Instagram

Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Setia Walk ke Sunway Pyramid

Mencuba angin di tempat baru itu lah tajuk yang paling kena dengan story aku kali ni. Actually hari sabtu petang bersamaan dengan 27 Julai 2013 tu lepas Lee habis kerja weols cadang nak keluar tengok wayang kat Setia Walk. Benda ni memang dah plan agak lama juga tak silap awal bulan haritu, almaklum la kawan si Lee kata wayang kat situ dah macam tilam, alaaaa yang beanieplex tu. Nak tido ke nak telentang ke sukahati la. Aku pula tak pernah try wayang bertilam ni so apa lagi teringin la juga. 


So pergi la usyar tiket The Wolverine nasib ada yang pukul 6.15pm. Weols bedal je amik tapi dah sah-sah nanti tak sempat nak berbuka kan? Apa nak risau sebab nanti tapau je hotdog and air awal-awal before masuk wayang. So sementara nak tunggu wayang start tu weols pi la jalan-jalan menikmati pemandangan Setia Walk tu, memang betul walk la sampai jadi blur tak tahu nak pi mana. Mana taknya mostly kedai yang weols nampak kedai makan je. Gulppp!Telan air liur lagi. Haha tapi seriusly tempat memang cantik, aku suka je! Nak photoshoot pun best.


Dalam wayang resah gelisah juga la menunggu waktu berbuka, lapa kot! Masuk waktu berbuka je tak cakap banyak terus makan benda yang di tapau. Hahaha siap aku boleh cakap lapa lagi kat Lee. Puasa kan......... Nafsu makan macam jin sikit.

Dah habis wayang terus gerak Sunway Pyramid cari Sushi King, bukan taknak makan kat Setia Walk tu tapi macam tak tahu nak makan apa sebab new place kot. Takpe lain kali kita kasi tawaf itu Setia Walk. 


Yummyyyyyy.. Yummmyyyy!!!


Amik kau kenyang sangat perot malam tu. Alhamdulillah dengan nikmat yang diberi. Hiks! Dah habis makan apa lagi jom la balik rumah ye. Da malam kan......

P/s : Sebelum kuar dating tu actually aku dah siap awal, tapi si Lee ni boleh pula request nak aku pakai dress  yg dia beli ni*godek hp cari gambar*.. So tukar baju balik. Tapi takpe janji jumpa... Hihihihihihihihihih *gelak gatal*


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, July 8, 2013

Hak bersuara hak kami

Pepagi macam ni kebiasaannya bila aku dah tak berapa busy baru aku semangat sikit buka google. Dok search la apa yang ada. Then entah macam mana tergerak hati nak type 'Dugaan nak berkahwin' then enter! Haaaa amik kau macam-macam dugaan yg terpapar la dari A-Z. Hahaha

But actually yang buat aku tertarik sangat bila aku baca satu artikel dari si TERFAKTAB ni. Ada banyak point dalam entry dia yang aku rasa setuju. Entah la kan,but if secara logiknya apa yang dia sampaikan tu ada betulnya. If korang nak tahu apa pi la klik 'TERFAKTAB' kat atas tu. Maybe pendapat atau pandangan setiap manusia tu berbeza-beza bergantung pada keadaan dan situasi.

Aku nak petik sikit ayat terfaktab ni :

Sebenarnya hampir semua benda di dalam dunia ni tak ada yang fix. Tak ada yang tetap. Dan kita biasanya tidak akan lari dari masalah. The issue is, macam mana kita handle masalah tu?

That's true! Mana ada manusia tanpa masalah. If sikit-sikit kau nak lari dari masalah konon mungkin dah takde jalan katanya, actually kau bukan hanya selesaikan masalah tapi kau hanya menambah kepada masalah yang ada, contonhya tak mustahil mungkin orang sekeliling kau yang akan menerima akibat dari sikap dan perbuatan kau. Kan tak pasal-pasal berganda masalah pula timbul. Percaya lah masalah takkan selesai selagi kau tak selesaikannya tak kira la dalam bentuk apa sekalipun dan selama mana masa yang kau ambil tapi jangan lah sesekali lari dari masalah. 

Ingat............


"Jalan pintas mungkin baik, Tapi jalan pintas tak selamanya selamat"

P/s : Tajuk entry aku ni macam takde kene mengena je. Hahaha Lantak lah hak masing2 kan =D

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, June 27, 2013

Jodoh?


As a human nak memilih, mencari or menjumpai 'JODOH' bukannya mudah. Tanpa usaha dan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada takdir memang sampai ke sudah la tak jumpa, melainkan setelah kita gigih berusaha kemudian masih belum menemui jalannya baru meletakkan segalanya kepada yang lebih mengetahui kerana setiap yang terjadi telah ditetapkan oleh-NYA. 


Adalah penting usaha kita untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dari segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung ingin menerimanya as a 'TEMAN HIDUP'. Tapi bukan lah ingin mencari kesempurnaan apatah lagi ingin menyelongkar keburukan seseorang, cuma ianya adalah sebagai persediaan bagi diri sendiri dalam membina sesuatu ikatan justeru bersedia menempuhi segala kemungkinan yang tidak dijangka.

Sebaiknya berbincang lah dengan orang tua kita atau orang-orang yang amanah dan berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, cuma kita mendengar pula pandangan mereka kerana mereka ini juga adalah 'mata' dan 'telinga' untuk kita memilih teman hidup.

Bila mana keputusan telah dibuat, jangan pula bermain-main dengan keraguan perasaan seperti :

  • Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
  • Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yg baik untukku?
  • Tulus ikhlaskah cinta dan kasihnya padaku?
  • Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
  • Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri?
  • Adakah lelaki ini kelak boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku?
  • Adakah hati ini akan bahagia jika terlibat dengan poligami?
Sesungguhnya persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri. Jika jawapannya tak seperti yg kita jangka dan harapkan, bila-bila masa saja alam perkahwinan akan mengundang kecewa berpanjangan.

Sebaliknya bertanyalah pada diri :
  • Adakah keperibadian diriku ini kelak akan membahagiakan hati suami?
  • Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai isteri yg dipimpin?
  • Mampukah diriku tulus mencintai suamiku kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan 1001 kelemahannya?
  • Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
  • Mampukah diriku menjadi isteri yg merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suamiku setulusnya?
  • Kelak adakah diriku mampu memilih akhlak seorang isteri yg penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan, kemarahan dan kesedihan?
  • Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibubapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran denganku?
  • Seandainya diriku menjadi isteri kedua ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?
Memang kita takut jika tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan, namun percayalah Allah bersama dengan orang yg melakukan kebaikan, yg sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Sikap, karakter dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri InsyaAllah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.

Isteri yang baik tidak semestinya memiliki suami yg baik, begitu juga sebaliknya. Ini kerana pernikahan adalah ruang ujian dan teman hidup kita berkemungkinan akan menjadi ujian yang paling getir dalam hidup kita.

Suami akan berubah cuma cepat atau lambat sahaja. Namun moga sifat dan sikap yang penuh kebaikan mampu menjemput suami dan anak berubah kepada jalan yang lebih baik.

P/s : Sumber dari BLOGGER ni :)



Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 12, 2012

Cinta Jarak Jauh

Mentang-mentang kat luar sana tengah hujan, mula la mood berpeeling2 aku ni datang kan. haha! Biasa la tu orang kata ilham datang tak kira masa kan? So bila ilham datang apa lagi terus la sign in blogger cepat2 takot ilham lari terus tak datang2 nanti! :p

Hari ni ilham aku pasal jarak. Actually tertimbulnya benda ni pun secara spontan. Spontan ke? haha *toleh kiri kanan sambung type* Btw jom kita kupas eh isu jarak jauh dalam perhubungan ni. Macam mana la rasanya pasangan yang berjarak2 jauh tu kan? Bahagia ke? tak rindu2an ke?? Tak meroyan ke? Kalau aku jangan kata rindu mau kematu tak tahu nak buat apa. Seminggu tak jumpa pun da tak tentu arah ni kan pula *geleng2 kepala* tak mahu! haha.

Tapi kan aku tabik spring kat pasangan yang masih utuh bak tugu negara sebab even jarak berbatu2 tapi cinta tetap mekar bak bunga ros yang mengembang gitu. Eh tapi bunga ros pon boleh je layu lol. Haha. Sangat geli2 kan ayat aku. *ada aku kesah* Dah kata bab cintan kan kalau tak geli2 bukan cintan la namanya.

So macam mana nak hadapi if situasi macam ni terkena kat batang hidung sendiri? *sad face* Even belom lagi melalui perhubungan sebegini tapi tak salah mempersiapkan diri kan. So apa lagi kita pon google la mana yang patut so terjumpa la point2 yang mungkin bermanfaat. Antara point yang aku boleh kupas bagi mempertahankan hubungan jarak jauh ialah zassssssssss.....!



  • Komunikasi : Paling-paling penting ye! Kalau dulu dekat mungkin la nak tengok hp pon malas. Tapi bila dah berjauhan please alert with ur hp. Even takde masa macam mana sekalipun cuba la juga cari sedikit masa untuk berhubung. Susah mana sekalipun atleast bertanyakan la khabar. jangan menjadikan alasan busy itu sebagai penyebab untuk tidak berhubung kerana jika ini berlaku berkemungkinan akan timbulnya pergaduhan dan akhirnya menjadi pencetus kepada pelbagai permasalahan lebih2 lagi cinta yang berjarak ni.

  • Kesetiaan : Saat berjauhan ni memang akan timbulnya rasa curiga dalam setiap pasangan. That time mula la macam2 dugaan timbul. Its normal thing la dah pasangan takde depan mata. Apa yang dia buat pun kita tak tahu tapi apa yang kita boleh buat hanya berharap agar pasangan tidak akan curang atau melakukan sesuatu di luar pengetahuan kita. Yakin lah yang dia pun jujur dan sentiasa mengingati kita. Awww *kekenyit mata*

  • Kepercayaan : Ni juga sifat yang paling penting sebab kalau takde nya kepercayaan macam mana nak menjalani kehidupan seperti biasa. Tak salah nak cemburu atau berprasangka. Adat la orang bercinta kan? Tapi jangan la sampai ianya akan mendatangkan keburukan pada perhubungan diakhirnya.

  • Jumpa : Even sekerap mana pun pasangan berhubung tapi kalau tak jumpa pun tak boleh gak. Sebab orang kata kalau makin lama pasangan tak berjumpa atau meluangkan masa bersama,peratusan sayang itu akan pudar dan hilang tersangat la tinggi. So bila once da dapat peluang dan waktu bersama hargai lah masa itu sepenuhnya sebab bukan sesuatu perkara yang mudah bagi pasangan jarak jauh untuk kerap berjumpa. Baru la masing2 akan rasa dihargai.
Sweet kan?? Even jarak pun bukan la penghalang cuma berjaya atau tak hubungan tu bergantung pada setiap pasangan. Walaupun cinta jarak jauh bukan la sesuatu yang mudah tapi if dijaga dan disemai sebaiknya InsyaAllah hubungan tu akan bertahan dan teguh ke akhirnya. =) 

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, September 5, 2012

Tanda Setia?

  1. Sunguh2 melakukan sesuatu dengan rela bukan sebab terpaksa
  2. Sentiasa cuba menggembirakan pasangannya
  3. Banyak memberi nasihat kerana dia amat menyanyangi pasangannya
  4. Kecantikan bukan perkara yang diutamakan selain dari keikhlasan
  5. Sentiasa ada rasa takot akan kehilangan pasangannya
  6. Tidak gemar jika ada orang lain terlalu rapat dengan pasangannya
  7. Mudah merasa cemburu dan sensitif bila pasangannya tidak memberi perhatian kepadanya
  8. Suka merajuk hanya kerana ingin dipujuk pasangannya
  9. Merasa tidak senang hati apabila pasangannya berjauhan darinya terlalu lama
  10. Sentiasa memastikan keselamatan pasangannya
  11. Mahukan perhatian yang lebih dari pasangannya berbanding orang lain
  12. Cuba mengawasi pergerakan pasangannya kerana wujudnya rasa cemburu dan curiga
  13. Lebih mengutamakan pasangannya berbanding diri sendiri
  14. Kerap meluahkan rasa sayang pada pasangannya dengan harapan pasangannya memahami betapa dalamnya kasihnya pada pasangannya
  15. Tidak akan memandang atau melayan orang lain yang tidak ada urusan penting dengannya melainkan teman rapat
  16. Cuba meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya
  17. Tidak malu dengan pasangannya malah merasa bangga dan menerima pasangan seadanya
  18. Apabila terjadinya sesuatu di dalam perhubungan,masih cuba meletakkan rasa percaya pada pasangannya
  19. Jika pasangan berlaku CURANG, ini bermakna hatinya belum 100% mencintai pasangannya

P/s : Info dikongsi dan dibantu oleh kawan2 :)
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, August 14, 2012

16 cara untuk menjaga perhubungan?

Gud morning guyz..

Amacam arini ada baik ka?? Kalau baik bagus kalau tak baik pun buat2 la baik k bila baca entry pinky kali ni.. Pinky?? Oh da rasa lama plak tak gunakan bahasa diri pinky kat blog ni.. Terasa gedik plak.. Eh! Mana ada gedik tu namanya fanataik... *oopsss ter-TYPO plak*

Ok sudah la cukup sudah! we go thru je k..

How to keep relationship uollsss bertahan... Renung2kan dan selamat beramal *ala2 johan raja lawak gituuuu*


  1. Saling sayang menyanyangi.
  2. Jangan menipu atau berlaku tidak jujur.
  3. Ikhlas dalam setiap perlakuan.
  4. Sentiasa bersifat terbuka dan saling berinteraksi.
  5. Sentiasa bersama tak kira susah mahupun senang.
  6. Sentiasa memaafkan dan melupakan apa yang terjadi biarpun terluka atau disakiti.
  7. Jangan sesekali bercakap soal 'BREAK UP'.
  8. Jangan sesekali mengatakan diri tu OK even hakikatnya its NOT OK.
  9. Ketepikan sedikit perasaan ego.
  10. Jangan sesekali sebut pasal STUPID EX bf/gf.
  11. Jangan membandingkan masa lalu dan sekarang.
  12. Sentiasa give and take.
  13. Always la alert tentang perasaan si DIA.
  14. Bila berlaku pergaduhan atau selisih paham jangan sesekali biarkan hari berlalu tanpa menyelesaikannya.
  15. Don't be the PERFECT one but be the RIGHT one.
  16. Bila dah minta maaf tu maksudkan. Jangan omong kosong.
P/s : Info ni dapat dari fb fren gak.. Poyo je pinky ni..

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, April 17, 2012

Tanda2 pudarnya??

Cinta memang indah. Semua orang nak lalui and pasti akan melaluinya. Tapi tak semua mampu untuk harunginya. Sedangkan dugaan waktu ngah peeling2 cintan pun tak boleh nak accept macam mana nak melangkah ke suatu hubungan yang lebih jauh? Bila tak mampu untuk mengharungi segalanya bersama2 tak mustahil cinta yg mulanya indah mekar bak bintang yang memancar2 tu kan akan malap and hilang sikit2. 
Ibarat kentut la, mula lepas memang perghhh baunya kemain, tapi x lama hilang!
Tapi sumtimes kita tak sedar yang perasaan tu makin hilang. Kita hanya akan sedar bila dia da betol2 jauh and hilang dari pandangan kita. So pink nak share sumthing yang mungkin ade betol and ade tidaknya terpulang la pada masing2 k. Baca boleh nak percaya 100% entah la.

Tanda2 bila perasaan tu makin hilang :
  • Dah mula malas nak kol atau jawab kol dari BF/GF
  • If sebelum ni atleast sehari wajib kol tapi bila perasaan tu da takde jangan katakan nak kol, tanya khabar pun boleh lupa.
  • Then bila sms mesti pendek je (Ok, yela, me too n etc) Kalau dulu bukan main berjela2.
  • Da mula merasakan dirinya single and berkelakuan seperti tiada BF/GF.  
  • Always ada je alasan untuk menghindarkan diri. 
  • Dah mula endah tak endah hal2 yang berkaitan dengan pasangannya.
  • Sudah mula bergurau secara kasar tanpa memikirkan apa yang keluar tu mungkin mengguris hati pasangan dalam diam.
  • Kalau dulu boley dikatakan ada masa free je nak jumpa even sekejap, tapi sekarang jangan kata seminggu, sebulan pun belom tentu nak jumpa. Tak jumpa lagi bagus. Senang sikit kerja.
  • Everything yang kita buat semuanya tak kena pada mata dia. Always salah di pandangan dia.
  • Nampak kelemahan dari kebaikan kita and mula menyuarakan kelemahan kita. 
So tak semua perkara yang berkaitan dengan cinta itu indah sebenarnya. Sebab cinta yang indah tu hanya milik TUHAN and hanya dia yang tau apa yang terbaik untuk kita. Thats y kita tak boleh sayang orang terlalu2 sangat, sebab bila kita jatuh kita tak rasa sakit sangat. ;)

 Google je quotes ni..

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, January 27, 2012

Part of life..

  • ur smell
  • ur style
  • ur attitude
  • ur words
  • ur smile
  • ur cuteness
I miss the way u are!!
I wonder how boys feel when they are in love. That they do the same like girls do?? Do they have u on their mind 24/7 or atleast quarter of that? Do they wait for u to come online for hours like girls do? Do they smile at random times at the thought of u? Do they miss u all the time? Do they think about the smallest things u say?

Only they know..

P/s: lumrah manusia la bila rasa rindukan sesorang. jangan menidakkan perasaan rindu tu sebab logiknya (gembira, sedih, rindu, benci, marah, etc) adelah sebahagian dari hidup kita. :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, January 19, 2012

Don't try if?

For yang tergedik2 nak mencuba fall2 in love ke, yang da putus nak sambung balik ke, yang da dilepaskan terhegeh2 balik ke, yang da break nak cari pengganti ke, yang cerai nak nikah lagi ke and so on. Bla bla bla. ;)


This is IMPORTANT info for those guys yang ade ciri2 di atas atau yang sama waktu dengannya. So please ALERT!

Don't Ever Get Into a Relationship:
  • If you’re still gonna act single.
  • If you’re still gonna talk to a lot of people of the opposite sex.
  • If you’re not gonna be able to support them when they need it.
  • If you’re not gonna be able to make time for them.
  • If you’re still caught up with your ex.
  • If you’re not ready to commit to just one person
My conclusion is better just stay single and make urself available for others. :) No heart feelings!
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, January 4, 2012

Relationship + Communication = Successful

Jangan pelik eh bila tengok title tu. Tu saja2 create je. Takde kene mengena ngan sukatan pelajaran mana2 k! haha. Tapi actually kalau try pahamkan ade maksud disebalik simbol tu. Pelik? Let me terangkan simbolik tu k.

'Relationship + Communication = Successful'

Dengan pakwe/makwe

Dengan kawan2

Dua2 penting dalam setiap perhubungan tak kira as a fren atau lebih dikenali sebagai BFF(Bestfren 4ever) ke BF/GF ke. Communicate tu sangat2 penting sebenarnya! Thats why hubungan yg ditambahkan dengan komunikasi selalunya akan bertahan lebih lama berbanding mereka yang kurang berkomunikasi. 

'Relationship - Less Communicate + No time for each other = Dangerous/Fail/Waste time'
Tapi sumtimes kita alpa dengan benda2 yang actually simple je sebab kita alwez buat dalam aktviti seharian kita. TALK TALK TALK. But bila dalam relation nape komunikasi tu jadi kurang??
  • Masing2 ego
  • Lebih suka pendam/simpan dalam hati
  • Mendiamkan diri
Punca keretakan hubungan? Mana taknye, dok makan hati je lama2 tawar terus.
So if sayangkan perhubungan tu jangan la abaikan sikap berkomunikasi. Insyaallah komunikasi adelah jalan terbaik untuk kita lebih mengenali,memahami dan mendekati peribadi sesorang.

P/s : Teringat kat my fren (Yana). Selalu nasihat aku pasal benda ni. Haha

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, December 30, 2011

Menjadi pilihan hati??

Hari ni ade feeling sikit nak menulis tentang lelaki. Apekah yang aku cuba sampaikan? Da tentu2 la lelaki yg boleh menambat hati aku. Mean sifat2 atau ciri2 lelaki yang bisa mencairkan hati aku yg lembut ni. Ececeh! haha

Bagi aku rupa paras bukan la tak penting. Penting la gak tapi tak perlu la nak yang perfect and hensem bagai! Cukup la sekadar sedap mata aku yg memandang. Mata org lain lantak pi la. Yang penting cara aku menhargai diri dia. Sebab bagi aku kalau rupa paras tu perfect tapi perangai and hati sangat buruk pun tak guna gak. Last2 sape yg makan hati berulam jantung?? Aku dan diriku gak.. org lain dok senyum je..

Ok back to topic! Nak tau tak apa ciri2 lelaki yg aku suke? Jeng jeng jeng...... (suspen sikit)

  • sangat menghormati diri dan keluarga aku
  • menghargai aku seadanya tanpa mempersoalkan masa silam aku
  • menjadi pelindung aku 
  • ada bersama di saat susah,senang,happy dan sedih
  • Tidak meninggalkan aku disaat aku jatuh atau dalam kerunsingan
  • yang boleh memberi semangat dan dorongan serta perhatian pada aku
  • tidak merungut jika aku meminta pertolongan
  • tidak menganggap aku seperti bebanan
  • mengajar dan membimbing aku ke arah yg lebih baik tak kira dari segi ape pun
  • pandai mengambil hati aku
  • buat suprise untuk aku even yg simple2 sebab aku sangat suke kan kejutan
  • belajar dan memahami ape yg aku suka dan tak
  • pandai wat aku tersenyum
  • yang pernah menitiskan airmata dia hanye sebab aku
Cukup la ciri2 di atas ni, dats mean dia la yg boleh aku banggakan untuk bersama dengan aku. Tapi ade ke yg jenis macam ni? Tak tau la. Kalau ade alhamdulillah,kalau takde its ok lebih baik single2 dr trouble. hehe

P/s : Berangan nak dapat mr.right.. :p


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Thursday, October 27, 2011

Bersedia atau tidak?

Sumtimes kita sendiri bingung sama ada kita ni dah cukup bersedia ke untuk membina sesuatu hubungan yg baru? Ape benar ke kenangan lama langsung da tak bermakna apa2 pada diri kita? Kadang2 kita merasakan yg kita bersedia tetapi macam mana nak menunjukkan bukti bahawa kita benar2 bersedia? Atau adekah kita sebenarnya hanya menipu diri kita dengan mengatakan yg everything gonna be ok?

Let's check it out!!

Jika kita alwez memikirkan ex kita setiap masa,setiap saat dan setiap waktu,itu sudah cukup menunjukkan betapa diri kita masih belom boleh melupakannya and ini menandakan yang cinta kita masih berbaki lagi pada dia. Kalau boleh setiap ape yg kita lakukan mesti bayang dia yg akan muncul dulu, Everything yang kita lakukan kita akan mengharapkan dia ade bersama diketika itu. 

Tidak pernah jemu bila menyuarakan sesuatu yg berkaitan dengan diri dia. Malah kita alwez nak bercerita and suka bercerita perihal tentang dia lagi2 sewaktu masih di lamun cinta bersama. Mungkin ianya berlaku tanpa kita sedari but tu sebenarnya sudah cukup membuktikan yg kita masih belom bersedia untuk menerima kehadiran insan lain dalam hidup kita apetah lagi menggantikan tempat dia di hati kita yg sememangnya masih kuat dlm diri kita. 


Percaya la bila kita merasakan yg kita sudah cukup benci and terasa ingin bercerita tentang keburukan diri dia,tu menandakan yg kita masih lg sygkan dia sebab ingatan kita terlalu kuat untuk mengingati apa yg telah atau pernah ex kita lakukan terhadap kita tak kira la perkara tu paling2 menyakitkan hati atau menggembirakan.

Terlalu berusaha untuk mencari pengganti yg baru. alasan untuk menutup luka lama? Actually u just lying with urself cz reason sebenar adelah disebabkn cemburu. Cemburu bila si dia sudah menemui pengganti kita dengan cepat2 kita pun mencari pengganti dia. Walaupun kita tau yg hati kita belom ready untuk get another relation!


So, before nak wat any decision think wisely and bagi ruang untuk diri sendiri cz actually ur decision mungkin akan menyebabkan ada pihak lain yg menanggung derita.. :)

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, October 26, 2011

Untuk mereka yg mengalami situasi ini?

Mood pink da ok so nak kongsi2 la panduan sikit. Mood masok ayaq orang cakap!hehe. Curious kan? Ok la staright forward je k. Sharing is Caring rite? Mana tau dapat membantu individu2 diluar sana. Membantu ke?? Tak tau tak tau #sambil senyum kambing!

Saat hati kita disakiti, dilukai, dipermainkan and segalanya yg perit2 la. Tak kire la ianya adelah gud or bad things. But untuk melupakan sesuatu yg pernah and begitu bernilai dalam hidup kita YES ITS NOT EASY macam makan kacang sambil tgk tv! Kalau macam tu takde makna la wujudnya mereka2 yg menderita dan kecundang di tengah jalan ala2 Bollywood punya filem kan. #feeling main kejar2 kat taman!haha. Baik lelaki mahupun perempuan jom semak tips ni.

P/s : Saya tau saya bukan Dr.Love,saya cuma mau berkongsi :)

Bersendirian :

Elakkan la dari bersendirian saat2 down sebab? tu hanya akan menambahkan kesedihan yg terpendam dalam hati. Bukan tu je, kompem2 sum1 yang korang nak lupakan tu akan bertenggek je kat kepala korang sebab takde benda lain da korang akan buat kalau bersendirian melainkan diri DIA DIA dan DIA. Konon2 meratapi kesedihan la ni. Biase la tu kan.

Busy kan diri :
Jangan sesekali membenarkan diri kita dari duduk saja2 tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sebab ia hanya akan menyumbang otak kita berjalan ngan lebih laju memikirkan or terkenangkan si dia. Try to make some activities yg boley ilangkan stress and lapangkan minda.
Ini pun dikira membusykan diri ke??hehe

Tempat jatuh lagi dikenang :
Haaa.. Kan da kuaq peribahasa. Kalau boley tu elakkan la dari pergi ke tempat2 yg korang pernah bersama sewaktu bermadu kasih kan. Saat becinta segalanya indah la katakan. So sudah tentu bila kite pergi ke tempat2 yg pernah dikunjungi bersama akan hanya menimbulkan perasaan rindu dan sedih. Mula la drama ayaq mata lak kang susah! 

Jangan simpan kelukaan dan kesedihan :
Hanya diri kita sendiri yg tau ape yg terbaik. Keputusan ade di tangan masing2 sama ada mau melupakan and membuang segala kenangan jauh2 atau tetap menyimpan kenangan tersebut di sudut hati korang. If korang rasa korang tak berdaya so better just singkirkan la kenangan tu terus dari hidup korang. Sukar bukan? Dia bukan semudah menanggalkan daki di baju. Tapi ibarat mengorbankan seluruh perasaan kita. Thats why perkara yg berkaitan dengan perasaan jgn sekali2 dijadikan permainan hidup. 

Maafkan :

Memang saat putus cinta kita akan rasa kita la manusia paling bodo and loser. Perasaan bercampur baur je dalam diri tu. But untuk melegakan diri kita sendiri actually memaafkan segalanya adelah cara yg paling baik. Walau teruk macam mana pun hati kita disakiti,jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan perasaan yg tak bagus. Just wish yg terbaik untuk kehidupan dia. 

Takdir :
Jangan sesekali menyalahkan takdir atas ape yg berlaku. Mungkin ade hikmah disebalik semua kejadian pahit yg berlaku dalam hidup kita. Ingat la bawa Allah tu tak pernah kejam ngan hambaNYA, cuma kita je yg kejam terhadapNYA sebab bila kite tersungkur je baru ingat kat dia. Baru reti nak bermohon kat dia. Bila kita happy menongkat langit jangan kata nak bersyukur,ingat pun mungkin jauh sekali. So sejahat atau seburuk mana pun diri kita jgn sesekali melupakanNYA sebab hanya dia je yg mengetahui ape yg terbaik untuk kita. Anggap la ini semua cubaan yg diberikan untuk menguji kekuatan cinta kita kepadaNYA.

P/s : NYA=Allah, bukan bf or gf ok.. :) luv u ols reader yg setia.

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, October 25, 2011

when the last teardrops falls




It's so hard
To lose the one u love
To finally have to say goodbye
U try to be strong
But the pain keeps holding on
And all that u can do is cry

Deep within ur heart
U know it's time to move on
When the fairytale that u once knew is gone

Chorus:
When the last teardrop falls
I'll still be holding on
To all of our memories
And all of what used to be

When the last teardrop falls
I will stand tall
And know that ur here with me
In my heart
When the last teardrop falls

So now i'm alone
And life keeps moving on
But my destinations still unknown

Will there'll be a time when i'll fall in love again?
When i just meant to walk these streets alone

If there was just one wish i could be granted here tonight
It would be to have u right back by my side

Now it's time for me to find my happiness again
But the emptiness from missing u
Will never, ever end baby

P/s : Miss him..
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Tuesday, October 11, 2011

Untung la kene tinggal

Hehe.. Ni lg 1 pink nak share.. nak kata sedih tu idak la.. Nak kata lawak pun ntah la.. Cuma suke ngan situation cite ni.. Tak caya?? Pi baca ni... :



Pic contoh jew.. amik kat google..;p

bf : syg... npe syg ni seksi sgt... tudung pon xpkai... bju pon muat2 bdn jer...

gf : ala abg.. xkan abg xske syg seksi kot... sume ni utk abg la...kan cantik ni..

bf : tp xkan klau lpas kwen pon syg nk pkai camni gak... abg mngaku, dlu mmg abg ske syg sbb syg pndai brgaya, seksi.. sume kwn2 cmburu sbb abg dpt syg... tp skrg abg xmola syg xttup aurat... abg nk istri yg mnjaga maruahnya


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Monday, October 10, 2011

akibat EGO terlampau

Korang baca la ni..Pink dapat from fb... Sedih..So pink share la untuk korang gak!


masa tak bersefahaman . . sape yg akan jd mangsa nye. . . ?

GF : b . .syg minta maaf pasal... semalam,syg xde niat nk wat b... marah . tpi syg tencen syg . .pale syg sakit sgt (dalam mesej)

BF : masih berdiam diri .. x nk blas.. .biar la die merajuk berminggu. . .

GF: call bf die banyak kali . .tpi x berjawab . . sampai tertidor2 die call pakwe die . .

BF : still kuat kan ego dalam diri die . .die diam sampai berhari2 . .

GF : (send mesej) ''b . syg nk minta tolong ni .. kat rumah xde sape.. . tolong bwk kan syg clinic. . syg demam ni . plz reply my text. saya perlu kan awak :'(

BF : sikit pon bf die tak perdulik kan. . die anggap gf die hanya minta simpati. . nk ngade2 . .

GF : gf tunggu tpi xde respon ape2 .. die nekad nk g clinic sendiri. . panas badan die dah sampai tahap terok sgt . . . masa gf nk lintas..moto lalu dan Lnggar si gf ni. . tersungkur die jatuh. . . tpi. .tuhan lagi syg kan die . .gf hembos kan napas terakhir nye die hospital. .

si bf dapat call dari ayah gf die .. . kelam kabut bf pecut kerete nye pergi ke hospital. .tpi sudah terlambat. . dalam masa yg same. .bru bf sedar. . sebelum gf kuar pergi ke clinic. . gf ade antar mesej kat bf die. .tpi bf die x bukak pon mesej tuh . ''b .maaf kan la law syg ganggu b. ..syg pergi clinic sorang2 kay . .dekat je kat belakang ni. . syg minta maaf law syg banyak wat salah kat b . . satu b kene thu. . syg tetap syg b sampai bila2 . .i love you syg :) " . . terduduk si bf bila bace mesej uh . .kini hanya penyesalan yg ada dalam diri. . .

#moral dalam story ni. . . pada pasangan. . x kire .. boy ke. . gurl ke. . . ego uh jgn terlampau sgt. . ini ada lah kisah benar. . jd kan la sebagai pengajaran ..



P/s : Mood sangat bosan skunk ni..
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, October 5, 2011

Antara pengertian dan pembelajaran

Ok.. ni entry leleh bab nak kene kasi basuh itu kepala la...hehe.. Takde la.. Gurau2 je... 

Actually ni just luahan and pendapat pink tentang cinta.. 

CINTA?????

Haaaa... Mesti korang annoying kan baca entry2 macam ni.. Jangan nak tipu.. :p Tapi teruskan jela eh alang2 da baca tu kan...Tak elok baca sekerat2..

Actually entry ni terhasil pun sebab membe pink ade cakap nak belaja cara ngorat kaum hawa ni...Cara nak tambat hati and bagi perempuan tu sangkut ngan dia... Ok memang niat dia bagus la cz dia nak tau rahsia2 tambat hati gadis2 sunti macam kite2 ni..hehe..Tapi pink bukan orang yang benar2 arif dalam ini cerita la..so nak ajar memang tak pandai..Cehwah! Tp pink suka tgk kalau org tu bersungguh nak tau macam mana nak tambat hati si sunti... Tapi .................. 

' Ini cuma dari sudut pink.. Pink tau pink bukan pakar dalam bab2 ni '

Bagi pandangan pink, cinta tu tak perlu dipelajari sebenarnya.. tak perlu nak di ajarkan.. Tak perlu nak berguru bagai..Tak perlu nak amik segala ilmu2 ngorat... Sebab ape??

Sebab cinta tu sebenarnya paling sukar kita nak pahami...Kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya cintakan sesorg...Betol tak? Cinta tu akan datang ngan sendirinya tanpa kita sedari,tanpa kita pinta,tanpa kita mahu.. Cinta tu gak la yang akan membuatkan kita menjadi sekuat2,setabah2 dan juga selemah2 manusia..  Dalam erti kata 'tabah dalam mengharungi bahtera cinta' korang la... Kan da kuar ayat bunga2 tu..hehe

Geli kan?? Tak kesah la kalo korang nak geli.. Korang pon manusia gak...Tak banyak sikit pun mesti ade punya naluri jiwang2 macam ni..hehe

So ape yang pink nak cakap actually kita tak perlu terlalu tepikir2,terkejar2 macam mana nak tambat hati sesorg sebab..??? Tak semestinya diorang akan tertambat even da bermacam2 ilmu dan taktik yang korang bazirkan... Ye dak???

So just bersabar and percaya pada segala qada' dan qadar... InsyaAllah jika dia memang tertulis untuk kita,takkan lari kemana gak....

Hanya mereka yang betol2 merasakannya akan memahami and dengan sendirinya akan tau ape yang perlu dilakukan... Dat time da tak perlu belajar da.. Automatik lampu menyala kat otak.. TOINK! hehe..

Kita memang leh belajar sume taktik2 tapi tak semestinya kita akan menghargainya... Melainkan kita benar2 menyanyanginya.. Dats y la pink bagi hint 'antara pengertian dan pembelajaran'..Pengertian tu ibarat cinta suci la,ianya sesuatu yang terlalu besar dan bermakna yang sukar untuk dikecapi.. Tapi pembelajaran adelah suatu yang mudah untuk didapati and dikongsi ibarat suka2,hari ni belaja yg ni sok lusa tukar belaja yg lain...

Ni bg pink ibarat cinta suci..

Tapi yg ni ibarat suka suki.. ;p

Tapi tu semua bergantung kat individu masing2 la... Manusia ni tak semuanya sama walaupun rambut sama warna.. Pendapat mesti lain2 kan....

P/s : Entry merapu ni wat mata pink berkelip2 je...hehehe


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Friday, August 12, 2011

Masih adakah perasaan itu..?

Hm.. Actually aku tak tau la nak cakap cmne... Kalau korunk alami apa yang aku alami skunk ni apa jalan yang akan korunk pilih? Ke korunk akan stuck kat tengah2 and korunk rasa da takde jalan nak kuar from dat situation?? Korunk rasa korunk tak tau nak watpe... hm..

Hm.. Wat masa ni apa yang aku tau perasaan aku tu da takde lagi.. Tak tau la sampai bila kan... But susah untuk aku bukak semula hati aku.. Sumtimes macam fobia pun ada.. Entah la.. Cuma 1 yang aku harap ALLAH akan permudahkan segala2nya..

For yang nak try ayat aku ke,amik hati aku ke,gatal ke,gedik2 ke... Semua yang ke la!!! Sorry coz seriusly aku memang tak boleh..

Ha!! Lagi2 pada yang miang keladi... SUMPAH aku tak suke! So pleeeaaase la stop ganggu.. ANNOYING baiiiii! Takyah nak tunjuk kegatalan ko la... ANTI gila orang takde adab macam tu... 

So GURLZ semua beware la dari laki macam tu... simpang malaikat ... SCARY kot!!

Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Wednesday, August 10, 2011

Bila AKAL tak dapat CONTROL HATI?


Entry ni aku tak tau la nak tulis pasal ape.. Aku nak luahkan pasal ape eh?? Ape yang aku rasa skunk? Entah! Aku pun tak paham kadang2..

Sape leh ajar aku untuk aku paham??

Anybody can?? Nobody can help 'u' if 'u' never help 'ur' self izit??

Apa aku tak ajar diri aku lagi ke?? Aku da try everything untuk hapuskan semua tentang ***.. Yes!! aku berjaya... Memang aku lupa ***.. But suddenly *** datang balik dalam pikiran aku... And yang paling wat aku rasa sedih bila sekali *** muncul, it's not easy for me to forget again...

SAKIT!!!! kau tau tak aku rasa sakit!!!!

Pernah tak kau rasa sakit aku rasa ni?? Ofcz la tak pernah kan... WHY??

Coz u never know how to appreciate people in ur life... u never care how they feel.. u tak alert with ur surrounding..except......?????????

URSELF !! URSELF and URSELF!!!

Dats the KEY word for u...

KO tau ape yg wat aku tambah2 sedih???

Bila terkenangkan yang HIDUP ko tak pernah nampak hala tuju... Ko sendiri tak tau apa yang ko nak dalam hidup ko,apa yang ko cari dalam hidup ko... What is ur GOAL???? u never know... sebab ko tak pernah nak try improve diri ko....

Macam mana nak improve diri kalau orang sekeliling ko pun ko tak pernah peduli even sekali... ?

I'm really DISAPPOINTING with urself.... and myself too..

Coz i don't know how i can love and care sum1 like u... Too much!! And yeah ade reason disebalik semua ni...

Dats why until now i still survive!!

BUT the truth is........ aku rasa da tak percaya ngan LOVE... So macam mana aku nak making new life or maybe bagi sum1 else masok dalam hidup aku if aku da TAKOT ngan cinta... Arghhhh! damn it....


Adekah ini yang dikatakan FOBIA...???

Ni ade la sebahagian FENOMENA yang berlaku di sekeliling kita... aite??? Bila mana AKAL tak dapat nak CONTROL HATI.....??

Bila jadi sesuatu mesti timbul berbagai2 perasaan...

  • Marah
  • Kecewa
  • Sedih
  • Gembira


So terpulang pada diri kita macam mana nak HANDLE sesuatu problem tu...

Nothing pun.. Just nak kongsi sedikit rasa and maybe pengalaman bersama.. untuk di RENUNG2kan... Mudah2an dipermudahkan oleh ALLAH dalam apa jua urusan..

  • Peribadi
  • Kewangan
  • Family
  • Kawan2

KESIMPULANNYA, sentiasa lakukan sesuatu tu ngan seikhlas hati dan setulusnya... InsyaALLAH akan tenang hati kita walaupun sedikit...


Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my

Saturday, July 30, 2011

..35 Reasons why GIRLS like BOYS..

1) The way they always wear their favorite cologne ( which happens to be the one that you bought to them for their birthday )


2) The way that they run their hands through out hair


3) The way that they look at you and you want to die right there and then


4) The way that they casually put their arms around you


5) The way that they kiss away your tears...and the way that they then get mad at how they can't make your problems go away


6) The way they show off around their friends, even though you both know that you would love them even if they missed a basket or two


7) How their eyes light up at the result of 3 hours of preparing your date


8) How they always know just what to say to make you blush


9) How they sometimes think that they know just what to say to make you feel better, even if you think that it is the worst thing they could say

10) The way they hold you close when you are cold


11) How they look at you when you are mad at them and all your anger melts away


12) How they always smile when you are together


13) The way that they always let you win any game that you play together...and then when you point that out to them, they pretend to not know what you are talking about


14) The way that they smile at you


15) The way that you feel when they call to apologize after you had a big fight


16) The way that they say " I love you "


17) The way that they say " I love you " in front of your friends


18) The way that they touch and hold you so gently, like they are afraid that they will break you


19) The way that they kiss you


20) The way that they open their arms to you when you are crying


21) The way that they never admit that you hurt them


22) The way that they try not to cry when they are afraid that they are losing you


23) The way they think that they are your big protector, even though you think that you are theirs


24) The way that they say " I miss you ", even though they hate to admit it


25) The way that you miss everything about them when they are gone


26) The way that they remember your special moments or anniversaries when you think that they forgot


27) The way that they apologize when they do forget


28) The way that they comfort you when you have a bad day


29) The way that you can't wait to get home and tell them all about your day


30) The way that they write you love letters even if they think that it is not cool


31) How they would rather be with you than their friends sometimes


32) How you want to hug them even though they are all sweaty


33) Yet regardless if you love them, hate them, wish they would die or know that you would die without them it matters not. Because once in your life, whatever they were to the world they become everything to you.


34) When you look them in the eyes, travelling to the depths of their souls and you say a million things without a trace of sound, you know that your own life is inevitably consumed within the rhythmic beatings of his heart.


35) We love them for a million reasons. No paper would do it justice. It is a thing a feeling, that is only felt.




Hehe.. Picture ni memang takde kene mengena.. But saja je letak sebab minat ngan that HERO.. ;)
Go and get ur life ^^

My Ping in TotalPing.com Kedai Backlink,Backlink Percuma Blogged.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh!Belog

Apesal

guabelog

Copyright2010 © Hak Milik Peribadi Pinky_Liscious