Apa yang saya perlu mulakan untuk bulan June ini...masih belum dapat buat keputusan, disertai demam selsema yang teruk. Saya rasa sangat kurang selesa minggu ini hingga terpaksa ambil MC. Saya mahu cerita pasal rak bunga yang baru saya tempah..tapi tak menjadi pula. Masih ada cerita bunga baru yang belum di siarkan lagi. Sudah bertapuk dalam folder. Pilih punya pilih saya rasa mahu cerita pasal si Iris dahulu.
Ini walking iris yang saya beli di Mardi CH pada bulan April. Sewaktu beli ada beberapa kuntum bunga keluar tapi bila sampai dirumah semuanya jadi kering dan gugur. Rasa agak kecewa juga tapi dua kuntum terakhir yang ada berkembang juga walaupun pada mulanya menunjukkan tanda kekeringan di hujung kelopak.
Beberapa minggu kemudian kudup-kudup muda baru mulai membentuk dari dalam daun dan perlahan-lahan menginjak ke tepi sisi bahagian daun. Lega rasa... Mula-mula tu berkata juga hati..pokok bukan main subur tapi bila turun kebawah sudah tidak mahu berbunga. Inilah penyakit bunga tanah tinggi....
Kudup muda mulai berpisah dari sisi daun.
Pagi tadi bunga ini siap berkembang. Berjuntai cantik dihujung daun. Terlupa nak ambil gambar kudupnya yang matang,
Sebenarnya walking iris ada pelbagai campuran warna dan bentuk yang menarik. Ramai orang tersalah anggap iris ini sejenis orkid.
Manakala ini pula daun yang membesar menjadi sepohon pokok baru selepas habis berbunga. Sudah boleh dipotong dan ditanam.
Lihat..sudah mulai kecut dan layu...
Selingan kupurama...memang banyak sangat muncul dilaman homestay minggu ini. Kerana matahari sangat terik dan saya tidak sihat jadi saya lupakan niat untuk mengejar yang lain.
Ini pula muncul jinak didepan mata beberapa hari lepas. Rupanya kupurama datang agak lewat melawat taman saya tahun ini, tunggu cuti hujung minggu ini pula untuk sesi shooting mereka.
Happy gardening to all my bloggers freinds.
