Friday, January 31, 2020

Mencari DIA


Ruang sumur yg menghibakan..
Ntah ke berapa kalinya
Tidak dapat diseka
Dari terus membahasi pipi
Lalu singgah di perdu keinsafan

Tak mungkin ku setega kalian
Bangun dan  terus syukur
Malapetaka semalam
Mengabdi hikmat yg tersirat
 


31 jan 2020

Wednesday, January 29, 2020

Rezekikan kami

Rezeki itu bukan sahaja dengan menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan dan banyak harta.

Tetapi rezeki itu banyak aspek jika kita melihat dengan neraca Iman.
Antaranya:
🌸 Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki.
🌸 Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.
🌸 Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.
🌸 Ada rakan2 yang soleh dan solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.
🌸 Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.
🌸 Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.
🌸 Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.
🌸 Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.
Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.

credit to zeezainal

Tahun 2020

Pejam celik.... dah masuk 2020
Dah bertukar azam dan semangat
Anak ank saudaraku makin bertambah dan semakin besar, begitu juga cucu2ku..selamat datang 2020 ke family besar kami.

Tahun berganti, masa bertukar dan kerjaya berubah. Yang tak pernah kurang adalah usia. Ye usia ku semakin tua. Hakikat yng tak perlu dinafikan. Seringkali alpa dan leka dengan rencah nafsu yang membelenggu.

Corak kehidupanku totaly berubah. JADUAL hujung minggu juga  celaru. Ye, sedih kerana tak dapat lagi hadir ke aktiviti mingguan menghadiri kuliah duha . Begitu juga kelas talaqqi setiap mlm Khamis. Saya yakin Allah pasti memberi yang terbaik buat kita semua. Saya cuba serap diri dengan kehidupan baru ni dan cuba menghadirkan diri ke majlis ilmu di celah waktu yang ada. Nak tunggu off day dan hari rehat memang sukar dijangkakan. Mudah-mudahan ALLAH mengampuni saya dan terus pandu ke jalanNya. Sokongan family dan sahabat memang menguatkan semangat saya untuk menghadam situasi kerjaya baru ni. Tarikh 8 October 2019 akan saya kenang.

Eh kenapa 8 october. Oh ya kerana tarikh ini adalah secara rasmi saya menerima tugas baru selepas balik dari menunaikan umrah. Terpaksa pendekkan cuti rehat dan tak sempat jetleg. Menerima atau menolak di situlah saya.

Terima kasih sahabat sepasukan saya kini yang sentiasa sedia tunjuk ajar dan mengajar saya. Kisah kehilangan dan pemergian saudara terdekat berlalu dengan kesedihan.  Rawat dan reward diri 




Tuesday, January 28, 2020

Mengapa sering tersakiti

Menurut Al Allamah Al Arifbillah Al Habib Salim Asy-Syathiri.

MENGAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?

Orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?

Orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tidak mempunyai sedikitpun prasangka bahawa orang yang dia lihat seorang yang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP DICELA?

Orang baik tidak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, meski bukan dia yang memulakan sesuatu perkara.

MENGAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?

Orang baik tidak ingin membagi kesedihannya. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahawa suatu masa Allah akan mengganti kesabarannya.

MENGAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI KEPADA MEREKA YANG MELUKAINYA?

Orang baik selalu memandang bahawa Allah sentiasa bersama dengannya, bagaimana ia akan mengeluh diatas sesuatu yang di tetapkan di atas kehendakNYA, itu sebabnya orang baik tak memiliki perasaan dendam dalam kalbunya…

Jika kau buka laci- laci di hatinya, akan kau temukan hanya cinta kepada Allah yang dimilikinya.

#MuhasabahDiri #TeruskanBerselawat
#iloverasulullah