Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, June 21, 2024

:::Nasi Daging In da house:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao 💗❤️ 

Nasi Daging in da house
Dulu kurang suka nasi daging
Sejak tinggal kat Kedah Ni
Tiba2 jadi tersuka plak

Act ni kawan buat korban satu bahagian
Minta tolong kawan sorang lagi masak untuk jamuan kat office
Daging + tulang dalam 7kg
Menu nasi daging dan air asam kerisik
Elok2 je masak tu 
Air tangan Kakza memang selalu sedap

Air asam kerisik

Nasi daging

Sup daging+ tulang 

Sepinggan untuk saya

Selamat menjamu selera 
Pasni nak minta resepi dengan Kakza❤️




Monday, June 17, 2024

:::Salam Aidiladha:::

 Assalamualaikum 
Da Jia Hao 💗 

Salam Aidiladha 
Maaf Zahir Batin
Alhamdulillah masih beraya bersama mak ayah

Rutin pagi Raya
Kejut anak-anak 
Niat mandi sunat Hari Raya 
Dengar takbir dari surau
Enida,Anis,Opah dan Atok ke surau

Cikpuaneqin kat rumah jaga Si Aisy
Sambil siapkan juadah atas meja
Simple menu ja
Sebab Kita atur kenduri umah saudara dan kawan²

Special menu Raya ni Kurma Itik 
Ikut resepi kak saliza
Katanya nak bagi kuah kurma tu pekat kena blender Kelapa Putih bagi hancur betul2 then masuk dalam periuk tu..

Now tengah dengar Imam baca khutbah dari rumah 
Allahuakhbar 
Sesungguhnya pengorbanan kita yang ikhlas harini,sungguh besar nilai nya disisi Allah SWT..

Selamat Hari Raya Aidiladha 
Maaf Zahir Batin ❤️❤️❤️

Sunday, April 28, 2024

:::LIP LAP RAYA:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Lip lap Raya Ofis kami

Selesai sudah sambutan hari raya 
Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang
Kalini kita incaj dari awal hingga akhir majlis

Dari mula mesyuarat lagi kami da decide untuk collect
RM 60 / sekeluarga
open untuk staff dan family
meeting nak deco, nak order makanan semua nya sepakat

Menu Raya opis kami
Satey Kuah Kacang Nasi Impit
Mee Kari
Bihun sup kaki lembu
Nasi tomato ayam masak merah
Lontong
Ketupat Rendang ayam
Lemang
Puding 
Laksa
Ice cream Malaysia
Air Herba

Tagging menu tu baru print pagi tu..bukan ape kan takut ada yang tertukar masukkan bahan mee kari dalam laksa plak haha

Satey tu tempah memang sedap dan mendapat pujian ramai
Cikpuaneqin buat colek goreng-goreng tu
antara menu yang paling laku

Ketupat rendang ni wajib

Ais krim Malaysia baru order sehari sebelum
50 batang je 4perisa

Puding sponser by en zul


YB Hj Munir turut memenuhi undangan

Orang kuat saya

Sempat la bergambar dengan staff dari State

Tetamu lebih kurang 300 orang
Alhamdulillah
semuanya mengcukupi
Last part paling best membungkus apa yang patut dibungkus dan membasuh
kerja-kerja membasuh tray ni jarang yang ada nak volunteer
makanya kita rela hati je turun padang
sejenis yang tak kisah kann






Monday, April 15, 2024

:::6 Syawal 1445H masih beraya:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

6 Syawal 1445H
Masih lagi mood beraya walaupun dah mula kerja semalam
Tetamu pun masih lagi datang beraya di rumah
Semalam saudara dari Rawang kunjung tiba rumah kita




Alhamdulillah sekali lagi meriah 
Semalam jugak inciksuami pergi cari kaki lembu 
Nak dijadikan rezeki dapat kat dia RM60 sebatang
sebelum raya haritu eqin beli RM100 sebatang
yela nak raya kan semua demand harga
letak berapa harga pun orang akan beli

Rezeki orang jauh, orang Rawang (Akey , cik Ila, Haziq, Bella, Farra dan Maream)
awal sampai tengahari semalam eqin balik rehat lunch hour
sempat masak nasi, goreng ikan tongkol, gulai ayam dan buat sayur petola masak air
lepas masak tinggalkan diorang kat rumah dan kita masuk office balik

Inciksuami kat rumah tolong masak sup gearbox
ingatkan dia tolong rebus je, sekali kita balik kerja 5.30 sup dah siap semua
senang kerja tinggal lagi celur bihun, hiris daun sup, siapkan sambal kicap dan bawang goreng
terus siap bihun sup gear box
jemput makan semua tetamu
adik beradik dan Mak mertua dari Changlun pun datang sekali 
merasa lah makan air tangan anak lelaki dia 

Jiran-jirang yang lalu depan rumah pun
semuanya singgah
merasa la sikit sorang
tengok dalam periuk tinggal tunggul tulang gearbox da
kene rebus lain sebab kuah sup tu banyak lagi
2x merebus 
jadilah open house kecil-kecillan
tetamu last balik pukul 1 pagi
meriah raya
alhamdulillah

Pagi ni saudara dari Rawang dah nak balik
sama-sama keluar rumah masa kita pergi kerja
Bawa jumpa tok sekejap sebelum balik
Tok cium kepala baby buat minyak celak
orang dulu-dulu kan
mesti nak sapu minyak kat baby, macam petua tak bagi baby nangis
yang si Misya Maream tu seyum-senyum lahaiii

selamat jalan pada semua
jangan serik nanti datang lagi yaa