NuffnangX

Showing posts with label ...lunch.... Show all posts
Showing posts with label ...lunch.... Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Lunch Di Restaurant Rasa Lelagi

lunch tadi keluar lambat sedikit dari biasa
sebab kena tunggu minah syikin last minute menyiapkan
slip untuk bank in cheque
jadi pukol 1 lebih jugak baru gerak dari ofis
sebelum makan kena singgah dulu HLBB untuk bank in cheque
lepas siapkan kerja baru nak mamam
memandangkan dekat sahaja area BRP
pilihan mudah makan sajer di Restauran Rasa Lelagi
sebab berdekatan dengan HLBB


santapan hari ini ialah nasi ayam
sup dia memang sedap
biasanya kalau makan di kedai biasa
sup dia tawar gila dan jernih jea warna sup diakan
tapi di sini dia bagi sup daging memang sedap
syikin pasti akan minta xtra satu lagi bowl
sebab satu bowl memang minah nie tak cukup eheh
harga nasi ayam nie RM5.80 - korang rasa ok ker harga dia




hari nie pun i look purple uuuuu


tak tahu apa motip letak tangan di pipi eheh





syikin dating dengan hubby dia


aku tumpang sekaki jea


ingat nak cari meja lain tapi syikin tak kasi join jea sekali


eheh..kesimpulannya nasi ayam di sini memang sedap

Wednesday, November 16, 2011

Adakah Kerna Lunch Tadi Membuatkan Perut Aku Memulas-mulas Kini

pagi tadi memang tak ambil sarapan
cuma minum nescafe - lepas minum terus sakit kepala
tu la sudah tahu tak boleh minum nescafe tapi degil minum jugak
ambil la ubatnya

lunch plak lunch sekali dengan kak nana
kami makan di restaurant Rasa Lelagi di BRP
makanan di sini memang sedap dan ok
cuma bila bil sampai memang akan gigit jari - mahal sangat


muka aku yang ceria ketika belum lagi terasa sakit perut
hari nie aku look purple eheh



apa yang aku makan..nasi separuh..ayam masak yogurt cili api..sayur paku pakis..

bersama limau ice - RM7.60

sayur skit jea

ayam pun ambil yang kecik jea

nasi ayam di sini berharga RM5.80 - mahal tak uhukuhukuhk


aku rasa aku sakit perut mungkin sebab aku ambil cili api nie kot

ialah perut tengah kosong pastu makan plak yang pedas-pedas

jadi ambik ubatnya


hari nie Finance Dept rasa sunyi jea

hanya kedengaran suara dari handphone jea

Kak Viji - MC

Syikin - On Leave

Anna - EL

GM plak lepas lunch dah kena meeting ke WHL

jadi tinggal 3 kerat jea di dept nie

sunyi beb


lunch tadi korang makan apa....

Tuesday, November 15, 2011

Lunch Di Mc'd

lunch tadi kami bertiga makan di mc'd
baru jea cakap jangan la ajak makan di mc'd
tapi tetiba k.nana ajak temankan dia makan di mc'd
sebab nak isi minyak (mc'd nie bersebelahan dengan Petronas)
jadi follow jea la kak nana makan di mc'd
emmmm memang la muka kami nie di chop dengan mc'd
selalu sangat makan di mc'd nie
korang sudah makan set terbaru mc'd iaitu classic mc'deluxe (kalau tak silap)
dah try minggu lepas
ok la tapi aku lagi suka chicken mc'deluxe yang biasa tu
lagi best
nugget yang terbaru tu pun sedap tapi tu la kecik-kecik sangat la
tak puas makan

esok keseorangan sebab syikin on leave esok huhuhuhu
hari nie pesta buih kami di tingkat atas
sebab GM dan Anna tiada meeting di WHL
tapi walaupun bos tiada kerja tetap kena buat jugak
pekerja berhemat la katakan eheh :p

Monday, October 31, 2011

Restaurant yang aku Pangkah Di Kuang Nie..

lunch kali nie bukan berdua tapi bertiga
ingat nak makan di attap cafe tapi cancell
sebab bila sampai jea di cafe tu, tutup la plak
jadi sudah ada area situ, kami makan di Az-Zahrah Bistro jea
memandangkan aku tak pernah makan lagi di sini
ok la try jea la makan di situ time lunch tadi
masuk ke dalam memang takder orang
jadi mesti kalau order cepat jea sampai kan
tapi sudah 1/2 jam di situ memang tak kunjung tiba makanan kami
aku dah buat muka seposen di situ - geram beb
aku dah la lapar, pagi tak sarapan

lepas 1/2jam baru la makanan sampai
ok la tapi bila masuk jea ke dalam tekak - hampeh
aku punya nai goreng lagi la rasa hanyir
yarkkkk memang tak boleh nak telan
makan baper suap jea terus tolak ke tepi pinggan ke tepi


aku order nasi goreng sotong dan ice limau - RM5.70
tak sedap langsung - memang aku takkan masuk lagi la ke restaurant nie lagi
patut la selalu nampak takder orang jea restaurant tu
harap deco jea cantik tapi makanan yang di serve hampeh jea



syikin order - nasi putih dan telor bistik - RM5.00
tapi kelakar telor bistik dia
selalu yang aku makan bahan-bahannya semuanya dalam telor buskuskan
tapi yang nie lain plak..bawahnya telor dan semua bahan-bahannya atas telor tu
rasa entah kurengggggggggg



khair plak order nasi goreng daging masak merah - RM7.00

tapi lepas tu brother tu cakap daging tak sampai lagi

terus minta tukar kepada ayam masak merah

sama kes jugak dengan aku, tak sedp langsung

khair cuma ratah lauk sahaja nasi plak beberapa suap jea masuk ke mulut

apa la macam mana la customers nak datang kalau makanan yang di jual tak sedap langsung



jadi perut aku emmang lapar gila la

tengah mengomel-ngomel tu

terdengar yang suami syikin nak datang ke opis

syikin kenen-kenen la kat husband dia bawak goreng pisang

terus aku ehem ehem bawak burger

syikin apa lagi terus la minta mc'd hahahahaha

jadi dapat la makan mc'chicken lepas waktu lunch tadi

thanks saiful belanja mc'd

lain kali belanja lagi yea hehehehehehhee

Friday, October 28, 2011

Tercapai Hajat Aku Di Waktu Luch Tadi

Alhamdulillah 28hb adalah hari yang di tunggu
biasalah makan gaji pasti la tunggu gaki masuk ke bank kan
happy happy bila gaji sudah masuk
tapi tak happy plak bila memikirkan akan keluar duit untuk bayar
monthly fixed expenses - tak berhutang takder la aset kan
seperti yang diketahui umum - ayat poyos :p
hari selasa yang lepas ketika window shopping
aku terbekenan kemeja polkadot
nak beli tapi dah terbeli kemeja warna lain
takkan la nak beli 2 pasang sekalikan, time tu gaji belum lagi
ada benda lain yang nak pakai duit dulu - jadi tangguhkan dahulu hasrat nak
sambar kemeja tersebut
jadi seperti dijanjikan setelah dapat gaji
terus la beli kemeja tersebut, hari nie menshoppingkan diri eheh
dapat la beli untuk diri sendiri kemeja sehelai
masuk ke dalam the store ada sales 70%
kelabu mata tengok baju budak-budak
terus ter'rembat' baju tidor sehelai untuk umar dan umairah
6 helai seluar tidor untuk umar dan umairah
dan 2 helai baju untuk jalan-jalan nanti
cian tak belikan apa-apa pun untuk babahkan....





cantik tak baju kemeja polkadot nie

aku pilih polkadot dia warna purple

rasanya sejak dua menjak aku macam ter'suka plak warna purple nie

sudah kasih sudah beralih ker...


memandangkan aktiviti waktu lunch adalah shopping

jadi memang tak ingat nak makan

bila jarum jam sudah menunjukkan pukol 2pm baru kelam kabut nak makan apa

terus aku cakap takkan nak makan mc'd lagi - taknak la

ok kita beli tapau kfc jea la - cepat skit

jadi lunch tadi kmi berdua makan burger kfc jea



minah nie pelik jea bila aku cepat makan

ialah 3 kali pusing pandang aku, aku dah dah lap mulut dan tangan

hahahahaha dah siap makan pun



hari nie kami berdua jea di Finance Dept

bos kami Anna - MC

exec kami Sabri dan Kak Viji - memang ambil annual leave

PA bos plak K.Nana - MC

jadi tinggal aku dan syikin jea di 2ne floor nie

tapi masih ada lagi Big Boss - GM dibiliknya

tak boleh la nak pesta buih di atas nie hahahahahhaha


selamat berhujung minggu teman-teman semua

pasti pelbagai aktiviti nak dilakukan bersama keluarga kan...

malam nie nak pergi open house deepavali rumah kak viji :D

Friday, October 21, 2011

Pertambahan Lemak Di Badan Dengan Makan Pizza Terbaru

lunch tadi makan di pizza hut
try resipi yang baru yang ada 7 jenis cheese di dalamnya
ramai jugak orang..rasanya hari nie orang gov sudah gaji kot
sebab ramai jea orang gov yang berpakaian unifform makan di pizza hari nie





pizza hut yang menggemukkan badan

jangan makan banyak yea

topping kami pilih hawaian chicken
sebab kalau takder topping kosong jea
semata-mata rasa chesse jea
tambah topping kena charge RM2.00 lagi
kami pilih set couple RM30.90
tapi aku rasa biasa-biasa jea pizza terbaru nie
suka lagi pizza yang sebelum nie yg ada 3 layer tu



sila abaikan dagu aku yang berlapis tu yea :p

aik gaya kami hari nie sama la


bertopang dagu eheh

Monday, October 17, 2011

Lunch Di Mana... Lunch Di Mc'D Laaa

aku tanya syikin
dia tanya aku semula untuk lunch di mana
bila dia cakap nak makan kat mana
laju jea aku cakap makan kat mulut hahahahahha
ambik ko...seyes la sampai satu tahap
nak makan di mana pun dah tak tahu
macam sudah bosan jea makan di area sg.buloh nie
jam sudah pukol 1.15pm kami still dalam opis lagi
last-last terus jea aku cadang makan di mc'd jea
dekat pun dekat..tak pening kepala nak makan di mana pun


lunch tadi aku makan set medium quarter pounder cheese
sedapppppp


syikin nie memang setia dengan menu ayam nya

ayam..ayam..ayam

dia makan burger mc'chicken pun lepas aku paksa dia makan benda lain

selain ayam di mc'd nie

makan berdua nie biasa la kami berdua

otak blue jea hahahahahahhaha

Friday, October 14, 2011

Dating lunch Bersama Seseorang

hari nie keluar lunch dengan somebody
siap buat appoinment lagi
nie kalau hubby tahu mesti naya jea hahahahahha



pertemuan kami berdua di cafe attap

selalu nak teringin nak try makan di sini

tapi tak tahu kenapa tak singah-singah sehingga hari ini

aku dan si dia akan lunch date bersama

ok la tempat nie sunyi dan orang tidak ramai

jadi taknak orang lain tahu memang tempat perjumpaan yang sedang elok la

hari nie pakai tudung bawal jea
tiada yang nampak special pun
tapi si dia tetap specil di hati eheh


aku makan nasi goreng belacan


si dia nasi goreng USA


nak tahu aku lunch date dengan siapa


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


hehehehehhe dengan syikin la


tapi hari nie minah nie on leave


tapi tu la cuti-cuti pun tetap nak lunch sama ngan aku


minah nie lawa-lawa sebab nak jumpa dengan suami terchinta la


ialah suami duk jauh-jauh nie kalau sekali jumpa


kalah cakar harimau di buatnya hahahahahahha

Monday, October 10, 2011

Korang Pernah Terpikir Nak Naik Motor Pastu Guna Drvie Thru Beli Fastfood

sebenarnya hari nie aku puasa
tapi sebab tak larat sangat nak teruskan
aku berpuasa 1/2 day jea hari nie
tak larat sangat nak bawak kaki yang tengah sakit nie
sebab utama aku nak berbuka puasa sebab nak makan ubat
tahan sakit
malas nak keluar kirim pada sabri jea
ingat nak makan mc'd jea dan kirim untuk belikan burger mc'chicken sahaja
tapi sabri cakap tak boleh nak pergi mc'd sebab dia naik motor
jadi dia malas nak pergi ke mc'd
jadi aku minta dia belikan apa sahaja yang dia makan aku pun sekali
jadi 1 lebih sabri balik beli tapau untuk aku
makan nasi ayam dan beli air cendol sekali untuk aku
wah bestnya sudah lam tak minum air cendol
air cendol tu plak memang mavellos - terbbaikkkkkkkkkk

korang pernah nampak tak orang naik motor
beli di drive thru
aku pernah jea nampak - bagi aku biasanya
yea la sebelum nie mind setting kita cuma tergambar
drive thru untuk kenderaan empat tayar sahaja kan
kalau motor guna macam pelik sahaja


tapikan time aku kerja di mc'd dulu
sebagai crew mc'd, time kerja malam
ader jea bebudak yang buat kacau
ader budak sengal nie order macam biasa jea
bila sampai ke aku yang jadi tukang ambil duit
budak sengal dengan lenggang kangkungnya datang bayar duit makanan
hehehehehe bukannya naik motor ker, naik kereta ker
tapi jalan kaki hahahahahhaha memang menyusahkan diri sendiri
pergi je la kaunterkan - memang sengal budak tu
pastu dah bayar, dia jalan kangkung lagi ambil makanan di kaunter ambil food
heheheheheh aku yang kat belakang nie tergelak tak ingat
memang lawak sangat la

nasi ayam dia sedap la jugak - lembut jea
tapikan ayam dia alahai ciputnya la
nasi ayam nie aku makan separuh sahaja
ialah kata sudah start nak diet kan..kena berjaga-jaga
tentang makan nie..tak tahu la bila nak start untuk stop makan nasi
emmm boleh ker....

Friday, October 7, 2011

Lunch Ada Orang Belanja

lunch hari nie aku tak keluar pun sebab sudah
ada orang belanja finance dept makan kfc
RMS dari KK belanja kami makan KFC
sebenarnya RMS nak belanja Anna, bos kami
jadi nak belanja bos kena la belanja anak buah sekali kan
untung kami nie hehehehhe
jadi lunch tadi makan 2 ketul ayam kfc
RMS beli barrel 15 ketul ayam
dapat la semua finance dept merasa bersama sekali GM pun
turut merasa
sebenarnya ada lagi sorang nak belanja mc'd hari nie
tapi sehingga tika dan saat nie BM dari KL tak datang-datang pun
aikkk mungkir janji ker
tunggu dan lihat sampai ke petang nie la nanti
Alhamdulillah kenyang perut tengahari nie

Friday, September 30, 2011

Lunch Kami Di KFC

lunch tadi makan di kfc dalam the store sg.buloh
sebenarnya boleh jea makan di mana-mana
tapi memang nak ke the store, sebab nak mencari baju
rasanya untuk tahun nie aku memang tak membeli baju t-shirt @pun baju kemeja pun
membeli baju kurung dan tudung selendang sahaja
aku pening kepala nak mencari baju baru sebab nak pergi class takder baju
yang sesuai pun
tu yang tadi mencari jugak baju kemeja - bukan baju kemeja yang nak pergi ke opis tu
baju kameja stail oarang-orang skang nie pakai
jenis longgar dan berbunga-bunga kecil
nanti la aku snap gambar bila pakai yea :p
lepas beli baju terus syikin ajak makan di kfc jea
sebab mudah dan cepat


ambil luch snack plate
licin aku mengkendarah :D

syikin sama jea set dengan aku
cuma tambahan ice cream jea
sedap gak perisa oreo
yummy
tapi perasan tak kalau kfc ayam spicy dia tak spicy pun kan
aku lebih suka mc'd ayam spicy dia mmg kaw kaw pedasnya
korang punya pilihan.....

Wednesday, September 28, 2011

Lunch Di RichMan Cafe

terpikir-pikir di mana nak lunch hari nie
time nak keluar tu terus anna ajak kami lunch sama
terkejut jugak bila anna ajak kami keluar lunch sama
sebab anna tak pernah try makan lagi di richman cafe nie
memandangkan kami dah try di situ, tu yang ajak anna kami sekali
hehehehehehe ok la tu sebab kami pun tak tahu nak lunch di mana
ulam mendatang...sambung sendiri pepatah nie :p

aku yang suka keronsang yang tengah aku pakai nie
ramai yang cakap, nampak unik
jangan tak tahu syikin pun ader jugak
emmmm memang la citarasa kami nie memnag sama

suka minum air longan bila makan di sini



anna dan esther

antara kami semua makanan, makanan esther yang sampai dulu

sedap jugak nampaknya

dan makanan anna yang last

aku dan syikin try menu bee hun tom yam

banyak jugak tambahan-tambahan dalam tom yam

pedas, masam semuanya lengkap la

memang sedap

pastu minum air lime juice sour - perghhh memang terbaik
sedap punya pasal licin aku habiskan
tinggal kuah dan sampah sarap dalam tom yam sahaja
sampaikan syikin tambahkan bee hun dalam tom yam aku punya lagi
lain kali boleh la order menu nie lagi
memang terbaik...........

Friday, September 23, 2011

Lunch Makan Pizza Hut

lunch hari nie kami menuju ke The Store Sg.Buloh
nak santap Pizza Hut
nie permintaan dari Syikin
aku biasa sahaja dengan pizza
makan apa-apa pun boleh jea
jadi minah nie nak sangat rasa pizza hut baru jadi temankan jea la minah nie
nanti kempunan plak tak dapat makan hehehehhe


jadi sampai jea di sana
kami chop meja dahulu, terus order dan terus buat bayaran
sebab kami nak pusing-pusing dahulu dalam teh store nie
aku nak cari kain ela untuk dipadankan dengan kain batik yang aku tempah pada syikin hari tu
nasib baik la dapat beli
nanti nak ajak sayang pergi ke Nagoya sebab nak cari kain polka dot plak
cantik plak aku tengok emmmm siapa yang pakai erk time aku blogwalking
kelupaan di situ
jumpa plak orang jual keronsang, emmmm beli lagi kerongsang
padahal ader jea lagi kerongsang di rumah yang beli belum pakai lagi
kalau sayang tahu confirm kena tarik telinga hehehehhehe




pizza hut perasa baru..tak ingat nama dia apa
kami pilih set untuk makan 2 orang, harga RM30.90
selepas itu syikin add in spegeti bolegnese
emmm memang lapar minah nie rupanya
pizza aku makan 2 keping
sama jugak dengan syikin
jadi ada balance 2 keping lagi yang kami tak dapat nak masukkan lagi ke dalam mulut
spegeti plak makan sedikit sahaja sebab dah makan pizza, soup dan roti..
memang full



konon-konon nak ambil gambar bersama pizza


tapi pizza nampak sedikit sahaja


muka tuan tanah yang over hehehehhehe



syikin hang nak sumbat pada siapa roti tu


kat laki hang yea hehehehehhe


lunch kali nie memang aku full house...burppppp Alhamdulillah

Tuesday, July 26, 2011

Richman Cafe


lunch tadi memang kami berdua kelewatan masuk ke opis
ingat nak try la restaurant baru yang baru di buka dalam The Store
sampai situ dalam pukol 1.15pm
pas order semua
aku dan syikin puji memuji la deco dalam cafe nie
memang cantik
ala-ala English style


menu yang simple jea
gambar makanan yang di tampal dalam menu nampak kabur skit



deco yang terdapat cafe tersebut
cantik kan
tapi aku rasa deco di Garden lagi cantik kot
yang nie simple jea


borak punya borak
puji punya puji
dah pukol 1 lebih makanan still tak sampai lagi
1.45pm pun tak sampai lagi
1.50pm baru sampai makanan syikin
aku plak pukol 2pm tepat baru la sampai makanan aku
tu yang 2.15pm baru keluar dari The Store
sampai opis pukol 2.25pm
tengok Anna dah ader dalam bilik dia
gabra jugak ialah bos dah masuk tapi staff tak masuk lagi


sebab nak ambil gambar nie jea aku senyum
tapi realitinya angin satu badan
service OUT gila
dah la kena service tax 5%



syikin dengan nasi dan lauk papriknya
syikin cakap pedas sangat dan tak masak sangat
pastu order air longan
aku suka cawan dia
memang unik


aku plak makan nasi papaya
nak goreng nasi papaya pun nak ambil masa yang lama ker chef
sedap memang la sedap
aku makan pun sumbat jea dalam mulut
sebab dah lambat sangatkan
jadi tak dapat nak menikmati dengan hati yang tenang
minum air lime juice - nak kuruskan badan hehehhehehe poyo jea statement :p


tapi tu la
lain kali emmm tak tahu la nak singgah untuk lunch di sini @pun tidak
kena tingkatkan service dulu
baru aku datang semula kot

Friday, July 22, 2011

Black Pepper


lunch hari nie makan di KFC
pergi The Store sebab nak tengok restaurant apa yang buka
sebab renovate dia cantik sangat
deco dia macam Garden mmg cantik
bila tengok kedai tu still dalam process deco
opening dia esok
minggu depan boleh la try


skang nie KFC ada promo baru kan
macam ala-ala chicken chop
ok la..not bad
tapi bagi aku tak cukup kenyang dengan seketul ayam tu
emmm kejap lagi confirm aku lapar semula


yipieeee pc dah ok
skang nie aku pakai dulu cpu sabri
cpu aku masuk bengkel
motherbord dia ada problem
hard dics mungkin dapat diselamatkan ... maybe

Friday, July 15, 2011

Nasi Kukus Lagi


hari nie makan nasi kukus lagi
kali nie temankan syikin makan nasi kukus
makan tapau jea
tak macam semalam makan di kedainya
hari nie aku duty untuk angkat phone
jadi lunch pukol 12noon
jadi kuar sekejap beli tapau jea


di opis aku nie takder receptionist
jadi setiap staff di Guardian nie
kena ada duty sekali sebulan untuk jawab phone time orang lain kuar lunch
jadi sebulan sekali akan lunch pukol 12noon la
biasanya lunch pukol 1pm
korang sama tak macam opis aku nie
sila angkat tangan hehehehhehe


sepatutnya hari nie kami bertiga (kak nana, aku dan syikin)
nak buat makan-makan skit
tapi cancelled sebab semalam syikin balik Kedah
jadi untuk beli kelengkapan makanan tak sempat
tu yang postpone ke hari Isnin nanti
nak buat makan-makan nie pun sempena kami dah confirm di sini
Alhamdulillah


emmm kenyang sampai ke petang la nie
mata dah stim
sejuk plak suasana opis nie
cuma nak lentok ke bantal jea
ngantuk betul la

Thursday, July 14, 2011

Lunch : Nasi Kukus


hari nie lunch yang sedap
sedap kenapa
sebab aku memang suka makan nasi kukus
sebab nasi dia lembut sangat dan wangi jea
ayam goreng dia pun ranggup jea
selalu makan di Permatang Pagar


tadi lunch sekali dengan wan, kak nana, kudin dan khair
sambil makan sambil tergelak-gelak
kak nana sampai nak tersedak la gelak punya pasal
emmmm bila dah berkumpul nie
macam-macam story mori la yang keluar


nasi kukus nie banjirkan engan kari
pastu cicah ayam dia dengan sambal belacan
perghhhhh memang licin la nasi sepinggan
sambil menjilat jari hehehehhehe
pastu minum air limau ice
memang menyegarkan tekak yang perit nie
kenyang sampai ke petang :D


korang pernah makan nasi kukus tak....

Wednesday, July 13, 2011

KeranaMu Double Cheeseburger


hari nie last day untuk redeem coupon BUY 1 FREE 1
untuk double cheeseburger
jadi kami tadi telah menyerang Mc'D untuk makan burger free nie
macam aku dengan syikin memang betul-betul free la
sebab Eric belanja kami makan hehehehhe
cuma tambah duit untuk beli air dengan fries jea
jimat duit :p


naik kereta hanis
1st time naik kereta hanis
jimat petrol plak hehehehhe
hari nie serba serbi jimat erk :p



dauble cheeseburger sebelum masuk ke mulut aku
pickle (timun jeruk) aku memang dah buang dulu la
tak lalu la nak telan pickle tu
masam sangat



dari kiri : aku, wan dan hanis
hari nie lambakan burger melanda meja kami
siap tapau bawak balik ke opis lagi



kak imah dan syikin


tapi aku tak puas hati jea tadi
ialah sorang boleh redeem coupon mc'd hanya 1 coupon jea
jadi untuk 2nd coupon kena beratur ke belakang semula
biasanya sebelum nie boleh jea 1 kepala redeem 2 coupon
hampeh betul la
kena aku beratur semula tadi ke belakang
sengal pun ada gak
apa la salahnya boleh guna 2 coupon @pun lebih
bukannya ramai sangat orang pun

"apa pun tak boleh..apa pun tak boleh" bak kata Jambu la

Tuesday, July 12, 2011

Lunch Makan Manggi Sup Jeaa


thanks to google image - copy jea hehehehe


lunch tadi aku makan maggie sup jea
bersama the geng
saper lagi kalau bukan syikin dan wan
semua makan maggie sup
terliur plak bila di kedai mamak nie
rasa macam nak makan maggie jea
bila di rumah tak plak teringin nak makan


kekadang tu sarapan pun aku boleh order maggie goreng
ialah tengah nak mengoder tu sedap jea bau bila mamak tu
tengah menggoreng manggie
tu yang jadi terliur tu hehehehhee
manggie pun manggie la
asalkan perut kenyang - time tu jea la kenyang
skang nie pukol 5pm aku dah kebulur semula
mulut mengunyah biskut jea la

Monday, July 11, 2011

Lunch Di K.F.C.

berbelah bahagi jugak hari nie nak makan di mana
bila kak nana suggest makan di kfc
laju jea kami on
ialah bosan gak nak pikir mana la tempat nak terjah time lunch hour
sampai buntu tu nak pikir
korang alami masalah sama tak macam aku



amik set snack plate
macam biasa la kan
makan burger confirm pukol 4pm nanti perut aku lapar semula
makan 2 ketul ayam nie lambat skit laparnya
pukol 5pm boleh la buat milo panas nak cover perut yang bakal berbunyi
hehehehhehe



aku dan syikin



kak nana dan sabri
si sabri tu memuncung jea mulut dia hehehehhe
kak nana seperti biasa la nak maintain cute dia tu :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @Zareena Heeney 2012 | Designed By Riesha Ariesha