pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 3, 2012

Berita Gembira buat Blogger Pakatan Haram

Blogger Pakatan Haram yang pembohong
anda di cari Pihak polis


Ketua Polis Perak,Datuk Mohd Shukri Dahlan menegaskan akan menubuhkan pasukan penyiasat khas untuk menyiasat pembohongan blogger Pakatan Haram berkenaan rusuhan mahasiswa yang tak cerdik. dan di ambil kesempatan Blogger Pakatan Haram telah menyebarkan berita palsu,mengatakan Polis membelasah mahasiswa yang membuat bantahan hadapan UPSI.







lihatlah video ini,di mana yang di katakan Polis membelasah Mahsiswa yang membuat rusuhan depan UPSI??hanya yang dapat lihat adalah tindakan kebodohan Mahasiswa tunggangan Anu Gay yang cuba cetuskan huru hara

Panas!!! Rakyat Kedah tolak himpunan Anwar 901.

Penduduk Kulim membuat laporan terhadap
perhimpunan Anwar 901 di IPD Kulim


Rakyat yang mahukan keamanan

Golongan Wanita juga merasa marah terhadap himpunan Anwar 901

Anu Gay sememangnya pengkhianat Negara

Kemarahan Rakyat Kedah terhadap Anu Gay


Ternyata kebanyakan rakyat menolak Anu Gay,gambar di atas menunjukan bertapa bencinya rakyat terhadap Anu Gay..baru-baru ni kaum india telah membuat bantahan terhadap kehadiran Anu Gay ke Lunas,Kedah.klik sini.

Anu Gay atau gelaran terbaru yang di beri Oztaz Badrul Amin (Oztaz made in Indon) iaitu Imam Mahdi,mendapat cemuhan dari rakyat,kerana mengunakan Mahsiswa untuk membuat kekecohan,Mahsiswa yg di bawah SMM bagai di perbodohkan Anu Gay..sehingga sanggup di perkudakan demi menyelamatkan dia dari di hukum penjara kerana kes liwatnya..

Monday, January 2, 2012

Video Khas Selamatkan Madrasah Salihiah dari Kerajaan Negeri zalim


Pas Sejahtera,
Islam Merana..

Katakan tidak pada Pakatan
Haram pada PRU13..












                                                                                         
Video Khas Selamatkan Madrasah Salihiah




Maklumat Terbaru..Persatuan Kerabat DiRaja Kedah
meminta Kerajaan Pas yang zalim tidak merobohkan 
Madrasah Salihiah

Persatuan kerabat minta jangan roboh madrasah

ALOR SETAR 1 Jan. - Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) meminta kerajaan Pas Kedah tidak merobohkan Madrasah Salihiah kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi kepada rakyat negeri itu.
Yang Dipertua PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang tetap berkeras mahu merobohkan madrasah itu bagi memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan.
"Saya dilahir dan dibesarkan di bandar raya ini dan saya rasa sejak kecil lagi Madrasah Salihiah sudah wujud di Kancut.
"Apabila kerajaan negeri mahu merobohkan madrasah ini, saya sebagai anak jati Alor Setar berasa sedih kerana kerajaan negeri langsung tidak prihatin dengan nilai sejarah yang ada pada madrasah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan Madrasah Salihiah di tapak tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah.
Semalam, lebih 1,000 umat Islam menghadiri program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah, di sini yang bertujuan memohon dan memperkukuhkan usaha mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan.
Menurut Tengku Zainol, pihaknya tidak menghalang pembangunan dilaksanakan di negeri ini namun, apabila sesebuah tempat yang mempunyai nilai sejarah dan agama hendak dirobohkan, ia tidak harus berlaku.
"Madrasah Salihiah patut dibiarkan beroperasi ditapak asal jika kerajaan negeri tetap mahu meneruskan projek pembangunan di kawasan tersebut.
"Di dalam kompleks beli-belah pihak pemaju memang perlu sediakan surau, jadi jangan jadikan alasan surau yang akan dibina ini menjadi ganti kepada Madrasah Salihiah yang telah lama wujud di Kedah," jelasnya.



Parti PAS atau Agama PAS dalam Pakatan Haram????






Dulu zaman 90 an PAS kata siapa yang sokong Anu Gay,,dapat tiket masuk neraka,,la ni bila Anu Gay dok sekali dengan PAS,,maka ada pulak tersedia tiket masuk syurga kalau sokong PAS,,,Cara buat macam PAS ni satu agama la pulak!! bukanya parti politik!!,boleh tentukan syurga,neraka,,nanti kalau orang suka mencuri boleh la sokong PAS pada PRU13,,PAS nak bagi tiket masuk syurga PAS.dengan hanya mengundi PAS aja,kalau tempat yang PAS tak tanding,tak ada la harapan pengundi tempat tu nak dapat tiket ke syurga PAS

Terbaru,bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas,Wan Ismail Wan Ahmad mendedahkan kelaku  kelayak hodoh pas tentang Hudud buatan PAS,,PAS sememangnya dah tersasar jauh dari landasan perjuangan mereka pada pertengahan era tahun 80an,al maklumlah PAS ada Nabi Terbaru mereka,,PKR pulak ada Imam Mahadi,DAP ada Khalifah terulung islam,,punya la hebat Pakatan Haram merosakan Islam,,




Kenyataan Wan Ismail Wan Ahmad tentang Hudud buatan PAS:-


MACHANG 1 Jan. - Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas

Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil

menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas

tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.

Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan

daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan

Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am

Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu

Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto

antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut

berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran

hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik

Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau

menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Pindaan itu dakwanya, dilakukan dengan kerjasama Presiden

Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi

Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum

diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dakwa Wan Ismail, melalui pindaan itu, hukuman hudud

tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan

hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam

perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.

"Di sinilah bermula perbezaannya. Asalnya pada 1986 dalam

muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu

menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri

dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab

berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali

perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang

kekeluargaan.

"Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak

orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang

jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah

hudud sebenar berlandaskan Islam.

"Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud

mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan

kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar

masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca," dakwanya

ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penjelasan mengenai hukum hudud boleh

dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-

Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah.

Wan Ismail mendakwa, beliau telah dipecat daripada Pas

pada 1986 kerana menentang pakatan parti itu dengan S46.

Malah dakwanya, pada 1995 beliau telah menulis sebuah

buku menjelaskan mengenai hudud dan diserahkan kepada

Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Namun, sehingga hari ini kedua-dua pemimpin itu hanya

berdiam diri.

Katanya, kecelaruan berlaku dalam Pas kerana para

pemimpinnya sekarang membelakangi perjuangan asal parti

meskipun ramai yang tahu.

"Namun mereka membisu kerana takut dicemuh oleh

golongan fanatik selain tidak mahu dikenakan tindakan

disiplin," katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Siapa yang bodoh wahai mahasiswa??

Apa nak jadi dengan Mahsiswa sekarang????




Telah terbukti,mahasiswa di pengaruhi parti politik..
Bukan bertindak kerana kepentingan mahasiwa.

Inggatkan di bagi belajar boleh jadi cerdik,,rupanya jadi lagi bodoh..Tindakan segelintir Mahasiswa dari SMM yang membuat kekacauan mahu merempuh pintu pagar UPSI,.dari apa yang telah nyata kekecohan yang berlaku sejak akhir-akhir ini berpunca dari Adam Adli yang di pergunakan Pakatan Haram untuk membuat kekecohan.supaya niat politik Pakatan Haram akan terlaksana,

Bertapa bodohnya Mahsiswa yang hanya mahu membuat kekacauan

Polis sudah memberi amaran supaya bersurai..apabila polis mahu menangkap apabila mereka melangar arahan polis,mereka bertindak liar..sehinggakan mencederakan diri sendiri..



Ini adalah kenyataan saksi yang juga  Penolong Setiausaha Agung di Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011/2012





Pisau Kedah:-
Biarlah makin kita belajar.semakin cerdik,bila cerdik berfikir pun menggunakan kepala otak,,kalau belajar untuk bertambah bodoh buat rugi duit mak bapa saja..

"Inggatan pada Mahasiswa SSM,,jangan berfikir menggunakan kepala lutut.."


Mahfuz mahu lari dari isu Madrasah Salihiah....

Mahfuz ketika berhimpun bersama Mahsiswa
dan menyokong mahasiswa yang merusuh UPSI



PAS nak ambil kesempatan terhadap Mahasiswa juga,nak menunjukan mereka ni bagus sanggat,,PAS tak sedaq apabila Tok Zan MB Kedah pernah gantung 5 orang pelajar KUIN pada Mei lalu kerana berdemonstrasi berhubung isu Tahfiz.demonstrasi tersebut bertujuan untuk membantah terhadap pembinaan Sekolah Insan Bistari yang di adakan di kediaman Ar-Razi (Asrama Pelajar Tahfiz),kerana ianya menggangu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz

5 mahasiswa yang di gantung dari KUIN :-

- Mohd Faiz Mohd Arshad
- Mohd Azlan Mat Zain
-Ahmad Remi Mohd Arof
- Zukhilatif Marzuki
-Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Hebat Mahfuz ni nak tunjuk hero terhadap mahasiswa SSM yang tak berapa cerdik..yang dia terlupakah dengan isu Madrasah Salihiah yang berada di kawasan Parlimenya..langsung tak pernah turun memberi penjelasan dan berjumpa dengan pihak Madrasah Salihiah.siap ada pulak budak mangkaq kata Tanah wakaf Madrasah Salihiah adalah keturunan Mahfuz punya



Kepada Mahfuz dengarlah Laungan semanggat dari pihak yang mahu pertahankan Madrasah Salihiah






PAS sudah hilang maruah???







Pas Kedah juga kemungkinan akan mengikut jejak langkah Pas Johor,,apabila Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah,Phahrolrazi memberi kenyataan baru-baru ini,PAS Kedah akan memberi peluang kepada DAP sekiranya meletakan calon melayu boneka untuk bertanding di Kedah,,


Ini pulak kisah DAP minta kerusi tambahan di Kedah pada bulan september baru ni..dan khabar berita sudah bertiup kencang,Pas Kedah bersedia memenuhi pemintaan DAP yang mahu tambahan 4 kerusi di Kedah,silap tak silap kalau Pakatan Haram menang,,kemungkinan MB dari DAP..l


Isu agihan kerusi di Kedah kian hangat, DAP tuntut 4 kerusi lagi

ALOR SETAR 14 Sept. - Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagaimanapun berkata, Pas dijangka mengekalkan jumlah agihan untuk parti itu iaitu sebanyak 24 kerusi seperti pilihan raya umum lalu.
"Pas tiada apa perubahan tetapi mungkin DAP dan PKR ada berlaku tawar-menawar," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.
Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.
Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.
Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).
Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog