Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, 4 April 2016

Mandi Lemon untuk rawatan demam anak


Salam semua..

Lama tak bersiaran kat blog. Harini nak share antara tips rawatan awal yang aku akan buat setiap kali Adra Sofiyya demam/selsema.
Pernah dengar mengenai MANDI LEMON?

Haaaa..sebut lemon je dah terbau bauan yang segar kan.Selalunya bila badan adra dah start panas (dedar), cepat cepat aku akan cari lemon. Then hiris2 lemon tu. Then dalam besen or tab mandi sediakan air suam suam kuku. Dah penuh letakkan hirisan lemon tadi dan perah je dalam tu.

Dah siap air lemon tadi,bolehla dimandikan anak dalam air tadi, lagi best biar je anak berendam. InsyaAllah cepat je suhu badan anak akan turun.

Bagusnya mandi lemon ni , sebab lemon ni boleh meredakan suhu badan anak. Selain mandi lemon, kadang kadang aku akan buat rawatan lemon socks. Caranya senang sangat, selalu buat malam2 masa anak tidur. Ambil besen dan isikan dengan air suam, perah sebiji lemon dalam air suam tadi, then rendamkan socks dalam air tadi. Dalam 20 minit camtu , amik socks tadi perah dan pakaikan ke kaki anak. Mula2 anak mungkin tak selesa sebab stokin tu lembap kan. Tapi jangan terkejut kalau korang tengok kejap je stokin dah kering, sebab lemon dah serap panas badan anak anda :)

InsyaAllah try la, mudah mudahan dapat membantu ibu ibu semua. Tapi if suhu dah tinggi, better cepat bawa ke hospital. Sambil2 tu boleh ikhtiar dengan natural remedies kan :)






Psss: InsyaAllah blog ni akan diaktifkan semula dengan banyak lagi perkongsian menarik :)


Tuesday, 26 January 2016

Tips untuk parent bila membawa anak ke Taman :)


Salam semua...

Cuti panjang baru ni korang buat apa je? Macam biasa weekend aku akan balik ke sungkai, tapi semalam awal awal lagi dah gerak balik ke Rawang. Sebabnya dah janji nak cod barang dengan beberapa orang customer.

Dah setel COD, singgah ke Aeon Rawang jap, makan dan beli barang sikit. Si Adra Sofiyya pulak dah menangis bila keluar Aeon, tak puas berjalan. Alahaiii anak, sabar je lah mama n ayah ni. Haha.
So decide dengan husband, gi lepak kat Taman area Bandar Tasik Puteri dulu. Lagipun tengok jam pun baru pukul 6 tepat.Apa lagi seronok la si Adra dapat tawaf Taman, dapat berjalan kedek kedek dia tu, dapat main tanah bagai. Takpe, sekali sekala bagi dia enjoy. Kesian kalau weekdays mama dan ayah kerja, weekend bagi peluang kat dia untuk main2 :)


Actually nak share something, semalam bila lepak di taman, tengok ada juga sesetengah parents yang lepaskan anak main area situ, tanpa pengawasan parent. Parent busy sembang, busy tengok handphone. Pleaseee parent, sekarang dah banyak sangat kes culik. Jadikan ikhtibar dengan kes kes sebelum ni. Jangan abaikan anak anak anda.

Tips untuk parent bila membawa anak di taman:

- Make sure duduk di area ramai orang 
- Sentiasa memerhatikan gerak geri anak
- Pesan pada anak supaya menjerit if ada orang yg tidak dikenali ingin mengusik or membawa larinya
- Tidak membiarkan anak pergi main terlalu jauh dari pandangan mata anda
- Sediakan kain or towel muka untuk mengelap peluh anak
- Sediakan bekalan air kosong dari rumah untuk anak2 dan untuk kita sekali, supaya kita tidak dahaga dan tidak perlu membeli air or jajan yg dijual dikawasan Taman. 
- Balik rumah sebelum maghrib

Ok tu je yang aku terpikir point2 yang boleh dikongsi dengan korang. Jagalah anak anak kita dengan sebaik baiknya, kerana anak itu adalah anugerah dan amanah dari ALLAH.





   



         

     

             

Friday, 8 June 2012

Tak perlu berhabis beribu riban

Salam semua..

Sape yang tak inginkan kulit wajah yang sentiasa cantik kan. Sesetengah wanita sanggup berhabis beribu ringgit untuk mendapatkan wajah yang cantik. Dont worry bebeh..kita masih boleh mendapatkan wajah yang cantik dengan mengamalkan cara yang penjaggan yang betul. Arini aku nak share dengan korang semua 6 cara penjagaan wajah. 



*Minum air kosong sebanyak 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

*Sebelum tido , basuh muka anda dengan air bersih. Ini untuk menghilangkan segala kekotoran dan bakteria. Bakteria yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

* Jangan lupa untuk mencuci muka anda sebelum beriadah ataupun sebelum bersenam.

*Amalkan tiga langkah penjagaan kulitmuka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci muka yang berasaskan glycerin. Selepas mencuci muka, gunakan penyegar (toner) dan diikuti dengan pelembap wajah.

*Pastikan anda melindungi kulit dari sinaran UV matahari sebaik mungkin. Sebelum keluar rumah make sure anda dah pakai krim pelindung matahari , at least ade SPF 15 untuk melindungi kulit dari terbakar dan berkedut. Dalam entry lain aku akan share krim pelindung yang bagus.:)

*Segera berjumpa dengan pakar kulit jika anda mengalami masalah kulit yang serius. 


    Itu saje, simple kan. So jangan malas2 untuk menjaga kecantikan kulit. Tak rugi ape pun, nanti korang gak yang cantik. Nanti next entry aku akan share petua2 lain pulak ye. :)

    Sumber: Majalah RAPI.



    Notakaki: Tak sabar nak balik kampung..fuhhhh..nervous...:)

    Wednesday, 30 May 2012

    Nak gigi yang bersinar sinar??

    Salam semua...

    Selain rambut, gigi juga merupakan aset yang penting pada kita. Ape gune senyuman manis kalo gigi kita tak cantik kan. Gigi yang putih dan bersih akan mencantikkan lagi senyuman di wajah kita. Arini nak share dengan korang beberapa petua untuk memutihkan gigi. 

    Petua 1 
    Campurkan sedikit garam bersama ubat gigi dan gosokkan ke gigi selama beberapa minit. Setelah gosok gigi, kumur dan anda akan dapat rasa sejuk di bahagian gigi.

    Petua 2
    Tumbuk sedikit kayu arang sehingga lumat. Ambil sedikit serbuk kayu arang yang dah ditumbuk tadi dan gosokkan sekitar gigi yang kuning. 

    Petua 3
    Tumbuk halus beberapa helai daun lalang untuk digosokkan pada gigi.

    Petua 4
    Bakar buah pinang sehingga kehitaman dan menjadi arang, kemudian tumbuk sehingga lumat dan gosokkan di sekitar gigi yang kekuningan.

    Petua 5
    Amalkan sental gigi dengan serbuk soda bikarbonat sebelum memberus gigi. 




    Thursday, 24 May 2012

    Khasiat bawang putih.

    Salam semua...

    Hai u oll, mak jemah datang lagi. Kali ni nak share dengan korang tentang khasiat bawang putih. Korang makan tak bawang putih? kadang2 bawah putih ni adelah penyedap rase pada masakan gak.Tapi janganle korang bantai sebiji bawang putih dalam masakan yang sikit. Pergghhh. Opss..jom tengok pe khasiat bawang putih. Cekidauttt...



    Mengurangkan kadar kolestrol
    Tahukah anda semua wahai wanita2 sekalian dengan mengunakan bawang putih dalam masakan dan memakan bawang putih, kite dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan jika diambil dalam jangka masa panjang. So, hasilnya dapatla badan yang sihat, kurus dan ramping. 

    Anti Tumor
    Tahukah korang semua bahawa khasiat bawang putih adalah 2 kali ganda lebih baik dari ginseng. 'Germanium' yang terkandung dalam bawang putih dapat merawat kesan lecur, penyakit radiasi, kanser, penyakit jantung dan bertindak sebagai anti tumor pada haiwan.


    Melambatkan proses penuaan
    Tahukah anda bahawa bawang putih gak dapat melambatkan proses penuaan, disam[ing kite pakai masker every week, bawang putih pun bagus gak. hihi. Wajah akan kelihatan lebih muda tidak setanding dengan usia.

    Mengurangkan stress
    Korang stress? stress dengan kerja, jem, masalah2 peribadi? Amalkan pemakanan bawang putih dalam masakan kerana antara kebaikan bawang putih adelah dapat kurangkan stress.

    Mengelakkan kanser perut
    Penggunaan bawang putih dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit kanser perut. Ini adelah kerana bawang putih menghalang nitrat diet daripada menjadi sel kanser.

    Terhindar dari serangan penyakit jantung
    Di samping dapat kurangkan kolestrol, bawang putih jugak dapat kurangkan risiko kite dari terkene serangan jantung. Sekarang ni serangan jantung dah tak mengenal usia, umur muda pun dah boleh dapat seranagn sakit jantung. So, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.