MPLB alias majlis pembangunan luar bandar peringkat daerah Tampin di tubuhkan dimana mesyuarat pertamanya diadakan di bilik gerakan Pejabat Daerah Tampin dan di pengerusikan oleh Encik Zahirin Adnan KPPD(Pm) mewakili Pegwai Daerah Tampin .
Majlis ini ditubuhkan atas arahan Jemaah Menteri dimana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Seri Shafie Apdal telah melantik Dato Shaziman Abu Mansor sebagai pengerusi MPLB .
Urusetia MPLB di peringkat daerah Tampin ialah Pegawai Risda Daerah dimana Pegawai Daerah menjadi Pengerusi Bersama dengan Ahli Parlimen .
Keanggotan MPLB ialah Adun Bn dalam kawasan parlimen Tampin , agensi dibawah KKLW , ajensi lain yang terbabit dengan pembangunan luar bandar termasuk Pejabat Daerah , Penghulu-penghulu Mukim , pengerusi JKKK yang difikirkan sesuai serta ngo yang berkaitan dengan pembanguan luar bandar .
Menurut surat perlantikan yang diedarkan , peranan MPLB ialah mencadangkan input kepada pembentukan dasar kerajaan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) , mencadangkan projek-projek luar bandar yng memberikan impak yang tinggi , menjadi pemudah cara dalam menyelaras isu-isu pembangunan , membantu mempertingkatkan sistem penyampaian dan mengawal serta memantau pembangunan luar bandar secara bersepadu .
Mesyuarat MPLB akan dijalankan secara berkala sebanyak 4 kali setahun dan minit mesyuarat ihantar terus kepada Ketua Setiausaha kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah .
Di peringkat JKKK , Tok Din dilantik mewakili JKKK Tampin manakala Tok Nal dan Tok Khalid mewakili Penghulu di Pejabat Daerah Tampin dan Daerah Kecil Gemas .
Tutur dilantik ialah pengerusi-pengerusi parti komponen BN saperti mca,mic,gerakan dan PPP .
Tok Nal - terima kasih kepada kerajaan kerana melantik Penghulu menduduki jawatankuasa majlis MPLB .
Wednesday, July 13, 2011
NASIHAT YTM TUNKU BESAR TAMPIN
SEMASA di majlis YTM Tunku Besar Tampin bersama asnaf fakir dan miskin menjelang ramadhan al mubarak di dewan Pejabat Agama Islam Tampin pagi ini , Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al Qadri bersabda menasihatkan fakir miskin yang menerima bantauan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) supaya mengamalkan budaya yang sesuai dengan taraf ekonomi mereka dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf mereka .
Mengambil contoh , YTM bersabda , ada penerima dan juga mereka yang memohon bantuan Mains memasang saluran astro dirumah masing-masing sedangkan saluran itu berbayar dan wang sewa boleh digunakan untuk tujuan lain .
Menurut YTM , mereka perlu paham bahawa bantuan diberikan kerana keadaan mereka yang fakir dan miskin , jadi membayar kepada sesuatu keperluan yang mengatasi kedudukan kewangan mereka amat tidak sesuai sekali .
YTM meminta supaya mereka jujur dan tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan sedangkan mereka mampu untuk membayar sewa astro sahingga RM 80 sebulan .
Fakir miskin dari kariah masjid dalam kawasan Tampin menerima bantuan kewangan dalam majlis itu .
Tok Nal rasa nasihat YTM memang wajar diambil perhatian kerana ada fakir miskin yang bukan sahaja menggunakan wang yang ada untuk membayar bil astro malahan memiliki sahingga dua talifon bimbit saorang .
Bagi mereka ini satu keperluan semasa dan memohon bantuan kepada Mains dan kerajaan atas alasan miskin sedangkan mereka mampu untuk membayar segala keperluan mewah yang lain .
Jika ada yang sebegitu , Tok Nal cadangkan supaya permohonan mereka dihentikan sahaja atau yang baru memohon di tolak kerana mereka mengutamakan kepentingan yang tidak utama sahingga menjadikan mereka miskin .
Tok Nal - biar miskin harta agar kaya budi .

Tuesday, July 12, 2011
GEJALA MINUM ARAK MEMBIMBANGKAN
MESYUARAT JK Gejala Sosial Daerah yang di pengerusikan YB Dato Mohd Kamil A Aziz , Adun Gemencheh pagi ini di maklumkan bahawa gejala minum arak dikalangan orang ramai terutamanya peneroka felda semakin membimbangkan .
Peneguk arak ini bukan hanya terdiri daripada kalangan bukan Melayu tetapi di kalangan orang Melayu juga ramai yang meminum terutamanya arak buatan rendah atau liquour termasuk di Felda Pasir Besar yang 100 % penerokanya adalah dari kalangan orang Melayu .
Apa sudah jadi beb , minum sirap tak enak lagi ke atau kopi O yang menjadi kemegahan orang Melayu dah berukar kepada arak botol kecil , yang lebih murah harganya dan lebih kick kesannya .
Dimaklumkan juga , peneguk arak ini kebanyakannya terdiri daripada kalangan yang sudah berusia , bak kata rumah kata pergi , kubur kata mari tetapi masih tidak insaf dan tidak mahu bertaubat dari meneguk air kencing syaitan itu .
Semua pihak mesti elert tentang perkara ini , jika tidak akan wujud bukit-bukit botol arak di felda-felda macam di FBR dimana port mereka telah berpindah ke tepi padang futsal salepas di robohkan tidak lama lalu .
Hebatnya , mereka di port itu bukan sahaja tua-tua belaka tetapi juga berbagai bangsa dan keturunan dan sekali tu Tok Nal diberikan salam semasa lalu ditepi mereka .
Warak bukan main , siap beri assalamualaikum tapi selangkah kedepan terus togok arak lagi .
Dato Kamil bimbang dengan gejala ini dan minta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan bukan sahaja di kawasan felda tetapi dimana jua peneguk arak ini minum .
Mari kita sokong usaha adun kita untuk membantras gejala penogokan arak ini .
Bahaya untuk kesihatan , haram mengikut hukum agama dan kadang kala arak yang di togok itu arak haram , tak bayar cukai , dua kali lah haram .
Tok Nal - togok lah yang halal kan lebih baik .

DO MASUK HOSPITAL LAGI
MARI kita sama-sama doakan keselamatan dan kesejahteraan tuan DO kita Tuan Haji Razali Bakar yang dimasukan ke hospital Seremban malam tadi kerana khabarnya diserang sakit jantung semula.
Banyakan bersabar tuan DO dan kami semua staff Pejabat Daerah dan Tanah serta penduduk di Tampin mendoakan agar tuan DO cepat sembuh .
Kalau boleh kita buatlah sembahyang hajat mohon tuan DO yang baik hati , kuat bekerja dan rajin berjumpa dengan masyarakat di peringkat akar umbi mendapat perlindungan Allah dan diberikan kesihatan yang baik bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan baik .
Tok Nal dah bekerja dengan ramai DO , tidak kurang 10 orang , dan Tok Nal dapat rasakan tuan DO kita adalah antara DO-DO yang amat mesra dan baik dengan kakitanganya walaupun ada sebahagianya itu memang mengambil kesempatan dari kebaikan dan kelembutan tuan DO kita .
Masa depan tuan DO buat muka baik dan dibelakangnya mula lah tunjuk lagak dan mempertikaikan keputusan yang dibuatnya .
Kepada Puan , isteri tuan DO kita , banyakan bersabar , Isya- Allah , Tuhan sentiasa melindungi umatnya yang baik dan berhati mulia .
Tahun lalu Tok Nal dan isteri bersama-sama menunaikan haji ka Makkah bersama dengan tuan DO dan isteri dan beberapa kali berjumpa semasa di Makkah serta di Mina .
Cepatlah sembuh Tuan ...

Monday, July 11, 2011
BLOG AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN , INSYA-ALLAH .
DAH lama Tok Nal tak kemaskinikan blog ini , bukan apa , cuma maleh aje maklumlah dah tinggal sorang , terkoteng-koteng buek kojo , sebab tu rasa kurang semangat .
Lepas ini , jika ada news , Tok Nal akan up-datekan semula .
Mungkin banyak berita dari gambar , maklumlah , kamera dah rosak , yang baru pulak tak berapa baik .
Tak kan nak minta orang sponsor kot ?
Sudahkah anda mendaftar dan menyemak daftar pemilih SPR .
Copek copek poi semak , dah dokek nak pilihanraya ni .
Nanti kok tak dapek ngundi , rugi lo.
Jangan sia-siakan peluang anda !!!!!!

Thursday, June 9, 2011
ALFATIHAH BUAT AYAHANDA
AYAHANDA aka Mohd Isa Borhan bekas pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Seri Repah meninggal dunia di Seremban tengahari semalam .
Tok Nal mendapat berita yang disampaikan oleh Azizan MDT semasa menghadiri majlis sepetang bersama masyarakat di Kg Sungai 2 .
Pegawai Daerah Tuan Haji Razali Bakar dan YB Dato Mohd Kamil A Aziz yang bersama-sama dalam majlis itu , kemudiannya bergegas ke rumah ayahanda di Kg Seri Repah untuk menziarahi jenazah ayahanda .
Sesampai di Seri Repah , Tok Nal dapat rasakan bahawa semangat ayahanda memang kuat , ramai yang menziarahinya dan tidak kurang pula ramai yang bersama-sama ke masjid untuk sembahyang jenazah dan mengiringinya kek kubur untuk di kebumikan .
Tok Nal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ayahanda dan berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh .
Marilah kita hadiah alfatihan kepada Allahyarham Ayahaanda .
Alfatihah ........

Sunday, May 22, 2011
NASIR SAFAR DI GEMAS
RAKAN Tok Nal semasa dalam Umno Pontian Datuk Nasir Safar , bersama-sama merasmikan mesyuarat agung berkelompok MAYC Tampin di Gemas petang semalam .
Tok Nal hadir sama dan Tok Nal dapat rasakan , Nasir Safar masih gagah macam dulu .
Cakapnya masih berbisa , tuturnya memang menarik dan sambutan kaum muda terhadap intipati ucapan beliau juga memberansangkan .
Tok Nal ucapkan tahniah kepada Nasir atas ucapanya yang berapi-api itu .
Juga tahniah kepada Saiful , Datuk Kudin dan yang lainnya yang turut hadir pada petang itu .
Semoga MAYC yang mana Tok Nal pernah menjadi salah saorang pemimpin kecilnya terus gagah di nusantara ini .
Mudah-mudahan .

Friday, May 6, 2011
INGATAN ULANGAN...
TOK Nal dah berkali-kali menmberi ingatan kepada Pengerusi JKKK aka Ketua Kampung di Tampin supaya tidak membelakangkan pentadbiran daerah khususnya Penghulu Mukim bila buat sebarang aktibiti .
Sebagaimana arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , semua pengerusi JKKK tertakluk kepada arahan dan kawalan YB Adun dan juga Penghulu Mukim dan arahan ini WAJIB di patuhi .
Namun ada juga JKKK yang "hebat" dan bijak sahingga berbuat sesuatu tidak memaklumkan kepada Tok Nal .
Tak apa lah , tapi jangan tuduh pulak Tok Nal tak ambil peduli jika Tok Nal tak hadir kerana buat majlis pun Penghulu tak dijemput , DO apa lagi lah .
Nak projek pembangunan , panggil Penghulu , jumpa dan merayu sakan tapi bila buat majlis dan jemput orang ramai , Penghulu di ketepikan .
Sekali lagi Tok Nal nak ingatkan , patuhi arahan Kerajaan Negeri supaya semua menjadi teratur kerana jika tidak , lebih banyak masalah mungkin timbul dari manfaatnya .
Tok Din sebagai Pengerusi Ketua Kampung Tampin patut mengingatkan ahlinya tentang perkara ini .
Sabtu ini pun ada majlis di Repah , Tok Nal tak dijemput pun , nampaknya pergi ke majlis di dewan MDT sempena Kempen Keluarga bahagia yang dirasmikan oleh Tunku Besar Tampin .
Moga-moga majlis itu mendapat berkat . Amin .

Tuesday, May 3, 2011
SABAU AJE LAH
TOK Nal terbaca tulisan Tok Din dalam blog Kg Tenai , hebat .
Tulisannya indah dan penuh dengan puitis , macam orang sedih dan agak seimbang , Tok Nal rakamkan ucapan , sabau aje lah , begitu lah jadi pemimpin , bukan setakat menyelesaikan masalah diri , masalah orang lain pun sangkut sama .
Seabagai pemimpin peringkat akar umbi , Tok Nal ucapkan tahniah kepada Tok Din kerana berjaya mengemudikan Kg Tenai dengan cemerlang , soal membaiki kemuddahan yang rosak akibat banjir dan sebagainya , sedang dalam tindakan dan berjalan saperti biasa dari masa kesemasa .
Sabau aje lah .
Pemimpin tempat orang ramai mengadu , minta pendapat dan pandangan serta membuat kata putus , jangan jadi saperti di salah satu tempat tu , pemimpinnya cakap dolak dalik .
Dengan pegawai kerajaan kata dah hubungi orang kampung , dah bagi tahu nak laksanakan projek melalui kawasannya tapi bila dah kantol , depan pegawai dan orang kampung , sendiri mengaku , tak bagi tahu .
Punya lah pandai bersilat tapi kalau sekadar silat pulut , elok jangan buat lagi , jika tak akan menimbulkan banyak masalah yang lain .
Satu Tok Nal nak ingatkan , sepatah kata Tok Din , sabau aje lah ......

Wednesday, April 27, 2011
RM 2 JUTA ATASI BANJIR DI TAMPIN
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai , meluruskan serta memperbaiki sungai dan sistem pengairan dan saliran dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir didaerah ini .
Peruntukan yang disalukan melalui ahli parlimen Tampin , Dato Shaziman Abu Mansor diharap bukan sahaja berupaya mengawal banjir yang semakin kerap berlaku , malahan dapat mencegahnya dari terus berulang dan membawa banyak kerugian kepada orang ramai .
Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah sekitar kawasan Gemas , Sungai Kelamah , Sungai Dua , Keru , Tampin serta kawasan Gemencheh .
Perbincangan berhubung projek tersebut telah diadakan di pejabat Dato Shaziman sendiri di Jabatan Kerja Raya KL dan antara yang dijemput hadir ialah Pegawai Daerah , Juretera JPS , Adun Gemas , Penghulu Khalid dan Tok Nal sendiri .
Terima kasih kepada Dato Shaziman khususnya kepada Encik Ujang yang telah memberikan layanan baik dan mesra kepada Tok Nal dan pegawai lain yang hadir .
Semoga projek yang menelan belanja RM 2 juta ini akan dapat mengatasi masalah banjir sekali gus mengurangkan beban mereka yang sering dilanda musibah itu .

Subscribe to:
Posts (Atom)