Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Hantu mak limah!LOL!

0 comments
Ni entry panas2 lagi ni, kisah berlaku malam ni.....hehehe...apa la hubby aku ni.. selambe jer dia cakap kat budak kaunter GSC tadi, nak "tengok citer hantu mak limah...." sampai budak tu tergelak...hehehehe...yang betulnyer hantu KAK limah balik rumah la...bukan balik kampung pulak yer...hehehe.. (kompleks betul tajuk citer ni....)

Masuk malam ni dah dua malam berturut-turut kami melawat GSC, malam kelmarin tengok Narnia.... (boring.....) memang kureng sikit la kali ni, sebab ada dua orang jer, dah nama citer Narnia tu, empat2 orang la kena berlakon, yer dak?... tak best la kali ni. Memang agak kecewa sikit.

TAPI!!..citer hantu kak limah ni memang best..tergelak2 menengoknye...ce ceghita..ce ceghita...
hehehe...korang layan sendiri la citer ni kat pawagam...baru tahu apa yang kelakor nyer tu.


nota tangan : mula minat movie melayu plak skarang ni...bagi yang seram komedi cam citer ngangkung ngan citer ni la.....good job...good job!

Thursday, December 17, 2009

Jom tengok Avatar!

0 comments
Lama tak update blog..tetiba malam ni rasa nak tulis something kat sini. Tadi aku baru balik dari tengok movie "Avatar". Memang best giler la!!aku boleh cakap PERFECT!!dari segi animasi 3D, special effect, memang cantik giler, pastu dengan sound effect yang superb...kalau tengok wayang 3D ni, aku rasa memang lagi rasa macam kita hidup dalam dunia fantasi citer ni. Aku memang tabik giler la diorang punya kekreatifan buat citer ni, walaupun ada sket2 tiru Matrix tapi tak kisah la. Ishhhh..tak tau la nak cakap apa lagi..baik korang pegi la tengok sendiri..memang puas hati punya la..huahuahua!!

Selamat menonton!!

Thursday, August 20, 2009

Filem ganas dan ngeri yang ditunggu2!!

0 comments
Movie pilihan aku kali ni adalah "THE FINAL DESTINATION - Rest In Pieces" yang akan mula ditayangkan 28 August 2009 ni. Memang aku tak sabar nak tengok filem ni sebab aku memang follow citer ni dari part 1-3, siap khatam lagi. Sebenarnya kalau korang nak tahu, aku ni peminat citer2 ganas dan sadis macam ni, tak tahu la kenapa. Sampai nuar pun pelik dengan aku, dia jenis yang tak leh tengok citer2 macam ni...kesian kot(bf aku ni baik hati orangnya).

[18SG] Ada orang yang boleh terima movie macam ni.. :D

Ok2 nak citer lagi ni, contoh movie yang aku minat lagi macam Saw part 1-5, semua aku dah tengok. Then, Texas Chainsaw Massacre part 1-2, pastu movie Hostel. Ni jer la antara movie favourite yang aku ingat tajuk dia, yang lain2 tu setakat tengok jer la. Tapi kan, kalau bagi kat aku horror movie macam Ju-On, Dark Water etc, sorry beb..!!memang aku tak leh tengok dan memang aku tak minat sikit...hehehe..tengok pun dengan takde sound la, aku takut dengar bunyi2 seram tu..hihihi. Benda ni bergantung pada orang jugak la kan...ermmm, ok malas dah nak citer banyak2, kita tunggu jer la movie best ni kuar ye.
Then, kalau korang nak edit2 gambar korang masuk dalam cermin pecah seperti gambar di bawah, korang bukak la diorang punya website ni dan cuba la e---->link website TFD!!

Hehe...sempena musim bertopeng sekarang ni..The Final Solution kot!

Friday, July 31, 2009

Setem dan GOGP!!

2 comments
Malam tadi aku ngan nuar dating kat IOI Mall, cewah2....plan mula2 tu nak tgk citer The Proposal, pastu sebab tak de citer ni kat IOI tu (apa daaaa...), kami TERPAKSA la tengok movie lain, yang best pun macam citer SETEM je. Macam tak caya jer asyik layan movie melayu je sejak dua menjak ni sebab yang last sekali kami tengok masa citer Skrip 7707 (seram seh..). Ok2, berbalik pada citer ni, mula2 ingatkan malas nak tengok wayang citer ni, download jer la...tapi ok la jugak jalan cerita dia..banyak lawak gak, pastu boleh dikatakan hampir semua pelakon pandai bawak watak masing2 walaupun dia tu just watak sampingan jer..macam harun salim bachik, sathya ngan ada sorang cina gangster tu. Memang lawak giler, dah la cina tu cakap utara pekat, pastu slumber badak lak..memang jadik la lawak dia tu. Watak2 lain tu ok la, satu lagi maybe sebab arahan Khabir Bhatia sama kot, jadi sudut2 dalam filem ni memang nampak kreatif jer...aku dah la suka semua filem arahan dia, macam Sepi dengan Cinta tu semua. Ok2 lastly, filem melayu yang seterusnya yang aku dok tunggu adalah Jin Notti pulak sebab aku nak tengok lakonan fafau dengan mawi...hehehe.

Ok, movie seterusnya yang BAKAL kitorang tengok next week adalah Ghosts of Girlfriends Past (GOGP), yang ni tengok free je sebab tiket memang dah ada kat tangan nuar skarang. Tu la untung aku keje asia media ni, ada contest sikit leh join sekali...hehehe..so, nuar pun dipaksa la join contest untuk filem ni dengan menghantar sms beserta slogan beliau. Tapi, bukan aku yang pilih winner ok...so, memang nasib nuar la dapat tiket ni, siap dapat t-shirt lagi..hehehe.

Ni la rupa tiket free tu...!

(Dah diupload!!) Gambar nuar masa datang ofis aku amik tiket.

Ececece....sibuk gak aku pun nak posing..hehehe.

Note : Gambar nuar masa datang amik hadiah akan diupload next week dan next entry masa Ju's farewell akan menyusul...so, selalu2 la jenguk my blog ni ye!!thank you!!

Wednesday, July 22, 2009

Ice AGE 3....sejukkk!!

7 comments
Ice Age!!dengar tajuk pun dah rasa sejuk..hehehe..aku ngan nuar gi tengok movie ni masa weekend baru2 ni, tu pun nasib je dapat seat orang tak amik reservation, so dapat la tempat yang betul2 strategik. Tengok kat mana?biasa la mesti tengok kat Alamanda, memang the best cinema la!!selesa dan bersih...hehehe. Ok, nak cakap best sangat filem ni macam tak kot sebab aku rasa macam ada kekurangan je nak dibandingkan dengan part 1 dengan 2 dulu. Yang best pun sebab komedi2 yang macam dibuat2 tu, so gelak la jugak. Memang tengok pun coz nak release tension sikit, so pegi la tengok filem2 happy macam ni...(jangan tengok Harry Potter, nanti tertido macam aku..ish2)

Persediaan sebelum menonton...takut sejuk yang terlampau!!blogger-emoticon.blogspot.comhihihi.

Monday, May 25, 2009

Angels and Demons movie!

2 comments
Movie pilihan bulan poket kering kali ni..."Angels and Demons"...atau dalam BMnya "Antara Malaikat dan Jin"....walaupun dalam langkah nak berjimat-cermat, last2 masuk gak panggung tu...huhu...tu la, bila ada sorang je bukak mulut, "tengok wayang jer la"...mesti laju je yang sorang lagi akan jawab..."jom la"....hehehe...
Ok2, nak story sikit pasal movie ni...memang best!!dan puas hati...aku leh bagi 9/10...sebabnya aku memang suka jenis citer2 kena pikir ni...style citer ni lebih kurang macam National Treasure je....masa movie arahan yang sama sebelum ni, The Da Vinci Code...aku tak tengok pun...huhuhu...ok, citer ni sama gak kena cari hint nak selesaikan masalah...hint2 tu pulak hanyalah orang2 tertentu je leh dapat...memang orang tu kena ada banyak ilmu pengetahuan, suka membaca dan berotak geliga....movie lakonan Tom Hanks (hero tak hensem sgt) dan kita boleh tengok yang kat Rome ni memang ada byk giler gereja..besar2 plak tu...ish2..hampeh..

Citer yang penuh dengan gereja..dekat Rome..

Dua orang ni la yang selesaikan semua masalah..

Memang dahsyat cara diorang bunuh...ini untuk elemen API..

Ni la..gunting dalam lipatan..orang jahat yang tidak disangka2..muka suci je..

Monday, May 04, 2009

X-Men Origins: Wolverine...best!

0 comments
Firstly, aku nak ucapkan "Hepy Labour Day" atau hari pekerja!...kepada semua pembaca blog aku!!Best betul cuti 3 hari ni...rasa lama betul boleh rehat kat rumah.....dalam 3 hari ni jugak la aku cuti internet...maksudnya aku tak sentuh komputer langsung!!macam tak caya je.....hehehe...hari ni dah sentuh balik...pastu mula la inbox penuh mail....
Ok2....yang penting best giler cuti..dan aktiviti cuti aku tak de apa sangat pun....dok rumah je, pastu kuar tengok wayang dan makan2......jalan raya pun lengang je...tak banyak kete macam selalu...maybe ramai balik kampung kot....ermmmm....
Movie yang aku tengok mesti la X-Men!!..Wolverine yang best tu....siap reserve lagi...takut penuh.....
Mesti ramai yang dah tengok movie ni kan?memang best la...aku bagi 9/10...aksi yang best sekali mesti la masa part akhir tu...Logan or Wolverine or Hugh Jackman ni memang handsome la...dah la gagah perkasa...!!!sekeras2 dia sebagai X-Men ni, still romantik jugak kan....memang boleh bagi 5 star la dekat lakonan dia dalam filem ni...

Monday, April 27, 2009

Mesti tonton!! : Queens of Langkasuka

0 comments
Movie pilihan aku minggu ni Queens of Langkasuka!...Perghh...memang dahsyat giler citer ni...aku tengok hari sabtu lepas kat Mid Valley. Memang tak expect langsung citer ni best camni...dah la main beli je tiket ni sebab mula2 plan nak tengok Jangan Tegur, tapi dah full plak...hehehe..tapi memang berbaloi la tertengok citer ni...Ok, ni la poster movie ni, filem dari Thai..
Untuk movie ni aku leh bagi 9/10 la sebab memang aku tak percaya orang2 perfileman Thailand boleh buat movie lebih kurang tahap Hollywood dah ni...Padahal bila pikir balik Langkasuka ni semua pasal kerajaan Melayu kita kan...tapi diorang plak yang buat filem pasal ni..huhu..Filem ni memang gempak la..bayangkan buat adegan perang kat laut, guna meriam la, pastu ada ikan paus la...ada part lawan pakai keris lagi....dah la hero hensem bangat...hehe...meremang bulu roma aku time dia tunjuk power masa dok atas ikan pari tu...dah la nama hero tu Pari....sesuai sangat la...hahaha....memang aku ngan nuar rasa kagum betul...Korang mesti kena tengok movie ni, bagi yang minat filem2 epik macam ni la...Ok, kalau nak tahu lebih lanjut korang tengok je la kat website diorang ye, aku dah bagi link kat atas....dan trailer citer ni ada kat bawah ni....selamat menonton!!

Friday, March 27, 2009

"Talentime" boleh buat kita gelak dan nangissss.....

2 comments
Semalam aku tengok movie ni....huhuhu....best la jugak...orang cakap Yasmin Ahmad kalau buat filem memang tak mengecewakan...betul ke?hehehe...boleh la..bila tengok movie ni nampak la kelainan filem2 dia. Memang jalan cerita yang susah kita nak terfikir pun...realiti kehidupan rakyat Malaysia..berbilang kaum dan agama....sebenarnya kita patut bangga kita adalah rakyat Malaysia, walaupun negara kita ni kecik je, tapi ada banyak bangsa dan boleh dikatakan kita bersatu-padu jugak la, betul tak?...macam aku ni...ada kawan cina dengan kawan india...boleh je jadi geng...hehehe...best!!
Ok2..aku teruskan dengan komen aku pasal movie Talentime ni ye...aku cakap secara umum je la...citer ni lebih banyak fokus pada bangsa India dengan Melayu je...Cina pun ada, tapi tak banyak.....fokus utama bukan pasal cinta sangat..walaupun nampak ada hero ngan heroin kan....actually couple ni untuk nak kaitkan dua buah keluarga ni je..bukan dapat tentangan sangat pun....sebelah keluarga Melayu tu memang sporting habis...yang sebelah keluarga India tu je macam tak berapa suka hubungan diorang tu sebab ada kisah pahit dalam family diorang, so macam anti sikit la dengan bangsa lain.....

Yang hero india tu bisu dengan pekak, masa mula2 start citer ni kita tak perasan pun sebenarnya...sampai la satu masa bila pompuan melayu ni marah kat dia sebab dia tension sebab budak ni macam sombong je baru la kita tahu...huhuhu....sedih..sedih...last2 pompuan tu pun suka kat dia..pastu terus la diorang jadi couple..yang lawaknya satu part tu kat taman ni tiba2 ada baby2 cute dok main2 dengan pakai lampin je...macam imaginasi yang lain dari yang lain...susah nak cakap...yang penting kelakar giler....hahahaha....
Yang lain2 mesti la part sedih je....memang boleh nangis la pada sape yang berjiwa lembut tu...so, sila la bawak tisu anda bila menonton filem ni ye...macam malam tadi...semua cam tiba2 batuk la...pastu diam....mesti dok feeling sorang2.....hehehe...termasuk la aku....Apa-apa pun tahniah la kat Yasmin Ahmad sebab dapat hasilkan filem macam ni...walaupun ada part yang agak over sikit....tapi boleh la....so, selamat menonton filem ni semua!!!

Thursday, March 26, 2009

Jom tengok "Talentime" malam ni!!

0 comments
Malam ni nak tengok movie..yeeeeaaa....awal2 aku dah reserve..hehehe..sebab aku tengok trailer citer Talentime ni cam best je....aku selalu tengok wayang kat GSC Alamanda Putrajaya sebab panggung kat situ memang best dan selesa...maklum la baru je bukak....Ok2, kepada sesape yang tak tengok lagi dan nak tengok nanti boleh la usha2 trailer citer ni kat bawah dan tengok link movie ni kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi...pastu, esok aku bagi komen ye......
---->link website Talentime


Tuesday, February 24, 2009

Slumdog Millionnaire!!

0 comments
Tahniah kat filem Slumdog Millionnaire sebab menang banyak award kat Anugerah Academy ke-81 atau Oscar kelmarin....filem terbaik tu.....tak sangka plak movie ni dahsyat sangat.....sebabnya aku dah tengok sebelum kuar kat wayang lagi....masa tengok movie ni macam tak dak perasaan je..tengok pun sebab Mala suruh tengok..hihi..dia la download, ntah dia dapat info kat mana tak tahu la....ada cable ler tu....huhu...
Jalan citer dia ok la...lain dari yang lain...pastu citer pasal kehidupan..memang betul2 tunjuk tahap kemiskinan kat sana...yer la dah nama tajuk pun slumdog = penduduk setinggan/miskin..and patut la budget untuk filem ni murah je....tapi hasil dia memberangsangkan....whatever la...hahaha...last2 semua pakat layan hindustan lepas ni...

hero ngan heroin filem ni...huhu...

bangga dapat award...baru sekali berlakon dah menang banyak......

Filem lain yang banyak menang...The Curious Case of Benjamin Button...filem ni pun aku dah tengok hasil daripada download je...tak payah pi tengok kat cinema berdekatan pun....filem ni nuar amik dari komputer zul...(citer habis)...yang ni pun tengok dengan tak de perasaan...agak bosan gak citer ni...dah la panjang...jalan citer slow...and kisah pasal kehidupan gak....memang style macam ni kot boleh menang award...hahaha....tapi kisah dia sedih la...sebab dia ni macam ada penyakit..lahir2 dah tua kerepot...makin lama makin muda...sampai la jadi baby...pastu mati...tapi citer ni sikit2 nak wat projek...ermmm...

poster filem ni....

tengok la ni...kan betul...walaupun tua...tak kisah pun pompuan ni...

Tuesday, February 03, 2009

Boring...boring.....

0 comments
Weekend lepas ni memang boring....aku sampai tak tahu nak pegi mana dah...dok rumah pun boring gak, japgi keje nak tido je, kalau kuar at least boleh sembang2 dengan nuar, window shopping pastu cuci mata...hehe...ntah apa2....bila dah boring2 tak tau pi mana, jalan terakhir yang boleh buat tengok wayang la...latest movie yang kami tengok citer Inkheart...best jugak citer ni.....point citer ni...Brendan Fraser ni ada kelebihan/magic/power...bila dia baca mana2 buku dengan suara yang kuat...watak dalam buku tu keluar...pastu akan tukar dengan orang yang lain kat dunia..so, masa dia baca satu buku tu (tajuk buku tu Inkheart la), keluar orang yang watak jahat dari buku tu..pastu wife dia hilang, masuk dalam buku tu..huhu....then, dia kena cari balik la buku tu..ermmmm....yang selebihnya pi tengok sendiri....hehe....(malas nak citer)

Esoknya.....arghhhh....boring lagi tak tau nak pi mana...(macam la kena paksa pi mana2)........
hahahaa..ok2...ada je tempat nak pegi sebenarnya..on the way masa nak round2 kat kl, ternampak la macam ramai orang je kat dataran, ada event kot, pastu nampak banner, "ekspo kerjaya bersama angkatan tentera malaysia"...macam pameran gak, sebab ada kereta kebal, senapang, peluru dan mcm2 lagi la....kami pun tengok je la...semua orang yang ada kat situ especially budak2 la, muka macam semangat je nak jadi tentera, termasuk la sorang tu kan.....hehehe....kami dok kejap je kat situ sebab hujan renyai2, tanah becak pulak lagi, pastu sempat la jugak aku snap beberapa view yang menarik kat sini..

semangat!!..syukur negara kita aman je..NO WAR..

ada bakat...

Only you...pertama dan terakhir...

Monday, December 01, 2008

Ayat-Ayat Cinta...

2 comments

Aku baru dapat tengok movie ni semalam...huhu..dah lama dok cari..last2 download kat Bittorent kat ofis, semalaman je dah siap..haha, berjaya gak..kembang hidung sikit..oo..
Ok, dah2...

Pendapat aku pasal movie ni :

Fistly,cerita ni memang best dan menyentuh hati...sangat islamic..dari segi muzik dan jalan cerita..ye la, berlakon pun kat Mesir kan..
Fahri ni memang nampak lelaki baik dan alim...rupa dia biasa je...tapi, 4 orang perempuan minat kat dia....fuhhh....lelaki idaman wanita betul..
Aishah pulak mmg cantik walaupun nampak mata je...masa tak pakai tudung pun cantik jugak la...

Part yang aku tak boleh tahan@yang menyentuh hati@buat aku nangis....

1. Masa mak Fahri call Aishah..rasanya first time dia cakap dengan menantu dia tu,tapi dah jadi perkara buruk...anak dia dalam penjara...sedih sgt bila dua2 nangis dalam telefon.....tabahnya dua2 wanita tu...
2. Sedih jugak bila Aishah suruh Fahri cakap 'saya mencintaimu Maria' bila dia nak rakam suara Fahri untuk bagi Maria dengar tu...terkejut gila Fahri bila Aishah cakap mcm tu...baiknya Aishah, pengorbanan seorang isteri...
3. Masa dekat hospital masa lepas Fahri dah kawin dengan Maria,Aishah tgk je suami dia pegang tangan dan cium Maria,last2 dia lari nangis kat luar...isteri mana yang tahan tengok semua tu....
4. Masa dalam penjara..Fahri nak sembahyang,dia tak boleh angkat takbir,nak nangis je...huhu....dugaan dia besar sgt...banduan dalam tu boleh gelak je...lagi2 bila Fahri dapat surat kena buang dari Al-Azhar..
5. Cakap banduan yang duduk dengan Fahri tu memang betul..dalam Islam,"Sabar dengan Ikhlas"...dua perkara yang diuji untuk setiap umatNya....memang betul pun...aku mmg susah sangat nak buat perkara ni..sabar dan ikhlas...
6. Part yang sayu lagi masa Fahri diumumkan tak bersalah masa kat mahkamah..dia terus sujud syukur..lepas tu Aishah terus pegi dekat dia...rasa indahnya ikatan suami isteri tu..saling memerlukan..dengan perjuangan Aishah yang bersusah-payah cari bukti untuk suami dia...... Subhanallah...
7. Last sekali,mesti la part yang diorang solat bertiga tu..mmg menyentuh hati.....akhirnya Maria meninggal dunia...

Betul cakap seseorang tu,Sungai Nil dengan Mesir memang tak boleh dipisahkan.....kalau tak de Sungai Nil,tak de la Mesir...hanya padang pasir...
Insyaallah kalau ada jodoh...aku pun teringin nak pegi tengok Sungai Nil tu.....aminnnn...........
Blog Widget by LinkWithin




 

My Blog!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez