Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

Wednesday, October 22, 2025

:::Day 2- kursus with new outfit:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Day 2 berkursus di Kulim
Outfit of the day

Tudung ShawlPublika RM12.00
Blouse TT RM22.90
Pants KM Fashion RM39.90

Murah-murah sahaja
yang penting selesa



Jom layan kelas 
First time rasa menyesal datang kursus
sebab susahhhh banyak kira-kira
Billing LPC
pegang calculator ni dari mula masuk kelas sampai ke petang
Stressss Makkk!!




Tuesday, October 21, 2025

:::LPC Billing di Kulim:::

 Assalamualaiakum

Da Jia Hoa

Belum sempat habis makan maruku
Dah kena outstation
Seusai Subuh eqin dah gerak ke Kulim
Perjalanan memakan masa hampir 2jam setengah 
Boleh mengundang mengantuk

Terlibat dengan Kusus LPC Billing
Layankan je lah kan
Anak-anak masih bercuti
Semalam sebelum tidur eqin dah masak rendang daging
Untuk diorang makan harini

Cuaca pagi tadi 
Mendung berarak awan kelabu


Eqin masih meneruskan perjalanan
Exit Sg Dua
Ikut jalan dalam
Kalau terus ikut highway memang makan jem
Sambil dengar Hot FM 
DJ annouce ada kemalangan


Alhamdulillah
Sampai juga akhirnya ke destinasi yang ingin di tuju
TNB Kulim

Jom berkampunglah kita disini
Selama 2 hari
Good luck my self



Saturday, October 11, 2025

:::GWS my self:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Sepi 2,3hari ni
Allah nak bagi rehat 
Masih demam on off
Harap terus kuat 
Bertahan dengan ubat


Makan takde selera
Bila kerap makan ubat n perut kosong
Jadi GERD 

GWS my self ❤️

Sunday, December 1, 2024

:::Mangsa Banjir Part 1:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa 

1 Disember 2024

Ku mulakan hari ini dengan kisah banjir
Bermula 25 Nov 2024 hujan lebat tanpa henti
Rabu 27 November 2024
Masih berkerja dan anak-anak ke sekolah seperti biasa
Balik kerja suami call bagitahu suruh ambik Anak awal di taska dan parkir kereta di luar kawasan rumah 
Sebab air dah mula Naik

Ku sangka hanya air hujan dan banjir biasa
Redah air paras buku lali bawa Si Aisy dan Aenida bersama beg taska beg laptop 
Sampai rumah masih boleh masak untuk makan malam
Lepas mangrib Inciksuami berlari dan ajak ke surau katanya air dah hampir nak masuk pintu surau
Kena cepat lipat karpet surau
sayang kalau ken banjir
Sebab karpet surau baru je dapat sponsor dr NGO tahun 2023
Kami call orang kampung terdekat semua tak jawab call sebab masing2 sibuk kemas barang rumah dah mula masuk air 
Hujan lebat non stop 

Cemas!!
Karpet baru memang gam tu kuat lagi
Inciksuami, eqin, Kak Syadah dan abg Zaidi 
Berempat usaha lipat karpet surau

Air sungai mula naik di surau depan rumahku
Jam 7.40 Malam berempat lipat karpet surau depan rumah kami

Alhamdulillah sempat lipat cuma tempat tuan imam karpet xboleh Tarik sebab Ada almari
 
Air dah penuh dalam surau
Allahuakhbar tak terduga paras dada air naik
Ni dah surut sampai pinggang Ku cuba beranikan diri masuk surau
Sedih memang sedih 
Tengok tempat mengaji dalam keadaan macamni

Rumah Ku juga banjir 
Air masuk ke rumah tapi tak seteruk surau
Doa dan terus berdoa 
Semoga hujan ini menjadi hujan yang manfaat
Semoga ujian ini menjadi peringatan buat kami

Nanti sambung lagi ya banjir part 2,3,4❤️


Sunday, November 10, 2024

:::Struggle is Real:::

Assalamualaikum 
Da Jia Hoa

Every person has their own struggle. 

Memang Allah bagi personalised pada masing-masing.

Atas kemampuan.

Atas keperluan.

Atas kekuatan.


Kemampuan untuk pikul.

Keperluan supaya u turn mencari Dia.

Kekuatan pada iman dan kesabaran. 


.


Selalu rasa lelah dan nak mengalah.

Tipulah kalau tak ada masanya yang rasa dibisik-bisik dengan pemikiran yang bukan-bukan.


Cuma satu je lah syukur Allah masih bekalkan pemikiran bahawa;


Ujian memang sudah mendatang dan sedang dihenyak keras.

Tapi walau apa pun yang berlaku, rugilah.

Amatlah rugi. Kalau aku tak pass ujian ni. 

Fail dengan flying colours bila buat benda bukan-bukan. 

Bila salahkan Allah, persoalkan why me? 

Bila makin menjauh dari Dia. 


Sakit memang dah dapat. 

Rugilah kalau selain sakit, makin sakit bila Allah murka.


Bila dah diuji, doa pada Allah bantulah untuk lalui. 

Apa apa pun bantulah supaya lulus. 

Sebab hanya dengan bantuan dan rahmat Dia kita akan pass. 


.


Jadi teruskanlah berjalan.

Bila sakit dan rebah, kita bangun lah balik pelan-pelan.

Bila berair mata, kita seka dan senyumlah semula walau terkadang rasa macam fake. 

Fake it till we make it gitu.


Dunia ni kan negeri ujian.

Allah dah sebut dalam surah Al Balad. 

Jelas dan terang.

So expected lah apa yang berlaku tu.


Jadi kita tak payah tengok life orang as if perfect semua, rasa dia lebih ke apa. 

Rasa kita je yang sesak dada diasak bertimpa-timpa. 


Jangan risau. Bukan kita je.

Semua memang dah ada bahagian masing-masing.


Kita ni, cuma kena strive untuk lulus part kita sahaja.


Moga Allah izin.

Monday, August 5, 2024

:::Betul ke Monday Blues:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Harini betul-betul Monday Blues๐Ÿ’™๐Ÿ’ฆ

walaupun kat Kedah, Ahad semalam dah kerja
tetapi tibanya hari Isnin kita takde mood

Actually dari semalam lagi mood ni datang dalam hidup kita
terasa berat sangat nak pergi kerja
so i whatsapp kat group office yang I'M LATE

Tiber bos reply:

"Kita kerja ada time dia na mai pukul 8 balik jam 5 ptg kecuali OT...mai lambat kena cover na balik bagi cukup 9 jam..

Kalau rutin hari2 mcm ni xperlu nak joint DRM xblh la...MR DRM penting na walau sy xda pagi tu..kedatangan & joint DRM sy semak selalu..

Mcm selalu sy dok pesan dh sila rancang elok2 pastikan xterjejas waktu kerja utk sapa2 pun"

perghh memang menusuk kalbu ku ini
baru sehari I'M LATE
Maka bersiap-siap lah kita
then hantar si Aisy ke Taska n masuk office as usual

Ikut hati nak half-day je
tapi sebabkan fikir banyak kerja nak buat 
masuk jugak la office

so kat office meja bos in front of my table
im not sure nak cipta happy mood macamana
so i chat gpt macam-macam search salah satunya
why " im lazy today" haha

Bukti search Chaty GPT haha

search " what shoud i do to create positive environment"
1st - Positive culture
2nd- work-life balance

Ha betul la tu apa yang chat gpt bagi jawapan

positive culture kat office tu penting.
sini semua nya ok 
im so happy working here
tapi mungkin sebab harini

Monday Blues tu yang punca jadi camni
Hahaha






Monday, July 1, 2024

:::Hadiah Perpisahan:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Hadiah Perpisahan buat KakNik dan Pakya

cantikkan
semoga menjadi manfaat buat semua
pakar bidan terjun macamni la
petik jari ja terus dapat

Cari idea dulu nak beli apa
survey punya survey
dapat la Rehal
alhamdulillah


Sunday, June 9, 2024

:::MUET:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ๐Ÿ’— ❤️ ๐Ÿ’ 

Dugaan apakah ini...
Tua² Ni nak kena ambil MUET
Bertabah lah

Terpaksa ku relakan jugak ni
๐Ÿฅฒ๐Ÿฅฒ

Tiap malam la dengar recording listening test and answers the question 

Selagi bergelar student PJJ
Terpaksa la kann
Apa nak buat
Diri sendiri yang memikih untuk keluar dari zon selesai

Moga dipermudahkan segala urusan Amin 


Tuesday, April 2, 2024

:::Ihya' Ramadan TNB 2024:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Program Ihya' Ramadan TNB Kedah 2024
Bulan Ramadan semua orang ambil peluang untuk berbuat kebaikan
Syarikat GLC juga tak lepaskan peluang
meraikan asnaf 
membantu meringankan beban mereka
yang tak lama lagi syawal bakal menjelma

Cikpuaneqin dan anak-anak tak lepaskan peluang
turun padang
sama-sama bantu 
membuat persiapan untuk Iftar bersama asnaf
anak tiga-tiga ku angkut
sebab takde orang nak jaga
buat kerja wiken
ayahnya pun kerja
yang mana boleh bantu kita bantu
tak semestinya wang tunai
kerahan tenaga juga diperlukan

cara anak kita kerah
minta depa susun kerusi
pasang alas meja
tu jala buat kerja sambil main lari-lari
namapun anak2 kan



Petang lebih kurang pukul 6.30
berjemaah la kami
ke Masjid Istiqlal, Pulau Kijang
ready nak iftar 
sampai ke orang da penuh dewan
penerima sumbangan
kita just ambil tempat duduk dimeja
selesai semuanya
lebih kurang pukul 8 malam
Alhamdulillah
kiranya hari gantung kuali lagi la
tak masak
kadang akhir-akhir Ramadan ni
idea pun kurang da
tak tahu nak masak apa lagi

Monday, March 4, 2024

:::Ku pinangmu dengan Bismillah:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

-Ku pinang Rantai Tangan Sauh Gantung Love dengan Bismillah-
Alhamdulillah 
Dengan kurniaan rezeki dariNya
Nak juga simpan disini
sebagai kenangan akan datang

Dah selesai semua keperluan anak-anak
ada sedikit lebihan rezeki
cikpuaneqin reward seutas rantai tangan untuk diri sendiri
bukan untuk bangga diri dan nak menunjuk
kita ni tak mudah nak dapatkan sesuatu
bukan orang yang senang
simpan dan target apa yang kita nak

Act, dah lama teringin rantai tangan sauh love gantung ni
selama ni tengok je orang pakai
tapi tu la belum mampu dan belum rezeki untuk memiliki
Alhamdulillah harini ku pinang apa yang dihajati

Dah ada ni takde la cewi nak pakai terus
sebab dengan kerja hakiki yang selalu keluar operasi ni 
tak sesuai la nak pakai love gantung-gantung
kerja lasak kan, dah pakai rantai tangan tu jadi ayu plak nanti
kita simpan dulu, nanti pakai la bila sesuai pada tempatnya.

Alhamdulillah 
pakai yang halus-halus je
sweet
๐Ÿ’œ
sekian coretan 4.3.24

Tuesday, February 20, 2024

:::Payslip:::

 Assalamaulaikum
Da Jia Hoa

Saja lah datang kerja buka sistem nak cek payslip
tengok payslip belum appear dalam sistem
maksudnya esok belum gaji
tu je nak bagitahu

bertabah yer 
Semoga dilimpahkan rezeki selalu.
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Thursday, February 15, 2024

:::Saksi pengorbananku:::

Assalamualaikum
Da Jia Hao

-Night entry-

Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur 
Sunyi dan sepi
Sepi atau aku yang tuli
Tayar berdesup laju
Mataku masih kaku
Badanku terasa sakit
Otakku bagai berhenti berfungsi
Mengenang nasib diri ini

Pengorbanan!
Adakah pengorbanan ini suatu yang memberi manfaat buat ku?
Ku tahu doa kamu sentiasa ada
Bagai bulan yang memberi cahaya dimalam hari
Begitu jua berkat doamu mengiringi perjalanan hidupku

Anak engkau saksi kisah ku
Suami engkau saksi susah ku
Harapanku engkau tidak pernah jemu memberi sokongan dan mendokongku ke puncak kejayaan

Sedikit lagi.
Masanya akan tiba..




Monday, January 29, 2024

:::Hijrah diri yang kerdil :::

Assalamualaikum 

Da Jia Hoa

Good Afternoon and Happy Monday!!

Kita dah hampir ke penghujung Januari...
Pejam celik dah 29 Jan
Cuba cek diri kita balik
Kita dah mulakan misi dan azam baru ke
Dah mula berubah untuk ke arah yang lebih  

Bagi diri cikpuaneqin
Diri ini masih on track
Cuba perbaiki diri setiap hari
Cuba paksa diri baca Al- Quran sebelum subuh
Paksa juga diri, kalau dulu susah nak buat
Bila dah paksa ni semakin hari semakin mudah 

Alhamdulillah
Cuba jadi lebih baik dari sebelum ini..


Pic: Semasa ronda sekitar kampung, ku dapati seorang wanita sedang memancing ikan puyu di tali air, nampak keceriaan diwajahnya, ku pasti dia sedang bahagia.

Ingat kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit
Jika bahagia itu boleh dibeli, pastinya hanya orang kaya yang akan memiliki bahagia.

Alhamdulillah ala kulli hal

Sunday, January 28, 2024

:::Wiken di Tasik Pedu:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Wiken kalini inciksuami tunaikan janji pada anak-anak
Sejak inciksuami ada boat ni tak pernah lagi dia bawa kami ke 
Tasik Pedu,Kuala Nerang Kedah 
Asyik janji dengan anak-anak nanti ayah bawa
Makanya wiken kalini tertunailah janji
 
Jalan nak ke Tasik Pedu,Kuala Nerang,Kedah

 
Aisy Fatih dah ready 1st time ni round tasik

 
Si Aenida Ezreen minta nak makan nasi lagi 

 
Pemandangan Tasik Pedu 

 
Subhanallah cantik sungguh pemandangan 

Mak mak sangat kan hihi
 
Penambah selera...budu di serata Kedah haha

Posing sebelum Naik boat

Macam biasa sebagai seorang ibu mithali 
Pasninya sibuk sediakan juadah nak bawa ke Tasik Pedu
Sebabnya kat sana tiada gerai jualan atau kedai makan yang kami boleh singgah
Pagi-pagi lagi cikpuaneqin masak untuk bekalan ke sana

Menu teramatlah simple
Nasi putih +Sup ayam +Ikan goreng + 
Singgah kedai runcit kat rumah beli 100plus dan jajan

Lebih kurang jam 9 pagi
Incik suami dah loading engine boat dalam trooper
Loading semua barang-barang dan pakaian untuk dibawa kesana

Jarak rumah kami ke Tasik Pedu lebih kurang 30 minit sahaja
Jam10 pagi kami dah tiba di Tasik pedu.
Mulakan misi, pasang engine boat pada boat yang sememangnya dah ada kat sana
Loading barang dalam boat
Pakaikan anak-anak life jacket
Safety first
Anak kecik-kecik ni mak ayah kena beringat lah
Walaupun bukan laut tidak berombak tapi still dalam Tasik dalam
Cikpuaneqin pun pakai life jacket sebab kita ni sah-sah dah kalau berenang susah nak timbul
hahaha

Hampir 40 minit ronda tasik
Check point pertama incik suami singgah di pondok kawan beliau
Kami singgah makan nasi seterusnya bagi anak-anak mandi manda di gigi tasik
Happy lah kakak Anis dan Kakak Enida
sementara anak-anak mandi dan si kecik tidur
cikpuaneqin solat zohor

Anak-anak dapat mandi memang diorang tak tahu penat ke
Kita yang penat panggil diorang
 Takpe lah anak-anak janji happy 
Exam pun dah habis
Enjoy before masuk next school session...

Love as always

Tuesday, January 16, 2024

:::Happy working:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hoa

Happy working on Tuesday!!




Semoga dipermudahkan segala urusan..
Semoga anak-anak kita yang sedang menghadapi ujian UASA & UPKK diberi ketenangan hati dan kecerdasan minda.
Debar hati ini usah diceritakan.
Pegang kuat-kuat ayat ini.
Anak kita anugerah dariNya
Apa pun keputusan yang keluar nanti mereka tetap no 1 dihati kita.

Love as always

Wednesday, January 10, 2024

:::Asam Pedas tanpa daun kesum:::

Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Menu kami sekeluarga untuk harini❤️

Nasi Putih + 
Asam Pedas  tanpa daun kesum + 
Masak lemak udang + kubis dan carrot + 
Ayam Goreng kunyit


Asam pedas ni favourite kakak Anis, jadi kita masakkan juga walau tak cukup bahan.
Apa ada kat rumah je kita masak. 
Asam pedas cara kita : 
Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan
Ketuk serai
Masukkan air asam jawa
Masukkan air hingga mendidih
Last masukkan ikan dan bunga kantan

Setiap pagi memang cikpuaneqin akan masak lauk heavy sebab anak-anak akan bawa bekal ke sekolah dan inilah jugak yang kami makan untuk dinner. Nak masak time balik kerja tak daya dah sebab ada sikecik yang suka sibuk kat dapur nak tolong cikpuaneqin masak,

Anak minta bawa bekal tahun baru ni, katanya pengusaha kantin yang baru kat sekolah diorang masak tak sedap. Ramai murid-murid bawa bekal.
Even nasi telur kicap pun diorang nak bawa dari rumah je, sebab taknak makan kat kantin.

kesian pula kat anak-anak...
Selagi ada kudrat, masak lah kita..ehee:)

Love as always

:::Suprise bot lagi ke ni?:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Ingat lagi tak pasal entry suprise anniversary ni

Harini dia buat kerja ni lagi
Cuma dah bagitahu awal-awal

Kata inciksuami dia nak pergi Tasik Beris, Sik, Kedah

Ambil bot lagi untuk letak kat Tasik Pedu, Kuala Nerang, Kedah

Pic: Time ni boat baru sampai depan rumah dalam proses nak turunkan boat

Pic: Penduduk sekitar dah tunggu depan rumah, masing-masing nak tolong turunkan boat dari loader tu
Jam 11 malam
Inciksuami ketuk pintu rumah
Bot dah landing depan rumah
meriah betul, dah ramai yang tunggu depan rumah tu
Masing-masing nak tolong angkat bot

Bot tu kena parking depan rumah dulu
Nak service enjin dan cat bagai
Bot second hand kan
Kena la manjakan dulu

Lepasni kalau ada yang nak join

 Group memancing
Group round Tasik Pedu
Group ronda melihat keindahan Tasik Pedu
Group gantung hammock
boleh roger tau

Pic: Boat pertama dan kedua

1st boat : 09/12/2023
2nd boat :10/01/2024

Lots of love



Monday, January 8, 2024

:::Sanah Helwah BFF:::

 Assalamualaikum
Da Jia Hoa

Sanah Helwah Nur Akmarini๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’› 




Ya Allah,
jadikan wanita ini kuat, tabah dan redha dalam perjalanan hidupnya
hanya aku yang mengetahui jatuh bangun wanita ini
Tiada daya kami untuk menolak takdirMu

Nur Akmarini aku menyayangimu dunia & akhirat
Semoga pekerjaanmu mendidik anak bangsa kita dipandang oleh Allah swt 
Semoga hidupmu diberkati olehNya.

Love as always

Saturday, January 6, 2024

:::Rasmi Jentera Baru:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ๐Ÿฅฐ

Sempena merasmikan Jentera Baru(Boat)

Inciksuami n the geng pergi Tasik Pedu 
Awalnya plan nak pergi dengan anak isteri
Tetapi memandangkan cikpuaneqin tak ready mental dan fizikal.
 Khamis pun Masih berkerja


Kita minta dia jelah yang pergi dengan kawan² dia..Jadi geng bujang lah kejap sebab yang pergi tu semua lelaki..
Bekal makanan pun diorang sediakan sendiri..
Masing² bawa sendiri untuk diorang staynight kat sana
Ada yang bawa nasi dan sardin
Ada yang bawa kari ayam dan telur dadar
Ada yang bawa dapur portable dan pekasam
Pic: Tengah loading barang dalam trooper
Penuh kelengkapan dalam tu
Bila tengok barang dah siap semua tetiba teringin nak pergi..tapi tak boleh pergi sebab diorang da plan dengan geng!!

Nak plan bercuti dengan anak2 ni bukan senang..
Lagi² nak kena prepare barang² dan makanan sebab kalau pergi Tasik Pedu tentulah kena tidur kat dangau dalam tasik
Life jacket pun belum ada..
Safety first.!!bawa anak2 itu yang paling penting 


Terima gambar dari Inciksuami
Sedang menikmati Kopi dengan kicauan burung tepi tasik
Kita pula menikmati Nescafe dengan suara anak menangis kat rumah. Hihahaha

Takpe,Kasi can Bos rehat dengan kawan2 dia
Ada rezeki Kita dapat merasa ikan fresh๐Ÿ˜

Untuk kalini ikan tak banyak tapi ada lepas la buat lauk seminggu.hihi..

P/s:Ikan sebarau selain bakar dan goreng..masak apa lagi yang sedap yer??

Monday, January 1, 2024

:::Burger Homemade:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao ๐Ÿ’—๐Ÿ’•

Scroll2 TT keluar resepi
Prosperity Burger By Khairul Aming๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ
Saja la tunjuk pada Kakak Anis
Terus pujuk suruh mama beli bahan2 nak buat Prosperity Burger by KA
pic: Nampak juicy kan burger KA ni..mengancamm betholl

Petang semalam mama balik kerja singgah KCeria
Beli bahan nak buat burger jelah sebab banyak bahan tak lengkap 
Makanya, minum petang kami petang semalam adalah

 
Pic: Burger daging by mama...
anak2 suka je, sorang tak nak sos, sorang nak mayonis aje, sorang nak sayur lebih

Burger Daging by Mama + Wedges +Teh O panas
Rasa macam jimat pulak
Beli burger yang dah siap lebih kurang RM5 sebiji
Kalau makan anak beranak macamni elok la beli dan buat sendiri
sesekali lepas teringin suka hati nak adjust ikut citarasa 

Prinsip kita : Happy wife, happy family.
Bahagia cara kita

Love as always