.:: WaDi aL QuRRa' ::.

BISMILLAH... IQRA!.. AFHAM!.. AMAL!... Dunia ini adalah perlembahan yang subur dengan ilmu YANG MAHA KUASA... Jika bukan kita yang mengusahakan dan menuainya... Siapa lagi yang lebih berhak?...

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

~ Man Sobara Zhafira ~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar "
al Baqarah : 155

Maha suci Allah tuhan sekalian alam, segalanya berlaku dengan kehendaknya, hikmah dan nikmat anugerah buat manusia, ujian dan dugaan peringatan dariNya, redha dan pasrah kita sebagai hamba, jangan alpa dari puji dan syukur, alhamdulillah wa syukurlillah. Rasulullah SAW insan mulia peribadi agung, dengan nurnya alam diterangi, rahmat dibawa penghapus kegelapan, selawat dan salam lazimkan dibibir.

Ana menjadi termotivasi untuk menulis, jadi ana isikan ruang kosong Wadi al Qurra'. Setiap orang punya cara berbeza dalam menulis, ada yang melalui pengalaman sendiri, melalui kuliah yang di hadiri, dan berbagai lagi. Ana pula suka berkongsi dan menulis apa yang terlintas di hati dan dekat dengan kehidupan sendiri. Jadi ana kongsikan kali ini apa yang dekat di hati dan insyaAllah bermanfaat untuk diri.

Seringkali kita dengar satu pepatah Melayu, " Usaha Tangga Kejayaan ". Pepatah ini sangat popular tidak kira kepada pelajar sekolah rendah, mahupun dewasa. Kalau pepatah arab pula, " Man Jadda Wajada ". Kedua pepatah ini membawa pengertian sama, siapa yang berusaha maka dialah yang akan mencapai kejayaan.

Dua pepatah ini seringkali menjadi motivasi, pemangkin semangat ramai di antara kita untuk berjaya, tidak kiralah dunia mahupun akhirat. Namun dalam berusaha, ramai juga yang kecundang tersungkur di tengah jalan. Persoalannya kenapa ramai yang mudah berputus asa sebelum kejayaan atau hajat dicapai?, sedangkan semua pun tahu jika terus berusaha insyaAllah akan dicapai apa yang dihajati.

Maksud firman Allah SWT :
" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir "
Yusuf : 87

Qurra' yang dikasihi, ramainya kecundang kerana " Usaha Tangga Kejayaan " dan " Man Jadda Wajada " ataupun yang sewaktu dengannya sahaja tidak mencukupi. Masih ada kata pelengkapnya yang menjadi tajuk perkongsian di Wadi al Qurra' kali ini, " Man Sobara Zhafira ". Pelengkap ini seringkali ditinggalkan, dan kerana seringkali itulah, ramai yang berputus asa dari rahmat tuhan.

" Man Sobara Zhafira " bermaksud siapa yang bersabar akan mendapat keuntungannya. Pastinya pepatah ini adalah pelengkap kepada " Man Jadda Wajada ". Usaha tanpa disertai sabar akan sia2. Usaha yang di lakukan sekuat manapun, tanpa izin Allah maka tidak akan ada hasilnya. Perlu untuk kita tanamkan bahawa kita berjaya bukan hanya kerana faktor usaha, akan tetapi ada satu kuasa yang lebih besar, iaitu keizinan Allah SWT.

Sekiranya " Man Sobara Zhafira " tidak disekalikan dengan " Man Jadda Wajada ", akan terjadilah putus asa apabila ditangguhkan hajat yang di mahukan sebagai ujian dan dugaan. Manusia sering lupa yang SABAR itu adalah mutiara yang sangat berharga dalam kehidupan, yang berharga dalam benak pemikiran hanya wang ringgit dan emas permata sedangkan dengan SABAR dalam usaha itulah sebenarnya akan menghasilkan keberkatan dalam kehidupan.

Maksud firman Allah SWT :
" Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar "
Fushilat : 35

Kejayaan yang sebenar adalah apabila sifat SABAR berjaya dididik dan ditanamkan dalam diri. Berapa ramai pelajar cemerlang tiba2 membunuh diri akibat stress, berapa ramai pula ahli perniagaan yang berjaya membunuh diri bahkan saling bermusuhan antara satu sama lain. Cemburui mencemburui, tekanan perasaan, dan pelbagai lagi gelojak jiwa terhasil adalah kerana satu hal yang pasti tidak dimiliki, SABAR!.

Berjayakah mereka yang seolah berada dipuncak kekayaan atau kepandaian tetapi hidup tidak tenteram, dalam ketakutan, dalam tekanan?, apa yang dapat dibanggakan dengan harta pinjaman tuhan sedangkan diri gelojoh tamakkan nikmat, hilang sifat qanaah, dan semua ini tidak lain, kerana satu hal sahaja, tidak sabar dalam meniti kehidupan, tidak sabar dengan ujian, tidak sabar juga dengan nikmat.

Sabar bukan sekadar sabar dengan ujian, bahkan perlu dengan nikmat juga. Dalam kita tidak sedar, semakin banyak nikmat kurniaan tuhan, semakin gelojoh dan tidak sabar pula untuk kita mendapat yang lebih lagi, semakin banyak di beri semakin gelojoh, tunggulah saja untuk tersungkur kemudian hari.

Allah Maha Adil dan Maha bijaksana, pastinya keputusannya adalah yang terbaik. Kadang2 kita menyangka kita telah berusaha sekuat mungkin, dengan hanya berpandukan mantera " Man Jadda Wajada " maka tentulah kita yakin akan mendapat apa yang dimahukan, namun ada dua hal lagi yang sering kita terlepas pandang :

1. Benarkan usaha kita itu sudah betul2 hebat, tidak mungkinkah masih ada insan lain yang berusaha lebih hebat daripada kita untuk mendapat apa yang kita turut mahukan itu?...Allah Maha Adil & Maha Mengetahui!...teruslah berusaha dengan SABAR :)

2. Apakah kita benar2 yakin apa yang kita mahukan itu yang terbaik buat kita, sehinggakan kita mula berprasangka kepada qada' & qadar?...tidakkah segalah rahsia alam adalah milik Allah yang Maha mengetahui baik dan buruk segala sesuatu buat kita?...SABAR, ada yang lebih baik menanti dikemudian hari :)

Ana tamatkan dulu coretan kali ini, semoga menjadi amal soleh dan peringatan buat diri dan teman, pohon undur dulu, wallahu'alam.

p/s : Sabar!...:)

~ Walimatul Urus ~


Alhamdulillah wa sykurlillah, segala puji dan syukur buat pencipta maya, tuhan sekalian alam, Allah Yang kuasa. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah SAW.

Dalam kekangan waktu, terselit jua kelapangannya, jadi ana gunakan ia untuk menunaikan satu tanggungjawab. Semoga Allah memberi keberkatan pada waktu setiap daripada kita.

Ana yakin entry kali ini bakal mengejutkan bagi yang masih belum mengetahui, namun inilah hakikatnya, bertenang ye semua (termasuk diri sendiri)...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, ana dengan penuh rasa kesyukuran dan rasminya menjemput seluruh pembaca blog Wadi Al Qurra', saudara mara, sahabat handai, dan seluruhnya, tidak kira sama ada pernah bersua ataupun tidak, yang telah mendapat kad ataupun belum, yang telah tahu ataupun tidak, untuk manambahkan lagi keberkatan majlis walimah kami :



Mohd Zulhairi Bin Mustafar & Norazini Binti Mat Hassan

Sebelah Muslimat (Akad & Kenduri):

Jumaat, 6 Rabiul Akhir 1432 Hijrah, bersamaan dengan 11 Mac 2011,

Bertempat di PT 32805, Jalan Ketapang Paya, Teluk Ketapang, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu

Majlis bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 5.00 petang.


Sebelah Muslimin (Majlis Kenduri Kesyukuran)

Ahad, 8 Rabiul Akhir 1432 Hijrah, bersamaan dengan 13 Mac 2011,

Bertempat di 9/80, Kampung Selising, 16810, Pasir Puteh, Kelantan.

Majlis bermula dari pukul 12.oo tengah hari sehingga 5.00 petang

Ana sertakan di sini kad jemputan rasmi, jika anda menerima kad atau maklumat selain daripada ini, maka itu adalah cetak rompak... :P

( Sila klik pada kad untuk paparan lebih jelas, jika masih belum cukup jelas, sila hubungi ana :D )

Sekali lagi ana menjemput sesiapa sahaja yang mengenali kami, tidak kira di alam realiti atau maya, untuk sama2 menambah keberkatan majlis, jemputan ini terbuka untuk kedua dua belah pihak, mahu datang dua2 majlis pun ana alu alukan, semoga Allah permudahkan segalanya...ameen ya Allah.

Website : http://www.weddingwire.com/zulhairinorazini


Firman Allah SWT :
" Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang "
ar Rum : 21

Al Imam Hassan al Banna, arkitek dakwah moden dalam maratib amalnya telah menggariskan Baitul Muslim sebagai langkah kedua dalam mencapai Daulah Islamiyyah. Langkah kedua itu terbitnya selepas langkah pertama iaitu Takwin Fardil Muslim atau pembentukan individu muslim. Ramai yang menjadikan alasan untuk tidak meneruskan kepada Baitul Muslim kerana langkah Takwin Fardil Muslim masih belum sempurna...inilah salah faham yang berlaku...

Mengapa ana katakan ia salah faham?...begini Qurra' sekalian, takwin fardil muslim itu adalah satu proses yang tidak akan tamat, jika kita mahu menunggu ia selesai baru meneruskan kepada langkah kedua iaitu Baitul Muslim, maka usahlah kita berangan angankan Daulah Islamiyyah.

Takwin Fardil Muslim adalah satu proses yang sentiasa bergerak seiring dengan pertambahan ilmu, pengalaman dan masa, oleh sebab itulah kita dituntut untuk berubah menjadi lebih baik dari hari ke sehari. Qurra' sekalian, untuk menjadi lebih baik, menyempurnakan fasa kehidupan dan menyahut seruan sunnah Rasulullah SAW serta sunnatullah, maka Baitul Muslim adalah salah salah satu pelengkap kriterea dalam pembentukan Takwin Fardil Muslim.

Allah SWT menciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi, setiap pasangan yang mengimpikan kebahagian tidak dapat tidak, wajib meletakkan kesanggupan untuk saling melengkapi itu sebagai ramuan utama rumah tangga. Mengapa persoalan saling melengkapi ini menjadi salah satu persoalan utama?. Qurra' sekalian, lelaki dan wanita dijadikan dengan kedudukan yang sama di sisi Allah, tidak dilebihkan lelaki daripada wanita ataupun sebaliknya. Kefahaman yang sebenar dalam hal ini adalah, lelaki dan wanita di jadikan sama kedudukannya namu berbeza peranan. Dengan peranan yang berbeza inilah ia menuntut untuk setiap pasangan saling melengkapi saling menerima seadanya.

Lelaki ada tempatnya di mana ia memerlukan wanita untuk melaksanakan satu2 hal, begitu juga wanita, akan ada juga satu keadaan di mana ia memerlukan lelaki untuk melaksanakannya, masing2 ada kelebihan dan kekurangan, inilah halnya apabila dikatakan saling melengkapi dan sama kedudukan namun berbeza peranan.

Ana memohon kepada Allah, Baitul Muslim yang bakal kami dirikan ini agar sentiasa dalam panduan dan pimpinanNya. Ana juga memohon sumbangan ikhlas dari seluruh sahabat sekalian untuk mendoakan agar dipermudahkan segala perancangan kami...doakanlah agar Mohd Zulhairi Bin Mustafar & Norazini bt Mat Hassan sentiasa dalam redha Allah dan bahagia hingga ke syurga dengan cinta tanpa syarat, lillahita'ala...Allahumma Ameen...

Ana sertakan juga satu doa yang dilagukan oleh Maher Zain, Barakallahulakuma, sebelum lagu berikutnya pula, For The Rest Of My Life!...:)


( Doakan kami!, SemOga Allah meredhai kami & kalian ~ )

p/s : Ana dah menjemput, kalian bila lagi?...:p

~ Terus Positif! ~

Bismillah...
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka…”
(ar Ra’ad : 11)

Alhamdulillah, izinNya di berikan buat ana mencoret kata di celah senggang masa yang ada, segala puji dan syukur padaNya. Buat rasul junjungan, Muhammad SAW, insan mulia peribadi agung pemimpin ummat, ringankan lidah berselawat ke atas diri baginda.

Tempoh yang lama Wadi al Qurra' tidak terisi, sangat lama sebenarnya, mungkin inilah senggang yang paling lama laman ini di biarkan tanpa pengisian sejak ia di bangunkan. Semuanya adalah kerana kelemahan ana untuk mencoret rasa, semoga tidak leka. Namun kerna sedar ia juga sebahagian dari tanggungjawab, sibuk bukanlah perkataan yang sesuai kerna semua tahu, kita punya tanggunjawab yang lebik banyak daripada masa yang ada, alasan untuk fokus sesuatu dan meninggalkan yang lain adalah lapuk dan tidak terpakai, semoga Allah memberikan kekuatan.

Kali terakhir ana mencoret dengan tajuk Optimum VS Maksimum, yang mana tajuk itu juga menjadi satu tajuk tazkirah di sebuah surau, melahirkan generasi yang bekerja secara optimum bukan maksimum, itu akarnya. Tajuk itu telah lama, sangat lama Wadi al Qurra' tidak di baharui artikelnya dengan tajuk baru dan sekarang ana berada di tempat baru, suasana baru, persekitaran baru, segalanya baru, insyaAllah ada perkongsian baru juga akan di sampaikan.

Setuju bukan jika ana katakan kita perlu sentiasa berfikir secara positif?, kita juga pasti sentiasa di ingatkan untuk berfikir secara positif. Agaknya kenapa berfikir secara positif ini menjadi salah satu tajuk yang penting dalam kehidupan ya?

Ana yakin ramai di antara kita yang pernah mengalami kejadian di mana kita bersungguh sungguh untuk mendapatkan sesuatu dan fikiran positif sepenuhnya kita arahkan untuk mendapat apa yang di hajatkan itu, tiba2 dalam keadaan kita sedar ataupun mungkin tanpa sedar, apa yang dihajatkan itu menjadi kenyataan. Begitu juga keadaan apabila kita berfikiran sebaliknya, iaitu berfikiran negatif.

Fikiran kita sebenarnya akan memancarkan satu tenaga, tenaga yang akan memberi isyarat kepada alam akan apa yang kita mahukan, semakin kuat keinginan kita semakin besarlah aura tenaga itu. Daripada kekuatan tenaga inilah yang akan membentuk ketabahan kita untuk mencapai sesuatu, dan akhirnya biiznillah apa yang di hajati berada di depan mata, ini bukan magik, tetapi realiti, jika tidak yakin cuba ingat kembali pengalaman lalu.

Pengalaman ana sendiri cukup menjadi bukti untuk menjadikan ana lebih yakin, kepada sahabat sekalian, pengalaman anda semualah yang sepatutnya diyakini. Selepas tamat pengajian contohnya, ana telah memusatkan fikiran, ana mahu rehat dahulu, itulah yang terjadi, ana dapat berehat sangat lama. Kemudian ana menetapkan fikiran bila bekerja nanti, ana mahukan suasana perkerjaan yang islamik, punyai fikrah Islam, sedar tak sedar sudah dua syarikat ana bekerja setakat ini, dan keduanya mempunyai fikrah Islam yang sangat baik, alhamdulillah.

Pointnya mudah, apabila kita memusatkan pemikiran terhadap sesuatu dengan pemikiran positif, itulah yang terjadi, pastinya dengan izin Allah. Masih banyak pengalaman lain yang benar-benar mampu dijadikan contoh, namun pengalaman itu mungkin tidak sesuai untuk dikongsikan buat masa ini, insyaAllah suatu hari nanti :)

Sesuailah dengan satu hadith Qudsi yang bermaksud :
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
(Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah r.a)

Tidak perlu diragui lagi, kita menjadi diri kita sekarang adalah kerana apa yang kita fikir di hari yang terkemudian, inilah dia Law of Attraction, iaitu kecenderungan kita terhadap sesuatu akan memandu dan meletakkan kita dalam situasi yang kita mahukan.

Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata dan fikiran, kerana alam dapat membaca kemahuan kita, jika yang kita mahukan itu sesuatu yang baik pastilah ia tidak menjadi persoalan di sini, teruskan mengejarnya dan usahalah bersungguh-sungguh namun yang menjadi masalah apabila kita memusatkan fikiran kita terhadap sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang negatif, kecenderungan kita untuk berfikir secara negatif mungkin akan meletakkan kita dalam kondisi yang kita fikirkan itu.

Ujian dan dugaan adalah sahabat rapat manusia, tidak mahu sakit pening, susah payah, jadilah Firaun. Namun tugas kita sebagai hamba Allah yang benar-benar berkelakuan seperti hamba adalah dengan mengambil segala dugaan, ujian dan sewaktu dengannya itu sebagai tarbiyyah daripada Allah untuk menjadikan kita lebih baik dan bersedia pada masa akan datang.

Pada sesi tazkirah di pejabat sebelum memulakan tugasan pagi tadi, ana mulakan dengan mengingatkan akan tujuan kejadian manusia di dunia, seperti biasa bila ditanya soalan apakah tujuan kita dijadikan di dunia ini, masing-masing menjawab menjadi hamba dan khalifah, banyak tempat-tempat lain sebelum ini juga jawapan sama diberikan, benar, jawapan itu tidak salah.

Kita dijadikan untuk menjadi Hamba kepada Allah, dalam masa yang sama menjadi pemimpin di dunia. Namun ana tambah satu lagi sesuatu yang sering manusia terlupa, iaitu AHSANUL AMALA, iaitu menjadi hamba dan khalifah yang menjalankan tanggungjawab dengan cara yang TERBAIK!. Ramai yang mampu menjadi hamba, tetapi hamba yang tidak bersyukur, ramai juga yang mampu menjadi khalifah, tetapi khalifah yang tidak amanah.

Bagaimana menjadi hambah dan khalifah yang mempunyai nilai tambah AHSANUL AMALA ini?, tidak lainlah kita mesti memusatkan segala tenaga dan fikiran untuk mempositifkan sesuatu apa pun yang berlaku.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
" Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
(HR : Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a)

Sifat seorang mukmin yang benar-benar mukmin, apabila tercucuk duri sekalipun ia mampu untuk positif, lalu menjadi kaffarah dosa kecil, bahkan dengan sabarnya menahan kesakitan dan menganggap itu sesuatu yang positif iaitu peringatan daripada Allah, bukan sekadar penghapus dosa bahkan menjadi satu saham peningkat pahala pula, subhanallah!...untungnya menjadi mukmin yang positif mindanya.

Sebagai teori, berfikir secara positif senang di perkatakan namun untuk praktikalnya tidak ramai yang mampu, sehinggakan perkara kecil boleh menjadi besar, menjadi penyebab hidup menjadi gelisah, tidak tenang, dukacita, emosi terganggu. Ini semua hal yang datang dari bentuk pemikiran negatif, aura negatif dari fikiran kita di baca oleh alam, kemudiannya menjadikan kita dalam keadaan sedemikian, sedangkan jika kita melihat sesuatu itu dari sudut yang positif, kesan yang lebih baik akan terhasil, dengan izin Allah jua segalanya terjadi.

as Sakinah, iaitu ketenangan hidup adalah anugerah daripada Allah, dan untuk mendapat ketenangan ini fikiran kira harus sentiasa positif. Ana yakin, ketenangan mampu dikongsikan, pasti pernah apabila kita di timpa masalah, tiba-tiba segala perasaan tidak enak menjadi hilang dan lega apabila kita berbual dengan seseorang, ataupun tahap yg lebih tinggi lagi, melihat raut wajahnya sahaja mampu menenangkan jiwa. Itulah kuasa yang ada pada mukmin yang berfikiran positif, tenang dan menenangkan.

Benar kondisi manusia sering berubah-ubah, iman naik dan turun, namun usahalah semampu mungkin untuk berfikir secara positif kerna ia tidak merugikan kita, bahkan menguntungkan, pahala dapat, ketenangan dapat, redha Allah dapat, kehidupan dunia menjadi senang, kehidupan akhirat menjadi idaman, jadi tidak ada sebab untuk kita berfikir secara negatif lagi, wallahu'alam...ana undur dulu...

Optimum VS Maksimum

Bismillah...
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
al Asr

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji kepada Maha Suci Allah, tanpanya tiada daya dan upaya Wadi al Qurra' bertambah isinya. Selawat dan salam buat insan mulia, baginda junjungan Muhammad Rasulullah SAW.

Ana mahu berkongsi banyak, tetapi nampaknya yang banyak itu tidak dapat di kongsikan semua. Program, tamrin, kem yang berterusan pastinya membuahkan pelbagai info, maklumat dan perkongsian, akan tetapi jika mahu di kongsikan kesemuanya, ada kemungkinan jari ana melecet untuk menulis, alasan mungkin?...

Yang terbaru, satu program untuk Badan Perwakilan Pelajar Maahad Ahmadi, Gemenceh. Program khas untuk melahirkan pemimpin yang optimum, bukan maksimum. Banyak modul khas yang menarik dan ada juga di antaranya jika sekali pandang, boleh di katakan ala2 askar, ketuk ketampi dalam kolam pukul 3 pagi, merangkak askar atas tanah, ah itu sedikit saja, banyak lagi yang menguji mental dan fizikal.

Ada pula yang di 'psiko', selepas itu di beri makan bawang putih, kemudian di tambah pula air 'lychee' yang masin berdenyut2 itu, adik2 Muslimin Muslimat Maahad Ahmadi, ana minta maaf ya jika terpaksa menahan rasa, sampai termuntah2, hakikatnya perjalanan di medan dakwah lebih lagi rasanya, jangan mengharapkan manis dalam perjalanan, tapi ingatlah manis itu dapat di nikmati selepas kita kenal erti kepahitan.

Tidak lain tidak bukan, semua ini untuk melahirkan kepimpinan yang benar2 terpimpin dan mampu memimpin, bahkan bukan sekadar itu saja, kepimpinan yang kita mahukan adalah yang OPTIMUM, bukan MAKSIMUM.
Kenapa mahu dibezakan antara 2 perkara ini, tidakkah ia sama saja?. Tidak, ia tidak sama. Begini, sebagai pemudah cara, ana sediakan contoh :

Maksimum

Ahmad di berikan masa 1 tahun dan peruntukan RM 10000 untuk menyiapkan satu projek, lalu dengan segala kemampuan yang ada, menggunakan sepenuhnya 1 tahun dan RM 10000, Ahmad berjaya menyiapkan projek dengan jayanya.

Optimum

Muhammad di berikan masa yang dan peruntukan yang sama seperti Ahmad, iaitu 1 tahun dan RM 10000, namun Muhammad hanya menggunakan RM 7000 untuk menyiapkan projeknya, bahkan dapat menyiapkan dalam masa 8 bulan dengan jayanya.

Cuba lihat perbezaan antara kedua contoh yang diberi, keduanya mampu menyiapkan tugasan dengan sangat baik, tetapi mana yang lebih efisyen pada pandangan anda?

Melakukan kerja semaksimum mungkin tidak sama dengan melakukan kerja dengan optimum. Untuk menjadi pemimpin yang benar2 hebat, kebolehan mengoptimumkan masa dan sumber dalam menghasilkan sesuatu adalah satu keperluan. Lihat bagaimana Muhammad berjaya menyiapkan kerja dengan hasil yang sama dengan Ahmad, tetapi beliau masih lagi mempunyai baki masa dan peruntukan, yang mana dapat ia gunakan untuk perkara yang lain.

Da'ie Yang Optimum

Kehidupan seorang da'ie, pastinya di himpit masa, dakwah, tarbiyyah, islah, tamrin, kuliah, mukhayyam, penulisan, dan pelbagai lagi hal yang bakal menutup ruang waktu senggang. Akan tetapi jika dilihat kepada mereka yang benar2 berjaya sebagai seorang da'ei, dalam kesibukan mereka itu, gerak kerja mereka tampaknya lebih tuntas dan jitu jika dibandingkan dengan mereka yang kononnya sibuk.

Kenapa ini berlaku?...hasil pekerjaan mereka lebih baik daripada kita, sedangkan kita punya ruang waktu yang lebih, sebut saja soal akademik atau apa sahaja, kenapa kita ketinggalan?...sedangkan mereka yang sangat sibuk dan bukannya konon2 sibuk itu sangat jauh maju kehadapan?.

Jawapannya kembali kepada ruang lingkup perbincangan, ramai di antara kita bekerja dengan menggunakan masa dan sumber secara maksimum, bekerja secara 'HARD' bukan 'SMART'. Pekerjaan yang sepatutnya mampu di siapkan dalam masa sebulan, tetapi disebabkan masa yang diberi ialah 2 bulan, maka kita siapkan dalam masa 2 bulan cukup, sedangkan jika disiapkan awal, pasti banyak pekara lain dapat di isi dalam jangka waktu yang berbaki.

Inilah yang menjadikan kita gagal menjadi seorang khalifah dan da'ie yang benar2 hebat!.

Wasiat al Imam Hassan al Banna :

" Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya "

Optimumkan Gerak Kerja!

Bagaimana mahu mengoptimumkan gerak kerja jika meeting yang sepatutnya habis dalam masa sejam di heret sampai 3 jam?...masing2 mahu membincangkan segala hal yang dirasakan 'perlu', perlu bagi kita tidak semestinya perlu pada orang lain, bahkan mungkin tidak perlu dibincangkan pada masa itu, ini semuanya akan menjadi penyebab penggunaan masa yang melampau lampau maksimum pada perkara yang tidak sepatutnya.

Kegagalan memahami konsep aulawiyyat juga akan menggagalkan usaha untuk menjadikan gerak kerja kita sebagai gerak kerja yang optimum. Kita sering berhadapan dengan soal masa, mahasiswa contohnya selalu beralasan tidak cukup masa, lupakah kita ada yang diluar sana lebih2 lagi kesuntukan masa, namun gerak kerjanya lebih hebat, mereka itu bukan robot, manusia biasa yang punya kelebihan dan kekurangan, apa bezanya?

Bezanya kerna kita gagal melaksanakan satu2 hal dengan optimum, gagal mengenal pasti keutamaan dan menyusun gerak kerja.

Keberkatan Pada Waktu

Membicarakan soal ini, ana teringat satu petikan daripada Ibnu Ato'illah as Sakandari, katanya :

" Banyak sekali manusia yang diberi umur yang panjang, namun sangat sedikit sumbangannya, Banyak sekali manusia yang diberi umur yang pendek namun sangat banyak sumbangannya, Barangsiapa yang di beri keberkatan pada umurnya oleh Allah SWT maka dia akan mendapat pelbagai kurniaan daripadaNya, yang sangat sulit untuk diungkapkan "

Maka apa yang kita dapat kaitkan daripada kata2 Ibnu Ato'illah ini dengan persoalan optimum serta maksimum?

Pastilah ia akan kembali kepada hubungan kita dengan Allah. Menjadi salah satu faktor utama kenapa kita tidak mampu mengoptimumkan gerak kerja jika mempunyai masalah dengan Pencipta. Jika kita bermasalah dengan pencipta, bagaimana mampu kita mendapatkan keberkatan pada waktu dan kerja kita?.

Lihat kembali pada akhir ayat kata2 Ibnu Ato'illah, " Barangsiapa yang di beri keberkatan pada umurnya oleh Allah SWT maka dia akan mendapat pelbagai kurniaan daripadaNya, yang sangat sulit untuk diungkapkan ", inilah yang dapat kita lihat pada diri da'ie yang hebat, mereka mampu menyelesaikan tugasan secara optimum, masa yang digunakan dapat disingkatkan tetapi hasilnya sangat mengagumkan, inilah kurniaan daripada Allah yang sulit untuk diungkapkan.

Qurra' sekalian, mengatur masa dan gerak kerja itu salah satu cara untuk menjadi pemimpin dan da'ie yang optimum, namun konsep ini akan menjadi sia2 jika tidak mendapat keberkatan Yang Maha Kuasa, nilailah kembali bagaimana hubungan kita denganNya, ana undur dulu.

p/s : Cita2 NAK buat kempen 1 post 1 hari, boleh pecaye ke?...sile pecaye yang ana mmg NAK...:D

p/s : Demam, selsema, ni kes bejangket kut ni...adOi laa

~ ar Rifq - Perhiasan Seorang Muslim ~

Bismillah...

Maksud firman Allah SWT :
“ Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan peringatan yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang terbaik ”
(an Nahl : 125)

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan syukur buat Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam, pencipta maya pentadbir dunia. Selawat dan salam buat insan mulia, pembawa rahmat menerangi dunia, Muhammad Rasulullah SAW.

Wadi al Qurra' sepi agak lama, terhimpit kerana masa, terhalang kerana tanggungjawab, namun tersedar, ini juga tanggungjawab yang perlu di selesaikan. Mencuri ruang, menyelit kata, semoga amanah ini di tunaikan daripada hati kepada hati, izinkan ana berbicara...

Menempuh fasa - fasa dalam kehidupan akan membawa kita kepada pelbagai ragam manusia, ada yang menyeronokkan, ada yang menyedihkan, semuanya bakal menjadikan hidup ini dapat di warnai dengan warna - warna kehidupan. Jelas, mengharungi alur dunia bukan hanya perlukan sampan, tetapi dayungnya sekali, persiapan perlu lengkap agar warna kehidupan nanti indah dan cantik.

Satu Keindahan

Ana tidak perlu pergi jauh, sekadar melihat keperluan diri, perubahan fasa kehidupan memerlukan banyak kelengkapan, materialnya, rohaninya, ilmunya, semua ini bakal menjadikan kita seorang manusia yang manusia. Fitrah manusia itu lemah, pastinya ada kelemahan, dan kita paling beruntung jika dapat merasai kelemahan itu, lantas berusaha dan bertindak menampung segala yang perlu.

Sungguh, ianya sesuatu yang indah apabila kita benar - benar menjiwai kehidupan, berusaha melengkapinya, apatah lagi jika berusaha untuk saling melengkapi antara satu sama lain, menyemai kesempurnaan dalam kelemahan, sesungguhnya manusia itu lemah, maka kuatkanlah diri dengan membenarkan kekurangan kita ditampungi insan yang lain, itulah hakikat kehidupan, di jadikan untuk hidup berpasang pasangan, berkumpul kumpulan.

Kelembutan Satu Anugerah

ar Rifq, ana tidak saja - saja meletakkannya sebagai tajuk utama, walaupun mungkin tidak nampak lagi keterkaitannya dengan tulisan ini. Qurra' yang di rahmati Allah, secara mudahnya ar Rifq itu bermakna lemah lembut. Salah satu sifat yang menjadikan dunia ini harmoni dan sejahtera. Ianya satu anugerah daripada Allah, akan tetapi kurniaan ini seringkali mendapat tempat terkebelakang, manusia lebih suka memilih kekasaran dari kelembutan

Jiwa kasar, hati kasar, kelakuan kasar, kononnya hebat, di pandang berkuasa. Lupa mungkin ketulusan dan kelembutan hati Rasulullah SAW itulah yang memikat ramai kepada Islam. Mudahnya, ar Rifq ini satu anugerah yang di lupakan.

Maksud Hadith Rasulullah SAW :

“ Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau neraka diharamkan atasnya? Yaitu atas setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan ”
(HR : Tirmidzi)

Menjadi Manusia

Manusia sememangnya memerlukan sesuatu untuk melengkapkan diri, banyak caranya, seperti menyiapkan diri dengan sabar, amanah dan sebagainya, namun ana menjadikan ar Rifq atau sikap lemah lembut ini untuk menjadi titik fokus. Mengapa ar Rifq?, kerana tanpa ar Rifq kita tidak akan menjadi manusia.

Manusia hebat bukan dengan marahnya, tetapi dengan sikap berlemah lembutnya mahupun dikasari, tampak jengkel, tetapi dengan sikap inilah berapa ramai telah terpaut dengan sosok mulia Muhammad Rasulullah SAW, lihat saja sebuah kisah :

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa suatu ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk bersama para sahabat radhiallahu ‘anhum di dalam masjid. Tiba-tiba muncul seorang Arab badwi (kampung) masuk ke dalam masjid, kemudian kencing di dalamnya. Maka, dengan serta merta, bangkitlah para sahabat yang ada di dalam masjid, menghampirinya seraya mengherdiknya dengan ucapan yang keras. Namun Rasulullah SAW melarang mereka untuk mengherdiknya dan memerintahkan untuk membiarkannya sampai orang tersebut menyelesaikan hajatnya. Kemudian setelah selesai, baginda SAW meminta untuk diambilkan setimba air untuk dituangkan pada air kencing tersebut. (HR : Bukhari)

Kemudian baginda SAW memanggil Arab badwi tersebut dalam keadaan tidak marah ataupun mencela. Baginda SAW justeru menasihatinya dengan lemah lembut :
“ Sesungguhnya masjid ini tidak pantas untuk membuang benda najis (seperti kencing) atau kotoran. Hanya saja masjid itu di didirikan sebagai tempat untuk zikir kepada Allah, solat, dan membaca Al Qur’an.”
(HR : Muslim)

Melihat sikap Rasulullah SAW yang demikian lembut dan halusnya dalam menasihati, timbullah rasa cinta dan terharu Arab badwi tersebut kepada baginda SAW. Maka dia pun berdoa: “ Ya Allah, rahmatilah aku dan Muhammad, dan janganlah Engkau merahmati seorangpun bersama kami berdua ”

Mendengar doa tersebut Rasulullah SAW tertawa dan berkata kepadanya :
“ Kamu telah mempersempit sesuatu yang luas (rahmat Allah) ”
(HR : Bukhari dan yang lainnya)

Lihatlah bagimana seorang Arab Badwi yang kebiasaannya bersikap kasar, dengan mudah dapat disentuh dengan kelembutan sikap Rasulullah SAW, benarlah api jika di balas dengan api, semakin besar dan merebaklah ia.

ar Rifq - Kewajipan Untuk Da'ie

Berdakwah dengan bermuka masam, di banding cuka, masam lagi mukanya, tambah lagi pakej suka menembak nembak mad'u tanpa ulasan ilmiah yang sebaiknya, inilah dia golongan yang menjauhkan manusia dari Islam. Senyum itu sedekah, apa salahnya berwajah ceria, menaut hati dengan kemesraan dan kelembutan. Ini tidak, senyum di balas jelingan, apakah ini sifat mu wahai da'ie?

Maksud Sabda Rasulullah SAW :
“ Sesungguhnya sifat lemah lembut tidaklah berada pada sesuatu kecuali akan membuatnya indah sesuatu tersebut dan tidaklah sifat lemah lembut dicabut dari sesuatu kecuali akan membuat sesuatu tersebut menjadi buruk ”
(HR : Muslim)

Bersikap kaku, keras dan kasar tindak menggambarkan akhlak seorang Muslim, ianya tidak membantu bahkan menjauhkan sasaran daripada keindahan Islam yang sebenar, sangatlah rugi jika seorang da'ie perilakunya jauh dari sifat ar Rifq.

Kelembutan Tidak Menghalang Ketegasan

Ketegasan itu tidak semestinya perlu dipakejkan dengan kekerasan, jika ini fahamannya, ia jauh tersasar. Ketegasan yang di isi dalam kelembutan sebenarnya lebih menusuk, teknik memasukkan ketegasan dalam kelembutan ini bahkan bisa menonjolkan gaya kepemimpinan yang hebat.

Menasihati mad'u dengan cara membina tautan hati, lantas menyelitkan unsur ketegasan akan batas - batas syariatullah lebih berkesan kerana manusia itu fitrahnya sukakan kebaikan, cuma tipu daya syaitan yang mengelabui mata dan hatinya daripada kebenaran.

Membina Kehidupan Bersandarkan ar Rifq

Khilafah Islamiyyah itu memerlukan kasih sayang untuk melengkapkannya. Bi'ah yang perlu di bentuk dalam pemerintahan Islam adalah berteraskan kasih sayang dan kesantunan. Keharmonian tidak mampu di capai dengan kekerasan dan kekasaran, manusia akan tertekan dengan hal begitu.

Membentuk khilafah yang harmoni, ar Rifq perlu di terapkan pada akarnya lagi. Baitul Muslim, yaitu pembinaan rumah tangga Islam yang harmoni perlu di bentuk, inilah asasnya. Kebahagiaan dan kesejahteraan Baitul Muslim akan tercapai dengan sikap saling mengerti, saling melengkapi, berlapang dada dan rempah ratusnya pasti tidak cukup jika ar Rifq itu tiada.

Kehidupan sangat indah sebenarnya jika di hiasi dengan sifat mulia ini, akan terasa kelompongan tanpanya. Manusia perlu sedar, yang Allah itu sangat menyukai sikap berlembut sebegini, ianya sesuatu yang sangat di tuntut.

“ Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya ”
(HR : Muslim)

Kasar itu lahirnya dari ego, dan ego itu tidak perlu ada dalam diri Muslim yang sejati, ingat, tegas itu bukan kasar, tegas itu bukan juga ego, tinggalkanlah sikap yang tidak perlu, usahakanlah apa yang sepatutnya ada...

Ada satu lagu yang menarik, ana kongsikan, satu amanah jagalah ia, sebagai khalifah kejarlah cintaNya...untuk sahabat2 dan teman...



p/s : Menghiasi peribadi diri untuk menghiasi peribadi yang lain, menjadi khalifah yang di pimpin untuk memimpin :)

~ Kiamat Sudah Dekat ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, segala puji dan syukur buat Raja segala Raja, Allahu Rabbul 'Alamin. Selawat dan salam buat baginda junjungan, Muhammad Rasulullah SAW.

Kalau bicara tentang hal yang satu ini, ramai berminat. Tetapi ramai sekali yang berminat dengan tarikh berlakunya Yaumul Akhir, bukan apa yang perlu dipersiapkan utk menghadapinya.

Etnik Hopi yaitu peribumi Amerika dalam Hopi Prophecy meramalkan kiamat bakal berlaku pada 2012, begitu juga ramalan dari Nostradamus serta ramalan Bangsa Maya. Menariknya mereka semua tidak saling bergantungan antara satu sama lain, tidak sezaman dan tidak setempat, adakah ini satu kenyatan atau kebetulan?

Terbaru, saintis telah menjangkakan akan tercetus Solar Flare pada 2013 yang bakal melumpuhkan teknologi di bumi. Sebelum ini Solar Flare dalam skala kecil telah berlaku pada 1989, yang mana ia telah menyebabkan sebuah stesyen jana kuasa di Kanada tidak berfungsi. Satu lagi kejadian Solar Flare dalam skala yg lebih besar adalah pada tahun 1859, langit menjadi kemerah merahan.

Ada 2012, ada 2013, hakikatnya kedua tarikh itu hampir saja, adakah ia kebetulan atau sekadar tekaan?.

Sebenarnya ana tidak mahu menjadi Nostradamus kedua, meramal masa berlakunya kiamat, kerana baginda Rasulullah SAW sendiri tidak memberitahu secara tepat masanya. Namun, Rasulullah SAW tidak berdiam diri soal petanda2 yang menunjukkan Kiamat itu hampir.

Hadith daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, maksudnya :
" Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka "
(HR : Muslim)

Itu tanda besar, masih ada yg kecil2, boleh dikatakan hampir semua yang kecil telah berlaku. Berikutan petanda yang diberikan, sememangnya besar keperluan utk kita bersedia. Yang mana sudah lama memulakan langkah, bagus, yang tidak lagi bermula masih belum terlambat.

Soal Kiamat, sesetengah pemikir barat bertungkus lumus berfikir akan bagaimana kehidupan selepas itu, sebahagian daripada mereka beranggapan akan ada manusia yang terselamat dan memulakan kehidupan baru pada zaman berikutnya, maknanya bermula dari kosong, seperti zaman batu dahulu. Bahkan sekarang ada pihak yang telah mempersiapkan diri dengan membuat satu pusat penyimpanan rasmi benih2 tanaman terpilih dari seluruh dunia. Pusat penyimpanan ini dibina dibawah permukaan salji, menelan belanja beratus juta.

Adakah ini semua perlu?

Ana tidak menafikan semua ini perlu, perlu bagi mereka yang mempercayai segala ramalan dan pandangan yang tidak di dasari al Quran dan as Sunnah.

Awal pembicaraan ana menekankan soal tahun 2012, 2013 dan kejadian Solar Flare yang semuanya dikaitkan dengan Kiamat. Akan tetapi semua itu sebenarnya tidak ada dasarnya dalam al Quran dan as Sunnah, ia hanya ramalan dan ramalan itu sentiasa datang dan pergi. Orang kata Nostradamus banyak meramal perkara betul, terutama peristiwa2 besar, namun masih banyak ramalannya yang tidak benar. Bahkan ramalan yg benar itu pun tidak secara tepat dinyatakan, ia mungkin saja mentaliti kita yang melihatnya seakan benar.

Unsur kebetulan tidak dapat ditolak, dan Islam tidak berdiri atas dasar kalau2 atau kebetulan saja. Sesungguhnya hal tentang berlakunya Kiamat itu hanya pada pengetahuan Allah, bahkan tahun2 dan tarikh2 yang disebutkan itu jika di amati berdasarkan pandangan Islam, ia tidak bertepatan.

Maksud firman Allah SWT :
" Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui "
(al A’raf : 187)

Namun, satu hakikat yang perlu diakui, dan tidak dapat ditolak adalah memang sesuatu yang benar jika dikatakan Kiamat sudah dekat.

Kini masanya untuk kita menyiapkan bekal2 utk hari Pengadilan nanti, bukan menyiapkan diri dengan menyimpan benih2 tanaman. Kini bukan pula masanya utk kita menjadi kelam kabut dek kerana ramalan2 yang tidak nyata itu, tetapi sibukkanlah diri dengan amal soleh yang berterusan.

Akhirnya, setelah bicara soal Kiamat, mungkin kita terasa gundah, tetapi mungkin juga adanya mereka yang merasa sedikit kelegaan kerana ramalan2 berlakunya Kiamat itu tampaknya tidak benar, ana mahu bertanya sedikit soalan mudah...

Jika kita kerisauan dek kerana Kiamat, apakah kita tidak risau dan lupakah ada perkara yg lebih hampir dengan kita?

Jika kita merasa sedikit lega dek kerana ramalan2 berlakunya Kiamat itu tidak benar, apakah kita lupa kita tak sepatutnya merasa demikian?

Jangan begitu!, kerana MAUT itu sentiasa hampir, ia datang tanpa RAMALAN, ia juga boleh datang tanpa sedikit pun TANDA!

Sekarang, KIAMAT atau MAUT yang kita risaukan?...jawapannya subjektif, BERSEDIALAH!, jangan tunggu nyawa dikerongkong baru mahu ingat Allah, jangan pula menunggu Dajjal muncul baru mahu bertaubat, ana undur dulu...

p/s : Ijtima' Tarbawi pemuda PAS, salah satu persediaan buat pejuang Islam yang mahukan Islam memerintah dunia, juga salah satu persediaan menambah bekal utk MAUT dan KIAMAT ~ Jom!

~ Ibrah Dari Samurai ~

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurlillah, kesempatan diberi lagi untuk ruangan Wadi al Qurra' di isi. Tanpa izinnya pastilah tidak ada yang terjadi, segalanya dari Dia dan segalanya kembali pada Dia. Selawat dan salam buat baginda Rasulullah, sosok agung peribadi mulia. Perbanyakkanlah selawat, Rasulullah tidak perlukan selawat kita, akan tetapi kitalah yang memerlukan syafaat dari baginda dengan selawat, tunjukkan kasih seikhlas hati.

Bagaimana Ramadhan kali ini?, lebih baik dari sebelumnya?. Ramadhan kian hampir berakhir, beberapa hari saja lagi maka bulan yg mulia ini bakal meninggalkan kita, entah dapat ketemu lagi atau tidak tahun berikutnya, semoga Allah sampaikan kita...Allahumma ameen!

Kata2 George Santayana, penulis Amerika kelahiran Sepanyol :

" Progress, far from consisting in change, depends on retentiveness. Those who cannot remember the past are condemned to repeat it "

Ana sangat suka sejarah, apa pun bahan yang berbentuk sejarah menarik minat ana. Sejarah Islam atau bukan, ana tetap suka. Sukakan sejarah bukan kerana suka2, tetapi suka untuk mengambil ibrah darinya agar dapat mengajar erti kehidupan dan realiti yang ditempuhi. Belajar dari sejarah membolehkan kita membaca dan mengatur kehidupan dengan lebih baik insyaAllah. Kali ini ana mahu mengenengahkan satu sejarah yang agak menarik bagi ana.

Jika kalian biasa dengar Sun Tzu, penulis buku The Art of War yang sangat mahsyur dengan strategi perangnya, sehinggakan tentera moden pun mengambil asas pemikiran Sun Tzu, hebat bukan?. Tetap ana tidak mahu bercerita perihal Sun Tzu, ana mahu bercerita tentang seOrang samurai dari Jepun, yang juga seorang penulis sebuah buku strategi menghadapi musuh, Go Rin No Sho ataupun The Book of Five Rings. Buku ini adalah salah satu buku strategi yg hebat dan seperti juga The Art of War, masih lagi dikaji sehingga hari ini.

Miyamoto Mushasi nama samurai gelandangan ini. Walaupun Mushashi personalitinya semacam orang gelandangan, kusut masai, akan tetapi ia masih dikenang sehingga kini sebagai salah seorang samurai terhebat di Jepun. Kenapa dia disanjung?, sedangkan dia hanya seorang yang selekeh?...begini ceritanya...



( Self Potrait dari Miyamoto Mushashi )

Mushashi seorang samurai, tetapi dalam masa yang sama seorang penulis dan juga pelukis. Tidak terlupakan, dia juga seorang pakar strategi dan ahli falsafah. Mengikut perkiraan, Mushasi telah bertarung 60 perlawanan tanpa kalah, rekod hebat seorang samurai, tetapi dikatakan bilangan 60 itu tidak menepati angka yang sebenar, bahkan lebih lagi dan semua ini masih belum termasuk pertarungan Mushashi di medan perang, berapa ramai yang telah di tewas di hujung 'Katana' nya?, tidak dapat dijangka, hebat!

( Antara Lukisan Mushashi )

Sebelum ana meneruskan, Katana yang ana sebutkan tadi adalah senjata samurai yang berupa pedang panjang, yang kita biasa panggil pedang samurai itulah. Katana ini bukanlah senjata sembarangan, untuk membuat satu2 Katana yang baik, ia mengambil masa sehingga 8 bulan menyiapkan keseluruhannya, lama bukan?...

( Contoh set senjata Mushashi, Katana & Wakizashi )

Pertarungan Miyamoto Mushashi

Shishido Baiken

Telah banyak pertempuran dan pertarungan hebat antara Mushashi dan pahlawan Jepun yang lain, salah satunya adalah dengan Shishido Baiken, yang menggunakan ' Kusarigama ' sebagai senjata. Kusarigama adalah senjata yang mempunyai rantai panjang disambungkan dengan sabit, senjata yang sangat merbahaya apatah lagi jika yg menggunakannya seorang yang mahir.

( Kusarigama )

Dalam pertarungan ini Mushashi hampir2 tewas dek kerana rantai itu berjaya membelitnya, akan tetapi tindakan pantas dari Mushashi berjaya menyelamatkan nyawanya. Menggunakan Wakishazi, iaitu senjata sampingan berupa pedang pendek, Mushashi menewaskan lawannya dengan melontarkan tepat mengena Shishido Baiken.

Yoshioka Seijuro

Antara pertarungan lain adalah dengan Yoshioka Seijuro, yang mana Mushasi telah sengaja melewatkan ketibaannya. Seijuro menjadi marah dan geram, tetapi oleh sebab itu juga dia ditewaskan dengan hanya satu pukulan. Seijuro tumpas, Mushashi menang lagi.

Perkelahian Mushashi dengan keluarga dan puak2 Yoshioka tidak tamat di situ, ia terus berlarutan sehinggalah Mushashi membunuh pimpinan terakhir cabang keluarga besar Yoshioka, iaitu Matashichiro. Dalam pertarungan akhir ini sekali lagi permainan minda Mushashi terserlah, dia telah sengaja datang awal dan mengejutkan konco2 Matashichiro. Hasilnya seperti yang di duga, Mushashi berjaya bermain minda lagi kali ini.

Miyamoto Mushashi VS Sasaki Kojiro

Dalam siri pertarungan Mushashi, ini adalah yang dikatakan paling bersejarah. Sasaki Kojiro bukanlah calang2 samurai, dan oleh sebab inilah Mushashi telah mencabarnya.

Kojiro digelar " Syaitan dari daerah barat ", kehebatan Kojiro tidak kalahnya dengan Mushashi. Kemahsyuran mereka mungkin sama, akan tetapi mereka adalah dua personaliti yang sangat berbeza. Mushashi seorang yang serabai, samurai yang tidak seperti seorang samurai. Akan tetapi Kojiro adalah seorang yang berpegang kepada tradisi samurai, berdisiplin, menepati masa, berpakaian kemas. Yang menariknya lagi, Kojiro menggunakan Katana yang lebih panjang dari biasa, ia dipanggil sebagai Nodachi.

( Nodachi ~ Lebih panjang dari Katana )

Ini memberi kelebihan kepada Kojiro. Dikatakan oleh kerana status Kojiro dan senjatanya, Mushasi telah hilang untuk beberapa ketika, ada ura2 menyatakan Mushashi melarikan diri, namun yang berlaku sebenarnya...

Mushasi telah menyendiri sebentar memikirkan cara menewaskan Kojiro, dan pakar strategi minda ini telah sekali lagi cuba menggunakan kelebihannya, tiada langsung niatnya mahu melarikan diri. Sedangkan Kojiro pula mengunjungi kuil untuk 'berdoa'. Mempersiapkan diri dengan cara tradisionalnya. Sememangnya mereka merupakan dua personaliti yang amat berlawanan.

Hari Penentuan

Tibalah hari yang ditunggu, Kojiro telah siap menanti dengan Nodachi nya yang yang panjang itu di sebuah pulau, tempat dimana mereka telah persetujui bersama. Kojiro menunggu, namun selepas 1 atau 2 jam dari masa yang dijanjikan Mushashi belum tiba.

Kojiro seorang samurai yang sangat berdisiplin dan menepati waktu, sesuai denganya sebagai seorang samurai dalam kelas bangsawan, akan tetapi ketibaan Mushashi yang lewat itu telah membuatkan Kojiro tidak senang duduk, rasa seperti di perlekehkan. Sehinggalah dari kejauhan tampak Mushashi tiba...

Kojiro melemparkan sarung Nodachi nya dengan perasaan marah, dan sangat terkejut kerana ketibaan Mushashi tidak disertai Katana nya, akan tetapi sebuah kayu panjang yang dibentuk dari pendayung sampan.

( Bokken, senjata kayu Mushasi versi moden, salah satu senjata kegemaran Mushashi )

Mushashi turun dari sampan, kemudian berkata :

" Kojiro!...engkau telah tewas!, engkau membuang sarung pedangmu begitu, seperti engkau akan membuang nyawamu! "

Kojiro lantas meluru laju, mengangkat Nodachi nya yang berkilat dan panjang itu, menghayunkan ke arah Mushashi dengan sangat kuat dan pantas...

Mushashi mengelak ke tepi sedikit, zappp!...dush!...kebabO!... ( alamak, telebey suda :p )

Kojiro tersungkur!...dengan hanya satu gerakan dan satu pukulan tepat senjata kayu Mushasi, seorang yang dikatakan antara samurai terhebat sepanjang zaman telah tersungkur di tangan Mushashi, samurai gelandangan!.

Mushashi terus beredar selepas itu, dikatakan dia tidak lagi mencabar sesiapa, tetapi hanya berlawan jika di cabar. Legasinya diteruskan hingga ke hari ini, teknik berlawan dan strategi pertarungan Mushashi masih di ajar sehingga kini, menjadi salah satu teknik terhebat samurai di Jepun. Inilah kisah seorang samurai hebat, yang hebatnya bukan sekadar dalam pertarungan, tetapi menggunakan akal dan minda.

Ibrah Dari Samurai

Qurra' sekalian, setiap yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmah dan ibrah yang boleh kita ambil sebagai bekal untuk kita berhadapan cabaran kehidupan. Allah tidak menjadikan sesuatu apa pun sengan sia2, jika merasa sia2, itu kerna kelemahan sendiri yang tidak mampu membaca dan menilai petunjuk Allah.

Maksud firman Allah SWT :

" Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayat petunjuk lantas mereka disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan "

Fussilat : 17

1. Menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Lihat bagaimana Mushashi menyimpang dari kebiasaan samurai. Bukan serabai itu yang kita mahu contohi, akan tetapi kebolehannya menghadapi pelbagai rentak dan senjata musuh. Mushashi menghadapi musuh yang terdiri daripada pengguna senjata yang berlainan antara satu sama lain. Kebiasaan samurai hanya menggunakan Katana, dan akan menghadapi masalah bila berdepan dengan musuh yg berlainan senjata.

Mushasi sentiasa menyiapkan diri dalam apa keadaan sekalipun, bahkan Mushashi juga tidak terikat dengan hanya menggunakan Katana sebagai senjata, ia melihat corak dan rentak lawannya, lalu ia mempersiapkan diri untuk menghadapinya dengan cara yang sangat bijak, walaupun kelihatan pelik.

Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang da'ei, sentiasa bersedia untuk bekerja dalam apa keadaan sekalipun. Senjata kita sebagai da'ie bukan sekadar pandai bercakap, pandai menulis. Seharusnya penguasaan teknik2 lain seperti multimedia, teknik menyentuh hati, mengukuhkan ukhwah dan sebagainya perlu di dalami.

Para asatizah bukanlah bermaksud hanya memberi kuliah dan mengajar dikelas, bukan pula berkhutbah Jumaat saja, bahkan perlu melangkaui sempadan itu. Da'ei perlu turun ke dalam masyarakat dan merasa sendiri keluhan dan segala yg mereka hadapi. Jika mahu berjuang dalam Islam, keterlibatan kita bukan hanya dengan golongan terpelajar, golongan mahasiswa dan pensyarah sahaja, akan tetapi pakcik dan makcik di kampung itulah yg lebih memerlukan.

Idealisme yang hebat bagus, akan tetapi perlu berpijak di bumi nyata, idea yang hebat jika hanya kita yg memahaminya, tetapi tidak mampu di capai oleh kerana faktor besar masyarakat dan lain2 akan menjadi sia2. Jangan kita merasa hebat sendiri, sedangkan masyarakat kian terpinggir. Jika kita merasa kita betul, masih ada yang lebih betul dan bijak dari kita, berpijaklah bumi nyata, jangan terlalu tinggi terbang, sakit bila jatuh.

2. Memahami lawan

Mushashi mengkaji dan memahami lawannya terlebih dahulu, kelebihan, kelemahan dan sebagainya. Ini akan memberi kelebihan besar kepada Mushashi, bukan sahaja kelebihan untuknya mempersiapkan diri bahkan awal2 lagi mampu melemahkan lawannya. Lihat bagaimana Mushashi telah melemahkan Kojiro dari awal lagi, dengan membuat Kojiro tidak tentu arah, marah2 dan hilang ketenangan. Musashi sengaja lewat kerana tahu Kojiro adalah seorang yang sangat menjaga masa, lantas akan terganggu oleh kelewatan Mushashi.

Memahami lawan tidak berhenti sekadar itu, kita perlu bertindak setelah mendapat maklumat. Maklumat yang kita perolehi akan menjadi sia2 jika kita tidak menggunakannya. Samalah jika kita beroleh petunjuk Allah, akan tetapi kita lihat saja dan membiarkan ia berlalu. Alangkah runginya tindakan yang demikian.

3. Mengawal suasana

Sebagai da'ie, selain menyesuaikan diri dengan keadaan, kemampuan mengawal suasana adalah satu kelebihan yang sangat besar, bahkan seorang da'ie yang benar2 hebat akan mempengaruhi suasana bukan mengikut rentak suasana itu. Jangan kerna hujah mahu mengikut rentak suasana, contohnya apabila dalam mendekati golongan yang jauh dari agama, kita perlu buang imej agama, tidak semestinya begitu jika kita mampu mengawal dan mempengaruhi suasana.

Kojiro yang sedang marah itu di hangatkan lagi dengan kata2 Mushashi yang mengatakan dia telah tewas. Kemampuan Mushashi membaca bahasa badan Kojiro, kemudiannya menggunakan suasana tegang itu dengan memanaskan lagi keadaan. Mushashi sebenarnya sedang mengawal keseluruhan situasi. Lihat saja dalam pertarungan2 lain, sememangnya Mushashi berjaya mengawal suasana dari awal lagi.

4. Menjadi sumpah - sumpah

Jangan salah faham, ana tidak bermaksud mendoakan kita semua menjadi sumpah2 yang macho itu. maksudnya di sisi adalah kemampuan kita untuk menjadi pendakwah, penulis, pakar IT, pemimpin dan segala apa selagi ada kelebihan untuk itu. Memaksimumkan kebolehan diri, kelebihan yang ada pada diri seorang da'ei perlu di asah supaya mencapai tahap yang terbaik, tidak sekadar boleh2 saja. Lihat saja sumpah2, kalau hijau tempat dia menapak, hijau betul jadinya, tidak jadi hijau sipi2, begitu juga kita, perlu tahap maksimum.

Maksud sabda Rasulullah SAW, dari Abu Hurairah RA :

" Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya "
HR : Bukhari

Membuat kerja Islam, perlu lakukan segala apa dengan usaha yang terbaik, kita buat tamrin, mukhayyam dan macam2 lagi, jangan buat sekadar ini melunaskan perancangan, akan tetapi perlu dibuat bersungguh2. Mubaligh Kristian jika dilihat sangat tinggi komitmen mereka menjelajah ke seluruh pelosok bumi, bahkan yang support mereka berhabis berjuta juta demi kemaslahatan agama mereka, kita yang Muslim ni macam mana, Petronas yang diketuai oleh orang Melayu Islam, dan dimiliki oleh sebuah negara yang dikatakan " negara Islam ", tidak membayar zakat Rikaz, yaitu zakat hasil galian, jika zakat pun masih menjadi isu, apalagi mahu bersedekah dan menyumbang begitu saja untuk gerak kerja dakwah?

Mushashi menggunakan kebolehannya berlawan, menulis dan mengatur strategi secara maksimum, sebab itulah dengan izin Allah dia menjadi seorang yang hebat dan di ingati sehingga kini. Mushashi itu bukan Muslim dan kita ini yang mengaku Islam bagaimana ya?.

5. Berstrategi

Ibrah dari Saidina Ali, kebenaran yang tidak terancang akan tewas pada kebatilan yang terancang. Amat benarlah begini, jika kita mahukan kemenangan, akan tetapi tanpa usaha dan langkah yang semberono, maka akibatnya kemenangan itu tidak akan dikecapi.

Mushashi dalam setiap pertarungannya mempunyai strategi yang bijak, lihat bagaimana dia telah merancang strategi untuk sengaja melewatkan kedatangannya dalam satu2 masa, dan ada pula yang diawalkan. Bahkan dalam menentang Kojiro, Mushashi telah menggunakan senjata yang dibuat dari dayung sampan untuk menandingi Nodachi Kojiro yang panjang, hasilnya, Mushashi menang bergaya!

6. Membuat keputusan yang tepat

Sebagai seorang da'ei, apatah lagi jika pimpinan dalam satu2 organisasi, kebolehan membuat keputusan yang tepat akan menjadi salah satu faktor utama dalam keberkesanan tindakan. Bahkan, keputusan yang tepat itu perlu pula disertakan dengan pakej cepat. Keputusan yang dibuat dengan tepat dan cepat tidak dapat tidak akan memerlukan ilmu dan qiraatul zuruf yang betul. Semua ini tidak akan diperolehi jika kita punya ilmu cukup makan saja, sedarlah bahawa seorang Muslim yang sejati akan sedaya upaya mengukuhkan ilmu pengetahuannya.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
HR :Abu Darda' RA

Mushashi membuktikan, lihat saja dalam pertarungannya dengan Shishido Baiken, pengguna senjata Kusarigama. Berhadapan dengan senjata berantai yang merbahaya itu, Mushasi hampir tewas, namun oleh kerana kebijaksanaannya dalam ilmu pertarungan dan ketepatan serta kepantasan membuat keputusan utk menggunakan senjata sampingannya yaitu Wakizashi, yang mana tidak terduga oleh lawan, maka beliau terselamat dan sekali lg beroleh kejayaan.

Khulasahnya

Maksud firman Allah SWT :

Katakanlah:" Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik "
Yusuf : 108

Sesungguhnya Ibrah itu tidak ada pada orang Islam sahaja, tidak ada pada satu2 bangsa sahaja. Kita perlu mencedoknya dari segenap sudut dunia. Jangan kerana kita Melayu, kita mahu berpakat dan menunjukkan kehebatan sebagai melayu sahaja, begitulah utk bangsa2 lain sekaliannya. Menyayangi bangsa tidak salah, mencintainya juga tidak salah, tetapi mengangkat bangsa sendiri sehingga memencilkan bangsa lain akan mengakibatkan kerosakan yang nyata. Dakwah kita adalah dakwah lillahita'ala dan dakwah illallah, yaitu menyeru kepada Allah. Seruan kita agar seluruh bangsa menerima Islam, dan sekaligus bernaung di bawah naungan panji2 Islam, jika ada yang mengakatakan dakwah kepada India, Cina dan lain2 kaum boleh ditunggu dulu sehingga Melayu seluruhnya berpakat, maka takrif dakwah tampak benar telah disalah erti, apalagi dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Maksud firman Allah SWT :

" Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah -khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang orang yang derhaka "
an Nur : 55

Belajarlah dari Miyamoto Mushashi, bijaklah membuat keputusan dan menyesuaikan diri dengan tempat dimana kita berpijak, tidak terbang terlalu tinggi, patah sayap jatuh lalu mati, tidak kedengaran lagi suara gegak gempita, kembali pula kepada tanah yang nyata.

Kita belajar dari sejarah, membantu merancang dan melancarkan, jangan pula mengulangi sejarah dan membawa kita pada pengulangan kegagalan yang dulu. Dari Miyamoto Mushashi kita belajar hari ini, sebelumnya Belajar dari Luqman al Hakim di Wadi al Qurra', selepas ini, carilah ibrah dari sesiapa saja, kita punya akal utk menentukan yang haq dan yang batil, wallahu'alam, ana undur dulu...

p/s : Entry ini pun terlebey panjang sudaa... :D

p/s : Silalah membulatkan mata untuk membaca sejarah ye... :p

p/s : Selamat hari raya!...taqabbalallahu minna wa minkum!