Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Tutorial Adobe Lightroom : Perkara asas editing

.



Assalamualaikum...


Hai korang..kali nie Wan nak ajar korang kenal Tool asas yang mungkin korang boleh guna untuk edit gambar korang..Kekadang gambar yang kita ambil tu belum tentu ok..Lebih lebih lagi kalau moment yang best tapi gambar akan over exposure atau under exposure atau warna kelam..Jadi itulah guna nya applikasi yang disediakan oleh Adobe Lightroom nie..Wan hanya bagi korang kenal je tool dia k.. Nak wat dengan lebih detail tu tak lah..Cuma beri korang kegunaan sikit sikit.. Korang leh je godek sendiri nanti..


Jadi Jom..







Cara import gambar rasanya korang tahu kan..Kalau tak tahu .. Wan terangkan sikit ye.. caranya korang kene masuk ke ruangan Library..dan klik pada anak panah no 1 macam dalam gambar kat atas tu nanti akan kluar pop up kat tepi tu ..Kat situ korang pilih lah mana tempat korang simpan gambar korang..dan kat no 2 tu lak untuk korang select atau tak gambar korang..Anak panah no 3 plak untuk korang pilih mana mana gambar yang korang nak guna..Dan kat anak panah no 4 tu lak untuk korang import k..




Bila dah import korang dapat lah hasil yang macam kat atas tu..Kat anak panah no 1  tu korang besarkan gambar korang..Dan korang klik lah pada anak panah no 2 k.."Develop" .







Kalau dah masuk develop tu..Korang dapatlah hasil yang macam dalam kat atas tu..Nampak kan..




Yang kat anak panah dalam gamabr kat atas tuadalah untuk korang crop gambar korang dan kasi gambar korang lurus tegak..tak senget..




kat petak dalam gambar kat atas tu lak ialah tempat korang adjust keterangan gambar korang taw dan kerealitian gambar korang...Kat bawah nie adalah hasil yang Wan dah edit..




Korang godek godek sendiri taw..Boleh je , kalau gambar tak ok..Korang reset je..



Kat dalam petak dalam gambar kat atas tu lak ialah tempat korang nak adjust warna dalam gambar korang..Kalau korang nak terangkan lagi merah korang adjust bahgian "red" dan begitulah selanjutnya..


Kat kawasan dalam petak kat atas tu lak untuk korang adjust sharp dan kurangkan noise pada gambar korang..makin sharp gambar korang adjust makin noise lah gambar korang..Dan kat kawasan nie lah tempat korang adjust Noise dalam gambar korang..Jadi perlu lah adjust adjust..Godek godek lah ye..





Bila dah selesai korang edit gambar korang..Korang klik File > export.


Dan nanti akan kuarlah pop up macam kat gamabr atas tu..dan klik lah Export..Korang pun leh tengok tengok apa yang dalam pop up box tu k..baca jangan tak baca..


P/S :

-Gambar yang di edit tak kan cantik kalau tak betul caranya..Editing nie hanya menambah baikan apa yang perlu dan bukanlah bererti akan hasilkan gambar yang terbaik.. minima kan editing dan maksima kan manual kamera sepenuhnya..Kretiviti dan pengalaman itu penting.

-Editing format RAW lebih baik dan mudah dari JPEG .. JPEG sukar di edit dan mengambil masa yang agak lama untuk di edit berbanding RAW .. JPEG kekadang bila diedit gambar semakin teruk..


Editing gambar dalam Photography boleh ke??
Remove dust pada gambar _ Adobe Lightroom  




Jika entri kali nie berguna..Like dan share..Sudilah kiranya klik donate Button bagi membantu kami..

Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

JB





.




Saturday, June 30, 2012

Tutorial buat doodle lelaki

.


Assalamualaikum


Kali nie Wan nak ajar korang camne nak wat doodle lelaki lak..Buat muka doodle je lah ye..Wan anggap korang dah faam semua Tool yang digunakan , Macam mana nak buat new layer dan shape tool , pen tool semua tu harap korang semua dah faham.Sebab sebelum nie kita dah belajar macam mana nak buat doodle muslimah..Caranya sama..Tool yang digunakan pun sama..Kalau masih tak tahu ... Korang leh rujuk Tutorial kat bawah nie..



-Wrap Untuk Doodle dan Lain Lain
-Melukis Doodle dan mewarna Doodle
-Wat tudung dan baju Doodle bercorak
-Tutorial melukis dan mewarna Doodle - Adobe Photoshop (Versi Video)  


-Tambah Ton Warna Pada Doodle_Paint Tool Sai 
-Tutorial Melukis Doodle _ Paint Tool Sai

-Wat Dolly for beginner part 1
-Wat Dolly for beginner part 2
-Wat mulut Dolly muncung


Kalau korang dah siap sedia..

Jom Tutorial..


Mula mula open adobe korang dan buat new file..Semua Adobe pun leh guna taw..Tool basic dia sama je..







Korang guna shape tool bulat macam yang dalam gambar kat atas tu k..Tengok kat anak panah tu..Ekot apa yang ada kat anak panah tu..dan buat new layer k..Harap korang faham setakat nie..dah buat bulat dengan shape tool tu korang klik kanan dan Stroke..macam biasa..Buat stroke je.






Lepas tu korang buat sekali lagi bulatan dengan shape tool bulat korang tu..dan lepas tu korang klik kanan pada pen tool korang dan pilih yang pen ada tambah tu "+" k..Bila dah klik korang klik pada mana mana bahagian bulatan yang korang dah buat guna shape tool tadi..macam kat dalam gambar bawah nie..



Kat anak panah tengah tu taw..korang klik kat situ..kat tepi tepi tu memang dah ada..Korang cuma perlu tarik je untuk bentukkan rambut.tarik atau tolak ke dalam.Cuba dan jaya k..Lepas tu buatlah stroke macam biasa.



Selepas tu korang pilih lak pen tool biasa.Korang klik kanan dan pilih yang basic paling atas tu..macam dalam gamabr kat atas tu..Dan korang mulalah buat rambut untuk bahagian hadapan muka doodle korang..Macam kat dalam gambar bawah nie.






Korang klik satu bahagian dan klik lagi pada satu bahagian hujung dan tarik untuk bengkokkan garisan tu..Dan lepas tu Stroke macam biasa.Dan buat untuk yang selebihnya.


Dah selesai tu..Kita padam bahagian yang tak berkaitan lak dengan eraser tool..Dan selesai..Kalau Tutorial nie terlalu cepat dan ringkas sebabkan korang tak faham..Apa kata korang rujuk dulu Tutorial yang Wan dah sediakan kat atas tadi.. Selamat menjana ilmu..



Tu je..


Jika entri kali nie berguna..Like dan share..Sudilah kiranya klik donate Button bagi membantu kami..



Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat




.





Monday, June 25, 2012

Tutorial menu tab comel di tepi blog[ hover rotate -5deg]

.


 Assalamualaikum..

Kali nie Wan nak kongsi tutorial nie lak..tab menu side comel macam nie.

Wan copy Tutorial nie 100% dari http://www.azhafizah.com/2012/03/tutorial-buat-menu-tab-comel-di-tepi.html

Kalau Wan nak buat tutorial sendiri pun sama gak cara nya..Jadi Wan ambik yang dah sedia ada..Dan kreditkan terus ke blog sumber Tutorial nie..

--------

Dah 2hari kot menu tab comel di tepi blog Fiza ni menapak tanpa ada masalah buat masa ni.So,selamat untuk digunakan sebab tak mengganggu loading blog dan mudah nak navigate blog juga.Paling best bila hover ada effects -5deg dan buatkan korang suka nak main main dengan hover tu.Seriously nampak style dan comel.^__^

Contoh macam bawah ni.Takpun korang click je kat tepi blog Fiza ni.

Disebabkan ada yang bertanya dan ada masa nak buat tuto simple ni.


So,Fiza akan buat tuto ni untuk dikongsi bersama.Dah mintak izin pada tuan punya tuto dan dia dah izinkan pun.Fiza buat ni pun dari tuto si dia[N comel] ni.Thanks a lot ye.^__^. OK,jomlah try jugak

[Sebelum mulakan tutor ni,save dulu template blog korang>>download]
1.Log in blogger>>Dashboard>>Design>>Edit HTML
2.Click pada expand widget templates
3.Cari code ]]>
 CTRL+F memudahkan pencarian


4.Copy code bawah ni
/* LIST #8 */
#list8 { }
#list8 ul { list-style:none;}
#list8 ul li { font-family:Georgia,serif,Times; font-size:18px;margin:1px; }
#list8 ul li a { display:block; width:80px; height:28px; background-color:#000000; border-right:10px solid #FFFFFF; padding-left:40px;
text-decoration:none; color:#FFFFFF; }
#list8 ul li a:hover { -moz-transform:rotate(-5deg); -moz-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
-webkit-transform:rotate(-5deg); -webkit-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
transform:rotate(-5deg); box-shadow:10px 10px 20px #000000; }
*Customize coding ikut kesesuaian blog,korang boleh tukar jenis font,warna font,size font,warna background dan position tab menu tu.
code warna[di sini]

5.Pastekan code no4 sebelum code  ]]>

6.Cari code 
*tekan serentak ctrl+f dan masukkan code no 5 di dalam box untuk memudahkan pencarian

7.Copy code bawah ni
<div style='display:scroll; position:fixed; top:150px; left:-40px;'>
<div id='list8'>
<ul>
<li><a href='URL BLOG'>Home</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
</ul>
</div>
</div>
*letak link menu dan tajuk menu pada code di atas ni

8.Paste code no 7 sebelum code </body>
 
9.Preview
10.Kalau dah ok tekan SAVE

Mula mula Fiza buat tak menjadi,mungkin ada masalah coding dalam template.So,Fiza switch template baru dan buat  semula macam template asal.Alhamdulillah menjadi menu tab comel ni.So,kalau tak jadi masa first time buat tu,korang kena switch pada template baru dan buat balik blog.Sebelum switch template baru,save dulu template lama.

Selamat mencuba.
Credit tuto to [Nurulcomel]Thanks!

Notapink:Kalau dah siap menu tab comel tu..menu tab lama dah boleh delete.^_^




Wan copy Tutorial nie 100% dari http://www.azhafizah.com/2012/03/tutorial-buat-menu-tab-comel-di-tepi.html




.



Tuesday, June 19, 2012

Free Download 20 E-Book Photoshop

Assalammualaikum...


Kali nie Wan nak kongsi E-Book percuma untuk Adobe Photoshop...Wan ambik nie dari sini.. Dia sendiri yang minta Wan kongsi dengan korang..Jadi Wan kongsikan..

Sumber : http://lunarversion.blogspot.com/2012/06/free-download-20-e-book-photoshop.html
Di ubah mengikut kesesuain Blog dan mengelak SPAM LINK dari entri sebenar.
























Selamat mendownload..


Jika entri kali nie berguna..Like dan share..Sudilah kiranya klik donate Button bagi membantu kami..

 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat
Gajah
Gajah lagi



.



Tuesday, June 12, 2012

Tutorial Photography : Light painting HalfDome

.

 
Assalamualaikum...

Kali nie Wan nak kongsi macam mana Halfdome Light painting nie terhasil..Tutorial nie bukan ajar cara nak buat tool tapi nak bagi korang tengok macam mana nak menghasilkan benda nie..Korang tengok item rasanya akan faham camne nak buat..Kalau nak item nie , rasanya korang boleh tempah dengan sahabat Photog Wan di facebook Saudara Aizuddin Akhsan.  Item lain untuk Light Painting Saudara Aizuddin rasanya da jugak jual..Korang leh try tanya kat facebook dia k.. Aizuddin Akhsan. 




Di bawah ini adalah hasil dari lampu halfdome yang saya buat..OK tak?kalu Ok SHARE lah?
Jangan lupa jemput saya datang ke tempat ANDA 
 
Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3

 
 

Gambar adalah milik seratus peratus dari Aizuddin Akshan.

Dan bagi sesapa yang berdekatan nak belajar Light Painting nie kroang leh lah ikuti kelas dari beliau..
 
 

Kelas kelas untuk hari yang selepas dari tarikh nie kroang leh tanya kat dia sendiri k..nie facebook beliau http://www.facebook.com/aizuddinakhsan?ref=ts



Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat
 




.




Saturday, June 9, 2012

SAYS.my begitu kejam (11 hari bersama SAYS.my).Limit setiap iklan tak perlu kongsi

.


Assalamualaikum...

Entri agak panjang dan tajuk pun panjang..Jadi sesapa berminat nak baca teruskan..Kalau tak teruskan X dan beredar..ehehhe



Hai korang..Nie bukan entri nak berlagak taw..Nie entri kita bersama.."11 hari bersama SAYS.my" apa yang Wan dapat..Satu jumlah pelaburan yang besar...Sejujurnya Wan tak pernah terfikir pendapatan Wan dalam jangka masa pendek nie dah cecah RM37.20 dan mungkin masa korang baca nie pendapatan Wan dah capai RM  50.++ sapa tahu kan..Malam tadi Wan ada post satu gambar pendapatan Wan untuk SAYS.my nie..10 hours ago.semasa entri nie ditaip.Tengok gambar bawah nie lak.Wan print screen untuk korang..Sesapa kawan Wan di facebook korang leh tengok jugak..Print Screen



Dan dalam masa 10 jam yang kebanyakkan orang sedang tidur Wan masih boleh jana pendapat sebanyak 37.20 - 34.60 =02.60 .. Jumlah yang agak besar bagi Wan..Sebelum sebelum nie Wan tak berapa gemar nak share iklan iklan dari SAYS.my nie..Tetapi SAYS.my nie terlampau kejam sebab bagi pendapatan yang terlampau cepat dan berbaloi..KEJAM KEJAM..


Dan dan dan kerana kekejamanan ini jugaklah ramai yang SPAM shout dengan SAYS.my .. Maaflah ye kalau IP korang kene BAN dan tak boleh nak shout kat Shout Wan lagi..Bukan tak suka cuma cara anda salah..yang lain pun ada jugak SAYS.my nie tapi tak lah mencari punca rezeki dengan cara yang salah..Adakah pendapatan anda halal tepuk dada tanya selera..


Masih jugak ramai yang bertanya bagaimana dapat pendapatan secepat nie..Sebenarnya tiada Rahsia pun, apa yang Wan buat ialah macam nie "Contoh" . Korang boleh klik dan tengok..Sebegitu mudah..Seperti yang korang tahu setiap visitor yang datang ke link korang , korang akan mendapat RM0.20 dan setiap iklan ada limit tertentu..So korang mesti tahu limit iklan korang..Bila dah cukup limit tu korang kongsikan iklan yang lain plak..Faham??Kalau tak faham..Wan terangkan dengan gambar lak..Wan bagi Contoh M&M



Nie pada bahagian Recommendations korang..nampak kan yang Wan tandakan dengan anak panah tu..kat situ ada tulis RM6.00 dan kat situ lah limit jumlah pendapatan yang korang akan dapat..Cukup je RM6.00 tu korang kongsilah iklan yang lain plak..jangan kongsi iklan yang sama lagi..Sebab dah limit..Macam mana nak taw dah limit ke tak..Cara nya mudah je..Korang pergi ke Dashboard SAYS.my korang..




Dan kat page tu korang akan lihat pendapatan yang korang dapat jadi kat situ lah korang lihat setiap pendapat iklan yang korang kongsi tu dah limit ke tak??




Nampak tak pada anak panah tu??Maknanya pendapatan nie dah limit dah kira matang dan tak perlu nak kongsi lagi dah..Kita lihat pendapatan yang belum limit..Pendapatan Wan yang belum limit lagi ialah Penyu tu.. sebab baru RM0.40.Korang leh lihat kat sini.WWF selamatkan penyu...


Sebegitulah untuk seterusnya..Jangan bazirkan masa berkongsi pendapatan yang dah limit.Sewaktu Wan menaip nie Wan berulang kali membaca dan memperbaiki penulisan supaya mudah untuk korang faham.Rezeki tu carilah dengan cara yang halal dan kalau ada usaha Insya ALLAH akan berjaya..


Bagi Wan kalau sehari boleh dapat RM0.20 - RM1.00 pun dah cukup .Kita ambik pendapatan yang rendah RM0.20 x 30 hari  = RM6.00 untuk sebulan kalau RM1.00 x 30 hari = RM30.00 pendapatan tetap korang untuk sebulan..Sebulan tu ada yang boleh dapat free free RM30.00 tu??..kalau dah setahun RM30.00 x 12 = RM 360.00 .. Simpanan tetap pelaburan korang...Online dalam diam boleh buat duit..


Seperti menabung sikit sikit lama lama jadi bukit..Dan setiap kali Wan buat pelaburan Wan akan pasang target Wan..Pendapatan harus lebih RM360.00 untuk setahun NUFFNANG ,CHURP CHURP dan SAYS.my.. kesemuanya mesti melebihi RM360.00 kalau dalam beberapa bulan leh melepasi target itu namanya rezeki..Alhamdullillah..Bawah nie ada beberapa artikel yang Wan dah kongsi mengenai SAYS.my.lapangkan lah masa untuk baca.


-Daftar SAYS.my
-Churp Churp VS SAYS.my




بِŘłْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّŘ­ْŮ…َنِ اارَّŘ­ِŮŠŮ… 

"Ya Allah, 
apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, 
apabila di dalam bumi maka keluarkanlah,
apabila di laut maka naikkanlah, 
apabila jauh maka dekatkanlah, 
sekiranya dekat maka permudahkanlah, 
dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , 
juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, 
serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, 
dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, 
sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".




Jika entri kali nie berguna like/share dan klik button Donate jika sudi..terima kasih 
Sudi lah kiranya klik link dibawah untuk memberi sumbangan kepada blog ini..Terima kasih sangat sangat

TRAIN'S
Saving Planet



.