SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Pengumuman : Peluang Kerjaya  

Posted by Admin in

Kalau ada saudara-masa yang sedang mencari kerja dalam sektor perbankan, calon-calon sedang direkrut untuk jawatan Trainee Executive. Syarat-syarat minima adalah berkelulusan SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saudara Azhar (Abe Ha) ditalian 019-9521971. Sila maklumkan kepada saudara-mara yang lain. Sekian, terima kasih.

DETIK YANG TIDAK AKAN BERULANG  

Posted by Admin in

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat merasakan nikmat yang diberikan...
Kita dapat lagi merasai nikmat sebagai seorang manusia...

Tahun ini kita akan dapat melalui satu detik masa yang mengikut urutan nombor...

Pada jam 12:34:56 pada tarikh 07.08.09.....
(1,2,3,4,5,6,7,8,9..)
Hanya pada tahun ini..dan masa ini pasti tidak akan berulang...dan berlaku lagi...

Tungggguuuuuuuuuuuuuuu...

KOLEKSI UNDANG-UNDANG SELURUH DUNIA  

Posted by Admin in

SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT
* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Sumber: http://idhamlim. blogspot. com

SELAMAT HARI GURU  

Posted by Admin in


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI IBU  

Posted by Admin in

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kg, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Dipetik daripada forum TKO

SELAMAT HARI PEKERJA  

Posted by Admin in

Selamat Hari pekerja kepada semua pekerja-pekerja yang disambut pada 1hb Mei setiap tahun, tak kiralah sektor mana sekalipun, awam ke, swasta ke, bekerja sendiri ke atau sebagainya. Bagaimana dengan prestasi kerja kita, adakah menurun daripada prestasi tahun lepas atau pun masih kekal di takuk lama? Kalau prestasi meningkat berbanding dengan tahun lepas, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Mungkin dah naik gaji dan pangkat. Bagaimana dengan komitmen kita pada kerja? Adakah sama seperti gambar dibawah ini? Nilailah sendiri.

KETIKA... KHAS UNTUK SEMUA  

Posted by Admin in

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidupyang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!  

Posted by Admin in

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi kepelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.

GAMBAR-GAMBAR 'EARTH HOUR'  

Posted by Admin in

Taj Mahal Hotel, Mumbai


Sydney


Singapore Business District


Shanghai


Petronas Twin Tower


Milenium Bridge Newcastle Upon Tyne


Kuala Lumpur


Jakarta


Hong Kong


Giza Pyramids


Eifel Tower


Colosseum


Burj Al-Arab Dubai


Bird Nest Beijing


Agbar Tower Barcelona


Acropolis Athents


Tower Taipei


Sumber: Reuters

PELAJAR DAPAT 20A, ULANG KAJI AWAL PAGI, SOLAT TAHAJUD  

Posted by Admin in

KOTA BHARU: Anak pasangan nelayan dan tukang sapu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran apabila meraih pencapaian cemerlang 20A termasuk 1A2, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan semalam.

Nik Nur Madihah, 18, turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini, apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam.

Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi.



Nik Nur Madihah berkata, kejayaan cemerlangnya itu adalah hadiah kepada ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 42, dan Mariani Omar, 40, yang sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan menuntut ilmu dalam usaha merubah kehidupan dan kemiskinan keluarga. (Gambar kiri, Nik Nur Madihah berdiri di atas tangga rumahnya).

"Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan.

"Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dan sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa kerana saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM dengan sasaran awal mahu memperoleh 18A.

"Saya mengulang kaji awal pagi setiap hari selepas bersolat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan sejak di sekolah rendah lagi. Berikutan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar kerana mahal, saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas," katanya.

Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting dekat Pantai Sabak itu, ditemui selepas menerima keputusan peperiksaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Mohd Amar Nik Abdullah, di sekolah terbabit, semalam.

Hadir sama Pengetua Maahad Muhammadi (P), Zainah Abdullah dan Pelajar Terbaik SPM 2006 dari sekolah itu, Siti Fatimah Mokhtar, yang mendapat 18A termasuk 1A2.

Nik Nur Madihah berkata, peluang mengikuti Seminar Skor SPM anjuran Berita Harian tahun lalu, banyak membantunya menghadapi peperiksaan selepas mendapat pendedahan kaedah terbaik menjawab soalan.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat. berkata, keputusan dicapainya itu membuktikan kejayaan dalam pelajaran mampu dimiliki sesiapa saja yang mempunyai keazaman dan bukannya bergantung kepada latar belakang keluarga saja.

Kecemerlangan Nik Nur Madihah bermula sejak di sekolah rendah lagi apabila mendapat 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2006..

Sementara itu, Mariani berkata, sebagai ibu, beliau dan suaminya sentiasa mendoakan kejayaan untuk empat anak mereka dan menanam kesedaran terhadap kepentingan ilmu demi mengubah masa depan.

"Saya dan suami hanya berpendapatan antara RM500 dan RM600 sebulan dan memastikan anak tidak tercicir dalam persekolahan, kami terpaksa berjimat cermat membiayai persekolahan mereka," katanya.

Sumber: Kelate Dot Net

NOTA: KELUARGA TOK WAN DAUD BILA PULAK?

GAMBAR SEDANG TIDUR  

Posted by Admin in

Hehe,ni bukan gambar tidur yang diambil secara curi-curi seperti yang sedang hangat sekarang ni, tapi ini gambar gaya tidur yang boleh melambangkan perwatakan seseorang. Tak tau la kebenarannya.. lu pikirlah sendiri.















SUSUNAN BULAN, KEJORA DAN MUSYTARI DIRAKAM  

Posted by Admin in



Bulan bersama-sama dengan Mustytari dan Kejora akan berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga!

Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.

Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!

PERHIMPUNAN TERBESAR DI DUNIA  

Posted by Admin in



Inilah perhimpunan terbesar yang melibatkan jutaan manusia pada satu tempat di planet bumi ini. Yang paling mengagumkan walaupun perhimpunan tersebut melibatkan pelbagai bangsa dan pertuturan yang berlainan dari seluruh dunia, mereka tetap bersatu dan berjaya menunaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah mahupun keganasan.

MEKAH 2010  

Posted by Admin in

The series of pictures shows how the Muslim Holy City of Makkah will look like by 2010 when the massive construction project and reconstruction of its surroundings will be completed. It is a wonderful view and the pictures are simply awesome!





RUPANYA KITA MERACUNI DIRI KITA SETIAP HARI  

Posted by Admin in


Sebagai pengguna, kita harus tahu bagaimana untuk menggunakan barangan plastik serta bahayanya jika kita menggunakannya secara tidak betul. Sebenarnya terdapat simbol yang membolehkan kita mengetahui maksud ketahanan plastik tersebut.

Tanda tersebut adalah seperti berikut:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah plastik itu,
2. Berbentuk segitiga,
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat nombor,
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap. Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

5. Cegah menggunakan barangan plastik untuk mengemas makanan berminyak dan berlemak.

6. Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan berbahan stailess steel, kaca, seramik dan kayu.

Sekiranya benar fakta ini, secara tidak langsung kita meracuni diri kita setiap hari. Tanpa kita sedari atau memang kita tahu tetapi sering buat acuh tak acuh, bekas plastik yang kita isikan minuman dan makanan telah menjadi racun yang memudharatkan kesihatan dan kesannya bukan sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang.

BOIKOT PRODUK BELANDA!  

Posted by Admin in

Geert weilders , seorang ahli parlimen dari Belanda telah diberi tepukan gemuruh oleh parlimen Belanda atas penghasilan filem Fitna yang menghina Islam dan rasulnya

Jadi saya mengesa kita Umat Islam Malaysia menyatakan rasa tidak puas hati kita dengan cara berikut:

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall's - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady's Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Dumex -Susu Tepung
  30. Nutricia -Susu Bayi
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain


sumber: http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/main. php

KERETAPI PENGANGKUTAN UTAMA DUNIA  

Posted by Admin in

Perjalanan antara Shanghai dan Suzhou sejauh 112 kilometer hanya 39 minit

KEPANTASAN kini menyebabkan kereta api bukan lagi sistem pengangkutan pilihan kedua atau ketiga. Di England, perjalanan menaiki kereta api antara London dan Brussels hanya mengambil masa satu jam 43 minit, manakala ke Paris, kira-kira dua jam 35 minit.

Di benua Asia, kereta api laju yang baru dilancarkan membolehkan penumpang di Taiwan bergerak antara dua tempat paling hujung di pulau itu dalam tempoh 90 minit. Jepun pula terkenal dengan kereta api laju, Shinkansen dengan kelajuan lebih 300 kmj (kilometer sejam). Bagaimanapun dalam ujian, kelajuan mencecah rekod 580 kmj.

Pelopor kereta api laju di Eropah, Perancis, dalam satu ujian berjaya mencipta rekod untuk kereta api konvensional menggunakan roda dengan kelajuan 574 kmj. Jerman, Itali dan Sepanyol, juga tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan itu.

Bagaimanapun tidak semua negara boleh mengaku kereta api masing-masing adalah kereta api laju. Secara umum, kereta api laju perlu mempunyai kelajuan melebihi 199 kmj.

Kemajuan pesat teknologi kereta api menyebabkan sistem pengangkutan ini semakin mendapat tempat di hampir semua benua.

April tahun lalu, China melancarkan kereta api laju yang menjadikan tempoh perjalanan antara Shanghai dan Suzhou sejauh 112 kilometer hanya mengambil masa 39 minit. Pelancaran kereta api dengan kelajuan 250 hingga 300 kmj itu menjadikan China antara kelompok negara yang mempunyai teknologi canggih itu.

India, sebuah lagi negara Asia yang mencatat prestasi ekonomi memberangsangkan sudah mengenal pasti koridor laluan yang akan menjadi rangkaian kereta api laju.

INFO
Kereta api laju Jepun, Shinkansen, mencatat rekod kelajuan 256 kmj pada 1963 dan 40 tahun kemudian, versi MLX01, mencapai 581 kmj.

Tahap kelajuan operasi kereta api laju sekarang adalah antara 260-320 kmj.

Mulai 2011, tahap kelajuan operasi Shinkansen adalah 320 kmj.

Kereta api laju di Jepun dan Perancis menghubungkan bandar besar berkepadatan tinggi.

Laluan kereta api laju Tokaido Shinkansen mampu membawa 20,000 penumpang sejam bagi satu arah.

'BACK TO FUTURE'  

Posted by Admin in


Ditakdirkan anda berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Senang cerita anda merupakan salah seorang dari rakan-rakan Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Pada suatu hari sedang anda melepak dengan rakan-rakan anda tadi tiba-tiba muncul seseorang yang tidak anda kenali meminta kebenaran untuk sama-sama berborak dalam kumpulan anda. Dengan besar hati anda dan rakan anda bersetuju untuk menjadikannya seorang kawan baru.

Entah macamana ketika asyik berborak, rakan baru anda tiba-tiba berkata "Kau orang tahu tak, dah dua tiga malam aku bermimpi mimpi yang sama. Dalam mimpi tu aku berada dalam badan satu burung raksaksa yang diperbuat daripada besi. Terdapat beratus-ratus orang dalam badan burung tersebut. Burung berbadan besi tersebut sangatlah berat tetapi ia mampu terbang tinggi dan sangat laju hingga tak mampu dibayangkan".

Pada zaman itu, mustahil bagi anda untuk mempercayainya. Semua orang akan berkata itu adalah cerita paling dongeng sekali yang pernah diucapkan. Tetapi nah cuba lihat sekarang!. Burung besi tadi bukan lagi satu yang menghairankan. Kebanyakan dari kita pernah menaikinya. Kita memanggilnya kapalterbang.

Sekarang mari kita bawa diri kita ke masa hadapan pula. Di dalam Al-Quran Allah menyatakan orang-orang yang mati syahid kerana berjihad di jalan Allah, rohnya akan ditempatkan di dalam badan seekor burung berwarna hijau di syurga. Mahukah anda menafikannya? Ingat.. sebelum anda menafikannya jangan lupa untuk mengimbau kembali ke zaman Kesultanan Melayu Melaka di awal cerita ini tadi...

JOM BERHENTI MEROKOK  

Posted by Admin in

Ada yang berkata.. tak merokok pun boleh kena penyakit juga, boleh mati juga!

Ya, ada terlalu banyak sebab untuk mati dan kita juga boleh mati tanpa sebarang sebab. Sememangnya apa jua yang wujud di dunia ini akan berakhir, hanya Allah yang kekal. Tetapi adakah kita dijadikan untuk mati? TENTUNYA TIDAK!

Kita hanya diberikan sedikit masa di dunia ini. Dalam perjalanan hidup yang singkat ini kita ingin melakukan banyak perkara. Adakah merosakkan diri sendiri salah satu darinya?

Barah dan sakit jantung boleh menyerang semua. Bukan saja akibat merokok tetapi juga berpunca dari permakanan yg tidak seimbang. Walaubagaimanapun, seorang perokok lebih mudah diserang penyakit-penyakit tersebut. Ambil saya saja sebagai contoh dimana saya telah menghadapi masalah jantung pada usia 40 tahun, manakala seorang ahli keluarga saya yang tidak merokok hanya mengalaminya pada usia 50 tahun.

Ini bermakna, seorang perokok seperti saya telah mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari yang tidak merokok. Kini telah hampir 2 tahun saya berhenti merokok dan percayalah bahawa nikmatnya lebih tinggi dari menjadi penagih rokok.

Kenapa perlu berhenti merokok?

Tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun. Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoxide menjadikan jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam darah. Tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah.Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.Perokok mempunyai 70% risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya adalah perokok. Perangkaan menunjukan kes sakit paru-paru di Malaysia bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda bakal seorang darinya?

Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:

Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.

Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok

Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM8.00 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM2880.00

BERFIKIR DI LUAR KOTAK  

Posted by Admin in


Berfikir di luar kotak atau thinking outside the box adalah merupakan satu proses pemikiran. Daripada kebiasaan kepada sesuatu yang berlainan sama sekali.

Cuba lihat contoh yang saya berikan:
1+1 = ?
Jawapan yang biasa didengar sudah tentu jawapannya ialah 2 (dua).

Sekarang mari kita lihat jawapan menggunakan kaedah berfikir di luar kotak...
1+1 = Tidak semestinya 2 (dua). Ada kalanya ..

1+1 = 1 (Bila satu titik air dititik di atas titik air yang lain. Keduanya bercantum menjadi satu)
1+1 = 0 (Bila satu titik air dititik di atas air yang lain di dalam kuali panas, kedua-duanya akan hilang menjadi wap)
1+1 = 3 dan ke atas (Bila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan dan dikurniakan anak mungkin seorang, mungkin dua dan mungkin kembar empat)

Jadi selepas ini, sebelum anda membuat apa-apa keputusan cubalah kaedah 'berfikir di luar kotak' kerana hasilnya mungkin jauh lebih baik dari jangkaan awal anda. Selamat mencuba!

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR