Showing posts with label thinking. Show all posts
Showing posts with label thinking. Show all posts

Sunday, October 28, 2018

Tabiat yang anak murid ingat ...






"Ilmu ini bukan milik saya ..."

Kata-kata itu masih terlekat dalam kepala saya sejak dari mula mendengar penceramah yang memang saya kenal itu memulakan bicaranya. Benarlah seperti yang dikata. Ilmu yang kita ada saat ini bukan hak milik mutlak kita. Daripada Allah ilmu itu datang dan kepadaNya juga satu hari nanti ia akan dikembalikan.

Dan benarlah, semakin kita berkongsi, semakin kaya kita dengan apa yang kita kongsikan itu. Berkongsi rezeki yang sedikit, pasti rezeki kita akan mencurah nanti. Memang itu janji Allah, kan.


Teruja saya membaca sinopsis pembentangan bekas anak murid saya ini semasa  membelek-belek buku program saat itu. Dewan Ekovest Convention Hall di SJKC Wang Maju , KL , itu hampir 3/4 sudah dipenuhi dengan jemputan yang hadir dan lampu spotlight  yang ada mengganggu tumpuan saya. Pun begitu, saya bangga melihat nama beliau tercetak dan berhasrat untuk duduk dalam bengkelnya nanti.

Sebahagian hari Sabtu saya hari itu diisi dengan perkongsian guru dalam Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Pendidikan 2018 anjuran PPD Keramat Smart.

"Saya ingat bila cikgu masuk je, mesti tanya tentang movie terbaru.."

Oh... 😜

Bekas anak murid saya itu memberitahu, semasa sedang menunggu bilik bengkel dipenuhi dengan peserta yang lain. Waaaah... perkara tak penting itu yang diingat si Lutfi ni. Hahaha...

Itu memang tak dinafikan. Saya memang suka sangat menonton movie. Pantang  ada movie baru yang best, pasti akan saya dan suami cari peluang menontonnya. Dan jika jalan cerita itu menarik, acap kali juga saya berkongsi cerita dalam kelas semasa mengajar.

Tak sangka juga  bekas murid saya  ini masih ingat tabiat saya yang satu itu.



Setelah berbelas tahun, akhirnya sang guru menjadi murid pula kepada bekas anak muridnya. Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan ruang bagi saya menambah ilmu. Ilmu mengguna aplikasi Telegram untuk menjalankan pembelajaran kendiri buat anak-anak murid generasi Y dan Z sekarang. Kemahiran baru yang bagi generasi X seperti saya ini agak kelam kabut juga hendak menguasainya.



"Cikgu ajar saya masa saya Ting 2 dan Ting 3 dulu, cikgu..."  

Sopan si Lutfi menjelaskan bila saya bertanya. Umur belasan tahun waktu itu ya, dan saya kira sekarang mungkin umurnya sudah di awal 30 an. Orang rumah beliau pun sekarang ini merupakan rakan sekerja saya di sekolah. 

Mengingat kembali sesi menuntut ilmu dari bekas anak murid, terasa berbangga saya menjadi seorang guru. Saya pasti ramai juga guru-guru lain yang berbangga bila menghadapi situasi seperti ini. Walaupun, saya pasti pengajaran saya tidaklah sebaik mana pun, namun saya berdoa moga kerja bakti saya selama ini dinilai Allah sebagai amalan yang membawa pahala.

Oh ... baru teringat. Pagi itu sebelum hendak menghadiri persidangan tersebut, terserempak juga dengan bekas anak murid yang lain, memberitahu isterinya di HKL sedang menunggu kelahiran anak mereka yang ketiga. 

"Oh... saya ingat cikgu dah pencen dah...." ujar beliau bila diberitahu yang saya masih punya beberapa tahun lagi untuk bersara. Aduiii.... agaknya dah nampak sangat ketuaan diri ni, sampaikan bekas anak murid pun dah beranggapan yang saya dah masuk golongan YB.

😂

Apa-apa pun, saya mendoakan untuk semua bekas-bekas anak murid saya, semoga Allah mengurniakan kejayaan dunia akhirat buat kalian. Selamat menyumbang buat negara dan moga segala kerja buat kita menjadi amalan baik yang diterima Allah.


Salam bangga.



~cikgunormah@klcitizen~












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 14, 2012

musim mencerap kembali lagi





Min, kak Normah masuk tengok Min ngajar ya ?

Satu-satunya ayat yang menggusarkan bagi kebanyakan guru, bila mana ada rakan sekerja menyatakan hasrat untuk membuat pencerapan.

Alah, kak Normah janganlah. Takutlah kalau kak Normah nak masuk. Stress.

Jangankan si Min tu, saya pun akan stress kalau tahu ada orang yang akan membuat pencerapan hendak melihat saya mengajar dalam kelas. 

Kenapa stress ya?

Sebagai guru, saya rasa mungkin ramai juga yang sependapat dengan saya, bahawa mengajar adalah seni kemahiran. Kemahiran itu tidak sama antara satu sama lain. Dan biasanya kemahiran itu menjadi lebih baik dengan pertambahan pengalaman.

We are sensitive about this work we put our heart, souls, and imagination into, as well as our brains. Although there are many best practices from which we can learn, there is also the reality that what works in one moment might not work in the next. What works for one student might not work for another. What works for you might not work for me.

We teach in public schools, but having someone come into your classroom often feels more like having someone come to your home. You want to make sure your dishes are done, dirty laundry is not lying around, etc. You want to be ready. I can't fully explain why, but even when the plan is exactly the same, the art is a little different when it's not just you and the students. 
Understanding Why So Few American Teachers Observe Each Other

Masalah pencerapan dalam konteks di Malaysia ini saya kira, berdasar pengalaman ialah kebanyakannya lebih bercorak performance indicator dan bukan bersifat personal development


Sejak saya mula mengajar lagi, kebanyakan yang masuk ke kelas sebagai pencerap adalah mereka yang punya autoriti di aras pentadbiran atau nazir-nazir pelajaran. Dan biasanya, walau bukan semua, pencerapan lebih berciri melihat kekurangan dan kelemahan pengajar mengawal kelas, interaksi antara guru dan murid, kreativiti teknik penyoalan dsb.



Siapakah yang suka dirinya dikritik dalam seni kemahirannya?



Kritik dan komen sebegini iaitu kelemahan dan kekurangan menjadi kritikan bersifat personal . Inilah yang tidak sanggup didengar, sebab kita bukannya artis program realiti yang menerima bilangan sms paling tertinggi. Kita hanya manusia biasa, yang cepat terasa dan cepat terkilan.



Bagaimana pencerapan yang bersifat personal development ?



Secara idealnya, yang tergambar dalam kepala , dan tidak semestinya semudah itu terlaksana ialah pencerapan rakan sebaya (peer observation). Mencerap dengan tujuan ingin mempelajari dan mengambil nilai baik dari rakan guru. Itu sepatutnya menjadi asas pencerapan.



Pencerap boleh jadi sesiapa sahaja dari rakan guru, dan bukan bertujuan memberi penilaian markah berskala apa pun, tetapi lebih bersifat memperkaya pengalaman dan kemahiran. Guru baru duduk mencerap guru yang lebih senior atau sebaliknya dan usai pencerapan, perbincangan serta perkongsian teknik yang baik wajar dibuat.



Secara teorinya nampak indah sekali, kan.



Nanti lah, bila saya punya sekolah sendiri... kahkahkah.




~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 3, 2012

ponteng

Cuti lagi.

Alhamdulillah. 

Pasti ramai yang akan bermusafir dalam perjalanan keluar daerah. Semoga perjalanan anda semua di dalam lindungan Allah , selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Kelas tu, 9 orang tak hadir hari ni kak.

Sebenarnya , kalau sedang bersemangat hendak mengajar kelas yang tertentu, dan dimaklumkan sekian ramai pelajar tak hadir, terasa ah... tak best nya. Sebab , mengajar ini jadi seronok kalau ada anak murid. Kalau tak ada anak murid, itu bukan namanya mengajar, itu namanya gila bercakap berseorangan. 

Bukan begitu?

Kenapa ramai sangat tak datang hari ini ya?

Bukankah kelas Chemistry kelas yang best? Sepatutnya bukankah kalau tahu ada kelas Chemistry, semangat untuk hadir meluap-luap. Sebab, saya rasa, Chemistry itu best sangat. *ayat-ayat perasan*

Tak siap homework lah tu kut, kak.

Tak siap homework, maka jalan mudah ialah tak payah datang sekolah. Sayang sungguh.

Tapi saya rasa , itu hanya sebahagian kecil dari masalah tak datang sekolah. Saya lihat ramai juga yang tak siap homework, tapi gagah juga datang sekolah untuk dibebelkan oleh cikgu. 

Mungkin sebab cuti yang panjang mengekori hari Jumaat ini, kut.

Atau mungkin juga sebab cikgu Chemistry nya dingin sangat ? Ah, Mungkin juga, kan.

SURVIVAL TIPS FOR TEACHERS: Tip no. 30 - Allocate the last five minutes of your teaching session for a short, special dedication to one of your students. One student for each session. It can be a line of poem, a Malay pantun, a remark or a statement that indicates your hope - with his/her name specifically mentioned in it. Start with the last student in the name list, going upward. Feel the anticipation excitement buzzing in the class as each session comes to an end....Enjoy it! ~ Dr Harlina's Survival Tips For Teachers

Nak cubalah.

Habis Thaipusam nanti.  Itu pun kalau diorang tak ramai-ramai ponteng lagi  lah. :)

*Salam Jumaat rakan-rakan semua dan selamat bercuti .


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 5, 2012

perempuan memanglah sensitif

Pakai tudung baru kak normah?

Wah, ada juga orang yang perasan tudung baru saya ini setelah puas berjalan mudik  ke hulu dan ke hilir dalam bilik guru.

Hahaha... jangan ada yang muntah lah pulak membaca entri saya malam ini.

Bukan tentang tudung baru yang hendak saya tuliskan. Tudung masa sale, apalah yang hendak dibanggakan. Orang lain beli tak yah ber sale pun, tak ada kecoh sekampung.

Nak menyentuh tentang satu sifat yang saya kira ia unik sungguh bagi kita perempuan.

Sensitif dengan perubahan orang sekeliling.

Bukan sensitif tidak bertempat. Sensitif dengan perubahan yang positif dan perubahan yang negatif. Terutama, dan terlebih lagi bab-bab naik badan, turun badan, baju baru, hand bag baru, gelang baru... :)

Bab kereta baru? Itu, saya kira lelaki dan perempuan memang sensitif .

Bagus ke?

Bagus kalau ia dapat mengeratkan ukhuwwah. Memuji secara ikhlas tanpa berlebihan. Kerana pujian yang ikhlas boleh kita rasa dari nada suara dan gerak mata. Dan ia sentiasa membuat harga diri si penerima meningkat. Itu satu cara membantu rakan, sahabat, saudara dan kerabat kita membina jiwa yang positif.

Kadang, pujian positif ini bukan terhad kepada bahan material yang tersangkut di badan sahaja. 


Beautiful Lotus


Pelbagaikan pujian positif kita. 

Melihat kekuatan dan kebaikan dalam diri orang lain dan kita beritahu secara jujur supaya dia tahu. Perkara yang benar dan bukan rekaan. Biar pun ia kecil dan seolah tidak signifikan pada kita, tetapi mana tahu, perkara itu yang akan diingat oleh insan yang kita puji itu sepanjang hayatnya. Lebih manis lagi, kalau pujian itu menjadi landasan bagi si dia untuk mencapai kecemerlangan hidupnya.

Dan niat kita juga mesti betul, membantu rakan dan insan terdekat mendapat aura positif kerana Allah.

Salam di malam Jumaat. 

:)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 1, 2012

apa warna mata anda?

Kita kongsi warna mata , tapi tidak warna hati  ~ Malique & Jamal Abdillah


Boleh jadi tafsiran anda dan saya berbeza.



Bagi saya warna mata, tidak merujuk pada warna anak mata itu sangat, tetapi pandangan mata dan apa yang kita lihat. Kita lihat hijau dan merah yang sama tetapi rasa hijau atau merah itu berbeza bagi tiap kita. 

2012 sama sahaja datangnya pada kita. 

Saat yang sama, masa yang sama, hari yang sama dan tahun yang sama.

Tapi di awal dan kesudahannya pasti berbeza bagi tiap dari kita. Dan meniti hari-harinya juga pasti pada jalan yang berbeza buat kita, berdasar pilihan dan ketentuan yang tersurat. Dan keseluruhannya pasti memberi impak yang berbeza pada rasa dan jalur fikir kita seterusnya.

Semakin hari langkah kita, makin menghampirkan pada hijrah yang hakiki. Tiada siapa yang makin muda. Dan dalam menyempurnakan hijrah yang hakiki itu , kita akan berkeseorangan di sana.

mmm....

Diri saya hanya dikuatkan dengan 1% fizikal tetapi selebihnya iaitu 99% darinya ialah roh yang menentukan emosi dan rasa hati . Yang nanti hidup 'kekal' menerima balasan, ialah roh saya, dan hilang lenyap menjadi tanah adalah fizikal yang saban waktu saya cuba jaga dan rawati.

Sudah tiba masanya, saya kira, roh saya ini saya jaga dan rawati ia sebaik mungkin.

Salam tahun baru di petang hari pertama 2012. Moga 2012 ini membawa makna diri yang lebih baik buat kita semua.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 16, 2011

nak 'happy'

Saya nak happy hari ini.

Satu pernyataan yang bukan saya sahaja yang inginkan, tetapi semua dari kita yang merangkak, berjalan dan berlari di atas muka bumi ini juga mahu. Kalau boleh hendak happy bukan hari ini sahaja, tetapi hari-hari dan hingga ke hari terakhir kita nanti pun, kita pejam mata dengan senyuman di bibir, happy untuk berhijrah ke alam sana.

Bukan begitu?

:)

A truly happy person is one who can enjoy the scenery while on a detour.  ~ Unknown


Kalau hendak happy, meh , kita ikut cara ini.




  1. Bangun pagi, lepas termenung sini sana, perkara pertama di bilik air yang perlu kita buat  ialah pandang cermin dan senyum pada diri sendiri. Berapa kali agaknya kita senyum pada diri sendiri dan kita lihat senyuman kita itu balik? Walhal, senyum itu sendiri ialah sedekah, dan kita jarang menyedekahkan sesuatu untuk diri kita. 

  2. Buat orang lain happy. Ini bukan rahsia. Apa yang kita mahu terjadi pada kita, kita perlu lakukan terlebih dahulu pada orang lain. Ayat..."Saya hanya hormat orang yang hormat saya " tak boleh di guna pakai lagi dah. Itu dah out of  trend. Hormat orang lain, insyaAllah kalau dia tak hormat kita balik pun, orang lain berganda-ganda akan hormat kita. Jadi, bagi orang lain happy  bila berada di sekeliling kita, insyaAllah kita akan happy juga.

  3. Membuat pilihan yang betul dalam bahan bacaan dan bahan yang ditonton. Kalau nak happy tapi dok baca novel sedih atau berita-berita sedih, seperti isteri terjun lombong sebab suami main kayu tiga, isteri muda dan isteri tua bersaing pakai spek mata paling besar, saya pasti ia sedikit pun tidak akan membantu aras happy  anda meningkat. Sebab itu saya , sehingga kini jarang sangat menonton drama Melayu dan tidak ingin langsung menonton filem Ombak Rindu. Kerana, cerita sedih boleh membuatkan saya dalam bersedihan berminggu-minggu. Parah dan payah. Dan saya juga tidak suka filem yang menggambarkan wanita baik serta beragama itu naif serta lemah dan dari kampung. Ish... saya baik (*masuk bakul angkat sendiri*) dan beragama , jadi ada kena mengena tak dengan naif dan lemah?

  4. Mendengar kata-kata/ ceramah motivasi. Ini penting. Sebab, bila hati kita tidak di isi dengan perasaan sedih, ia akan jadi lompong. Dan akan diisi dengan perkara lain pula, dengki dan iri hati, itu pasti akan cuba menghinggap. Saya sarankan ceramah-ceramah pendek Dr Muhaya (di sini) atau penceramah sesiapa sahaja. Saya memang peminat tegar Dr Muhaya, jadi kerana itu saya mencadangkan mendengar kata-kata beliau.

  5. Akhir sekali, seperti biasa, tiada jalan lain , kecuali minta pada Allah, bersungguh-sungguh. Sebenarnya, segala kuasa itu bukan pada no 1, 2, 3 atau 4. Itu cuma ikhtiar kita sahaja. Yang membenarkan semua itu menjadi dan berkesan ialah Allah jua.
Selamat berhappy  di hari Jumaat penuh berkat ini kawan-kawan. Moga tenang itu menjadi milik semua insyaAllah.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 28, 2011

nasib baik lagi saya tak tumbuk muka awak...


Kesusahan boleh membawa kebaikan. Jika dinilai dari sudut positifnya.

Dan saya berharap, agar saya sentiasa diberi Allah kebolehan, menilai serta menerima sisi positif dari setiap kejadian yang berlaku.

Dah lama jadi driver tow truck ni?

Pertama kali saya duduk di bahagian penumpang dalam lori tow truck

Sejam setengah menunggu trak tunda itu untuk sampai ke tempat kereta saya. Penantian kali itu terasa pendek, kerana Allah mudahkan dengan kehadiran rakan guru yang sangat prihatin, serta dua orang bekas pelajar  yang meneman saya berbual. Kehadiran mereka menghilangkan rungsing serta tekanan perasaan melihat kereta saya tersadai di tepi stesen minyak.

Terima kasih banyak-banyak. Allah sahaja yang dapat membalasnya. :)

Lama jugalah cikgu, dengan AAM ni dah hampir 10 tahun.

Hari itu sahaja, sehingga jam 630 petang waktu itu, kereta saya merupakan kereta ke 12 yang telah ditundanya. Penat. Sudah pasti. Mengharung kesesakan jalan hendak menyampai ke tempat tuan-tuan punya kereta yang gelisah, risau dan cemas akibat kereta yang breakdown tak kira masa, sebenarnya , rupanya, bukanlah kerja mudah. Baru saya tahu.

Macam-macam cerita , cikgu. Ada satu kes, saya sampai di tempat breakdown dalam masa 45 minit selepas tuan punya kereta call HQ. Belum sempat saya buka pintu trak saya, tuan punya tu  dah bukakan pintu dan terus TUMBUK muka saya. Ni ... , parut kesan tumbuk ni pun ada lagi.  

Dia berpaling mengadap saya. 

*Eh, eh , tak perlulah tunjuk, tengok je ke jalan depan encik Badrul -nama si driver seperti tertera pada uniformnya - , awak tu tengah drive, tegur saya dalam hati.  :) *.  

Padahal jalan memang jam waktu itu.

Dia tumbuk muka en Badrul??  

Macam tak percaya pun ada. Tapi saya percaya. Sebab dalam keadaan risau, cemas, panik, panas, penat, lapar, malu dengan kereta yang tersadai di tepi jalan atau di tengah jalan, apa perkara pun mungkin berlaku.

Cikgu tau apa yang saya buat?

Manalah saya tahu.  Tapi sebenarnya soalan bentuk sebegini tak perlu di jawab. Jadi saya tunggu sambungan ceritanya, sambil melihat ke jalan raya di hadapan dan saya pasti saya tak pernah sampai ke kawasan tersebut. 

Saya cakap pada dia. 'Tokey, saya sampai tempat tokey dalam masa 45 minit saja, tak sampai satu jam pun. Sekarang, tokey sudah tumbuk muka saya, saya mau pegi klinik ambik ubat untuk ini luka , kemudian saya mahu pegi balai , buat report, lepas itu baru saya datang balik.'

Habis tu , dia cakap apa.

Si tokey tu bising jugak..., dia kata, kereta dia macamana? Saya kata, tokey tunggu sajalah. Saya mahu selesai masalah saya dulu. Saya pun pegi klinik, buat report kat balai, lepas tu saya pegi balik ke tempat tokey tu, saya cakap kat tokey tu, saya sudah selesai urusan saya, tokey tunggu sini, lagi 3 jam, kawan saya akan datang bawak lori truck lain punya, angkat tokey punya kereta. Terkulat-kulat bijik mata dia. Saya pun, balik semula ke ofis, buat report. 

Dia sambung lagi ...

Nasib baiklah cikgu, saya tak balas balik tumbukan dia, walau pun dulu, saya ni pun kategori panas baran jugak. 

Hahaha. Tergelak saya di situ.

Dalam hati saya berkata, nasib baiklah tadi saya tak tumbuk muka En Badrul ni, waktu dia sampai tadi. Hah... nasib baik. :)

Dan nasib baik juga, saya bukan seorang  pemandu kereta tunda.
Steer Up the Yellow Line of the Tow Truck


*terima kasih kepada operator, mekanik dan pemandu kereta tunda di AAM Kuala Lumpur yang membantu saya semasa dalam kesusahan tempohari. Jasa kalian juga tidak mungkin saya balas, hanya kepada Allah saya serahkan urusan tersebut.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 25, 2011

memang perempuan tak malu

Dua hari ini, saya banyak membuang masa.

Sedar-sedar sudah malam Isnin. Ah.... menyesal kemudian, sentiasa tidak berguna. Berjanji dan berazam dengan diri sendiri memang teramat payah hendak ditunaikan.

Saya sedar kalau digrafkan iman saya tatkala ini, ia berada di paling bawah dalam lengkung huruf U. Berada dalam zon selesa boleh membuatkan seseorang seperti itu. Itu yang saya fikir. Segalanya mudah, bangun pagi hingga waktu hendak tidur begitu santai  masa-masanya. Tiada yang hendak dikejar, ditangis atau dicari-cari.

Alhamdulillah. Memang bersyukur. 

Tapi, ia membuat saya jadi leka juga. 

Dan bila esok tiba hari untuk bekerja, tanda-tanda serangan panik secara perlahan muncul . Dan Isnin tetap dipersalahkan kerana muncul begitu pantas. Dilabel Blue Monday  dan lebih parah Black Monday.

Bila rasa terdesak ini muncul, tetap padaNya saya mohon, moga dipermudahkan segala urusan saya esok, serta hari-hari seterusnya.

Tak malu sungguh , kan....

Semalu Yg Tak berapa nak malu


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 17, 2011

belajar mementingkan diri sendiri



Berazam hari ini tidak mahu  on  laptop. Tidak mahu mengadap blog dan mengupdate entri.

"..and a productive day it shall be . "

Alah, kalau ketagihan itu sudah menyerap di setiap helaan nafas, tetap ia menarik keluar diri dari azam yang kononnya membulat di hati. Payah menunai janji dengan diri sendiri, sebenarnya.

Dalam menunggu mat india membasuh kereta saya, seperti biasa, sempat membelek semula tulisan Frank Mc Court dalam bukunya Teacher Man. Sudah lusuh buku ini, entah berapa kali diulang baca. Tetapi agak relevan dengan saya dan rakan-rakan guru.


A young substitute teacher sat beside me in the teachers' cafeteria. She was to start her regular teaching career in September and could I offer her any advice?
Seorang guru pengganti yang muda duduk di sebelah saya dalam kafe guru. Dia sepatutnya memulakan karier perguruannya dalam bulan September dan bolehkah saya memberikan pada beliau sedikit nasihat? 
Find what you love and do it. That's what it boils down to. I admit I didn't always love teaching. I was out of my depth. You're on you own in the classroom, one man or woman facing five classes every day, five classes of teenagers. One unit of energy against 175 units of energy, 175 ticking bombs, and you have to find ways of saving your own life. They may like you, they may even love you, but they are young and it is the business of the young to push the old off the planet. I know I'm exaggerating but it's like a boxer going into the ring or a bullfighter into the arena. You can be knocked out or gored and that's the end of your teaching career. But if you hang on you learn the tricks. It's hard but you have to make yourself comfortable in the classroom. You have to be selfish. The airlines tell you if oxygen fails you are to put on your mask first, even if your instinct is to save the child.
Cari apa yang anda minat dan buat. Itu yang sebenarnya. Saya mengaku yang saya sebenarnya tidaklah menyukai mengajar pada awalnya. Tetapi saya telah berjaya mengatasi masalah tersebut.   Bila dalam kelas, anda sebenarnya bersendirian, seorang wanita atau seorang lelaki mengadap 5 kelas setiap hari, 5 kelas penuh dengan remaja. Satu unit tenaga berhadapan dengan 175 unit tenaga, 175 bom jangka, dan anda harus mencari jalan sendiri menyelamatkan diri anda.. Mereka mungkin akan menyukai anda, mungkin juga menyayangi anda, tetapi mereka semua muda, dan memang lumrah orang muda inginkan orang tua jauh dari planet ini. Saya tahu saya hanya membesar-besarkan keadaan tetapi ia lebih kepada keadaan bila seorang ahli gusti masuk ke dalam gelanggang atau orang yang bertarung dengan lembu jantan masuk dalam arena. Awak boleh dikalahkan atau dirodok dan jika itu berlaku maka berakhirlah karier anda sebagai guru. Tetapi jika awak bertahan, banyak tipu helah didalamnya yang awak boleh belajar. Memang susah tetapi awak kena menyesuaikan diri dalam kelas.  Perlu belajar mementingkan diri sendiri. Bukankah syarikat penerbangan sendiri memberitahu, jika paras oksigen rendah, anda mesti mengenakan topeng oksigen anda dahulu, walau pun naluri kita ingin menyelamatkan anak kecil disebelah.
page 303. 

Bila baca sekali imbas, seolah Mc Court memandang bidang perguruan ini seperti sebuah pertarungan. Tapi membaca keseluruhan buku ini menggambarkan beliau sebagai seorang guru yang cuba mengeluarkan diri dari sistem pendidikan yang terkongkong. 

Kunci utama yang saya kira menjadikan beliau seorang guru yang berpengaruh ialah hubungannya dengan murid-muridnya. Bukanlah dengan melibatkan diri dengan masalah dan hidup pelajar-pelajar tersebut, tetapi dengan merangsang minda, memahami konflik dalaman pelajarnya dan sentiasa berterus terang.

Merangsang minda.

Saya kira ia senjata utama dalam meningkatkan jati diri. 

Salam hujung minggu dan selamat berpesta makan.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 13, 2011

memang kau perempuan mengada

Ketagihan kafein membuatkan kepala tidak menentu.

Saya kira saya dalam kategori wanita mengada, lambat perut diisi, angin naik ke kepala, dan terasa dinding tempurung kepala diketuk-ketuk. Berdengung menyakitkan. Lebih parah, kalau suara orang di sebelah terasa seperti guruh berdentum di tepi telinga, dan tekak terasa kembang mual ibarat mengandung anak sulung.

Gastrik lah tu. Kan.

Kalaulah saya di Somalia atau Palestin dengan perut sebegini, rasanya tak lamalah hayat saya. Agaknyalah. Wanita mengada seperti saya ini memang tak betah kalau kehendak perut itu tidak terpenuh.

Mencegah itu lebih baik dari merawat .

Tahu. Waktu bersarapan terlajak hingga ke tengahari. Bukan saya seorang. Rakan-rakan di sekolah yang beberapa kerat bersama tadi, mengalukan tetamu dari luar negara memantau perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas turut sama berlapar. Seawal 730am sudah berpeluh masing-masing. Saya yang sekadar menyibuk terlebih 'derita' pulak. Bukankah mengada namanya itu?

Ada 3 perkara yang ditanya oleh Mat Saleh itu pada kami.

- What do you like about teaching?
- What are the challenges you are facing in your profession?
- If you are given the magic wand, how would you overcome the challenge?

Rupanya mereka adalah consultant bagi pihak Kementerian Pelajaran, membangunkan modul yang boleh diguna pakai oleh guru-guru di Malaysia bagi mengajar kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

Meluahkan perasaan, emosional tidak tentulah pula saya semasa ditanya 3 persoalan. Dengan Bahasa Inggeris yang maha berterabur, menjawablah juga, walau selepas itu rasa tidak puas meluah perasaan. Sahabat-sahabat yang lain cool  semacam, saya pulak yang terlebih emosional. Agaknya hentaman dan ketukan denyut nadi di kepala menambah deruan emosi yang melimpah.

Sayang. Tidak mengambil gambar buat kenangan. :(

Be the change you want to see in the world - Explore !


Kesimpulan? Kami guru-guru Malaysia sentiasa bersedia berubah, malangnya sistem yang sedia ada mengekang dan menghalang perubahan itu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 7, 2011

mata dicungkil, perut dibelah dan dirogol berkali-kali







Rasanya kali ini entri saya panjang lebih dari biasa.

Bagaimana pun, saya tidak tahu hendak memulakannya dari mana dan bagaimana. 


Rasanya, permulaannya dari pembacaan buku ini, iaitu "Travelog Misteri : Israel Kuasai Dunia oleh Mohd Nadzri Kamsin". Sebenarnya belum habis membaca pun, baru di muka surat 164 dari 285 muka surat. 

Tetapi, terasa seperti satu jendela baru di buka dalam hidup saya.

Siapa pun tahu tentang Yahudi dan keangkuhannya. Namun ada beberapa perkara tentang mereka ini yang saya baru tahu. 

Antaranya, ialah, Yahudi yang sangat angkuh ini rupanya dari puak Yahudi Ashkenazi yang dipercayai  berasal dari Eropah Timur dan bukan dari Timur Tengah. Mereka ini dipercayai bukan dari keturunan 10 suku kaum asal Yahudi yang hilang, iaitu keturunan Bani Israel  dan tiada langsung mempunyai kaitan sejarah dengan Baitul Maqdis . Mereka ini lebih Yahudi dari Yahudi sebenar iaitu Yahudi Sephardi dan Yahudi Mizrahi yang merupakan Yahudi kelas ke dua di negara haram Israel itu.

Dan buku ini juga mendekatkan saya dengan Sabra dan Shatila.

Sedih dan tragis kisah di sana walau sudah berpuluh tahun ia berlaku. Bulan September inilah kejadian di sana berlaku, di antara 16 - 18 September 1982. 

Saya tahu kisah ia sedih. Tetapi sebelum ini tidak pernah membaca laporan dari orang-orang yang melihat. Jadi, kesedihan itu bersifat superficial , luaran dan tidak menembus rasa.

Down a laneway to our right, no more than 50 yards from the entrance, there lay a pile of corpses. There were more than a dozen of them, young men whose arms and legs had been wrapped around each other in the agony of death. All had been shot point-blank range through the cheek, the bullet tearing away a line of flesh up to the ear and entering the brain. Some had vivid crimson or black scars down the left side of their throats. One had been castrated, his trousers torn open and a settlement of flies throbbing over his torn intestines. 

Menuruni lorong di sebelah kanan kami, tidak lebih dari 50 kaki dari pintu masuk, terdampar beberapa lapis mayat. Lebih dari sedozen mayat-mayat ini, anak-anak muda yang tangan dan kaki mereka merangkul antara satu sama lain dalam kesakitan menghadapi kematian. Semuanya ditembak dari jarak dekat, peluru tersebut menembusi pipi, meratah daging hingga ke telinga dan memasuki otak . Ada di antara mereka yang punya kesan lebam di sebelah kiri leher mereka. Ada seorang yang alat kemaluannya telah dipotong, bajunya terbuka dan sekumpulan lalat menghurung bukaan ususnya yang terkeluar.



The eyes of these young men were all open. The youngest was only 12 or 13 years old. They were dressed in jeans and coloured shirts, the material absurdly tight over their flesh now that their bodies had begun to bloat in the heat. They had not been robbed. On one blackened wrist a Swiss watch recorded the correct time, the second hand still ticking round uselessly, expending the last energies of its dead owner.

Mata anak-anak muda ini semuanya terbuka. Yang paling muda hanya berusia 12 atau 13 tahun. Semuanya berseluar jeans, baju berwarna yang sekarang kelihatan sendat menutupi badan kerana mayat tersebut mula mengembung. Mereka ini tidak dirompak. Salah satu pergelangan tangan yang lebam, jam tangan Swiss mencatatkan masa terkini, jarum saat masih lagi berdetik sia-sia, menyedut sisa tenaga dari tuannya yang telah mati.

On the other side of the main road, up a track through the debris, we found the bodies of five women and several children. The women were middle-aged and their corpses lay draped over a pile of rubble. One lay on her back, her dress torn open and the head of a little girl emerging from behind her. The girl had short dark curly hair, her eyes were staring at us and there was a frown on her face. She was dead.

Di seberang jalan utama, melepasi serpihan dan runtuhan, kami menjumpai mayat 5 orang wanita dan beberapa kanak-kanak. Wanita-wanita ini dalam usia pertengahan tahun dan mayat mereka terbaring di atas sisa runtuhan. Ada seorang yang terbaring, bajunya terkoyak menelanjangi badannya, dan kelihatan kepala seorang budak perempuan kecil terjujul keluar dari belakang badannya. Budak perempuan itu punya rambut pendek keriting, matanya memandang kami dan kelihatan amarah dari wajahnya. Anak kecil ini sudah mati.

Another child lay on the roadway like a discarded doll, her white dress stained with mud and dust. She could have been no more than three years old. The back of her head had been blown away by a bullet fired into her brain. One of the women also held a tiny baby to her body. The bullet that had passed into her breast had killed the baby too. Someone had slit open the woman's stomach, cutting sideways and then upwards, perhaps trying to kill her unborn child. Her eyes were wide open, her dark face frozen in horror.

Seorang anak kecil yang lain terbaring di tengah jalan terbiar seperti sebuah anak patung terbuang, baju putihnya kotor dengan lumpur dan habuk. Usianya mungkin tidak lebih dari 3 tahun. Bahagian belakang kepalanya pecah akibat letupan peluru yang di tembak ke arah otaknya. Salah seorang mayat wanita ini mendukung rapat seorang bayi kecil. Peluru yang menembusi dadanya telah membunuh anak kecil tersebut juga. Seseorang telah membelah perut wanita tersebut, dari kiri kenan dan ke atas, mungkin ingin membunuh anak dalam kandungannya. Matanya terbelalak, wajahnya diselimuti ketakutan.

Artikel tersebut bukan cerita rekaan tetapi laporan wartawan yang berpeluang melawat kem pelarian Sabra dan Shatila selepas kejadian, iaitu Robert Fisk. Boleh baca laporan keseluruhannya bertajuk Sabra and Shatila. 

Yang lebih menyayat hati apabila membaca laporan dari Dr Ang Swee Chang. Seorang sukarelawan Palang Merah bukan Islam yang  juga telah menulis buku From Beirut to Jerusalem, hasil dari pengalamannya. 

Sedikit sedutan dari laman webnya :


[8:20] But more frightening are the number of new weapons they tested in Lebanon - that time it was the first time Israel exploded phosphorous bombs. So that when phosphorus hits someone it just burns for days and days and then if you wash it - it will burn even more, and the victims just died of phosphorus burns. But this is a different kind - this is called a vacuum bomb. What would happen is that the bomb would go in to a centre, build up very high TNT value, and suck the whole building down - this is an 11 floor building that was sucked in to a heap of rubble, buried within it are 200 people. When I arrived and saw this for myself I know that a doctor can't do much - it is a very humbling experience... I could do nothing to help those people who were buried and killed in this one single bomb attack.

Lebih menakutkan adalah senjata-senjata baru yang diguna cuba di Lebanon - waktu itu buat pertama kalinya Israel meletupkan bom-bom fosforus. Ini supaya, bila fosforus itu menghinggapi seseorang, ia akan terbakar tanpa henti dan jika anda membasuhnya - ia akan membakar lebih lagi, dan mangsa akan mati akibat terbakar. Tetapi yang ini jenis yang lain - ini dipanggil bom vakum. Apa yang terjadi ialah bom tersebut akan menjadi pusat letupan, terbina dari nilai TNT yang tinggi, dan menyedut seluruh bangunan runtuh ke pusat - ini ialah bangunan 11 tingkat yang terperosok runtuh menjadi himpunan runtuhan, menimbus 200 orang di dalamnya. Semasa saya tiba dan melihat sendiri kemusnahan ini saya tahu sebagai doktor tiada apa yang boleh dilakukan - pengalaman yang mengesankan ... Saya tidak dapat menolong orang-orang yang tertimbus dan mati dengan satu ledakan bom ini.

Lelaki tua mati - mata dicungkil keluar - disiksa sebelum mati



The truth hit me painfully...Besides being shot dead, people were tortured before being killed. They were beaten brutally, electric wires were tied round limbs, eyes were dug out, women were raped, often more than once, children were dynamited alive. Looking at all the broken bodies, I began to think that those who had died quickly were the lucky ones.

Kebenaran yang menyedihkan ini menyedarkan saya... Selain dari ditembak, mereka ini disiksa sebelum mati. Mereka dipukul kejam, anggota-anggota badan dililit dengan wayar elektrik, mata dicungkil , wanita dirogol berkali-kali, anak-anak dibom hidup-hidup. Melihat mayat-mayat ini, saya mula berfikir yang mana mereka yang matinya segera itu adalah mereka yang beruntung.

Boleh menatap gambar dan menonton video kekejaman Yahudi ini di laman tersebut.

*terjemahan dari bahasa inggeris ini saya buat sendiri, jadi minta maaf jika sangat tidak sempurna.

16 September nanti , tarikh kita meraikan penubuhan Malaysia yang merdeka. Bertuahnya setiap dari kita ini. 

Segala puji bagimu Ya Allah. Engkaulah yang maha tahu atas segalanya.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 3, 2011

tak kira siapa, pasti terkena juga


Pagi menyusuri lebuhraya memberi tenang. Pelik?

Memandu tanpa kesesakan sebenarnya memberi ruang menyendiri dan memikir. Fikiran bergerak laju selaju kenderaan membelah angin. Tiada yang mengganggu.
Kemalangan terakhir hari Rabu ....
Melihat papan tanda elektrik di lebuh raya, tanpa sempat menghabiskan ayat, tetapi jelas dengan maksud yang tersirat. Memberi maklum serta mengingatkan bahawa kemalangan boleh terjadi pada sesiapa sahaja di lebuh raya ini, bila-bila masa sahaja dan tidak kira kenderaan apa yang dipandu pun.



For how long are you going to be busy in your  heads, in your mind thinking of your dunya, chasing the material goods. Even when we came to this jenaza, brothers, majority of us feeling guilty, thinking what time will this finish ... (01:02 s) We came to the Friday  prayers thinking when is it going to finish, when I'm going to leave it, when Yaumul Qiyamah is going to happen in Jumaat. How often do Muslims come to the Jumaah and knowing today might be the day of judgement (01:18 s)

Bukan illusi sebuah kematian itu. Kenyataan yang tidak ingin kita bicarakan.

Cuma saya sering merasa yang kematian itu lambat lagi buat saya. Alangkah tertipunya. Mendengar tazkirah pendek yang mengiringi jenazah dalam video tersebut menginsafkan sebentar. Kalau di sini, kita membaca talkin untuk mengingatkan yang hidup.

*Waktu-waktu kecemasan sebelum mula bekerja ini, dihabiskan dengan beristirehat. :) Semoga yang memandu pulang esok, semuanya selamat dalam perjalanan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 2, 2011

tubuhnya montok, bahunya mulus, pehanya manis, dada dan lurahnya terserlah indah

Raya di Malaysia sinonimnya apa ya, selain takbir, rendang, balik kampung, lagu raya dan duit raya? Pasti banyak yang boleh dikaitkan dengan raya berdasar pengalaman peribadi masing-masing. 

Tapi, saya kira yang masih tetap ada sejak dari saya kanak-kanak dan bertambah lebih lagi hingga sekarang ialah rancangan hiburan di televisyen. Sejak dari siaran filem warna hitam putih hinggalah sekarang menggunakan skrin HD pelbagai, hiburan pasti mewarnai urusan ziarah kita di rumah-rumah yang kita singgah.

Ish, dah raya keempat pun masih lagi berjoget-joget kat tv ni lah. Rasa nak muntah kak. Setakat dengar lagu tu, bolehlah masuk lagi telinga ni, tapi bab nak memandang dah tak larat.

Itu keluhan adik ipar, sementara kami berborak kosong. TV di depan mata masih setia cuba menghiburkan. Rancangan apa entah, tidaklah saya perasan, tapi yang pasti TV9 , dan ada beberapa pasangan sedang menari tarian ala tradisional dengan suara latar lagu raya. 

Saya mengangguk. Perbincangan sudah beralih arah pada rancangan televisyen di hari raya.

Eid Mubarak
A...ah. Akak pun ada tertonton sekilas pandang filem-filem di TV ni, yang Adnan sempit lah, senario nya la. Yang pasti dan nyatanya ialah pelakon wanita melayu islam dalam filem kita memang bertubuh montok, berbahu mulus, pehanya manis, dada dan lurahnya terserlah indah. Ciptaan Allah memang cantik untuk ditonton meraikan kemenangan kita melawan nafsu selama sebulan....

Patutlah dulu-dulu masa masih muda remaja, teringat lagi orang-orang tua dok mengeluh melihatkan kami yang masih muda ini melekat mata ke skrin tv menonton filem dan rancangan hiburan.

Baru kini saya faham mengapa dan kenapa mereka asyik mengeluh.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 28, 2011

erat dan kemas





Jarang sangat berjumpa. Kehidupan harian menjadi alasan.

Blood is thicker than water .

Pertalian darah.

Kejauhan menjarakkan hubungan. Dan memang kesilapan banyak di pihak saya. Tapi, kan saya pun insan biasa.


Akak ikut mak ya.


Ok.

Yalah, takkan nak dibiar emak pergi sendiri.

Acara munjung. Masyarakat Jawa di kampung masih mengekalkan tradisi ini. Hujung Ramadan, acara ini seolah menjadi kemestian. Menziarahi rumah sudara-mara dengan satu tujuan sebelum berhari raya iaitu berkongsi makanan untuk berbuka puasa.

Biasanya makanan berat, berupa nasi berlauk atau nasi impit berlauk. Kalau tidak punya upaya untuk memasak, boleh berkongsi makanan kering yang menjadi keperluan seperti gula, susu, air minuman botol atau tin dan sebagainya.

Tok..

Pangkat Datuk kerana pertalian saudara. Matanya sudah tidak nampak separuh. Nampak uzur benar. Tapi wajahnya masih tenang seperti dulu-dulu.

Kabare? . Apa khabar?

Waras, Tok.

Dia genggam tangan saya erat. Kemas. Matanya memandang saya. Jauh ke dalam . Dengan senyuman. Puas.

Setiap tahun begitu.

Dengan setiap orang yang dijumpanya.

Seolah menelan sepenuh pandangan di hadapannya kerana sepertinya ini lah pandangan yang terakhir berjumpa sanak saudara sebelum berhijrah ke alam yang lain.

Dan saya rasa bersalah.

Kerana saya bukanlah insan yang baik.

Selamat Menyambut Aidilfitri rakan-rakan, dan maafkan segala salah silap saya.

~cikgunormah@klcitizen~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 10, 2011

sayang sungguh.....

Semalam bercuti memasak. 

Makanan segera menjadi pilihan. Tidak bagus untuk kesihatan kan. Saya tahu. Ilmu itu di kepala , tetapi tetap tidak diamal. 

Ilmu tanpa amal , gila....  saya dapat dari sini, katanya ia adalah kata-kata Imam al-Ghazali.

Banyak juga ilmu lain yang ada di kepala. Contohnya, bersenam menambah baik kesihatan badan. Betul. Tetap ia di kepala. Minum air masak 8 gelas sehari. Tetap juga tidak tertelan. Masih juga meneguk nescafe dan air manis bergelas-gelas. Ilmu di kepala, tetap di situ.

Cikgu.

Saya mengangkat muka memerhati. Ruang menunggu di restoran makanan segera ini kosong dari manusia, kecuali si cashier di kaunter. Maklumlah baru pukul 430 petang. Balik dari sekolah terus menyinggah, kerana malas hendak keluar lagi bila kaki sudah menjejak dalam rumah.

Ha... lama betul tak nampak awak di sekolah. Dah berbulan. Apa citer?

Dia senyum. Ada lesung pipit. Rambutnya berekor sedikit di hujung tengkuk. Dan ada rantai silver melingkari lehernya. Hitam manis orangnya.

Awak nak ambik periksa ke tidak nanti ni?

Nak.

Habis tu, kenapa tak datang-datang ke sekolah? 

Alah, saya tak bolehlah dengan budak-budak kelas tu cikgu.

Rugi. Awak yang rugi nanti. Diorang datang. Awak pulak tak datang. Datanglah. Boleh buat revision,  tak dapat banyak awak belajar, sikit-sikit pun boleh bantu untuk periksa.

Nantilah cikgu. Saya tengok nanti.

Ilmu. 

Bukan semua yang dapat menilai pentingnya waktu ia mudah diperoleh. Disua dan dihulur, tetap tidak memberi makna. 

Sayang sekali. Saya tidak punya kemahiran menzahirkan kepentingan ilmu itu dalam hati dan mindanya. Saya tidak bisa berbahasa sebaik mungkin agar dia sedar. Pengalaman berbelas tahun tidak membantu saya meyakinkan dia untuk hadir ke sekolah. Berpuluh kursus yang saya hadir saban tahun, tidak menyediakan saya dengan hujah paling ampuh untuk mengembalikan sedarnya.

Sayang.

Sehingga kini, terbayang senyumnya.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 8, 2011

bolehkah?

Isnin sudah berlalu. Menunggu Isnin yang lain pula. Macam beredar dalam bulatan. Sampai juga ke titik mula.

Hari ini bersemangat sekali. Entah. Tiada rahsia. Dan tidak tahu bagaimana semangat itu begitu hidup sekali. Bila hati bersemangat, langkah jadi ringan dan awan jadi lebih cerah. Bunyi kicau burung pun lebih jelas hinggap di cuping telinga.

Esok?

Wallahualam. Allah yang lebih tahu dan Maha tahu. Entah masih lagi bersisa hidup ini pun belum tentu. 

Dalam bulan Ramadhan ini sahaja, ramai yang dijemput Allah, kembali mengadapNya. Dan kita pun tahu kematian di bulan berkat ini memberi tanda yang baik bagi yang terpilih. Bagusnya kalau bisa membuat pilihan bagaimana mati itu ingin kita hadapi. Tetapi , itu hanya anganan. 

Teringat tentang kisah sahabat Nabi yang dinyatakan sebagai bakal ahli syurga. Namanya? Maaf. Saya tidak ingat dan malas hendak mencari. Sahabat yang lain menumpang tidur di rumah bakal ahli syurga itu untuk mengorek rahsia amalan beliau. Namun hampa. Tiada sebarang kelainan dalam amalan atau kelebihan si bakal penghuni syurga yang dapat diteladani dari mata zahir sahabat yang lain itu. Hampir sahaja tiada petua yang boleh dijadikan pedoman untuk dibawa pulang. Sebelum melangkah pergi, si bakal penghuni syurga ditanya kenapa kekasih Allah memberitakan pada yang lain tentang tuahnya nanti di syurga. Jawab bakal penghuni syurga itu, sebelum tidurnya, beliau telah memaafkan semua orang dan tiada sekelumit dengki pun di hatinya. 

Waduh....

Bagaimana itu? Membersihkan hati. Bukan mudah.

* dan masih lagi tertanya kenapa serta mengapa tindakan mereka ini menyusahkan hidup orang lain, dan bolehkah maaf itu tertulis dalam hati ini?

Semoga rahmat Allah bersama kita sentiasa...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 7, 2011

boleh tak jaga mulut sendiri...?

Cuti hujung minggu. Alhamdulillah. Sudah hampir ke hujungnya.

Dua tiga hari ini demam menonton youtube. Ceramah Ustaz Kazim Elias. Yalah, dari pada demam menonton drama bersiri, kira baiklah juga kut mendengar ceramah ugama bila dah tua-tua begini. Menambah ilmu, walau tak semestinya amal itu pun bertambah juga. Niat dan azam di hati, Ramadhan ini menjadi bulan bernafas baru.

Yang menjadi hati saya tertarik amat ialah kisah insan-insan yang mati dalam husnul khatimah. Pesan Ustaz, kalau inginkan penghujung kehidupan kita ini baik seperti mereka yang terpilih itu, senang sahaja. Jaga mulut.

Beberapa contoh yang diberi, insan-insan tersebut, di sepanjang persahabatan  bersama, tidak pernah mereka berkata yang tidak baik tentang orang lain. Mulut mereka terpelihara dari menyumpah seranah. Tiada kata haram jadah, babi, sial atau yang sewaktu dengannya keluar dari bibir. Sehingga ke lewat usia melebihi 90 tahun, masih Allah pelihara mata , telinga dan akal mereka. Syaratnya mudah, pesan Ustaz, jaga mulut.

Mudah. Tapi memang payah, kalau ia tidak dibiasakan.

Apatah lagi bila hati sedang bercahaya dengan api kemarahan. Mulut jadi ringan, pandangan mata jadi tajam menembusi orang yang diamuk. Masa itu, akal terperosok jauh menikus dan nafsu bermaharaja. 

Mendengar dan mengamal, dua dunia yang berbeza. 

Tapi moga bulan rahmat dan penuh dengan keampunan Allah ini menjadikan ia lebih mudah.

Salam malam Isnin.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 2, 2011

si pengecut

Kalau dah start tak puasa, memang susahlah nak puasa lepas tu , cikgu

Aiman. Dia senyum sambil memandang saya.

Saya puasalah, cikgu. Senyum lagi. Seolah tidak puas hati kalau-kalau saya tidak mempercayai kata-katanya.

Saya percaya.

Ramai yang puasa sekerat hari. Saya tahu. Cerita yang sama setiap tahun pun. Kisah anak-anak ini singgah di kedai makan tertentu yang beroperasi waktu bulan Ramadhan pada waktu makan tengahari. Cerita dari satu generasi ke satu generasi di sekolah ini.

Alah, cikgu, ramai yang pergi beli kat situ. Sampai driver van ambulan pun singgah situ beli makan tengahari. Polis pun singgah situ. Askar pun . Doktor pun.... Entah-entah cikgu pun ada yang berbuka waktu zohor.

Ayat yang akhir tentang cikgu tu, saya yang tambah. :)

Saya dengar murah makanannya, ya.

Betul, cikgu. Teh O ais dia free je. Ha, mana nak dapat tu.

Entah-entah ini kes konspirasi Amerika, diorang sponsor kedai makan tu, taknak bagi orang Islam ni puasa.

Saya merepek.

Saya bukanlah orang baik, atau warak dalam agama. Memang banyak dosa dan silap saya yang lebih besar dari sesetengah mereka yang tidak berpuasa itu dengan sengaja. 


Tetapi kalau dah polis dan askar yang kita harap sebagai penjaga keamanan dan pejuang negara bersembunyi di sebalik topi keledar, beratur membeli makanan di waktu orang lain berpuasa, apalah yang boleh diharap dari kekuatan iman dan mental mereka? Setakat nasi sepinggan dan air secawan pun tidak boleh dibentengi, apatah lagilah peluru musuh.

Menengok lauk terhidang pun dan ketar lutut serta takut lapar, bagaimana pula hendak menghadapi bengisnya hentaman dan pukulan musuh Allah.

Berpuasalah. Cuba. Belajar untuk mempertahankan kekuatan mental kita.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 31, 2011

tetaklah, tetap tak putus

Sesat barat.

Mencari KPJ Selangor. Sedar-sedar ia sudah di depan mata.

Shah Alam bukan pilihan kalau itulah pilihan yang diberi bagi saya untuk memandu. Bulatan-bulatan nya memeningkan kepala saya.

Sebenarnya bukan Shah Alam itu yang menjadi punca. Yang sebetulnya, tempat mana pun bukan soalnya kalau kita sudah biasa memandu di kawasan tersebut. Alah bisa tegal biasa.

Bila melihat dia, tidak silap lagi , seolah saya melihat diri saya. Banyak kesamaan. Itu yang ramai orang bilang. Dan saya sedar akan persamaan tersebut.

Bilik tersebut agak sempit. Muat untuk dua orang pesakit. Dan alhamdulillah, katil dia bersebelahan tingkap, jadi kesempitan bilik itu tidak terasa kerana diganti dengan luas pemandangan dari tingkap.

Sesekali bergelak. Kerana dia memang mudah tertawa. Saya pun terikut sama. Walau saya tahu, di hujung tawanya itu, beliau menahan sakit yang saya tidak boleh gambarkan dengan kata-kata.

Camana cik tahu cik sakit benda ni?

Masa merenggangkan hubungan kami. Keadaan menjarakkan kami dan banyak ceritanya saya tidak tahu. Benarlah ...
"blood is thicker than water"

Sejauh mana terpisah, pasti ia bertaut semula. Walau pada mula, agak ragu-ragu untuk berjumpa sendirian, tapi Allah memudahkan.

Memandang dia sambil bercerita, saya teringat juga rakan yang mengalami nasib hampir sama. Ketumbuhan dan kanser. Agak sinonim.

Dan saya lihat perkara yang sama. 

Kekuatan dalaman. 

Kekuatan menahan sakit dan ketidak tentuan. Mata mereka bercahaya diiringi kesedihan. Kata-kata mereka penuh optimis. Redha jelas terpancar dari air wajah. Patutlah. Mereka ini yang terpilih.

Disebelah bantal bersarung kain putih, saya lihat telekung dan tasbih serta Surah Yasin menemaninya waktu tidur. Saya tahu saat getir yang dialaminya sekarang ini, makin menguatkan hubungan dia dengan Allah. 

Cemburu. 

Sedikit.

Tidak. Saya tidak minta ujian yang serupa buat saya. Tapi saya minta Allah beri saya kekuatan dalaman seperti dia dan rakan saya itu , hadir dalam jiwa. Dan saya minta juga Allah memakbulkan doa mereka.

*Selamat berterawih dan bersahur malam ini, kawan. Ampunkan segala silap saya .

Semoga Ramadhan ini lebih manis.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 17, 2011

melampau

Menghakimi.

Memang mudah menjadi hakim dan melabel. Apatah lagi di belakang keyboard di dalam bilik rumah sendiri. 

Tahun 1860an. Zaman Dinasti Ch'ing menuju keruntuhan. Maharani Tzu Hsi yang juga dikenali sebagai Empress Dowager dibesarkan di wilayah Anhwei, China. Wilayah yang sangat miskin. Kisah beliau menaiki tahta dan memerintah banyak dikisahkan. Yang sempat saya baca tentang kisah Empress Dowager  ini dalam novel berdasar kisah benar karangan Anchee Min, Empress Orchid  dan The Last Empress.  Kisahnya sangat membuka mata.


Bukan novel tersebut yang saya hendak kisahkan. Tetapi kemiskinan yang melampau. 

Benarlah kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran.  Saya tidak dapat membayangkan kemiskinan yang melampau. Kerana saya tidak pernah merasainya. Tetapi membayangkan kemiskinan yang sangat tragis cukup menyedihkan. 

Kemiskinan sehingga bila mana anak sendiri mati, itulah menjadi sumber rezeki. Dagingnya menjadi makanan untuk ahli keluarga yang lain, akibat kemarau panjang yang tak sudah dan tidak punya sebarang harta hatta sebutir beras pun untuk dijual bagi mencari rezeki. Dan bila di sekeliling kita pun hanyalah kemiskinan seperti kita merata-rata. Buntu.

Bagaimana agaknya ketua keluarga itu tidak bertindak begitu? Survival adalah matlamat utama.

Bayangkan, miskinnya hingga, waktu zaman itu, hadiah yang paling berharga adalah najis manusia. Gunanya untuk membaja hasil tanaman di tanah sekangkang kera . Itu pun jika dapat menuai hasil tanaman jika tiada kemarau atau banjir besar melanda. Dan anak-anak petani ini menunggu dengan berharap, agar rakannya dari keluarga yang kaya di kalangan pentadbir wilayah, membuang air besar dengan banyak dalam tong yang tersedia. Bila mana tong tersebut penuh, itulah namanya kebahagiaan bagi si miskin tersebut untuk dibawa pulang.

Kemiskinan yang sebegini. Di luar perasaan kemanusiaan untuk dihayati dan ditelan.

Dan bila gambar bapa memijak kepala anak tersebar. Betapa jijiknya bapa tersebut pada mata kita. Atau bila bapa menjual anaknya untuk mendapat beberapa ringgit bagi mengalas perut isteri dan anaknya yang lain.  Sambil mengunyah nasi berlaukkan ayam, sotong dan udang. Dan sambil menghirup teh ais kita membinatangkan ketua keluarga itu.

Tanpa mengetahui dan merasai kemiskinan di sekelilingnya. 

Kemiskinan yang sedemikian yang seinci pun kita tidak  rasai.

Benar. Perlakuan itu di luar peri kemanusiaan. Tetapi sebenarnya kemiskinan dalam kehidupan mereka itu pun di luar jangkauan kemanusiaan yang kita kenal.

Dan wajarkah kita melabel dan menghakimi?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...