nuffnang ads

recent posts

Showing posts with label SECRETARY'S DIARY. Show all posts
Showing posts with label SECRETARY'S DIARY. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Opis Baru VS Opis Lama

Hi guys..

Pindah
 
Lately ni aku busy pindah opis..ikut bos kesayangan naik pangkat..tahniah bos..u deserve it..ikutkan hati memang aku taknak pindah, sbb dah selesa kat opis lama, dah ada geng gosip, senang parking, lagipun itulah opis pertama aku since aku posting enam tahun lepas..Diam tak diam, dah enam tahun aku keje..Dulu masuk keje umo 19 tahun, naif je time tu, akulah yang paling muda skali time tu..sekarang, rasa janggal bila dah ramai adik2 yg panggil aku akak..terasa diri begitu tua..huhu..disebabkan itu, aku terima pelawaan bos untuk ikut dia berpindah..haha..takdelah, aku pindah sebab its time for me to transform ye dok..tak berkembang otak duduk kat tempat yang sama je..lgpun, pindah tempat lain boleh belajar macam2 lg..and one more thing, bos naik pangkat dptlah aku naik elaun sikit..hewhew

Kt opis baru ni so far so good..tak reti lagi nk bergaul..lgpun semua macam busy je..ke dorang buat2 busy? haha..tp bibit2 perkenalan tu dah ada..cuma belum lg nk turun makan sesama ke, gegosip ke..opis baru kecik, org2 pun tak ramai nak compare kt opis lama..

Aku rasa aku masih belum serasi lagi keje kat opis baru ni..Sebabnya, sekarang ni pas isyak je mata aku mesti dah terkatup dah..badan letih semacam..mungkin penat mengemas tak habis lagi kot..dah lebih seminggu kat sini PC ngan Printer pun tak dpt lagi..berbekalkan wifi free aku terpaksa la buat keje dengan menggunakan laptop sendiri..Bolehlah daripada takde..keje ini jam kalau takde laptop/pc dan internet connection mmg tak boleh nak buat keje dah..aircond pun tak terasa sampai bos kena bawak kipas..adoiyai..mcm2 hal..tp semua tu aku dah uruskan mana yang patut, sat g dorang naik la betulkan aircond tu kan..positif2..

Okaylah, nnt aku update lg pasal opis baru aku ni kalau ada cite yg menarik.

MH370, please come back safely!

Hari ni masuk hari yang ke-12 kehilangan MH370..Harapnya misi pencarian pesawat ni terus berjalan lancar dan diredhai Allah hendaknya..Hentikan spekulasi dan tuduhan2 yang tidak berasas..Kalau ada opinion mungkin boleh disalurkan dengan cara yang betul dan tidak hanya mengharapkan publisiti murahan semata-mata..Mungkin ramai yang mempunyai pandangan dan teori tersendiri, kalau rasa nak bentangkan, buatlah surat ke, emel ke kat pihak berkuasa..Penyebaran maklumat2 yang palsu ni boleh mengganggu emosi keluarga penumpang dan krew..Cuba ada rasa empati dan simpati sikit, ataupun yang lebih tepat berperikemanusiaan sikit..Besarlah harapan aku kepada pembaca blog aku sekalian sekiranya semua yang ada disini adalah tergolong daripada insan2 yang tidak membuka aib orang..Tak payahlah nak share2 benda yang tak berfaedah..Kalau nak tolong pun, tolong tengok dan tolong doakan je dah memadai..Ok?? Aku tau korang2 yang kat sini semuanya berfikiran positif dan baik2 orangnya..hehe..Let's pray for them to come back..:)

Last Semester weeeeehuuuuu!

Hujung minggu ni ada kelas..1st class untuk final sem..Semester ni aku berani mati nak ambil 6 subjek..Sebabnya aku malas nak tambah lagi satu sem..Aku tak dapat nak bayangkan lagi macam mana gaya aku nanti, lebih2 lagi di ambang exam..kuikui..so, aku kena pinjam tagline Janggel #bertabahlahdemikerianganberganda sebabnya aku pun tak sabar nak habiskan study dan lepas tu boleh fokus untuk persiapan kawin pulak..eh!

jangan buat spekulasi. sekian.

Wednesday, March 27, 2013

Melaka, Malaysia - The Historical City

Sebelum start menaip lagi dah tarik napas dalam-dalam..Mana taknya, banyak cerita tertangguh yang belum update..Sebelum cerita-cerita ni sume jadi basi, baik aku cepat-cepat update..Ni kira back-to-back trip sepanjang bulan Februari dan Mac tahun ini.  Ayuh kita mulakan!


Ada tak sesiapa yang kat sini yang tak pernah pergi Melaka?? Kalau umur korang bawah 12 tahun, boleh terima lagi, tapi kalau dah lebih tu, pakat-pakatlah bawak mak abah adik kakak ke Bandaraya Bersejarah ini ye.  Bila lagi korang nak tengok A Famosa selain daripada dalam buku teks Sejarah tu kan. hehe.

Masuk kali ni, aku pun tak tau lah dah berapa kali aku jejakkan kaki di bumi Melaka ini.  Waktu zaman sekolah, ada la tiga empat kali kot, bila dah besar ni, lagilah banyak kali.  Tapi kunjungan aku ke Melaka hujung Februari lepas bukanlah sekadar menghadiri kursus semata-mata.  Aku rasa, ini adalah kursus pertama yang aku berpeluang keluar macam ni, kalau setakat kursus duduk terperap dalam hotel ataupun bilik latihan tu biasa, ini yang real punya, sebab kursus kami ada program Explorace.  

Macam biasa lah, kalau dah nama kerja kerajaan ni, memang diwajibkan hadir kursus 7 hari setahun dan aku tak terkecuali.  Selalunya, aku akan hadiri kursus in-house aje, sebab kursus kat luar selalu kena time-time aku ada kelas ataupun aku exam..Tapi kali ni aku dapat meloloskan diri daripada alasan-alasan itu semua.  

Ni group aku, sume otai2 tau, akulah plg muda..tapi mereka sgt cool..dah baya omak2 abah2 tp tetap maintain..cayalah!
oh, don't mention about my terkelendat jumping pose, ada kesilapan teknikal sikit..ahaks!

Dah rasa macam Running Man pun ada gak. hehe. Explorace berlangsung di sekitar bandar Melaka.  Kami dilepaskan di Dataran Pahlawan dan menerima tugasan-tugasan di setiap 10 checkpoint yang telah ditentukan.  Dalam pada tu, aku sempat la snap beberapa tempat menarik di bandar Melaka yang menjadi checkpoint kami. hihi.  Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Salah satu tugasan individu yang kitorang dapat time ni kena dapatkan nama, no.ID dan tandatangan orang awam di sekitar kawasan tu.  Aku rasa agak mencabar task ni sebab tak semua orang senang-senang nak bagi no.ID kat sebarangan orang kan, tapi group aku dapat setelkan task ni dengan baik dan disebabkan itulah group aku menang tempat pertama Explorace ni.. 

Jomlah tengok gambar-gambar yang sempat aku snap, kebanyakannya ialah tourist spot yang ada kat Bandaraya Melaka ni, memang adventurous sebabnya daripada satu checkpoint ke satu checkpoint ni kami jalan kaki je, menapak okey!! Daripada pukul 2.00 petang sampai pukul 5.30 petang..Di bawah teriknya sang matahari dan peluh pun memang tak segan silu menitis-nitis membasahkan ketiak..hehe..tapi kalau nak ikutkan kalau aku travel kat negara orang, lebih kurang camni la jugak menapak even worse than that..Teringat kat Bangkok dulu, memang tolak tepi baju cantik2, pakai tshirt ngan jeans je, sebab memang panas nak mampos..tapi kat Melaka ni okey sikit la, baru la feeling2 tourist gittew..










Cerita Sejarah? Itu lain kali okey, sebab korang boleh selak balik buku ataupun google je sendiri..Maybe next time boleh lagi datang dan jalan lagi jauh! Banyak lagi tempat tak cover ni, asam pedas tak sempat, Jonker Walk pun tak cover lagi..Melaka, sehingga kita berjumpa lagi!

So, belilah barangan buatan Malaysia. Eh? (aku support tau, beli tiket flight AA tu, kira Malaysian Brand gak kan??)




Thursday, January 3, 2013

CAFE TUTUP!

Diumumkan bahawasanya kafeteria pejabat aku DITUTUP sehingga diberitahu kelak..
Berita sedih, pilu dan sentap itulah yang aku terima masuk-masuk je ofis semalam..
Pilu melihat keadaan kafe yang meletup kebabom itu..
Punca-punca kebabom belum dapat dikenalpasti kerana pihak berkuasa masih menyiasat..
Gambar pun tak boleh ambil dan diupload sewenang-wenangnya..siap announce lagi bagi warning..dasat!
Semua rakyat jelata di ofisku ini memanjatkan syukur kerana perkara itu tidak berlaku sewaktu waktu pejabat..Kalau tidak, pasti ramai yang almarhum..nauzubillah..
So, diumumkan bahawasanya, mulai semalam, operasi membawa bekal secara besar-besaran telah diadakan, segala jenis mangkok tingkat, tupperware, apple lady mula menjadi idaman para penghuni pejabat..maka berbondong-bondonglah semuanya ke pejabat, tak cukup tangan membawa beg, handbag, bakul dan plastik berisi makanan untuk bekalan seharian..
Dan aku pulak? Masak? Bawak bekal? Meme tak ah! 
Semalam, nasibku baik sebab ada lagi stok susu Dutch Lady + Koko Krunch kat dalam lemari, so mentekedarah itu je la sepanjang pagi..Lunch? Menapak sampai ke building sebelah yang jauhnya bolehlah membasahkan ketiak! Sedih! Plan ngan ofismate, Isnin Khamis kita puasa je lah, Selasa Jumaat ada pasar tani depan opis, so hari Rabu je la kena menapak..Baru hari kedua, nampak ramai yang mengeluh..Aku ambil kesempatan untuk bayar hutang puasa, lagipun kalau puasa tak la rasa stress sangat nak memikir nak makan ape kan..Lagipun, ini lah masa yang paling sesuai sebab tak ada kelas malam, so boleh buka puasa kat umah ataupun di kedai2 idaman..Penyakit bila puasa ni macam biasa dah datang, pantang tengok, macam-macam pulak yang tekakku teringin..heppp!
Berapa lama la agak2 perkara ni akan berterusan?
Sebulan? Setahun? Ayooo....nak kena carutz kat twitter la tuuuu...
Adakah ini petanda kepada aku untuk mengslimkan sedikit badan yang sudah lari shape ini?
Tepuk dada tanya iman? wah!

Tuesday, May 22, 2012

uCOACHme..:)

dah lama cikPA tak cerita pasal cikpuanBOS kan? hehe..sebab cikPA lately ni sgt2 busy dengan urusan study, family and friends..almaklumlah, sekarang ni musim kahwin and musim beranak. lepas sorang2 beranak membuatkan cikPA yg busy nak attend wedding n nk pegi jenguk anak2 buah cikPA tu.

keje kt opis ni cm bese la, ada masa byk keje, banyak la sangat, time takde keje, boleh la cikPA buat assignment..kekeke..pejamcelikpejamcelik, dah nak masuk 5 tahun cikPA keje kat BPP ni. rasa sayang sangat dah kt opis ni, tak sanggup rasanya kalau cikPA nak pindah keluar.  walaupun kadang2 rasa tension dan penat, tp kawan2 kt opis ni memang best dan sgt sporting.

alkisahnya nak cerita pasal cikpuanBOS. cikpuanBOS cikPA ni tak pernah lupakan cikPA kalau pergi ke mana2, baru2 ni cikpuanBOS g amareka..tak sangka die blikan cikPA beg coach..tq boss!


tp dalam penat2 bekerja ni kan, cikPA selalu berdoa agar Allah sentiasa memudahkan segala urusan cikPA. yela, kadang2 kita ni manusia kan, bukannya perfect mana, ada je salah silap. klu cikpuanBOS marah tu,kira die syg kat cikPA la kan..think positive and outcome die akan selalu jadi positive jugak. cikPA doakan cikpuanBOS sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat naik pangkat! amin!


Wednesday, December 21, 2011

Weng Weng

keje..keje..keje..assignment..keje...study...assignment...presentation...keje..keje..keje..study..keje.study.keje.!

Maaf, otak Weng Weng (bukan nama sebenar) disahkan mengalami gangguan akibat terlebih muatan dan melimpah-limpah sebab malam ni ada presentation ethics.

Hope semua berjalan dengan lancar dan tidak dihentam oleh Encik Pensyarah.

Sekian. Kbai!

Saturday, December 17, 2011

Pizza San Francisco

Tak tau la kenapa sejak dua menjak ni, tekak asyik nak makan sedap je.  Sebelum ni boleh tahan-tahan lagi, almaklumlah kena ikat perut nak simpan duit.  Tapi sekarang masa untuk enjoy dengan duit hasil titik peluh saya sendiri.

Lunch Jumaat yang panjang adalah masa paling sesuai untuk hang out dengan puan2 sekretari BPP.  Sebabnya mereka semua dah kawen, susah sikit nak ajak time lain. hehe. Pagi-pagi lagi dah google nak pergi makan kat mana, hasilnya, ini diaaa.  Pizza San Francisco uols...g la usha!

let the pictures tell the stories......:)

mmg unik pizza ko letak cili api..curlasst!

jemput makan....:)

Mocha Latte..kak G kata pahit..hehe
Ice Lemon Tea je cik Jah...

Bruschetta...Suggested!

Beef Nachos..Not bad..

Lasagna Chicken..Sedap!

Aglio Olio Chicken..*akibat menonton drama Pasta*

Pizzaido..masih tertanya2 kenapa die tabur cili api..pedas siot!

Banana boat..haha..


Peghabeh makanan...muke kenyang..hehe

Cover mulut penuh..ngeee

Korang dah berenti? aku belum! haha..makan moh!

Licin!!!

Ambek  kau!
Balik ofis kekenyangan pastu mengantuk..memang best!

Wednesday, April 27, 2011

kehidupan SEBENAR seorang gadis..





tajuk nak gempak je. tapi tak ade apa2 pun. aku tengah bosan.walaupun masih bertitle cik, tapi aku gadis yang sangat busy.tak tau la kalau dah kawen dah ada anak nanti macam mana kan.

tapi mungkin masa itu semuanya telah berubah.


kebusyan terlampau aku adalah disebabkan banyak perkara.untuk bulan ni dan bulan depan, aku busy berganda-ganda.mana taknya, sekarang tengah exam, for sure la bertan-tan buku yang nak kene baca.tambah pulak, akak aku akan berkahwin hujung bulan ni.dengan nak cari baju glemernya, baju dah ada, tudung lak nak kena cari.pening-pening. tengah sibuk nak buat semua benda tu, kete nak kena servis pulak.melayang duit aku.dah la baru je melayang gara-gara kete aku ditoreh, kena cat balik.dan lagi satu, panas lagi berita ni, kena saman la pulak sebab melebihi had laju yang ditetapkan.ate, abang pulis ni pun! sabo je la.duit melayang-layang pergi atas sebab yang tak sepatutnya. bengang kan?!sabo je la.bak kata P.Ramlee.... DUGAAN~



kembali cerita pasal kenduri, baju glemer, dan tudung lip lap lip lap.baju glemer tak jumpa, yang jumpe baju yg nmpak aku kurus dan gojes.itu yang penting. KURUS. haha. walaupun hakikatnya bagai menelan serpihan kaca..tudung? nak cari kunun2 cam tudung Dato' CT. nak ada liplap2. tapi susah betul nak jumpe.memang tak jumpa lagi ni. petang ni nak kene round lagi satu kota nak g cari.apa2 pun la, janji kaler matching.kang glemer je lebih tapi kaler dah macam bendera wat ape kan. habes jatuh saham den!


kasut? takyah ngada2. pakai je apa yang ada. sudahnya nanti selipar jepun jugak yang aku sarung. (sebenarnya nak, tapi duit tak cukup) uwaaaaaaaaa...

lagi? owh..semalam dah g IKEA. beli gelas yang mama nak. setel satu benda. esok nak kena amek comforter kat dobi. comforter lama2 kat umah kampung tu kena la kasi wangi sikit nanti ramai yang nak tido masa kenduri kan. banyak betul tanggungjawab gadis ini kan?

lagi? study? baru masuk chapter 2 Organizational Behavior. praktikal dah banyak, tapi teori tak tau. banyak gak yang nak kene study. aduss. malam ni kita jumpe ye buku. rasa bersalah betul pada kamu. nak tak nak, malam ni kena cover 5 chapter, malam esok lagi 5. go go power rangers!

lagi? kompem2 la aku busy tahap petala kelapan time kenduri nanti. pada encik buku, sila bersabar, pasti ada masa untuk kamu. untuk cici, selamat pengantin baru. ucap awal2 takut esok busy beno tak sempat nak bagi ucapan. hihi. untuk en.bambino, sila jawab pekse dengan bersungguh-sungguh, nanti lauk-pauk kenduri saya simpan baik2 untuk kamu. tak pun nanti saya masakkan lauk pengantin khas untuk kamu. berhati-hati di jalan raya juge nanti ye.






okeyla, masa untuk study. upssss. masa untuk kerja. daaaa!

Friday, March 11, 2011

CUTI KE TAK SEBENARNYE?

hari RABU jam 9.00 malam..

nampak lampu hp kelip2 sbb silent mode..
msg dari cikpuan BOS : saya nak cuti hari JUMAAT. Dah apply ke dlm HRMIS?

cik PA : Puan ckp aritu tak confirm lagi nk cuti, saya belum apply lagi. Esok sy applykan.
(dalam hati, yabedabeduuuuuuu!)

hari KHAMIS jam 8.00 pagi..

sambil lalu je sekali imbas kat meja aku sempat drop arahan...

cikpuanBOS : izyan jangan lupa applykan cuti saya esok ye.

cikPA : ok puan! (dengan begitu semangat terus je bukak HRMIS dan applykan cuti bos)

hari KHAMIS jam 5.30 petang..

Setelah aku menyiapkan segala macam jenis kerja, selesaikan mana yang urgent dan sanggup menunggu cikpuanBOS balik dari workshop pukul 5.00 petang...

cikpuanBOS : izyan, mana surat2 yang urgent?

cikPA : semua ada atas meja puan.

cikpuanBOS : banyak kerja nak kena setelkan, esok saya tak jadi la cuti.

cikPA : dush3!!

hari JUMAAT jam 9.00 pagi..

cikpuanBOS : saya ke hospital sekejap ye izyan, lepas rehat saya masuk balik.

hari JUMAAT jam 3.15 petang..

cikPA : mane BOS saya tak balik2 ofis lagi ni???

dan kedengaranlah bunyi henpon menandakan cikpuanBOS call!
cikpuanBOS : izyan, saya cuti la hari ni ye. kejap lagi saya dtg ofis ambil barang saya sekejap.

cikPA : (erk!) okey puan..

aku pun confuse dah sebenarnya ni.....

Tuesday, January 18, 2011

JOM JALE2 DI KELATE

khairul fahmi, tunggu i ye kat kelantan tu..sat g i sampai..

*cuba memujuk diri*

esok kul 10.00 pagi saya naik bas ke kelantan, no airasia, no MAS okeh!
rombongan cik kiah dengan membawa poket yang kosong..
set in mind nak bergumbira je..
kalau boleh cam nak tinggalkan henpon, sebab nk berlonely planet kt sana..

malam ni ade kelas, tekan minyak tekan brek lebih kurang pukul 11 sampai rumah..
baju tak packing lagi..
barang2 nak bawak tak listkan lagi..(sgt tak eksaited)
tadi baru je beli seluar slack (sbb nk seragam la kan.....dush3!)
yayan, adakah anda bersedia?!

Friday, January 14, 2011

saye terpakse melakukannye...tanpa rela

sigh sigh sigh!

yep, cikPA mengeluh dan terus mengeluh..
cikPA takmo, tapi dah tak de option..
cikPA taknak pegi kelantan!
sebab cikPA nak spend cuti umum kat rumah sambil berehat bersantai..
tapi cikPA kena pergi jugak sebab terpaksa!

cikPA tau cikpuanBOS nk reward cikPA bawak p jalan2 cuci mata..
cikPA tau semua tu..
tapi cikPA mcm tak happy sebab cikPA tengah pokai..
yang ade tinggal duit PTPTIPU untuk cikPA bayar yuran..
cikPA taknak ponteng kelas, tapi cikpuanBOS yang suruh!!

cikPA bagi alasan mula2 yang cikPA ada kelas...
cikpuanBOS suruh ponteng!
cikPA bagi lagi alasan, sayang nk ponteng...
cikpuanBOS suh cikPA naik flight the next day! siap nk suh driver p jemput cikPA kat airport...
cikPA PA je lah cikpuanBOS....segan la kan....
skang ni cikPA berbelah bagi..
cikPA takmo pegi...isk isk isk..

Thursday, November 25, 2010

JEPANG OH JEPANG

nak dijadikan cerita, tiba2 ada satu call sesat daripada orang Jepun mana entah..orang tu ckp dengan operator ofis aku, budak tu cuak tak tahu ape benda yang disebut orang jepun tu, lalu mempass kan la line tepon tu kat aku..

sebenarnya simple je kot yang dia nak tahu, nak laman web MOF, tapi dia punya cakap berbelit, sambil tahan2 napas tu yang takleh blah..

PA : yes sir, what can i do for you?

JEPUN : www.mof.gov.my? yes no?

PA : you want mof web address?

JEPUN : mof..yes..ministry of foreign affairs? (slang sebenar, " ministi op parin afair")

PA : (ape yang ko nak sebenarnye ni?) do you want Ministry of Finance web address or Ministry of Foreign Affairs? which one sir? i give you both ok? (malas nak layan dah)

dan aku pun terus la mengeja macam orang baru belajar membaca kat orang Jepun tu kan..pastu dia nak no.faks la bagai..aku search je kat internet aku bagi..pastu ada hati lagi tu...

JEPUN : wat co nem? i wan to know..i want to thank you..

PA : izyan, sir... I.Z.Y.A.N (time ni rasa cam nak menipu tapi kesian)

JEPUN : ijan? ijyan?

PA : IZYAN!

JEPUN : okay2..tenkiyu, ijan..

penat woo layan orang Jepun..tak faham langsung English..kena cakap satu2, kena eja satu2..ada lagi yang dia nak cakap, ntah apa2 bahasa aku pun tak faham..tapi bila dah start merepek2, aku letak je tepon..kejamke? heee...daripada aku melayan dia, baik aku g hantar cikPUAN bos pulang ke rumah..

tapi kalau korang jadi aku, mesti korang lagi tension kot..rase cam nak cakap bahasa kucing je ikutkan..huhu..

Monday, November 22, 2010

AMOUR DE LA FRANCE

paris..saya hampir ke situ..hampir bukan bererti dekat tetapi nyaris..kalau saya korbankan duit simpanan tabung haji yang saya dah simpan sejak mula bekerja dulu, semata-mata memenuhi impian saya ke situ, mungkin sekarang saya sedang sibuk mencari baju panas..tapi saya tak sesanggup itu..
pelawaan bos mengajak saya ke Paris difikirkan semula..kenapa perkara ni terjadi sekarang? bukan tahun depan?kalau tak, mesti saya dapat menjejakkan kaki saya ke Paris..airasia pulak, kenapa sekarang wujudkan penerbangan ke Paris? kenapa bukan dari dulu? kalau daripada awal dulu, mesti saya dah booking tiket awal-awal lagi! mungkin juga tidak perlukan pelawaan bos..tau tak kalau naik MAS saya kena korbankan dua bulan gaji saya??abes tu nanti saya nak makan apa?duit kete nak bayar pakai apa??bengong kepala sekejap bila tengok iklan airasia hari ini..

nak tengok?klik kat sini..

http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr330211.html

semuanya hanya tinggal angan-angan..bos akan berlepas ke Paris minggu depan..saya tinggal di Malaysia, tapi tak apa, saya gantikan percutian itu ke Langkawi..

Langkawi best ape??!!

paris...eleh, macam best sangat!
uwaaaa...sedeynye takpat g Paris!!

Wednesday, October 20, 2010

SABAR AKU BERTEMPAT

kadang-kadang pelik dengan sikap manusia ni..kita tak cari gaduh ngan dia, dia pulak yang nak carik gaduh ngan kita..tapi takpe, cukup sampai sini kau nak menyusahkan hidup aku..

dulu, kau suruh aku buat keje time aku tengah busy, memanglah aku tak sempat nak buat benda yang kau suruh tu..keje yang kau suruh aku buat tu, bos aku suruh kau yang buat, bukan aku..tak ada pulak dalam senarai tugas aku buat kerja yang diarahkan oleh kau..lagi satu, kau bos aku ke nak suruh2 aku wat keje, aku orang bawahan kau ke?

bila sampai dah mengata aku kat orang lain tu, memang bagus sangat la kan..tapi takpe la, aku pun dah mengata kau ni, kira fair n square la ye tak? aku jarang marah2 cmni, tapi sabar aku bertempat..

sekarang ni, jangan harap la aku nak tolong kau lagi. dulu tu aku tolong kau dah kira nasib baik. nak mintak tlg buat cara nak mintak tlg..dengan orang yang aku berurusan sebelum ni, dalam tension2 aku tak sempat nak buat, at least dia faham jugak, tak de la mendesak aku macam tu..kadang2 aku pelik, aku tak ada kena mengena pun dengan keja yg diberi tu.. hanya disebabkan bos aku lead benda tu, tak semestinya keja2 berkaitan dengan tu aku kena buat..lagipun ada ajk yang tersendiri kan. suh la orang2 lain tu yang buat keje. suruh aku kenapa? dah tu kalau aku lambat buat, kau jugak yang melenting. pasni kau buat la semua itu..kalau fikir diri tu bagus sangat, nape sampai sekarang tak jadi bos pun.

setel! release dah tension aku..

Tuesday, October 12, 2010

PAPERWORK OH PAPERWORK

cikPA semenjak 2menjak ni memang busy dihujani dengan paperworks. cikpuanBOS cikPA tu baru balik dari kursus PTK, so dengan PA sekali ambil PTK6 sekali dengan dia dalam erti kata lain, cikPA lah yang kena menaip segala macam paperworks dia yang banyak tu. nasib baik cikPA tak disuruhnya buat ayat, itu lagi haru! Tapi itu juga sudah menjadi kebiasaan cikPA. dulu cikPA tak pandai nak deraf surat ni, sekarang cikPA sekali deraf je, cikpuanBOS terus sign. bukan nak meninggi diri ke apa, tapi jauh di sudut hati cikPA berterima kasih dengan cikpuanBOS kerana banyak memberi tunjuk ajar kat cikPA. cikpuanBOS suruh cikPA simpan semua paper yang dia buat untuk jadi rujukan cikPA kalau dah jadi pegawai nanti. banyak juga ilmu2 pengurusan yang cikPA belajar melalui cikpuanBOS.

dia seorang bos yang sangat cikPA kagumi. memang cikpuanBOS cikPA ni agak garang, tapi dia seorang yang baik hati. kalau marah pun bertempat, cuma kadang2 tu tersasar la jugak, tapi cikPA dah biasa, cikPA buat layan tak layan je. kadang2 cikPA pun ada hari2 yang cikPA bad mood, biasalah tu perempuan. kadang-kadang cikPA hairan tengok bila ada segelintir individu ni takutkan cikpuanBOS. bagi cikPA cikpuanBOS tak akan marah kalau kerja yang diberi tu dibuat dengan cara yang betul. cikPA rasa, takut tu perlu ada, tapi yang penting kita hormatkan bos kita. tapi yang penting, bagi orang yang dah mengenali cikpuanBOS dia mesti tahu hati budinya. kalau dia marah tu, takyah simpan dalam hati, ambil positif dan ignore je kalau rasa macam tak salah. sebab dia marah sekali tu je, lepas tu dia tak ingat dah.

eh, leka pulak kat blog ni lama2. abeslah tak siap paperwork cikpuanBOS cikPA tu kang. ada sikit lagi cikPA nak taip..daa~

Tuesday, June 1, 2010

yeay..dapat cokelat..=)

heeeeeeeee....

saye dapat cokelat~

jangan jelesh....=)



ni dia, cikpuanBOS bagi....lebiu la~

bowling tournament..



yeay...dpt invitation~
wlupun korang salah eja nama aku, tapi tak kesah la..janji rocks!

first time aku join tournament bowling ni..tapi takpo, aci redah je...walaupun aku tak terer, tp tetap menyumbang mata pada hari kejadian..kui3..

tQ..tQ takaful malaysia for the invitation..
kak ju memang best~ (dialah org yg bertanggungjwb suh PA2 ni join)



time ni kitorg dipecahkan, aku team ngan k.bee, kak g satu team ngan kak ida..

tp yg pastinya kitorang bukanlah juara..hanya juara longkang...yeehaa...



so, ini dia gambar2 calon juara longkang..hee...jangan maraa...


yg penting, kalah n menang sume dpt hamper..kih3..bagus2, len kali buat lagi..=)


Monday, May 31, 2010

bos cuti..

hari ni cikpuanBOS cuti laa...byk je keje, tapi takde mud nk buat since ketiadaan cikpuanBOS..hehe..bley tak?..cikpuanBOS gi Langkawi..hmm...ape la agaknye cikpuanBOS belikan utk cikPA die ni kan..dari pagi mengadap pc, petang ni nk start buat keje filing ngan kemas kertas2 yang dah bersepah kat bilik ni..hee...=)

Thursday, May 20, 2010

blekBERI ooh blekBERI.. Part II

cikpuanBOS : izyan, tukakan ringtone sy tu, boring la bunyi dia..
cikPA : hehe..okey puan, puan nk set lagu ape?
cikpuanBOS : sy nk lagu waliband yg cari jodoh tu...
cikPA : owwh...lagu tu saya ade, nnt sy bluetooth la kat henpon puan ye..
cikpuanBOS : lagu ape lagi yang kamu ade? lagu aizat yg pergi tu ada tak?kalau ade send sekali ye..lagu rabbani ke?
cikPA : lagu aizat ade...(rabbani?ish3..baru sedar takde lagu nasyid pun dalam henpon aku)

yang bukan2 je bos aku mintak...adeh..
MySpace

dan sekarang, aku berhempas pulas memblututkan lagu kt henpon die...

Wednesday, May 19, 2010

blekBERI ooh blekBERI..

kisah blekBERI bermula pada 18Mei2010.
cikpuanBOS mengajak cikPAyangpatuh ke Kajang untuk membeli henpon,
cikPAyangpatuh pun bertindak menurut perintah.MySpace
perjalanan yang bermula jam 12 tengahari dan kereta telah dipandu oleh pakincikPILOT yang sedia membawa kami ke mana jua.
sekejap je pakincikPILOT bawak, dah sampai ke Celcom Center Kajang.
disitulah cikpuanBOS berhajat untuk mengupgradekan henponnye.
dengan hanya menambah beberapa sen sahaja duitnya, yeay...blekBERI itu menjadi kepunyaan cikpuanBOS..keriangan jelas terpancar di riak mukanya..MySpace
itupun setelah hampir 2 jam penerangan oleh pakincikJUALhenpon di CC itu..
jam menunjukkan pukul 2.25 petang..cikpuanBOS ada meeting sebenarnya pukul 2.30 tp cikPAyangpatuh ni awal2 dah call office mintak tangguh masa ke pukul 3petang..hehe
MySpacekami lapar...kami lapar...dan cikpuanBOS pun mengajak kami lunch..
pakincikPILOT mencadangkan kami lunch di LimauNipis..apa daaa, skali tutup!
tapi takpe AsamPedas sedia menanti kami..
Tempoyak Ikan Patin PIOR dari Pahang...wallaweh..sodap hinggan menjilat jari kelengkeng!
sampai2 ofis, cikpuanBOS terus kena g chair meeting..MySpace
cikPAyangpatuh ingat nak merdeka, sekali cikpuanBOS bagi keje plak..suruh masukkan nombor henpon kat dalam blekBERI dia tu..ish3..MySpace ..camni dah mata aku jadi selepas menaip semula semua nombor telefon dalam henpon blekBERI cikpuanBOS..sikit masa lagi, musti suruh letak alamat emel pulak kt dlm blekberi dia yang baru tu..MySpace muntah biru la aku...haish..

agaknye kalau aku ngigau, musti sebut blekBERI...blekBERI...huhu..disebabkan serik menaip nombor henpon ke dalam blekBERI itu, aku pun rasa cam tak hengen langsung untuk memilikinya..susah nak taip..! klu jari aku kecik cam jari kacipul takpe la gak kan..
kesimpulannya,jangan beli blekBERI..haha

Wednesday, January 27, 2010

kembalinya ke Rahmatullah En. Mohd Khanaffi bin Abd Rahman

salam takziah buat keluarga arwah en.napi..semoga k.ila terus tabah menghadapi ujian yang Allah berikan..tp mmg sedih bila tgk anak2 en.napi yang kecik2 tu..='(

satu opis pun masih lagi meratapi pemergian arwah, terlalu sedih dan terasa sgt2 kehilangannya..hari terakhir sblm die collapse masih lg lihat dia happy..hm..

apa2pun, semoga roh arwah tenang bersemadi di sana, dan ditempatkan dikalangan hamba2 Allah yang beriman dan beramal soleh..rest in peace..al-fatihah..

Subscribe and Follow