HALAMAN

Showing posts with label MASALAH MATEMATIK. Show all posts
Showing posts with label MASALAH MATEMATIK. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

CIRI MURID YANG BERMASALAH DALAM MATEMATIK

Ada empat aspek :
a. Fizikal
b. Kesihatan
c. Mental / Kecerdasan
d. Emosi dan Sosial
1. Fizikal
  • Lemah pengamatan pendengaran dan penglihatan
  • Lambat koordinasi motor-mata-tangan
2. Kesihatan
  • Tidak hadir ke sekolah
  • Selalu mengantuk
  • Selalu keletihan
  • Kerap diserang penyakit terutama sakit perut dan selsema
  • Tidur lewat.
3. Mental / Kecerdasan
  • Tidak boleh menyebut perkataan atau nombor dengan betul
  • Kadar menyebut, membaca atau menjawab nombor lambat atau langsung tidak boleh
  • Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat
  • Tidak boleh mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas biasa
  • Lambat menguasai kemahiran
  • Lambat dalam mengubah suai pengetahuan mengikut berbagai situasi pelajaran ( penyelesaian masalah )
  • Lambat memahami atau membentuk sesuatu konsep
  • Selalu lupa kemahiran yang diajar
  • Gagal dalam peperiksaan atau ujian
4. Emosi dan Sosial
  • Sering berasa takut cemas dan benci
  • Konsep kendiri yang lemah
  • Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan / stress
  • Cepat marah
  • Suka bergaduh
  • Kerap berbohong
  • Bertindak liar untuk menarik perhatian
  • Membela diri secara tidak menentu
  • Menunjukkan perasaan dengki
  • Suka termenung / berkhayal / murung
  • Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran
  • Malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk membuat latihan matematik
  • Suka meniru rakan. 
sumber: blog linus PPD Pendang