Followers

Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Amalan Awal Muharram 1434H

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Khamis ni Awal Muharram dan hari asyura(10 Muharram 24/11/2012)..mari kita amalkan amalan dibawah..

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.  
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, April 16, 2012

Kehidupan Bean Sprout

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Gamabr nie aku ambil ms 2012..hahaha kelebek kamera jumpa plak gmbr menarik nie.

Sayur nie sedap buat masak oyster.
Tumis bawang putih kasi garing pastu bubuh sos oyster, pastu taruk sayur nie.
masak secukup rasa hidangkan..mmg sedap makan dengan sambal kering ikan bilis dan kentang..
nyum2..nyum2.

k. caw cendol!!

Monday, April 9, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

untuk sharing dengan kawan-kawan..Semoga dapat diamalka.Amin.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya


Artikel ni amik dari email.

Tuesday, March 13, 2012

Makanan dalam Pantang

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Hehehe rajin nak tulis makanan dalam pantang ari nie..sebab ada permintaan.

Kalau aku dalam pantang, aku rasa lauk2 yang aku makan semua sedap..Aku makan apa yang ibu aku masak.

Makanan wajib makan dengan setiap hidangan nasi adalah halia : halia tu hiris nipis2 campur cuka sikit, garam dan gula sikit. Lepas dah buat tu simpan dalam peti ais. Sebelum makan tengahari tu keluarkan siap2 kasi dia jadi suhu bilik. Malam karang lepas makan mlm simpan balik dalam peti ais. Macam tu la rutin setiap hari.

Antara lauk yang ibu saya buat :

  1. Masak lemak lada hitam ikan tenggiri - klu orang N9 masak lemak ikan xde letak sebarang bawang ye.
  2. sayur sawi sahaja tumis air guna bawang putih je.kuahnya tak boleh amik
  3. lauk semua yg kering2 je
  4. ikan bakar, bakar bersama halia, lada hitam dan bawang putih je
  5. ikan masak kicap @ikan masak lada hitam. bahan lada hitam kicap dan bawang putih je.
  6. air ibu kunyit..adalah 3 hari aku minum..aku suka sebab ada rasa lemak2 masin..ni tok kecutkan rahim.
  7. Sup pekat ikan haruan..resipi dia sama je..lada hitam, bawang putih dan halia.
  8. lada hitam, bawang putih dan halia adalah bahan utama dalam lauk ms dalam pantang..
  9. Masak lemak lada hitam pucuk pegaga
  10. masak lemak lada hitam jantung pisang.
aku rasa ni je kot lauk aku dalam pantang tapi i love lauk dalam pantang...tapi nie tok makan tengahari dan malam je.

pagi sarapan 8.00 pagi - 9.00 pagi : roti serat dengan milo (tapi tak tahan sembelit) lepas tu tukar kopi hitam..2nd anak nak minum horlick je..kgd kopi o boleh la

makan tengahari seperti diatas12.00 thari - 1.00.

minum ptg 3.00 -4.00 ptg: air manis milo atau kopi..kena minum ptg sbb dah biasa. makan biskut kering cicah

makan malam 6.00-7.00 ptg : lauk diatas juga..

sblm tido kol 9.00 malam minum lagi..

ms pantang time makan sangat dijaga sebab   takut masuk angin..huhuhuh..makan byk kali tapi berat aku kembali seperti sebelum ngandung. yang menyebakan badan aku niak sebab makan byk lepas masuk keje sbb kata kena makan banyak sebab menyusu..Nyesal buat statment macam tu..hahaha..

Sekarang aku amik pengajaran.
Insya Allah 2nd baby nie klu normal nak pantang pakai bengkung bagai..dulu tak pakai sbb sakit czer..huhuhuh.

k.diharap menu nie dapat membantu.

caw cendol..



Thursday, March 8, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

saya nak share pasal makanan.. sumber dari : http://babyibu.blogspot.com/2012/02/tembikai-untuk-ibu-mengandung.html


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti

rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


SUMBER: http://www.facebook.com/ustazmohdkazimelias





Wednesday, February 22, 2012

Makanan Yang tak sesuai masa mengandung

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

ni apa yang aku baca dari babycenter.com.my. yelah baru terkial-kial cari info.bulan lepas berat badan aku naik 3kg. khamis nie nak gi cek up pulak tak tahu naik bape Kg.nak kena kawal makan ke..tu yang aku cari info. tp aku makan macam biasa je.Alhamdulillah xde alahan nak makan tu..

bagi aku yang kekacang tu yang perlu di tekankan macam aku dengan en asben xde alahan. so bedal je.Tapi tetap kawal. Kalau sape ada alahan jaga bab kacang2 ni masa ngandung..Nanti anak pulak jadi mangsa.termasuk la air kacang soya ye..

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:


•Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

•Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

•Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

•Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

•Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

•Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

•Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

•Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.

sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/diet-kehamilan-sihat/

Friday, October 28, 2011

Perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

sumber : http://azirarais.blogspot.com/2011/10/perkara-yang-harus-diketahui-oleh-suami.html





sharing is loving ^_^




Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?


(1) Luangkan masa bersama isteri

- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


(2) Membantu pemakanan isteri

- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.


(3) Perlahan

-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan

- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.


(5) Belajar

- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


(6) Membantu menyiapkan hidangan makan

- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.


(7) Membantu menjaga anak yang lain

- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


(8) Membawa isteri ke mana sahaja

- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.


(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri

- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.


Monday, October 17, 2011

Buku

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


 aku teringin ada buku kat atas nie..aku tgk kat MPH 80++..kat Amazon USD20++je..sape2 ada buku ni..dah tak guna..bagi la kat aku..hehehehe

k la..
caw cendol..

Wednesday, August 31, 2011

Selamat BerPuasa

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

"tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah puasa, tiada hari seindah jumaat, tiada bulan seindah ramadhan. Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda, ramadhanlah pemutihnya. Menjelang bulan suci tiba, mohon dibukakan pintu maaf atas segala kekhilafan. 
Selamat menyambut kedatangan ramadhan dan selamat berpuasa"

Wednesday, August 24, 2011

Uwais Al-qarni

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam aku ada terbaca kisah Uwais al-qarni. tapi sayangnya aku tak ingat kat mn aku baca. sedih betul sebab pelupa ni. balik aku cite kisah dia dengan en asben. tak pe pagi ni aku google jumpa kisahnya..layan yek. aku suka nama uwais. sebab macam best je klu nama anak laki2..heheheh..tapi kwn asben aku nama dia awis qarni..sama ke maknanya?

ini kisah dia : copy & paste


http://www.mymasjid.net.my/forum/display/379713/siapakah-uwais-al-qarni-sebenarnya/
klik

SIAPAKAH UWAIS AL- QARNI SEBENARNYA....

Oleh Serban Hijau, 2006-11-16 07:57:16, IP : 219.94.33.218
Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w. iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (�Tabiin� maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil �Sahabat�. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, �Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu�.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai �al-Mubasyirun bil Jannah� iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, �Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.�

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu �Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab �Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian�.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab �Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.� Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu �Allah humma innaka �afuu �un karimun tuhib bul �af wa fa� fu �anni� (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu�..

Asal usul Uwais al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya �Haudat�. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya �Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji�.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah �Tilal� iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas �Tilal�. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari �Tilal� untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia � Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?�. Uwais menjawab �Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu�. Ibunya bertanya lagi �Bagaiman pula dengan dosa kamu�. Uwais menjawab �Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga�.

Ibunya berkata lagi �Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini�. Uwais kata �Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta�ala�. Ibunya menanbah �Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa�.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa �Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit�

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata �Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah�. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Tuesday, July 26, 2011

Mutiara Kata

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

JANGAN SESEKALI MENYALAHKAN KESILAPAN DIRI SENDIRI KEPADA ORANG LAIN KERANA ORANG YANG TIDAK MENGAKUI KELEMAHAN DIRI SUKAR UNTUK BERJAYA.

Thursday, June 30, 2011

Bersalam.Untuk yang dah berkahwin je..

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

Sharing..dan amalkan.aku sedang berusaha amalkan ini...




Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."
 

Thursday, June 16, 2011

Tip atasi anak Tantrum

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

kat sini aku nak share dengan kawan-kawan cara atasi anak yang suka mengamuk.Cerita kat bawah nie memang ada kaitan dengan Zahra. Aku puas fikirkan macam mana nak atasi. Dah jumpe artikel nie aku nak buat expirement kat Zahra..Aku tahu perhatian dan masa yang berkuali untuk Zahra memang penting. DIa mengamuk tu nak mintak perhatian. Tapi kami cepat naik angin..

aku harap lepas nie aku dan En Asben bersepakat Cara nak Membesarkan Zahra. Sebab kami selalu bercanggahan pendapat.

Kawan-kawan kalau ada pendapat ke apa-apa je boleh la komen dana berkongsi dengan aku.supaya, amukan zahra, pukul ibu babah tak tentu pasal zahra dapat di atasi.

Harap kawan-kawan dapat Membantu..

ibu buntu..

ANAK tantrum biasanya tidak mempedulikan orang di sekeliling ketika mengamuk.
SETIAP ibu bapa sudah tentu menaruh kebimbangan tentang setiap perlakuan anak yang semakin menginjak usia. Lebih merunsingkan lagi apabila zuriat yang dikendong selama sembilan bulan 10 hari itu mula menunjukkan sifat negatifnya bermula usia dua tahun lagi.
Bagi si kecil, Balqis Farhanis Azimi yang genap tiga tahun April ini, dia bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga Mei nanti gemar mengekspresikan perasaannya dengan mengamuk atau bergolek ke lantai sambil meraung panjang untuk menarik perhatian.
Paling merunsingkan kepala ibunya, Nur Raihana Mohammad, 31, apabila Balqis sentiasa menggunakan tangisan sebagai senjata bagi memastikan permintaannya dipenuhi.
Masalah yang berlarutan itu merisaukan ibunya yang kadangkala, terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa Balqis ke sebarang majlis dianjurkan saudara-mara atau rakan taulan.
Bukan bimbang dimalukan di khalayak jika anaknya membuat onar tetapi, bingung memikirkan cara untuk memujuk sekiranya anaknya mengamuk.
“Kadangkala walau saya turut apa yang dia mahukan, dia tetap mengamuk, pernah juga dia membaling telefon bimbit saya dari beranda rumah.
“Bila saya naik geram, saya tidak mampu berbuat apa-apa dan dengan pantas tangan saya akan naik ke badannya. Sambil menangis-nangis dia akan mendapatkan perhatian neneknya yang tinggal bersama kami,” kata pegawai bank itu.
Lain pula cerita, Mohd. Aliff Abu Zharr, 45, yang mempunyai seorang anak kandung dan seorang anak tiri.
“Walaupun saya beri serta turut segala permintaan kedua-dua anak saya dengan sama rata, tetapi, anak kandung saya sering kali tidak puas hati dan mahukan lebih daripada apa yang saya beri kepada saudara tirinya itu.
“Saya rasakan mungkin dia bertindak begitu kerana kecewa dengan perpisahan saya dengan ibu kandungnya. Dia sememangnya rapat dengan ibunya tetapi selepas berpisah, hak penjagaan anak diberi kepada saya,” kata ahli perniagaan produk makanan halal itu.


BELAI dan berikan sepenuh kasih sayang anda kerana anak tantrum biasanya bersikap negatif kerana inginkan perhatian.



Merujuk kepada kedua-dua kes itu, mungkin ramai lagi yang mempunyai kisah-kisah seperti yang pernah terjadi dalam hidup mereka terutamanya ketika anak mereka menginjak ke usia dua tahun dan ke atas.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, kanak-kanak yang suka mengamuk atau lebih dikenali dengan istilah tantrum adalah keadaan emosi yang datang secara tiba-tiba. Ia menyebabkan kanak-kanak boleh merengek, menangis, menendang atau memukul orang lain tanpa sebab.
Terdapat juga kes di mana kanak-kanak yang sengaja menahan nafas sehingga pengsan apabila mengamuk. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu membenci seseorang, melukakan diri atau orang lain.
Bagaimanapun Zulkifli berkata, kelakuan itu adalah agak normal dalam kalangan kanak-kanak berumur bermula usia dua tahun dan ia berlaku bukan sahaja kepada kanak-kanak lelaki bahkan, kanak-kanak perempuan.
Sementara, istilah tantrum di laman sesawang Mayoclinic.com melalui artikel Temper tantrums: How to keep the peace menjelaskan, kebanyakkan pakar psikologi kanak-kanak melihat ia sebagai luahan rasa kekecewaan kanak-kanak tidak kira dari sudut fizikal, emosi atau mental.
Menurut artikel itu, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami.
Mereka akan membaling barang, menghentak-hentakkan kaki atau menjerit sekuat-kuat hati sebagai cara meluahkan kekecewaan itu. Adakalanya luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau berjam-jam lamanya.
Perlakuan normal
Tantrum dianggap normal kerana terdapat juga segelintir kanak-kanak yang memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak yang lain lazimnya kerana faktor letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mudah mengamuk.
Bagaimanapun tegas Zulkifli, terdapat dua faktor berlakunya tantrum iaitu apabila kanak-kanak itu mahukan perhatian lebih daripada kedua-dua ibu bapanya dan juga kerana kecewa.
“Semua kanak-kanak akan melalui proses ini bagaimanapun ia bergantung kepada cara asuhan yang betul. Saya pasti ramai akan mengakui mereka menatang anak mereka dengan penuh kasih sayang, tetapi saya yakin cara yang dipratikkan itu kurang betul,” terang Zulkifli yang juga merupakan Bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia.
Bercerita lanjut, beliau berkata titik bermulanya sikap negatif anak-anak perlu diatasi dari hari pertama kanak-kanak itu mula menunjukkan sifat tantrum atau mengamuk.
“Dari episod pertama lagi, ibu bapa perlu bijak menangani anak mereka dan yang paling penting perlu persetujuan daripada kedua-dua pihak iaitu di antara ibu dan bapa dimana kedua-dua perlu tegas.
“Ini kerana sejak dahulu lagi sudah menjadi trend apabila si ayah marah, si ibu pula akan menjadi tempat mengadu, justeru apabila berlaku senario ini, ia menjadikan kanak-kanak itu sukar dikawal,” katanya menerangkan hanya kanak-kanak normal yang suka mengamuk digelar tantrum.
Terangnya, terdapat perbezaan kanak-kanak normal yang suka mengamuk dengan kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD).
ADHD merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.
“Sekiranya sikap seorang kanak-kanak semakin sukar dikawal, ibu bapa perlu bertindak dengan merujuk masalah tersebut kepada pakar kanak-kanak kerana dia mungkin mengidap ADHD atau autisme.
“Sekiranya disahkan normal, maka ibu bapa perlu bertindak dengan memberi asuhan yang terbaik dengan mengikut cara yang betul,” katanya yang mencadangkan ibu bapa juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar psikologi kanak-kanak.
Beliau turut berkongsi dua langkah menangani anak kecil yang suka mengamuk.
“Yang pertama, dari hari pertama kita melihat dia mula menunjukkan sifat-sifat tantrum, abaikan mereka apabila mereka mula menangis atau merengek. Sekiranya masih terus menangis, ambil anak anda, letakkan di satu sudut rumah dan biarkan dia di sana. Itu yang saya buat pada anak saya.
“Langkah kedua, tetapkan masa dan selepas tiga minit, dapatkan anak anda dan tanya apa yang dia mahu walaupun kita tahu dia tidak akan jawab kerana geram atau merajuk,” katanya.
Terang, Zulkifli yang juga merupakan Pakar Kardiologi Kanak-kanak, berkomunikasi dengan lemah lembut mampu menyejukkan hati si kecil.
“Yang penting kaedah itu dilakukan pada saat pertama kita mengesan anak mula menunjukkan perubahan sikap kerana ia akan memudahkan kita melentur sikapnya terutama pada usia dua tahun,” katanya yang turut menggalakkan ibu bapa mengucapkan kata-kata yang positif ketika memujuk.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menetapkan rutin bagi anak-anak mereka seperti masa tidur, masa makan, masa berjalan-jalan, menonton televisyen atau beriadah bersama-sama.
“Sekiranya ada rutin, kehidupannya akan lebih teratur, sebaliknya jika tiada rutin yang ditetapkan, ia boleh mengganggu harmoni dalam diri kanak-kanak itu.
“Selain itu, ibu bapa juga perlu mengetahui kemahuan anak-anak mereka dan sekali sekala menuruti apa yang dipinta tetapi, diikuti dengan kata-kata nasihat,” terangnya.
Selain daripada itu, terdapat satu lagi cabaran dalam membesarkan anak-anak dengan peraturan yang betul apabila nenek atau datuknya tinggal bersama.
Walaupun kehadiran mereka membantu menjaga anak-anak dengan lebih selamat dan sempurna ketika kita keluar bekerja, namun terdapat cabarannya apabila mereka kadangkala campur tangan dalam cara kita membesarkan anak.
Mereka akan terlalu memanjakan anak, melonggarkan peraturan dan rutin yang telah tetapkan.
“Justeru itu anda dan ibu bapa anda perlu mencapai persetujuan terlebih dahulu mengenai cara membesarkan anak,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pengasuhan Positif yang turut mengeluarkan buku dwi-bahasa mengenai pengasuhan positif.
Buku yang ditulis bersama beberapa lagi pakar pediatrik itu dihasilkan serta diedarkan secara percuma khas bagi membantu golongan ibu bapa dalam mengharungi cabaran membesarkan anak-anak pada masa kini.

Sumber artikel : http://tipskahwin.com/tips-kanak-kanak/tip-tangani-anak-tantrum/

Tuesday, June 14, 2011

Busuk la & Minggu Safety Week.

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

semalam tengahari aku masuk2 je kat tempat keje aku kat Library nie, sekali aku terbau..Bau yang tidak menyenangkan..Haru!!..aku buat la report tok di siasat..bau apakah itu..suspek adalah bau tikus mati..

pagi nie masuk ada bau lagi..pihak yang berwajib dah panggil dah pihak pest control.mereka yang kena buat keje tu..tapi semalam dorg cari tak jumpa.pagi nie ada bau lagi..

BUSUK wei!!!

3 hari nie isnin selasa rabu..kat opis aku ada Safety Week..jadi ada la macam aktiviti.

semalam pemeriksaan kesihatan
arini cite pasal nutrisi pasal herbalife..ok la herbal life tu..tp kopak duit..tapi apa yang aku simpulkan sama je macam Melilea.Konsep dia tak payah makan. Hanya makan makanan kesihatan tu. Tapi Melilea jauh lebih murah. Aku fikir2 balik aku nak diet amalkan Melilea semula la..

Korang penah tak dengar Melilea?

apapun Herbalife tu kata aku kena minum bayak air. Setiap 25kg berat kita, kita kena minum 1 liter air.aku kena minum 3 liter + 2 liter sbb dah lebih berta badan. kena la minum palan2 praktis.

padahal hari2 aku wajib minum 2 liter sebab aku nyusu badan. sekarang nie kena tambah lagi..huhuhuhuhu...air2...

k.

Caw Cendol!!!

Monday, June 6, 2011

Pap Smear

As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...


Last week saya gi buat ujiaan pa smear ni. tapi buat 2 hari lepas period, doktor kata takut tak walid je result dia.patutnya 7 hari lepas period..baru ok...tp tunggu je la khamis ni. Isyallah xde pape kot..

Rasa sakit ke tak? bagi aku ok je, tapi ada la ras ngeri2 sket lepas buat tu. Lepas tu ok je..Ujian dia rodok tu, tak sampai 5 minit pon..ok je semuanya..aku buat sendiri je, gi sendiri je..

buat kat Azzahra, Bangi.Dorang Charge.. RM49..sebenarnya RM40..Consultancy RM9 kot..
bawah nie serba sedikit ILMU, sebelom buat kena baca dulu..aku dah buat baru nak cari info..hhehehehe

APA ITU PAP SMEAR?
PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.
"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina
"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.


DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA
MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita. 

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR




Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.

  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.

  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

    BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

    Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.
    Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
    Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
    Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
    Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
    Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:


  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.

  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.


    RUJUKAN :NONA, JUN 1998, M/S 32-33


    copy and paste from : http://ibunafis.blogspot.com/2011/01/pap-smear-tak-sakit.html

    Tuesday, March 15, 2011

    Apa itu 5S

    As Salam..Hai semua...mari dekat...mari dekat...

    Seiri = Sisih
    Mengasingkan barang2 yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangnya = DONE dah bunag dah apa yang menyemakkan mata.

    Seiton = Susun
    Susun barang2 diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan  = DONE dah susun dah

    Seiso = sapu
    bersihkan tempat keja anda dengan rapi supaya tiada habuk diatas lantai, mesin dan perkakas =DONE dah lap kasi licin dah

    Seiketsu = seragam
    memelihara tahap penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa = XDONE xrajin nak buat label file baru..hehehehe

    Shitsuke = Sentiasa amal
    melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya. = insya allah sentiasa amal..

    so, kak bai..ini la maksud 5S..sila amalkan ditempat kerja anda..ini orang jepun punye ilmu

    k.Caw Cendol

    Monday, February 28, 2011

    LOVE BITE - GIGITAN ASMARA


    Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

    Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

    Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

    Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.

    Wah…. Macam ni pun ada ek???

    cerita nie CNP dari Kak bai akak Zura

    Monday, November 15, 2010

    Kenali Buah Gajus...

    gambar ibu tgh makan buah gajus masak ranum..adik..pandang sana tu..kak ngah..(anak buah2an)
    ini adalah cerita lama..haha mari kenali buah gajus..buah apa yang bijinya kat luar?
    buah gajus la jawapannya..

    rasa buah gajus masak?
    manis
    kelat2..
    rasa yang pelik..aku?sume sedap je..bedal je..

    lokasi pokok ni :

    kat hulu langat batu 13.
    kat umah sewa ayah, store kayu-kayan terpakai ayah.
    sesiapa nak beli kayu terpakai boleh hubungi saya atau ayah saya ye..
    ini zahra dan ibu dia..lukus budak ni, kalau dapat main ke berjalan ke..mmg mcm nie keadaan dia..kuat peluh dan budak masam...errmmm
    ini model tak berbayar..adik aku..Siti Khatijah Nor..dia ni no 8, tp naik pangkat adik aku no 7..Sape berkenan..sila komen..xde calon lagi nie..hahhaha aku nak match make pulak..heheheh

    lagi...dengan buah gajus muda...

    Ini lagi muda..sebenarnya masa melawat pokok ni nak petik pucuk dia..nak wat ulan..sedap!!!tapi tak de pucuk pokok ni, cuba anda bayangkan..pokok xde pucuk...ada daun tua2 je..nasib tak mati pucuk pokok ni..

    apa2 pon aku mmg peraq tengok pokok ni..umor dah 27 baru tengok buah dan pokok dia yg besar dan sihat walafiat..harap2 pokok ni lama la kat situ ..supaya anak2 aku dan cucu dia merasa la nak tengok pokok dan buah gajus..

    sebab apa aku harap pokok tu lama kat situ, sebab ayah aku rajin tanam..dan pastu rajin gak hapuskan pokok yang dia tanam tu jika ada projek2 baru dam kepala ayah aku tu..huhuh pokok durian depan umah sewa ayah nie..dia dah hapuskan..sian anak2 aku tak rasa durian Langat dan nak tengok pokok durian tu..

    sekian...

    Caw Cendol!!!

    Friday, October 22, 2010

    anak2 adalah cermin diri kita..5 tips utk ibu bapa

    saya tertarik dengan artikel dibawah..copy dari blog kak cery..terima kasih kak cery..
    saya kena amalkan sebab tabiat dibawah banyak berlaku pada zahra..harap saya dan En asben berusaha ke arah kebaikan.



    Mengatasi masalah kuat marah pada anak ... Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

    1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

    2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

    3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

    4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

    5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.

    Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya


    Friday, July 23, 2010

    Perkongsian

    alhamdulillah, pagi tadi sempat dengar sekejap motivasi pagi by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di IKIM on my way to work.

    just to share,

    Adalah sangat penting untuk ibubapa menjadi contoh terbaik untuk anak-anak. Anak2 sgt memandang tinggi kepada ibu bapa yang menjadi Hero dan heroin untuk mereka, sperti Ultraman, Barney dsb.

    Biasa parents bertanya, kenapa anak sy tk nak dengar cakap? Tapi kalau cikgu atau kartun kat tv mudah je dia ikut, jadi kita tgk ape Barney dan Ultraman tuh buat kepada anak2 kita..sekali kala kita luangkan masa tonton rancangan2 tersebut dengan mereka, kadang2 kita dapati 'barney nih sgt lembut bila memberi nasihat, ceria dengan baju yang warna warni, selalu je menyanyi utk kanak2' so mungkin itu yang anak kita mahukan,

    ape kata cuba approach Barney pula, 'pakaila pakaian yang cantik2 walaupun hanya di rumah, takkan dari pagi smpi malam dengan baju kelawar je, dengan bedak sejuk sampai ke malam,rambut tak bersikat, jgn kata suami, anak2 pn tk gembira tgk kita sbg ibunya, apatah lagi nk dengar nasihat atau kata2 kita, tuh tak campur dengan pekikan jeritan kita nak minta tlg mereka kemas permainan dsb"

    Kalau untuk kaum bapa pula, cuba tgk bagaimana macho-nya Ultraman beraksi menyelamatkan manusia dari raksasa jahat, tak perlu banyak bertempik2 atau naik tangan, hanya perlu datang and act accordingly. so bila anak2 nampak, dia rasa 'Wah, hebatnya Ayah saya halau lipas tuh, hebatnya Ayah saya sambut saya melompat dari tangga, kalau tau sure sy dah jatuh, wah hebatnya ayah saya main bola"

    lagi satu, buangkan tabiat menggunakan ayat- ayat seperti 'Ayah kerja cari duit nak bagi kita makan, ibu sebuk di pejabat supaya dapat cari duit lebih utk beli baju baru kamu" ayat2 seperti ini semuanya memberikan impak negatif bahawa ibubapa terpaksa bekerja demi mencari duit, dan hanya duit, kerana nak belikan itu ini utk anak2. mereka tidak nampak kebaikan yang ibubapa mereka buat melalui bekerja

    instead, Ustaz kata gunakan ayat2 sperti ' Ayah kamu kerja keras untuk selamatkan nyawa orang, ayah kamu memberikan kebaikan kepada orang lain, contohnya; Ayah bawa lori yang berisi barang-barang keperluan supaa semua orang boleh beli dan dapatkan dengan mudah, Ayah mengajar student2 universiti supaya jadi pelajar cemerlang dan dapat perkejaan yang baik dsb

    jadi pengajarannya,


    berusahalah jadi Hero dan Heroin di mata anak2


    kisah diatas diambil & edit sket2 dari Blog kak awin
    aku pun dgr gak tetiba rs nak dgr IKIM skrg nie..kasi tenang sket jiwa aku nie..