Memaparkan catatan dengan label politik pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik pas. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Jun 2012

Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?

Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?

Program dengan tajuk "PAS -PARTI AJARAN SESAT" anjuran Umno dengan Ustaz Fathul Bari sebagai ahli panel.


Muqaddimah:
Sekian lama wujud persengketaan antara PAS-Umno dalam arena politik Melayu Islam di Malaysia. Tuduh-menuduh, kafir-mengkafir, sesat-menyesat antara Umno dengan PAS sudah bukan menjadi rahsia lagi.

Blog Fathul Bari, mendakwa PAS mengeluarkan fatwa songsang. 


Terkini, timbul kembali isu lama “undi PAS masuk syurga”. Sebelum itu timbul isu “PAS – Parti Ajaran Sesat”, malah Umno melalui Ulama Muda Umno (ILMU) mengadakan beberapa siri penerangan atas tajuk ini – PAS – PArti Ajaran Sesat. Ini tidak masuk isu “Amanat Haji Hadi”, Memali dan lain-lain yang cuba diangkat kembali ole ILMU melalui Ustaz Fathul Bari.

Atas keinsafan ini, Pemuda PAS Gombak menganjurkan satu wacana debat di antara PAS melalui Pemuda PAS Gombak serta Umno melalui Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU).

Objektif:
Menyediakan platform kepada PAS yang diwakili Pemuda PAS Gombak dan Umno yang diwakili Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) untuk memberi penjelasan isu-isu berkaitan.
Memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk memberi penjelasan terbuka kepada masyarakat tentnag isu “PAS – Parti Ajaran Sesat”
Menjadi medan muzakarah terbuka bagi kedua-dua belah pihak.
Format:
Debat (Rujuk Lampiran 1)
Tajuk:
PAS vs UMNO ; Siapa Sesat?
Ahli Panel:
Wakil Sekretariat Ulama Muda Umno VS Wakil Pemuda PAS Gombak
Tarikh:
26 Jun 2012
Masa:
8.00 – 11.30 malam
Tentatif:
Rujuk Lampuiran 2
Lokasi:
Dewan Sri Siantan, Taman Sri Gombak
Sasaran:
Umum
Penutup :
Mudah-mudahan program ini mendapat manfaat daripda semua pihak demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan dirahmati tuhan.

Lampiran 1: Format

Program ini akan menggunakan format debat, setiap panel akan diberikan masa yang sama banyak dalam 5 pusingan, sebagaimana berikut.
Pusingan 1 : Setiap ahli panel memperkenalkan diri masing-masing dan memberi ulasan tajuk debat (15 minit setiap ahli panel)
Pusingan 2 : Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)
Pusingan 3 : Sama dengan Pusingan 2: Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)
Pusingan 4 : Sesi soal-jawab; para penonton akan diberikan ruang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel dan ahli panel akan menjawab soalan yang dikemukakan.
Pusingan 5 : Sesi penggulungan; setiap ahli panel memberi hujah terakhir dan menggulung tajuk debat (5 minit setiap ahli panel)

Lampiran 2 : Tentatif Program

8:00 malam : Ketibaan para penonton
8:30 malam : Ketibaan para VIP, dan ahli panel.
9:00 malam : Ahli panel dan pengerusi mengambil tempat
9:15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi prgoram
9:30 malam : Sesi Debat
11:00 malam : Sesi debat tamat
11:30 malam : Sesi sidang media

sumber

Sabtu, 26 Mei 2012

Jamil Khir Baharom kantoi menipu


 INSURANCE

MELAKA: Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu.

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.


"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar 

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.

Isnin, 9 April 2012

PRU-13: Blogger upahan UMNO sedang di persiapkan

Pembubaran Parlimen di jangka pada bulan hadapan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Di sini UMNO/BN cuba mempersiapkan jentera perangnya,termasuk mengupah para blogger agar menyerang Pakatan rakyat.


Cuba baca apa yang di katakan oleh Ahmad Zahid Hamidi ini:

Perengan 1:melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan

Perengan 2: menabur fitnah dan menggunakan kebenaran fakta.

Perengan 3: Pembangkang tercari-cari isu

Perengan 4:menangkis tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta

Perengan 5:pembangkang dilihat bakal menggunakan pendekatan serangan peribadi

Perengan 6:pembangkang semakin ketandusan isu

Perengan 7:pembangkang sepatutnya bersikap matang

Perengan 8:pembangkang menjadikan serangan peribadi terhadap pemimpin BN

Perengan 9:isu-isu yang sengaja diputar belit pembangkang untuk meraih sokongan.

Ulasan:

Selama ini dan semakin hari banyak blogger yang pro pada pakatan tumbuh di atas Pembiayaan duit poket sendiri dan tidak ada mana-mana Parti yang menaja di atas sikap kesedaran terhadap negara yang semakin muflis disebankan pemimpin BN yang suka menghabiskan duit rakyat.

1.Blogger mana yang selama ini suka melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan negeri(Jap.Blogger UMNO)

2.Blogger mana yang selama ini suka menabur fitnah tampa menggunakan kebenaran fakta.(Jap.Blogger UMNO)
3.Blogger mana yang selama ini tercari-cari isu yang ingin di ketengahkan (Jap.Blogger UMNO)
4. Blogger mana yang selama ini suka menabur tohmahan dan fitnah (Jap.Blogger UMNO)
5.Blogger mana yang selama ini menggunakan pendekatan serangan peribadi (Jap.Blogger UMNO)
6.Blogger mana yang selama ini semakin ketandusan isu (Jap.Blogger UMNO)
7.Blogger mana yang selama ini tidak bersikap matang (Jap.Blogger UMNO)
8. Blogger mana yang selama ini mengunakan isu-isu yang sengaja diputar belit (Jap.Blogger UMNO)

Apa yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,semuanya terlempar pada muka sendiri.

Jumaat, 27 Mei 2011

ANALISA TENTANG PAS


Pas harus berubah dari segi pemikiran,jika tidak usah hendak bermimpi untuk menawan Tanah Melayu ini
Aku bukan hendak menghentam parti sendiri,tetapi ingin memperkuatkan kepimpinan parti dengan menyangah perkara-perkara yang melemahkan parti.Kepada pemimpin parti,berjuanglah dengan iklas bukan demi kepentingan diri masing-masing(ini yang semakin mendatang semakin terserlah)


Ikutlah semangat AlMarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor.

Sabtu, 2 April 2011

Semua pemimpin PAS akan turun ke Sarawak

Semua pemimpin PAS akan turun ke Sarawak


KUALA LUMPUR, 2 April: Semua pemimpin utama PAS akan turun ke Sarawak bagi mengetuai perarakan calon pada hari penamaan calon 6 April ini.

Pengarah Pilihan raya Negeri Sarawak, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan akan mengiringi calon PAS di Beting Maro.

Selasa, 16 November 2010

Husam nafi laporan

Husam nafi laporan


Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.

“Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

“Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ‘Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid’ dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama,” kata Husam

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan “rasmi” untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.

Husam dipetik Bernama semalam berkata, parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain termasuk Zaid.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor berkata PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu, namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

“Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti... dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk,” katanya kepada Bernama selepas ditemu ramah oleh hos Anne Edwards menerusi rancangan Hello Malaysia.-.themalaysianinsider