Online users

Follower

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Cerita telinga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuh. Lama bebenor tak menulis kat sini. Sorry to keep you waiting. Itu pun kalau ada yang tertunggu tunggu la entry terbaru aku. Haha.Bajet Hanis Zalikha betul. Puii. So, banyak benda terjadi sewaktu aku tak update blog ni. Dan benda tu effect mood aku untuk update blog. Dengan kerja pentadbiran sekolah yang berlungguk, dengan masalah kesihatan aku sendiri, terus lupa kejap kat blog. Rasa meluat nak buka blog sendiri. Sampai tegha' tu la effect dia.

Semenjak aku datang Segamat ni, kesihatan aku macam tak menentu.Kejap okay, kejap tak okay. Dulu cukup susah nak sakit ni. Sekarang bila dah start kerja, sakit tu selalu pulak. Mungkin sebab stress kot. So, effect habis satu badan. Balik dari camping hari tu, aku makan tauhu sumbat kat kantin sekolah. Balik rumah, perut rasa tak sedap. Banyak kali aku ulang ke toilet. Cirit air. Aku dah rasa something wrong dengan badan aku ni. Tiba tiba pening, rasa nak muntah. Lembik satu badan. Sebab tak tahan sangat, aku telan painkiller. Terus muntah menjejeh jejeh. Lega terus lepas tu. Aku tanya cikgu sekolah yang makan tauhu sumbat tu, sorang pun tak ada yang muntah macam aku. So, aku suspect perut aku tak boleh terima tauhu sumbat. Or maybe badan aku still penat effect camping. Itu satu hal.

Lepas balik camping, aku dah rasa telinga aku ni macam something wrong. Rasa macam banyak je taik telinga tapi bila korek guna cotton bud, tak ada pulak taik yang melekat kat situ. Pelik. Tapi aku buat bodo je lah. Fikir perasaan aku je kot. Tup tup minggu lepas, telinga aku jadi kurang dengar. Rasa berdengung macam masuk air. Lama pulak tu. Tonggeng kepala, takut takut ada air masuk ke apa. Tapi still the same. Lagi lah bertambah pelik. Disebabkan kerja, aku tangguh pergi jumpa doktor. Balik sekolah dah penat terus tidur. Petang dah malas nak keluar rumah lagi.

Sampai la satu masa yang aku rasa dah tak boleh nak tolerate lagi dah telinga aku ni. Ganggu kerja aku kat sekolah.Ye lah. Kerja cikgu. Kena bercakap all the time. Kena bagi respond kat budak. Masuk meeting, kena pakai telinga untuk dengar butir butir mesyuarat. Bila tak berapa dengar ni, jadi tak syok la. So, aku pergi klinik. Lepas check, doc cakap telinga aku ni dah jadi impacted wax. Dalam bahasa mudahnya, taik telinga mengeras dan dah block gegendang telinga aku. That's why aku rasa dengung all the time. Gelombang bunyi terhalang oleh taik telinga aku tu. Lagi satu, doc cakap taik telinga dah banyak. Aku bangkang doc. "Tapi doc, saya selalu korek telinga.Macam mana pulak taik telinga saya boleh banyak lagi?" "Ye, saya tahu. Tapi awak dah tolak taik telinga awak tu masuk ke dalam lagi. Bukan bawa keluar. Awak pakai cotton bud kan? Sebenarnya tak elok pakai cotton bud ni." Ada hati tu nak melawan doc. Hahaha.


So, doc bagi ubat titik dulu untuk cairkan taik telinga.Dekat seminggu jugak aku terseksa, sakit tengkuk sebab asyik teleng kepala untuk titik ubat telinga. Dah la dua dua belah telinga.Huhuhu. Dua kali aku ulang pergi klinik tu untuk check taik telinga cair ke tak. Bila kita titik ubat telinga tu, dia akan jadi bertambah dengung sebab masukkan liquid kan dalam telinga. Dia buat aku jadi tak selesa. Rasa macam pekak weh.Serius. Banyak round jugak la aku menangis sorang sorang dalam bilik mengenangkan nasib telinga dengung ni. Sendu ja.Ikutkan schedule, Rabu ni baru pergi check up pulak kat klinik tu. Tapi aku dah tak tahan. Dah la Rabu aku start kursus. Gila apa nak pergi kursus dengan telinga tak dengar sebelah.

Sampai suku botol aku titik. Tak cayaq jugak, tak tau lah.

Makanya pagi tadi aku pergi klinik kesihatan. Mind you sebelum ni aku pergi klinik swasta. Cekau bukan main lagi duit aku.Umat manusia sangatlah ramai. Bila ramai ramai ni, orang kiri kanan bercakap, dengan telinga aku tak berapa nak dengar, rasa macam bising sangat. Aku nak tunggu nurse panggil nama aku pun aku tengok gerak bibir dia. Dengar sayup sayup ja. Sadis betul.Huhu.Masuk check up room, aku pun cerita la balik dari A to Z pasal telinga aku kat doktor. Mujur doc perempuan. Lepas tu dia suruh aku pergi bilik lain untuk kasi cuci telinga aku ni. Yang cuci telinga aku is MA lelaki. Hmph.Segan oi. Sebab masalah taik telinga keras.Nampak macam pengotor sungguh anak dara sorang ni T______________T  Lucky he was not showing any sign of disgusting in front of me. He treated me so well.

Meh nak cerita proses cuci telinga. Actually tak sakit pun. Sebab method yang digunakan ialah teknik semburan air. Dia guna syringe yang besar then dia akan picit air tu ke dalam telinga kita. Langsung tak rasa sakit. Tapiiiiiiii bila dia tolak syringe tu masuk ke dalam lagi, the pain comes. Tak lama.Kejap je rasa sakitnya. Sakit tu sebab pressure kuat kat gegendang telinga sampai kita rasa berpinar. Baru buat sebelah telinga, aku dah tumbang. Pening lalat. Terpaksa baring kejap sementara dia nak continue sembur lagi. Tapi feeling bila kita nampak taik telinga tu keluar, pergh...rasa bahagia sangat. Bila dapat dengar suara MA dengan jelas, rasa bersyukur sangat. Sebab aku ni style yang suka fikir ke depan. Terlalu ke depan. Takut telinga tak boleh dengar terus la, pekak la, apa la. Huhuhu. Aku puji la sikap doc and MA sini. Dorang buat kerja kemas. Tak buat kerja sambil lewa. Selagi tak cuci telinga aku, selagi tu la dia teropong dan sembur air sampai betul betul cuci. Thank you so much abang MA.

Dah setel tu, doc bagi ubat antibiotik dan ubat gatal pasal dia kata ada fungal kat telinga kiri aku ni. Tapi fungal tu akan hilang bila kita telan ubat.Hopefully la.Sekarang ni aku dapat mendengar dengan jelasnya.Terlalu jelas sampaikan bunyi air jatuh atas lantai pun dengar tajam ja. Macam dapat telinga baru. Hehehe.

Sebagai penutup. Ecewah.

Panjangnya entry kali ni. Heehoheeho.

Saturday, September 15, 2012

Senaman untuk mengecilkan peha

Artikel ni diambil dari blog kesihatan Kevin Zahri. Aku memang ada masalah drumstick besar daripada dulu lagi. Tak pernah nak kecik. Sentap hati bila beli jeans tersekat kat paha T_T Untuk yang malas nak jogging macam aku, boleh la amalkan tips dari Kevin Zahri ni. Dalam bilik pun boleh buat =) Credits to
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-senama-kecilkan-peha/


1. ‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

Banyak lagi tips menarik yang korang boleh dapat dari website Kevin Zahri ni. Senang senang, lawat la website ni untuk info lanjut.http://kevinzahri.com Mudah dan berkesan! =)

Tuesday, March 27, 2012

Semua orang

Sekarang ni, semua orang health conscious. Semua orang jaga makan. Semua orang work out. Semua orang pergi gym. Semua orang swim. Semua orang nak kurus. Stress mak noks. In a good way, bagus la kan. Cuma kadang kadang, aku jadi inferior nak makan banyak pasal member semua makan ciput ja. Tak nak la gemuk sorang sorang. Dulu aku ada pasang niat nak jog setiap petang. Tapi ke laut. Seminggu pertama, rajin. Lepas tu, prestasi merudum dan terus merudum. In fact, time petang asyik tidur, tak pun keluar makan. Hahaha.

Target aku satu ja. Peha. Aku nak kecik kan peha. Bila google, macam macam fakta keluar. Ada yang cakap makan pedas tak elok untuk peha. Ada yang cakap makan kentang tak elok untuk peha. Haa.Macam macam lagi la. Kalau betul tak boleh makan pedas untuk kecik kan peha, memang sampai ke tua la peha aku besaq.Tak boleh tinggai pedas. Rasa tak fun makan kalau tak pedas. Hahaha. So, any tips macam mana nak kecikkan peha?

Wednesday, March 9, 2011

Makan dan berak

Effect dari work out baru terasa hari ini.Bila gelak atau batuk, rasa sakit kat perut.Gagah sangat nak buat sit up hari tu sapa suruh.Sendiri buat sendiri tanggung la jawabnya.Maybe badan still terkejut lagi kot.Kalau dah selalu buat, tak ada masalah nak lenguh badan ni.By the way, semalam makan banyak gila.Pagi makan nasi berlaukkan ayam masak asam pedas, petang sebelum meeting hentam wegdes satu bekas, malam pergi dinner tom yam prawn laksa pulek.Tak sudah lagi.Supper hentam laksa Katty! Omaigod.Rasanya 200 calories yang hari tu dah topup balik kat badan hari ini.Huhuhu.Mujur juga la sistem pencernaan aku ni bagus.Asyik lawas je setiap hari.Hehehe.At least,makanan tu dah terbuang hari ini.Tak ada la jadi 'lemak' yang terkumpul dalam badan.

Jadah apa letak gambar ni? Saja syok syok.

Rahsia nak maintain berat=berak selalu.I used to give this tips to people who ask me on how to maintain body weight.Ku tak ambil sebarang pil.It's just a natural thing =) Makan dan berak selalu.Jangan duk simpan lama lama dalam perut tu!

Tuesday, March 8, 2011

Mari ke gym!

Hey hey hey. Semalam bermulalah episod saya ke gym.Wohoo.Terus feeling diri ini atlet negara.Suasana dalam gym sangatlah 'sihat'. Kiri kanan orang work out.Mula mula tu, ada la rasa inferior sikit sebab first timer.Tak ketahuan nak buat apa dulu.Mujurlah saya datang dengan my own instructor merangkap housemate saya yang pernah work out kat gym ni last year, Cik Wan Z. Dia la yang bagi tunjuk ajar nak buat apa dulu.

Kebetulan terserempak dengan Bob.Tabik spring la dekat dia.Dulu badan dia bam bam.Sekarang ni, dah slim teruk.Ramai yang tegur dia dah kurus.Dia saja yang deny.Ala, biasalah. Jawapan standard bila orang puji.Hehehe.

Heart rate saya sangatlah tinggi.Not good for your health.Patutnya under 150 untuk umur macam saya ni.Tapi naik mencanak sampai 180! !@#$%^&*((%. Nampak sangat jarang work out kan.Huhuhu.Even nampak ja badan saya ni MACAM sihat, tapi sebenarnya tidak.Orang yang lebih berisi dari saya naik bukit tak mencungap, saya pula hup hap hup hap macam ikan emas tak cukup oksigen.

Bob cakap aku tak perlu ke gym sebab dah kurus.Dia tak tahu aku ni nampak ja kurus tapi sebenarnya tidak.Aim aku nak kecilkan peha.So, work out yang perlu dibuat semua haruslah melibatkan kaki.Kayuh basikal, jogging,moon walk.

Antara facilities yang ada.Next time, nak try main dengan bola tu pula la.Hehehe.

Sit up.Buat 10 kali ja weh.Jenuh ketaq perut I. Huhuhuhu.

Penat dah aih.

Yang ini saya mampu angkat pemberat 5 kilo saja.Lepas ni berketul la lengan saya.Huahuahua.

Baru faham perasaan orang yang masuk biggest loser.Kalau badan tak fit, boleh mengah hang time work out.Yang penting, jangan push diri buat benda yang diluar kemampuan.

Thursday, March 3, 2011

Dah ok =)

Alhamdulillah, bontot dah makin ok.Dah tak berapa sakit dah bila duduk kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni.Lepas kejadian tu, aku lebih berhati hati kalau nak turun tangga.Trauma weh.Takut terpeleot lagi.

New Student Health Building.

Borang yang perlu diisi bila nak jumpa dengan doc.Dorang particular sikit pasal kesihatan ni.Habis semua benda nak tanya.

Friday, February 25, 2011

Sakit bontot

Kan aku ada cakap aku jatuh tangga kan? Tadi aku pergi check kat Student Health.Nak mencari office dorang yang baru ni pun satu hal.Merata pusing.Tersorok sikit kat ground level Student Union.Ambil borang, isi apa yang patut.Mula mula nurse yang check.Dia tanya habis semua benda.Macam buat police report pun ada.Pukul berapa jadi, kat mana jadi.Family background pun dia tanya.Macam arwah abah dan mama meninggal sebab apa dan macam macam lagi la.Lagi satu sebab aku first datang student health.So, dorang tak ada rekod aku lagi.Kiranya semua details tu untuk simpanan semata.Tak ada kaitan sangat pun dengan problem yang jadi kat aku.

Dua kali tayang bontot kat orang hari ni.First kat nurse tu.Ini ok lagi sebab nurse tu just suruh selak sikit.Mai second time, aku kena masuk jumpa doktor panel kat situ.Orang cina.Very the concern you.Suka sangat cara dia treat aku.Bila dia suruh aku buka seluar, aku iya kan je lah.Tak banyak songeh.Dah dapat agak dia akan suruh buka sebab nak tengok ada bekas lebam ke tak.Aku risau takut tulang bontot retak ke apa.

Part paling tak boleh lupa bila dia masukkan jari ke dalam lubang bontot untuk check whether sendi aku ada lari ke tak.Sumpah rasa tak selesa.You know what I mean kan? Rasa macam kena 'rogol'.Huhuhu.Tapi terpaksa tahan je lah sebab itu memang prosedur yang perlu dilakukan.

Alhamdulillah, tak ada retak apa apa.Just sengal sengal biasa saja.Doc cakap itu normal reaction yang jadi bila kita terjatuh dari satu tempat.Dia nasihatkan aku ambil panadol every six hours untuk kurangkan sakit.Lagi satu jenis ubat ialah Ibuprofen.Doc cakap lagi, sakit ni ambil masa lama sikit untuk sembuh sebab aku terjatuh kuat.Bukan sebarang jatuh.Sampaikan Wan Z ingat rumah kena gempa bumi.LOL.

Thursday, January 20, 2011

AIDS

Boleh tahan juga gambar Korea kat tv3.Tajuknya Thank You. Yang aku tengok setakat ni, yang aku faham la, budak kecik tu ada AIDS. Lepas tu semua orang macam menyisihkan dia.Kesian oh.Bila tengok cerita ni, baru aku sedar yang sebenarnya ramai lagi yang tersalah konsep pasal AIDS.Dorang ingat melalui sentuhan pun boleh berjangkit AIDS ni padahal salah.Jangkitan AIDS hanya akan merebak melalui suntikan jarum yang dicemari virus HIV, hubungan seksual, pemindahan cecair (air mani, air mazi, darah) dan melalui ibu yang telah dijangkiti HIV sahaja.Tak ada maknanya kalau sentuh budak positif AIDS, hang terus kena AIDS.

Aku tak ada pengalaman berhadapan dengan sedara yang ada AIDS ni, so tak tahu sangatlah macam mana keadaan sebenar pengidap AIDS.Just duk tengok dalam drama tv ja.Ha, lagi satu.Sekarang nak kahwin pun kena buat check up AIDS ni.Memang la keturunan kita tak ada AIDS.Tapi, apa salahnya kita buat check up kan? Orang cakap, better check dari menyesal di kemudian hari.Bukanlah kita nak bersangka buruk pada pasangan kita.Cuma prevention is better than cure kan? =)

Info diambil dari Kelab Pro Star Jempol.

Tuesday, January 11, 2011

Suntikan HPV

Semalam Ika balik mengadu lengan dia lenguh lepas kena inject HPV.Seronok budak sekolah sekarang, dapat suntikan HPV percuma!Kalau buat sendiri, kena bayar hampir 1k weh.Mana mampu.Untuk yang tak tahu, suntikan HPV ni untuk mencegah kanser serviks. Zaman aku dulu mana nak dapat inject free ni.Baguslah kerajaan ambil tindakan macam ni.Sekurang kurangnya dapat kurangkan bilangan pengidap kanser serviks.Suntikan diberikan kepada semua pelajar perempuan Tingkatan 1 diseluruh Malaysia.Ika dah masuk form 2.Tapi disebabkan kempen ni baru start hujung tahun lepas, dorang bagi juga la.

"...setiap pelajar akan diberi tiga suntikan pelalian HPV iaitu dos pertama pada Mei, dos kedua pada Jun dan dos ketiga pada November"

Aiyok...Ika sedar tak dia nak kena cucuk lagi dua kali? Hahaha.Jenuh lenguh tangan budak tu.

Friday, December 3, 2010

Ubat

Dah telan ubat selesema.Fuh.Lega sikit.Tiada lagi hidung berair.Cewah.Alang-alang pergi farmasi tadi, ku beli sekali ubat mabuk.Hohoho.Esok cek nak pi Langkawi.Holiday bersama keluarga.Ye.Aku memang mabuk laut.Style tak boleh pandang langsung air laut tu, konfirm pening lalat.Telan ubat mabuk senang.Terus lena.Tapi tak elok ambil selalu naa.

Langkawi, here I come babeh!

Selesema

Keadaan kesihatan sekarang ni kurang memberangsangkan.Asyik selesema ja.Tambah tambah time bangun tidur.Tak tau la paseipa.Sekotak tisu habis kat aku sorang.Buat seh hinguih.Aku jarang nak makan ubat sebab ubat selesema boleh buat kita mengantuk.Yang peliknya time petang elok la pula hidung ni kan.Geram betul aku.


Wednesday, December 1, 2010

Sabun papaya

Waktu aku kat Welly, aku dah stop pakai facial wash sebab lagi aku pakai, lagi kering muka aku.Tendency kulit nak mengelupas tu sangatlah tinggi.So, kat sana memang aku tak cuci muka langsung.Sana sejuk.So, muka tak berminyak.

Bila balik sini, noohh..tak pakai cleanser sehari, muka dah macam apa dah.Berminyak bukan main.Since muka aku ni sensitif sikit, aku tak berani nak pakai produk sebarangan.Allergik dengan facial wash kat pasaran tu.Last-last tak tahu nak pakai produk apa.Aku bantai pakai sabun papaya.So far ok ja muka aku.I mean, tak ada la tumbuh banyak lagi jerawat or apa.Kira ok la untuk segarkan dan menyucikan muka.Cuak juga aku bila Kak Fanah cakap sabun papaya ni diharamkan sebab tak elok.Tapi dia pun tak pasti.Disuruhnya aku google.Terbukti sangkaan dia salah.Sabun ni tak bahaya pun weyh.Ok ja.

Actually, sabun ni untuk memutihkan kulit.Seketul RM6.Pakai 6 bulan belum tentu habis lagi sebab saiz dia besar.Dan nak cuci muka macam hang nak sabun badan hang.Sekali pakai tak banyak pun.Jangan terkejut kalau lepas cuci, muka rasa tegang semacam.Memang macam tu.Bila lama-lama dah tak rasa tegang dah.Hehehe.

Ok noks.Lapaq la pulak.

Monday, November 22, 2010

Sakit.

Pelik.Waktu kat NZ, jarang benar nak jatuh sakit.Nak selesema lagi lah tak pernah.Maybe persekitaran sana yang bersih.Balik rumah, tiap-tiap malam asyik tenyeh mata.Gatal.Resdung menjadi-jadi.Bangun pagi asyik seh hinguih ja.Adeh.Rimas la.Ku akui sini persekitaran tak berapa bersih.Habuk merata-rata.Tambah pula rumah tok tepi jalan besar.Pintu rumah asyik terbuka.Habuk pun masuk dengan senang hati.

Dulu lagi kronik, setiap bulan mesti selesema.Aku ni kalau bersin mana reti pelan pelan.Bersih tahap gegaq satu rumah.Baru puas hati!

Wednesday, August 25, 2010

Tips untuk kurus

Tips nak maintain kurus.

Senang je, selalulah ke tandas untuk buat bisnes ye.Tak susah pun.Cuma depends on sistem pencernaan seseorang juga.Ada setengah tu, dekat seminggu tank lawas tak cuci.Dia tak mahu keluar.Aku pula, kalau sehari tak ke toilet, itu pelik.

Plus, selalulah makan benda pedas.Hahaha.Ini tips memang tak boleh nak pakai sangat. Tapi kalau aku, lagi pedas, lagi kaw. Tank lawas cepat penuh.Selepas makan, terus ke toilet.Member cakap rugi ja makan banyak-banyak.Tak dan nak simpan dah kena buang.Hahaha.Nak buat macam mana.Dah nak keluar.Kot duk simpan lama-lama jadi sembelit.

Sekian saja tips kurus dari saya.

Psst..anyone nak bagi tips kecilkan peha? I need it.

Tuesday, August 24, 2010

Evening primrose oil

Gigih google cari ubat yang currently aku makan untuk control pengeluaran jerawat kat muka aku ni. Alhamdulillah, berkesan.Cuma tak ada la muka terus clean and clear dari jerawat.Tumbuh juga tambah-tambah time period tapi tak seteruk dulu. Ubat ini ihsan Ky. Dia beli 2 botol.Tak termakan agaknya, dia pass satu kat aku dan aku menerima dengan tangan yang terbuka.Nak beli tak mampu.Err.Actually mampu je nak beli cuma rasa macam ini kehendak bukan keperluan.Gitu...

Evening primrose oil ni bagus untuk:

1) control kolesterol level (Erk.Macam orang tua pula kan nak kisah pasal kolesterol bagai)
2) joint health (Again, lebih kepada fungsi orang tua)
3) circulation and skin condition (Haa...ini memang kena dengan aku)

p/s: Sudah berkurun lama tinggai bedak sejuk. Dulu before fly setiap hari tempek sebelum tidur.Mai sini jadi penyegan nak pamper muka. Telan ubat sudah.

Monday, August 23, 2010

Endoscopic Thoracic Symphatectomy (ETS)

Salah satu cara untuk mengatasi hyperhidrosis adalah dengan melakukan Endoscopic Thoracic Symphatectomy (ETS). Basically ETS ni surgery yang dilakukan untuk buang kelenjar peluh dekat bawah ketiak.

Since Abang Emi pernah buat ETS ni, aku tanya pendapat dia. Dia tak syorkan aku buat ETS sebab ada side effect. Nak tahu tak side effect ETS apa? Seluruh anggota badan akan kerap berpeluh melainkan tapak tangan.Pula dah.Dia jadi terbalik pula. Tapak tangan tak berpeluh tapi badan pula yang take over.Huhu.

Terus reconsider balik nak buat ETS ke tak. Macam tak ja. Ada alternatif lain iaitu dengan ambil vitamin B complex. Kata Abang Emi lagi, ini kaedah try and error. Tak dijamin akan berkesan 100% tapi potensi nak kurangkan peluh tu ada.

Aku rasa satu kelebihan hyperhidrosis ni ialah tangan sentiasa lembut dan lembap.Langsung tak pernah kering.Hehehe.

Thursday, August 19, 2010

Hyperhidrosis club!

Penghidap hyperhidrosis, anda tidak bersendirian!

Ada club hyperhidrosis online ok.Sila klik [sini].Tak tahu la perlu berbangga ke apa bila discover pasal club ni. Rupanya ada lagi orang yang situasinya teruk dari aku.Bila baca pengalaman dorang, terasa macam bersyukur pula condition aku tak seteruk dorang.But still, tak selesa la.

Berdasarkan pembacaan, yup, ini penyakit keturunan.Baru teringat one of my cousin ada hyperhidrosis juga.Dah siap buat operation buang kelenjar ketiak dah.Sekarang rasanya dia tak berpeluh teruk macam dulu. Lupa nak tanya dia macam mana dia buat appointment semua.

Aku check kat internet, surgery kalau buat kat swasta sampai 9 ribu. Humangaiihh.Mahai nak mampuih.Mana nak cekau duit der.Bernanah dah kot telinga pengutip durian dengaq aku duk complaint pasal tangan aku ni.Cemuih dah aih.

"Sabar la naa. Nanti balik Malaysia kita pi check ok"

Tak nak sponsor surgery sekali ke bang? Bahahaha.

Wednesday, August 18, 2010

Rimas tangan berpeluh.

Aku dah naik rimas dengan tangan aku ni.Everytime nak berpeluh.Pegang semua benda nak berair.Kalau keluar emas ok juga.Kaya eden.Ini keluar air.Even sekarang ni tengah menaip pun, keyboard basah.Mouse toksah duk kira la. Memang boleh nampak terang tang tang berair.Wuwuwu.

Ada ubat makan tak nak bagi hilang 'penyakit' ni selain buat operation? Dah makin teruk la pula.Sebelum ni ok ja.Nak kata tengah nervous, tak juga. Hormon oh hormon.

Dulu keadaan masih terkawal.Sekarang out of sudden pun tangan nak berpeluh.Haru la macam ni.

Tuesday, July 20, 2010

Gatal dan garu.

Dah jadi balik dah 'penyakit kulit kering lagi gatal' ni.Dulu dah stop kejap, sekarang gatal-gatal balik.Serius tak selesa.Kulit terasa gatal yang membuatkan korang menggaru non-stop.Silap haribulan, kulit boleh luka wooh.Nak pula mandi air panas.Kena kat bekas garu tu, woh..terbaik woh.Pedih nak mam...

Senior cakap ini perkara biasa bila datang sini.Kulit macam terkejut sikit due to extreme climate change.Yo lah.Kat Malaysia kan panas.Sini sejuk.Konflik identiti sekejap kulitku ini.Nak lembap or kering.Gitu.Sumpah rasa rimas gila bila asyik kena menggaru satu badan ni.Paling ketara kat bahagian peha dan kaki.Jangan harap kulit nak cantik bila balik Malaysia nanti.Penuh parut la gamaknya.

Aku dah sapu losyen, dah telan ubat kulit but still sama ja.Duk gatai lagu tu gak.Haish.Kulit oh kulit.Please jangan gatal,Tak larat nak menggaru dah.Anyone nak tolong garukan?Hohoho.

Friday, July 16, 2010

Kena himpit : Sleep paralysis

Ok.Aku dah baca semua komen pasal tidur kena himpit dan most of you pun pernah kena benda ni.Untuk percaya bulat-bulat kena himpit dengan hantu tu sangatlah nonsense.At least must be a vivid reason why is this happening.Thanks to Shazwani for the link.

Fenomena ini dipanggil Sleep Paralysis dimana sistem tubuh kita lumpuh untuk seketika.Selalunya fenomena ini berlaku at the beginning of the sleep or at the end of the sleep.Bila kita dah start nak tidur dengan nyenyaknya, otak (Reticular Activating System,RAS) akan hantar satu signal ke sistem badan untuk suruh kita rehat.So, automatically, satu badan akan switch off melainkan automatic function system iaitu degupan jantung,sistem pernafasan dan sebagainya.Gilo kau kalau yang tu pun switch off, innalillah la kau.Huhu.

So, bila kita bangun, RAS akan switch on balik.Tapi kadang-kadang signal tu lambat sampai kat badan.State ini la kita jadi lumpuh seketika before otak activate balik signal tu.Otak kita macam berhenti berfungsi sekejap.Scary right? Mengikut pembacaan, paralysis itu tak semestinya full.Maybe sebahagian ja.That's why kita masih mampu nak gerakkan anggota tubuh yang lain seperti jari.Yang pasal bunyi-bunyi tu, yup.Sleep paralysis comes with hallucinations either visual,auditory or tactile.So, macam yang aku kena tu, memang lengkap ketiga-tiga benda tu.Nampak macam bayang orang, dengar suara pelik dan badan rasa macam kena tindih.

Untuk info lanjut, boleh baca [di sini]

Faktor lain yang menyumbang kepada Sleep paralysis :

1) Tak cukup rehat
2) Perubahan drastik jadual tidur
3) Posisi tidur secara terlentang
4) Stress
5) Narcolepsy (penyakit tidur)
6) Side effect ubat yang korang telan jika ada.

Fakta sains menolak sekeras-kerasnya kewujudan evil dalam fenomena ini.Sebagai orang Islam, kita ada doa untuk diamalkan.Kalau terlupa doa tidur, bacalah bismillah sebanyak 21 kali.

Thanks to all yang bagi komen on the previous entry.Really appreciate it.

Lepas ini dah tak takut dah kalau jadi benda macam ni.At least dah tahu itu bukan hantu.Hahaha.
 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger