Showing posts with label blogosphere. Show all posts
Showing posts with label blogosphere. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Indie Mari



Secara jujurnya kedua-dua buku diatas belum aku khatam lagi walaupun salah satunya sudah hampir sebulan ditinggalkan di ruang bilik rumah sewa tak kala aku keluar bekerja di siang harinya dan terus masuk mati seketika di malam harinya. Maafkan aku wahai buku berdua, korang ternyata bukan pilihan aku tika ini (ya aku suka berterus-terang). Namun hari penghujung minggu ni terdetik untuk aku coret tentang korang berdua di ruangan syok sendiri ini, sekurang-kurangnya ada jugak inisiatif dari aku untuk kalian, ye dak?

Mari mulakan dengan buku bertema kegelapan ini, Kontrol Histeria namanya, terbitan Lejen Press. Terhasil dari berpuluh geng bloggers yang bersatu dalam sebuah blog ini. Merupakan himpunan cerita-cerita fiksyen yang tak perlu aku terang panjang-panjang, cukup korang faham istilah tajuknya itu 'kontrol histeria'. Sekali lagi aku tekankan, "Sila KONTROL HISTERIA anda!".

" Dengan bertemakan pembunuhan dan saikopat, buku ini adalah sebuah buku anti hero, anti kemanusiaan dan secara terus mengangkat kegelapan dalam diri itu sebagai watak utama", bak kata salah seorang penulis di ruangan belakang buku itu.

Namun perlu juga aku ingatkan, sila maximumkan daya imaginasi otak anda jika mahu meresap seluruh kandungannya, jika tidak anda hanya akan mendapati ianya sebuah hasil yang tiada langsung kesan, lantas terus dibuang, mungkin. Jangan kata aku tidak ingatkan.

************


Buku ini pula, IRise: The Chronologies vol 1: IFall menyajikan pembacaan yang lebih releks aku kira. Menyusun kisah kejatuhan seorang bernama insan biasa sehingga mampu berdiri utuh kembali. Ni baru vol. 1, lagi tiga volume untuk di semadikan geng-geng dari Kerat Studio ni. Oh lupa aku mention di sini, ianya bertemakan kisah cintun yang gagal. Mungkin tekanan ke arah isu ini membuatkan para penulis atau lebih tepat kepala geng penulis rasakan ia mampu menarik golongan muda untuk teroka isi kandungannya. Aku sendiri sebagai yang tergolong dari kalangan itu merasakan ianya cukup baik diolah, hatta untuk yang tidak pernah rasai pengalaman serupa. Perlu diingat bahawa, ianya bersandarkan kepada kisah benar atau hampir benar terjadi sebelum dihampar semuanya dalam buku setebal 178 mukasurat ini.

Akhir kata, fall aplenty, rise wholeheartedly!


* trimas sedare bloggers si Sebelah Gelap, Dark Half, Hanif Boey, Dex Morgan etc. untuk sumbangan tak terhingga kalian.

Friday, August 19, 2011

Ulangtahun Pertama



Akhirnya tercapai sudah setaun omor blog ni, dari 19 Ogos 2010 sampai rini, jugak jatuh dalam bulan pose. Setaun yang lalu, blog ni hanya dicipta untuk mengisi masa yang terbuang, sekarang dah jadi tempat mengisahkan pelbagai aktiviti. Untuk lebih tepat, ianya adalah pasal kehidupan aku. So sejauh mane perginya blog ni dalam masa staun ni?? Check-it-out beberapa fakta sepanjang 1 tahun kewujudan blog ni;

1.  Mula berdiri dengan hanya di platfom blog semata-mata, kini da ade banyak cawangan..hehe. Ada fb fanpage, twitter, dan terbaru channel youtube.


2. Sedikit sebanyak harapan aku nak buat blog ni sebagai rujukan pasal aktiviti rekreasi dan ekspedisi naik gunung boleh dikira berjaya bila banyak keyword psl tu msuk ke blog ni.

3. Blog ni terhasil dek inspirasi rakan seperjuangan, Miro. Tp skrg dia da tak aktif tulis blog sebab bizi duk keje.

4. Setiap kali aku baca balik post-post lame dlu, rase entri masa tu sangatlah tak matang, tapi aku takkan delete sebab aku tau semua tu boleh buatkan aku gelak sorang-sorang bila da tua nanti.

5. Seperti mana pada awal-awal blogging dulu, aku masih belum ready untuk exposekan blog ni kepada mereka yang kenal aku. Tapi ade je member2 rapat yang tau, stended la kan.

6. Masih mencari header yang mampu melekat kat blog ni buat selamanya. Ntahlah susah sangat nak dapat header yang betul sebati ngan diri.

7. Entri dalam blog ni pernah diminta oleh seorang editor untuk dimasukkan dalam sebuah majalah berkenaan percutian di Malaysia, tapi lepas dah anta artikel tu sampai sekarang pun da tak dengar kabar berita lagi...pasrah..

8. Gift pertama yang aku dapat dari kengkawan blogger sepanjang wat blog ni adalah header blog dari Dark Half, dan yang latest ialah sticker dari Yousof. Trima kasih tak terhingga kpd mereka.





9.  Okeh ak tak tau nak tulis ape lagi dah. Trima kasih byk2 kpd korang yang datang berkunjung. Aku amat berharap blog ni bterusan update sampai lah hujung hayat aku.


Wednesday, August 10, 2011

Bila Islam Dihina, Maka...



Gempar tiba-tiba pada bulan Ramadhan ni pasal apa yang dikatakan sebagai aktiviti penghinaan terhadap agama Islam oleh seorang yang  menggunakan nama samaran Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, di laman blog miliknya https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/



Maklumat ini telah disampaikan dan didedahkan oleh GaySec (fanpage fb)- sebuah entiti yang berada di laman maya untuk mempertingkatkan keselamatan laman web di Malaysia.

Untuk lebih lanjut sila baca di sini;
Hajjah Sitt Al-wuzara2


Segalanya dibongkarkan pihak GaySec menerusi apa yang dinamakan sebagai #OpsRamadhan. Khabarnya beliau sudah memadam semua maklumat dan jejaknya, namun sempat di'traced' oleh GaySec. Dan untuk masa ni, blog wanita ini juga dah tak boleh diakses - mungkin salah satu ikhtiar untuk menutup jejaknya.

Namun begitu dalam kita ghairah memburu orang atas dasar menghina agama suci kita, perkara paling utama adalah perlunya untuk kita dapatkan bukti secukupnya. Jangan nanti apa yang kita ingatkan sebagai peroleh pahala hanya mendatang dosa kepada diri kita sendiri jika ia hanya FITNAH semata-mata. Ini kerana masih terdapat kesamaran berdasarkan sini.

Apa yang kita harapkan adalah kebenaran akan muncul, dan yang bersalah menemui balasannya.


Sumber;

http://andyhowtt.com
http://www.hasrulhassan.com
http://www.admiralhafiz.com


UPDATE!
Link ni akan lebih membantu anda memahami lebih mendalam pasal isu ni
Blog Arlene Tan
Makcik Mengamuk di Google+

Wednesday, March 9, 2011

Itu Dulu, Kini Dah Lain, Masa Depan?


Dari kiri: Siti, Saf, Wan, Ayie, Syafiqa, Izma, Naguib, dan Aku

Ok aku da mula nampak blog ni akan update skali sminggu je lepas ni, atau mungkin lebih teruk, sebulan skali.haha. Kalo dulu bukan main nak maintain paling kurang 2 hari satu entri, skrang? Da xde makna dah sume tu. Sume gara-gara kehidupan yang makin membizikan diri ni, tambah lagi ngan mood blogging yang makin hari makin rendah kapasitinya. Jadi aku hanya akan ikut naluri sedia ada, nak tulis aku tulis, xnak tulis xyah gatal tangan. Nak plan macam ade sorang tu penah cakap?haha aku bukannya ade komitmen sangat dalam blogging. Tapi seb bek aktiviti luar masih berjalan macam dolu2 so boleh la nak update skali skala tu. Ok tq kepada yang sudi membaca coretan drastik ni. Jap lagi nak lepak mamak tengok bola 'Clash of the brotherhood' plak, sempat lagi tu. Chao..

Thursday, February 24, 2011

Dialah Blogger Mental Itu



Tetibe aku rase nak bercakap pasal mamat ni. Ntah dari mana datang idea masa aku duk tengah pikir nak buat ape hujung minggu ni lepas da terlepas dari formaliti yang menyeksakan jiwa sekejap minggu lepas.Walaupon tak berape nak selari dengan konsep aku yang menulis berkaitan diri aku je, kali ni aku cuba keluar sket dari kepompong tu. Aku nak bercakap pasal dia dari perspektif aku lak. Tapi kenape mamat ni? Sebabnya dia ade suatu sikap enthusiastic dan kegigihan yang tinggi yang telah menarik perhatian aku di kala ini. Yang pasti mamat ni memang gila, walaupon tidak disahkan oleh sebarang surat doktor sakit jiwa.
Related Posts with Thumbnails