Pages

Showing posts with label From Email/Blog/fb. Show all posts
Showing posts with label From Email/Blog/fb. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN DAN ASLI EHSAN DARI PIHAK ZARAFOODSTUFF

Sumber: http://www.teratakarmo.com/2010/12/lagi-perbezaan-kicap-cap-kipas-udang.html Terima kasih Tuan Jai.
...........................


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas balasan email dari pihak ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG yang telah memberi maklum balas mengenai pertanyaan aku semalam jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dibawah ini aku sertakan maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.

ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.

Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.

Ok kata bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan.




Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH. Terima Kasih Sekali lagi kepada pihak Pengeluar atas Maklumat yang telah dikongsikan.

Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.


Ai: berhati-hati semua. sib baik kat rumah ni ori. pengguna kicap kipas udang tegar ni. heheh
Read more...

Monday, November 01, 2010

Aduhai Wanita

Peringatan untuk semua wanita yang dikasihi… (Petikan dari hadis Rasulullah s.a.w)

1.wanita yang sholehah (baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak sholeh.

2.Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki.

3.Saidatina Aishah berkata:
“saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?”.
Jawab Rasulullah: “suaminya”.
“Siapa pula lebih berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah: “Ibunya”.
4.Apabila memanggil akan engkau oleh dua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dulu.

5.Siapa yang dikurniakan Allah padanya wanita yang sholehah (baik) maka sesungguhnya telah dikurniakan padanya sebahagian dari ugamanya: maka hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah yang separuh lagi.

6.Sebaik - baik wanita tinggal dirumah, tidak keluar, kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.

7.Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah), kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli.
Suatu hari ketika Rasulullah bersama - sama isteri - isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah): datang seorang sahabat yang butamatanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri - isterinya masuk ke dalam, bertanya Ummu Salamah: “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?” . Rasulullah menjawab, “Bukankah kamu dapat melihat?”.Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersada:
Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah:

1.Orang yang gemuk tapi kurus
2.Orang yang berpakaian tapi telanjang
3.Orang yang alim tapi jahil

Adapun orang yang gemuk tapi kurus itu ialah orang yang gemuk (sihat tubuhnya) tapi sedikit ibadahnya.Orang yang berpakaian tapi telanjang ialah orang yang cukup pakaiannya, tetapi tidak taat agama (berpakaian tetapi tidak menutup aurat).Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

8.Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau - bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya adalah ia berzina.

9.Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.

10.Dunia ialah perhiasan, sebaik - baik perhiasan ialah wanita yang sholehah.

11.2/3 dari ahli neraka adalah wanita:
  1. Wanita digantung dengan rambutnya kerana menampakkan rambutnya pada lelaki yang diharamkan melihatnya (lelaki yang halal nikah).
  2. Wanita yang dengan kaki tertambat pada teteknya terus ke ubun - ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta menghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas yang besar serta meringkan sembahyang.
  3. Wanita yang digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.
  4. Wanita yang digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tanpa izin suaminya.
  5. Wanita digantung dengan lidahnya serta dituangkan dengan air panas ke dlama tekaknya kerana menyakitkan hati suami.
  6. Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu domba dan berdusta.
  7. Wanita berbadan anjing kerana suka melaga - lagakan manusia serta dengki mendengki.

12.Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikkanya, keturunanya dan keagamaanya. Hendaklah didapatkan yang kuat beragama, tentu akan menenangkan tanganmu

13.Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat kahwin, cepat pula hamil dan ringan maharnya (mas kahwinnya).

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua burung - burung diudara ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15.Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan terbuka pintu - pintu syurga. Masuklah ia dari mana - mana pintu yang disukainya dengan tanpa hisab.

16.Mana - mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dengan tersenyum mesra kepada suaminya.

17.Kaab berkata: Pertanyaan yang akan ditanya pada wanita dihari kiamat ialah dari hal sembahyangnya dan hak - hak suaminya.

18.Ibnu Umar berkata:
“Telah datang seorang kepada Rasulullah lalu bertanya:”Apakah hak suami keatas isteri?” Jawab baginda, “Tuniakan hajatnya sekalipun engkau di atas belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, kalau engkau berpausa jugamaka pahalanya unutk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar rumah melainkan dengan izinnya:
Jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali ke rumah”.

19.Riwayat dari Hassan, bahawa nabi telah bersabda: “Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyang sehingga ia kembali dan ia menghulurkan tangannya kepada suaminya (minta maaf).”

20.Hendaklah isteri redha dengan suami yang telah dijodohkan Allah, samada miskin atau kaya.

21.Hendaklah suami redha dengan pemberian Allah akan isterinya samada cantik atau hodoh.

22.Sebaik - baik kamu ialah orang yang baik terhadap isteri dan anak - anaknya.

23.Mana - mana wanita yang sembahyang dengan tanpa mendoakan suaminya, maka ditolak akan sembahyangnya.

24.Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: “Mana - mana wanita yang berdiri diatas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hinggan muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari bakaran api neraka”.

25.Mana - mana wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu dibersihkan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya atau disediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau munaffat hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap - tiap kalimah ucapannya, tiap langkahnya, tiap renungannya pada suaminya sebagaimana dimerdekakan seorang hamba. Pada harikiamat Allah kurniakan nuur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi - nabi.

26.Dari Thabit Al Bannaniny berkata:Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, sangat baik berkhidmat pada suaminya, apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya dipegangnya pelita hingga suaminya selesai makan.Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya untuk dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celek. Allah telah kurnikan rahmat (kemulian) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

27.Dari Ibnu Masud bersabda Rasulullah:” Tiap - tiap wanita yang menolong sumainya dalam urusuan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) pada perempuan itu kerana memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau - bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap suaminya.

28.Asma’ binti Khairiyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya di hari pernikahan anaknya itu itu: “Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan berpidah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkua kenal dan berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjagi tiangnya. Jangan engkau bebani ia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalakanmu. Jangan engkau terlampau menjauhinya agar ia tidak melupakanmu. Kalau ia mendekatimu dekatilah ia, dan jika ia menjahuimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah suami itu benar - benar hidungnya, pendenggarannya, matanya dan lain - lain. Janganlah kiranya suamimu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu”.

29.Hendaklah isteri berpuashati dengan suaminya yang ALLAH telah jodohkan samada yang kaya atau miskin.

30.Hendaklah isteri mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.

31.Mana - mana wanita yang berkata pada suaminya, “Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah malam hari.

32.Sebaik - baik wanita ialah wanita yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, apabila engkau memerintah ia taat dan apabila engkau tidak ada ia menjaga hartamu dan dirinya.

33.Apabila memanggil oleh suami akan isterinay ke tempat tidur tetapi ditolakknya, maka marahlah suaminya: akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.

34.Wanita yang keluar rumah dengan tanpa izin dari suaminya akan beradaa didalam kemurkaan Allah hingga ia kembali semual ke rumahnya atau diredhai oleh suaminya.

35.Wanita yang meminta ditalak oleh suaminya dengan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak haramlah baginya bau syurga.

36.Wanita yang mati didalam keadaan suaminya redha kepadanya:nescahya ia masuk syurga.

37.Bukanlah dari golongan kami orang yang diluaskan oleh Allah rezekinya tetapi disempitkan perbelanjaan untuk ahli rumahnya.

38.Tiap orang adalah pemimpin (dirinya sendiri). Maka lelaki adalah pemimpin bagi ahli - ahlinya dan wanita adalah pemimpin di rumah.

39.Wanita itu adalah pengurus suaminya dan bertangungjawab dari hal urusannya.

40.Tidak ada ketaatan bagi mahluk (suami) yang mendurkhadai Allah.

41.Wanita yang tinggal dirumah bersama - sama anak - anaknya akan tinggal bersama - sama aku didalam syurga.

42.Perkara yang menjadikan wanita itu durkhaka kepada suaminya:-
1.Menghalang suaminya dari bersuka - suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana - mana bahagian tubuhnya.
2.Keluar rumah dengan tanpa izin suaminya samada suaminya ada dirumah atau tidak.
3.Keluar rumah belajar ilmu yang bukan fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain (jika suaminya tidak mampu mengajar).
4.Enggan berpindah (berhijrah bersama - sama suami).
5.Mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ke rumah, ketika ia ingin masuk.
6.Bermasam muka apabila berhdapan dengan suami.
7.Minta talak.
8.Bercakap kasar atau lamabat menjawab pertanyaan.
9.Berpaling atau membelakanginya ketika bercakap.
10.Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau berbuataan.
11.Meninggalakan tempat tidur.
12.Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai oleh suaminya.

43.seorang wanita mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
“Aku telah dipinang orang. Katakan padaku apakah hak - hak suami atas isteri? Jika terdaya aku lakukan maka aku akan kawin.
Bersabda Rasulullah,
“setengah darinya ialah jiak mengalir darah atau nanah dari hidungnya lalu dijilat oelh isteri untuk membersihkannya, belumlah tertunai lagi hak suami atas isteri, dan jika patut atau boleh seseorang menyembah manusia maka akan aku perintahkan wanita - wanita sujud menyembah suami mereka”. Mendengar itu wanita tadi lantas menjawab, “Demi Allah yang membangkitkan engkau sebagai nabi, aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini”.

44.Saidatuna Aishah berkata jikalau wanita - wanita itu tahu akan hak - hak suaminya nescahya mereka akan sangup menyapu debu - debu di telapak kaki suaminya dengan muka mereka.

45.Suatu ketika dimadinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda bertanya apabila baginda dapati beberapa orang wanita di majlis itu. “Adakah kamu mengusung mayat?”. “Tidak”, jawab mereka. Sabda baginda “Baiklah, kamu sekelian tidak ziarah dan tiada pahala bagi kamu. Tetaplah kamu tinggal di rumah dan berkhidmat kepada suami supaya pahalanya sama dengan ibadah orang lelaki”.

46.Seorang wanita menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
“Wahai Rasulullah, saya mewakilli kaum wanita ingin menyatakan masalah kami semua. Allah menjadikan kami semua lalu diperintahkan kami untuk taat dan berkhidmat kepada kaum lelaki, juga sebagai tempat memenuhi keinginan syahwat mereka, hingga kerana itu kami mesti tetap tinggal di rumah. Sedangkan bagi kaum lelaki ada perang fi sabilillah dan bersembahyang di masjid. Adakah peluang kami untuk memperolehi pahala yang sama seperti orang lelaki?”. Sabda baginda, “Tidak pernah aku lihat dan dengar perkataan dan pertanyaan sebaik ini.” Kemudian baginda menjawab “Beritahu oleh kamu kepada semua kaum wanita bahawa jika mereka tunaikan kewajipan kepada suami dan rumah tangga sebagaimana yang Allah perintahkan itu, nescahya sama kebajikannya dengan kaum lelaki”.

47.Hadith dari Baihaqi dan Ibnu Huban:
Tiga golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh Allah:

1.Hamba yang lari dari tuannya.
2.Wanita yang bermasam muka dengan suaminya atau wanita yang dimarahi suaminya hingga diredhainya.
3.Orang mabuk hingga ia sedar.

48.Imam Ghazali Rohimatahullahutaal a berkata:
Wajib bagi wanita mengikut perintah suaminya selagi ia tidak mengajak kepada maksiat.

49.Ulamak berkata wajib bagi wanita:
1.Mengekalkan malu pada suami.
2.Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
3.Mengikut kata dan suruhan.
4.Dengar dan diam ketika suami berkata - kata.
5.Berdiri menyambut kedatangannya.
6.Berdiri menghantar pemergiannya.
7.Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
8.Memakai bau - bauan unutknya.
9.Membersihkan bau mulut unutknya.
10.Berhias ketika hadirnya, tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
11.Tidak berbuat khianat apabila suami tiada.
12.Memuliakan keluarga suami.
13.Memandang pemberian suami yang sedikit sebagai besar dan banyak.
14.Ketahuilah syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung kepada redha atau tidak suami padanya.

50.Seorang badwi berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Tidak akan aku percaya kepada engkau sebelum ditujukkan padaku satu mukjizat.” Rasulullah bertanya: “apa yang kau kehendaki?”. Badwi itu menjawab: “Suruh pohon kurma yang kering itu mengadap engkau”. Maka Rasulullah bersabda, “pergilah engkau beritahu pada pohon itu, katakan bahawa Muhammad memanggilnya” . Arab badwi itupun melakukan apa yang diperintahkan. setelah diberitahu pohon korma itu kelihatan bergerak - gerak ke kanan dan ke kiri hingga tercabut akar - akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah lalu memberi sala, Rasulullah menjawab salamnya. Melihatkan peristiwa itu Arab badwi itu terus mengucap dua kalimah syahadah. “Cukuplah Rasulullah” katanya. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu balik ke tempatnya. Arab badwi itu berkata lagi, “wahai Rasulullah aku telah meminta dari mu sesuatu yang pernah diminta oleh orang lain, pun engkau tunaikan, kerana itu izinkan aku sujud padamu setiap kali sujud semabahyang dibelakangmu” . Jawab Rasulullah:” Tidak seharusnya seorang manusia sujud kepada manusia dan jika harus, maka akan aku perintahkan semua wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak - hak suami mereka”.

51.Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.

52.Apabila seorang wanita itu mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala baginya pahala orang - orang yang berjihad pada jalan Allah.

53.Apabila seseorang wanita itu melahirkan anaknya keluarlah ia dari dosa - dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

54.Sabda Rasulullah, “Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai - sungai syurga serta diringankan Allah baginya sakratulmaut dan akan didapatinya akan kuburnya menajdi sebuah taman dari taman - taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Siratul Mustaqim”.

55.Hadith riwayat Abu Dawud:
“Perintakanlah anak - anakmu sekelian yang telah berumur 7 tahun unutk mengerjakan solat. Apabila telah berumur 10 tahun mereka belum mengerjakan solat ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya”.

56.Hadith riwayat dari Anas:
“Barangsiapa membawa hadiah (bahan makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanyaseperti bersedekah, dan hendaklah diberikan lebih dahulu kepada anak perempuan sebelum anak lelaki”.

57.Pesanan Luqman kepada anaknya:
“Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu sabda mereka:”

1.Apabila engkau solat kepada Allah maka jagalah baik - baik fikiranmu.
2.Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka jagalah matamu (pandangan).
3.Apabila engkau ditengah - tengah majlis maka jagalah lidahmu (perkataanmu) .
4.Apabila enkgau berada didalam jamuan makan, maka jaga - jagalah perangaimu.
5.Ingatlah akan mati (bersedia untuk menghadapi kematian).
6.Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
7.Lupakanlah segala kesalahan orang lain kepadamu.
Dari perkara yang tersebut diatas, tidaklah bermakna wanita menjadi hamba suaminya atau seperti khadamnya semata - mata, lelaki (suami) pula ada peranannya sebagai qauwam, iaitu ketua, hakim, pengajar adab dan sebagainya.Untuk memainkan peranan ini sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjungjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim, mengenal dan menyempurnakan hak - hak ke atas isterinya.

sumber: http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/10/20/wanita-aduhai/

Read more...

Tuesday, May 11, 2010

Nasihat Buat 'Sendayu Tinggi'

Bismillah, dari FB UZAR.

memang meluat pun bila R***** C** W** tu tergedik2 jalan. Aduh, dan-dan tukar channel.
........................................

Aksi artis wanita yang dipaparkan di dalamnya sangat menjolok mata ! Pakaian yang disarung ketubuhnya terlalu sendat dan ketat. Menonjolkan ‘perhiasan dalaman’ seorang wanita yang sepatutnya ditutup dari tatapan mata jejaka.

Sesuai dengan tema iklan yang dilakonkannya :

“Serlahkan gaya kewanitaanmu, mempersona, yakin bergaya”

Dengan gaya ranggi diiringi cara jalan berlenggang lenggok ke sana sini. Ditambah pula, pakaian ketat yang memperlihatkan susuk tubuh. Sungguh menggoyahkan iman lelaki.
__________________________


Nasihat Buat Sendayu Tinggi
Oleh : Ustazah Hjh Noraslina Jusin ( ISTERI UST ZAHARUDDIN)
http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/05/tsunami-dosa.html



“Satu gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Meulaboh, Aceh, Indonesia, pada pukul 12.59 tengah hari tadi, menyebabkan penduduk di kawasan itu menjadi panik.

Pihak berkuasa segera mengeluarkan amaran potensi tsunami dan menasihat penduduk di Meulaboh menjauhi kawasan pantai sebaliknya pergi ke tempat lebih tinggi.” ( Bernama )

“Ya Allah, bantulah saudara kami di Acheh. Selamatkanlah mereka dengan limpah kasih sayang-Mu. Hanya kepada-Mu, Ya Allah..kami berlindung dan berserah..” saya memanjatkan doa tatkala membaca berita duka di atas. Kemungkinan Tsunami melanda bumi Acheh buat kesekian kalinya cukup menggerunkan rasa.

Bagai masih terbayang kedahsyatan tragedi menyayat hati yang pernah melanda rantau ini di penghujung tahun 2004. Ketika itu, saya dan keluarga baru beberapa bulan berada di Malaysia setelah 3 tahun hidup di perantauan, di bumi Jordan. Ribut Tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa. Memisahkan insan-insan tercinta dari kamus kehidupan di dunia.

Suami kehilangan isteri. Pasangan hidup, pergi tidak kembali. Anak-anak meratapi pemergian orang tua. Ibu ayah menangisi tubuh si anak yang tidak lagi bernyawa.

Bumi sebelah sini bagaikan dihentam letupan nuklear dengan beberapa kawasan di Asia terutama Indonesia, Sri Lanka dan Thailand, umpama ‘padang jarak padang tekukur’ apabila hampir sebahagian wilayahnya musnah sekelip mata ditelan ombak besar.

Lidah kelu untuk mengungkapkan. Hanya air mata yang laju menuruni pipi melihat rakaman di kaca tv . Menyaksikan keagungan Allah SWT di sebalik peristiwa sedih yang terjadi. Mendengar teriakan pilu dan sendu insan-insan yang diuji Allah dengan kemusnahan dan kehilangan yang bukan sedikit.


IKLAN MENGGODA
Saya cuba menghilangkan sedikit gelodak jiwa dengan menonton rancangan bercorak agama dari salah satu stesyen televisyen di Malaysia secara online. Sekadar untuk mencedok mutiara ilmu yang mungkin boleh saya manfaatkan buat peringatan diri sendiri dan keluarga.

Ketika itulah, hati wanita saya yang sedia sedih semakin pedih. Akan tetapi, hati muslimah saya lebih terasa peritnya. Tumpuan saya kepada rancangan yang sedang ditonton sangat terganggu oleh satu iklan komersial yang muncul. Aksi artis wanita yang dipaparkan di dalamnya sangat menjolok mata ! Pakaian yang disarung ketubuhnya terlalu sendat dan ketat. Menonjolkan ‘perhiasan dalaman’ seorang wanita yang sepatutnya ditutup dari tatapan mata jejaka.

Sesuai dengan tema iklan yang dilakonkannya :

“Serlahkan gaya kewanitaanmu, mempersona, yakin bergaya”

Dengan gaya ranggi diiringi cara jalan berlenggang lenggok ke sana sini. Ditambah pula, pakaian ketat yang memperlihatkan susuk tubuh. Sungguh menggoyahkan iman lelaki.

Jiwa dan naluri keperempuanan saya meronta-ronta untuk berkata. Patutlah, ada seorang teman mengesyorkan saya menulis sesuatu berkaitan perkara ini.

Saya pasti sesiapa sahaja yang pernah menyaksikan artis tersebut di dalam iklan komersial berjenama kosmetik terkenal anak tempatan ini, akan gelisah dan resah oleh aksi pakaiannya yang keterlaluan.

Sayang sekali bila mengenangkan pemilik jenama kosmetik berkenaan yang diwarwarkan telah berubah ke arah kesempurnaan menutup aurat, malah berpurdah. Sewajarnya, perkara ini sentiasa mendapat perhatian dan berada di dalam pengawasannya agar kebatilan tidak bercambah bersama hasrat murninya untuk membangunkan ekonomi ummah, terutama kepada warga kurang berkemampuan di desa-desa.

Tidak sanggup rasanya membiarkan artis wanita itu terus-terusan dijadikan bahan pelaris barangan. Mengenangkan betapa banyak hati-hati yang telah hitam dan kusam dengan melihat gaya manjanya. Itu belum lagi ditambah dengan sembang-sembang separuh lucah lelaki kurang beriman yang pernah saya temui di satu laman forum berkait iklan menghairahkan ini.

Meluat dan cukup benci saya membacanya!

MEMBANTU YANG ZALIM
Biarpun saya maklum, ada pihak yang melahirkan rasa kagum dan gembira dengan kekuatan iklan tersebut yang dikatakan bertaraf dunia dan setanding dengan iklan berjenama antarabangsa, namun ingatan saya lebih kuat terhadap pesan Rasul Mulia :

حدثنا مسدد حدثنا معتمر عن حميد عن أنس رضي الله عنه قاقال رسول الله صلى الله عليه وسلم انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما قال تأخذ فوق يديه

Maksudnya : “ Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasulallah,kami membantu orang yang di zalimi,tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Sabda Rasullullah: Halangilah kezaliman yang di lakukan oleh mereka.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis, Rasulullah SAW menganjurkan seorang Muslim agar membantu saudara Muslimnya, baik ia seorang yang sedang dizalimi atau ia berada di posisi sedang menzalimi. Lantas, apabila memperkatakan tentang iklan ini, ia bagaikan menyeru :

“Bantulah saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka menuju jalan yang diredhai Allah dan Rasulmu.”

Orang yang zalim adalah orang yang menyimpang dari kebenaran.

Justeru, apa yang dilakukan oleh artis wanita Melayu beragama Islam di dalam iklan tersebut adalah satu bentuk kezaliman yang sedang berlaku.

Dia seolah-olah sedang menzalimi dirinya sendiri dengan memperagakan aurat yang wajib ditutupi. Dia mengingkari suruhan Allah dengan menayangkan secara percuma tubuhnya yang mengiurkan mata keranjang lelaki tidak bertaqwa.

Begitu juga dengan syarikat yang bertanggungjawab mengkomersialkan iklan ini untuk meraih keuntungan. Mereka tanpa sedar sedang melakukan kezaliman dengan memperdagangkan aurat seorang Muslimah. Menaja kemungkaran dengan menggalakkan kecantikan wanita dipertontonkan tanpa batasan dan rasa bersalah.

“Keuntungan syarikat mereka di ketika itu menjadi syubhah dan sebahagiannya menjadi haram terus akibat dari iklan tersebut” kata suami apabila saya bertanya berkenaan hal terbabit walaupun beliau tidak pernah melihat iklan yang dimaksudkan.

PERANAN
Seorang muslim seharusnya menyukai untuk saudaranya apa yang di sukai bagi dirinya. Kerana itu, perlu diperhalusi hadis ini sebaiknya agar manfaat dari sikap mengambil berat dan membantu orang yang zalim dan menzalimi dari saudara seakidah ini terzahir dan nyata kebaikannya buat semua.

Allah dan Rasul-Nya bukan sekadar menganjurkan kita untuk berkongsi kebaikan dengan saudara seislam kita dari segi material semata-mata. Akan tetapi, kebaikan yang paling besar dan wajib di kongsi bersama adalah hidayah Allah dan kefahaman islam yang mulia.

Lalu, di dalam hal ini, bagaimana caranya dapat kita membantu?

Pada saya, perkara pertama yang dapat saya dan kita semua lakukan ialah dengan menyampaikan nasihat dan peringatan kepada pemilik syarikat Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim, yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan ini di bawah jenama ST Beauty, D’Folia Coffee. Saya sedang berusaha dan untuk mendapatkan alamat emel atau apa-apa sahaja medium perhubungan yang dapat menyampaikan terus peringatan ini kepada beliau, tetapi masih belum berhasil.

Saya maklum akan kebaikan yang terkandung di dalam produk yang diiklankan, iaitu untuk kesihatan dalaman wanita, akan tetapi biarlah promosi dan iklan mengenainya bersih dari sebarang paparan aurat wanita Muslimah, apatah lagi menggunakan artis yang terkenal dengan gaya seksi dan mengiurkan sebagai daya tarikan.

Keuntungan dunia yang bercampur dosa dan dan maksiat akan menghilangkan keberkatan dari Allah. Ingatlah, pelaku dosa yang tidak bertaubat sebelum hayatnya tamat dan kembali kepada Allah, umpama besi yang akan ditarik kepada ‘magnet’ api neraka Allah SWT di akhirat kelak. Na’uzubillahi min zaalik.

Rasulullah SAW menegaskan di dalam satu hadis :

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال : ” كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما ، فقال : ( يا غلام ، إني أُعلمك كلمات : احفظ الله يحفظك ، احفظ الله تجده تجاهك ، إذا سأَلت فاسأَل الله ، وإذا استعنت فاستعن بالله ، واعلم أن الأُمة لو اجتمعت على أَن ينفعـوك بشيء ، لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء ، لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف ) . رواه الترمذي وقال :” حديث حسن صحيح “.وفي رواية الإمام أحمد : ( احفظ الله تجده أَمامك ، تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك فـي الشدة ، واعلم أَن ما أَخطأَك لم يكن ليصيبك ، وما أَصابك لم يكن ليخطئك ، واعلم أَن النصر مع الصبر ، وأن الفرج مع الكرب ، وأن مع العسرِ يسرا

Maksudnya : “Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah*, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu**. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

Dan didalam riwayat Imam Ahmad: “Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan.”

TSUNAMI DOSA
Justeru, saya menyeru kepada mana-mana pengedar, stokis atau kedai-kedai barangan kosmetik yang menjual jenama dari syarikat ini yang membaca atau terbaca tulisan ini agar memanjangkan kata-kata saya kepada beliau. Begitu juga kepada pembaca blog saya yang mengenali mana-mana pihak yang menjadikan kosmetik kecantikan sebagai barang jualan, agar dapat menitipkan kata-kata nasihat buat mereka supaya lebih berhati-hati dalam perniagaan dan tidak melanggar batas-batas syari’at demi mendapatkan habuan dunia yang sementara.

Insafilah, Tsunami besar pernah melanda. Dan tidak mustahil ia akan melanda lagi dengan impak yang lebih besar dari sebelumnya.

Ambillah semua itu sebagai ingatan dari Allah Yang Maha Berkuasa. Tsunami dosa manusia telah terlalu banyak menyelubungi dunia. Tidak hairanlah, Allah mendatangkan musibah sebagai peringatan dan penghapus dosa yang melata.

Telah begitu banyak tanda-tanda Keagungan Allah dari peristiwa Tsunami yang sulit diingkari oleh pandangan mata, pendengaran telinga, dan penilaian hati manusia yang masih berfungsi.

Hanya hati-hati yang buta saja yang masih tegar mengingkari ayat-ayat Allah. Bahkan andai berlaku bencana yang berganda dahsyatnya dari gelombang Tsunami yang pernah berlaku, hati-hati mereka akan tetap keras, lebih keras dari batu yang pejal kaku. Firman Allah SWT :

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

Maksudnya : “Karena sesungguhnya, bukanlah pandangan mata itu yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dada.” ( Surat Al Hajj ayat 46 )

Dan firman-Nya juga :

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاء وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّهِ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya : “Kemudian setelah itu hati-hati kalian menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras dari itu. Padahal di antara batu itu ada yang mengalir sungai-sungai darinya, dan di antaranya ada yang terbelah lalu keluar air darinya.” ( Surat Al Baqarah ayat 74 )

Benarlah kata-kata Allah Yang Maha agung.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...