Memaparkan catatan dengan label Membaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Membaca. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mei 2026

Pinjam buku lagi

Mei 21, 2026 30 Comments

 Pada 24 April yang lepas, saya ada pergi ke Perpustakaan Komuniti Aeon Mall Seri Manjung. Kadang memang ada rasa nak membaca, jadi saya pinjam buku. 

Banyak buku ada. Tak tahu mana satu menarik untuk dibaca. Oh, dalam perpustakaan itu macam panas sikit, aircond tak berapa kuat. Patutlah meja pustakawan itu ada letak kipas meja. Masa sedang belek-belek, mencari buku, ada terfikir untuk isi borang aduan yang ada disediakan di bahagian supermarket Aeon. Tapi bila keluar perpustakaan saja, terus terlupa.

Pada hari itu, saya pinjam buku bertajuk Perempuan Limited Edition.

Karya Izzati Elya, Rizki Ayu Amaliah dan Ummu Kalsum Iqt. 

Buku ini kategori Bantu Diri atau Self-Help.

Entah kenapa saya kurang berminat baca buku cerita atau fiksyen.

Muka depan buku Perempuan Limited Edition
Muka depan

Kulit belakang buku Perempuan Limited Edition
Kulit belakang buku

Buku ini membawa kisah-kisah inspiratif dan pelbagai pesanan untuk menjadi perempuan yang mahal dan diredhai Allah.

Antara bab, ada ilustrasi yang saya kira, lukisan menggunakan watercolor yang cantik. 

Antara isi menarik

Perempuan ini sering dikaitkan dengan sifat malu. Tapi perempuan zaman sekarang, ramai yang sudah hilang sifat malu itu. Ada juga hujah yang berkait rapat dengan wanita zaman sekarang. Pakai tudung pun, ikut fesyen, menampakkan bentuk leher, dan macam-macam lagilah.

Ada juga yang kena atas batang hidung saya sendiri. Tapi baguslah, itu sebab saya pinjam buku sebegini, supaya saya sedar diri dan beringat. Ye la, kita kan mudah lupa. 

Saya sudah pun pulangkan buku ini pada 9 Mei yang lepas. Saya pinjam sebuah buku saja pada satu masa. Nak habiskan baca sebuah pun ambil masa pada saya. Tapi saya cuba juga baca sekurang-kurangkan sehelai sebelum tidur. 

Buat masa ini, saya belum pinjam lagi buku. Tunggu seru membaca datang lagi, barulah saya akan pergi.

Sekian perkongsian tentang buku kedua yang saya pinjam dari perpustakaan ini. Saya tulis di blog buat rekod saya.

Jumpa lagi. 💗

Selasa, 12 Mei 2026

Pembelian pertama di TikTok

Mei 12, 2026 30 Comments

Tu la, kome ni, selalu share beli apa di TikTok, saya dah terpengaruh dah ni. Hahahaha... Adoi. Asalnya, saya buat kajian dulu, perbandingan harga, satu benda ini yang saya sedang cari. Ada dijual di Shopee dan TikTok. Tapi, harga di TikTok lebih murah, jadi, apa lagi...

Aplikasi TikTok ni macam aplikasi Zus juga di telefon saya. Sekejap ada, sekejap hilang. Bila saya ada video tak tahu nak upload mana dan rasa sayang nak delete video sebab benda yang saya rakam tu, bukan selalu boleh tengok, jadi saya pun upload di TikTok. Lepas upload, sehari, dua hari je bertahan di telefon. Lepas tu, saya akan uninstall app tersebut. Ini adalah kerana, app itu kuat pakai bateri. Saya bab mengecaj handphone ni, memang malas, sama malas macam kena caj jam sukan juga. Begitu ceritanya. Eh, lupa, kalau nak tengok video apa yang saya upload di TikTok, bolehlah follow saya. Ada saya kongsikan butiran di page Contact blog ini.

Ok, sambung cerita. Pada 29 April 2026 yang lepas, saya install semula TikTok semata-mata nak beli sebuah buku. Buku apa? Sila lanjutkan membaca...

Pertama kali beli di TikTok Shop
Buku selamat sampai.

Buku Formula Dr. Mani. Dekat shopee, harganya RM124.90. Sementara di TikTok pula harga RM93, termasuk pos. Selamat sampai selepas dua hari, tak silap. 

Pertama kali beli di TikTok Shop. Okay juga. Banyaknya barang murah. Tapi barang tak berkenaan (yang lucah) pun ada. Ish... apa ni? Tak gemorlah saya. Sampai saja buku, selesai bagi review, saya uninstall semula. Selamat. Ish, bahaya la app tu, bagi saya. 

Beli buku Formula Dr. Mani di TikTok Shop
Bungkus dengan bubble wrap di dalam.

Elok, bungkusan semua okay. Puas hati.

Buku Formula Dr. Mani
Tadaaa... muka hadapan.

Saya dah siap balut. Baca belum. Balut dulu dengan pembalut plastik. Adalah baki segulung, dalam almari buku. Sudah berakhir zaman balut buku sekolah. Kita balut buku sendiri pula.

Muka belakang buku Formula Dr. Mani
Muka belakang buku.

Pembaca yang tak kenal siapa Dr Mani ini, bolehlah google ya. 

Setakat entri ini ditulis, saya sudah baca sampai muka surat 15 baru. Tapi semangat nak jaga makan itu berkobar-kobar, kome. 🤭 Sebab itu ke saya makan oat? Tak, yang cakap oat baik tu, doktor lain. Kalau anda ada tengok video Dr. Mani ni, dia cakap yang makan oat tu, kuda jer! Kikikih..... itu pasal saya suka dia. Sebab dia cakap terus terang je, takde cover-cover. Tapi Formula Dr. Mani ni memang berjaya reverse penyakit la, ya, kalau kita amalkan dengan konsisten. 

Itu juga matlamat saya. Nak buang segala jenis ubat-ubat yang kena makan ni. Nak yang alami, semulajadi je. Kome jangan main-main, tau. Sebenarnya, banyak je benda keliling kita ni, tumbuhan atau herba berkhasiat. Nantilah, kot datang idea, saya cerita di lain entri. Allah pun dah buat badan kita ni ciptaan terbaik untuk kita. Jadi, sudah jadi tanggungjawab kita untuk jaga amanah kurniaan Allah ini dengan baik. Cubalah, okay. Tak dapat buat semua benda, kita buat mana kita mampu je, okay. 💪

Gitulah ceritanya, benda pertama saya beli di TikTok Shop. Pengalaman membeli smooth saja. Alhamdulillah. Beli dari kedai pengedar atau authorised dealer. Kena perhati dulu, jangan terus beli sebarang saja. Takut scammer. Itu nasihat dari anak bongsu saya, Sulaiman. Dia sudah beberapa kali beli dari TikTok shop. Last sekali dia beli earpods di TikTok, harga seringgit ke, 3 ringgit, saya dah lupa. Tapi jenis elok punya, entah camana dia jumpa tak tahulah. 

Okay. Jumpa lagi. 💗

Selasa, 2 Disember 2025

Nasi goreng daging dan hobi lama

Disember 02, 2025 28 Comments

Assalamualaikum, semua... 

Entri kali ini, cerita pada 17 November 2025 yang lepas. Daging goreng yang saya masak pada entri sebelum ini, ada tinggal tak sampai sepuluh ketul. Nasi dalam rice cooker dalam peti ais pun ada lagi. Jadi, saya masak nasi goreng daging. 

Nasi goreng daging
Nasi goreng daging

Agak pedas juga, tapi boleh tahan sedap. Saya cakap sedap bukan sebab saya yang masak, tapi sekejapan saja boleh licin nasi gorengnya. Maknanya, sedap la tu. Tak pun, sebab semua orang lapar. 😁

Hobi lama muncul kembali

Sejak saya sudah pencen mengait ini, timbul semula minat membaca dalam diri saya. Sudah lama saya tinggalkan. Padahal dulu masa sekolah menengah, saya suka sangat dengan perpustakaan. Sampaikan saya daftar jadi ahli Kelab Sahabat Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak itu. Merasalah saya buat kerja sukarela, memasukkan data buku baru ke dalam sistem. 

Bila isi borang UPU pun, saya nak minta kursus Pustakawan. Tapi kakak sulung cakap tiada prospek, disokong oleh ibu saya. Saya yang waktu itu menurut perintah, ikutkan saja ambil kursus yang orang tua suruh. Bahagia ibu, bahagialah saya. Boleh pula sesuaikan diri sampai habis diploma dan ijazah, sampai bekerja dalam bidang tersebut, dari bujang sampailah berkahwin dan beranak satu. Last-last sekarang jadi surirumah. 

Bila berblogging ini, sedikit sebanyak bila baca blog kawan-kawan, kesedaran itu datang kembali, terutama bila saya berkunjung ke blog Bidasari yang rajin membaca dan pinjam buku perpustakaan. Sejujurnya, saya dah lupa tentang minat saya yang satu itu. Sudah tenggelam jauh ke laut dalam, sehinggalah baru-baru ini.

Pada petang hari tarikh entri ini, saya dan suami berjalan-jalan di Aeon Mall. Saya masuk kedai buku Popular. Nak beli buku, macam agak mahal. Sedangkan saya baru saja spring cleaning, menjual buku-buku lama, untuk minimakan barang dalam rumah. 

Jadi, saya masuk perpustakaan dalam mall. Ye, pertama kali saya masuk. Huk huk. Padahal Perpustakaan Komuniti Aeon Manjung itu sudah lama wujud. Saya jalan-jalan dalam perpustakaan, tengok buku-buku, cari buku yang menarik minat saya, dan saya pergi ke kaunter lalu mendaftar jadi ahli. Terus pinjam buku di bawah.

Tenanglah Hati: Sesungguhnya Kau Tidak Boleh Mengalah, karya Reyna Ibrahim

Ini salah satu sebab mengapa ada hari dalam bulan November lepas, yang saya tidak update blog. Saya ambil masa untuk membaca di masa lapang, bila siap kerja rumah. 🥰

Yuran keahlian perpustakaan baru dewasa, harga RM11 untuk setahun. Selain perpustakaan di mall tersebut, saya boleh juga pinjam buku dari mana-mana Perpustakaan Awam Negeri Perak, yang menggunakan sistem yang sama. Ada pustakawan tersebut cakap, kecuali beberapa perpustakaan desa yang terkecuali. Tapi oklah. Sekali pinjam, boleh sampai enam buah buku. Buat masa ini, saya pinjam sebuah saja. Jangan tamak. Hehe... 

Terima kasih kepada rakan blogger KSarie dari blog Bidasari, yang tabiat membacanya telah berjaya mengembalikan hobi lama saya yang sudah lama menghilang. 🤗

Itu je la nak cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗