Aku dan membaca tak boleh di pisahkan. Hobi membaca bermula dar sekolah rendah hingga sekarang masih tetap ada. Setiap tahun aku akan cuba beli beberapa buku bacaan yang menarik untuk aku baca. Tahun ini aku mulakan dengan beli 5 buku dari bookcafe.com.my . Aku buat pembelian pada 25hb februari petang dan 26hb petang buku ini sampai gunakan perkhidmatan J&T. Memang puas hati, perkhidmatan sangat cepat.
Ini antara 2 penulis lelaki yang aku minat dari dulu tulisannya dan aku ada banyak novel mereka dari awal tahun 2000. Sherlock holmes pulak ada 2 buku, bersekali buku sherlock holmes yang tahun lepas. Mungkin sebab aku minat baca komik Detective Conan dan suka filem Sherlock Holmes sebab itu aku suka baca novel ini.
DEMI DARA = Abdul Rahim Awang
JIN- Tina = Abdul Rahim Awang
HAURA = Ramlee Awang Murshid
SHERLOCK HOLMES = Sir Arthur Conan Doyle
![]() |
| 5 buku aku beli, puas hati bila bertambah koleksi buku dan novel |
![]() |
| Ini novel baru RAM yang aku teruja nak miliki, akhirnya dapat juga |
![]() |
| aku tak mula baca lagi... buku ini nanti akhir sekali baru baca |
![]() |
| ini antara koleksi sama yang aku beli tahun lepas... |
![]() |
| novel keluaran tahun 2016, baru tahun ini aku dapat beli . dah habis baca hujung minggu baru ini |
![]() |
| buku ini keluar pada tahun 2017, baru habis baca ahad lepas... |
![]() |
| aku mula baca hari selasa tapi tak sempat nk baca banyak dek kekangan masa... |
























