Empayar British atau Empayar Inggeris (bahasa Inggeris: British Empire) merupakan empayar terbesar yang pernah didirikan dalam sejarah dan bagi masa yang lama menjadi kuasa dunia utama. Empayar ini merupakan hasil daripada Zaman Penemuan Eropah yang bermula dengan penerokaan maritim pada abad ke-15 kepada era penjajahan kuasa Eropah.

Empayar British
ايمڤاير بريتيش
Bendera Empayar British ايمڤاير بريتيش
Bendera
Kawasan-kawasan di dunia yang pada satu waktu sebahagian dari Empayar British. Kini wilayah luar negeri British digariskan dalam hijau.
Kawasan-kawasan di dunia yang pada satu waktu sebahagian dari Empayar British. Kini wilayah luar negeri British digariskan dalam hijau.

Menjelang tahun 1921, Empayar British meluaskan pengaruhnya terhadap lebih 458 juta orang, iaitu kira-kira 23% daripada populasi dunia.[1] Empayar ini meliputi lebih kurang 33 juta km²,[2] juga kira-kira ¼ daripada jumlah keluasan tanah di Bumi. Kesannya, peninggalan Empayar British meluas di merata dunia, dalam sistem perundangan dan kerajaan, amalan ekonomi, ketenteraan, pendidikan, sukan (seperti kriket, ragbi dan bola sepak), dan juga peluasan penggunaan bahasa Inggeris di seluruh dunia. Pada zaman kemuncak kuasanya, sering dikatakan bahawa "Matahari tidak akan terbenam di Empayar British" kerana empayarnya yang merentasi dunia memastikan bahawa matahari senantiasa bersinar pada sekurang-kurangnya salah satu daripada jajahan atau naungannya yang luas.[3]

Selama lima dekad selepas Perang Dunia II, kebanyakan jajahan empayar menjadi merdeka. Kebanyakannya terus menyertai Negara-negara Komanwel, sebuah pertubuhan bebas yang terdiri daripada negara-negara yang merdeka yang pernah dijajah British.

Asal (1497–1583)

sunting
 
Sebuah replika The Matthew, kapal John Cabot yang digunakan untuk perjalanan keduanya ke Dunia Baru

Asas Empayar British diletakkan pada masa sebelum pembentukan Great Britain, ketika England dan Scotland merupakan negara yang berasingan. Berikutan kejayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan luar negara, pada tahun 1496, Raja Henry VII mengarahkan John Cabot mengetuai pelayaran untuk mencari laluan ke Asia melalui Atlantik Utara. Cabot belayar pada tahun 1497, walaupun tidak mencapai misinya, berjaya mendarat di persisiran pantai Kanada kerana tersalah anggap (seperti Christopher Columbus lima tahun sebelumnya) dia berjaya sampai ke Asia.[4]. Tiada cubaan mendirikan koloni dibuat ketika itu. Cabot mengetuai satu lagi pelayaran ke Amerika pada tahun berikutnya tetapi berita mengenai pelayaran tidak diketahui.

Tiada percubaan susulan untuk mendirikan tanah jajahan British di luar negara dibuat sehingga pemerintahan Elizabeth I semasa dekad terakhir abad ke-16. Permusuhan dan persaingan antara Sepanyol yang bermazhab Roman Katolik dan England yang Protestan semasa Perang Inggeris-Sepanyol membawa kepada Raja England merestui privatir Inggeris seperti Sir John Hawkins dan Sir Francis Drake menyerang dan merompak pelabuhan Sepanyol di Amerika dan kapal yang kembali dari Lautan Atlantik yang sarat dengan barang berharga dari Dunia Baru. Pada masa yang sama, penulis berpengaruh seperti Richard Hakluyt dan John Dee (orang pertama yang menggunakan istilah “Empayar British”[5]) mendesak England mendirikan empayarnya sendiri untuk bersaing dengan Sepanyol dan Portugal. Pada masa itu, Sepanyol sudah bertapak kukuh di Amerika, Portugal pula sudah mempunyai kawasan perdagangan dan kota di Afrika, Brazil dan China, sementara Perancis sudah bertapak di Sungai Saint Lawrence yang kemudiannya dikenali sebagai Perancis Baru.

Ladang Ireland

sunting

Walaupun lambat dalam penjajahan luar negara berbanding dengan Sepanyol dan Portugal, England sudah terlibat dalam penjajahan domestik[6] ke atas Ireland. Pada kurun ke-16, Ladang Ireland, yang dijalankan oleh kolonis Inggeris menjadi pelapor kepada peluasan empayar luar negara,[7][8] dan beberapa orang yang terlibat dalam projek ini juga memainkan peranan dalam penjajahan awal Amerika Utara terutamanya kumpulan yang dikenali sebagai “orang Negara Barat” (West Country men),[9] yang termasuk Sir Humphrey Gilbert, Sir Walter Raleigh, Sir Francis Drake, Sir John Hawkins, Sir Richard Grenville dan Sir Ralph Lane. Selepas penaklukan Ireland oleh Oliver Cromwell, kebanyakan penduduk asal Ireland yang beragama Katolik dirampas tanah mereka oleh golongan Protestan dari England dan Scotland.

"Empayar British Pertama" (1583–1783)

sunting
 
Plak di St. John, Newfoundland, yang memperingati Gilbert sebagai pengasas Empayar British di luar negara.

Pada tahun 1578, Sir Humphrey Gilbert dianugerahkan paten oleh Ratu Elizabeth I untuk penemuan dan penjelajahan luar negara, yang kemudian belayar ke Hindia Barat dengan niat untuk melanun; dan dalam perjalanan pulang, mendirikan sebuah koloni di Amerika Utara. Ekspedisi ini pada mulanya gagal kerana cuaca buruk. Pada tahun 1583, Gilbert mencuba kali kedua dan kali ini ke pulau Newfoundland di mana dia secara rasmi menuntut pelabuhan St John's sebagai hak British. Gilbert meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke England dan digantikan oleh abang tirinya Walter Raleigh yang diberikan paten tersendiri oleh Elizabeth pada tahun 1584 dalam tahun yang sama terdirinya koloni di Roanoke, sekarang North Carolina.

Pada tahun 1603, Raja James VI dari Scotland menaiki takhta dan pada tahun 1604 menandatangani Perjanjian London yang menamatkan permusuhan dengan Sepanyol. Dengan wujudnya perdamaian dengan pesaing utamanya, perhatian Inggeris beralih kepada mendirikan koloninya sendiri di luar negara.[10] Walaupun permulaannya tidak begitu berjaya, Empayar British mula mengukuh semasa awal kurun ke-17 dengan penempatan di Amerika Utara dan pulau di Caribbean, serta penubuhan syarikat persendirian iaitu Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk berdagang di Asia. Zaman ini sehingga kehilangan 13 koloni berikutan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat pada akhir kurun ke-18, dirujuk sebagai ”Empayar British I”.[11]

Benua Amerika, Afrika dan perdagangan hamba

sunting

Kepulauan Caribbean pada mulanya menjadi koloni penting dan lumayan bagi British[12] hanya selepas beberapa cubaan penjajahan gagal. Cubaan untuk mendirikan koloni di Guiana pada tahun 1604 hanya bertahan selama dua tahun dan gagal dalam objektifnya mencari emas.[13] Koloni di St Lucia (1605) dan Grenada (1609) juga dengan cepat ditinggalkan tetapi penempatan berjaya didirikan di St. Kitts (1624), Barbados (1627) dan Nevis (1628). Tidak lama selepas itu, koloni-koloni mengamalkan sistem perladangan tebu yang terbukti berjaya digunakan oleh Portugis di Brazil yang bergantung pada buruh hamba – pada mulanya – kapal Belanda, untuk menjual hamba dan membeli gula. Untuk memastikan keuntungan yang banyak berada di tangan Inggeris, Parliamen mendekrikan pada tahun 1651 bahawa hanya kapal Inggeris boleh berdagang di koloni. Ini membawa kepada perseteruan dengan Belanda dan satu siri Perang Inggeris-Belanda tercetus yang akhirnya membawa kepada pengukuhan kuasa British di Amerika. Pada tahun 1655, British mengambil Jamaica daripada Sepanyol, dan pada tahun 1666 berjaya menjajah Bahamas.

 
Koloni British di Amerika Utara, sekitar tahun 1750. 1: Newfoundland; 2: Nova Scotia; 3: Koloni 13; 4: Bermuda; 5: Bahamas; 6: British Honduras; 7: Jamaica; 8: Lesser Antilles

Penempatan tetap British di luar negara didirikan pada tahun 1607 di Jamestown yang diketuai oleh Kapten John Smith dan diuruskan oleh Syarikat Virginia, dan cawangannya juga mendirikan satu koloni di Bermuda yang ditemui pada tahun 1609. Piagam syarikat dibatalkan pada tahun 1624 dan kawalan langsung diambil alih oleh kerajaan dan dengan itu tertubuhlah Koloni Virginia. Syarikat Newfoundland dibuat pada tahun 1610 dengan tujuan untuk mewujudkan penempatan tetap di Newfoundland tetapi gagal. Pada tahun 1620, koloni Plymouth dibentuk sebagai tempat perlindungan pelampau agama yang kemudian dikenali sebagai Pilgrim. Melarikan diri dari hukuman menjadi motif kebanyakan kolonis Inggeris yang sanggup menumpuh pelayaran melintasi lautan Atlantik yang sukar. Maryland dijadikan tempat perlindungan bagi penganut Katolik Rom (1634), Rhode Island (1636) sebagai koloni yang toleran kepada semua agama dan Connecticut (1639) untuk satu puak dari Protestan. Carolina pula didirikan pada tahun 1663. Pada tahun 1664, England mendapat koloni Belanda New Amsterdam (kemudian dinamakan semula sebagai New York) melalui perundingan berikutan Perang Inggeris-Belanda Kedua sebagai tukaran kepada Surinam. Pada tahun 1681, Pennsylvania ditubuhkan oleh William Penn.

Pada tahun 1695, Parlimen Scotland meluluskan piagam kepada Syarikat Scotland, yang meneruskan pembinaan penempatan di segenting Panama pada tahun 1698 dengan tujuan membina terusan di sana. Kepungan koloni Sepanyol di New Granada dan jangkitan malaria menyebabkan koloni ditinggalkan dua tahun kemudian. Peristiwa ini (yang dipanggil skema Darien) merupakan malapetaka kewangan yang besar kepada Scotland kerana satu perempat daripada modalnya hilang dalam usaha tersebut.

Koloni-koloni Amerika ini membekalkan tembakau, kapas dan beras di selatan dan peralatan tentera untuk kapal di utara, tetapi tidak begitu lumayan daripada koloni-koloni di Caribbean. Walaupun begitu koloni di Amerika mempunyai tanah pertanian yang besar dan baik serta menarik ramai imigran Inggeris yang sukakan cuaca yang sederhana.[14] Revolusi Amerika menyebabkan kerajaan bebas pada tahun 1775 untuk 13 koloni yang kemudiannya mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1776 untuk membentuk Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu dianggarkan antara 20 dan 30% penduduk masih taat setia kepada pemerintahan beraja British.[15][16] Negara baru ini terpaksa mempertahankan kemerdekaan mereka daripada tentangan Britain melalui Perang Kemerdekaan Amerika dan dengan kemenangan di medan perang mereka diiktiraf dalam Perjanjian Paris 1783. Peristiwa ini menjadi perang kemerdekaan yang pertama berjaya dalam sejarah menentang penjajah.[17]

Dari awal lagi, perhambaan adalah asas kepada Empayar British di Hindia Barat. Sebelum pengharaman perdagangan hamba pada tahun 1807, Britain bertanggungjawab membawa 3.5 juta hamba Afrika ke Amerika, iaitu satu pertiga dari keseluruhan hamba yang dibawa menyeberangi laut Atlantik.[18] Untuk memudahkan perdagangan ini, kota-kota didirikan di persisiran pantai Afrika Barat seperti Pulau James, Accra dan Pulau Bunce. Di Caribbean British, peratus penduduk kulit hitam meningkat daripada 25% pada tahun 1650 kepada 80% pada tahun 1780, dan di 13 koloni daripada 10% kepada 40% dalam masa yang sama (majoritinya di selatan).[19]

Untuk pedagang hamba, perdagangan ini sangat menguntungkan dan menjadi sumber ekonomi utama untuk bandar British seperti Bristol dan Liverpool, yang membentuk apa yang dipanggil perdagangan segi tiga dengan Afrika dan Amerika.

Pesaingan dengan Belanda di Asia

sunting

Pada akhir abad ke-16, England dan Belanda mula mencabar monopoli perdagangan Portugal di Asia dengan membentuk syarikat persendirian untuk membiayai pelayaran. Syarikat India Timur Inggeris dan Syarikat India Timur Belanda; yang menerima piagam pada tahun 1600 dan 1602. Syarikat ini bertujuan untuk mengeksploitasi perdagangan rempah yang lumayan, dan menumpukan perhatian mereka kepada kepulauan Nusantara dan India yang ketika itu rangkaian perdagangan penting. Kedudukan London dan Amsterdam yang rapat dan persaingan sengit antara England dan Belanda mewujudkan konflik antara kedua-dua syarikat, dengan Belanda berjaya menguasai Maluku (dulunya kubu Portugis) selepas Inggeris berundur pada tahun 1622 dan Inggeris pula mencapai kejayaan di India, terutamanya di Surat selepas pembinaan sebuah kilang pada tahun 1613.

Permusuhan antara dua kuasa penjajah ini tamat selepas Revolusi 1688 apabila William dari Orange yang lahir di Belanda menaiki takhta Inggeris yang membawa perdamaian antara Belanda dan Inggeris. Perjanjian antara dua negara ini memberi perdagangan rempah di Nusantara kepada Belanda dan industri tekstil di India kepada Inggeris. Industri tekstil kemudiannya terbukti lebih menguntungkan daripada rempah dan pada tahun 1720, syarikat Inggeris berjaya mengatasi syarikat Belanda daripada segi keuntungan.[20] Syarikat India Timur Inggeris mengalihkan perhatiannya dari Surat - sebuah pusat perdagangan rempah - ke Kota St George (kemudiannya Madras), Bombay (diserahkan Portugis kepada Charles II dari England pada tahun 1661 sebagai hantaran perkahwinan kepada Catherine de Braganza) dan Sutanuti (yang bergabung dengan dua lagi kampung menjadi Calcutta).

Perebutan dengan Perancis

sunting

Perdamaian antara Inggeris dan Belanda pada tahun 1688 bermakna kedua-dua negara terlibat dalam Perang Tujuh Tahun sebagai sekutu, tetapi konflik – yang tercetus di Eropah dan dunia antara Perancis, Sepanyol dan persekutuan Inggeris-Belanda – menjadikan Inggeris penjajah yang lebih kuat berbanding Belanda, yang terpaksa memperuntukkan bajet besar untuk ketenteraan dan perang di Eropah.[21] Abad ke-18 menyaksikan England (selepas tahun 1707, Britain) naik menjadi kuasa dominan penjajah dan Perancis menjadi saingannya.[22]

Kematian Charles II dari Sepanyol pada tahun 1700 dan penyerahan kepada warisnya, Philippe dari Anjou, yang merupakan cucu kepada Raja Perancis, memberi harapan kepada penyatuan Perancis, Sepanyol dan koloni mereka – satu keadaan yang membimbangkan Britain dan kuasa Eropah lain. Pada tahun 1701, Britain, Portugal dan Belanda menyebelahi Empayar Rom Suci menentang Sepanyol dan Perancis dalam Perang Merebut Takhta Sepanyol. Konflik ini berlangsung sehingga tahun 1714 dengan kekalahan Perancis dan Sepanyol. Dalam Perjanjian Utrecht, Philip melepaskan tuntutan ke atas takhta Perancis. Sepanyol hilang empayarnya di Eropah dan walaupun ia masih memegang empayarnya di benua Amerika dan Filipina, kuasanya sudah lemah. Empayar British pula diperluas; daripada Perancis ia mengambil Newfoundland dan Akadia, dan daripada Sepanyol ia mendapat Gibraltar dan Minorka. Gibraltar yang masih lagi wilayah British di luar negara, menjadi pengkalan tentera laut penting yang membolehkan Britain mengawal kapal dari laut Atlantik yang keluar dan masuk ke laut Mediterranean. Minorka dikembalikan kepada Sepanyol dalam Perjanjian Amiens pada tahun 1802 setelah dua kali bertukar tangan. Sepanyol juga menyerahkan haknya kepada perdagangan lumayan “asiento” (kebenaran menjual hamba di kawasan Sepanyol di Amerika) kepada Britain.

Perang Tujuh Tahun yang bermula pada tahun 1756 merupakan perang pertama dicetuskan pada skala global; di Eropah, India, Amerika Utara, Caribbean, Filipina dan persisiran pantai Afrika. Perjanjian Paris 1763 memberi kesan penting ke atas Britain dan empayarnya. Di Amerika Utara, kuasa Perancis sebagai penjajah berakhir dengan penyerahan Perancis Baru kepada Britain dan Louisiana kepada Sepanyol. Sepanyol pula menyerahkan Florida kepada Britain. Di India, Perang Karnatik menyebabkan Perancis terpaksa bersetuju memberi bantuan kepada negeri di bawah Britain. Kemenangan British ke atas Perancis dalam Perang Tujuh Tahun menjadikan Britain sebagai kuasa dominan penjajah.[23]

Cubaan Scotland memperluas seberang laut

sunting

Pada tahun 1695, Parlimen Scotland memberi piagam kepada Syarikat Scotland, yang menubuhkan sebuah petempatan pada tahun 1698 di Segenting Panama. Dikepung oleh penjajah Sepanyol jiran New Granada, dan menghidapi malaria, tanah jajahan tersebut ditinggalkan dua tahun kemudian. Skim Darien merupakan bencana kewangan bagi Scotland—satu suku modal Scotland[24] telah hilang dalam perusahaan—dan menamatkan harapan Scotland menubuhkan empayar seberang lautnya tersendiri. Peristiwa tersebut juga mempunyai akibat politik yang utama, membantu meyakinkan kerajaan Scotland merit kesatuan dua negara, berbanding hanya tanah mahkota.[25]

Kebangkitan "Empayar British Kedua" (1783–1815)

sunting

Pemerintahan syarikat di India

sunting
 
Kemenangan Robert Clive dalam Perang Plassey menjadikan syarikat sebagai kuasa tentera dan komersial.

Dalam masa abad pertama operasi, fokus Syarikat India Timur adalah perdagangan, bukan membila empayar di India. Syarikat malahan tidak setanding di rantau tersebut dengan Empayar Mughal yang berkuasa,[26] yang membenarkan hak syarikat berdagang pada tahun 1617. Minat syarikat beralih daripada perdagangan kepada wilayah semasa kurun ke-18 ketika kemerosotan kuasa Empayar Mughal dan juga apabila Syarikat India Timur Inggeris bergelut dengan saingan dari Perancis, “La Companie française des Indes orientales", semasa Perang Karnatik di India tenggara pada tahun 1740-an dan 1750-an. Perang Plassey menyaksikan Inggeris yang dikepelai oleh Robert Clive mengalahkan Perancis dan sekutu Indianya, dan memberikan syarikat kawalan ke atas Bengal dan menjadi kuasa tentera dan politik di India. Dekad berikutnya menyaksikan syarikat meluaskan saiz wilayah di bawah kekuasaannya, sama ada memerintah secara langsung atau tidak langsung melalui pemimpin boneka tempatan. Penjajahan syarikat ke atas India lengkap pada tahun 1857.

Kehilangan tiga belas koloni di Amerika

sunting
 
Surrender of Cornwallis at Yorktown (John Trumbull, 1797). Askar Inggeris kedua yang menyerah kalah dalam empat tahun kepada pihak Amerika dan cubaan ketenteraan besar terakhir untuk mengambil kembali Koloni 13. Kehilangan koloni Amerika menandakan berakhirnya “Empayar British Pertama”

Semasa tahun 1760an dan 1770an, hubungan antara Koloni 13 dan Inggeris bertambah buruk terutamanya disebabkan ketidakpuasan hati terhadap cubaan Parlimen British untuk mentadbir dan mencukai kolonis Amerika tanpa kebenaran mereka[27] yang ditunjukkan melalui slogan “Tiada cukai tanpa perwakilan”.

Perbalahan mengenai hak-hak koloni Amerika bertukar menjadi ganas dan pada tahun 1775, Perang Revolusi Amerika tercetus. Tahun berikutnya, pihak koloni mengisytiharkan kemerdekaan dan dengan bantuan Perancis, memenangi perang tersebut pada tahun 1783.

Kehilangan besar koloni di Amerika yang pada masa itu merupakan koloni Britain yang mempunyai paling banyak penduduk, dilihat oleh ahli sejarah sebagai perubahan di antara Empayar “pertama” kepada “kedua”,[28] di mana Britain mengalih perhatiannya dari Amerika ke Asia dan kemudian Afrika. Adam Smith dalam bukunya, The Wealth of Nations yang diterbitkan pada tahun 1776, menulis bahawa koloni yang banyak tidak perlu, dan perdagangan bebas harus menggantikan polisi perdagangan lama yang digunakan pada masa awal penjajahan. Pertumbuhan perdagangan di antara Amerika Syarikat yang baru merdeka dan Britain selepas 1783[29] membuktikan pandangan Smith yang kuasa politik tidak perlu untuk mencapai kejayaan ekonomi.

Peristiwa di Amerika mempengaruhi polisi British di Kanada, yang menyaksikan penghijrahan yang ramai oleh mereka yang setia kepada Britain semasa Perang Revolusi. Akta Perlembagaan 1791 membahagikan Kanada kepada dua – bahagian atas yang kebanyakannya bercakap dalam bahasa Inggeris dan bahagian bawah yang majoritinya berbahasa Perancis untuk meredakan konflik di antara dua komuniti yang berbeza, dan melaksanakan sistem kerajaan yang sama di Britain bertujuan untuk memperkasakan kekuasaan mahkota dan tidak memberi ruang kepada kuasa rakyat yang dianggap pencetus kepada Revolusi Amerika.[30] Masa depan empayar British di Amerika Utara diancam seketika semasa perang pada tahun 1812 yang disebabkan oleh cubaan British mengawal perdagangan di Atlantik semasa Perang Napoleon, dan pada masa yang sama Amerika Syarikat juga gagal melebarkan sempadannya ke utara. Ini menjadi satu-satunya pengisytiharan formal perang di antara Britain dan Amerika Syarikat.

Di Pasifik

sunting

Sejak tahun 1718, pengangkutan ke koloni Amerika lebih kepada hukuman untuk jenayah yang dilakukan di Britain dengan lebih kurang 1,000 penjenayah diangkut setahun melalui Lautan Atlantik.[31] Dalam keadaan terpaksa mencari lokasi alternatif selepas kehilangan 13 Koloni pada tahun 1783, kerajaan British beralih kepada New South Wales yang baru dijumpai yang kemudiannya dikenal pasti sebagai satu benua besar New Holland yang dijumpai pada tahun 1606 oleh Belanda tetapi tidak dijajah, dan kemudian dinamakan semula Australia.

Pada tahun 1770, James Cook menjumpai persisiran pantai timur Australia dalam penjelajahan saintifiknya ke Pasifik Selatan dan menamakannya New South Wales. Pada tahun 1778, Joseph Banks yang merupakan ahli botani Cook dalam penjelajahan itu membentangkan bukti kepada kerajaan tentang kesesuaian kawasan itu sebagai tempat tinggal bagi penjenayah. Penghantaran pertama penjenayah bermula pada tahun 1787 dan sampai ke benua Australia pada tahun 1788. Matthew Flinders membuktikan New Holland (Australia) sebagai sebuah benua besar apabila berjaya mengelilinginya pada tahun 1803. Pada tahun 1826, Australia secara rasmi dituntut oleh United Kingdom dengan mendirikan pangkalan tentera dan kemudian sebuah koloni pada tahun 1829. Koloni ini kemudian mendirikan pentadbiran sendiri dan menjadi pengeksport bulu dan emas yang menguntungkan.

Dalam penjelajahannya, Cook juga melawat New Zealand yang pertama kali ditemui oleh kelasi Belanda pada tahun 1642. Kawasan utara dan selatan pulau ini masing-masing dituntut oleh British pada tahun 1769 dan 1770. Pada mulanya, interaksi di antara penduduk asli Maori dan bangsa Eropah terhad kepada perdagangan barangan. Tetapi peningkatan penempatan bangsa Eropah oleh mubaligh Kristian dan pedagang semasa awal tahun 1800an membawa kepada Perjanjian Waitangi yang ditandatangani oleh Maori. Dengan perjanjian ini New Zealand secara rasmi berada di bawah kawalan Britain. Walaupun perjanjian ini dianggap sebagai dokumen penubuhan New Zealand, ianya masih menjadi perdebatan sehingga kini kerana pentafsiran berlainan oleh banyak pihak.

Pemansuhan perhambaan

sunting

Di bawah tekanan berterusan gerakan memansuhkan perhambaan, United Kingdom mengharamkan perdagangan hamba pada tahun 1807 dan kemudian menguatkuasakan ke atas negara lain. Pada pertengahan kurun ke-19, United Kingdom berjaya menghapuskan sebahagian besar daripada perdagangan hamba di dunia. Akta Pemansuhan Perhambaan 1833 mengharamkan bukan saja perdagangan hamba tetapi juga perhambaan diluluskan pada tahun 1833 dan menjadi undang-undang pada 1 Ogos 1834.

Perang Napoleon dengan Perancis

sunting
 
Pertempuran Waterloo menandakan berakhirnya Perang Napoleon dan bermulanya Pax Britannica.

Britain dicabar lagi oleh Perancis di bawah Napoleon, dan tidak seperti perang sebelumnya, perang ini merupakan perang ideologi di antara dua negara.[32] Bukan kedudukan Britain di pentas dunia sahaja yang terancam. Napoleon mengancam melanggar Britain seperti mana tenteranya menyerang negara lain di Eropah.

Perang Napoleon merupakan satu daripada perang di mana Britain banyak menghabiskan wang dan sumber untuk menang. Pelabuhan-pelabuhan Perancis dikepung oleh Tentera Mahkota Britain yang berjaya mengalahkan armada Perancis dalam Pertempuran Trafalgar pada tahun 1805. Koloni-koloni di luar negara diserang dan diambil alih termasuk yang dipunyai oleh Belanda, yang dirampas oleh Napoleon pada tahun 1810. Perancis akhirnya dikalahkan oleh tentera campuran Eropah pada tahun 1815. Britain dan empayarnya sekali lagi mendapat manfaat daripada perjanjian damai. Perancis menyerahkan Kepulauan Ionia dan Malta (yang dirampas pada tahun 1797 dan 1798), St Lucia dan Mauritius. Sepanyol menyerahkan Trinidad dan Tobago, Guyana dan Cape Colony. Britain menyerahkan kembali Guadeloupe dan Reunion kepada Perancis, dan Pulau Jawa dan Surinam kepada Belanda.

Abad peluasan empayar (1815–1914)

sunting

Antara tahun 1815 dan 1914, tempoh yang dirujuk sebagai abad perluasan empayar Britain oleh sesetengah ahli sejarah[33][34] apabila Empayar Britain menambah lebih kurang 10 juta batu persegi wilayah dan 400 juta penduduk.[35] Kemenangan ke atas Napoleon menjadikan Britain kuasa yang tidak mempunyai saingan serius selain daripada Rusia di Asia tengah[36] dan dengan kuasa lautnya yang tidak dicabar, Britain memainkan peranan sebagai polis dunia, yang kemudiannya dikenali sebagai “Pax Britannica".[37] Dengan kawalan rasmi ke atas tanah jajahannya, kedudukan dominan Britain di perdagangan dunia bermakna ia juga mempengaruhi ekonomi negara bebas seperti Amerika Latin, China dan Thailand yang dikategorikan sebagai “empayar tidak rasmi” oleh sesetengah ahli sejarah.[38]

 
Karikatur politik tahun 1876 yang menggambarkan Benjamin Disraeli (1804–1881) memegang mahkota untuk menjadikan Ratu Victoria sebagai Maharani India. Kapsyen ditulis "Mahkota baru untuk yang lama!" (New crowns for old ones!).

Sebelum pembubarannya pada tahun 1858, Syarikat India Timur merupakan kunci peluasan Empayar British di Asia. Tentera syarikat pada mulanya bekerjasama dengan Tentera Laut Mahkota semasa Perang Tujuh Tahun dan kedua-duanya terus bekerjasama di medan di luar India: pengusiran Napoleon dari Mesir (1799), penawanan Pulau Jawa daripada Belanda (1811), pengambilan Singapura (1819) dan Melaka (1824) dan dalam mengalahkan Burma (1826).[36]

Dari pusatnya di India, syarikat melibatkan diri dalam perdagangan opium yang dieksport ke China semenjak tahun 1730an. Perdagangan haram ini tidak dibenarkan oleh Dinasti Qing pada tahun 1729, tetapi menolong mengubah ketidakseimbangan imbangan perdagangan yang disebabkan oleh import teh oleh British yang juga melihat pengaliran keluar banyak perak dari Britain ke China. Pada tahun 1839, rampasan 20,000 peti berisi opium oleh pihak berkuasa China di Canton membawa kepada serangan British ke atas China dalam Perang Opium Pertama dan rampasan pulau Hong Kong (yang sebelumnya hanya kota kara kecil) sebagai pangkalan. Sementara itu, Perang Inggeris-Afghan Pertama merupakan satu konflik besar pertama dalam tempoh persaingan antara Britain dan Rusia untuk kuasa di Asia Tengah.

Penamatan syarikat dipercepatkan oleh pemberontakan oleh supai (askar India) yang menentang komander British mengenai pengenalan kartrij rifel yang dilumuri dengan lemak binatang. Penggunaan kartrij ini yang memerlukan ia digigit untuk dibuka dan digunakan, melanggar kepercayaan agama Hindu dan orang Islam (jika lemak tersebut daripada lembu atau babi). Pemberontakan tahun 1857 bukan sahaja disebabkan penggunaan peluru tetapi juga mengenai budaya dan agama masyarakat India yang dicabar oleh British. Pemberontakan ini berjaya dikawal oleh pihak British setelah banyak nyawa terkorban. Pemberontakan tentera ini merupakan contoh awal penggunaan teknologi komunikasi dalam menghalang merebaknya pemberontakan.[39] Hasil daripada perang ini, British mengawal secara langsung India yang membawa kepada zaman Kemaharajaan British (“British Raj”). Syarikat India Timur dibubarkan pada tahun berikutnya (1858). Zaman ini juga dikatakan berlaku kebuluran yang teruk yang dikaitkan dengan dasar kerajaan termasuk Kebuluran Besar 1876-78 yang melihat kematian antara 6.1 juta sehingga 10.3 juta orang.[40] dan kebuluran di India 1899–1900 yang meragut 1.25 juta ke 10 juta nyawa.[40]

Cape Colony

sunting

Syarikat India Timur Belanda menjumpai Cape Colony di selatan benua Afrika pada tahun 1652 sebagai tempat persinggahan kapal yang belayar dari dan ke koloni-koloni di Hindia Timur. Britain secara rasmi mengambil koloni ini termasuk penduduk Afrikaner (atau Boer) pada tahun 1806 selepas menawannya pada tahun 1795 apabila Belanda diserang Perancis. Imigran British bertambah selepas tahun 1820 dan menyebabkan beribu-ribu Boer berpindah ke utara dan menubuhkan republik bebas yang tidak kekal lama pada akhir tahun 1830an dan awal 1840an. Akhirnya orang Boer menubuhkan dua republik yang agak lama jangka hayatnya iaitu Republik Selatan Afrika atau Republik Transvaal (1852-1877; 1881-1902) dan Negara Bebas Oranye (1854-1902).

Terusan Suez

sunting

Pada tahun 1875, Parti Konservatif di bawah Benjamin Disraeli membeli 44% pegangan pemerintah mesir Ismail Pasha dalam Terusan Suez berjumlah £4 juta untuk mengawal terusan strategik itu. Terusan Suez merupakan laluan perkapalan di antara United Kingdom dan India semenjak ia dibuka enam tahun sebelumnya oleh Mahajara Napoleon III. Perkongsian kawalan kewangan Inggeris-Perancis ke atas Mesir membawa kepada pendudukan British pada tahun 1882.

Perebutan Afrika

sunting
 
Raksasa Rhodes- Cecil Rhodes melangkau "dari Kaherah ke Cape".

Ketika aktiviti Perancis, Belgium dan Portugal di bahagian bawah Sungai Kongo mengancam kedudukan British di Afrika, Persidangan Berlin pada tahun 1884 dan 1885 mencari jalan untuk mengawal persaingan antara kuasa Eropah yang dikenali sebagai “Perebutan Afrika”. Perebutan ini berterusan sehingga tahun 1890an dan menyebabkan Britain menilai semula keputusannya berundur dari Sudan pada tahun 1885. Satu pasukan bersama tentera British dan Mesir berjaya mengalahkan Tentera Mahdi pada tahun 1896 dan menghalang cubaan Perancis untuk menjajah Fashoda pada tahun 1898. Sudan dijadikan satu jajahan bersama British dan Mesir tetapi realitinya ia sebuah jajahan British.[41]

Kemenangan British di selatan Afrika Timur mendorong Cecil Rhodes, perintis kepada peluasan British dari Afrika Selatan ke utara, mendesak laluan rel yang menghubungkan Cape ke Kaherah termasuk Terusan Suez dan bahagian selatan yang kaya dengan mineral.[42] Pada tahun 1888, Rhodes dan syarikat persendiriannya Syarikat Afrika Selatan British menawan dan mengilha wilayah yang kemudian dinamakan sempena namanya Rhodesia.

Status dominion untuk jajahan kulit putih

sunting

Jalan kemerdekaan untuk jajahan kulit putih Empayar British bermula dengan Laporan Durham pada tahun 1839 yang mecadangkan penyatuan kerajaan sendiri dua wilayah Kanada sebagai penyelesaian pertelingkahan politik di sana. Ini dicapai dengan kelulusan Akta Amerika Utara British pada tahun 1867 di mana Kanada dilabel ”dominion”. Australia dan New Zealand mencapai taraf pemerintahan sendiri pada tahun 1900 di mana New Zealand sebagai dominion dan Australia sebagai sebuah komanwel.[43] Istilah “status dominion” diperkenalkan secara rasmi semasa Persidangan Imperial pada tahun 1907 untuk merujuk Kanada, Newfoundland, Australia dan New Zealand. Pada tahun 1910, Cape Colony, Natal, Transvaal dan Negeri Bebas Oren bergabung untuk menubuhkan Kesatuan Afrika Selatan yang juga diberi status dominion.[43]

Perang Dunia (1914-1945)

sunting

Perang Dunia I

sunting

Pengisytiharan perang oleh Britain pada tahun 1914 ke atas Jerman dan sekutunya Austria-Hungary dan Empayar Uthmaniyyah, juga melibatkan jajahan dan dominionnya yang membekalkan sumber ketenteraan, kewangan dan sokongan semasa perang. Kebanyakan jajahan Jerman di Afrika diserang dan ditawan dengan cepat walaupun kedudukan tentera Jerman di Afrika Timur Jerman tidak dapat dikalahkan semasa perang. Di Pasifik, Australia dan New Zealand menjajah New Guinea yang dipunyai Jerman dan Samoa. Sumbangan tentera Australia dan New Zealand semasa Perang Gallipoli tahun 1915 menentang Empayar Uthmaniyah memberi kesan yang besar ke atas semangat kebangsaan masing-masing daripada sebuah jajahan kepada negara merdeka. Pada hari ini peristiwa ini diperingati di kedua-dua negara sebagai Hari ANZAC. Begitu juga Perang Vimy Ridge diperingati di Kanada.[44] Negara-negara ini menggembeling tentera mereka sendiri tetapi di bawah struktur kawalan British, dan juga bergabung dengan tentera British. Lebih 2.5 juta orang berkhidmat dalam tentera negara Dominion termasuk 418,000 orang dari Kanada, Australia (322,000), New Zealand (124,000) dan beribu-ribu dari jajahan mahkota lain.[45] Pada tahun 1917, Kabinet Perang Imperial dibuat dengan wakil dari setiap Perdana Menteri dari negeri Dominion untuk menyelaraskan dasar. Perang Dunia I membebankan British sumber kewangan yang banyak kerana banyak sumber, wang dan aset luar British disalurkan kepada perang. Pada tahun 1914, British mempunyai £750,000,000[46] yang dilaburkan di Amerika Syarikat; dan pada 1918 kebanyakan pelaburan ini dijual untuk membayar kos perang.

Tempoh antara perang

sunting

Konflik semasa Perang Dunia I mengancam kestabilan ekonomi yang dicapai sebelum tahun 1914,[47] juga menghasilkan veteran perang yang kecewa yang mengundang pemberontakan politik.[48] David Lloyd George menyebut bahawa segala-galanya mengenai Britain dipersoalkan daripada aspek politik, sosial dan ekonomi.[49] dan ketidakyakinan tentang empayarnya mula menjalar di dalam Britain sendiri.[50]

Britain bagaimanapun mencapai tahap kemuncak dalam tempoh ini dengan peluasan 1.8 km persegi dan 13 juta penduduk baru ditambah ke dalam empayar di bawah terma Persetiaan Versailles.[51] Jajahan yang diambil daripada Jerman dan kerajaan Uthmaniyah diagihkan kepada Kuasa Perikatan. Britain mengambil Palestin Bermandat, Jordan, Iraq dan sebahagian daripada Cameroon dan Togo, dan Tanganyika. Negara-negara Dominion juga mendapat habuan: Namibia kepada Kesatuan Afrika Selatan, Australia mendapat New Guinea dan Samoa Barat untuk New Zealand. Nauru pula dijadikan mandat bersama dua negara Pasifik Dominion dan Britain.[52] Ini merupakan fasa terakhir pembinaan empayar dan terdapat mereka yang mula mempersoalkan status mereka dalam empayar.[53]

Perang Dunia I menyebabkan pelaksaan untuk pemerintahan sendiri orang Irish tertunda yang membawa kepada Kebangkitan Easter 1916, dan Sinn Féin menang majoriti kerusi bagi orang Irish di Westminster pada pilihan raya umum 1918. Perisytiharan kemerdekaan dan Perang Inggeris-Ireland berakhir pada tahun 1921 dengan keputusan seri dan membawa kepada Perjanjian Inggeris-Ireland. Dua puluh enam daerah di selatan kemudian mendirikan Negara Bebas Ireland, yang merupakan Dominion di dalam Empayar British, bebas tetapi secara perlembagaannya masih bergantung pada kerajaan Mahkota British,[54] sementara 6 lagi daerah di wilayah Ireland Utara yang didirikan pada tahun 1920 [55] kekal dalam United Kingdom.

 
Jallianwalla Bagh pada tahun 1919, beberapa bulan selepas pembunuhan beramai-ramai Amritsar.

Perjuangan kemerdekaan yang sama berlaku di India apabila Akta Kerajaan India 1919 gagal untuk memenuhi tuntutan kemerdekaan.[56] Kebimbangan tentang komunis dan komplot asing berikutan Konspirasi Ghadar menyebabkan sekatan semasa perang diperbaharui oleh Akta Rowlatt yang menyebabkan ketegangan,[57] terutamanya di Punjab di mana tindakan-tindakan penindasan menyebabkan meletusnya pembunuhan beramai-ramai Amritsar. Di Britain, tindakan ini dilihat sebagai menyelamatkan India daripada anarki, tetapi ramai juga termasuk Churchill, yang melihatnya sebagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.[57] Keadaan berterusan sehingga bulan Mac 1922 berikutan insiden Chauri Chaura tetapi ketidakpuasan hari berterusan untuk 25 tahun berikutnya.

Keupayaan Dominion menetapkan dasar luar mereka sendiri diiktiraf berikutan Krisis Chanak pada tahun 1922 selepas Britain mengisytiharkan perang ke atas Turki tanpa meminta nasihat mereka dahulu. Selepas menerima tekanan daripada Ireland dan Afrika Selatan, Persidangan Imperial mengisytiharkan Dominion sebagai komuniti bebas dalam empayar yang sama taraf dalam Komanwel Negara-negara British.[58] Perisytiharan ini diberi pengertian undang-undang di bawah Statut Westminster tahun 1931.[59] Parlimen Kanada, Australia, New Zealand, Kesatuan Afrika Selatan, Negara Bebas Ireland dan Newfoundland menjadi bebas daripada kawalan British, dan mereka boleh membatalkan undang-undang British serta Britain tidak lagi boleh meluluskan undang-undang berkaitan mereka tanpa mendapat kebenaran mereka.[59]

Kekuasaan British juga melemah di lautan. Tentera Laut Mahkota mengakhiri perang dengan kapal perang yang sama seperti gabungan tentera laut lain,[60] tetapi ini kemudian berubah dengan Perjanjian Naval Washington pada tahun 1922. Walaupun Perjanjian Empat Kuasa telah ditandatangani, satu kuasa baru diwujudkan di Timur Jauh[61], Britain menerima kekuasaan Amerika Syarikat di lautan,[62] dan membatalkan Perikatan Inggeris-Jepun tahun 1902 serta membenarkan Jepun membina tentera lautnya sendiri.

Imbangan kuasa juga berubah di Eropah. Perang menyebabkan hutang yang besar dan menyebabkan amat sukar untuk memperkenalkan kembali standard emas.[63] faktor ini dan faktor lain membawa kepada Zaman Kemelesetan pada tahun 1929. Walaupun kesannya tidak begitu ketara kepada Britain, sesetengah bahagian di empayar menerima kesan teruk.[64] British menjadi lebih bergantung pada pasaran dan ekonomi empayarnya pada masa hubungan politik dengan jajahannya menjadi lemah.[65] Di Eropah, kemelesetan ekonomi pada umumnya amat buruk dan membantu parti politik berhaluan kanan berkuasa.[63] Pengukuhan ketenteraan oleh Jerman dan Itali mengancam status quo tetapi di Britain, perbelanjaan pertahanan tidak menjadi keutaamaan sehingga Perang Dunia Kedua tidak boleh dielakkan.[66]

Perang Dunia II

sunting

Perisytiharan perang British ke atas Jerman Nazi pada bulan September 1939 termasuk Jajahan Mahkota dan India tetapi tidak secara otomatik bagi Dominion. Kanada, Afrika Selatan, Australia dan New Zealand kemudian mengisytiharkan perang ke atas Jerman tetapi Negara Bebas Ireland memilih untuk bersikap neutral sepanjang perang.[67] Selepas Kejatuhan Perancis pada tahun 1940, Britain dan empayarnya keseorangan dalam menentang Jerman dan situasinya dalam bahaya. Perdana Menteri British ketika itu, Winston Churchill berunding untuk wang dan senjata daripada Amerika Syarikat tetapi A.S. memilih bersikap neutral. Churchill dan Presiden Franklin D. Roosevelt menandatangani Piagam Atlantik pada tahun 1941 yang menyatakan hak-hak masyarakat untuk memilih kerajaan mereka mesti dihormati. Perkataan ini samar-samar sama ada merujuk kepada negara Eropah yang dijajah Jerman, atau penduduk yang dijajah oleh kuasa Eropah, dan ia kemudian diinterpretasikan berlainan oleh British, Amerika dan pergerakan kebangsaan.[68]

Pada bulan Disember 1941, Jepun melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu dan pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor dan Hong Kong. Jepun bertambah kuat sebagai kuasa imperial di Timur Jauh semenjak kekalahannya kepada China dalam Perang China-Jepun Pertama pada tahun 1895,[69] mengimpikan Asia Timur Raya di bawah pimpinan Jepun. Pada tahun 1902, Jepun dan Britain menandatangani Perikatan Inggeris-Jepun di mana Britain memberi kebebasan kepada Jepun untuk mengawal Pasifik.[70] Perikatan ini bagaimanapun musnah pada tahun 1922 selepas Persidangan Naval Washington apabila Britain mengambil keputusan memihak kepada Amerika Syarikat.[62]

Serangan Jepun ke atas pemilikan British dan Amerika di Pasifik memberi kesan segera dan jangka panjang ke atas Britain dan empayarnya. Reaksi Churchill kepada penglibatan Amerika Syarikat dalam perang akan memberi kemenangan kepada Britain dan menyelamatan empayarnya,[71] tetapi cara Britain yang cepat menyerah kalah memberi kesan buruk kepada kedudukan dan air muka Britain sebagai kuasa imperial.[72][73] Kejatuhan Singapura adalah yang paling memalukan kerana Singapura dianggap sebagai kubu kuat British di Timur yang disamakan dengan Gibraltar.[74] Menyedari hakikat Britain sendiri tidak dapat mempertahankan empayarnya, Australia dan New Zealand yang merasa terancam oleh tentera Jepun, menubuhkan pakatan pertahanan dengan Amerika Syarikat yang menyaksikan tertubuhnya Pakatan ANZUS di antara tiga negara tersebut tidak termasuk Britain.[68]

Nyahpenjajahan dan kemerosotan empayar (1945–1997)

sunting

Walaupun Britain dan empayarnya menang dalam Perang Dunia II, kesan daripada konflik sangat mendalam sama ada di dalam atau di luar Britain. Hampir keseluruhan Eropah, benua yang mendominasi dunia selama berabad-abad lamanya musnah, dan buminya didatangani tentera dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet negara di mana imbangan kuasa dunia berpindah.[75] Britain sendiri menjadi muflis dengan hanya dapat diselamatkan pada tahun 1946 selepas mendapat pinjaman $3.5 bilion dari Amerika Syarikat,[76] dengan hutang terakhir dibayar semula pada tahun 2006.[77]

Pada masa yang sama, gerakan antipenjajah bangkit di negara-negara yang dijajah negara Eropah. Situasi dirumitkan lagi oleh Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, yang kedua-duanya menentang penjajahan kuasa Eropah, walaupun kemudiannya sentimen antikomunis lebih diutamakan yang menyebabkan AS menyokong penerusan kewujudan Empayar British.[78]

Angin perubahan yang melanda bermakna Empayar British menghampiri penghujungnya, dan Britain mula menggunakan dasar pengunduran secara aman dari jajahannya dan bersedia menyerahkan kuasa apabila mereka sudah stabil serta tidak condong kepada dasar komunis. Ini berlainan dengan kuasa Eropah lain seperti Perancis dan Portugal[79] yang terlibat dengan perang yang mahal dan akhirnya gagal untuk mempertahankan empayar mereka. Di antara tahun 1945 dan 1965, jumlah mereka yang tinggal di luar UK di bawah pemerintahan British jatuh daripada 700 juta kepada 5 juta, di mana 3 juta daripada mereka di Hong Kong.[78]

Pengunduran awal

sunting
 
Muhammad Ali Jinnah dan Mahatma Gandhi, dua orang pemimpin gerakan kemerdekaan India.

Kerajaan Parti Buruh yang pro-nyahpenjajahan menang pilihan raya umum United Kingdom pada tahun 1945. Pemimpinnya Clement Attlee bertindak pantas untuk menyelesaikan isu penting negara iaitu kemerdekaan India.[80] Dua buah gerakan kemerdekaan India, Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim telah berkempen untuk kemerdekaan berdekad lamanya, tetapi tidak bersetuju bagaimana ia harus dilaksanakan. Kongres mahukan India yang bersatu tetapi Liga pula mahukan negara berasingan untuk orang Islam. Peningkatan kekecohan awam dan pemberontakan Tentera Laut Mahkota India pada tahun 1946 mendorong Attlee berjanji kemerdekaan selewat-lewatnya pada tahun 1948, tetapi kebimbangan perang saudara menyebabkan wizurai British di India yang dilantik (dan terkahir), Lord Mountbatten, membawa pembahagian India dan kemerdekaannya lebih awal pada 15 Ogos 1947.[81] Sempadan yang dibuat oleh British membahagikan India kepada kawasan untuk orang Hindu dan Islam tidak menghiraukan nasib berpuluh-puluh juta minoriti di India dan Pakistan.[82] Berjuta-juta orang Islam kemudiannya menyeberang dari India ke Pakistan dan orang Hindu pula ke arah yang bertentangan. Keganasan di antara dua masyarakat ini menyebabkan beratus-ratus ribu orang kehilangan nyawa. Burma yang ditadbir sebagai sebahagian daripada Kemaharajaan British, dan Sri Lanka mencapai kemerdekaan pada tahun berikutnya, 1948. India, Pakistan dan Sri Lanka menjadi ahli negara-negara Komanwel tetapi Burma mengambil keputusan tidak mahu menyertai.[83]

Mandat British di Palestin di mana majoriti Arab tinggal bersama-sama dengan orang Yahudi yang minoriti memberi masalah yang sama dengan India.[84] Perkara ini dirumitkan lagi dengan jumlah besar pelarian Yahudi yang mahukan tempat tinggal di Palestin akibat penindasan Nazi dan pembunuhan beramai-ramai dalam Perang Dunia Kedua. Tanpa menyelesaikan isu tersebut, Britain mengumumkan pada tahun 1947 bahawa ia akan berundur pada tahun 1948 dan menyerahkan perkara tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikannya,[85] yang dilakukan oleh PBB dengan mengundi pembahagian Palestin kepada negara Yahudi dan Arab.

Berikutan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, pergerakan anti Jepun di Tanah Melayu mengalihkan perhatian kepada British yang mahu mengambil kembali jajahannya memandangkan nilai sumber getah dan timah. Gerakan gerila yang kebanyakannya didokong oleh cina komunis, dan British mencuba mendapatkan sokongan orang Melayu dengan harapan sebaik tamat darurat, kemerdekaan akan diberikan.[86] Darurat Tanah Melayu bermula pada tahun 1948 dan berakhir pada tahun 1960, tetapi pada tahun 1957, Britain sudah yakin untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1963, Persekutuan ini disertai oleh Singapura, Sarawak and Borneo Utara British untuk membentuk Malaysia. Akan tetapi Singapura yang didominasikan bangsa Cina keluar daripada Persekutuan pada tahun 1965 berikutan ketegangan di antara Melayu dan Cina.[87] Brunei, yang menjadi negara naungan British sejak 1888 menolak menyertai Persekutuan[88] dan mengekalkan statusnya sehingga ia merdeka pada tahun 1984.

Suez dan kesannya

sunting

Pada tahun 1951, Parti Konservatif kembali berkuasa di Britain di bawah pimpinan Winston Churchill. Churchill dan ahli Konservatif percaya kedudukan Britain sebagai kuasa dunia bergantung kepada kewujudan berterusan empayar, dengan pangkalannya di Terusan Suez yang membolehkan British mengekalkan kedudukannya di Timur Tengah walaupun sudah kehilangan India. Tetapi Churchill tidak dapat mengetepikan kerajaan revolusiner baru Gamal Abdel Nasser di Mesir yang baru saja merampas kuasa pada tahun 1952. Pada tahun berikutnya, British bersetuju mengundurkan tenteranya daripada Terusan Suez dan Sudan akan merdeka pada tahun 1955.[89]

Pada tahun 1956, Nasser secara bersendirian memilik negarakan Terusan Suez. Perdana Menteri British yang baru, Anthony Eden, bertindak dengan membuat pakatan sulit bersama Perancis untuk mengatur serangan Israel ke atas Mesir yang seterusnya memberi alasan Britain dan Perancis untuk campur tangan dan merampas kembali terusan.[90] Tindakan Eden yang tidak meminta nasihat daripada rakannya Amerika Syarikat, menyebabkan Presiden Dwight D. Eisenhower berang dan beliau menolak menyokong pencerobohan tersebut.[91] Eisenhower juga risau kemungkinan perang dengan Soviet Union selepas Nikita Khrushchev mengancam untuk menyokong Mesir. Eisenhower mengancam untuk menjual rizab AS dalam Paun Sterling yang menyebabkan kejatuhan mata wang British.[92] Walaupun serangan ketenteraan tersebut berjaya merampas kembali Terusan Suez,[93] campurtangan PBB dan tekanan Amerika Syarikat memaksa Britain mengundurkan tenteranya dan Eden meletakkan jawatan.[94]

Krisis Suez ini mendedahkan kelemahan Britain kepada dunia dan mengesahkan kemerosotan kuasanya di pentas dunia, juga menunjukkan ia tidak boleh bertindak tanpa sokongan Amerika Syarikat.[95][96][97]

Walaupun krisis ini menyebabkan kuasa British di Timur Tengah menjadi lemah, empayarnya tidak tumbang.[98] Britain mengatur lagi tenteranya di Timur Tengah, dengan campur tangan di Oman (1957), Jordan (1958) dan Kuwait (1961), dengan kelulusan Amerika Syarikat, ,[99] di mana dasar luar British dijajarkan dengan dasar luar Amerika Syarikat. Britain mengekalkan kehadirannya di Timur Tengah untuk dekad seterusnya, berundur dari Aden pada tahun 1967 dan Bahrain pada tahun 1971.

Angin perubahan

sunting
 
Nyahpenjajahan British di Africa. Pada akhir tahun 1960an, kesemua negara kecuali Rhodesia (sebelum menjadi Zimbabwe) dan mandat Afrika Selatan di Afrika Barat Daya (Namibia) mencapai kemerdekaan.

Perdana Menteri British yang baru Harold Macmillan memberikan ucapan di Cape Town, Afrika Selatan pada bulan Februari 1960 di mana dia bercakap mengenai “angin perubahan yang bertiup di benua ini.” [100] Macmillan mahu mengelak perang penjajahan yang sama dihadapi oleh Perancis di Algeria dan di bawah pemerintahannya proses nyahpenjajahan berlaku dengan pantas.[101] Banyak tanah jajahannya diberikan kemerdekaan pada tahun 1950an dan 1960an termasuk Sudan, Gold Coast dan Tanah Melayu.

Saki baki jajahan British di Afrika juga diberikan kemerdekaan pada tahun 1968. Pengunduran British di bahagian selatan dan timur Afrika dirumitkan dengan penduduk kulit putih di sana terutamanya Rhodesia di mana ketegangan kaum berlaku dan menyebabkan Perdana Menterinya Ian Smith mengisytiharkan kemerdekaan sendiri daripada British pada tahun 1965.[102] Rhodesia terus berada dalam perang saudara di antara penduduk kulit hitam dan putih sehingga perjanjian pada tahun 1979 di mana Rhodesia diletakkan di bawah British sehingga pilihan raya diadakan di bawah selia British. Pilihan raya yang diadakan pada tahun berikutnya dimenangi oleh Robert Mugabe yang menjadi Perdana Menteri negara baru merdeka yang kini dipanggil Zimbabwe.[103]

Di Mediterranean, perang gerila oleh penduduk Cypriot Greek berakhir pada tahun 1960 di negara merdeka Cyprus, tetapi UK mengekalkan pangkalan tenteranya di Akrotiri dan Dhekelia. Malta dan Gozo pula diberikan kemerdekaan pada tahun 1964.

Kebanyakan jajahan UK di Hindia Barat mencapai kemerdekaan selepas Jamaica dan Trinidad memilih tidak mahu bersatu dengan Persekutuan Hindia Barat masing-masing pada tahun 1971 dan 1962. Barbados mencapai kemerdekaan pada tahun 1966 dan pulau lain di Caribean pada tahun 1970an dan 1980an. Tetapi Anguilla dan Kepulauan Turks dan Caicos mengambil keputusan untuk kekal bersama British.[104] Kepulauan Virgin British,[105] Kepulauan Cayman[106] dan Montserrat[107] juga memilih untuk mengekalkan hubungan dengan Britain. Guyana mencapai kemerdekaan pada tahun 1966. Jajahan terakhir British di Amerika, British Honduras, menjadi jajahan berpemerintahan sendiri pada tahun 1964 dan diberikan nama Belize pada tahun 1973, sebelum mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1981.

Tanah jajahan British di Pasifik memperoleh kemerdekaan antara tahun 1970 (Fiji) dan 1980 (Vanuatu). Tuvalu, Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea memilih untuk kekal dalam Alam Komanwel.

Berakhirnya empayar

sunting

Pemberian kemerdekaan kepada Rhodesia dan Vanuatu pada tahun 1980, dan Honduras British pada tahun 1981 bermakna, selain daripada pulau-pulau kecil yang bertaburan, proses nyahpenjajahan yang bermula selepas Perang Dunia Kedua sudah selesai.

Pada tahun 1982, Britain berjaya mempertahankan Kepulauan Falkland daripada serangan Argentina. Pada tahun yang sama Kanada memutuskan untuk tidak lagi memerlukan penglibatan Britain dalam Perlembagaan mereka.[108]

Pada bulan September 1982, Margaret Thatcher melawat Beijing untuk berunding dengan kerajaan China mengenai masa depan Hong Kong yang pada masa itu merupakan tanah jajahan terakhir Britain yang utama dan paling ramai penduduk.[109] Di bawah terma Perjanjian Nanking 1842, Pulau Hong Kong diberikan selama-lamanya kepada British tetapi majoriti tanah jajahan tersebut berada di bawah Wilayah Baru yang dipajak selama 99 tahun daripada tahun 1898 dan akan berakhir pada tahun 1997. Cadangan Thatcher untuk mengekalkan Hong Kong di bawah pentadbiran British tetapi berada di bawah kedaulatan China ditolak kerajaan China.[110] Satu persetujuan dicapai pada tahun 1984, di bawah Deklarasi Bersama British-China bahawa Hong Kong akan menjadi Wilayah Pemerintahan Istimewa kerajaan China yang boleh mengekalkan cara hidup mereka sekurang-kurangnya 50 tahun.[111] Upacara Penyerahan Hong Kong pada tahun 1997 menandakan berakhirnya Empayar British kepada kebanyakan orang.

Rujukan

sunting

Catatan kaki

sunting
  1. ^ Angus Maddison. The World Economy: A Millennial Perspective (ms. 98, 242). OECD, Paris, 2001.
  2. ^ Bruce R. Gordon. To Rule the Earth... (Lihat Bibliography Diarkibkan 2007-07-01 di Wayback Machine untuk sumber-sumber yang digunakan.)
  3. ^ Ungkapan ini pernah digunakan beberapa abad sebelumnya oleh Raja Charles I dari Sepanyol yang menyentuh Empayar Sepanyol.
  4. ^ Andrews, Kenneth (1985). Trade, Plunder and Settlement: Maritime Enterprise and the Genesis of the British Empire, 1480-1630. Cambridge Paperback Library. m/s. 45.
  5. ^ Ken MacMillan (2001-04). "Discourse on history, geography, and law: John Dee and the limits of the British empire, 1576–80". Canadian Journal of History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-27. Dicapai pada 2008-10-22. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ Nicholas, Canny (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 7.
  7. ^ Nicholas Canny, Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire
  8. ^ Alan, Taylor (2001). American Colonies, The Settling of North America. Penguin. m/s. 123.
  9. ^ Alan, Taylor (2001). American Colonies, The Settling of North America. Penguin. m/s. 119.
  10. ^ Nicholas, Canny (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 70.
  11. ^ Anthony, Pagden (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 34.
  12. ^ James, Lawrence (2001). The Rise and Fall of the British Empire. Abacus. m/s. 17.
  13. ^ Nicholas, Canny (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 71.
  14. ^ Niall, Ferguson (2004). Empire. Penguin. m/s. 72–73.
  15. ^ Staff. Tory, Encyclopaedia Britannica
  16. ^ Revolutionary War: The Home Front, The Library of Congress
  17. ^ Dull, Jonathan R. (2003). "Diplomacy of the Revolution, to 1783," p. 352, chap. in A Companion to the American Revolution, ed. Jack P. Greene and J. R. Pole. Maiden, Mass.: Blackwell, pp. 352–361. ISBN 1-4051-1674-9.
  18. ^ Niall, Ferguson (2004). Empire. Penguin. m/s. 62.
  19. ^ Anthony, Pagden (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 228.
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama fergusonempirep19
  21. ^ Anthony, Pagden (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 441.
  22. ^ Anthony, Pagden (2003). Peoples and Empires: A Short History of European Migration, Exploration, and Conquest, from Greece to the Present. Modern Library. m/s. 90.
  23. ^ Anthony, Pagden (2003). Peoples and Empires: A Short History of European Migration, Exploration, and Conquest, from Greece to the Present. Modern Library. m/s. 91.
  24. ^ Magnusson, p. 531.
  25. ^ Macaulay, p. 509.
  26. ^ Anthony, Pagden (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 93.
  27. ^ Niall, Ferguson (2004). Empire. Penguin. m/s. 73.
  28. ^ Anthony, Pagden (1998). The Origins of Empire, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 92.
  29. ^ James, Lawrence (2001). The Rise and Fall of the British Empire. Abacus. m/s. 119.
  30. ^ Smith, Simon (1998). British Imperialism 1750-1970. Cambridge University Press. m/s. 28.
  31. ^ Smith, Simon (1998). British Imperialism 1750-1970. Cambridge University Press. m/s. 20.
  32. ^ James, Lawrence (2001). The Rise and Fall of the British Empire. Abacus. m/s. 152.
  33. ^ Hyam, Ronald (2002). Britain's Imperial Century, 1815-1914: A Study of Empire and Expansion. Palgrave Macmillan. m/s. 1.
  34. ^ Smith, Simon (1998). British Imperialism 1750-1970. Cambridge University Press. m/s. 71.
  35. ^ Timothy, Parsons (1999). The British Imperial Century, 1815-1914: A World History Perspective. Rowman & Littlefield. m/s. 3.
  36. ^ a b Porter, Andrew (1998). The Nineteenth Century, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 401.
  37. ^ Porter, Andrew (1998). The Nineteenth Century, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 323.
  38. ^ Porter, Andrew (1998). The Nineteenth Century, The Oxford History of the British Empire. Oxford University Press. m/s. 8.
  39. ^ David, Saul (2003). The Indian Mutiny. Penguin. m/s. xxiii.
  40. ^ a b Davis, Mike. Late Victorian Holocausts. 1. Verso, 2000. ISBN 1-85984-739-0 pg 7 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "mikedavis" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  41. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama refhdbe989
  42. ^ Olson, ms.248
  43. ^ a b Olson, ms.376
  44. ^ Lloyd, ms.227
  45. ^ "WW1 Dominion Armies". Farlex encyclopedia. Text "date" ignored (bantuan)
  46. ^ Lloyd, ms.258
  47. ^ Ferguson 2004,ms.324
  48. ^ Overy,ms.288
  49. ^ David Lloyd George, Versailles, 1919Overy,ms.288
  50. ^ Ferguson 2004,ms.318-323
  51. ^ Ferguson 2004,ms.315
  52. ^ Olson, ms.658
  53. ^ James, ms.370
  54. ^ Olson, ms.58
  55. ^ Olson, ms.822
  56. ^ Ferguson 2004,ms.330
  57. ^ a b James, ms.416
  58. ^ Brown, ms.69
  59. ^ a b Olson, ms.1157
  60. ^ Ferguson 2004,ms.316
  61. ^ James, ms.459
  62. ^ a b Louis, ms.302
  63. ^ a b Overy,ms.290
  64. ^ Ferguson 2004,ms.326
  65. ^ Ferguson 2004,ms.327
  66. ^ Ferguson 2004,ms.328
  67. ^ Lloyd, ms.313-4
  68. ^ a b Lloyd, ms.316
  69. ^ Louis, ms.295
  70. ^ James, ms.243
  71. ^ Gilbert, ms.244
  72. ^ Louis, ms.337
  73. ^ Brown, ms.319
  74. ^ James, ms.460
  75. ^ Abernethy, ms.146
  76. ^ Brown, ms.331
  77. ^ "What's a little debt between friends?". BBC. 10 Mei 2006. Dicapai pada 2008-11-20.
  78. ^ a b Brown, ms.330
  79. ^ Abernethy, ms.148
  80. ^ Lloyd, ms.322
  81. ^ Smith, ms.67
  82. ^ Lloyd, ms.325
  83. ^ Olson, ms.218
  84. ^ Lloyd, ms.327
  85. ^ Lloyd, ms.328
  86. ^ Lloyd, ms.335
  87. ^ Lloyd, ms.364
  88. ^ Lloyd, ms.396
  89. ^ Brown, ms.339-40
  90. ^ James, ms.581
  91. ^ Ferguson 2004, ms.355
  92. ^ Ferguson 2004, ms.356
  93. ^ James, ms.583
  94. ^ Olson, ms.398
  95. ^ Brown, ms.342
  96. ^ Smith, ms.105
  97. ^ Burke, ms.602
  98. ^ Smith, ms.106
  99. ^ James, ms.586
  100. ^ Olson, ms.1165
  101. ^ Louis, ms.46
  102. ^ Olson, ms.945
  103. ^ Olson, ms.715
  104. ^ Olson, ms.1111
  105. ^ Olson, ms.1133
  106. ^ Olson, ms.276
  107. ^ Olson, ms.753
  108. ^ Brown, ms.594
  109. ^ Brendon, ms.654
  110. ^ Brendon, ms.654-5
  111. ^ Brendon, ms.656

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting