Tuesday, July 30, 2019

Jemputan Tuhan


“Apabila seseorang pergi menunaikan haji dengan perbelanjaan yang baik (halal) dan meletakkan langkah kakinya, kemudian dia melaungkan: “Labaik Allahumma Labaik.” 
(Ya Allah! Inilah aku datang menyahut pangillanMu). 
Maka menyeru ia oleh seorang penyeru dari langit: “Allah sambut kedatanganmu semoga kamu akan bahagia (kerana) bekalanmu halal dan kenderaanmu (dari hasil yang) halal, maka haji engkau mabrur (diterima) tidak dicampuri dosa (tidak ditolak).” 

Sebaliknya apabila seseorang pergi haji dengan perbelanjaan yang haram, lalu dia melangkah kaki sambil menyeru: “Labaik Allahumma Labaik!” (Ya Allah! Daku sahut panggilanMu). Maka menyeru seorang penyeru dari langit: “Tidak diterima kunjunganmu, dan tidak berbahagia keadaanmu! (Kerana) bekalanmu haram, perbelanjaanmu (dari harta yang) haram, maka hajimu dicampuri dosa (tidak diterima), tidak mendapat pahala.”

(Hadith Riwayat Tabrani dari Abu Hurairah r.a)

crdit photo :2009



Sunday, July 28, 2019

Underwater Mabul





satu penerokaan 
dasar laut 
subhanallah
apa yang nak saya katakan..


semasa briefing...
jiwa sempat bermonolog
kenapa ALLAH takdirkan ku disini
apa yang hendak disampaikanNYA
sehingga perlu ku menyelami dasarNYA


Di dalam bot
jiwaku nekad
pastinya ALLAH tak sengaja
kerna DIA mau mengajarkan sesuatu
daku pilihanNYA


Seketika di dasar laut
barulah ku belajar
apa makna ketenangan
selagi jiwa kacau
pengembaraan tak dapat diteruskan
belajar untuk relax
bertenang
cool down 
dan lepaskan pernafasan menerusi mulut
tong oksigen membantu jika diperlukan.
subhanallah...

di sini mengajar 
di saat mulut tak mampu berkata
hidung terhenti pernafasan
mata mampu memerhati
mulut mampu bernafas
tangan perlu untuk berkomunikasi

berbicaralah duhai hati
YA ALLAH indahnya dasarmu
Terpana menikmati lintasan ikan nemo didepan mata
di satu sudut sang penyu sedang berehat.
dan ada saatnya kami membelah sekumpulan ikan yang bergerak dalam kumpulan
ALLAHU ROBBI

bagaikan menyaksi tontonan TV
tapi kini dakulah antara mereka hidupan dasar laut
terumbu karang laut, tapak sulaiman, ikan pipe, belut laut, ikan gobi 
bermain tenang di celahan kapal yang karam 
tapak kaki singgah di pepasir yang memutih 
ya ALLAH di dasar kah aku rupanya ...


Daku
pada hakikatnya 
juga antara makhluk ALLAH 
yang bertebaran mencari arah tuju 
berenang-renang mencari panduan
mencari rezeki yang entah di mana
menjadi saksi sebuah kehidupan 



Penyaksian ku ini 
menjadikan imanku makin mantap,
keyakinanku makin tega
dan egoku makin menghakis
kerna satu ketika,kita tak mampu buat apa-apa 
walaupun ada didepan mata
yang  diharap cuma 
ALLAH HU ROBBI



(terima kasih mr buddy yang menjadi pandu arah menikmati dasar laut)
 NHM
29julai2019

Bersedih

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
                                                    — At-Taubah: 40
Tapi  bagaimana jika kita tetap merasa bersedih?
Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita.
Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita.
Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah
Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis.
Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka.
Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.
Bersedih itukan fitrah manusia.. 


Monday, July 22, 2019

Rezeki tiris

Sampaikan pahala buat aruah yang telah menurunkan ilmu untuk kita ..
Bukan kaya di dunia sahaja ..bahagia di dunia..tapi sampaijadi saham di sana..

JIKA KESEMPITAN REZEKI, SILA AMALKAN.


Ramai juga rakan-rakan teringin sekali nak ke Makkah, tapi belum kesampaian. Puncanya rezeki yang belum ‘mendampingi’ kita!

Apa kata, kita pergiatkan amalan, buat nilaian peribadi kerana Allah memberi jalan kepada setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam perlbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Amalkan 20 perkara ini, Allah membantu mu.

1) Selalu menyempatkan diri beribadah
2) Memperbanyak istighfar
3) Meninggalkan perbuatan dosa
4) Senantiasa ingat kepada Allah
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8] Banyak berselawat
9) Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
10) Berpagi-pagi
11) Menjalin silaturrahim
12) Membiasakan selalu dalam keadaan berwuduk
13) Bersedekah
14) Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud)
15) Membiasakan Solat Dhuha
16) Bersyukur kepada Allah
17) Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
19) Berikhtiar setelah kuat berusaha
20) Bertawakkal

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan.

Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Petikan dari Facebook Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.

Sunday, July 14, 2019

Melangkahlah


Setiap perjalanan mengajar kita erti kehidupan
Belajar untuk sabar dalam kesesakan dan belajar untuk menyaingi dalam tindakan.
Belajar menjadi lebih baik dan lebih taat sebagai HAMBA ALLAH


15 julai
nhm

Friday, July 12, 2019

Utk kak na

To my dearest sister, 🌹

Pandangan,👀
Macam adik
Macam kawan
Banyak mengalah dari berbalah

Pandangan  hati❤️
Sangat tulus dan suka membantu
Sentiasa support aktiviti saya

Pandangan sebenar😍
Dialah kakakku
rakan sepermainanku
Penjaga amanahku
Pendengar paling setiaku
Penjaga kebajikanku

Kak na
Terima kasih atas segalanya.
Maafkan dan doakan adikmu sentiasa.

YA ALLAH Muliakan kakakku ni di sisiMU dan berikan keberkatan hidup berterusan buat kita semua dan himpunkan seluruh anggota keluarga dlam ketaatan dan rahmat Ilahi.

❤️U
13Julai

#rakanbolehpergitapifamilysampaimati
#besdaywish

Monday, July 8, 2019

Untuk apa




kata anak saudaraku
jeles
kenapa
sebab cu mandikan depa 

kata orang
tak salah jika niat baik
mana tau,
asbab mandikan ini, 
depa rasa bersih dan selesa 
dan lepas ni depa terus amal
kan namanya sungai saham

abaikan kata-dan kata
kerana kita ada misi
bukan untuk diri 
tapi buat generasi

hatta 
nak buat kebajikan 
jangan tunggu besok 
kerna kita tak tau besok2 untuk sapa


alhamdulillah.

MISI SENTUHAN KASIH BERSAMA ANAK BAJAU LAUT telah mengajarku tentang kehidupan.
Tentang syurga alami yang luas...makan bersyukurlah wahai diri

Thursday, July 4, 2019

Nurfatin Nadhiah



Happy birthday adik Nadhiah
Pejam celik dah 11 tahun
semuga berjaya dan membahagiakan family


4/7/2019

#anaksaudaraku


alahai kunci

cerita kunci

Mana di mana..kunci kereta saya..??

1.15pm
Lintasan hati :Teringat kunci kereta.
Biasanya selepas buka pintu pejabat, saya akan letakkan kunci kereta ke dalam drawer,,  jadi teringat kan kunci , saya cuba melupakannya tapi ingat juga. Buka drawer, ohh tidak ada...abaikan


1.35pm
Solat Zuhur. Sesekali lintasan kunci datang mengganggu. Saya cuba skip dengan menguatkan bacaan dalam solat. Sujud terakhir...mhn dipermudahkan urusan.
Selesai solat.


1.50pm
Misi cari kunci di mulakan.
Cari2 dalam beg kerja. Manalah tau kot2 terajin simpan dalam beg. Hampa.
geledah laci kot kot terselit

Apa yang perlu saya buat jika kunci tak dijumpai?
kunci pendua ? Ada tapi entah di mana ku letakkannya
Kunci rumah? Sah2 dalam kereta semua.. Tak adanya nak bawa kunci rumah dalam beg. Masa tu ingatlah kenapa harus ku menyusahkan ismihayati. Hanya dia satu2nya warisku yang dan menyimpan kunci pendua rumah. Aduh satu hal lagi ...dah la minta dia mai ambil di sini kemudian hantar baliik rumah. Oh tidakkk...cukup-cukuplah saya menyusahkan dia selama ni

ingat kalam ALLAH.
Yakin dan PASRAH ke ALLAH

Mula  flashback apa yang saya buat pagi tadi.
Pergi ke kereta....SAH pintu dah dikunci. Maknanya kunci pernah ada di tangan dan saya berjalan masuk ke bangunan.

Next destination:
ya..saya terus ke toilet dan ambil wuduk.
Teringat no tandas yang digunakan dan terus  saya ke situ.
kalih belakang pintu tandas dan trenggggg...............alhamdulillah...TERSANGKUT DI SINI rupanya kamu.

2.00 petang.Misi  Selesai


ALHAMDULILLAH.
TERIMA KASIH ALLAH

Moral of the Story: 
Bila hadap masalah, belajarlah didik hati bertenang dan ingat ini sebagai ujian. istifar dan selawat  lebat2.. Cewah..takpe lah cukuplah sebagai koreksi diri. Terima kasih ALALh mengembalikan benda yang ghaib seketika


4/7/2019

Wednesday, July 3, 2019

kuatkan imanku

TERIMA KASIH ALLAH,..
kerna sedang mengujiku,..
UjianMU  membuat aku semakin matang,..
UjianMU menjadikanku semakin tabah,..
UjianMU menjadikanku semakin kuat,..


kadang aku mengeluh,..
 kadangku kalah,..
kadangku tertekan,..
Tapi,..ku masih mampu berfikir,..
KAU datangkan ku ujian mesti bersebab,..

Kerana KAU sayangkanku,..
Kerana KAU nak uji tahap keimananku,..
Kerana KAU nak uji ketaqwaanku,..
ku mohon padamu YA ALLAH,..
Andai ku masih terus di uji,..
KAU terus kuatkanlah hatiku,..
Agar ku tidak tewas,..
Agarku tidak lalai,.
Agar ku terus tabah dan sabar,..
Mengharungi  kehidupan yg di anugerahkan.


19062019
indahnya zaman kanak2..

Tuesday, July 2, 2019

family kita



satu tika dulu
berduyun kita berkumpul
pantang lepa cuti sekolah
Rumah kita jadi penasaran


Satu tika dulu
riuh rumah kita
hubungan sepupu kian akrab
pelbagai cerita dalam khazanah 


Satu tika dulu
merekalah yang mengajarku
tentang kasih sayang dan kemesraaan 
 tentang masa depan dan kejayaan


Satu tika dulu
mak dan ayah 
sepupu dan sepapat
hubungan mereka sangat akrab.

kini
kitalah pewarisnya
hubungan kekeluargaan kita tak kan putus  
 Biar generasi kita ada kesinambungan. 
Kita adalah family besar.


AL fatihah buat bapa/emak saudara sepupu ku dan Long Ayob  & LongYah yang telah lama meninggalkan kami. Namun hubungan antara anak2sepupu2 almarhum      agak rapat dan mesra. Hanya ini sebagai kenangan kita semua pernah bersama dan jatuh bangun bersama. Walaupun untuk seketika kami di Kuantan tetapi layanan daripada sepupuku amat mengkagumkan. Terima kasih dik Faridah dan dik Malik yang sedia menerima kunjungan mengejut kami dan kita kecuh seketika dan bercerita tentang kisah lalu.

 Alhamdulillah.

catatan 2/7/2019 
waktu kejadian : 16jun2019@ raya dan uiam

Monday, July 1, 2019

Ombak


Ombak..
Daku suka tengok ombak
ibarat cabaran dan dugaan
menghempas ke pantai
ditengah lautan beralun indah
namun andai ia membadai
pasti karam dilautan
tiada bertepian
ombak dan cabaran
kadang kadang bergelora
kadang kadang  tenang
hmmm...itulah persamaanya.

mabul with lov

Cari kekuatan diri

Susah kah nak jadi kuat?
Tak susah bila dihati kita sentiasa ada Allah SWT, Allah tahu saat kita sedih.
Allah nak ajar kita kuat.




Tahutak bila Allah SWT sayangkan awak?
Bila semalam awak menangis teresak sendiri, hari ini Dia berikan awak senyuman .
Ayuh bangunn..




mereka senyum lagi


  bajau lautkah aku?

:blush:

be positif

Semalam,
hari yang resah,
hari yang gundah,
tapi ku sering pasrah dan berserah,
kerana ku tahu Allah pasti menyediakan sesuatu yg terbaik buatku,



Hari ini,
Esok dan semalam,
tetap satu hari yang berbeza,
kita tak pernah tahu apa yg berlaku,
tapi kita mampu berdoa,
moga hari-hari itu adalah hari yg terbaik 


hari terakhir ampang point  di tutup