Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Monthly Progress. Show all posts
Showing posts with label Monthly Progress. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Hafiy Al Zikry | 18 Months

How time flies...

 0 month
Born on 17 Mar 2012, 3.17kg

1 month

 2 months

3 months
Turning

4 months

5 months
First teeth, move backward and forward

6 months

7 months
4 teeth, first solid food

8 months
8 teeth, sit on his own
 
9 months
Crawling

10 months

11 months

 12 months
Chicken pox

13 months
Prolong fever, warded, walking

14 months


 15 months

16 months
16 teeth

17 months

18 months
:)

Besar dah dia...

So Tata.

Monday, July 23, 2012

Hafiy Al Zikry 4 Months Old

Lambat update lagi huehuehue

*************

Bulan ni tak ada checkup pown. aku siap call klinik kesihatan tu lagi tanya betul ke tak payah datang untuk 4 months checkup sebab kawan aku yang anaknya sebaya Hafiy ni kena pulak. tapi nurse kata kalo dah betul nurse masa last checkup kata tak perlu, so tak apa. sebab bulan ni tak ada cucuk pown.

So Ibu jadi nurse di rumah, timbang guna penimbang dekat rumah (digital. lagi canggih dari klinik punya herherher). tapi nak timbang dia sorang2 memang ler susah. bukan macam kita boleh duduk diam. so guna jalan lain. mulanya aku naik, tengok berapa kilo, lepas tu dukung Hafiy, tengok berapa kilo. lepas tu tolak, dapatlah jumlahnya hehehe. n now berat dia adalah 7.0kg.

4 months old's progress:
  1. Meniarap. dah makin mahir. pusing ke kanan lebih terror berbanding kiri. sekali pusing selalunya dah berjaya. tapi kadang2 tangan masih jugak tersepit kalau tak kena cara pusingnya. kadang2 dah boleh gerak sikit2 ke depan n kadang2 dah berjaya pusing2 ronda2 kawasan hehehe. kepala pown dah boleh dongak tinggi.
  2. Mandi. dah boleh mandi dengan air sejuk yeayyy! senang keje ibu hehehe. mula2 dulu menangis jugak, tapi aku ajarkan slow2. n sekarang dah tak nangis lagi dah, cuma tangan kaki badan sume keras hahaha. dulu mandi dalam bath tub, sekarang mandi sinki saje sebabnya Ibu dia malas nak sedia air hahahaha.
  3. Menyusu. masyaAllah kuatnya mengempeng sekarang! cepat jer diapers penuh tau. prefer menyusu sambil baring. n janganlah ada yang menyembang tepi telinga dia time dia menyusu. dia akan ketip cik N aku, tarik ke tepi, tengok orang yang tengah bersembang tu. sakit okayyyy.
  4. Tido. tak boleh ada gangguan, tak boleh ada bunyi bising langsung. kadang2 bunyi aku on off suis plug pown dia boleh terjaga. n paling haru bunyi aku tutup ketip bra pown mata dia boleh celik balik T___T. so selalunya even siang pown, aku akan tidokan dia dalam bilik. lepas dia lena, turun katil slow2 baru tutup bra hahahaha censored gila bunyiknya :D
  5. Nak kita ada depan dia 24/7. tinggal kejap uwaaaaa. tinggal kejap uwekkkkkk. haiyoooo memang susah mau buat keje sekarang kalau Abi dia tak ada or kalo dia tak tido.
  6. Mula berjinak2 untuk merampas barang yang ada di tangan kita especially henpon. kalo tak bagi mengamuk macam sakit kena lempang hahaha.
  7. Tak berapa suka baring dah. nak duduk atau berdiri sahaja most of the time.
  8. Dah pandai untuk cuba keluar dari bouncer!
  9. Mula menyembur T__T


Kita dah besha!!!

So Tata.

Friday, June 29, 2012

Hafiy Al Zikry 3 Months Old

Anak dah nak masuk 4 bulan, baru nak update. lambat nau :D

Just a simple update.

Berat: 6.1kg
Panjang: 66cm
Yang lain lupa, malas nak tengok buku hehehe

Lepas timbang sume, jumpa nurse.

N: Anak sihat?
A: Sihat
N: Susu apa?
A: Susu badan
N: Campur?
A: Tak
N: Ok next appointment 14/8
A: Eh 4 bulan tak payah datang ke?
N: Tak payah. ok lepas ni pegi cucuk

Tu jer? berejam tunggu tapi tu jer yang nak ditanya? aku tengok orang lain siap cek pasal bunyi la, ransangan anak la. apesal aku tak ada? malas ke or memang dekat KK s19 ni macam ni jer? dalam buku sume dia tick tapi takde langsung tanya pasal tu. apa punya checkup la.

So progress Hafiy setakat 3 bulan ni:
  1. Dah boleh meniarap sendiri yeayyy! tapi pemalas hehehe. 2,3 hari ada la sekali dia rajin. tu pown setelah berhempas pulas. paling suka meniarap time mengamuk. ada 1 malam tu, mengamuk sakan, sekali dia pusing terus berjaya. aku telentangkan dia balik, dia pusing lagi sekali. laju giler. kalo tak susah benau nak berjaya. lain kali biar dia mengamuk lama2 la nampaknya hahahaha.
  2. Kurang bersembang. tapiiiiiiii bab gelak tersengih tersenyum dia no 1. aku tengok, dia senyum. aku jeling, dia sengih. aku marah, dia mengekek-ngekek. ingat aku agah dia la tu. tengok la nanti bila dah pandai bezakan marah ke agah. kita tengok dia meraung tak meraung huahuahua.
  3. Suara dia bila gelak lebih kuat dari menangis. menangis manja2 jer. tapi bila dah lama sangat dia hek hek hek orang tak peduli pandai pulak menjerit sambil mengeluh hehehe.
  4. Tersangat suka hisap tangan. now dah pandai masuk jari jer. tapi selalu nak termuntah sendiri sebab jolok jari sampai anak tekak hahaha.
  5. Sangat susah nak dimandikan. sebab dah tak senang duduk. menggeliat sana menggeliat sini. dah lah makin berat. dengan licin sabun lagi. pastu sebokkkkkkkkkkkk jer nak masuk tangan dalam mulut. aku tarik dia masuk balik. aku tarik dia masuk. aku tarik dia masuk. memang dia tau dia dah ada tangan nampaknya. yang paling risau kalau sabun masuk mulut. jadi sekarang waktu mandi adalah sangat sekejap sebab susah nak handle.
  6. Dah boleh capai barang. kalau dulu kena letak barang bagi sentuh tangan dia baru dia bukak jari n pegang. now letak jer dekat2 depan muka dia, dia tenung, pastu gerak tangan, n ambik. kadang2 susah jugak. tapi dah ada perkembangan positif di situ. gud job anak ibu! tapi bila barang terlepas dari tangan mula la meraung mintak tolong hahahaha.
  7. Untuk tidokan dia malam2 adalah makan masa sangat lama. 40-60 minutes adalah biasa. selalu lah maknya yang terlena dulu.
  8. Dah mula merelakan diri bila dipakaikan topi :P
  9. Paling leka bila main dengan kain napkin. jimat duit beli mainan hahaha.


Simple ke update ni? hehehe.

So Tata.

Wednesday, May 16, 2012

Hafiy Al Zikry 2 Months Old

At 2 months old, he is now 5.5kg!

Latest position bila tido. lena betul

Kali ni kena jab nangis kejap jer. nasib baik hohoho

Progress Hafiy setakat ini:
  1. Dah pandai gelak2 <--obviously. kalo tengah tido lagi aktif gelaknya. sampai mengekek2. heran
  2. Dah mula mengiring sendiri sikit2
  3. Dah mula suka hisap tangan. nak masuk jari dalam mulut tak berapa nak berjaya. so hisap seketul tangan macam tu jer
  4. Waktu tido dia adalah 12 malam hingga 10 pagi (suka bangun lambat macam mak dia jugak hahaha). kerap bangun malam untuk menyusu. minum sikit2 jer tapi kerap. suka bergayut
  5. Sangat suka mandi. lagi lama kita rendam dalam bath tub tu, lagi tersengih2 la dia. tapi jangan la kasi mandi dengan air sejuk. sentuh sikit jer kulit, meraung terus hahahaha
  6. Dah pandai nak tido berdodoi hadoiii
  7. Tak suka pakai topi atau apa2 saja benda yang diletak di kepala. bila terasa jer ada something kat kepala dia, dia akan menggeleng2 ke kiri kanan, terkenyit2 mata, menggeliat sepenuh tenaga selagi tak 'free'kan kepala dia. nasib baik awak tu lelaki nak ooiii
  8. Paling suka bila kita bukak seluar dia. kalo tengah nangis boleh diam
  9. Sekarang dah berak 2 hari sekali. sebelum ni 3 hari sekali baru berak. ok pasal berak pown nak cerita ke hahaha
  10. Tido sekejap2 jer. hari tu tinggalkan dengan Mak Tok nya, tak boleh buat keje lah Mak Tok dibuatnya hahaha
  11. Lebih lena bila ditidokan mengiring sebab even dia terkejut terangkat2 tangan pown, dia akan terlena balik dengan sendirinya (most of the time lah. bukan lah setiap masa macam tu)
  12. Bila keluar, most of the time dah siap bawak EBM. tapi even baru lepas minum botol, bila aku ambik turn pegang dia, mesti mencari2 jugak. anak ohhh anak
Kita dah 2 bulan dah!

P/s: Selamat Hari Lahir buat Opah kita yang ke 54 tahun, 16 May :)

So Tata.

Thursday, April 19, 2012

Hafiy Al Zikry 1 Month Old

Hari ni dah 34 days. lagi 10 days nak abes pantang <--- alah bajet berpantang sangat leteewwww

Our little baby dah selamat kena jab for 2nd dos Hepatitis B. meraung sampai tak keluar suara ok. memang aku nak salahkan nurse tu sebab kasar nak mati. sebab nak kejar masa punya pasal (dah almost nak abes office hour) dia punya cucuk tu punya lah kuat. main tekan jer dekat peha budak. dah lah dia kecik lagi, jarum tu plak dia main jolok macam tu jer. berdarah banyak hokey! nak menitik air mata maknya sob sob sob.

Dengan anak tak puas menyusu lagi masa tu. mak sedih hokey! patutlah mak ayah aku dulu tak bagi kami kena inject. now i know.

Dah lah malas nak ingat. sakit hati.

Tengok gambar Hafiy lagi tenang hati ini hohoho.


Ok tau maknya yang interprem lebih2 herherher.

Hafiy Al Zikry 0 day old
Berat: 3.17kg
Tinggi: 53cm
Ukur lilit kepala: 32cm

Hafiy Al Zikry 1 month old
Berat: 4.1kg <-- ok dah naik 1kg rupanya. patutlah lenguh lain macam bila dukung dia sekarang
Tinggi: 54cm <-- eh 1cm jer bertambah?
Ukur lilit kepala: 35cm <-- cepatnya besar kepala nak ooii hohoho

Kerut dahi. kembang2 hidung. hobi dia.

Maknya dah turun 13kg uollssss :D

So Tata.