Posts

Showing posts with the label Kembara

Pasar Pagi, Samarinda

Image
Pasar Pagi. Samarinda Kalimatan Selatan. Macam2 ada di sana. Kami naik kenderaan Angkut warna hijau. Tambang 20 rupiah seorang. Susup sasap kenderaan ini berjalan mencelah macet bandar Samarinda di pinggir Sungai Mahakam itu . Sesampai di sana...... biarlah gambar berbicara  ayam dijual hidup-hidup!   Kerepek belinjau besar, sebesar tapak tangan.. saya selalu jupa yang saiz siling 50 sen saja.    senduk  besar dan panjang, Wangi berbau kayu. Menyesal tak beli  mau saja ku angkut bawa pulang; tapi sapa nak pikul? Hanya RM60.00 Acuan perak, alahai....rasa nak kembali ke sini, borong! menyesal tak sudah tak beli ini Mangkuk tingkat besar...juga teringat-ingat sebab tak beli! tong gas montel!

Armenian St, Penang 10200

Image
Secara tidak sengaja kami tiba di sini, waktu berputar-putar mencari cendol kelapa yang katanya enak sangat. Khabarnya dijual oleh mamak. Makanya saya ingin mencuba merasa. Dah jumpa gerai nya. Cendol tentunya street food di Penang, makanya gerainya di pinggir jalan di depan rumah; tapi ia dinaik taraf dengan sususan kerusi meja ala-hipster kata orang sekarang. Setelah bertanya pada pelayan, saya putuskan untuk tidak makan cendol di sini. (sila pm untuk detail...hahaha!) Kami susuri jalan yang sesak dengan basikal, pejalan kaki dan beca. Sepanjang jalan ini bagai muzium hidup,sementelah ia terletak di tengah-tengan zon Tapak Warisan Dunia UNESCO .  Pintu masuk sebuah rumah persendirian; ceria warna bersatu pohon renik yang alami sambil mengekal tradisi  Tingkat atas rumah yang sama Tiba tiba Yang Tengah mengambil alat itu,dan menggoyangnya mengikut muzik.. Membantu memungut derma untuk St Joseph Home. Budak Pengurusan Kreatif ni boleh selamba ...