NuffnangX

Showing posts with label ...sarapan.... Show all posts
Showing posts with label ...sarapan.... Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Sarapan Untuk Hari Minggu

bila bangun pagi
tengok di tepi singki, mak sudah siap rendam bee hun
jadi apa lagi tugas seorang anak
kena la masakkan
takkan la mak sudah keluarkan nak jugak mak masakkan
memang melampau la perangai anak yang macam tu kan



jadi la aku masak bee hun tomyam
Lini cakap nie 1st time dia makan bee hun tomyam
aku 1st time makan beehun tomyam nie pun semasa di Sijangkang
kakak ipar yang masak, bila sedap apa lagi pasti la menanya resipikan
memang lumrah perangai perempuan
bila sedap pasti menanya resipi

Bahan-Bahan :

Beehun yang siap telah di rendam
pelbagai jenis seefood - ayam ker, udang ker, sotong ker..
sayur - carrot ker, putik jagung ker
daun limau purut dalam 4 helai
3 batang serai yang telah di titik
bawang putih, bawang kecil - di tumbuk

Cara Memasaknya :

tumis bawang hingga naik bau
masukkan ayam, udang atau sotong
masukkan serai dan daun limau purut
masukkan sayur
masukkan sedikit air
masukkan garam, lada sulah, pak aji
masukkan beehun
siap untuk di hidang



memandangkan hari sabtu mak masak lauk kari ayam


sayang request dari aku untuk buat cekodok


sebab nak cicah dengan kuah kari ayam


memang sedap


puas hati dapat buat sarapan sendiri sambil suami dan anak-anak makan bersama

Thursday, October 20, 2011

Selamat Pagi Semua ~ Sarapan Apa Pagi Nie

pagi nie korang sarapan apa
makan di kedai mamak atau bawak bekal dari rumah
aku pagi nie bawak bekal jea
tengok mak dah masak nasi goreng
apa lagi cepat jea ambil bekal nak tapau bawak ke opis

nasi goreng mak adalah terbaikkkkkkkkkkkkkkk punya
nasi goreng telor cili api perghhhhh memang menangkap leleh la bila makan eheh

jemput makan yea kawan-kawan :D

Thursday, October 6, 2011

Super Power

selamat Pagi semua
pagi nie korang sarapan minum apa
biasanya setiap pagi minuman yang selalu aku ambil
ialah milo panas jea - beli paket yang 3 in 1
mudah sahaja potong dan tuang ke dalam mug
dan isi air panas - minum sambil buat kerja
memandangkan peket milo aku sudah habis
jadi sebelum pergi kerja pagi tadi
aku kebas 1 peket super power mak aku
hehehehehhe jadi malam nie bertenaga la hahahahaha
super..super power....sambil kejar mengejar suami isteri keliling rumah
malam nie malam apa
malam jumaat
malam jumaat buat apa teman-teman :p
hah pikir kuning la tu
baca surah yasin yea teman teman eheh

Wednesday, September 21, 2011

Makan-Makan Lagi

pagi nie kami bahagian finance dept dengan rajinnya
membawa bekalan makanan untuk menjamu perut masing-masing
terutamanya untuk finance dept
semalam la aku dan syikin bincang nak bawak makanan
jadi pagi nie semua hidangan terhidang untuk di jamu selera



duduk di finance dept nie aku rasa memang tak boleh nak mendietkan diri

kerjanya asyik makan jea heheheheh

syikin bawak rendang ayam dan rendang kerang - memang sedap

aku - kuah kacang dan kek choc kukus

sabri - nasi impit (memang tak percaya sabri masakkan hehehehehe)

memang sarapan pagi dah berat - kalori tinggi tu

tapi tetap makan gak walaupun tahu kalori tinggi hehehehhe

syikin merajinkan diri memotong nasi himpit
hari nie kebetulan lagi pagi baju blue colour




k.nana ingat kami cakap main-main semalam


jadi sudah terbawak bekal nasi


jadi makanan kami jadi penambah lauk untuk bekal yang di bawak k.nana


bersama dengan kak viji


menanti giliran untuk ambil santapan


rasanya lepas nie nak beli pinggan plastik dan sudu plastik la


sebab finance dept nie rajin membawa makanan dan menjamu member opis


jadi memang sesuai di letakkan bekas makanan tu di pantry
jadi makan-makan nie ikut kerajinan aku dan syikin la kalau nak memasak lagi

Wednesday, June 29, 2011

Sarapan Pagi Di Mamak Restaurant


sarapan pagi kegemaran orang Malaysia
Roti Canai dan Teh Tarik
tapi aku tak minum teh tarik
aku lebih preferred minum air barli
sejuk jea badan


roti canai telor
cicah dengan kuah dal



kerongsang yang aku dapat semalam
hari nie dah try
macam mana cantik tak :D


Kak Nana dan Syikin


pagi nie hujan lebat kan
dalam opis nie sejuk menggila

Tuesday, May 11, 2010

Sarapan yang Sempoi Untuk Umairah

dalam tak larat tu
aku gagahkan diri jugak untuk membuat sarapan
sarapan untuk siapa
sudah semestinya untuk anak kesayangan aku nie - Umairah
ialah yang tak sihat aku kan
jadi jangan la babitkan anak dalam aku tak larat nie kan
jadi dalam kepala tengah pening
tekak yang tengah memual
gagahkan kaki untuk melangkah kaki ke dapur jugak
untuk anak kan..



buat scramble egg
dengan baked bean di campur dengan sosej yg telah di potong kecik-kecik
umairah mmg suka mkn sosej
fov dia tu



letak jea atas meja
terus jea tunjuk perut
emmmm lapar la tu
cian anak ibu



aku cuma temankan umairah makan sahaja
tak lalu aku nak makan
tekak rasa mual sangat-sangat



rambut umairah semakin panjang
dan semakin nampak krintingnya
dah jadi macam rambut rambut Tuan Hakim plak
hehehehhehe


Selamat Hari Ibu
kepada semuanya yang menjadi Ibu
terumatanya kepada mak aku tersayang
dan mak mertua yang disayangi
semoga Allah sentiasa melindungi orang-orang yang aku sayangi


Friday, November 6, 2009

SaRaPan SaYaNg Yg SeMpOi

pagi tadi sayang buat sarapan untuk kami 2 beranak
hehehehehe sayang nak tunjuk skill kat anak perempuan dia la tu
sarapan yg sempoi tapi bila mkn memang sedap gila


bahan-bahan yg perlu ader adalah :


roti..



butter..


cheese Slices
kami guna cheesedale jea


pastu letak butter dlm pan..kelau ker..ape2 jea la yg boleh
tak melekat pd roti bila nak goreng
pastu letak cheese atas roti
pastu tutup ngan roti lg
senang citer kawen kan ajer la roti tu :D
pastu letak jea atas butter yg dh cair tu
tekan-tekan skit roti tu guna sudip
terbalik-balikkan roti tu
dah nampak garing
terus jea angkat



tadaaaaa dah siap
makan time panas-panas la
memang sedap gila
rasa roti yg garing
bila masuk dalam mulut
memang terasa yg roti tu di salut ngan butter
kunyah plak terasa cheese dlm mulut
cair di mulut la :D



sedap hingga menjilat jari
hehehehehehe


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


sementara sayang buat roti cheese tu
aku plak buat agenda bento untuk umairah
bak kata leeya dah sedekad aku tak buat bento dah
hehehehehehe susah la skang nie nak spend masa kat dapur time waktu pagi
ialah nak uruskan si kecik nie kan


jadi pagi tadi aku buat bento simple ajer utk umairah
bawak pergi ke rumah bbysitter dia la kan


tadaaaa roti roll

letak hiasan sosej jadi sotong
pastu susun buah anggur tepi roti roll
konon-konon macam dalam laut la tu
buah anggur tu nampak macam karang batu la
hehhehehehehehe
aku tahu mesti ader yg gelakkan
ibu yg tah aper-aper nie kan



bg closed up skit roti roll nie
umairah mmg suka ngan roti roll nie
cuma untuk umairah aku akan buatkan sosej tu potong 2
bahayakan bg budak mkn sosej sebijik mcm tu
sebab dah ader kes bdk kecik mati tercekik mkn sosej
kena pantau selalu


tadaaaa sarapan kami bertiga yg simple :D

Thursday, November 5, 2009

SaRaPaN 1MaLaYsiA


naper tajuk entry sarapan 1Malaysia
sebab aku rasa makanan seharian
terutamanya sarapan pagi
tak kira la Melayu, Cina, India @ kaum minoriti
yang lain..
pasti gemarkan roti canaikan
baru makan semalam than pagi nie rasa macam nak makan jea lagi roti canai nie
saper jea yang tak suka makan roti canai memang satu kerugian la
biasanya kalau aku order confirm punya la 2 keping
roti ca nai telor ngan roti canai kosong
pastu suka mkn roti sardin
memang marvelouseeee la kalau dapat mkn


tapikan sarapan 1Malaysia
bukan sajer roti canai jea
nasi lemak pun semua orang suka
pelbagai jenis lauk pauk boleh di makan ngan nasi lemak
aku lebih suka mkn nasi lemak ngan sambal paru
memang abis la dalam sekelip mata ajer
tak toleh kiri kanan lagi la
licin pinggan :D


skang nie nasi lemak bukan hanya makan time waktu pagi ajer
tapi boleh di makan bila-bila masa ketika tekak kita mahukan
kalau aku nak makan nasi lemak time malam
pilihan aku adalah nasi lemak kukus ngan ayam goreng berempah
perghhhh mmg rasa heaven la
skang nie restaurant pun dah bercambah-cambah macam cendawan
yang jual nasi lemak
kopitiam pun dah jual nasi lemak untuk diletakkan dalam menu restaurant mereka
memang laku la
tapi yang paling penting mesti la kena rasa sedapkan
kalau tak sedap memang sekali ajer la orang masuk restaurant tu


emmmmm hah aper lagi sarapan 1Malaysia erk
aku suka gak makan tosai
sedapppp wooo
tapi aku suka mkn kat kedai mamak yang jadi pilihan aku ajer
tak semua kedai mamak aku terjah la kan
tengok-tengok gak la kan


hah sarapan aper yang korang mkn pagi nie
sarapan 1Malaysia gak ker :D

cuba gak pikir-pikir
aper yang nak agungkan sangat 1Malaysia nie
opsss

Thursday, July 16, 2009

SaRaPaN Di ManEr...SaRaPaN Di SiNi...

pagi tadi aku ader keja kat PJ
abis semua keja tgk jam baru kol 10 lebih
perut mcm dh keroncong sbb tak sarapan lagi
nak lunch mcm awal la lagi
ingat nak sarap mknan yg sempoi jea


jd n d way blk opis
aku ajak ira mkn kat Subang Perdana
jd kami sarapan kat
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kat sini jea

kat maner murid-murid
"D
OLD TOWN
WHITE COFFEE
selalu dtg ke subang perdana
tak pernah singgah pun
jd kali nie kami sarapan kat sini jea



suka tenguk
senarai menu dia
mmg cantik n tersusun jea
nak pilih makanan pun senang
aku suka tgk menu yg mmg ader gambo sekali
ialah sng nak pilih berdasarkan gambo yg
nampak menarik kan
klu tgk menu yg ader tulisan jea
bosan aku tgk
sbb tak tau nak pilih aper kan
senang citer terus tanyer kat waiter maner yg sedap
tu perangai aku la



budak ira nie
ikut jea aku ajak pergi maner
ajak pergi shopping dia ikut
ajak ponteng keja pun dia ikut
hehehehehe jahat tak aku :D



aku rasa bila aku pakai tudung selendang
aku rasa muka aku mcm buah pear jea
mcm besar n tembam sgt222 la
geram jea aku tgk gambo nie



biasa la minuman mesti smp dulu kan
aku ~ white coffee
ira ~ hazelnut white coffee
pergghhh mmg sedap
tapi manis sgt la
hari2 minum kat sini
confirm kena kencing manis



nie menu ira
mmg tekak melayu la minah sorang nie
dia order curry mee
kuah dia perghhhh mmg sedap
aku asyik hirup kuah dia jea
mee aku tak mkn la



nie plak menu aku ~ western platter
chewahhh nak jd omputih la plak
tapi mkn tak abis
dlm hati aku ckp
buat sendiri kat umah pun blh
gatal hati nak mkn jugak



nie plak aku order gak
gatal gak nak order
bukan mkn pun ~ butter toast
jd aku suruh tapaukan
sampai opis aku bagi kat helen
tak larat aku nak mkn


aku kenyang sampai tekak aku rasa
cam kembang semacam jea


pasnie kopitiam maner plak aku nak try...
korang ader cadangan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha