Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Tahniah Jiran!

Saturday, February 13, 2016

Jiran depan bilik saya masa zaman Universiti dulu dah selamat bersalin!
Eh, dua-dua pula tu!

Tapi, baby siti-chan dah 9 bulan.
10/2/2016

Tahniah Mimito!
Dah selamat melahirkan seorang baby gurl yang super cute. 
Ecah (baby siti-chan) dah ada kawan~

Oh! Ada rakan blogger yang kenal Mimito dengan blog Kerana Lily.
Selepas 3 minggu 3 hari berkampung dekat Hospital Selayang, akhirnya dia dah discharge semalam kot. Hahaha.. ada juga kotnya..

Tahniah Mimi-chan! 
Dah jadi ibu dah.
Selamat berpantang!
Ada rezeki, acik Sara g tengok baby ok!



Episode 63 : Salam Perantauan 1435H

Monday, August 4, 2014

Sedar tak sedar dah masuk syawal ke-8. Begitu pantas sekali masa berlalu meninggalkan kita. 



Fefeling raya di desa. Yet, we are celebrating eid di perantauan.
Eh! Apa caca merba sangat bahasa ekau ni Sara? Bercampur omputih melayu. Ingat Rojak buah ke?

Maaf Zahir dan batin..
Sedih.. Raya tahun ni tak dapat beraya di kampung Halaman..
Tak dapat salam, kucup tangan mak abah mohon keampunan..

Sobss..sobss..sobss..

Tapi, tetap bersyukur sebab dihadirkan mereka. Keluarga kecil di Yonezawa..

Salam Perantauan 1435H dari kami.
InsyaALLAh, hujung bulan ni jejak Malaysia. Bolehlah sambut merdeka di tanah air sendiri.

Pssssttt:: Berita sedih. Laptop shutdown dua-tiga hari sebelum raya. Sobs..sobss..sobss.. so, no more data analysis on laptop. Betul-betul research wrap ups. Balik Malaysia, repair laptop and sambung sket lagi. Fiu..

Salam Perantauan!
Hari Sabtu lepas (Syawal ke-6) baru berkesempatan untuk buat sambutan aidilfitri. 
Buat outdoor dekat park. 

Sekian. 

#YonezawaFamily #YBC #YamagataDaigaku #WeareMalaysian #Wearemuslims and #WeareNotTerrorist #RayadiPerantauan 




Episode 55 : Seindah Ramadhan di Bumi Jepun

Monday, June 30, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Ramadhan datang lagi. Dan kali ini, Ramadhan saya di perantauan. sobss..sobss..sobs.. Another two months to going back to Malaysia. Maksudnya, raya juga di perantauan.. 

Seindah Ramadhan di Bumi Jepun yang tiada deretan bazar ramadhan yang mampu menganggu gugat nafsu makan..

   
Alhamdulillah..
Walaupun diperantauan, tetap ada solat terawih berjemaah. Cumanya, kalau dewan kaikan ada orang lain nak guna terpaksalah kami mengalah dan berterawih secara sendiri di bilik masing-masing.

Jemaah tak ramai. Memang kenallah muka sorang-sorang. Sebab itulah juga muka-muka yang main bersama, bergurau bersama. Eh? Hahaha...

Sebelum terlambat,
Salam Ramadhan buat keluarga di Malaysia, sahabat handai dan rakan taulan. Baik di alam realiti mahupun alam maya. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat dan berkah buat kita semua.. InysaALLAH..



Episode 49 : Selamat Pengantin Baru

Sunday, June 15, 2014

Omedetou!!!

Tahniah buat teman-teman yang dah pun melangkah ke alam berumahtangga baru-baru ini.
Fiu~ Tujuh bulan tinggalkan bumi Malaysia, berpuluh-puluh undangan kahwin datang bertamu di Facebook. 
Maknanya, berpuluh-puluh jugalah terlepas nak makan nasi minyak dan gather ramai-ramai.

Tetiba rasa dah bertapak-tapak orang melangkah. Dan, adakah aku masih di tempat yang sama? Ngeh! Dari segi perhubungan je.. Dari segi lain, insyaALLAH, berkilo-kilometer dah melangkah. Sampai semput dibuatnya. Fiu~

Ucapan teristimewa buat teman istimewa ikhlas dari hati, dari bumi Yonezawa, Jepun.

 

Dear Siti Zubaidah yang selalu dipanggil CT,
Weeee... Finally! You are a married woman beb!
Tahniah! Tahniah! Tahniah! 
Omedetou ne CT-chan..
Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga jannah..
Buat siti dan suami, selamat bercinta sampai syurga ALLAH..

Uhuhuhu..
Sebak tau hari Jumaat beberapa minggu yang lalu waktu hari akad nikah kamu. Sedih sebab tak dapat being there on your "hari bersejarah". 
But at the same time, sangat-sangat-sangat gembira sebab kawan saya sudah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya. wink..wink..wink

Thanks juga pada mimito-chan sebab wassap dekat saya gambar CT-chan on her solemnization day. 

Jumpa di Malaysia, pengantin baru!
InsyaALLAH..

Selamat Pengantin Baru!!!
Semoga bahagia sampai syurga Ilahi.
Dan selamat meniti alam rumah tangga yang pastinya penuh cabaran. =D 
 



Episode 44 : Congratulations! You've Graduated

Saturday, May 17, 2014

Amboi...
Panjang bebenor tajuknya kan..
Entry hari ni just to wish my liltle sister,
Congratulations on your Graduation!
Sorry for not being there.

 

Sebetulnya, dah lama adik saya ni tamatkan pengajian Diploma dia. Cumanya majlis graduasi baru diadakan hari ni. Eh, ke esok? Hahaha.. Sengal punya kakak kan? Hehehe..

Sekarang, dia dok sambung Ijazah Sarjana Muda pula dekat UITM Universiti Tenaga Nasionalkampus Muadzam Shah.
Ralat. Sebab tak dapat hadir majlis konvokesyen dia. Dan tak dapat bergambar beramai-ramai satu keluarga.

Well..
Apa-apa pun,
Angah doakan yang terbaik untuk ang. Semoga berjaya. Bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.

Best of Luck! 



Episode 43 : Selamat Hari Guru!

Friday, May 16, 2014


 

May,16
Istimewa buatmu Guru.

Walaupun jarak memisahkan kita..
Walaupun bicara tak sering terucap..
Ketahuilah, di satu sudut hati ini terpahat ingatan kukuh buat kalian..
Di satu ruang memori dalam minda, terlukis setiap momen, bakti dan jasa kalian..
Dan setiap saat untuk mengingati, kalian sentiasa ada di dalam sisipan fail mindaku berjilid memori jangka panjang.

Terima kasih Allah sebab KAU hadirkan mereka sebagai pendidikku. Juga sebagai ibu bapa keduaku saat aku berjauhan dari emak abah kandungku.
Terima kasih Allah sebab KAU titipkan kasih sayang dari mereka untukku.
Sesungguhnya ENGKAUlah sebaik-baik pemberi rahmat.
Jasa mereka, bakti mereka, pengorbanan mereka, masa dan kasih sayang mereka..
Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMU buat mereka.

Saya sayang cikgu-cikgu saya. Terutamanya guru-guru di mrsmpdrm. 5tahun yang mungkin tak dapat dilupakan.
Me, love you all to the moon and till jannah.
SELAMAT HARI GURU.
 


psssss:: Taip dekat handphone guna tangan kiri, pastu publish dekat facebook. Buka blog, copy and paste dari facebook. Sekian. Minimakan penggunaan tangan kanan untuk kesejahteraan ummah. Hehehe...




Walimatul Urus~

Tuesday, April 23, 2013

Minggu depan berderet undangan kahwin..
Pakat-pakat buat majlis sebelum tarikh mengundi...
Baguih-baguih...
Dah dewasa rupanya kamu Sara!


Yang ni, semuanya dekat Utara...
(T__T)
Sedih sebab tak dapat nak memenuhi undangan..
27hb April masih di Kuala Lumpur..


Labis?
Negeri Sembilan ek?
InsyaALLAH...


Penang + JB + Kulim + Sg.Petani..
Haaa... 3 belah utara..
InsyaALLAH..
akan cuba memenuhi undangan yang berderet ni..


Fiu...
Yang dekat Kelantan tu memang tak sampai dah lah..
Tapi akan cuba usaha untuk pergi sebelah lelaki since yang dikenali adalah pengantin lelaki.. eheh...

Doa buat semua bakal pengantin~
Selamat Pengantin Baru

"Ya Allah Ya Rahman,
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. 

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. 

Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Nabi Adam & Hawa, Nabi Ibrahim & Siti Hajar, seperti Nabi Yusuf & Zulaika, Nabi Ayub & Rahmah, Nabi Musa & Safurah, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Nabi Muhammad s.a.w & Khadijah.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu."
 



Majlis Aqiqah dan Cukur Redza Syah Irfhan

Friday, April 5, 2013

Jujur.
Kalau pasal Irma Hasmie ni, memang rasa teruja sangat-sangat nak kongsikan di sini..
Mungkin sebab kagum dengan penghijarahan yang dia lakukan..
Dan mungkin juga sebab kagum dengan jodoh yang dia terima..
Dan mungkin juga sebab gembira dengan kebahagian yang dia peroleh sekarang..

Sangat-sangat..
Dan terbaru...
Irma Hasmie baru je selamat melahirkan putera hatinya kan?
Dan terbaru lagi..
Majlis Aqiqah dan cukur Redza Syah Irfhan, putera Irma Hasmie dan suami..
Berseri dan sangat bahagia weh muka dia..
Jom layan gambar yang saya copy paste dari sini.




 

 


Sweet dan comel kan baby tu?
Tahniah Irma Hasmie dan suami..
Walaupun i tahu you tak baca pun blog i ni..
Muahahaha..



Nak banyak-banyak, boleh pergi facebook di sana ok!
 



おめでとうございます : Selamat Pengantin Baru!

Saturday, March 23, 2013

おめでとうございます

Omedetou Gozaimasu!
Tahniah!
Selamat Pengantin Baru buat Wan Aizat dan Pasangan.
Semoga ikatan yang dibina berkekalan dan bahagia sampai ke Syurga.. 

Kredit gambar dari Majidah. The one at the centers..

Another 1 down. More to go!
Keep going guys...
May this ukhuwah stay till jannah..

For us, wedding mean reunite!
Meraikan pengantin serta mengeratkan ukhuwah sedia ada...

Oh ye! Hari ni dari Kolej, g Kepong ambil Aimie lepas tu masuk Selayang-Kepong Highway tembus MRR2 sampai dekat UIAM. First time jejak UIA. Yea!
Masa balik, sampai je Kepong hujan lebat. Lepas hantar Aimie, masuk Duke.. Elok je ambil exit Jalan Semarak, hujan lebat + Kilat sabung menyabung!
Fiu~

Sampai bilik, pengsan! Muahaha.. Drive balik Aloq Staq pun tak pengsan macam tu.. Apakah?

Oooopppsss...
Once again, Omedetou Gozaimasu! Tahniah! Congratulation! Selamat Pengantin Baru Wan Aizat!




Tentu belanja?

Sunday, March 3, 2013

Ek? Apakah?

me : Angah telepon tadi, awat tak dapat? Mak g mana pagi tadi?
mak : Mak g umah che Peah (bukan nama sebenar). Tentu belanja Che Piah (bukan nama sebenar).
me : Ha? Tentu Belanja?
mak : Pertunangan Che Piah...
me : Ooooooooooo....

Ahaks.. Panjang oooo tu kan? Kihkihkih.. Ini namanya orang kedah celup! Selalu berbual guna bahasa melayu baku atau adik-adik saya cakap "Kak Ngah cakap Key ell".. Ngeee... Bukan nak berlagak sampai terikut-ikut cakap Key ell tu. Tapi sebab enviroment yang saya lalui sejak kecil membuatkan saya lebih selesa menggunakan bahasa malaysia tanpa ada apa-apa loghat. 

Ok. Full stop!
Alhamdulillah.. dua pupu saya dah melangkah ke alam pertunangan. Bukan kupu-kupu. Tapi dua pupu. Lain tok, sama moyang. Ek? Kihkihkih.. Kira dua pupulah.. Anak kepada sepupu mak saya. Haaa.. ada ngerti? Kalau tak salah dia sebaya saya. Saya bila? Wahhhhh... doakan sahaja ya! Semoga dengan doa dari kalian, Allah temukan saya dengan jodoh yang sudah ditentukan-NYA. Aminnn...

Oh ya! semalam pergi Ayer Keroh Melaka. Attend wedding kawan sekursus. Alhamdulillah.. Selamat Pengantin baru buat K.Wana dan Pasangan! Semoga bahagia sampai syurga! ~~


 



Selamat Pengantin Baru!

Monday, February 4, 2013


Selamat Pengantin Baru buat Hafiz dan Pasangan!
Semoga bahagia sampai syurga!


Dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban,
Untuk menghadiri walimah seorang teman,
Dari jauh doa saya titipkan,
Semoga bahtera yang dibina berkekalan...

(^__^)

Ini walimah kawan se-JKMKTC masa zaman muda belia dekat UTM Skudai dulu.
Kata hafiz, kenal di muka buku!
Oh sooo suweeetttlah kamu berdua..
Cinta muka buku, semoga kekal ke anak cucu..

peace yo!

Oh ye! Gambar?
Curi dalam facebook. Dah tag nama saya kan? Curi je lah.. hahaha... Curi dari timeline sendiri pun. =P




Setelah akad...

Monday, January 21, 2013


 

Bukankah ini yang terbaik?
Akan ku luahkan untukmu...
setelah akad menghalalkan kita..
walau siapa pun kamu..
wahai pilihan ALLAH untukku..

.(^______^). 





Selamat Tahun Baru!

Monday, December 31, 2012

Tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2012 bakal meninggalkan kita. Dan tahun 2013 bakal menggamit kita. Tak nak berceloteh panjang... Terimalah ucapan dari #gadisberlesungpipit ini..

Selamat Tahun Baru 2013!!

 
Duduk rehat malam-malam..Abah pun berceritalah perihal seorang pekerja abah ni. Bagi saya dia seorang gadis yang comel. Tapi kata abah, gadis itu lebih banyak bermasam muka. Macam tak tahu nak tersenyum dan menyebarkan senyuman. Lalu abah bersuara:
"Muka kalau tak cantik tak apa angah..Asalkan kita sentiasa manis dengan senyuman.."
 
.(^_______________^).

Saya mungkin tak secantik mereka diluar sana, tapi saya harap saya akan sentiasa manis dengan senyuman.. Dan untuk tahun baru yang bakal datang ni..saya nak senyum...senyum sehingga nampak lesung pipit di pipi.. Weee...tak semua orang ada lesung pipitkan?
 
Selamat Tahun Baru 2013
-ikhlas dari #gadisberlesungpipit



Kisah Geng Simpang Tiga!

Wednesday, December 12, 2012

Eheh..
Kenapa simpang tiga? Bukan simpang empat? Urmmm... Sebab dekat simpang tangga tu cuma ada tiga bilik je.. sebab tu i olls panggil geng simpang tiga. Dolu zaman belajaq sesama dekat U suka lepak dekat simpang tiga tu buat aktiviti masak-masak, makan-makan dan gosip-gosip.. Hahahaha...

Ber"gila-gila" dengan diorang. Tapi itu kisah dulu.. Ini kisah geng simpang tiga yang terkini. Ala-ala the latest storylah.. Muahaha...

Out of 5...
Memula.. Ucap tahniah dulu.. Yeay!! Clap your hand.. dah dewasa dah diorang ni rupanya.. kihkihkih.. I remaja lagi..=D

27.10.2012 (check it here!)
Yang paling sulunggggg dah bertunang dengan Encik Tunang beliau. Sat naaaa..curik sekeping gambaq dari blog Siti.. Eheh..



8.12.2012
Adik kedua bongsu pula yang dah dirisik dan bertunang dengan encik tunang beliau juga.. Nah..nah..nah..Tengok ja naaa...

 


12.12.2012
Adik yang paling bongsu tapi paling matang dah berkahwin! Yo! Hebakkk.. Lafaz diucap..akad dikabul.. Alhamdulillah..12.44pm sahlah dia sebagai Puan Ershadiah.. *Wink wink..


Wahhhhhh... dah semakin dewasa rupanya kalian semua..Eheh..saya remaja lagi.. ^^,. Seorang demi seorang. Pengakhiran kepada babak pencarian cinta.. Dan permulaan kepada sebuah kehidupan baru..

Anyway, saya doakan kalian semua bahagia.. Bahagia kalian, bahagialah saya.. *wink..*wink..

Ukhuwah fillah abadan abadaaaa....
(^_______^)

Eh, baru perasanlah.. I memang tengah-tengah. Siti, Akmal, Me, Aimie dan Ersha.. Urutan ikut birthdate since we on the same years.. OOoooopppppssssssss...
Hahahahaha...



Her E-Day

Tuesday, December 11, 2012

Tahniah! Congratulation on your engagement..to both of you.. Aimie Amalina dan Siti Zubaidah...wahhhh...one step closer! Saya doakan yang terbaik buat kalian berdua!
Siti bertunang masa cuti raya haji hari tu..if i'm not mistaken..dan aimie bertunang hari sabtu lepas. 08.12.2012 Saya doakan perjalanan kalian dipermudahkan Ilahi.. In sha Allah..

Wedding Trip

Sunday, December 2, 2012



Selamat Pengantin Baru!
Untuk Apek (real name is Azmi) dan Aisyah..
Semoga bahagia dan barokah sehingga ke syurga ILAHI...
 
Fiuuuu~ Sakit kaki.. Hahaha...macam diri sendiri pula yang tekan pedal minyak tu kan? Ngee... Baru sampai bilik selepas hampir 12 jam perjalanan... Fiuuuu~..

Sebagai memenuhi undangan perkahwinan seorang senior merangkap kawan berprogram masa dekat UTM SKUDAI dulu. Err... Perkahwinan senior dan junior.. Hehehe.. Yang lelaki tu senior saya. yang perempuan tu junior.. Hasilnya.....

Fullamak..dah macam program kolej pula.. Jumpa balik geng-geng yang selalu buat program kolej masa dekat UTM SKUDAI few years back.

Kenyang juga makan "langsat" sebelum sampai rumah kenduri ni. Maksudnya, kami ni sesat! Hahaha... Tapi, dalam sesat pun....antara orang terawal juga sampai. Sampai awal. makan awal. tapi bergambar lambat. Balik pun lambat. Ngee..

Sempat lagi singgah ke Klebang. Ada orang ajak minum COCONUT MILK SHAKE. Tak taulah nak kata sedap tang mana.. Tapi, giler ramai peminat dia.. yang berbungkus pun panjang barisannya, yang minum dekat situ pun lagilah ramai.. Phew~..



Yang lebih pelik tu... Kenapa coconut milk shake ni pofular sangat dengan KLEBANG MELAKA dan bukan tempat lain di MALAYSIA??

 
p/s : Alahai! Sepatutnya update progress report dalam GSMS bukannya update blog! Huhuhu... Tapi, GSMS tu dok keluaq mesej ERROR je.. Lagut mana ni???




September... I'm In Love!

Saturday, September 8, 2012

Ini namanya auto entry!
Hahaha...
Hakikat yang saya tak boleh nak nafikan.
Pertama, saya tak pernah lupa tarikh lahir sendiri
Kedua, saya tak pernah ingat pun umur semasa saya!

Jadiiii... mana-mana yang tarikh lahirnya sama dengan saya, konfem saya tak lupa! Tak perlu en.facebook ingatkan. Sebab i always remember.

Jadiiiiiinyaa... untuk malam ini... Tepat jam 12.00 tengah malam terlewat satu dua minit, saya nak ucapkan..



"Selamat Hari Lahir!! 
Sanah Helwah! 
Otonjobi Omedetou Gozaimasu! 
Saengil Chukhahamnida!"

Buat mereka yang sama tarikhnya dengan saya...
Zille, Nik Nur Fatma and Izyan Iryani..

Be happy. Enjoy your life. May ALLAH bless all of you. Dimurahkan rezeki. Bahagia dunia akhirat. Semoga ALLAH panjangkan usia untuk terus beramal dan beribadah kepada-NYA..
We are what we think we are..
So, all the best! 
 



Baju Raya buat sendiri je.... ^^,

Sunday, August 26, 2012



Raya tahun ni....
Temanya merah marrooonnn..
My big sister insist nak warna ni. Dan since dia yang beli kain, i follow je lah..
Tapiiiii...
Tak sangka pula dia beli kain plain. Kosong! Oh man! i tak suka baju plain ni. Rasa macam baju prep sekolah dolu je.. Oh no! 
Mayday..Mayday!!
Oh mommy! Jom berjimba! Cari manik tampal.. Nak buat jahit manik, kot tak dapat pakai raya ni.. EHeh...
So, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Aloq Staq dari keretapi tempoh hari, rehat-rehat.. Lepas tu, around 11.30 keluar dengan mak. Pergi cari dekat Pekan Simpang Kuala ja.. Kalau tak da, baru pi Pekan Aloq Staq. Standardlah tu. Cari yang dekat dulu..
Sekaliiiii...ohhhhhoooo.. Banyaknya manik tampal.. Berbulu mata nak memilih.. Erk?
Dan itulah hasil tangan sendiri.
Kos?
Hanya kos membeli kain sahaja. Baju kurung moden tu, mak yang jahit. Pastu, manik saya tampal sendiri. Jadi, kos untuk hari raya? Tak adalah mahal tahap membazir bagai tu..
Yang penting, selesa untuk dipakai dan kelihatan mewah! Muahaha...

Tak terfikir pula nak berposing seorang diri.. =D
 




Selamat Hari Abah!

Sunday, June 17, 2012





Masa kecik-kecik dulu, abah suka bawa kami adik beradik pergi airport. Bukan masuk dalam airport tu. Tapi berhenti kereta dekat luar pagar airport. Lepas tu tengok kapal terbang turun naik dekat runaway tu. Bukan kami sekeluarga je. Ramai je lagi yang lepak dekat luar lapangan terbang tu untuk tengok kapal terbang. Al-maklumlah, masa tu tinggal dekat Sarawak. Jadi, setiap kali tengok kapal terbang turun naik macam eksaited sangat-sangat. Nak balik semenanjung bukan boleh selalu. Tunggu abah punya giliran, baru naik kapal terbang balik semenanjung. Jadiiii... pengubatnya, tengok kapal terbang on the runaway!..


 
Bukanlah tetiap hari.. Tapi selalu jugalah. Seronok kalau naik kapal terbang. Tengok awan-awan yang macam gula-gula kapas tu. Awesome! Especially kalau naik MAS. Sebab untuk budak-budak, MAS selalu bagi games. Antaranya replika kapal terbang! Suka sangat. Dan yang paling saya ingat adalah, dapat pergi kokpit jumpa pilot! Masa tu last flight kami sekeluarga dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab abah yang request kata anak-anak nak tengok tempat pilot bawa kapal terbang! Eheh...

Terima kasih abah! Sebab bawa kami merantau jauh. Dan sampai sekarang saya suka merantau. Cumanya, tak boleh nak naik kapal terbang selalu walaupun hati nak sangat-sangat naik kapal terbang biarpun hanya dari KL ke alor setar. Tapi... One important things, saya belajar tentang hidup. Saya belajar untuk merantau.. Dan saya belajar untuk menjadi seorang anak yang matang. Semuanya saya belajar dari Abah.



Terima kasih abah atas ruang dan peluang yang diberikan dari saya kecil sehingga kini. Terima kasih atas sokongan fizikal dan material dan segalanya untuk saya berada di mana saya berada kini. Terima kasih abah... untuk segalanya. Walaupun ungkapan ini sukar terucap di bibir.. Tapi tak pernah putus dalam doa. Selamat hari Abah! Abah!.. ^^,
 



The apprentice outstrips the master!

Wednesday, May 9, 2012

People always said,
"Ilmu yang ada, jangan kedekut. Sebab lagi banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita peroleh."

 So, hari ni saya nak kongsikan sesuatu buat semua. Terutamanya buat my ex-japanese classmate a.k.a my coursemate, Hehehe.. dan juga buat my best-best friend yang nun jauh di selatan..eheh.. Juga buat teman-teman yang saya rindui dan sayangi.. Hehehe..

Moga apa yang saya nak kongsikan ini memberi manfaat buat kita..
To master the secret of academics

Gambar hiasan semata-mata

Secret, rahsia. Apa pun namanya ini, ada tiga peringkat. 
Psstt: kami dapat masa attend kelas Research Methodology. And this is secret given by one of my Japanese Professor here.. Nice kan?

In JAPAN, there are three stages for marshal arts:
(Kendo, Judo, Karate, Aikido, Kyudo and etc)

First stage known as (Syu)
Follow teacher's instruction single-mindedly
- Learn the fundamentals(the basics) from teacher

second stage known as (ha)
Break teacher's shell and make a leap forward
- Further study on the more wide standpoint

third stage known as (ri)
Open up a new original field
- Exhibit one's potential freely a will!

Proverb said:
<The apprentice outstrips the master!>

All the best to all my dear friends~