Angkat berat
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Olympic weightlifting (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Angkat berat merupakan sejenis sukan yang mana pemain cuba mengangkat sebatang barbel yang bermuatkan cakera-cakera beban dalam sekali cubaan.
Acara angkat berat terdiri daripada dua jurusan iaitu snatch diikuti oleh clean and jerk. Setiap pengangkat berat diberi tiga cubaan untuk setiap jurusan, dan keputusan keseluruhan dalam setiap kategori berat badan ditentukan oleh jumlah campuran dua angkatan berjaya yang tertinggi. Para pengangkat berat dibahagikan kepada pelbagai kategori berat badan, dengan susuan yang berbeza antara lelaki dan wanita. Pengangkat berat yang gagal menyempurnakan satu snatch atau clean and jerk pun dikira gagal untuk total, dan oleh itu dikira sebagai penyertaan "tidak lengkap" untuk pertandingan. Pernah terdapat jurusan clean and press dalam pertandingan, tetapi ianya diberhentikan atas sebab kesulitan dalam kejituan pengadilan.
Berbanding dengan sukan-sukan kekuatan lain yang menguji had kekuatan (dengan atau tanpa angkatan), angkat berat Olimpik menguji aspek-aspek had balistik manusia (kekuatan meletus), dan oleh itu dilaksanakan dengan lebih cepat, bahkan dengan lebih banyak mobiliti dan julat pergerakan yang lebih luas semasa pelaksanaan, berbanding angkatan-angkatan lain. Dengan pelaksanaan yang betul, kedua-dua jurus snatch dan clean and jerk adalah dinamik dan juga meletus sambil kelihatan cantik, terutamanya apabila ditonton dari rakaman yang digerak-perlahankan.
Pertandingan
suntingSukan ini dikawal selia oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) yang ditubuhkan pada tahun 1905 dan bertapak di Budapest. Para peserta bertanding dalam kategori yang ditentukan oleh jisim tubuh mereka. Terdapat lapan kategori lelaki dan tujuh kategori wanita sejak tahun1998.
Kategori Lelaki | Kategori Wanita | |
---|---|---|
|
Dalam setiap kategorii berat, pengangkat berat bertanding dalam kedua-dua jurusan snatch dan clean and jerk. Ganjaran biasanya diberikan untuk berat-berat tertinggi yang diangkat dalam setiap jurus dan juga keseluruhan, iaitu jumlah campuran maksimum angkatan kedua-dua jurusan. Turutan pertandingan terserah kepada para pengangkat, dimulakan dengan pesaing yang memilih untuk mengangkat berat yang paling rendah. Pengangkat yang gagal mengangkat berat mereka boleh memilih untuk mencuba semula berat yang sama atau mencuba berat yang lebih tinggi selepas sebarang pesaing lain telah melakukan cubaan pada berat yang terdahulu atau mana-mana berat lain di antara. Barbel itu ditambah bebannya dan meningkat kepada berat yang lebih besar sepanjang pertandingan. Bebannya meningkat 1 kilogram sekali. Apabila terdapat seri, pesaing yang lebih rendah berat badannya dikira sebagai pemenang. Jika terdapat dua pesaing yang mengangkat jumlah berat yang sama dan sama berat badannya, pemenang adalah yang terdahulu mengangkat jumlah berat itu.[1]
Pertandingan dimulakan dengan acara snatch disusuli oleh selang rehat yang singkat, dan acara clean and jerk. Terdapat dua pengadil sampingan dan seorang ketua pengadil yang bersama-sama menyampaikan keputusan "lulus" atau "gagal" untuk setiap cubaan berasaskan pengamatan mereka terhadap angkatan itu berlandaskan peraturan lembaga angkat barat. Dua kelulusan diperlukan untuk melayakkan cubaan untuk menang. Biasanya, keputusan para pengadil dinyatakan dengan sistem lampu untuk kemudahan penonton, pesaing, jurulatih mahupun penyelia, yang mana lampu putih menandakan "lulus" sementara lampu merah menandakan "gagal". Selain itu, boleh juga hadirnya seorang dua pegawai teknikal sebagai penasihat.
Kelengkapan
suntingPertandingan angkat berat menggunakan sejenis batang buatan waja dengan lengan-lengan yang memutar (iaitu barbel) yang memegang cakera-cakera bersalut getah yang pelbagai beratnya (iaitu beban), antara 0.5kg hingga 25kg. Cakera-cakera ini dipasang ketat pada batang itu dengan kolar di setiap lengan yang beratnya 2.5kg setiap satu. Pengangkat biasanya memakai sehelai leotard ketat yang dipanggil singlet, tetapi juga boleh memakai baju T di bawah singlet itu. Tali pinggang angkat berat selebar maksimum 120mm juga boleh dipakai untuk menyokong bahagian bawah belakang.[2]
Barangkali kelengkapan yang paling unik untuk angkat berat adalah kasut yang dipakai oleh pengangkat berat. Kasut angkat berat biasanya direka dengan tumit setinggi 0.5" ke 1.5" dengan tali metatarsus yang mengetat rentas kekura kasut. Kasut ini direka untuk kestabilan maksimum sambil memastikan kefleksibelan jari kaki. Ini membolehkan pengangkat untuk berdiri di atas jari kaki sewaktu melakukan "sentakan" dalam angkatan. Tumit tinggi membolehkan pengangkat untuk menegakkan torso sewaktu menyambut batang, malah membolehkan duduk cangkung yang lebih rendah di bawah batang.[3]
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Angkat berat |
Rujukan
sunting- ^ a b "IWF Technical and Competition Rules" (PDF). International Weightlifting Federation. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-08-19. Dicapai pada 2009-08-10.
- ^ "Weightlifting Equipment and History". Official Olympic Website. Dicapai pada 28 Februari 2013.
- ^ "Purpose of Weightlifting Shoes". Weightlifting Shoe Guide. Dicapai pada 28 February 2013.