Down with flu.
Friday, July 12, 2013
Thursday, July 11, 2013
Ramadhan #2
Acapkali bersin. Air hidung mula meleleh.
Dihari kedua hati mula merasa rindu.
Rindukan masjidil haram.
Rindukan insan yang pernah disayangi.
J: Setelah sekian lama...kenapa telepati rasa itu masih ada?
Wednesday, July 10, 2013
Ramadhan #1
Cuaca pagi ini kelihatan indah. Agak redup.
Semoga dipermudahkah untuk diri ini dan untum semua yang berpuasa.
J: Sakit kepala malam tadi dah menghilang tapi diganti dengan tekak yang perit kerana muntah selepas imsak. Izinkanlah diri ini untuk terus gagah sehingga tibanya waktu matahari terbenam.
Sunday, June 16, 2013
The sceptical me.

Tuesday, April 2, 2013
Nurse Yang Over
Apa yang buat J sayang abam Ian ni lebih ialah sebab dia sangat memahami terutamanya tiapkali J tak sihat. Dia mesti menempel dekat-dekat. It feels like he's my personal nurse. It felt good there's someone there for you. Am glad that he showed he cared for his mami. Tapi masalahnya...incik nurse J ni terbongkang... over dari pesakitnya! :p
Wednesday, March 13, 2013
THONEH Yang Efisien



H- Hussein
O- Onn
N- National
E- Eye
H- Hospital
Friday, February 8, 2013
Nasi Goreng Belut
Cuba try test di Paradise Tomyam kat Taman Sejati Manjung.
Nasi goreng cina dan belut tu digoreng dan di masak dalam tumisan semacam rendang campur petai. Sedap.
Tapi....selepas makan ni..2 hari berebut keluar masuk tandas dengan Pak Mat. Dia pun makan makanan yang sama. Mungkin sebab petai jeruk tu agaknya...ntahla.
J: lega jugak bila usus dah kosong... terasa kempis perut ..padahalnya tak punnn.. hehe...
Wednesday, November 21, 2012
Sakit kepala
Past midnight dah. Dah cuba pejam. Dah cuba baca apa- apa yang patut. Tetap tak boleh lena. Masih berdenyut rasanya. Sakit sangat sampai tak boleh nak lena. Hmm...kalaulah...........
Eh.. Mungkinkah Allah beri sakit ini kerana sering terfikir yang bukan-bukan?
Astaghafirullahal'azim..
Tuesday, November 13, 2012
Sakit Mata
Tuesday, September 18, 2012
Dah teruk baru nak pergi klinik
Bila sesekali pergi.... Ambik! Telan la sampai abis.
J: setakat sikit-sikit memang J takkan pergi klinik. Last pergi dulu pun masa food poisoning.. cherryberry dan muntah sampai kosong perut.
Friday, September 14, 2012
Unwell..
Peneman tidur tika saya tidak sihat. Dia pun ikut lena sama...^_^ dah dekat seminggu perut meragam. Asyik dating dengan Incik Tan berulang kali dalam 1 hari. Mungkin gastrik kini kembali membuat lawatan sosial. Semalam dah mula bersin-bersin. Hari ni badan rasa suam2. Demam.
Semoga dosa kecil saya diampunkan.
J: saya jarang call Pak Mat. Tapi dia boleh tahu saya demam bila dia dengar suara saya. Terharu...
Thursday, August 30, 2012
Not feeling well.
I've never ate any fridged or leftover food for iftar for the past three days. All were fresh cooked food. I hardly had a good sleep yesterday because of diarrhea. Twice before midnight and thrice after that. There are still a little quesy in the stomach. Ian was always near to keep me company. :)
Please stomach, be good to me today.
J: Luckily, I've done marking the upsr trial 2 papers.. Alhamdulillah..could have a good rest for the weekend.
Sunday, October 16, 2011
Dah sihat kot?
Kalau J tengokkan luka perutnya, dah kering.
Benjolan kat perut dia masih ada. Cumanya dah kecik sikit.
Lasaknya? Subhanallah... Lagi GANAZ dari Julian. ~_~''
Tapi yang nyata dan jelasnya, JULIE DAH MAKIN DEMOKS~!!
Friday, October 7, 2011
Giliran Julie..
Wednesday, September 7, 2011
Too Many Words on Wednesday: Pujuk
Wednesday, February 2, 2011
Cabut gigi
Tak pun!
Tuesday, January 18, 2011
Mami sakit...
| mami bagi remote ni suwoh Ian tengok tv |
Thursday, December 30, 2010
Keracunan Serangga
| Masa ni memang lembik dia melepek kat kaki bear tu. |
| Dia sekarang suka menempek nak tido dekat-dekat |
| 3 kilo dah???? aiyohh... |
| Makin manja.. Suka tido celah ketiak mami dia sekarang ni! |
Saturday, December 4, 2010
Pertemuan dengan Tok Janggut yang Hensem.
O yea.. Mak Iti tak jadi laser mata dia.. atas sebab-sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Alaa.. dia batuk. Jadi doktor kata, tak berani nak tanggung risiko kalau pembedahan tu diteruskan sebab batuk melibatkan urat mata. Kalau buat juga, karang jadi penyakit lain pulak. Asal kata tak jadi je... Lajuuuuuuu aje J kata.. "JOM kita gi MAHA?" hehehe... Mak Iti pun cerah biji mata... Jom, katanya.. ^_^ J pun berjaya meracun pak Mat supaya ikut sekali.
Kami pergi pagi. Tak juga paginya.. dah pukul 11 baru sampai sana. Kereta yang bersusun nak masuk toksah cakaplah... Masa tu tinggal parking depan je.. Nasib ada tram yang berpusing-pusing sekeliling MAEP tu. Cuaca pun alhamdulillah...panas. Tak hujan. Dan tak sangka pulak MAEP tu sebesar-besarnya kawasan... adoi... melawat 4 hall pameran dan agrobazaar pun dah makan masa 3 jam lebih... semua nak tengok.. semua nak rasa... Orang memang ramai sesangat.. jadi tak mustahil kalau kehadiran J kat sana menambah jumlah pengunjung yang akan mencecah 2 juta orang. Mampu kah??? hehe...
Tak sempat nak tangkap gamba sangat. Tangan penuh dengan barang dengan payung. Kami tak singgah ke semua tempat. Hanya ke Laman Ternakan sahaja. Jadi bertemula dengan Tok Janggut yang hensem-hensem belaka ni...
| Eh... cik ni takde janggut.. Adik beradik Shaun the Sheep nih! hep... jangan main-main RM1k lebih sekor tau.. |
| Baka Jantan Terbaik ni.. Lupa jenis apa.. lupa nak catat.. Tapi tak ensem sungguh. Berkedut-kedut muka dia.. hahaha.. |
| Kedua terbaik.. maintain macho beb! |
| yang ni macam muka atuk-atuk kan? |
Lembu pun ada.. Sangat GEMOK hokey!!! Pak Mat kata.. kalau sembelih nak lapah, mau ambil masa berjam-jam nak selesaikan seekor... kesitu pulak dia..
Lembu-lembu ni bertuan. Mereka masuk pertandingan Baka Jantan Terbaik. hoiihh.... kemain lagi... Memang la cuasa panas... tuuuuuuu dia... Siap berkipas kau!!! Kita ni menitik-nitik peluh nak jumpa dia. heh..
Dah puas pusing.. Singggah makan Kambing golek yang sangat marvelllous! Abg jual tu siap tegur lagi katanya susah nak jumpa perempuan yang suka makan kambing. Ye ke???? Eleh... ayat beli jiwa la tu konon... Sampaikan Mak Iti mintak kentang bakar lebih pun dia bagi aje.. hehe.. Sekali tengok jam.. eh.. dah 5.30 petang. Masing-masing pun kaki dah naik kebas. Makanya masing-masing pun sedarlah diri untuk pulang dan berehat.. hehe..
notakaki: Two.. thumbs up kepada penjaga parking.. driver tram.. penunggu stesen tram.. Sangat mesra alam dan sentiasa sedia memberi informasi jika diperlukan.











