Aku pemandu e-hailing
Salam Sejahtera semua!! Wow, lama giler tak menulis. Jawapan klise, busy. Yang setia follow aku dari dulu sehingga jadi rakan Facebook, aku ucapkan terima kasih berjuta. #muahciked kat korang. Ok, let's start. Tengok tajuk pun semua dah sedia maklum, masa aku banyak diberikan di atas jalanraya. Aku mula memandu e-hailing ni setahun setengah yang lepas. Kerja hakiki di hotel di Petaling Jaya, masih ada. Untuk mencari 'side income' di zaman ini, maka memandu e-hailing ni sajalah jawapannya. Berwarna-warni pengalaman yang aku perolehi sepanjang memandu e-hailing ini. Berbagai ragam dan jenis manusia aku berjumpa. Inilah kisah yang aku hendak kongsi. Dalam dunia e-hailing, penumpang dipanggil 'rider', jadi jangan fikir rider tu penunggang pula, ye. Manakala pemandu itu sendiri dipanggil 'partner' sebab modal syarikat e-hailing untuk mendapatkan pemandu berkhidmat secara sukarela adalah air liur dan jari jemari. Ok, ada dua kisah aku nak kongsi untuk epi...


