix Jerman, dan memenangi perlumbaan tersebut.[66] Di Grand Prix Belgium, beliau terpaksa bersara setelah terlibat dalam sebuah kemalangan di selekoh pertama dengan empat pemandu lain. Di Grand Prix Jepun, Alonso telah dilanggar dari belakang pada selekoh pertama dan bersara. Beliau sekali lagi gagal untuk memenangi kejuaraan pemandu, selepas Sebastian Vettel memenangi kejuaraan tersebut pada perlumbaan penutup tirai di Brazil, dan Alonso berada 3 mata di belakang Vettel dalam kejuaraan.
2013
suntingAlonso memulakan musim ini dengan mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan di Australia; dan beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Di Malaysia, Alonso mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan. Di selekoh kedua, beliau melanggar Vettel dan ini menyebabkan sayap depan kereta Alonso mengalami kerosakan, dan pasukannya memberitahu kepada Alonso untuk terus berlumba, dan bukan masuk ke pit, dengan harapan sayap depan itu tidak akan patah, supaya Alonso dapat menggunakan tayar cuaca kering pada perhentian pit seterusnya. Walau bagaimanapun, pada permulaan pusingan kedua, sayap depan keretanya patah dan tersekat di bawah keretanya dan menyebabkan Alonso bersara. Alonso kemudiannya memenangi perlumbaan tuan rumahnya, iaitu Grand Prix Sepanyol, selepas bermula dari petak kelima; bagaimanapun, selepas gagal mendapat keputusan yang baik di Monaco, beliau jatuh 29 mata di belakang Vettel.
Rekod perlumbaan
suntingRingkasan kerjaya
suntingMusim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Euro Open by Nissan | Campos Motorsport | 15 | 6 | 6 | 5 | 8 | 164 | Pertama |
2000 | International Formula 3000 | Team Astromega | 9 | 1 | 1 | 2 | 2 | 17 | Ke-4 |
2001 | Formula Satu | European Minardi F1 Team | 17 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | Ke-23 |
2002 | Formula Satu | Mild Seven Renault F1 Team | Pemandu ujian | ||||||
2003 | Formula Satu | Mild Seven Renault F1 Team | 16 | 1 | 2 | 1 | 4 | 55 | Ke-6 |
2004 | Formula Satu | Mild Seven Renault F1 Team | 18 | 0 | 1 | 0 | 4 | 59 | Ke-4 |
2005 | Formula Satu | Mild Seven Renault F1 Team | 19 | 7 | 6 | 2 | 15 | 133 | Pertama |
2006 | Formula Satu | Mild Seven Renault F1 Team | 18 | 7 | 6 | 5 | 14 | 134 | Pertama |
2007 | Formula Satu | Vodafone McLaren Mercedes | 17 | 4 | 2 | 3 | 12 | 109 | Ke-3 |
2008 | Formula Satu | ING Renault F1 Team | 18 | 2 | 0 | 0 | 3 | 61 | Ke-5 |
2009 | Formula Satu | ING Renault F1 Team | 17 | 0 | 1 | 2 | 1 | 26 | Ke-9 |
2010 | Formula Satu | Scuderia Ferrari Marlboro | 19 | 5 | 2 | 5 | 10 | 252 | Ke-2 |
2011 | Formula Satu | Scuderia Ferrari | 19 | 1 | 0 | 1 | 10 | 257 | Ke-4 |
2012 | Formula Satu | Scuderia Ferrari | 20 | 3 | 2 | 0 | 13 | 278 | Ke-2 |
2013 | Formula Satu | Scuderia Ferrari | 12 | 2 | 0 | 1 | 7 | 169* | Ke-2 |
* Musim sedang dijalankan.
Keputusan lengkap Formula Satu
sunting(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
† Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.
Rujukan
sunting- ^ a b "Fernando Alonso signs to Aston Martin for 2023 on multi-year contract". formula1.com. 1 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2022. Dicapai pada 1 August 2022.
- ^ "Fernando Alonso". NNDB. Soylent Communications. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "Alonso joined Ferrari for three years". Institute for the Office The Indonesian National News, Reuters. 30 September 2009. Dicapai pada 1 Oktober 2009.
- ^ "Official --- Fernando Alonso Joins Ferrari for 2010". Motor Authority. 30 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-02. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "La Nueva España :: Galería[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa Sepanyol]] [[Category:Lang and lang-xx using deprecated ISO 639 codes|es]]". La Nueva España . 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-02. Dicapai pada 18 Mei 2013. URL–wikilink conflict (bantuan)
- ^ "The Hungarian Grand Prix 2003". Hungaroring Info. 24 Ogos 2003. Dicapai pada 2008-12-13.
- ^ .motoring.co.za /index.php?fSectionId=756&fArticleId=2453770 "Alonso gets pole in Malaysia" Check
|url=
value (bantuan). Motoring.co.za. 22 Mac 2003. Dicapai pada 18 Mei 2013. - ^ "tough Sebastian Vettel at Monza". detiksport. 14 September 2008. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ a b Urruty, Martín (26 November 2005). "De plebeyo a rey. Cómo llegó Alonso a ser el campeón más joven de la historia" (dalam bahasa Bahasa Sepanyol). ESPNdeportes. Dicapai pada 24 Mei 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Fernando Alonso. Biography" (dalam bahasa Bahasa Sepanyol). Biografías y Vidas. Dicapai pada 24 Mei 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d "Fernando Alonso – Best Racer Formula 1 (F1) in the World". Ain Sport.
- ^ "2007 FIA Gala Awards Gallery". The Official Formula 1 Website. Dicapai pada 24 Mei 2013.
- ^ "The girls in pole position". Mail on Sunday. Associated Newspapers. 24 Mei 2013. m/s. 34.
- ^ "Alonso confirms divorce". Planet F1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-14. Dicapai pada 24 Mei 2013.
- ^ Young, Byron (22 Mei 2011). "Fernando Alonso returns to live in Spain". Daily Mirror. Trinity Mirror. Dicapai pada 24 Mei 2013.
- ^ "Alonso Does Card Trick, Revealed New Press Secretary". autoevolution. Dicapai pada 24 Mei 2013.
- ^ "Fernando Alonso biography, net worth, quotes, wiki, assets, cars, homes and more". Rich Files.
- ^ Miguel Martinez (10 Mei 2005). "Una torre de Babel donde se habla en inglés". El Periódico de Aragón. Grupo Zeta. Dicapai pada 24 Mei 2013.(Sepanyol)
- ^ "Alonso has 'samurai' tattoo". MSN Sports. 26 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 2013-05-24.
- ^ "Fernando Alonso reveals his new tattoo". typicallyspanish.com. 2 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 2013-05-24.
- ^ http://grandprix247.com/2013/04/16/alonsos-model-girlfriend-dasha-kapustina-is-his-lucky-charm/
- ^ a b c d "Who's Who: Fernando Alonso". F1Fanatic.co.uk. 2006. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "Sauber chasing Alonso". GrandPrix.com. 11 September 2001. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "Sauber confirms Massa". GrandPrix.com. 12 Oktober 2001. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ Cooper, Steve (2007). "The hunter becomes the haunted". Autosport. 189 (10): 39. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Baynes, Dan (6 Mac 2005). "Fisichella Wins Season-Opening Australian Grand Prix". Bloomberg. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ Associated Press (8 Mei 2005). "Raikkonen denies Alonso at Spanish GP". NBC Sports (NBC). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-16. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "Brazilian GP – Sunday – Race Report". GrandPrix. 26 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-12. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "Fernando Alonso". The Price of Asturias Foundation. 2005. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- ^ "Qualifying – selected driver quotes". formula1.com. Formula One Administration. 18 Mac 2006. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Malaysian Grand Prix – selected driver quotes". formula1.com. Formula One Administration. 19 Mac 2006. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Schumacher is stripped of pole". formula1.com. Formula One Administration. 27 Mei 2006. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Renault on the ropes after Hockenheim?". formula1.com. Formula One Administration. 30 Julai 2006. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Alonso receives qualifying penalties". formula1.com. Formula Administration. 4 Ogos 2006. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Räikkonen steals pole in Hungary". The Official Formula 1 Website. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-15. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Hungarian Grand Prix 2006 review". F1Fanatic.co.uk. 6 Ogos 2006. Dicapai pada 19 Mei 2013.
- ^ "Fuming Alonso says F1 is no longer a sport". GPUpdate.net. 10 September 2006. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ "Alonso punished for blocking Massa". formula1.com. Formula One Administration. 9 September 2006. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ "Alonso in shock move to McLaren". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 19 Disember 2005. Dicapai pada 31 Oktober 2010.
- ^ "Jerez day four – Hamilton on form in Spain". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 18 Disember 2006. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ Knutson, Dan (10 Ogos 2007). "Alonso-Hamilton feud bubbled to surface, but is it over?". ESPN. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ "Alonso's future at McLaren in doubt". autosport.com. 6 Ogos 2007. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ Gorman, Edward (7 Ogos 2007). "McLaren may lose Alonso if he cannot work with Hamilton". The Times. London: Times Newspapers. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ "Letter confirms drivers had new evidence". autosport.com. 7 September 2007. Dicapai pada 7 September 2007.
- ^ "Alonso Press Release". Vodafone McLaren Mercedes. 2 November 2007. Dicapai pada 2 November 2007.[pautan mati kekal]
- ^ Fernando Alonso to re-sign for Renault Diarkibkan 2008-02-25 di Wayback Machine www.telegraph.co.uk. Diambil 20 Mei 2013
- ^ "Renault confirms 2008 driver line-up: Alonso and Piquet". gpupdate.net. GPUpdate. 10 Disember 2007. Dicapai pada 20 Mei 2013.
- ^ Lostia, Michele; Beer, Matt (24 Oktober 2007). "Di Montezemolo says Massa was his choice". Autosport.com. Dicapai pada 30 September 2009.
- ^ "Ferrari confirm Raikkonen to end of 2010". Formula1.com. 12 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-22. Dicapai pada 14 September 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Massa wins as Ferrari dominates in desert". ITV. 6 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-08. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Renault rubbish 'brake test' suggestions". Autosport. 6 April 2008. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ "Bahrain Grand Prix – selected driver quotes". Formula1.com. 6 April 2008. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Japanese Grand Prix BBC Sport. Diambil 21 Mei 2013.
- ^ Collantine, Keith (27 September 2009). "Alonso praises Briatore after podium". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 9 May 2010.
- ^ "Hamilton eyes Alonso-Ferrari F1 challenge". Orange Uganda. Orange. AFP. 10 September 2009. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Beer, Matt (30 September 2009). "Ferrari confirms three-year Alonso deal". Autosport.com. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b Benson, Andrew (30 September 2009). "Ferrari confirm capture of Alonso". BBC Sport. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b "Press Release". Scuderia Ferrari. Ferrari. 30 September 2009. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "Fernando Alonso to Ferrari.com: "Very happy and very proud"". Scuderia Ferrari. Ferrari. 30 September 2009. Dicapai pada 22 Jun 2013.
- ^ "Domenicali: "Alonso, the right choice for the future"". Scuderia Ferrari. Ferrari. 30 September 2009. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "Alonso 'to sign five-year F1 deal with Ferrari". AFP. 29 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-03. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ a b "Gold rush". Scuderia Ferrari. Ferrari. 30 September 2009. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ Benson, Andrew (14 Mac 2010). "Fernando Alonso leads Ferrari one-two in Bahrain". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 22 Mei 2013.
- ^ "DHL Fastest Lap Award – 2010 Results". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. Dicapai pada 23 Mei 2013.
- ^ a b "Fernando Alonso to stay at Ferrari until 2016". Formula1.com. Formula One Administration. 19 Mei 2011. Dicapai pada 24 Mei 2013.
- ^ "Masterful Alonso triumphs at Hockenheim". Formula1.com. Formula One Administration. 22 Julai 2012. Dicapai pada 24 Mei 2013.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Fernando Alonso. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Fernando Alonso |
- Laman sesawang rasmi Fernando Alonso
- Profil – dari Laman sesawang rasmi Formula 1
- Profil – dari Laman sesawang rasmi Scuderia Ferrari[pautan mati kekal]
- Statistik kerjaya Diarkibkan 2005-09-01 di Wayback Machine
- Statistik Fernando Alonso
- Fernando Alonso di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Fernando Alonso di Twitter
- Fernando Alonso di Facebook