Thursday, 24 September 2009
Adam Rayyan @ 5 Bulan
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 00:07 2 comments
Labels: Adam Rayyan
Monday, 21 September 2009
Hari Raya Pertama @ London
Terima kasih kepada semua yang berkunjung terutamanya Ibrahim dan Farah serta anak-anak, Faizul dan Kak Ras serta anak-anak, Dr. Raymond dan Dr. Evelyn dan juga Leo dan Pat...ada juga yang tidak dapat hadir kerana saya dimaklumkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk di Central London pada hari raya pertama tersebut. Kesesakan lalulintas tu dikhabarkan kerana terdapat satu program sedang berlangsung di Central London dan rasanya bukan disebabkan hari raya cam kat Malaysia tuu..hehe
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 22:29 0 comments
Labels: Catatan Santai
Sunday, 20 September 2009
Happy Eid Mubarak!!!
Menjadi kebiasaan juga hari raya pertama sehingga hari raya ketiga ayah dan emak saya hanya berada di rumah untuk melayan tetamu yg hadir. Ayah dan emak tidak pernah membuat secara spesifik rumah terbuka kerana tiap2 hari adalah terbuka kepada sesiapa yg nak dtg. Kadang2 untuk hari raya kedua, emak terpaksa memasak juadah yang lain utk dijamu kerana makanan utk hari raya pertama habis walau disediakan dalam kuantiti yg begitu banyak. Menu yang biasa emak saya sediakan antaranya Sate, Soto Ayam, Nasi Dagang, Makaroni Bakar, Kuzi Ayam, pelbagai jenis kek, puding, tart dan macam2 lagilah...bagi saya dan adik beradik yg lain, rendang, lontong dan lemang sedikit asing dalam majlis hari raya rumah kami dan begitu juga rasanya di kebanyakan rumah org2 Kelantan yg pernah saya kunjungi sehinggalah saya berkahwin dgn isteri saya yang berasal dari Alor Setar barulah saya biasakan diri dgn makanan2 tradisional melayu itu..Kalau di Kelantan, ketupat mmg ada dibuat tp stylenya lain kerana ianya manis dan tidak dimakan dengan rendang...kalo nak jumpa lemang yg dimakan dgn rendang mcm agak sukar juga utk jumpa...ini saya beritahu semasa beberapa tahun lepaslah, skrg ni saya tak pasti pula bagaimana. Mungkin sudah ada org di kelantan menyediakan lemang, lontong dan rendang sebagai juadah di hari raya...
Untuk tahun ini, saya difahamkan abang sulung saya diamanahkan utk berkhutbah hari raya. Saya sendiri sejak berada di London sudah masuk tahun ke-3 tidak berkhutbah hari raya di surau di kampung halaman.
ala kullihal, Selamat Hari Raya kepada Emak dan Ayah saya di Kota Bharu dan Emak Mentua dan Ayah Mentua saya di Alor Setar. Saya dan isteri memohon jutaan kemaafan jika terdapat salah dan silap. Doakan kejayaan anak2 mu di perantauan.
Kepada seluruh adik beradik kami dan ipar duai kami juga diucapkan selamat menyambut lebaran yang mulia ini. Maaf Zahir dan Batin...
WASUNNI AL-KELANTANI
MURNI HALIM
ADAM RAYYAN MOHD SALLEH
London, UK (2009)
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 08:42 0 comments
Labels: Catatan Santai
Monday, 14 September 2009
Berjiwa Besar dalam Menerima Pendapat dan Menyatakan Pendapat
Ada juga pendapat yg diutarakan tentang sesuatu perkara tu datangnya dari akal fikiran semata-mata dan bukan merujuk kepada mana2 sumber yg diyakini tetapi ia bukanlah satu lesen besar kepada kita untuk menyanggah pendapat itu tanpa dibahaskan secara tuntas terlebih dahulu berdasarkan fakta-fakta yang wujud. Kita sebaiknya menerima apa jua pendapat orang lain tidak kiralah kita merasakan pendapat itu betul atau salah dan dalam masa yang sama kita juga digalakkan menerangkan pendapat kita pula berdasarkan kerelevanan isu yg diperbincangkan. Jangan pula kita sesekali terus 'menyanggah' dan 'menembak' pendapat orang lain dgn cepat-cepat memaklumkan bahawa pendapat seseorang itu adalah salah dengan memberi alasan yang dangkal seperti saya langsung tidak pernah mendengar tentang kebenaran akan pendapat kamu itu ataupun saya langsung tidak pernah mendengar ada individu mempraktiskan cadangan kamu itu yang dilihat seolah-olah janggal untuk diguna pakai..
Kita perlu berjiwa besar dan jangan terlalu mengikut emosi dalam berbincang dalam sesuatu hal dan isu..Kita kena ingat bahawasanya masyarakat sekarang semakin berilmu dan sumber-sumber ilmu ada di mana-mana sahaja...saya percaya, bagi manusia yg waras pasti akan mengutarakan cadangan atau pendapatnya bukan dari akal fikiran secara suka-suka sahaja tetapi pendapatnya adalah berdasarkan sumber-sumber yang baik dan sahih yang boleh diterima dan perlu diperbahaskan jika perlu...
Jadi, menerima pendapat orang lain secara baik dan memberi pendapat kita kepada orang lain secara jelas perlulah seiring agar sesuatu isu yang diperdebatkan dapat difahami oleh semua pihak yg terlibat tanpa cuba merendahkan pendapat2 individu lain yang dirasakannya salah.
ok..adios..
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 12:33 2 comments
Labels: Latihan Pembangunan Manusia
Thursday, 3 September 2009
My Wife Convocation Ceremony - UCL


Posted by Wasunni Al-Kelantani at 15:23 6 comments
Labels: Education
Wednesday, 19 August 2009
Adam Rayyan @ 4 Bulan
Kelmarin 18/8/09 genaplah umur Adam Rayyan 4 bulan...fuh..bukan senang nak jaga baby tanpa orang tua dan keluarga di sisi. Alhamdulillah, saya dan isteri dapat menjaga Adam dengan baik walaupun langsung tak ada pengalaman jaga baby ni...
Pada minggu lepas, ada Nurse (Miss Helen) datang ke rumah kami untuk buat pemeriksaan kesihatan ke atas Adam dan menerangkan kepada kami akan segala kemudahan yg disediakan oleh pihak Kerajaan Britain terhadap bayi-bayi yang menetap di London. Disebabkan kami baru jer berpindah rumah, maka kawasan rumah baru kami ini terletak dalam Council yang berlainan jadi tawaran perkhidmatan kesihatan juga berlainan dari kawasan rumah kami sebelum ini..
Miss Helen timbang berat Adam, dan ianya tercatat di mana berat Adam pada masa minggu lepas ialah lebih kurang 7.0 kg..kat bawah ni ada beberapa gambar terkini Adam Rayyan...
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 22:56 5 comments
Labels: Adam Rayyan
Tuesday, 28 July 2009
Kisah Hari Minggu
Kebetulan skrg kat London ni, masih lagi dalam musim jualan murah (summer sales)..so my sis amik la peluang utk beli pakaian kat gedung2 pasaraya kat London ni...My sis sampai kat London kira2 dalam jam 2 ptg dan saya dah janji dgn dia utk jumpa kat Warren Street..kiranyer tpt ni dekat je dengan UCL..lagipun sebelum nak jumpa dia tu, my wife perlu ke lab di UCL dulu utk settlekan beberapa urusan berkaitan research Ph.D dia...
Dari Warren Street, kami bawak my sis pi makan Chicken Briyani kat Al-Anwar Restaurant..Perut perlu diisi dulu, baru semangat nak jalan2..hehe..Restoran Al-Anwar ni pun terletak kat Warren Street gak...sepinggan nasi beriyani harganyer 2.80 Pounds (RM16.80)...layan jer la makan kat sini..tp mmg sedap pun nasi beriani dia...dulu saya pernah rekomen kat one of my frenz, Dr. Raymond. Rupa2nya beberapa jam before wife dia (Dr. Evelyn) due utk bersalin, sempat lagi diorg tu pi pekena nasi beriani kat sini..huhu...kepada yang bakal bersalin kat UCL Hospital terutamanya Kak Farah, apa kata ajak Morlock pi makan gak kat sini before due date bersalin tu..hahaha..senang je kalu jadi apa2 sbb hospital dekat dari je dari situ..huhu
Habih je makan, kami pun terus tuju ke Oxford Street..masa sampai kat sana...perghh...mmg ramai giler org..mcm ulat bulu dibuatnyer..nak berjalan pun susah...kami redah je ramai2..mula2 masuk kedai GAP, pastu masuk kedai ZARA, pastu masuk pasaraya JOHN LEWIS, pastu masuk butik MANGO, pastu masuk DEBENHAM pastu mcm2 kedai lagi la. jenuh saya nak taip semua sekali..haha..saya ikut je diorg ni..takdak niat pun nak beli apa2..hehe..wife saya sempat la jugak sambil meneman kakak saya shopping tu, 'menapau' Hand Bag CK kat salah satu pasaraya tu..huhu..kelabu mata la tu tgk offer sampai 50 percent...Kami stop jap minum petang kat Zest Cafe yg terletak di dalam Pasaraya SELFRIDGES...
Pagi2 Ahad keesokan harinya plak, misi shopping diteruskan lagi..kali ni saya drive keter menuju ke Westfiled yg terletak kat Shephard Bush...Kalu nak beli pakaian baby dan kanak2 sini mmg tempat bagus sbb mcm2 butik pakaian dari pelbagai jenama ada kat sini...kebetulan kali ni, ada jualan murah...maka aktiviti memborong pakaian pun diteruskan..haha..anak saya, Adam Rayyan cukup bertuah sbb isteri saya memborong pakaian mcm2 kat dia..Hampir kesemua pakaian tu dari jenama ADAMS...hahaha...stok utk pakaian raya la kot...huhu..Saya pulak dalam takdak niat utk beli apa2 kat sini..last2 beli jugak baju...masa pi masuk butik DKNY Jeans, ada banyak offer terutama di bahagian pakaian lelaki...So, saya pun beli la satu buat 'gggori' ore kelate kato..haha..harga asal baju tu dalam 60 pounds tp masa saya beli tu, saya dapat harga 28 pounds...ok la tu...Kalau ikut matawang RM dah hampir RM192 dah diskaun harga...banyak tu turun harga...
Habis je aktiviti shopping mopping kat sini, kami bawa my sis ni pi makan kat Restoran Bonda..habis je makan, saya hantar my sis ni ke train station dan dia pun balik semula ke Birmingham...My sis ni akan pulang ke Malaysia kira2 dua minggu lagi sbb ada mesyuarat di Kuala Lumpur berkaitan research PhD nya...Jadi, dia pun terus je cuti sebulan kat M'sia sampai la Hari Raya nanti...bestnyer..kami la jugak akan beraya kat London..huhu
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 00:50 4 comments
Labels: Catatan Peribadi
Friday, 24 July 2009
Adam Rayyan Selepas 3 Bulan
Pada hari isnin yg lepas, saya dan isteri bawak Adam Rayyan ke unit pemeriksaan kanak-kanak di Univ College London Hospital yg terletak di Warren Street, London utk membuat beberapa pemeriksaan rutin utk bayi...Appointment telah saya aturkan dengan pihak hospital kira-kira 1 bulan yang lepas...Alhamdulillah, Adam Rayyan didapati sihat...
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 00:37 5 comments
Labels: Adam Rayyan
Tuesday, 14 July 2009
HEBAHAN MAJLIS ILMU TAREQAT TASAWUF DAN ZIKRULLAH
Tempat: Surau Ahmadiah Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan
Aturcara Majlis:
-Solat Maghrib Berjemaah
Majlis Halaqah Zikir akan dipimpin oleh
Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein
Kuliah Khas:-
Tajuk : Perlunya Amalan Tareqat Tasawuf di Masa Kini
Disampaikan Oleh : Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein, Pemimpin bagi Tareqat Ahmadiah Idrisiah, Sahah Surau Ahmadiah Hj Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Hol ini dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari Hussein, di talian 013-9871002
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 13:21 0 comments
Labels: Tareqat Ahmadiah Idrisiah
Tuesday, 7 July 2009
Health Centre: Leceh & Menyusahkan
Petang tadi, saya dan isteri terus bawa Adam utk berjumpa dengan Doktor (kalau kat UK kita panggil GP) di Pusat Kesihatan yg berdekatan dgn rumah kami...sejak Adam lahir, inilah kali pertama Adam mengalami sedikit tidak sihat...
Kalau sesiapa yg mmg tinggal di UK, mmg akan tahu betapa menyusahkan dan lecehnyer sistem pemeriksaan kesihatan di sini...Kita tidak boleh sesuka hati utk pergi ke mana2 klinik atau pusat kesihatan...kita perlu mendaftar di Pusat Kesihatan yg berdekatan dgn kawasan rumah kita sahaja..
Semasa kami sampai di kaunter Pusat Kesihatan tersebut, saya terus memohon kepada staf yg bertugas di kaunter utk membolehkan Adam Rayyan berjumpa dgn Doktor (GP) bagi pemeriksaan kesihatan...Jawapan staf itu ialah TIDAK BOLEH jumpa kerana saya tidak membuat apa2 appointment dgn pihak mereka...
Saya sebenarnyer sudah menjangka jawapan ini..tapi adakah kita boleh agak bila anak kita akan sakit dan perlukah kita membuat appointment dan menunggu berhari2 dalam keadaan anak kita sakit sebelum dibenarkan berjumpa dengan Doktor??? Alhamdulillah, walaupun salah seorg staff di sana tidak membenarkan Adam dibawa berjumpa dengan Doktor, tetapi ada seorg staff yg lain masuk campur dan membenarkan Adam dibawa utk berjumpa dgn Doktor dgn alasan Adam masih bayi dan perlukan perhatian yg rapi dari pihak pusat kesihatan...
Sebelum ini, Adam didaftarkan di Pusat Kesihatan yg terletak di kawasan rumah lama kami di Camden Town...tetapi kerana kami telah berpindah ke kawasan lain, maka kami sekeluarga perlu menukar dan daftar di Pusat Kesihatan lain yg lebih dekat dgn rumah skrg..Minggu lepas, apabila saya dan isteri membawa Adam ke Pusat Kesihatan yg lama utk pemeriksaan terkini kesihatan Adam, mereka menolak mentah2 utk membuat pemeriksaaan dgn alasan, kami sudah berpindah..walhal pusat kesihatan yg baru kami daftar ini yg mengarahkan kami supaya membuat pemeriksaan terhadap Adam di Pusat Kesihatan yg lama bagi mendapatkan rekod kesihatan terkini sblm segala data dipindah masuk ke Pusat Kesihatan yg baru ini...
Mmg geram dibuatnyer...ermmm..dalam keadaan inilah, saya merasakan Malaysia adalah tempat terbaik dari segala segi...kalau sakit jer..terus boleh bawa anak kita ke mana2 klinik atau hospital yg berdekatan tidak kira waktu....kalu kat London ni..Pusat Kesihatan akan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad...dan kalau hari biasa, jam 6.00 ptg, Doktor sudah habis bertugas....nak beli ubat pulak, perlu dapatkan prescription dulu dari Doktor...tak bleh beli sesuka hati je kat farmasi...lebih2 lagi kalau ubat itu khas utk bayi...mmg peraturannyer ketat bagi mengawal penyalahgunaan ubat tp sampai satu tahap ianya betul-betul menyusahkan..
Sampai skrg saya masih teringat kisah salah seorg rakan saya di London iaitu Bro. Faizul (Mantan Ketua Jabatan Bioteknologi, Kulliyyah Sains, UIAM) yg menceritakan betapa seksanyer beliau utk mendapatkan ubat dan menjalankan pemeriksaan Doktor semasa beliau diserang kesukaran utk bernafas semasa musim sejuk melanda London seingat saya pada tahun lepas...alasan pusat kesihatan ialah, kawan saya ini tiada appointment utk jumpa Doktor so tak bleh jumpa la Doktor..bila tak bleh jumpa Doktor, maka prescription ubat pun tak dapat, jadi ubat pun takleh beli kat farmasi...mmg menyusahkan..
Berbalik kepada citer anak lelaki saya. Hasil pemeriksaan kesihatan beliau, Doktor mengatakan ianya batuk2 biasa sahaja dan Adam tidak mengalami kenaikan suhu badan..Doktor juga beritahu yg Adam tidak perlu mengambil apa2 ubat dan biarkan ianya sembuh dgn sendiri sahaja...ermm...kali ni teringat lak ttg kisah salah seorg abg ipar saya yg diserang demam semasa tinggal di Edinburgh, Scotland pada awal 90 an..Doktor pun cakap camtu juga..tak perlu ambil ubat...tapi last2 tak sembuh2 juga demam tu..akhirnyer beliau terpaksa sekali lagi pergi berjumpa dgn Doktor dan minta Doktor beri prescription antibiotic...selepas makan antibiotic tu, barulah demam tu sembuh...
Posted by Wasunni Al-Kelantani at 20:32 2 comments
Labels: Catatan Harian












