The Best Followers

07 May 2010

SelamaT Hari Ibu

Hari ibu x silap Tuya 09 hb Mei setiap tahun kan..maknanya Ahad ni la..Sonoknye ade jugak org ingat Hari Ibu ni kan..dikesempatan yang ade ni Tuya nak ucapkan Selamat Hari ibu utk mak Tuya.

Tuya n mak..


Pn.Habibah yang sangat2 Tuya kagumi kecekalannya membesarkan Tuya adik badik..walaupun x ramai mana,cuma 5 org,tapi kami adik badik ni memang susah nak dijangka perangainya..(nak2 Tuya)..Tuya igt lagi dulu masa Tuya nak kawin,walaupun berat hati nak benarkan,sbb masa tu baru lepas sekolah,tapi dia tetap redha demi nak tgk Tuya bahagia dengan pilihan sendiri..Alhamdulillah,berkat doa dr mak n abah,bahagia la Tuya sampai hari ni..Amin."Mak le sumber inspirasi Ayang dr dulu sampai skang"..sedih la plak..



Tuya n Ma


utk mak mertua lak,Pn.Nisah,Tuya nak ucapkan juga Selamat Hari Ibu..mak mertua pun Tuya sangat2 salute,sbb dia berjaya membesarkan 12 org anak..alhamdulillah,sumenya berjaya..walaupun dulu kami selalu mcm x ngam,tapi skang Tuya la menantu pompuan yg paling rapat ngan dia..Tuya nak ucapkan terima kasih banyak2 kat dia sebab jagakan anak Tuya kat kg tu..


Tuya doakan semoga kedua ibu Tuya ni akan dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur,di bahagiakan dunia dan akhirat..Jasa dan pengorbanan keduanya tak kan terbalas sampai bebila..


Utk diri sendiri pun Tuya nak wish jugak..Selamat hari Ibu,Tuya...semoga lepas ni akan dikurniakan zuriat lagi ramai..jadi pengikat kasih sayang antara kami semua..

Utk semua ibu2 kat dunia ni,utk kawan2 Tuya yang bergelar ibu,Selamat Hari Ibu..Semoga hari2 mendatang akan lebih bermakna dan akan membahagiakan kita semua..amin..


malam ni Tuya nak balik Kelantan..nak jumpa anak..rindunya..doakan Tuya selamat sampai..




06 May 2010

Kuih Banyak Nama..

ni cite petang semalam..lepas tuisyen sms Eri pesan kat dia,kalau balik sebelum kul 6 ptg tolong belikan kuih dadar gulung..Tuya panggil dadar gulung,kalau org pantai timur panggil batang buruk..(kesian,batang dah buruk..hahahhahahah!!!merepek!!"..kalau utara panggil kuih ketayap..(x de kena mengena ngan ketayap pakai atas kepala tu)..macam2 nama..1 Malaysia kan..

pastu Eri sampai rumah x lama pastu,dia kata makcik yg selalu jual kuih tu x jual lak..kedai dia tutup..frust okeh!!!!dengan menyampahnye Tuya turun g kedai beli kelapa parut sebelah..konon2 nak wat kuih tu la..semangat waja..hentam saja la,jadi ke x..nak sangat makan kuih tu..

excited masa wat kuih ni..siap amik pic nak nunjuk kat kakak,abang,adik,kawan2 blog..hehehhhe..x de niat nak nunjuk,cuma nak share kegumbiraan sbb finally,i did'it..yeah!!!!


first sekali kena wat inti dia..kelapa,gula merah..masak sampai kering..



pastu wat adunan tepungnya pulak..nak wat ni pun dekat 10 kali tepon mak..buhsan dah mak nak menerangkan..hehehehhee..dah nama pun blaja,kena la tnya..



masak adunan tu mcm wat lempeng..abaikan kuali Tuya yang besar gabak tu ek..kuali kecik ade,tapi melekat2 tepung tu x nak tanggal..memang selekeh..pastu guna la kuali bapak besar ni..nasib baik x melekat..


pastu kena gulung inti kelapa masuk dalam kulit tepung ijau nih..sangat sengsara sbb panas nak menggulung tu..mcm nak melecet jari nih..tapi nak makan nye pasal..sanggup!!!



tadaaaaaaaaa!!!siap..lantak le panjang pendek ke rupa bentuk kuih ni..janji sedap tekak merasa..hehehehhe..mcm ne la makcik2 jual kuih tu wat banyak2 ek..Tuya yang wat sikit ni pun,sengsara..panas nak mengulung..


yeay!!!dah pandai wat kuih yang mcm2 nama nih...Congrate utk diri sendiri..heheheh


04 May 2010

KeJamnya...Minta dijauhkan..


KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit.


Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan.


Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai.


Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri.


Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri.


Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala.

Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.


“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


“Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.


Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.


***macam ne nak cakap ni???agaknya dunia skang ni mmg penuh ngan org2 yang kejam..zalim..